Anda di halaman 1dari 17

15 HAL

TAHU
SEBELUM LAKSANAKAN

Ustaz
Anas Azami

Ustazah
Aisyah Baa'in
Penulis Kandungan:
Syafiq Ghani
Aina Alisha

Penyunting Grafik:
Aliah Sabrina

Penerbit:

Azdan Sdn. Bhd.


PT7458(A) Jalan BBN 1/1A,
Putra Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Email: azdan2019@gmail.com
No. Tel: 011 - 5627 4574
Website: www.azdan.my
01 KATA PENGANTAR

02 MENDALAMI
IBADAH KORBAN

03 PANDUAN PELAKSANAAN
IBADAH KORBAN

04 KELEBIHAN
IBADAH KORBAN

05 PERSOALAN LAZIM
IBADAH KORBAN

06 KORBAN BERSAMA AZDAN

07 KATALOG PRODUK AZDAN


KATA
Pengantar
‫ِبْس ــــــــــــــــــِم ِهللا الَّرْحَم ِن الَّرِح ْي ِم‬

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi, serta


selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
penghulu sekalian alam.

Hari Raya Haji ataupun disebut sebagai Hari Raya Korban


merupakan antara hari yang amat penting buat umat Islam. Ini
kerana, di sebaliknya sarat dengan hikmah yang sangat besar dan
bermakna buat mereka yang benar-benar memahami erti korban
yang sebenar.

Pada hari tersebut kita juga mengenang peristiwa korban yang


diawali oleh hamba Allah SWT yang melaksanakan perintahNya
dengan penuh rasa cinta melebihi cintanya kepada makhluk dan
kebendaan.

Berdasarkan sejarah inilah, Allah SWT mensyariatkan umatNya


untuk melaksanakan qurban bagi mereka yang berkemampuan.
Justeru, ibadah korban ini sebenarnya memiliki makna yang amat
mulia sekiranya kita fahami dan hayati ibadah korban dengan
makna yang baik.

Ibadah korban yang didasari dengan niat yang ikhlas adalah salah
satu bentuk rasa syukur kita sebagai hamba atas segala nikmat-
nikmatNya. Maka, lakukanlah ibadah ini semata-mata kerana Allah
SWT.

Yang ikhlas,

----------------------------------
Anas Azami
Pengasas
Azdan Quranic Center
MENDALAMI
Ibadah Korban
Ibadah korban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang sangat mulia di sisi Allah
SWT. Ia adalah ibadah yang disediakan ganjaran yang amat besar bagi orang-orang
yang melaksanakannya. Secara ringkasnya, korban bermaksud binatang ternak yang
disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari Aidil Adha, iaitu
pada tanggal 10 Dzulhijjah dan juga pada hari-hari Tasyriq.

Oleh kerana itu, ikhlaslah menjalankan solat wajib dan sunnahmu seta dakam
berkorban hanya untuk Tuhanmu. Beribadahlah kepadaNya semata-mata yang tiada
sekutu bagiNya dan berkorbanlah dengan menyebut namaNya semata-mata yang
tiada sekutu bagiNya.
-Kalam Ibn Kathir-

DALIL-DALIL NAQLI TENTANG KORBAN


1) Surah al-Kauthar Ayat 2
‫َف َص ِّل ِلَرِّبَك َو اْنَحْر‬

Maksudnya: “Maka tunaikanlah solat untuk Tuhanmu dan lakukanlah sembelihan.”

2) Hadis Imam Abu Daud (3114)


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan
kepada kami Zaid bin Al Hubbab telah menceritakan kepada kami Abdullah bin
Ayyasy dari Abdurrahman Al A‟raj dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Barangsiapa memiliki keleluasaan (untuk berkorban) namun tidak
berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

2) Hadis Imam Muslim (3635)


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Said telah menceritakan
kepada kami Abu Awanah dari Qatadah dari Anas dia berkata; Nabi SAW pernah
berkorban dengan dua ekor biri-biri putih yang bertanduk, beliau menyembelih dengan
tangannya sendiri sambil menyebut (Nama Allah) dan bertakbir, dengan meletakkan
kaki beliau dekat pangkal leher biri-biri tersebut.

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


HUKUM MELAKUKAN KORBAN

Ibadah korban hukumnya adalah sunnah muakkad, atau


Sunat sunnah yang digalakkan
Muakkad Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan ibadah
korban sejak disyariatkannya sampai beliau wafat

Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya


untuk dijadikan korban
Wajib
Apabila seseorang berazam untuk melakukan korban
sebagai asbab mendekatkan diri kepada Allah SWT

SYARAT SAH KORBAN

Haiwan yang hendak


Dilakukan pada dikorbankan itu perlu
waktu yang Ibadah korban
dalam keadaan perlu disertai
dikhususkan sempurna tanpa ada
untuk jalankan dengan niat
kecacatan yang nyata
ibadah korban atau memudaratkan
kesihatan

Kambing
Unta Lembu
HAIWAN
SEMBELIHAN

Kerbau Biri-Biri

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


Status Hukum Daging Korban
KORBAN Haram - Sekiranya orang yang
WAJIB ATAU melakukan korban memakan daging
KORBAN korban tersebut
NAZAR Wajib - Semua dagingnya termasuk
kulit dan tanduk disedekahkan kepada
orang fakir dan miskin

KORBAN
SUNAT
Sunat - dimakan oleh pihak yang
berkorban dan ahli keluarganya beberapa
suapan. Selebihnya perlu diagihkan
kepada fakir miskin.
Afdhal - Apabila diagihkan secara
keseluruhannya kecuali beberapa suapan yang akan
dimakan oleh pihak yang berkorban
1/3 kepada fakir miskin
***Cara pembahagian lain: 1/3 kepada orang kaya Muslim
1/3 kepada diri dan tanggunggannya

TIDAK HARUS MEMINDAHKAN DAGING KORBAN


KE DAERAH LAIN SEPERTI HUKUM ZAKAT

HARAM DAN TIDAK SAH MENJUAL DAGING, BULU


ATAU KULIT BINATANG KORBAN

DAGING TERSEBUT TIDAK BOLEH DIJADIKAN UPAH


KEPADA PENYEMBELIH KECUALI ATAS DASAR
SEDEKAH KEPADA SI PENYEMBELIH

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


PANDUAN PELAKSANAAN
Ibadah Korban
LAFAZ NIAT

CARA PENYEMBELIHAN

CARA AGIHAN DAGING KORBAN

PERKARA SUNAT KETIKA BERKORBAN

PERKARA MAKRUH KETIKA BERKORBAN


Lafaz Niat
Islam mensyariatkan untuk berniat ketika
menyembelih binatang korban jika
penyembelihan dilakukan sendiri. Namun
sekiranya ia diwakilkan kepada orang lain,
maka ia perlu berniat kepada penyembelih
sewaktu menyembelih binatang korban.

Cara Penyembelihan
Membaringkan tubuh haiwan dengan posisi perut
kirinya ke tanah dengan mukanya menghadap ke
kiblat
Mengikat semua kaki haiwan tersebut dengan tali
kecuali kaki sebelah kanan bahagian belakang
Letakkan kaki si penyembelih di atas leher atau muka
haiwan tersebut supaya haiwan itu tidak dapat
menggerakkan kepalanya
Membaca basmalah
Membaca selawat ke atas Nabi
Membaca takbir
Membaca doa
Apabila orang lain yang menyembelihkan, maka si
penyembelih menyebutkan nama-nama orang yang
berkorban
Mulai menyembelih haiwan tersebut

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


Cara Agihan
Daging Korban
Sebahagian ulama berpendapat bahawa menyedekahkan
kesemuanya daging haiwan korban itu adalah lebih baik.

Pendapat lain mengatakan bahawa sepertiga dimakan


sendiri, sepertiga dihadiahkan, kemudian sepertiga lagi
disedekahkan. Pendapat ini berdasarkan atas firman Allah
SWT iaitu :

‫َو اْلُبْد َن َجَع ْل َن اَه ا َلُكْم ِم ْن َش َع اِئِر ِهَّللا َلُكْم ِف يَه ا َخْي ٌر ۖ َف اْذ ُكُر وا اْس َم ِهَّللا‬
‫َق‬ ‫ْل‬ ‫َأ‬
‫َع َلْي َه ا َص َو اَّف ۖ َف ِإَذ ا َو َجَب ْت ُجُنوُبَه ا َف ُكُلوا ِم ْن َه ا َو ْط ِع ُم وا ا اِنَع‬
‫َو اْلُم ْع َت َّر ۚ َكَٰذ ِلَك َس َّخْر َناَه ا َلُكْم َلَع َّلُكْم َتْش ُكُر وَن‬

Maksudnya : Dan telah Kami jadikan untukmu, unta-unta itu


sebahagian dari syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan
yang banyak padanya, maka sebutlah nama Allah ketika
kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah
terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka
makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang
rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-
minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah
menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan
kamu bersyukur.

(Surah Al-Hajj : 36)

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


Perkara Sunat Ketika Berkorban
Membaca Basmalah
Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat
Bertakbir sebelum membaca basmalah dan selepasnya
Membaca doa:

‫اللهم هذه منك وإليك‬

Maksudnya: Ini adalah nikmat dariMu dan


aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya.

Perkara Makruh Ketika Berkorban


Menggunakan alatan yang tumpul
Menampakkan alat sembelihan kepada binatang sembelihan
Tidak menyebut nama Allah ketika hendak memulakan sembelihan
Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
Melakukan sembelihan di hadapan binatang sembelihan lain
Melakukan sembelihan pada waktu malam
Memotong kuku dan bercukur bagi orang yang berniat korban
Memerah susu haiwan yang hendak dijadikan korban dan meminumnya

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


KELEBIHAN
Ibadah Korban
Tanda Syukur
Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Kauthar ayat 2;
‫َف َص ِّل ِلَر ِّبَك َو ٱۡنَحۡر‬

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,


dan sembelihlah (korban) sebagai (tanda) bersyukur”

Penebus Dosa
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul
Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan
darah (sembelih binatang korban), kerana ia (binatang korban)
itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan
bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan
sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi
Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu
perelokkan olehmu niat serta binatang yang dikorbankan.”

Penawar Penyakit Hati


Ibadah korban juga akan membentuk peribadi seperti bersyukur,
ikhlas dan sabar terutamanya semasa proses penyembelihan dan
pembahagian daging korban.

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


A L A N
E R S O
P
LA Z I M Ibadah
Korban
Laksanakan Ibadah korban untuk orang yang sudah
meninggal dunia.

Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa tidak sah, kecuali


si mati telah berwasiat. Ini merupakan pendapat Mazhab
Syafie seperti mana yang disebut oleh Imam Nawawi di
dalam Kitab Al-Minhaj.

Adakah daging korban dibenarkan untuk menjual?

Orang yang melakukan korban tidak harus menjual sedikit


pun dari binatang korbannya. Menurut Dr. Wahbah al-
Zuhayli, orang kaya hanya layak memanfaatkannya dengan
memakannya, mereka tidak berhak untuk memilikinya. Oleh
itu mereka tidak boleh menjualnya. Manakala bagi
golongan fakir miskin, mereka berhak untuk menjualnya
kerana memilikinya.

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


Seekor lembu disekalikan niat untuk korban dan
juga akikah.

Tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban dalam


satu masa. Meskipun korban dan akikah adalah dalam jenis
yang sama iaitu sembelihan, namun kedua-duanya adalah
ibadah sunat yang membawa maksud tersendiri dan
berbeza antara satu sama lain. Pendapat ini juga lebih
bersifat ihtiyat (hati-hati) dan keluar dari perselisihan yang
ada.

Sekiranya akikah bertepatan dengan korban pada hari raya


aidiladha atau hari-hari tasyriq, maka sebaiknya dipisahkan
antara keduanya. Iaitu dilaksanakan kedua-duanya
(sembelihan korban dan akikah) sekiranya mampu. Namun
sekiranya tidak mampu melaksanakan kedua-duanya
sekaligus, maka hendaklah didahulukan ibadah korban
dahulu kerana ia bertepatan dengan hari raya korban dan
waktunya yang agak singkat.

Satu bahagian lembu untuk satu keluarga.

Ulama telah bersepakat tentang perkongsian satu bahagian


lembu lebih dari satu nama. Sekiranya individu tersebut
kurang berkemampuan tetapi mempunyai niat untuk
melaksanakan korban dan ingin berkongsi pahala dengan
ahli keluarga yang lain, maka ianya dibolehkan.

masih tercari-cari tempat untuk


melakukan ibadah korban?
ayuh sertai korban bersama azdan?

hubungi: 010-8063812 (ustazah farhana)


Wakilkan orang lain untuk sembelihan.

Imam Syafie berpendapat bahawa orang yang halal


sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk
menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk
membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang
empunya korban itu sunat menyaksikan upacara
penyembelihan korbannya.

Apa hukum mengagihkan daging korban kepada


orang bukan Islam?

Mengikut Mazhab Syafie, haram jika memberi daging


korban sunat mahupun wajib kepada orang bukan Islam.
Ulama mengqiyaskan ibadah korban atau aqiqah
sepertimana amalan zakat di mana hanya orang Islam yang
berhak menerima zakat. Ini kerana, matlamat pemberian
daging korban atau aqiqah itu ialah "Irfāq al-Muslimīn"
iaitu mengeratkan kasih sayang sesama Islam.
PRODUK
AZDAN

buy now!

@azdanofficial

Anda mungkin juga menyukai