Anda di halaman 1dari 4

________________________________________________________________________

TATACARA SECARA RINGKAS


____________________________________________
Tatacara bila memanggil saksi ke kandang saksi.
*Peguam akan panggil saksi masuk.

1. Jurubahasa pergi ke kandang saksi


2. Minta IC dan serahkan pada Magistret cakap “Puan, ini IC Saksi
Pertama/Kedua/ketiga”.
3. Pergi balik ke kandang saksi dan tnya kamu sihat hari ini? Berapakah umur kamu.
Saksi jawab 40 tahun, kamu toleh ke belakang dan beritahu “Puan magistret,
umurnya 40 tahun Puan” dan tnya apakah perkerjaan kamu, dan jawapan tu cakap
balik kat magistret.
4. Pergi balik ke magistret dan ambil IC tersebut “Puan saya serahkan kembali IC
kepada saksi” then pergi ke kandang saksi, serahkan IC.
5. Cakap Angkat sebelah tangan dah bersumpah, tunjuk skrip sumpah yang ada dekat
kandang saksi padanya/ serahkan skrip tersebut
6. Tunggu sehingga peguam selesai cakap nak turunkan tandangan saksi
7. Tunjukkan kat saksi kat mana nak turunkan tandangan kat penyata saksi dia
8. Lepas tu boleh terus duduk. Penyata saksi tu tinggal je kat saksi

Tatacara bila peguam ingin tender dokumen dan tandakan dokumen


1. Sentiasa alert
2. Rujuk kertas yang kami bagi, kalau tak dengar dokumen apa yang peguam sebut,
tanya “Peguam, boleh ulangi nama dokumen?” Then cari dokumen tu beserta
tandaan yang kita dah buat. Just sebut tanda sebagai apa.
3. Then cakap kuat-kuat “Dokumen pliding ditanda sebagai Bundle B” contohnya.

Tatacara bila peguam ingin saksi merujuk mana-mana muka surat


*Kena alert apabila peguam nak merujuk apa2 bundle yang ditandakan

1. Be attentive

2. Terus bangun dan cari muka surat yang dinyatakan kepada saksi

3. Kalau peguam ada nak serahkan dokumen, ambil dokumen daripada peguam dan bagi
magistret
4. Kalau nampak magistret tak jumpa muka surat, pergi kat magistret dan tnya “ Puan
perlukan bantuan ka?”
______________________________________________________________________

SKRIPJURUBAHASA
______________________________________________________________________

(Hakim masuk, semua bangun tunggu sehingga hakim duduk. Sebaik sahaja Hakim duduk,
terus mulakan kes.)

Jurubahasa: Dengan Izin Puan, hari ini ditetapkan perbicaraan penuh bagi kes writ saman
no:

BA-B52NCvC-119-04/2016. Antara Plaintiff-plaintiff Megah Networkk Sdn Bhd dan Surriram


bin Ali dan Defendan, Ronny bin Abu.

(Peguam Plaintiff-plaintiff akan bangun dan perkenalkan diri dia, perkenalkan peguam
defendan, saksi-saksi yang terlibat, Penandaan Dokumen)

- Take note apa yang ditanda, dan tulis.

(Peguam Plaintif akan panggil saksi masuk. Jurubahasa bergerak ke kendang saksi)

Jurubahasa: Saksi, sila kemukakan Kad Pengenalan Diri kepada mahkamah untuk tujuan
rekod mahkamah. (Saksi hulurkan IC, ambil IC tu.)

Jurubahasa: Kamu sihat hari ini? Berapa umur kamu? Apa pekerjaan kamu? (Ulang sebut
jawapan saksi kepada mgistret)

(bawa IC ke hadapan hakim, dan tunggu hakim serahkan semula. Ambil IC dan serahkan
semula kepada saksi)

(Minta saksi untuk angkat sumpah. Tidak perlu baca bersama-sama saksi)

Jurubahasa: En/Pn/Cik, diminta untuk mengangkat sumpah.

(Saksi angkat sumpah.)


Jurubahasa: Saksi mengangkat sumpah dalam Bahasa Melayu. Keterangan akan diberikan
dalam Bahasa Melayu.

(Jurubahasa duduk. Dengar, catat dan take note dokumen apa yang ingin ditanda sebagai
exhibit).

Tender exhibit:

Jika plaintif yang tender docs: Tandakan sebagai P

Jika defendan yang tender docs: Tandakan sebagai D

Penyata Saksi: PSP/PSD

*Apabila mahkamah berhenti untuk berehat*

Jurubahasa: Mahkamah berhenti untuk berehat, Mahkamah akan sambung bersidang pada
jam ….... (akan diberitahu kemudian)

*Balik daripada rehat*

Jurubahasa: Dengan Izin Puan, Mahkamah akan sambung bersidang. No kes BA-
B52NCvC-119-04/2016. Antara Plaintiff-plaintiff Megah Networkk Sdn Bhd dan Surriram bin
Ali dan Defendan, Ronny bin Abu.

Anda mungkin juga menyukai