Anda di halaman 1dari 3

Refleksi 1

Sebelum kelas ini bermula, saya sangat ternanti-nanti subjek ini kerana merasakan ia agak
dekat dengan saya yang mengambil degree dalam information system. Secara keseluruhan
saya boleh nyatakan bahawa kelas ini agak menarik dan pensyarah sangat bertimbang rasa
dan mesra. Jangkaan saya pada pertemuan ini, akan diajar hanya berkaitan penggunaan
teknologi dan inovasi dalam Pendidikan, tetapi Dr Nurwina telah memberikan lebih dari itu.
Dr meluangkan masa menerangkan tentang kaedah pengajaran yang mana kami boleh
dikira agak lemah kerana sebahagian besar ilmu pengetahuan berkaitan Kaedah pengajaran
kami tidak dapat menjawabnya dengan betul. Saya sebenarnya telah mencuba untuk fokus
didalam kelas dengan cara mencetak nota-nota yang telah diberikan, membuka kamera
semasa kelas berlangsung, tetapi disebabkan terlalu banyak yang perlu dicerna dalam masa
yang singkat, maklumat itu agak susah untuk dikeluarkan apabila disoal.

Manakala berkaitan dengan nota pula, nota telah diberikan melalui google classroom oleh
Dr Nurwina semasa process pembelajaran berlangsung dan saya rasa Dr Nurwina sangat
bijak dengan memuat naik nota dalam google classroom kerana kami boleh rujuk dan muat
turun dari mana-mana peranti asalkan mempunyai jaringan internet dan tidak perlu
menunggu habis kelas untuk berkongsi nota sebelum group Telegram untuk subjek
Kurikulum dan Inovasi Dalam Pendidikan di wujudkan.

Berkaitan persekitaran didalam kelas, dari segi fasiliti, Alhamdulillah saya berada pada meja
dan kerusi belajar, dan menggunakan laptop untuk menyertai kelas. Manakala dari segi
suasana didalam kelas, kebanyakan rakan-rakan agak senyap bila diajukan soalan oleh Dr
Nurwina, dan hal ini mungkin disebabkan tidak cukup rehat dari kelas-kelas yang
sebelumnya.

Dari segi sesi pengajaran dalam kelas, ilmu yang disampaikan oleh Dr Nurwina agak mudah
difahami kerana Dr menjelaskan setiap fakta dan maklumat didalam slide dengan sebaiknya
berserta contoh. Dr Nurwina juga sering bertanyakan pendapat dan soalan kepada kami
dengan cara memanggil pelajar secara rawak. Jadi kami terpaksa untuk sentiasa bersedia
untuk ditanyakan soalan. Pembelajaran dimulakan dengan Dr memberi penerangan
berkenaan pengenalan kepada kursus, senarai tugasan dan pembahagian kumpulan untuk
projek membangunkan satu inovasi teknologi Pendidikan.

Pembelajaran diteruskan dengan topik Penjajaran konstruktif yang memberi maksud


kesinambungan antara objektif yang melambangkan pengukuruan objektif pembelajaran.
Sebelum Dr menerangkan lebih lanjut mengenai Penjajaran Konstruktif, kami diberi masa 10
minit untuk membaca dan memahami artikel yang dikongsi dan saya salah seorang yang
terpilih untuk diberi peluang menerangkan maksud Penjajaran Konstruktif didalam artikel
tersebut.

Seterusnya, pembelajaran diteruskan dengan tajuk pembelajaran abad ke-21 yang memberi
maksud proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Kami dapat
memahami bahawa kemenjadian murid dapat diukur berteraskan tiga element utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dari segi kerja berpasukan, berkomunikasi dan juga dari segi
perwatakan yang bermaksud peribadi murid itu sendiri yang perlu ada sikap prihatin,
patriotic, berprinsip dan berdaya tahan. Sebelum wujudnya PAK 21, Kurikulum Kebangsaan
dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan telah dikaji semula dan hasilnya adalah
terhasilnya pedagogi yang berpusatkan murid. Impak dari perubahan ini diharapkan murid
akan memiliki kemahiran utk menghadapi masa depan, bersedia untuk peperiksaan yang
lebih mencabar dan bersedia lebih awal untuk menghadapi alam kerjaya. Terdapat
beberapa pedagogi yang digunakan dalam PAK 21 iaitu Pembelajaran berasaskan inkuiri,
projek, masalah dan juga pendekatan STEM iaitu gabungan strategi inkuiri, penyelesaian
masalah dan projek dalam konteks dunia sebenar telah digunakan untuk menjayakan PAK
21.

Pada sebelah petang, Dr menerangkan berkaitan inovasi teknologi dalam pendidikan dan
seterusnya model yang boleh digunakan sebelum membangunkan sesebuah inovasi yang
boleh digunakan untuk membantu pelajar agar lebih seronok dah faham dalam sesuatu
subjek yang diajar. Setelah semua tajuk selesai, Dr membenarkan kami untuk masuk dalam
kumpulan masing-masing bagi membincangkan apa yang akan kami bangunkan bagi projek
pembangunan bahan pembelajaran menggunakan aplikasi Web 2.0 yang perlu
dibentangkan pada pertemuan kedua nanti.

Pada sebelah malam, kami meneruskan perbincangan dan telah menukar aplikasi games
sebanyak beberapa kali kerana tidak begitu faham dengan apa yang diperlukan untuk
membangunkan bahan pembelajaran menggunakan aplikasi Web 2.0. Sehingga jam 1 pagi,
kami bersetuju untuk bangunkan satu aplikasi games dibawah website Raptivity.

Pada pagi hari kedua untuk pertemuan pertama, Dr menerangkan secara ringkas tentang
Web 2.0 dan setiap orang dibenarkan untuk masuk break out room sekali lagi bagi
membincangkan dengan lebih lanjut berkenan projek pembangunan bahan pembelajaran
menggunakan aplikasi Web 2.0. Pada sebelah petang, kami menyambung perbincangan
dan pembinaan sebelum membentangkan secara ringkas tentang projek kami kepada Dr.
Kami menyedari pilihan games yang ke-4 ini juga belum menepati syarat untuk mendapat
markah yang baik untuk projek bahan pembelajaran menggunakan aplikasi Web 2.0 dan
kandungan silibus juga perlu ditambah untuk memastikan bahan pembelajaran yang kami
cipta tidak terlalu ringkas. Akhirnya kami Berjaya memahami serba sedikit apa yang
diperlukan dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Nurwina iaitu
pensyarah saya kerana sentiasa komited dalam memberi tunjuk ajar kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai