Anda di halaman 1dari 4

Nama: SYEDULLAH AL’ADI SALAHUDDIN BIN SAHRI

No. Matrik: CB220210

1. KEPENTINGAN WACANA

Dalam kehidupan seharian, pemikiran kritis membantu mengelakkan melakukan


kesilapan semasa membuat keputusan. Semua orang harus membuat keputusan daripada
kecil seperti pemilihan pakaian yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa
yang mesti dibeli. Lazimnya, keputusan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman
dan luaran. Contoh faktor dalaman adalah sikap, persepsi dan kepintaran. Manakala bagi
faktor luaran adalah orang di sekeliling, peraturan dan undang – undang. Kadang –
kadang faktor ini menyebabkan membuat keputusan yang salah. Estim diri yang rendah
contohnya mendorong kepada keputusan yang merugikan. Seorang suri rumah yang tidak
yakin dengan penampilan dirinya lebih gemar mengurungkan diri di rumah dan
mengelakkan perjumpaan sosial seperti kenduri, rumah terbuka bersama rakan dan
sebagainya. Akibatnya, beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan orang
lain.

Orang disekeliling juga mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Ada yang
mempengaruhi keputusan secara sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga
mempengaruhi pemikiran secara halus. Pengiklan dan ahli politik amat mahir dalam
menggunakan stategi yang bergitu halus bagi mempengaruhi pemikiran. Jurujual
contohnya, memberi pelbagai alas an mengapa harus beli produk yang dijual. Pengilan
mengunakan model yang cantik dalam iklan ataupun menakutkan dengan masalah
sekiranya tidak membeli produk yang diiklankan. Semua ini mendorong kita
menghasilkan keputusan yang tidak di ingini sekiranya kita tidak memiliki asas yang kuat
dalam berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknik – teknik berfikir secara kritis seperti
menimbang sesuatu secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan
sesuatu hujah dapat membantu untuk lebih yakin denga napa yang dilakukan dan
membawa kepada keputusan yang lebih berkesan berdasarkan bukti – bukti konkrit dan
jelas.
Nama: SYEDULLAH AL’ADI SALAHUDDIN BIN SAHRI

No. Matrik: CB220210

2. PERKARA YANG DAPAT DIPELAJARI

Dapat membezakan proses berfikir antara yang benar dan yang salah. Contohnya,
dapat mengetahui berita atau sesuatu maklumat yang diterima adalah sahih dan benar. Ini
kerana pada zaman moden kini, media seperti internet dan media sosial sering
disampaikan bermacam maklumat dari pelbagai sumber dengan cepat tanpa mengetahui
kebernarannya. Oleh itu, dengan ilmu logik yang telah dipelajari, ia dapat membantu
untuk membezakan sesuatu maklumat atau berita itu benar atau salah.

Selain itu, dapat juga mempraktikan ilmu logik sebagai salah satu alat untuk bantu
mengajar di sekolah. Hal ini kerana, pada masa ini ada semacam sangkaan sesuatu
logikal tentulah juga ia betul. Sangkaan inilah yang menyebabkan masyarakat amat
menghargai logik dan kemahiran berfikir secara logikal. Kemahiran berfikir secara
logikal adalah penting dan banyak manfaatnya. Maka, pihak sekolah perlulah
menanamkan ilmu falsafah di dalam setiap subjek pembelajaran bagi menyediakan
pelajar untuk sentiasa berfikiran dengan ilmu logikal.

Akhir sekali, mengetahui ilmu falsafah adalah ilmu yang mengkaji objek bersifat
abstrak dan logikal yang merupakan hakikat kepada benda – benda dan kejadian dalam
alam semesta dan juga seluruh kewujudan, yang dilihat dan dihuraikan secara holistic
atau menyeluruh berdasarkan paradigma berfikir yang logikal dengan kaedah renungan
dan hujahan yang logikal dan rasional dengan nilai kebenarannya diukur berdasarkan
akal yang rasional dan logikal.
Nama: SYEDULLAH AL’ADI SALAHUDDIN BIN SAHRI

No. Matrik: CB220210

3. LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai