Anda di halaman 1dari 179

SEMPURNAKAN KEBAIKAN

USTAZ ZUL RAMLI

KANDUNGAN

MULAKAN DENGAN BERSYUKUR


PESANAN SAIDINA ALI
TIADA MANUSIA YANG BERDOSA
HANYUT DALAM MASA
KEHILANGAN YANG PALING BESAR
KEMATIAN YANG PALING DEKAT
NALURI SETIAP MANUSIA
TIPU DAYA SYAITAN
ADAKAH KITA SUDAH BERHIJRAH?
AMALAN YANG MEMBERATKAN TIMBANGAN AMAL
KEBERKATAN DARI SEORANG KHALIFAH
KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN
APA KHABAR SOLAT KITA HARI INI?
UBAT HATI PENGUAT HATI
MELANGKAH KIAN GAGAH
ANAK KUNCI IKHLAS
SEJAUH MANA KEIKHLASAN KITA?
JANGAN SAMPAI HATI HITAM
PENGHULU ISTIGHFAR
JANGAN RASA DIRI KITAPANDAI
INDAHNYA KEHIDUPAN SAAT BERSAMA ALLAH
SENYUMLAH
KEMULIAANMU KERANA ISLAM
SEMPURNAKAN KEBAIKAN
UJIAN SANG PERTAUBAT
DOA PELINDUNG
KIRIM MAK DAN AYAH K SYURGA
DOALAH UBAT YANG PALIG MUSTAJAB
DOA NABI YUNUS
BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA
DOA YANG ENGGAN DIDENGARI ALLAH
KEAJAIBAN ZAKAT
BERSEDEKAHLAH
PERSIAPAN BUAT RUMAH KITA DI SYURGA
MENGABDIKAN DIRI PADA SETIAP MASA
PERBEZAAN IKHTIAR DAN TAWAKAL
BERAPA LAGI BAKI USIA YANG TINGGAL?
WAHAI JIWA YANG TENANG
ANAK KUNCI KETENANGAN
DOA DI BALIK MUSIBAH
PENGORBANAN ASMA’ BINTI ABU BAKAR
BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA
BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR ALLAH
KUNCI SYURGA ADA PADANYA
PERMATA YANG HILANG
PERGI BUAT SEMENTARA
MATI, BERSEDIAKAH KITA?
PERPINDAHAN YANG SANGAT JAUH
PEMERGIAN YANG BAIK
KISAH LELAKI YANG BENCIKAN ISLAM

MULAKAN DENGAN BERSYUKUR


Pertama sekali, seperti mana amalan orang-orang yang hatinya sangat baik dan dekat dengan
Allah SWT, marilah kita mulakan apa sahaja di dunia ini terlebih dahulu dengan kita melahirkan
perasaan syukur kepada Allah.

Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu ya Allah, Engkau masih memberikan kehidupan kepadaku.
Aku bersyukur kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam. Aku bersyukur kerana masih
diberikan kesihatan yang baik.

Antara nikmat yang sering kali kita lupakan ialah nikmat kita dilahirkan dan dibesarkan di
sebuah negara yang merdeka. Kita bebas untuk beribadah di mana sahaja, dengan agama Islam
itu sendiri menjadi agama rasmi bagi negara kita yang tercinta.

Bersyukurlah kita ke atas Ilahi kerana tiada satu saat pun yang kita lalui tanpa kita mendapat
kurniaan daripada Allah Taala. Tiada satu saat pun yang kita lalui dalam kehidupan ini
melainkan kita mendapat nikmat daripada Allah. Masya-Allah, terlalu besar nikmat yang
diberikan oleh Allah buat kita semua. Nikmat yang diberikan terlalu banyak sehinggakan kita
tidak mampu untuk menghitungnya.

Firman Allah Taala:

‫َو ِإن َت ُع ُّدو۟ا ِن ْع َم َة ٱل َّل ِه َلا ُت ْح ُصو َه ٓا ۗ ِإ َّن ٱل َّل َه َل َغ ُفو ٌر َّر ِحي ٌم‬

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan
jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah
An-Nahl, ayat 18)

Sering kali kita terlepas pandang. Kita hanya merasakan nikmat itu ialah kesenangan yang
dialami dalam kehidupan. Kita hanya menyangka bahawa nikmat itu ialah rezeki yang melimpah
ruah. Sedangkan kita sering terlupa bahawa setiap saat yang berlalu dalam kehidupan kita
merupakan satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah SWT buat kita semua.

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya telah membawa hati kita dalam nukilannya:

“Nikmatku ada dua. Nikmat yang pertama dan lebih besar ialah nikmat Allah melepaskan kita
daripada bala bencana. Kemudian nikmat yang lain ialah nikmat mendapat kurnia.”

Bila-bila masa sahaja Allah boleh menurunkan bala bencana terhadap diri kita. Sewaktu kita
duduk bersenang lenang di rumah, boleh saja skru kipas tercabut hingga menghempap kita.
Ketika kita menunggang motosikal setiap kali berulang-alik ke masjid atau ke pejabat, risiko
kemalangan sentiasa ada. Bencana itu boleh datang bila-bila masa tanpa sebarang tanda.

Namun Allah sentiasa memberikan nikmat kepada kita dengan melepaskan bencana terhadap diri
kita. Malah, jika seseorang muslim ditimpa bencana sekalipun, maka sesungguhnya bencana itu
sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosanya seperti mana yang disabdakan oleh
baginda Rasulullah SAW:

‫َك َذ ِل َك َما ِم ْن ُم ْس ِل ٍم ُي ِصي ُب ُه َأ ًذى َش ْو َك ٌة َف َما َف ْو َق َها ِإ َّلا َك َّف َر ال َّل ُه ِب َها َس ِّي َئا ِت ِه َك َما َت ُح ُّط ال َّش َج َر ُة‬

‫َو َر َق َها‬

“Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan
Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan
dedaunannya.” (Hadith direkodkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahih Bukhari, Kitab Sakit,
Bab Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, no. hadith 5216. Status hadith sahih)

Kita tidak melihat bencana yang tidak menimpa diri kita sehingga kita melupakan ianya
merupakan salah satu nikmat yang cukup besar dikurniakan kepada Allah SWT buat diri kita.
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sehinggakan tiada saat yang berlalu
dalam hidup kita melainkan Allah telah mengurniakan limpahan nikmat-Nya buat diri kita.

Dijauhkan diri kita daripada syirik, itu nikmat.


Dijauhkan diri kita daripada kufur, itu nikmat.
Dijauhkan diri kita daripada fasik, itu nikmat.
Dijauhkan diri kita daripada munafik, itu nikmat.

Dijadikan diri kita beriman, itu nikmat.


Dijadikan diri kita muslim, itu nikmat.
Dijadikan diri kita penuntut ilmu, itu nikmat.

Marilah kita mulakan sesuatu dengan nikmat sebelum kita melayari ilmu yang lebih luas lagi.

PESANAN SAIDINA ALI

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berpesan:

‫َفر ٌض َعلى النا ِس َأن َيتوبوا‬

‫َل ِك َّن َتر َك ال ُذنو ِب َأو َجب‬

‫َوال َده ُر في َصر ِف ِه َعجي ٌب‬

‫َو َغف َل ُة النا ِس في ِه َأع َجب‬


‫َوال َصب ُر في النا ِئبا ِت َصع ٌب‬

‫َل ِك َّن َفو َت ال َثوا ِب َأص َعب‬

‫َو ُك ُّل ما ُير َت َجى َقري ٌب‬

‫َوال َمو ُت ِمن ُك ِّل ذا َك َأق َرب‬

Menjadi kewajiban ke atas manusia untuk bertaubat,


Tetapi meninggalkan dosa itu lebih wajib.

Waktu yang singkat itu begitu menghairankan,


Namun kelalaian manusia di dalamnya lebih menghairankan lagi.

Bersabar di kala musibah melanda itu berat,


Namun terluput dari ganjaran (pahala) lebih berat lagi.

Semua yang diharapkan itu dekat,


Namun kematian yang datang dari segala sisi lebih dekat lagi.

Saidina Ali bin Abi Thalib cukup dikenali sebagai salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga,
selain beliau sendiri merupakan khalifah Islam keempat yang sangat disegani. Pesanan Saidina
Ali ini cukup meninggalkan kesan buat mereka yang membacanya dengan hati yang terbuka.

Marilah kita selusuri maksud dan bait syair Saidina Ali yang cukup indah ini.
TIADA MANUSIA YANG TIDAK BERDOSA

‫َفر ٌض َعلى النا ِس َأن َيتوبوا‬

‫َل ِك َّن َتر َك ال ُذنو ِب َأو َجب‬

Menjadi kewajiban ke atas manusia untuk bertaubat,


Tetapi meninggalkan dosa itu lebih wajib.

Saidina Ali memulakan pesanannya dengan mengingatkan bahawa sebagai manusia, kita wajib
untuk bertaubat. Janganlah sesekali kita meninggalkan taubat. Syarat untuk bertaubat bukanlah
hanya selepas kita melakukan dosa sahaja. Hatta selepas selesai menunaikan solat, pastinya kita
tidak akan lupa untuk beristighfar dan memohon ampun kepada Allah.

Bayangkanlah, selepas melakukan ketaatan kepada Allah juga kita tetap diminta bertaubat,
apatah lagi manusia yang sememangnya tidak pernah terlepas daripada membuat dosa dan
kesilapan.

Sebagai manusia, seseorang itu pastinya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, dosa,
dan maksiat. Inilah hakikat dan lumrah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan,
kelemahan, dan ketidaksempurnaan. Sebenarnya banyak nas-nas yang secara jelas menerangkan
berkenaan hakikat ini, antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ُك ُّل َب ِني آ َد َم َخ َّطا ٌء َو َخ ْي ُر ا ْل َخ َّطا ِئي َن ال َّت َّوا ُبو َن‬
“Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan
kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.” (Hadith riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu
Majah, Kitab Zuhud, Bab Tentang taubat, no. hadith 4241. Status hadith hassan)

Semua makhluk yang namanya anak Adam ialah bersalah. Tiada orang yang boleh mendabik
kata mengatakan dirinya suci, sempurna dan mulus. Tetapi Nabi Muhammad SAW bersabda
seperti dalam hadis di atas bahawa sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat.

Namun, ada perkara yang jauh lebih penting daripada bertaubat iaitu meninggalkan dosa itu
sendiri. Dosa merupakan perbuatan yang membuatkan hati menjadi gementar dan bimbang serta
kita tidak suka orang lain mengetahuinya.

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: “Aku pernah bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda:

‫ا ْل ِب ُّر ُح ْس ُن ا ْل ُخ ُل ِق َوا ْل ِإ ْث ُم َما َحا َك ِفي َص ْد ِر َك َو َك ِر ْه َت َأ ْن َي َّط ِل َع َع َل ْي ِه ال َّنا ُس‬

“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati
gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.” (Hadith diriwayatkan
oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahih Muslim, Kitab berbuat baik, menyambut silaturrahim
dan adab, Bab tafsir kebaikan dan dosa, no. hadith 4632. Status hadith sahih)

Tanamkan azam agar kita dapat menjaga dan memelihara diri kita daripada melakukan dosa.
Benar, bukan mudah untuk meninggalkan dosa, lagi-lagi jika ianya sudah sebati dalam diri kita.
Namun itu bukannya alasan untuk kita nekad menjadi lebih baik. Insya-Allah, Allah akan
membantu hamba-Nya yang ingin berubah menjadi lebih baik.
HANYUT DALAM MASA

‫َوال َده ُر في َصر ِف ِه َعجي ٌب‬

‫َو َغف َل ُة النا ِس في ِه َأع َجب‬

Waktu yang singkat itu begitu menghairankan,


Namun kelalaian manusia di dalamnya lebih menghairankan lagi.

Kelalaian adala satu penyakit hati yang amat bahaya kerana sifat inilah adalah permulaan kepada
penyakit-penyakit hati yang lain. Kelalaian itu mampu mematikan hati sehinggakan hati tidak
lagi dapat melihat kebaikan. Perkara-perkara yang penting telah diganggu dengan perkara picisan
yang remeh serta tidak bermanfaat. Kesemuanya terjadi akibat kelalaian manusia.

Namun, kelalaian yang paling besar ialah lalainya manusia dalam mengisi kehidupan yang
sangat singkat. Firman Allah SWT:

‫ا ْع َل ُموا َأ َّن َما ا ْل َح َيا ُة ال ُّد ْن َيا َل ِع ٌب َو َل ْه ٌو َو ِزي َن ٌة َو َت َفا ُخ ٌر َب ْي َن ُك ْم َو َت َكا ُث ٌر ِفي ا ْل َأ ْم َوا ِل َوا ْل َأ ْوَلا ِد ۖ َك َم َث ِل‬

‫َغ ْي ٍث َأ ْع َج َب ا ْل ُك َّفا َر َن َبا ُت ُه ُث َّم َي ِهي ُج َف َت َرا ُه ُم ْص َف ًّرا ُث َّم َي ُكو ُن ُح َطا ًما ۖ َو ِفي ا ْل آ ِخ َر ِة َع َذا ٌب َش ِدي ٌد‬

‫َو َم ْغ ِف َر ٌة ِّم َن ال َّلـ ِه َو ِر ْض َوا ٌن ۚ َو َما ا ْل َح َيا ُة ال ُّد ْن َيا ِإ َّلا َم َتا ُع ا ْل ُغ ُرو ِر‬

Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara
kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai;
dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi
golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan
(ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya. (Surah al-Hadid, ayat 20)

Dalam ayat lain, Allah Taala berfirman:

‫ُأو َل ِئ َك ا َّل ِذي َن َط َب َع ال ّل ُه َع َلى ُق ُلو ِب ِه ْم َو َس ْم ِع ِه ْم َو َأ ْب َصا ِر ِه ْم َو ُأو َل ِئ َك ُه ُم ا ْل َغا ِف ُلو َن‬

Maksudnya: Mereka itulah orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci
mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah An-Nahl, ayat 108)

Rasulullah SAW juga mengingatkan kepada umatnya akan lima perkara sebelum datangnya lima
perkara sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

،‫ وغناك قبل فق ِرك‬،‫ و ِص َّح َتك قبل َس َق ِمك‬،‫ شبا َبك قبل َه َر ِمك‬: ‫اغت ِن ْم خم ًسا قبل خم ٍس‬

‫ وحيا َتك قبل مو ِتك‬،‫وفرا َغك قبل ُشغ ِلك‬

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya
sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu
sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Hadith riwayat Al-Manziri
di dalam at-Tarhib wal at-Tarhib, no. hadith 4/203. Status hadith sahih)

Hadith ini merupakan satu peringat yang terbaik daripada baginda SAW sendiri agar kita
sentiasa berwaspada dengan waktu kehidupan yang penuh liku dan cabarannya. Gunakanlah
anugerah masa 24 sehari yang dikurniakan dengan sebaiknya dan janganlah biarkan diri terleka
serta lalai dengan masa yang terus berjalan tanpa pernah menunggu kita.

Masa lapang sebelum tibanya masa sibuk itu sendiri memberi peringatan kepada kita supaya
jangan sesekali mengabaikan waktu yang berlalu dengan perkara yang sia-sia. Gunakanlah waktu
lapang yang dimiliki dengan mendekatkan diri kepada Allah dan persiapkan diri kita untuk
bekalan di negeri yang abadi iaitu akhirat.

Waktu yang berlalu itu begitu singkat dan pantas meninggalkan diri kita. Maka janganlah
sesekali kita lalai dan membiarkan masa yang berlalu begitu sahaja tanpa mengisinya dengan
perkara yang berfaedah.

KEHILANGAN YANG PALING BESAR

‫َوال َصب ُر في النا ِئبا ِت َصع ٌب‬

‫َل ِك َّن َفو َت ال َثوا ِب َأص َعب‬

Bersabar di kala musibah melanda itu berat,


Namun terluput dari ganjaran (pahala) lebih berat lagi.

Pernahkah kita kehilangan kasut atau selipar selepas selesai menunaikan solat di masjid atau
surau? Ketika itu, pastinya kita akan merasa susah hati. Begitu juga jika kita kehilangan dompet.
Banyak urusan yang perlu dilakukan seperti perlu membuat laporan di balai polis, verurusan
untuk membuat kad pengenalan baru, perlu membuat urusan di bank, menguruskan hal berkaitan
lesen memandu serta banyak lagi.

Cuba bayangkan jika kita kehilangan telefon atau mungkin anda pernah mengalami situasi
sebegini. Pastinya kita akan susah hati kerana banyak maklumat yang disimpan di sana. Nombor
telefon yang sekian lama digunakan tidak dapat lagi dihubungi. Takut-takut jika ada orang yang
menyalah gunakan data peribadi telefon kita. Allah. Cukup susah dan membebankan diri.

Saya pernah melihat sebuah rumah terbakar di hadapan mata saya sendiri. Walaupun bukan
rumah sendiri, namun kita tetap merasai beratnya ujian yang dihadapi oleh tuan rumah. Bunyi
geruman api yang membakar rumah cukup membuatkan kita merasa hiba. Biarpun bukan rumah
sendiri yang terbakar, namun ianya tetap membuatkan diri saya menangis.

Kerana itulah kita disunatkan untuk melaungkan azan jika melihat kebakaran. Sewaktu rumah
dimamah oleh api sehingga membakar segala harta, situasi sebegitu akan mendatangkan satu
perasaan yang begitu berat, susah dan hiba.

Itu belum lagi jika kita kehilangan orang yang kita sayangi. Kita kehilangan orang yang kita
percayai. Orang yang kita manjakan hilang. Bayangkan, orang yang kita sandarkan bahu kita
hilang. Kehilangannya tidak akan kembali. Ketika itu pasti kita akan merasa sangat sedih dan
susah.

Sewaktu kita ditimpa kesusahan, cubalah ingat akan pesanan Saidina Ali:

“Tetapi kalau hilang pahalamu di hari Akhirat, itu jauh lebih susah.”
Kalaulah pahala kita yang mana selama ini kita sedang laksanakan dan himpunkan, tiba-tiba
pahala tersebut hilang di hari Akhirat, itu jauh lebih susah. Cuba bayangkan kita membaca Al-
Quran dan menghafalnya. Kita mengharapkan bacaan Al-Quran ini akan membantu kita sewaktu
kita bertemu dengan Allah di hari Akhirat. Namun Allah berkata kepada kita:

“Kamu berbohong! Tetapi kamu ingin memperoleh pujian bahawa si fulan ahli pembaca Al-
Quran dan sememangnya kamu telah peroleh pujian tersebut.”

Kita sangkakan bacaan Al-Quran itu mampu menghadirkan pahala serta dapat membantu kita,
namun sebaliknya pula yang berlaku. Allahuakbar.

Kita selalu bangun bertahajjud pada tengah malam. Dalam gelapnya kepekatan malam, kita
menadah tangan dan berdoa, “Ya Allah, aku telah melakukan tahajjud pada waktu malam, ya
Allah. Aku korbankan tidurku ini hanya kerana-Mu. Ya Allah, berilah kepadaku pahala.”

Namun sebaliknya sewaktu kita menyangka kita akan diberikan pahala kerana amalan tahajjud
kita, Allah berfirman, “Kamu berbohong!”

Inilah perkara yang lebih menyulitkan dan menggentarkan hati.

Hal inilah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW. Ketika mana Saidina Abu Hurairah RA mahu
menceritakan hadis ini kepada para penduduk Madinah, beliau menangis teresak-esak sehingga
membasahi wajahnya. Beliau langsung tidak mampu dapat membaca hadis tersebut. Pada kali
keempat beliau cuba membaca hadis ini, Abu Huzaifah jatuh tersungkur lantaran terlalu sedih
dan takut. Pada kali kelima, barulah beliau dapat membaca hadis tersebut. Saidina Abu Huzaifah
berkata:

‫َح َّد َث ِني َر ُسو ُل ال َّل ِه َص َّلى ال َّل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َأ َّن ال َّل َه َت َبا َر َك َو َت َعا َلى ِإ َذا َكا َن َي ْو ُم ا ْل ِق َيا َم ِة َي ْن ِز ُل ِإ َلى ا ْل ِع َبا ِد‬

‫ِل َي ْق ِض َي َب ْي َن ُه ْم َو ُك ُّل ُأ َّم ٍة َجا ِث َي ٌة َف َأ َّو ُل َم ْن َي ْد ُعو ِب ِه َر ُج ٌل َج َم َع ا ْل ُق ْر آ َن َو َر ُج ٌل َي ْق َت ِت ُل ِفي َس ِبي ِل ال َّل ِه‬
‫َو َر ُج ٌل َك ِثي ُر ا ْل َما ِل َف َي ُقو ُل ال َّل ُه ِل ْل َقا ِر ِئ َأ َل ْم ُأ َع ِّل ْم َك َما َأ ْن َز ْل ُت َع َلى َر ُسو ِلي َقا َل َب َلى َيا َر ِّب َقا َل َف َما َذا‬

‫َع ِم ْل َت ِفي َما ُع ِّل ْم َت َقا َل ُك ْن ُت َأ ُقو ُم ِب ِه آ َنا َء ال َّل ْي ِل َو آ َنا َء ال َّن َها ِر َف َي ُقو ُل ال َّل ُه َل ُه َك َذ ْب َت َو َت ُقو ُل َل ُه‬

‫ا ْل َم َلا ِئ َك ُة َك َذ ْب َت َو َي ُقو ُل ال َّل ُه َب ْل َأ َر ْد َت َأ ْن ُي َقا َل ِإ َّن ُف َلا ًنا َقا ِر ٌئ َف َق ْد ِقي َل َذا َك َو ُي ْؤ َتى ِب َصا ِح ِب‬

‫ا ْل َما ِل َف َي ُقو ُل ال َّل ُه َل ُه َأ َل ْم ُأ َو ِّس ْع َع َل ْي َك َح َّتى َل ْم َأ َد ْع َك َت ْح َتا ُج ِإ َلى َأ َح ٍد َقا َل َب َلى َيا َر ِّب َقا َل َف َما َذا‬

‫َع ِم ْل َت ِفي َما آ َت ْي ُت َك َقا َل ُك ْن ُت َأ ِص ُل ال َّر ِح َم َو َأ َت َص َّد ُق َف َي ُقو ُل ال َّل ُه َل ُه َك َذ ْب َت َو َت ُقو ُل َل ُه ا ْل َم َلا ِئ َك ُة‬

‫َك َذ ْب َت َو َي ُقو ُل ال َّل ُه َت َعا َلى َب ْل َأ َر ْد َت َأ ْن ُي َقا َل ُف َلا ٌن َج َوا ٌد َف َق ْد ِقي َل َذا َك َو ُي ْؤ َتى ِبا َّل ِذي ُق ِت َل ِفي َس ِبي ِل‬

‫ال َّل ِه َف َي ُقو ُل ال َّل ُه َل ُه ِفي َما َذا ُق ِت ْل َت َف َي ُقو ُل ُأ ِم ْر ُت ِبا ْل ِج َها ِد ِفي َس ِبي ِل َك َف َقا َت ْل ُت َح َّتى ُق ِت ْل ُت َف َي ُقو ُل ال َّل ُه‬

‫َت َعا َلى َل ُه َك َذ ْب َت َو َت ُقو ُل َل ُه ا ْل َم َلا ِئ َك ُة َك َذ ْب َت َو َي ُقو ُل ال َّل ُه َب ْل َأ َر ْد َت َأ ْن ُي َقا َل ُف َلا ٌن َج ِري ٌء َف َق ْد ِقي َل‬

‫َذا َك ُث َّم َض َر َب َر ُسو ُل ال َّل ِه َص َّلى ال َّل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َع َلى ُر ْك َب ِتي َف َقا َل َيا َأ َبا ُه َر ْي َر َة ُأو َل ِئ َك ال َّث َلا َث ُة َأ َّو ُل‬

‫َخ ْل ِق ال َّل ِه ُت َس َّع ُر ِب ِه ْم ال َّنا ُر َي ْو َم ا ْل ِق َيا َم ِة‬

‫‪Telah menceritakan kepadaku Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam, bahawa Allah Tabaaraka‬‬
‫‪wa Taala pada hari kiamat akan turun kepada para hamba untuk memutuskan di antara mereka‬‬
‫‪dan masing-masing ummat berlutut. Orang pertama yang dipanggil adalah orang yang‬‬
‫‪menghafal al-Quran, orang yang terbunuh di jalan Allah dan orang yang banyak hartanya lalu‬‬
‫‪Allah berkata kepada penghafal al-Quran:‬‬
“Bukankah Aku mengajarimu sesuatu yang Aku turunkan pada rasul-Ku?” Dia menjawab:
“Benar, wahai Rabb.” Allah bertanya: “Apa yang kamu amalkan dari ilmu yang diajarkan
kepada kamu?” Dia menjawab: “Dengannya, aku bangun solat di malam hari dan di siang
hari.” Allah berfirman padanya: “Kamu menipu.” Para malaikat berkata padanya: “Kamu
dusta.” Allah berfirman: “Tetapi kamu ingin memperoleh pujian bahawa si fulan ahli pembaca
al-Quran dan sememangnya kamu telah peroleh pujian tesebut.”

Setelah itu pemilik harta didatangkan lalu Allah bertanya kepadanya: “Bukankah Aku
melapangkan rezekimu hingga Aku tidak membiarkanmu memerlukan kepada siapa pun?”
Orang itu menjawab: “Benar, wahai Rabb.” Allah bertanya: “Lalu apa yang kamu lakukan
dengan apa yang Aku berikan padamu?” Dia menjawab: “Aku menyambung silaturrahim dan
bersedekah.” Allah berfirman padanya: “Kamu menipu.” Para malaikat berkata padanya:
“Kamu menipu.” Allah berfirman: “Tapi kamu ingin memperolehi gelaran bahawa si fulan
dermawan dan memang kamu telah memperolehi gelaran tersebut.”

Kemudian orang yang terbunuh di jalan Allah didatangkan, Allah bertanya kepadanya:
“Mengapa kamu terbunuh?” Dia menjawab: “Aku diperintahkan berjihad di jalan-Mu lalu aku
berperang hingga aku terbunuh.” Allah berfirman padanya: “Kamu menipu.” Para malaikat
berkata padanya: “Kamu menipu.” Allah berfirman: “Tetapi kamu ingin memperolehi gelaran
si fulan seorang yang berani dan sememangnya kamu telah memperolehi gelaran tersebut.”

Setelah itu Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Salam memukul lututku dan bersabda: “Wahai Abu
Hurairah, ketiga-tiga orang itulah makhluk Allah pertama yang neraka dinyalakan kerana
mereka pada hari kiamat.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi di dalam Kitab Sunan Tirmizi, Kitab
Zuhud, Bab Pamer dan ingin dilihat orang, no. hadith 2304. Status hadith sahih)

Hadis ini terlalu berat dibacakan sehinggakan saidina Abu Hurairah menangis teresak-esak
ketika membacakannya. Bayangkan, amal ibadah yang dilakukan dengan penuh bersungguh-
sungguh di dunia ini bukan sahaja tidak diberikan ganjaran pahaa, malah ditolak oleh Allah.
Lebih memburukkan lagi keadaan, amal ibadah tersebut menjadi penyebab bagi mereka masuk
ke dalam neraka. Nauzubillah.
Cubalah kita koreksi diri kita sendiri, adakah amal ibadah yang dikerjakan sememangnya
diniatkan kerana Allah Taala semata-mata? Ketuk dada, tanyalah iman.

KEMATIAN YANG PALING DEKAT

‫َو ُك ُّل ما ُير َت َجى َقري ٌب‬

‫َوال َمو ُت ِمن ُك ِّل ذا َك َأق َرب‬

Semua yang diharapkan itu dekat,


Namun kematian yang datang dari segala sisi lebih dekat lagi.

Kita mungkin tahu banyak perkara. Tetapi ada satu perkara besar tentang diri kita yang tidak
diketahui oleh sesiapapun, termasuklah diri kita. Apabila berlabuhnya tabir malam, maka
siapakah yang mampu memberikan jaminan bahawa dirinya akan dapat terus hidup untuk
melihat mentari pada keesokan harinya? Tiada siapa yang boleh yakin sepenuhnya bahawa dia
akan hidup lagi pada esok hari.

Sewaktu saya dalam perjalanan ke lapangan terbang, melalui lebuhraya Baru Lembah Klang
(NKVE), memasuki Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite Highway). Sampai di
sana, berlakunya kesesakan yang luar biasa. Sewaktu saya sabar meredah kesesakan tersebut,
barulah saya nampak rupa-rupanya terdapat sebuat treler yang banyak tayarnya berhenti di sisi
jalan. Di bawahnya terdapat sebuah motosikal yang tersadai di tepinya. Terlihat kesan tayar pada
treler tersebut yang telah menggilis seorang anak muda yang hancur separuh badannya. Bahagian
tubuh badannya hancur di jalanan sebelum ditutup dengan surat khabar.

Agaknya sebelum anak muda ini keluar dengan motosikalnya, adakah dia mengetahui bahawa
hari tersebut adalah hari terakhirnya hidup di muka bumi? Pastilah tidak. Berapa ramai anak
muda yang ketawa berdekah-dekah dan bersenang lenang di waktu pagi dan petang.
Sesungguhnya telah dikoyakkan kain kapan untuknya, sedangkan dia tidak tahu.

Jika kita renungkan seorang diri sebelum tidur pada malam ini, entah-entah sudah ada orang
yang telah mengoyakkan kain kapan kita. Entah-entah sudah ada orang yang menggunting dan
menyimpan dengan elok kain kapan kita. Kain kapan yang ketiga itu mungkin milik kita. Tiada
siapa yang tahu.

Atau mungkin kain kapan milik kita masih berada dalam gulungannya lagi. Namun, dalam
gulungan tersebut, enam meter darinya adalah milik kita. Kita tidak tahu. Setiap hari kita ulang
alik di hadapan kedai menjual kain, rupa-rupanya dalam gulungan kain di kedai tersebut, ada
kain kapan untuk kita. Kita sahaja yang tidak tahu. Ada orang yang menariknya sedikit demi
sedikit, sampailah kepada kain kapan yang bakal menjadi milik kita. Kita tidak tahu.

Mungkin kain kapan kita berada di pelabuhan, atau mungkin sedang berlayar di tengah lautan,
berada di dalam kapal yang besar. Di dalamnya mungkin enam meter darinya adalah milik kita.
Kita tidak tahu.

Atau mungkin ketika kita membaca buku ini, mesin yang sedang memproses kain tersebut, dan
rupanya bergeraklah enam meter yang bakal menjadi milik kita. Kita tidak tahu. Atau mungkin
kapas-kapas yang berada di pohonnya, menunggu petani mengutipnya untuk disimpan di dalam
bakulnya. Mungkin kapas-kapas itu untuk kita. Atau mungkin paling tidak pohon kapas yang
sedang ditanam, hanya menunggu musim untuk keluarnya kapas. Kapas yang bakal keluar itu
akan menjadi milik kita. Orang tidak pernah tahu.
Kerana sikap kita yang tidak tahu itulah, kita masih berani untuk ketawa berdekah-dekah. Berapa
ramai anak kecil, di mana ibu dan ayahnya mengharapkan agar anak-anak ini panjang umurnya.
Ibu dan ayahnya mengharapkan anak kecil mereka menjadi seorang anak yang besar seperti
harapan mereka. Namun, berapa ramai juga sebenarnya anak kecil ini yang telah merasai betapa
gelapnya suasana di liang lahat.

Berapa ramai mereka yang diandam secantiknya untuk majlis perkahwinan mereka. Namun
belum sempat hadirnya hari yang penuh bersejarah itu, ketentuan dan takdir yang datang terlebih
dahulu, mengecap kemanisan tersebut. Berapa ramai mereka yang sihat dan kuat tubuh
badannya, namun tiba-tiba meninggal dunia. Berapa ramai juga mereka yang sudah lama sakit
dan kita sendiri sangkakan dia akan meninggalkan kita. Rupa-rupanya Allah masih
memanjangkan usianya.

Berapa ramai orang yang pagi tadi terbaring di atas tilam empuknya, namun menjelang pada
waktu petangnya, dia telah terbaring di atas kerasnya liang lahadnya.

Sebagai manusia yang diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi, seharusnya kita tidak lalai
walaupun seketika kerana malaikat maut itu sendiri tidak pernah lalai dalam menjalankan
tanggungjawabnya walaupun sedetik. Hidup ini begitu singkat. Kita sendiri boleh ditarik nikmat
hidup pada bila-bila masa. Maka masihkah kita mahu terus lalai dalam mengharungi kehidupan
yang singkat ini?

Benarlah seperti mana yang dinasihatkan oleh saidina Ali, “Waktu yang singkat itu begitu
menghairankan, namun kelalaian manusia di dalamnya lebih menghairankan lagi.”

NALURI SETIAP MANUSIA


Tanyalah kepada sesiapa sahaja, pasti mereka mahu menjadi baik. Mahu jadi manusia yang
berguna. Saya yakin, tiada sesiapa mahu menjadi jahat. Hatta orang jahat juga tidak suka digelar
dengan gelaran jahat oleh penduduk kampungnya. Pencuri yang suka mencuri sekalipun tidak
suka jika ada orang lain yang mencuri harta bendanya. Apa maksudnya? Hal ini menunjukkan
pencuri sekalipun tidak suka dengan pencuri.

Saya pernah terbaca sebuah kisah benar yang agak kelakar di dalam akhbar. Kisah ini berlaku di
kawasan Amerika Latin pada awal tahun 2000. Seorang lelaki telah membuat laporan polis
kerana barang-barangnya telah dicuri. Apa yang memeranjatkan, barangan yang hilang kerana
dicuri terlalu banyak. Bilangan televisyen yang hilang sahaja sebanyak sepuluh buah, belum
dikira lagi hartanya seperti radio dan telefon bimbit yang juga telah dicuri dalam kuantiti yang
sangat banyak.

Kes ini telah mengundang kehairanan di pihak polis. Apabila pihak polis menjalankan siasatan,
rupa-rupanya timbunan barangan yang dicuri itu sebenarnya juga adalah barang yang dicuri!

Apa yang ingin diceritakan di sini ialah, fitrah manusia itu menginginkan kebaikan. Hatta
seorang pencuri sekalipun tidak suka jika barangannya dicuri, inikan pula diri kita. Maka,
marilah kita bermuhasabah diri kita, apakah sebenarnya penghalang yang menyebabkan kita
sukar untuk berhijrah menjadi lebih baik, sebaliknya masih kekal seperti di mana yang kita
berada.

Mungkin apa yang ingin saya katakan ini mengandungi emosi negatif, maka saya memohon
maaf terlebih dahulu. Namun hakikatnya inilah sifat yang telah menjadi lumrah manusia, iaitu
manusia suka mengulang benda yang sama. Itulah dia diri kita.

Hakikatnya, inilah kajian yang telah dibuktikan kebenarannya. Mungkin ada yang tidak bersetuju
dengan pandangan ini. Tidak mengapa.

Begini, cuba anda lihat ahli jemaah di masjid anda. Anda akan dapati ahli jemaah yang sama
biasanya akan suka duduk di kawasan yang sama setiap kali solat mahupun ketika mendengar
kuliah. Jika jemaah tersebut suka bersandar pada tiang setiap kali mendengar ceramah, maka di
tiang yang samalah dia akan bersandar. Begitu juga jika ada jemaah yang saf di sebelah kanan,
maka dalam solat yang seterusnya, dia tetap akan berada di saf sebelah kanan. Cubalah lihat
sendiri, adakah apa yang saya sebutkan ini betul ataupun salah.

Begitulah sifat manusia. Suka mengulang perkara yang sama, sama ada kita sedar mahupun
tidak.

Bahkan begitulah juga sewaktu kita menggosok gigi. Cuba nanti anda teliti bagaimana anda
menggosok gigi. Pasti anda akan dapati sebenarnya corak anda menggosok gigi anda sama! Jika
anda menggosok gigi bermula dari sebelah kanan, maka secara tidak langsung anda akan terus
mengulang corak berusan gigi ini tanpa anda sendiri sedar.

Tiada masalah sebenarnya dengan sifat manusia ini. Cumanya apa yang ingin ditegaskan di sini
ialah manusia suka mengulang perkara yang sama, menjadikan manusia itu sendiri sangat sukar
untuk berhijrah. Kerana sifat manusia yang suka mengulang perkara yang sama inilah yang
membantutkan manusia untuk berubah, lebih-lebih lagi dia sudah berada di dalam zon selesa.
Malah boleh jadi kita akan rasa marah jika ada orang yang ingin mengubah cara hidup kita yang
kita ketika itu sudah pun berada dalam zon yang selesa.

Manusia itu nalurinya memang sukakan perkara yang baik. Namun, sifat manusia yang suka
mengulang perkara yang sama telah membantutkan naluri untuk menjadikan manusia itu menjadi
lebih baik.

Dan sebenarnya ada satu lagi penghalang besar yang membuatkan manusia lebih sukar untuk
berubah menjadi lebih baik, iaitu bisikan syaitan.
TIPU DAYA SYAITAN

Hijrah adalah perkara yang cukup besar di dalam Islam. Dan hijrah yang paling ditekankan oleh
Rasulullah s.a.w. ialah berhijrah kepada akhlak yang makin mulia.

Seperti yang telah dikupas sebelum ini, sifat manusia suka mengulang perkara yang sama. Jika
seseorang memang tidak suka untuk tersenyum kepada orang lain, maka masuklah tahun baru
berapa banyak sekalipun, dia akan susah untuk tersenyum kepada orang lain. Kalau seseorang
yang memang tidak suka membantu orang lain, sampai bila pun dia tidak akan suka membantu
orang lain. Mengapa? Kerana dia akan mengulang benda yang sama.

Inilah perkara pertama yang menghalang seseorang itu untuk berhijrah menjadi lebih baik.
Penghalang kedua pula ialah syaitan.

Begini, cubalah kita pilih satu amalan baik yang ingin kita jadikan sebagai tabiat baru buat diri
kita. Contohnya, kita bernekad untuk sentiasa memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja
walaupun kepada orang yang tidak dikenali. Apabila kita terdetik sahaja mahu membuat amalan
tersebut, wujud pula lintasan dalam hati yang mana akan dibisikkan oleh syaitan. Agak-agak,
apakah yang akan dibisikkan oleh syaitan saat kita mahu membina akhlak baik yang cukup
mudah ini?

Mungkin anda memikirkan bahawa syaitan sebenarnya membisikan sesuatu yang buruk kepada
orang tersebut, seperti bisikan agar jangan buat amalan itu kepada orang lain. Hakikatnya,
syaitan tidak akan membisikkan larangan ‘jangan buat baik’ kepada orang yang baik seperti
anda. Sebaliknya, syaitan akan berbisik, ‘buatlah baik, tapi tangguhkanlah dulu kebaikan yang
ingin kamu lakukan itu.’

Kerana itulah sebahagian ulama membahagikan syaitan kepada dua kategori besar. Kategori
pertama ialah syaitan aswad. Kategori kedua pula ialah syaitan abyad. Syaitan aswad ialah
syaitan yang pergi kepada orang-orang yang memang sudah sedia jahat. Adapun syaitan abyad
ialah syaitan yang pergi kepada orang-orang yang baik. Semestinya modus operandi bagi kedua-
dua syaitan ini adalah berbeza.

Bahana Kalimah ‘Nanti’

Bagi golongan manusia yang sudah sememangnya jahat, syaitan aswad akan terus membisikkan
kejahatan ke dalam diri golongan manusia seperti ini. Manakala bagi golongan manusia yang
baik dan dahagakan ilmu agama seperti anda, syaitan abyad akan membisikkan kebaikan, cuma
ianya dinoktakhan dengan kalimah ‘nanti’.

Nak buat baik? Nantilah.


Nak senyum? Nantilah.
Nak bersedekah? Nantilah.

Kerana itulah bagi orang yang baik, perlawanan dalamannya bukanlah disebabkan dia tidak
mahu berhijrah dan melakukan kebaikan. Dia nak, anda nak, saya juga nak dan mahukan
kebaikan. Malah, syaitan juga memberi sokongan untuk kita melakukan kebaikan, tetapi nanti
dan bukannya sekarang.

Ada orang yang menasihatkan diri kita dengan nasihat yang begitu baik. Kita terkesan dengan
nasihat itu dan mahu melakukan perubahan. Tetapi, kita tetap tangguhkan angin perubahan
tersebut. Masuknya tahun baru, maka kita menanam azam untuk berubah. Namun kita
tangguhkan azam kebaikan tersebut sehingga masuknya pula tahun hadapan.

Orang tua kita sendiri telah memberi nasihat, ‘sebarang kerja yang bertangguh tidak akan
menjadi.’

Kita perlu sedar akan hakikat ini. Inilah dua perkara yang menghalang seseorang untuk sukar
melakukan perubahan. Perkara pertama ialah manusia itu suka mengulang perkara yang sama.
Kedua ialah syaitan yang akan menghalang dan membisikkan kepada kita tipu dayanya yang
menyebabkan kita pada akhirnya tidak melakukan perubahan yang diingini.

Apa yang sukar dilakukan, maka semestinya pahala yang bakal diperolehinya cukup besar. Tidak
hairanlah merupa yang ingin berhijrah untuk melakukan perubahan yang baik akan dijanjikan
dengan ganjaran yang tiada tandingannya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
kepada Abi Fatimah al-Dhumari r.a.:

‫َع َل ْي َك ِبا ْل ِه ْج َر ِة َف ِإ َّن ُه ل َا ِم ْث َل َل َها‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya.” (Hadis riwayat al-
Nasaie, hadith no. 4167)

Hadis ini menunjukkan betapa kedudukan hijrah diangkat oleh Baginda s.a.w. seolah-olah tiada
tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh
golongan yang melakukan hijrah itu bukanlah sesuatu yang mudah, namun tidaklah pula
mustahil untuk dilakukan.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ ا ْل ِه ْج َر ُة‬:‫َل َّما ُس ِئل َع ْن َأ ْف َض ِل ال ِإيما ِن َقا َل‬

Maksudnya: Apabila ditanyakan berkenaan seafdhal iman, jawab Baginda SAW: “Hijrah.”
(Hadith riwayat Ahmad, hadith no. 17027)

Ganjaran Terbesar Buat Mereka Yang Berhijrah


Kita perlulah mengumpul dan membebaskan kekuatan agar diri kita dapat berhijrah. Maka Nabi
s.a.w. meletakkan mereka yang berhijrah itu sama pahalanya seperti orang yang berjihad. Jika
ditimbang amalan mereka yang berhijrah untuk melakukan kebaikan dengan seorang mujahid
yang lengkap berpakaian baju besi serta menyarung senjata di pinggangnya dan menaiki kuda,
pastinya pahala kedua-duanya adalah sama berat.

Cuba bayangkan seorang yang ingin berjihad tetapi dirinya tidak membuat persediaan untuk
berjihad. Dirinya hanya memakai selipar, berpakaian baju biasa, berkain pelikat serta tidak
membawa sebarang senjata. Pastinya orang sebegini akan tumpas. Maknanya, orang yang ingin
berjihad memerlukan persediaan. Begitulah juga dengan orang yang berhijrah. Mereka juga
memerlukan persediaan.

Begitulah besar dan hebatnya pahala bagi mereka yang ingin berhijrah. Ganjaran apa yang lebih
besar melainkan ganjaran syurga?

Firman Allah s.w.t.:

‫َوال َّسا ِب ُقو َن ا ْل َأ َّو ُلو َن ِم َن ا ْل ُم َها ِج ِري َن َوا ْل َأن َصا ِر َوا َّل ِذي َن ا َّت َب ُعو ُهم ِب ِإ ْح َسا ٍن َّر ِض َي ال َّل ُه َع ْن ُه ْم َو َر ُضوا َع ْن ُه‬

‫َو َأ َع َّد َل ُه ْم َج َّنا ٍت َت ْج ِري َت ْح َت َها ا ْل َأ ْن َها ُر َخا ِل ِدي َن ِفي َها َأ َب ًدا ۚ َٰذ ِل َك ا ْل َف ْو ُز ا ْل َع ِظي ُم‬

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’, dan orang-orang yang menurut (jejak
langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula
reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(Surah Al-Taubah, ayat 100)
Begitulah besarnya mereka yang berhijrah. Allah akan reda kepada mereka, malah Allah akan
menyediakan buat mereka syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka yang
berhijrah dan Allah reda kepadanya, mereka akan kekal di syurga buat selama-lamanya.
Pastinya, inilah kemenangan yang paling besar.

Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah akhlak yang lebih baik seperti mana yang
ditekankan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang difahami oleh para sahabat:

‫ِإ َّن َما ُب ِع ْث ُت ِل ُأ َت ِّم َم َصا ِل َح ا ْل َأ ْخ َلا ِق‬

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan


akhlak.” (Hadith riwayat Ahmad , hadith no. 8952. Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith
ini sebagai sahih dan sanadnya kuat)

Dalam hadith pendek ini dapat difahami bahawa kesemua nabi dan rasul diutuskan untuk
membawa akhlak, manakala baginda Rasulullah s.a.w. pula diutus untuk menyempurnakan
akhlak para nabi. Cuba bayangkan diri kita yang mengakui menyayangi diri Rasulullah,
berselawat kepada baginda, maka seharusnya kita juga turut mengikut tuntutan baginda iaitu
menyempurnakan akhlak yang mulia.

ADAKAH KITA SUDAH BERHIJRAH?

Kita lupa, rupa-rupanya salah satu guru terbaik yang dimiliki oleh diri kita adalah hari semalam
kita. Seandainya kita tidak dapat belajar daripada guru yang terbaik, maka siapakah lagi guru
terbaik yang akan mengajar kita? Kedengarannya seperti sesuatu yang sangat ringkas dan
mudah, tetapi Rasulullah s.a.w berjaya membentuknya sebelum manusia berhijrah.
Kita tidak duduk pada zaman para sahabat. Para sahabat seakan sentiasa ada api di dalam diri
dan persekitaran yang mendorong mereka untuk sentiasa membuat yang lebih baik. Malah
mereka berlumba-lumba untuk melakukan apa yang lebih baik berbanding para sahabat yang
lain.

Maka berlakulah proses hijrah tersebut. Hijrah itu berlaku secara berterusan dan berulang.
Begitulah graf keimanan para sahabat, sentiasa meningkat naik. Keimanan mereka tidak hanya
mendatar, apatah lagi tidak menjunam turun ke bawah.

Hijrah adalah proses. Hijrah itu bukanlah satu acara, satu kejadian, sebaliknya hijrah itu adalah
sebuah proses yang berpanjangan. Kita tidak boleh berkata kepada seseorang, “saya sudah
berhijrah.” Ungkapan sebegini sebenarnya kurang tepat kerana hijrah adalah proses yang tidak
berhenti-henti. Proses ini berterusan setiap hari, setiap 24 jam, bukanlah prosesnya adalah, “oh,
dulu saya sudah berubah. Allah telah berikan saya hidayah dan sekarang saya sudah berhijrah.”

Istilah “sudah berhijrah” ini tidak tepat. Bukannya “sudah berhijrah”, sebaliknya “saya sedang
berhijrah.” Bila hijrah ini akan berakhir? Hijrah ini akan berakhir sehingga malaikat maut datang
kepadanya. Maka ketika itu, berakhirlah kisah hijrahnya. Inilah doa yang sepatutnya menjadi doa
kita saban hari.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, tolonglah jadikan kami pada hari ini lebih baik daripada
hari semalam, dan jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini.” Inilah doa yang sepatutnya
dibacakan oleh diri kita setiap hari. Seolah-oleh dalam Islam, tarbiyyah berlaku secara berterusan
pada setiap 24 jam. Tarbiyyah ini berlaku kepada diri kita dan kepada diri setiap insan.
AMALAN YANG MEMBERATKAN TIMBANGAN AMAL

Dalam bab sebelum ini, kita telah membaca hadis Nabi s.a.w. tentang kedatangan baginda untuk
menyempurnakan akhlak. Betapa pentingnya akhlak sehinggakan kesemua nabi dan rasul
membawa akhlak, dan kehadiran Rasulullah s.a.w. adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
telah pun dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu.

Namun sayang, mungkin akhlaklah pada hari ini menjadi perkara yang paling fakir dan miskin di
kalangan umat Islam. Secara jujurnya, daripada peringkat yang paling tinggi sehinggalah pada
peringkat yang paling rendah, daripada yang sangat kaya sehinggalah kepada mereka yang
miskin, perbezaan ini tidak menghalang mereka daripada berkongsi satu sifat yang tidak
sempurna iaitu akhlak.

Bagi mereka yang punya pendidikan yang tinggi. Ilmu akademiknya sangat hebat. Namun
kehebatan akademik mereka tetap tidak akan dipandang tinggi jika buruk akhlaknya. Malah, para
ustaz yang disanjung juga akan turut dipandang serong jika tidak menjaga akhlaknya. Mungkin
pada hari ini, ibu bapa begitu menekankan akademik buat anak-anak sehingga melupakan
akhlak.

Ketika mana zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar, beliau berjalan pada waktu malam
untuk melihat sendiri masalah yang menimpa rakyatnya. Sewaktu beliau berjalan di lorong-
lorong di kawasan perumahan, saidina Umar terdengar bacaan ayat Al-Quran:

‫َوا ْم َتا ُزوا ا ْل َي ْو َم َأ ُّي َها ا ْل ُم ْج ِر ُمو َن‬

Maksudnya: “Dan berpisahlah pada hari ini wahai orang-orang yang derhaka kepada Allah.”
(Surah Yaasin, ayat 59)

Mendengar sahaja ayat tersebut dibacakan, terus berubah wajah saidina Umar. Raut wajahnya
menjadi pucat dan lesu dalam gelapnya malam. Tidak berapa lama kemudian, tubuh gagal
khalifah kedua umat Islam ini terus rebah ke tanah, pengsan kerana takutkan kalimah Allah yang
baru sahaja didengarinya sebentar tadi.

Saidina Umar Tersungkur Kerananya

Sewaktu azan Subuh dilaungkan, para jemaah mula keluar dari rumah masing-masing untuk
mendirikan solat Subuh di masjid. Sewaktu para jemaah ini melalui laluan yang sama seperti
yang dilalui oleh Saidina Umar pada malam tadi, mereka terlanggar tubuh khalifah kedua umat
Islam yang ketika itu masih lagi kaku pengsan di atas jalan. Apabila mereka dapati tubuh
tersebut adalah amirul mukminin, mereka terus dudukkan tubuh tersebut lantas merenjiskan air
ke wajahnya.

Ketika mana saidina Umar tersedar dari pengsannya, dapat dilihat dengan jelas takungan air mata
yang jernih di bawah matanya yang mulia. Air matanya terus mengalir dengan deras sehingga
lenjun janggutnya dan basah dadanya. Melihat keadaan saidina Umar yang sedemikian rupa,
mereka terus bertanya apakah yang terjadi sebenarnya?

“Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai amirul mukminin?”

Saidina Umar menjawab, “aku mendengar seseorang membaca firman Allah: ‘Dan berpisahlah
pada hari ini wahai orang-orang yang derhaka kepada Allah.’ Aku takut aku tergolong dalam
orang-orang yang derhaka kepada Allah.”

Cuba bayangkan seorang khalifah Islam sendiri takut jika dirinya tergolong dalam orang-orang
yang derhaka kepada Allah, maka adakah kita sudah berada dalam zon yang selesa dan tidak
perlu merasa takut saat Allah berada di hadapan kita nanti?

Firman Allah Taala:


‫َو َلو َتر ٰى ِإ ِذ ال ُمج ِرمو َن نا ِكسو ُرءو ِس ِهم ِعن َد َر ِّب ِهم َر َّبنا َأب َصرنا َو َس ِمعنا َفار ِجعنا َنع َمل ٰص ِل ًحا ِإ ّنا‬

‫مو ِقنو َن‬

Maksudnya: Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa
itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil
merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan
segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. (Surah As-
Sajdah, ayat 12)

Saat kita berada di hadapan Allah, tiada apa lagi yang kita harapkan melainkan amal yang pernah
kita lakukan ketika di dunia. Pada ketika itu, kita dihadapkan dengan dua neraca Mizan. Pertama
ialah neraca kejahatan dan yang kedua ialah neraca kebaikan. Segala amalan kita akan dihitung
dengan penuh keadilan dan tidak akan tertinggal sedikitpun, walaupun amal kebaikan atau
kejahatan yang hanya sebesar zarah.

Sebelum kita tidur pada waktu malam nanti, cuba kita bayangkan kita berada di hadapan neraca
tersebut. Agak-agaknya, cukupkah amalan kebaikan yang telah kita lakukan selama ini?

Tangisan Saidina Ali

Sewaktu saidina Ali berada di penghujung hayatnya, ketika mana tubuhnya telah dicantas
dengan senjata yang sangat tajam sehingga darah mengalir dari tubuhnya tanpa henti. Darahnya
terus dibalut, namun ianya masih tidak mampu menghalang darah daripada terus terpercik keluar
dari tubuhnya.
Ketika itu, didatangkan kepadanya segelas susu putih dan bening. Tatkala saidina Ali meminum
air susu tersebut, air susu yang diminumnya turut keluar dari luka bersama-sama darahnya.
Menjelang waktu kematiannya, saidina Ali meminta dirinya disandarkan. Beliau menangis
dengan tangisan yang begitu kuat. Para sahabat memujinya dan menyebut-nyebut akan kebaikan
yang pernah beliau lakukan.

Melihat saidina Ali terus menangis, para sahabat bertanya mengapa dirinya masih terus
menangis?

Lalu saidina Ali menjawab, “perjalanan akhirat itu terlalu jauh. Tetapi bekalan yang aku bawa
terlalu sedikit. Aku takut bekalanku yang terlalu sedikit ini tidak mampu menampung perjalanan
akhirat yang jauh.”

Walaupun namanya telah dijamin syurga oleh baginda Rasulullah s.a.w. sendiri, namun
begitulah jawapan saidina Ali sewaktu beliau berada di penghujung hayatnya. Walau dengan
segala kebaikan serta amalannya yang cukup tinggi, dirinya tetap merasakan amal yang
dikumpulkan masih terlalu sedikit.

Maka, adakah kita masih merasa selesa dengan himpunan amal yang telah kita kumpulkan
selama ini?

Benar, perjalanan menuju ke alam akhirat itu tersangat jauh. Sebelum tiba di alam akhirat, kita
perlu melalui alam barzakh terlebih dahulu. Menunggu kita di sana dalam tempoh waktu yang
cukup panjang sebelum kita dibangkitkan di mahsyar. Ketika di mahsyar pula, kita perlu
menunggu lagi sehingga diri kita dibawa di hadapan Mizan. Dalam perjalanan yang sejauh itu,
adakah pahala yang kita kumpulkan selama ini mencukupi?

Kalaulah pada hari ini kita merasakan umur kita yang panjang, amal kita sudah dilaksanakan,
tetapi belum tentu amal yang kita laksanakan diterima oleh Allah, maka dengar dan
berpeganglah dengan hadis ini bersama-sama:
‫َما ِم ْن َش ْي ٍء َأ ْث َق ُل ِفي ا ْل ِمي َزا ِن ِم ْن ُح ْس ِن ا ْل ُخ ُل ِق‬

“Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang
baik.” (Hadis riwayat Abu Daud, no. 4799, dan Tirmizi, no. 2002)

Syaitan memang suka mengganggu umat Nabi Muhammad s.a.w. daripada melakukan kebaikan,
semenjak dari Nabi Adam sehinggalah ke akhir zaman. Namun, perkara yang paling dihalang
oleh syaitan ialah menghalang kita daripada mengikuti akhlak Rasulullah s.a.w.

Kadang-kadang syaitan menyuruh kita beribadah.


Kadang-kadang syaitan menyuruh kita membaca Al-Quran.

Namun, syaitan akan menghalang kita daripada berakhlak mulia kerana syaitan sendiri tahu akan
beratnya amalan akhlak yang baik ini apabila ditimbang di atas mizan.

Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., seharusnya kita menampilkan akhlak yang
paling mulia. Biarkan syaitan dengan tugasannnya menyerang kita dari setiap penjuru, dan tugas
kita pula adalah terus menampilkan akhlak yang mulia seperti mana yang ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah s.a.w. Jika kita sendiri tidak berakhlak mulia, adakah kita mahu
mengharapkan orang bukan Islam pula yang menampilkan akhlak yang mulia?

Marilah kita pada hari ini berhijrah untuk menampilkan akhlak yang lebih baik.

Dua Jenis Akhlak

Apabila disebut tentang akhlak ini, ada dua perkara yang perlu kita perhalusi. Pertama ialah
akhlak baik, manakala akhlak kedua pula ialah akhlak keji yang wujud dalam diri kita. Dalam
diri kita sudah wujud akhlak yang baik, dalam masa yang sama juga tetap wujud akhlak yang
keji. Perjuangan kita pada hari ini ialah membuang akhlak yang keji. Daripadanya nanti akan
lahirlah akhlak lahiriyyah.

Ulama mentakrifkan akhlak sebagai satu perbuatan baik yang dilakukan secara spontan tanpa
perlu berfikir. Contohnya sewaktu kita berjalan-jalan, tiba-tiba kita terjumpa dengan seseorang.
Ketika itu dalam fikiran kita memikirkan adakah kita mahu memberikan senyuman buatnya?
Selagi mana kita masih berkira-kira untuk melakukannya, ianya masih belum dikira sebagai
akhlak.

Sewaktu kita berada di masjid. Tiba-tiba lalu tabung masjid di hadapan kita. Andai kita masih
berkira-kira untuk bersedekah, maka itu masih belum dikira akhlak. Adapun jika kita secara
spontan melakukan kebaikan, maka itulah dikira sebagai akhlak. Itulah akhlak, dan ianya lahir di
dalam diri secara spontan dan berterusan. Jika kita masih belum mencapai tahap sedemikian, kita
perlulah melatihnya agar akhlak baik dapat meresap menjadi tabiat diri kita.

Jika selama ini kita adalah seorang yang pemarah, maka cubalah kita bayangkan diri kita di
hadapan mizan. Pastinya kita tidak mahu amarah kita menyebabkan mizan kejahatan kita
bertambah berat. Jangan biarkan kita rasa selesa menjadi seorang yang pemarah. Sebaliknya
hijrahlah diri agar menjadi seorang yang pemaaf, yang mana ianya dapat membantu pula
memberatkan neraca kebaikan kita.

Untuk selamat di dunia dan akhirat, marilah kita membaiki akhlak. Tidak perlu mencari akhlak
yang sukar, sebaliknya marilah kita mulakan hijrah kita dengan menjadi seorang yang sentiasa
memberikan senyuman dan wajah yang paling manis buat saudara-saudara kita.

Tatkala kita mahu mengambil gambar, kita boleh sahaja memberikan senyuman yang mana.
Maka mengapa tidak kita memberikan senyuman yang sama kepada sesiapa sahaja? Marilah kita
mulakan kempen senyuman ini bermula dari rumah. Kita boleh mengajak ahli keluarga kita
untuk mengadakan latihan senyuman. Buatlah sekarang dan jangan bertangguh lagi.
Semoga dengan akhlak yang semudah ini mampu memberikan pahala yang berpanjangan buat
diri kita, amin.

KEBERKATAN DARI SEORANG KHALIFAH

Umar ibni Abd al-Aziz ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga


tahun 720. Beliau dianggap sebagai khalifah yang kelima kerana kehebatan dan kesolehannya.
Ada satu kisah kecil yang menarik telah berlaku pada hari pertama saidina Umar bin Abdul Aziz
dilantio menjadi khalifah. Di satu kampung nun jauh di pinggir bandar, ada sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang ibu bersama anak perempuannya. Mereka mendapat pendapatan daripada
susu kambing yang mereka ternak.

Pada suatu hari, si anak memerah susu kambing seperti rutin hariannya yang biasa. Alangkah
terkejutnya si anak kerana kantung susu kambing yang diperahnya tiba-tiba membengkak dengan
besar lalu mengeluarkan susu yang sangat banyak. Dilihatnya kambing-kambing yang lain,
kantung susu mereka semuanya membengkak. Dengan penuh teruja, dia menjerit memanggil
ibunya, “wahai ibu, tolong berikan bekas. Tiba-tiba kambing mengeluarkan susu yang sangat
banyak!”

Si ibu dengan segera mencari bekas-bekas bagi mengisi limpahan susu kambing yang tidak
pernah pun berlaku sebelum ini. Sewaktu membawa bekas-bekas tersebut untuk diberikan
kepada anaknya, si ibu sempat berdoa, “ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah
mengurniakan seorang khalifah yang baik buat kami.”

Si ibu ini bercakap melalui firasat dirinya. Sedangkan keesokan harinya, barulah seluruh bandar
dan kampung digegarkan dengan pukulan gendang dan pengumuman rasmi bahawa Saidina
Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah baru bagi umat Islam. Ternyata keberkatan
daripada lantikan tersebut, kantung susu-susu kambing mula membengkak di seluruh kawasan
jajahan pemerintahan Islam. Alangkah mewah dan makmurnya keluarga kecil ini bersama
seluruh orang-orang yang lain, berkat kepimpinan umat Islam yang baru dilantik.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti tahun. Kambing ternakan milik keluarga
kecil ini terus mengeluarkan susu yang cukup banyak hinggakan mereka mampu untuk hidup
dengan lebih selesa dan senang. Sehinggalah pada suatu hari, sedang si anak memerah susu
kambing, tiba-tiba kantung susu tersebut menjadi kecil. Susu tidak lagi keluar dari dengan
banyak seperti sebelum ini. Malah, kantung susu kambing yang lain turut mengecut.

Si anak memanggil ibunya lalu berkata, “wahai ibu, susu-susu ini kelihatannya sudah tidak lagi
keluar dari kantung-kantung kambing.” Maka keluarlah si ibu melihat keadaan kambing-
kambingnya sambil menangis. Si ibu ini kemudiannya berdoa, “Ya Allah, alangkah singkatnya
masa pemerintahan khalifah-Mu ini memimpin kami.”

Keesokan harinya, telah sampai berita dari istana bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz telah
meninggal dunia pada hari semalam. Begitulah Allah memuliakan seorang pemerintah sehingga
keberkatannya melimpah ruah ke arah segenap rakyatnya. Daripada Abi Bakrah RA, bahawa aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ َو َم ْن َأهَانَهُ َأهَانَهُ هللا‬،ُ‫ فَ َم ْن َأ ْك َر َمهُ َأ ْك َر َمهُ هللا‬،‫ض‬


ِ ْ‫ان ِظلُّ هللاِ فِي اَأْلر‬
dُ َ‫الس ُّْلط‬

Maksudnya: “Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang


memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah
akan menghinanya.” (Hadth riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman, haith no. 6988).
Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, 496/1, namun
didhaifkn oleh Imam Abi Hakim)

Khalifah, pemerintah atau sultan ini digambarkan sebagai bayangan Allah. Diumpamakan
pemerintah itu seperti tempat berteduh bagi orang yang mencari tempat untuk berteduh dan
teduhan itu diumpamakan apabila pemerintah itu melaksana atau memerintah dengan adil. Selain
itu juga, bayangan ini juga membawa maksud kemuliaan dan kekuasaan.

Begitulah tingginya darjat yang Allah berikan kepada pemerintahan yang adil dan sentiasa
berpegang teguh dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN

Kisah lelaki yang pada asalnya begitu membenci Islam, namun pada saat-saat akhir hidupnya,
dia sempat mengucap dua kalimah syahadah, menunjukkan kepada bahawa tiada siapa yang
dihalang untuk berubah. Kisah ini juga menunjukkan kepada kita bahawa kejahatan yang
dilakukan oleh lelaki itu sewaktu zaman kejahilannya langsung tidak dibalas oleh masyarakat
Islam, sebaliknya mereka bersabar.

Ya, bukanlah setiap kejahatan itu perlu dibalas juga dengan kejahatan. Siapa tahu, mereka yang
kita sangkakan jahat itu boleh jadi lebiih mulia lagi daripada orang lain sewaktu akhir hayat
mereka.

Kita juga semestinya boleh mengambil ikhtibar berdasarkan sirah sewaktu dakwah Rasulullah
s.a.w ke Thaif. Sepanjang keberadaan baginda bersama Zaid bin Harith di bumi Thaif selama 10
hari, kesemua kabilah ditegur dengan penuh mesra oleh baginda. Rasulullah menunjukkan
akhlak terpuji baginda kepada sesiapa sahaja yang baginda temui.

Namun sayang, tiada seorang pun yang mahu mengikuti ajaran agama Islam. Bukan tiada siapa
yang mengikuti dakwah yang dibawa oleh Rasulullah, malah para pembesar bumi Thaif
menyuruh kanak-kanak dan hamba sahaya untuk menghina Rasulullah s.a.w. Mereka telah
mengarahkan para hamba berdiri di sepanjang perjalanan lalu dibaling dengan kayu, batu dan
tulang-tulang unta ke arah kaki Rasulullah s.a.w. Balingan itu membuatkan betis baginda yang
mulia telah luka, darah mengalir darinya hinggakan kasut baginda telah ditakungi dengan darah
baginda sendiri.

Atas rasa cintanya yang mendalam, Zaid telah menjadi pendinding yang melindungi tubuh badan
baginda daripada dapat dicederakan oleh sesiapa. Kecederaan yang dialami oleh Zaid juga
bukanlah sedikit, namun dirinya lebih mengutamakan keselamatan baginda. Zaid dapat
mendengar bunyi percikan darah dari kaki Rasulullah, membuatkan dirinya diselubungi
kebimbangan.

Mereka terus berlari sehingga tiba di sebuah kebun anggur. Di sana, baginda mengambil
kesempatan untuk berehat dan mengesat luka. Niat baginda begitu suci, hanya mahu
mengeluarkan penduduk Thaif yang berada di dalam kegelapan, keluar menemui cahaya
keimanan. Namun usaha baginda dibalas pula dengan cacian, makian serta balingan batu, kayu
dan tulang unta sehingga mencederakan baginda dan Zaid bin Harith.

Pada ketika mereka berdua sedang berehat di sana, tiba-tiba datang malaikat penjaga gunung
yang diutus oleh Allah. Malaikat tersebut menawarkan diri untuk mengangkat gunung dan
menghempapkan ke atas penduduk Thaif yang telah menzalimi Rasulullah s.a.w. Baginda
bangun sambil air matanya dipenuhi dengan lelehan air mata. Baginda menjawab sambil berdoa:

‫َب ْل َأ ْر ُجو َأ ْن ُي ْخ ِر َج ال َّل ُه ِم ْن َأ ْص َلا ِب ِه ْم َم ْن َي ْع ُب ُد ال َّل َه َو ْح َد ُه َلا ُي ْش ِر ُك ِب ِه َش ْي ًئا‬

Maksudnya: “(Tidak). Bahkan aku berharap agar Allah melahirkan daripada anak keturunan
mereka orang yang beribadah kepada Allah semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan
apapun jua.” (Hadith riwayat Bukhari, hadith no. 2992)

Begitulah sifat serta keperibadian Rasulullah s.a.w. Saat baginda dimaki, dicaci, dibaling dengan
kayu, batu serta tulang-tulang unta, baginda membalasnya dengan doa buat mereka. Kejahatan
itu dibalas dengan kebaikan, itulah sebaik-baik pembalasan.
APA KHABAR SOLAT KITA HARI INI?

Berapa ramai dalam kalangan kita yang cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk menzahirkan
rasa khusyuk di dalam solat, namun usaha mereka gagal. Ada yang cuba memahami setiap lafaz
yang diucapkan di dalam solat, ada yang mengorek rahsia pergerakan dalam solat. Meskipun
begitu, mereka masih tidak mampu merasai nikmat khusyuk di dalam solat. Kita cuba untuk
mendirikan solat dengan sebaiknya, malangnya kita masih belum berupaya mendapat nikmat
khusyuk tersebut.

Mengapa?

Kerana kita sekadar melihat solat sebagai satu tanggungjawab. Kita memandang solat adalah
satu perintah. Kita tidak dapat melihat solat sebagai satu hadiah dari Allah buat hamba-Nya.
Bukankah orang tidak suka diperintahkan, sebaliknya suka jika diberikan hadiah? Begitulah sifat
manusia. Lantaran itu, selagi mana kita tidak membetulkan perspektif tentang solat, selagi itulah
khusyuk tidak akan hadir.

Bayang tidak akan lurus pada objek yang bengkok. Apabila perspektif kita bengkok pada
amalan, maka natifahnya juga akan bengkok. Seperti itulah juga solat. Oleh sebab itu, Rasulullah
s.a.w. mengajar para sahabat bahawa solat adalah hadiah, solat adalah perkara yang terindah,
sehinggakan para sahabat mampu mendirikan solat dengan sangat khusyuk kerana mereka dapat
merasai kemanisan ketika mendirikan solat.
Kisah Gadis Dan Kebun Pisang Di Tengah Malam

Ada satu kisah yang diceritakan oleh seorang wanita muda kepada saya. Dia menceritakan
kepada saya bahawa dia memeluk Islam ketika berusia 16 tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang
bukan beragama Islam, dia memiliki empat orang adik beradik. Mereka sekeluarga cukup kuat
beramal dengan agama lama mereka. Bahkan sewaktu mereka masih kecil, keluarga mereka
sudah menanamkan rasa kebencian terhadap agama Islam.

Apabila gadis ini berumur 16 tahun, dia mendapat tawaran bersekolah di sekolah berasrama. Di
sana, dia berkawan dengan kawan-kawan yang beragama Islam. Apabila dia berada di dalam
persekitaran rakannya yang beragama Islam, dia dapat melihat bahawa Islam bukanlah agama
yang jahat, seperti mana yang telah dimomokkan oleh keluarganya sejak dia masih kecil lagi.

Lama kelamaan, dia semakin seronok. Dia bukan sekadar seronok bersahabat bersama rakan-
rakan yang beragama Islam, malah dia juga semakin suka dengan agama Islam. Hinggakan
sewaktu dia melihat sahabatnya memakai telekung untuk mendirikan solat, hatinya merintih,
alangkah indahnya jika dia juga dapat memakai sesuatu yang dapat mengangkat maruahnya
sebagai seorang wanita.

Pada masa yang lain, dia pernah duduk berteleku sewaktu laungan azan sehinggakan laungan itu
terhenti. Kadang-kadang, air matanya mengalir. Dia dapat merasakan satu nikmat yang cukup
luar biasa, namun dia tidak pasti nikmat itu datangnya dari mana dan mengapa ia tiba-tiba hadir.
Apa yang pasti, dia dapat merasakan kelazatannya sewaktu mendengar kalimah-kalimah agung
azan yang dilaungkan.

Pada bulan November, dia menekadkan dirinya. Dia tidak mampu lagi menipu dirinya. Atas
keinginannya yang membuak-buak dari lubuk hatinya yang suci, dia bertemu dengan seorang
ustaz. Dia meminta ustaz tersebut mengislamkan dirinya di surau sekolahnya. Di sana, dia
dipimpin mengucapkan dua kalimah syahadah.
Tidak berapa lama kemudian, cuti sekolah pun bermula. Dia memesan kepada kawan-kawannya
agar merahsiakan keislamannya agar tidak diketahui oleh keluarganya. Dia amat muklum akan
kebencian keluarganya terhadap agama Islam.

Baliklah dia ke kampungnya dengan merahsiakan keislamannya.

Apabila tiba di rumah, dia diminta oleh keluarganya untuk memotong dan memasak daging
khinzir. Saat itu, hatinya luluh. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dia menangis sambil
mengadu kepada Allah. “Ya Allah, mengapakah iman hamba-Mu ini tersangat lemah.
Mengapakah hamba-Mu ini tiada kekuatan untuk memberitahu kepada keluargaku akan
keislaman diriku.”

Dia terus menangisi dirinya kerana dia sedar bahawa Allah tidak sukakan perkara yang dia
sedang lakukan iaitu memotong dan memasak daging khinzir. Ketika keluarganya makan, dia
tidak menjamahnya. Itulah antara perkara yang paling menyedihkan buat anak gadis yang baru
sahaja memeluk agama Islam ini.

Namun, saat yang paling indah adalah ketika mana masuknya waktu malam, sewaktu pelita-
pelita di dinding telah dipadam. Apabila semua ahli keluarganya telah tidur, dia mengeluarkan
apa yang disembunyikan dari bawah katilnya, lalu keluar dari tingkap biliknya dan menuju ke
kebun pisang yang telah dia bersihkan siang tadi dengan penuh berhati-hati, bimbang ada ahli
keluarganya yang sedar akan pergerakannya. Dia keluar sambil memeluk erat sebuah bungkusan.

Suasana di kebun pisang tersebut sangat gelap dan sejuk. Sampai sahaja di sana, dia membuka
bungkusannya yang berisi telekung. Saat dia memakai telekung, dia terus mengangkat takbir.
Allahu Akbar. Itulah saat yang paling indah dalam hidupnya. Sebagai seorang muallaf yang baru
memeluk agama Islam, dia hanya menghafal Surah Al-Fatihah sahaja.

Dari berdiri tegak, dia rukuk, berdiri semula dan sujud. Tanpa sebarang alas, dahinya mengenai
tanah. Bau tanah itu cukup kuat menyucuk di hidungnya. Dan saat yang paling sedih buat dirinya
adalah sewaktu dia hendak memberikan salam. Assalamu alaikum warah matullah. Itulah saat
yang paling menyedihkan, kerana salam bererti kita telah kembali berhubung kembali dengan
makhluk, sedangkan sebentar tadi kita telah memutuskan hubungan kita dengan dunia.

Selesai solatnya pada malam itu. Dan dalam lubuk hatinya, dia sangat tidak sabar untuk
menunggu saat masuknya malam esok agar dia dapat kembali semula menunaikan solat seperti
yang dilakukannya pada hari ini.

Gadis ini terus mengulangi amalannya itu saban malam, dalam lingkungan pukul 12 tengah
malam hingga pukul satu pagi, sehinggakan kawasan solatnya itu telah menjadi licin kerana dia
sering sujud di tempat yang sama.

Hinggalah pada suatu malam, sewaktu ada keraian di rumahnya, para tetamu hanya pulang dari
rumahnya pada pukul dua pagi. Setelah memastikan kesemua ahli keluarganya telah masuk tidur,
gadis ini pun keluar dari rumahnya sambil membawa telekung. Kakinya berjalan lincah kerana
sudah tidak sabar untuk menunaikan solat.

Sampai sahaja di tempatnya, dia segera memakai telekung dan mengangkat takbir, menandakan
bermulanya solat. Dia terus menunaikan solatnya sehinggalah dia masuk pada rakaat kedua. Pada
ketika itu, tiba-tiba sahaja hujun turun membasahi bumi. Kedengaran bunyi kilat sambar
menyambar. Kawasannya yang sejuk, bertambah sejuk.

Ketika seluruh telekung basah, dia masih meneruskan solat. Bibirnya menggeletar lantaran
menahan rasa sejuk yang cukup mencengkam tubuhnya yang sudah berada dalam keadaan yang
basah. Walaupun dalam keadaan yang sedemikian, dia tetap meneruskan solat. Tidak mungkin
dia memberhentikan solatnya kerana dia pada ketika itu dapat merasai sendiri kelazatan
menyebut kalimah Allah.

Apabila dia sujud, dia dapat merasai air mengalir dari pipinya. Ranting-ranting mengenai
wajahnya. Dia tetap meneruskan solatnya sehingga masuknya rakaat yang ketiga.
Kesakitan Dalam Kenikmatan

Tatkala dia berdiri pada rakaat ketiga, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat.
Bersama dentuman itu, tubuhnya terhayun hingga melanggar ke pohon pisang. Dalam keadaan
samar-samar cahaya kilat, dia merasai sakit pada bahagian dahinya. Dia memegang dahinya. Dia
dapat merasakan ada luka yang besar pada dahinya.

Dalam sedikitnya cahaya kilat yang datang, dia dapat melihat ada darah yang mengalir jatuh dari
telekungnya. Darah merah itu terus memenuhi telekungnya yang sememangnya telah lenjun
kerana air hujan. Dia mendongakkan kepala. Barulah dia tahu, di satu sudut, abangnya sedang
berdiri sambil memegang belati yang sangat keras. Rupa-rupanya, bunyi dentuman yang kuat itu
adaah hasil pukul keras belati yang tepat mengenai kepalanya.

Bayangkan, seorang muslimah yang hanya berusia 16 tahun, yang baru sahaja memeluk agama
Islam, telah diuji dengan ujian yang sebegitu. Bagaikan orang yang dirasuk, abang menyepak
dan menerajang tubuh adiknya semahu-mahunya. Walaupun dalam keadaan sedemikian,
mulutnya hanya menyebut kalimah Allah, Allah. Tidak berapa lama kemudian, gadis ini terus
rebah dalam keadaan darahnya masih bersimbah ke seluruh telekungnya.

Malam itu, pesta memukul.


Malam itu, pesta darah.
Malam itu, hujan membasahi bumi.
Malam itu, guruh mengalihkan sunyi.
Dan pada malam itu, gadis ini hanya mampu meraung mengucapkan kalimah Allah.

Abangnya terus memukul si adik sehinggalah dia kepenatan. Keadaan adiknya pula menggeletar
kerana menahan kesakitan akibat dipukul oleh abang sendiri. Si abang duduk mencangkung
memandang adiknya yang sedang mengerang kesakitan. Dalam keadaan samar malam, si adik
menggagahkan dirinya untuk berbicara kepada abangnya.
“Abang, abang boleh pukul saya sebanyak mana yang abang mahu. Tetapi, abang tidak boleh
memukul dan menyentuh hati saya yang telah menyayangi Allah. Abang boleh pukul tubuh saya
sehingga hancur, tetapi abang tidak boleh sentuh hati saya yang telah sayang Allah.”

Selesai sahaja mengungkapkan kalimah tersebut, gadis tersebut pengsan.

Apabila dia tersedar sahaja, dia sudah berada di hospital. Luka-lukanya telah dijahit, lebam-
lebamnya telah dibalut. Dalam keadaan baru sahaja sedar, terus dia dapat merasakan betapa
sakitnya tubuhnya. Di sisi katilnya ada ibunya yang setia menunggu. Di luar wad, dia dapat
melihat ayah bersama abangnya. Tatkala anak gadisnya telah sedar, air mata ibunya mula
mengalir jernih.

Dalam keadaan tubuhnya yang penuh luka, anak gadis ini merasa begitu gembira. Dengan
keadaan mulutnya yang pecah, dia berkata, “ya Allah, syukurnya. Sekarang mereka sudah tahu
bahawa aku adalah seorang Islam. Syukur, ya Allah kerana sekarang mereka sudah tahu aku
adalah seorang muslimah. Terima kasih ya Allah kerana mereka sudah mengetahuinya.”

Rasa syukur itu membuatkan dia tidak lagi merasai kesakitan yang membelenggu tubuhnya.

Sekarang, alhamdulillah, dia tidak perlu lagi mendirikan solat secara senyap-senyap di kebun
pisang. Kini, dia akan menunaikan solat di ruang tamu rumahnya. Ayahnya menjadi imam,
abangnya berdiri di belakang menjadi makmum, ibunya memakai telekung, sama seperti dirinya.
Seluruh ahli keluarganya telah mengucapkan kalimah syahadah. Inilah nikmat yang paling besar,
iaitu seluruh ahli keluarganya memeluk agama Islam.

Apa pengajaran yang kita boleh pelajari berdasarkan kisah ini?

Banyak, terlalu banyak. Selain daripada kecekalan seorang gadis yang baru sahaja memeluk
agama Islam, pelajaran terbesar yang kita sendiri boleh ambil dan jadikan ikhtibar ialah, adakah
solat yang kita dirikan sebelum ini dibina atas paksaan atau sekadar mahu melepaskan
tanggungjawab sebagai seorang muslim? Ataupun kita mendirikan solat kerana kita merasakan
bahawa ianya adalah hadiah yang sangat istimewa, yang diberikan oleh Allah buat diri kita.

Bagaimana seorang anak yang dipaksa untuk menghabiskan makanan. Pastinya si anak akan
memakannya dengan penuh rasa paksa tanpa kehendak diri sendiri. Sebaliknya jika si ayah
memberikan makanan yang digemari oleh si anak, pasti anaknya akan memakan makanan
tersebut dengan penuh rasa gembira dan teruja.

Begitulah juga dengan solat.

Jika kita mendirikan solat kerana merasakan solat adalah satu amanah dan tanggungjawab yang
wajib untuk dikerjakan, masakan khusyuk itu boleh hadir dalam diri? Masakan kita dapat
merasai kemanisan ketika solat? Namun jika kita mendirikan solat kerana kita tahu ianya adalah
hadiah yang amat istimewa daripada Tuhan sehinggakan kita tidak sabar untuk mendirikannya
setiap kali masuknya waktu solat, insya-Allah kita pasti akan merasai kemanisan ketika
menunaikan solat.

Tepuk dada, tanyalah iman. Apa agaknya status solat kita pada hari ini?

UBAT HATI PENGUAT HATI

 ِ‫الَ َح ْو َل َوالَ قُـ َّوةَ ِإالَّ بِاهلل‬

“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Zikir yang begitu indah, zikir yang dituturkan oleh seorang hamba ketika hatinya pasrah,
menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Allah s.w.t. Sebuah zikir yang sangat ringkas dan
pendek, tetapi di dalamnya tergabung makna seluruh tauhid kepada Allah s.w.t. Dan tergabung
juga iman Al-Qadar yang ditentukan oleh Allah Taala. Justeru itu zikir ini menjadi antara zikir
yang sentiasa dibaca oleh baginda s.a.w. Malah, baginda turut bersabda kepada saidina Abu
Musa:

ِ ‫ُول هَّللا‬ ُ ‫وز ْال َجنَّ ِة فَقُ ْل‬


َ ‫ت بَلَى يَا َرس‬ ِ ُ‫ك َعلَى َك ْن ٍز ِم ْن ُكن‬ dَ ُّ‫س َأاَل َأ ُدل‬
ٍ ‫يَا َع ْب َد هَّللا ِ ب َْن قَ ْي‬
ِ ‫ال قُلْ اَل َح ْو َل َواَل قُ َّوةَ ِإاَّل بِاهَّلل‬ َ َ‫ق‬

“Hai Abdullah bin Qais, inginkah aku tunjukkan kepadamu salah satu perbendaharaan
daripada perbendaharan di syurga?” Saya menjawab; “tentu ya Rasulullah.” Rasulullah
bersabda: “Ucapkanlah, Laa haula wala quwwata illaa billaah” (Tiada daya dan upaya kecuali
dengan pertolongan AIIah).” (Hadith riwayat Muslim, hadith no. 4873)

Kalimah yang cukup ringan disebut di bibir, namun menjadi harta di syurga.

Setiap zikir yang kita dilontarkan, sebenarnya kita sedang mengumpulkan harta di syurga,
membina istana-istana di dalam syurga, zikirnyang menumbuhkan tumbuhan di syurga. Zikir
inilah yang menjadi kepercayaan terhadap Al-Qadar, yang datang daripada Allah s.w.t.

Tidak hairanlah Rasulullah s.a.w menyatakan sendiri bertanya kepada Muaz bin Jabal berkenaan
salah satu daripada pintu syurga. Soal baginda:

ِ ‫ب ِمنْ َأب َْوا‬


ُ ‫ب ْال َج َّن ِة َقا َل قُ ْل‬
  ‫ت َب َلى َقا َل اَل َح ْو َل َواَل قُوَّ َة ِإاَّل‬ َ ُّ‫َأاَل َأ ُدل‬
ٍ ‫ك َع َلى َبا‬
ِ ‫ِباهَّلل‬

“Mahukah aku tunjukkan kepada kamu salah satu pintu syurga? Saya berkata, ya. Rasulullah
bersabda, “Laa haula wala quwwata illaa billaah” (Tiada daya dan upaya kecuali dengan
pertolongan AIIah).” (Hadith riwayat Ahmad, hadith no. 21083)
MELANGKAH KIAN GAGAH

Solat itu adalah doa. Dalam solat, kita diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah. Di dalam Surah
Al-Fatihah itu terpancar permohonan diri kepada kepada Allah:

‫ ال ُمستَقي َم‬dَ‫اه ِدنَا الصِّ ٰرط‬

Maksudnya: Tunjukilah kami jalan yang lurus (Surah Al-Fatihah, ayat 6)

Mungkn kita tertanya-tanya, mengapa kita tidak meminta kepada Allah, “tunjukkan kami ke
jalan yang lurus.” Sebaliknya dalam ayat ini, kita membuang kalimah ‘ke’ dan hanya membaca,
“tunjukilah kami jalan yang lurus.” Sedangkan jika seseorang itu tersesat mahu ke Kuala Lumpur
contohnya, dia akan berkata, “tunjukkan saya jalan ke Kuala Lumpur”, bukannya berkata,
“tunjukkan saya jalan Kuala Lumpur.”

Kedua-dua kalimah ini walaupun hampir sama, namun ianya membawa maksud yang berbeza.
Jika kita meminta, “tunjukilah kami ke jalan yang lurus.” Bererti kita meminta Allah
menunjukkan kepada kita ke arah jalan yang lurus. Sedangkan apabila kita meminta, “tunjukilah
kami jalan yang lurus.” Bererti kita bukan sekadar meminta ditunjukkan jalan yang lurus, malah
membimbing kita sepanjang perjalanan yang lurus ini. Nampak bukan perbezaannya?

Kita tidak meminta kepada Allah sekadar menunjukkan ke arah jalan yang lurus, sebaliknya kita
meminta Allah bersama-sama kita dalam menempuh jalan-jalan tersebut. Inilah yang
dimaksudkan dalam ayat keenam Surah Al-Fatihah, inilah permohonan dan doa yang dibaca
saban hari, sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Kita memohon Allah dapat bersama-sama dengan
kita di sepanjang masa. Hidayah dan inayah Allah menemani kita di sepanjang perjalanan ini.
Ketika ditanya kepada para sahabat, apakah hari yang paling baik? Maka mereka menjawab
tanpa sebarang perselisihan iaitu hari jumaat. Namun bila soalan yang sama ditanyakan kepada
saidina Ali, beliau menjawab, “sekiranya kamu yang bertanya, maka pastilah jawapannya ialah
hari jumaat. Tetapi aku ingin memberitahu bahawa hari yang terbaik bagimu adalah hari
kematianmu, ketika imanmu berada di puncak yang tertinggi.”

Hari terbaik itu masih belum hadir lagi dalam hidup kita. Dan untuk mencapai hari yang terbaik
itu, maka perjalanan kita menuju kepada titik kematian kita sendiri adalah dengan memastikan
perjalanan menuju ke sana sentiasa berada dalam keadaan yang baik, semakin baik, hari demi
hari.

Dalam kehidupan ini, kita sebenarnya memerlukan peristiwa-peristiwa yang perlu disimpan di
dalam memori fikiran kita. Ada satu ruang bilik di dalam pemikiran kita untuk sentiasa
menyuluh kembali kepada diri kita tentang kelakuan kita, amalan kita, perkataan kita, perlakuan
kita, sama ada hari ini dan hari semalam. Maka kita perlulah menanda di dalam memori tersebut
dan perlu memastikan bahawa amalan kita pada hari ini lebih baik berbanding amalan kita pada
hri semalam.

Pastinya kita masih boleh mengingati apa yang kita katakan pada hari semalam. Semalam
mungkin ada orang yang menyindir kita, tetapi kita bersabar. Semalam ada perkara yang kita
gagal laksanakan, tetapi kita tidak tertekan dan menyalahkan orang lain. Itulah prestasi kita pada
hari semalam. Maka pastikan prestasi kita pada hari ini lebih baik daripada semalam. Sekiranya
prestasi kita di takuk yang sama, kita sebenarnya telah membazirkan potensi diri kita.

Adakah kita membuat yang terbaik? Ingatlah, kita diciptakan oleh Allah s.w.t menjadi mahkluk
yang terbaik. Maka pastilah kita mampu memberikan hasil yang terbaik. Kita adalah makhluk
Allah yang dimuliakan seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran:
ِ َ‫َولَقَ ْد َك َّر ْمنَا بَنِ ٓى َءا َد َم َو َح َم ْل ٰنَهُ ْم ِفى ْٱلبَرِّ َو ْٱلبَحْ ِر َو َر َز ْق ٰنَهُم ِّم َن ٱلطَّيِّ ٰب‬
‫ت‬
ٰ
‫ضياًل‬ِ ‫ير ِّم َّم ْن َخلَ ْقنَا تَ ْف‬ٍ ِ‫َوفَض َّْلنَهُ ْم َعلَ ٰى َكث‬

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di
daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka
dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah
Al-Isra’, ayat 70)

Saya suka membuat perumpamaan, kita ini ibarat jentera Formula One (F1). Janganlah kita
bertanya, adakah kita mampu memecut selaju 200km sejam? Janganlah kita bertanya adakah kita
mampu memecut selaju 300km sejam? Kerana memang kita dicipta untuk memecut selaju
300km sejam. Amat malang jika kita berada di atas litar, namun kita hanya membawa kelajuan
yang sama seperti kereta-kereta yang biasa.

Begitulah paten manusia. Kita diciptakan untuk memberi yang terbaik. Janganlah pula kita
bertanya, “bolehkah aku buat yang terbaik? Bolehkah aku beri yang lebih baik berbanding
semalam?” Kerana sememangnya kita boleh memberikan yang terbaik setiap hari.

Kalaulah kita mengukur prestasi kita dalam tempoh 24 jam, maka bagaimanakah prestasi kita
dalam tempoh seminggu? Bagaimana pula prestasi kita untuk sebulan? Maka kerana itulah ada
satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w saat baginda ingin bermusafir:

ِ ‫وم َوسُو ِء ْال َم ْنظَ ِر فِي اَأل ْه ِل َو ْال َم‬


‫ال‬ ْ ‫ب َو ْال َحوْ ِر بَ ْع َد ْال َكوْ ِر َو َد ْع َو ِة ْال َم‬
ِ ُ ‫ظل‬ ِ َ‫ك ِم ْن َو ْعثَا ِء ال َّسفَ ِر َو َكآبَ ِة ْال ُم ْنقَل‬
َ ِ‫اللَّهُ َّم ِإنِّي َأعُو ُذ ب‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelelahan di perjalanan, kesedihan saat
kembali, kekurangan setelah kecukupan, doa orang yang terzalimi dan pemandangan yang
buruk pada keluarga dan harta.” (Hadith sahih riwayat Nasa’i, hadith no. 5403)

Doa ini sangat tepat dengan apa yang kita mahukan kini. Doa ini meminta kita menjadi lebih
baik dan lebih baik. Langkah kita makin kuat dan gagah kerana baki masa kita tinggal sedikit.
Perjalanan kita yang masih jauh cukup memenatkan. Kerana itulah kita meminta perlindungan
dari keletihan sepanjang mengharungi perjalan yang cukup panjang. Kita meminta agar Allah
mencukupkan kehidupan kita setelah sebelum ini kita kekuranganya.

Setiap hari yang berlalu bermakna baki hari untuknya hidup semakin sedikit. Bertambah
umurnya bermakna tempoh masa kehidupannya semakin singkat. Semenjak hari pertama
kelahiran lagi, bermakna sehari kehidupan kita di dunia telah dipotong.

Jika kita sedar dengan hakikat ini, pastinya kita akan berlumba-lumba dengan diri sendiri untuk
menjadi lebih baik hari demi hari. Begitulah juga perumpamaan seorang pelari pecut. Semakin
dia hampir ke garisan penamat, semakin laju lariannya. Inilah prinsip yang diajarkan oleh nabi
kita, Rasulullah s.a.w. Baginda turut mengajar kita meminta agar disegerakan kebaikan,
sebagaimana doa yang dibacakan oleh baginda:

، ‫ت ِم ْنهُ َو َما لَ ْم َأ ْعلَ ْم‬


ُ ‫ َما َعلِ ْم‬، ‫آجلِ ِه‬ ِ ‫الخي ِْر ُكلِّ ِه َع‬
ِ ‫اجلِ ِه َو‬ dَ ُ‫اللَّهُ َّم ِإنِّي َأ ْسَأل‬
َ ‫ك ِم َن‬
‫ اللَّهُ َّم ِإنِّي‬، ‫ت ِم ْنهُ َو َما لَ ْم َأ ْعلَ ْم‬ُ ‫ َما َعلِ ْم‬، ‫آجلِ ِه‬
ِ ‫اجلِ ِه َو‬ َ ِ‫ذ ب‬dُ ‫َوَأ ُع ْو‬
ِ ‫ك ِم َن ال َّشرِّ ُكلِّ ِه َع‬
‫ك‬َ ‫ك ِم ْن َشرِّ َما َعا َذ بِ ِه َع ْب ُد‬ َ ‫ذ ِب‬dُ ‫ َوَأ ُع ْو‬، ‫ك َونَبِي َُّك‬ َ َ‫ك ِم ْن َخي ِْر َما َسَأل‬
َ ‫ك َع ْب ُد‬ َ ُ‫َأ ْسَأل‬
َ ِ‫ َوَأ ُع ْو ُذ ب‬، ‫ول َأ ْو َع َم ٍل‬
‫ك‬ َ ‫الجنَّةَ َو َما قر‬
ٍ َ‫َّب ِإلَ ْيهَا ِم ْن ق‬ َ ‫ك‬ َ ُ‫ اللَّهُ َّم ِإنِّي َأ ْسَأل‬، ‫َونَبِي َُّك‬
‫ضا ٍء‬ َ َ‫ك َأ ْن تَجْ َع َل ُك َّل ق‬
َ ُ‫ َوَأ ْسَأل‬، ‫َّب ِإلَ ْيهَا ِم ْن قَ ْو ٍل َأ ْو َع َم ٍل‬
َ ‫ار َو َما قَر‬ ِ َّ‫َم َن الن‬
َ َ‫ق‬
‫ض ْيتَهُ لِي َخ ْيرًا‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun
yang ditunda, apa yang aku ketahui mahupun apa yang tidak aku ketahui. Aku berlindung
kepada-Mu dari semua keburukan, baik yang disegerakan maupun yang ditunda, yang aku
ketahui mhaupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu dari
kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam
kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba
dan nabi-Mu.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa
ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang
mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan aku memohon kepada-Mu
semua takdir yang Engkau tentukan baik untukku.” (Hadith riwayat Ibnu Majah, no. 3846 dan
Ahmad, 6:133. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini sahih).

Begitulah juga dengan satu doa ringkas yang dianjurkan oleh baginda untuk kita membacanya
selepas selesai kita menunaikan solat. Doa ini cukup dikenali dan ramai orang yang telah
menghafalnya. Lafaz doanya:

‫ك‬
َ ِ‫ك َو ُحس ِْن ِعبَا َدت‬ َ ‫اللَّهُ َّم َأ ِعنِّي َعلَى ِذ ْك ِر‬
َ ‫ك َو ُش ْك ِر‬

Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingat-Mu, mensyukuri-Mu dan menyembah-
Mu dengan baik.” (Hadith riwayat Ahmad, hadith no. 21109)

ANAK KUNCI IKHLAS

Apabila kita telah membuat sesuatu amalan, kita meminta agar Allah membaiki dan menambah
baik amalan kita. Termasuk dalam acuan penambahbaikan ini ialah dalam zikir serta keikhlasan
diri kita. Tiada perkara yang mampu melonjakkan tahap amalan kita melainkan dengan cara
mengikhlaskan amalan kita.
Mungkin kerap kali kita mendengar istilah ikhlas. Perkataan ini selalu berlegar di cuping telinga
kita semenjak kita kecil lagi, hingga membuatkan kita sendiri tidak pasti apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan ikhlas ini?

Kita takkan tahu apakah itu sebenarnya ikhlas sehinggalah hati kita sedar bahawa kita adalah
hamba kepada Allah. Saat itu, hati kita sedar bahawa kita tidak punya apapun melainkam
kesemuanya adalah milik mutlak Allah s.w.t. Lalu ketika mana Allah mengurniakan sesuatu
nikmt kepada dirinya, dia akan memulangkan semula kepada Allah.

Tatkala kita mendirikan solat, seorang hamba mengucapkan:

‫اَل َح ْو َل َواَل قُ َّوةَ ِإاَّل بِاهللِ ال َعلِ ِّي ال َع ِظي ِْم‬

Maksudnya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha
agung.”

Dirinya sedar, dia tiada daya upaya melainkan hanya apa yang diberikan oleh Allah, lalu kita
pulangkan kembali daya dan kekuatan tersebut kepada Allah. Bermakna, keikhlasan itu bermula
saat kita sedar bahawa diri kita inilah hanya seorang hamba yang tidak punya apa-apa.

Bila kita diuji oleh Allah, kita merasakan sepatutnya kita layak diuji oleh Allah. Berbeza dengan
orang yang masih belum merasakan keikhlasan di dalam hati. Mereka ini kadang-kadang
mengambil masa berjam-jam, berhari-hari, bahkan berbulan dan bertahun-tahun, masih tidak
dapat menerima mengapa Allah menguji dirinya? Mengapa Allah menguji dirinya? Mengapa
bukan orang lain? Sedangkan seorang hamba sepatutnya menerima apa sahaja ujian daripada
tuannya, apatah lagi ujian itu datangnya daripada Tuhannya.

Langkah pertama bagi melahirkan rasa ikhlas di dalam hati adalah dengan menanam di dalam
jiwa bahawa kita hanyalah hamba. Kedua, sebagai hamba, kita perlulah memupuk diri kita
bahawa kita tidak punyai apa-apa. Segala-galanya adalah milik Allah. Sebagai tuhan dan tuan
kepada pemilik jiwa, Allah berhak memberikan apa sahaja berupa nikmat dan ujian terhadap diri
kita.

Apa yang ada padanya kini akan diserahkan kembali kepada Allah. Anak-anak kita, yang mana
kita membesarkan mereka dengan sepenuh raga kita, bukanlah milik kita. Sampai tiba saatnya,
anak itu akan diserahkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Allah.

Begitulah juga dengan ibu bapa kita. Betapa kita menyayangi mereka, berkhidmat untuk mereka.
Pasangan kita juga begitu. Jika anda seorang isteri, anda bukanlah melakukan ketaatan kepada
suami semata-mata untuk suami, sebaliknya kepada Allah. Pasangan kita, ibu bapa kita, mereka
semua bukanlah milik kita. Sampai masa, kita perlu memulangkan kembali insan kesayangan
kita kepada Allah.

Samalah juga dengan kepandaian. Manusia dirosakkan oleh syaitan dengan perasaan pandai di
dalam hati, hinggakan dia merasakan bahawa kepandaian itu adalah miliknya. Apabila dia
merasai kepandaian itu adalah miliknya, lalu bagaimana dia mahu berniat kepada Allah?
Bagaimana dia mahu memulangkan kembali kepandaiannya itu kepada Allah dalam bentuk
mengikhlaskan hatinya? Hatinya tidak mampu dilunakkan untuk menjadi ikhlas.

Orang kaya akan merasai satu perasaan yang tidak dirasai oleh orang miskin. Kerana dia merasa
memiliki kekayaan, lalu bagaimana dia mahu mengikhlaskan pemberian hartanya itu kerana
Allah? Sebaliknya orang kaya yang ikhlas, yang menginfakkan hartanya, mereka sedar bahawa
harta tersebut bukanlah milik mereka. Tidak hairanlah mereka mampu menginfakkan hartanya
dengan ikhlas kerana Allah Taala.

Nampak bukan perbezaan antara orang yang ikhlas dam orang yang tidak ikhlas.

Kesimpulannya, anak kunci kepada ikhlas adalah dengan meletakkan diri kita serendah-
rendahnya pada tahap diri kita adalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa. Malah,
sewaktu kita diberikan segala nikmat daripada Allah, kita menjadi pula hamba yang bersyukur.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, Nabi s.a.w berdiri solat malam
sehingga pecah kedua-dua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa
engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang
telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:

ُ ‫يَا َعاِئ َشةُ َأفَالَ َأ ُك‬


‫ون َع ْب ًدا َش ُكورًا‬

Maksudnya: “Wahai Aisyah, tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”
(Hadith riwayat Bukhari, hadith no. 4837)

Syukur yang sebenar akan hadir apabila kita mengetahui bahawa kita tidak memiliki apa-apa,
lalu segala nikmat yang Allah beri kepada dirinya membuatkan dia semakin bersyukur kepada-
Nya. Tidak hairanlah mereka yang tidak memiliki sifat hamba, mereka takkan merasa syukur,
tidak pandai bersyukur malah dia tidak faham apa itu syukur.

SEJAUH MANA KEIKHLASAN KITA?

Berapa ramai daripada hamba Allah yang mana Allah menyuruh kita menunaikan solat, lalu kita
pun mendirikan solat. Namun, adakah kita pernah bertanya kepada Allah, apakah rasa yang patut
ada di dalam hati ini ketika kita mendirikan solat?

Pastinya kita sendiri tidak pernah terfikir tentangnya, bukan?

Seseorang itu melakukan amal tetapi dia sendiri tidak pernah bertanya, apakah perasaan yang
patut hadir sewaktu dia melakukan amalan tersebut? Dia hanya melakukan amalan kerana
disuruh. Jika amalan itu wajib, dia melakukan untuk melepaskan tuntutan kewajiban. b Itu
sahaja. Sedangkan di dalam Surah Al-Bayyinah, Allah s.w.t. berfirman:
‫َوما ُأ ِمروا ِإ ّلا ِل َيع ُب ُدوا ال َّل َه ُمخ ِلصي َن َل ُه ال ّدي َن‬

Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat hanya kerana Allah Taala. (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)

Ikhlas, satu perkataan ringkas yang mudah disebut oleh sesiapa sahaja, namun sukar untuk
dilaksanakannya.

Suka untuk saya kongsikan di sini kisah tentang seorang lelaki yang jika disebut namanya, pasti
kita semua mengenalinya. Yang mana kisah lelaki ini boleh diambil darinya ketenangan dan
keikhlasan yang dipamerkan olehnya. Siapakah lelaki ini? Lelaki ini ialah seorang yang disebut
oleh Nabi s.a.w. sebagai ‘Pedang Daripada Pedang-Pedang Allah Yang Terhunus Di Atas Muka
Bumi.’

Ya, dialah Saidina Khalid bin Al-Walid.

Sepanjang hayatnya, beliau telah memimpin begitu banyak peperangan. Dalam setiap
peperangan yang disertainya, beliau sangat mengimpikan untuk mati syahid. Tetapi di akhir
hayatnya, beliau tidak dapat menunaikan impiannya kerana beliau meninggal dunia di atas
tempat pembaringannya.

Saat umat Islam memandikan jenazahnya, ketika mana tubuh hadapannya dimandikan, orang
yang memandikan jasadnya mendapati bahawa tiada satu kawasan pun daripada kulit
hadapannya melainkan di sana ada kesan tetakan, ada parut pedang serta ada lubang akibat panah
dan tombak.

Tetapi apabila mereka membaringkan tubuh saidina Khalid, mereka dapati tiada satu pun kesan
parut di belakang tubuhnya. Bayangkan, bahagian hadapan tubuhnya penuh dengan parut
sedangkan pada bahagian belakang tubuhnya, tiada walaupun satu kesan parut. Apa maksudnya?
Apabila beliau pergi ke medan peperangan, beliau akan terus pergi ke hadapan dan tidak pernah
berpaling walau sedikit. Kerana itulah kesan panah, tombak dan luka pedang terkena pada
bahagian hadapannya, tetapi bersih pada bahagian belakang tubuhnya.

Itulah peribadi saidina Khalid Al-Walid. Akan tetapi, apa yang saya mahu kongsikan di sini
bukanlah mengenai keberanian ataupun kekuatan saidina Khalid, sebaliknya keikhlasan yang ada
pada diri panglima Islam ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu bahawa apabila seseorang itu mengikhlaskan amalannya
benar-benar kerana Allah, pada saat itu dia berada pada puncak ketenangan. Tidak hairanlah
ramai orang yang tidak merasakan nikmat ketenangan sewaktu mereka menunaikan solat,
sedangkan jika solat itu dilakukan ikhlas kerana Allah, maka ketenangan itu akan hadir bersama
jua.

Marilah kita tanyakan kepada diri kita berdasarkan kisah saidina Khalid Al-Walid yang ingin
kita kongsikan selepas ini

Keikhlasan Saidina Khalid Al-Walid

Dikatakan pada suatu pagi pada waktu Subuh, di sebuah kawasan pertempuran yang jauh dari
kota Madinah, telah terdengar bunyi rengekan kuda-kuda tentera Islam. Pada ketika itu, tentera
Islam telah siap sedia beratur dalam saf dan barisan untuk mempersiapkan diri mereka
berhadapan dengan tentera musuh yang sedang menunggu di sebelah sana.

Seusai saidina Khalid mendirikan solat Subuh, beliau masuk ke dalam khemahnya dan
mempersiapkan dirinya dengan memakai baju besi, menyarungkan pedang yang diikat di
pinggangnya serta mengikat tali kulit kasutnya, tiba-tiba masuk ke dalam khemahnya seorang
utusan yang diutus dari Madinah. Utusan tersebut memberi salam dan Khalid Al-Walid
menyambutnya.
Pada ketika itu, utusan tersebut membawa watikah daripada khalifah. Maka saidina Khalid Al-
Walid membuka skrol watikah tersebut. Dibacakan nama Allah, pujian-pujian terhadap Allah
dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Lalu kemudian berita pertama yang disampaikan
dari Madinah ialah berita akan kematian saidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama Umat
Islam.

Berita kedua pula ialah pemergian saidina Abu Bakar digantikan oleh saidina Umar bin Al-
Khattab yang naik sebagai khalifah kedua. Berita ketiga ialah pemecatan Khalid Al-Walid
sebagai ketua panglima Islam. Berita terakhir ialah jawatan ketua panglima Islam akan diambil
alih oleh saidina Abu Ubaidah Amir bin Al-Jarrah.

Pada saat itu, saidina Khalid Al-Walid meminta satu permohonan daripada utusan tersebut.
Katanya, dia meminta agar watikah tersebut dibacakan selepas peperangan berakhir. Permintaan
tersebut ditunaikan.

Lalu saidina Khalid Al-Walid keluar dari khemahnya dan naik ke atas kudanya. Seperti biasa,
beliau akan berpidato kepada barisan tenteranya sebelum mereka memulakan peperangan.Ketika
itu, para tentera Islam telah bersedia dengan senjata masing-masing. Para tentera berkuda telah
berada di atas kudanya manakala tertera yang berjalan tela berada di posisinya.

Melihat barisan tenteranya yang sudah bersedia, Khalid Al-Walid berkata, “saya akan bertakbir
sebanyak tiga kali. Pada takbir pertama, jika ada kalangan kalian yang takut dan rasa ingin
pulang, maka pulanglah pada saat ini sebagai seorang yang penakut. Pada takbir yang kedua,
hunuskanlah pedang dan senjata kalian.

“Pada takbir yang ketiga, gemburlah musuh kerana di hadapan sana ada dua kemenangan.
Kemenangan pertama ialah kita akan membawa kaliah Lailaha illah ke bumi yang belum
menyebut kalimah Lailaha illah, ataupun kemenangan apabila kita gugur sebagai syahid yang
mana roh kita akan terbang menghadap Ilahi dalam keadaan orang yang disayangi Allah dan
syurga menunggu kalian.”
Dalam keadaan cahaya mentari pagi sudah sedikit menerobos bumi, saidina Khalid Al-Walid
berdiri di hadapan barisan tentera Islam dan bertakbir dengan takbir yang sangat kuat.
Allahuakhbar! Beliau menunggu sebentar, kalau-kalau ada orang yang ingin pulang dan keluar
dari barisan tersebut.

Lalu saidina Khalid bertakbir pula pada kali yang kedua. Allahuakhbar! Dan tentera Islam mula
mengeluarkan pedang dari sarung-sarung mereka. Bunyi geseran pedang yang keluar dari
sarungnya begitu kuat kedengaran sehinggakan padang pasir ketika itu menggelegak dengan
bunyi tersebut.

Pada kali ketiga saat teriakan takbir dilaungkan, Allahuakhbar! Seluruh tentera Islam memacu ke
arah hadapan untuk berhadapan dengan pihak musuh. Berlakulah peperangan yang cukup sengit
dan dasyat sehinggalah musuh-musuh Islam berjaya ditewaskan.

Apabila selesai sahaja peperangan tersebut, Khalid Al-Walid mengumpulkan kesemua tentera
Islam. Beliau duduk di atas satu tempat yang tinggi, lantas memanggil utusan yang menemuinya
pada waktu pagi tadi. Pada saat itu dibacakan apa yang tertulis di dalam watikah tersebut. Berita
yang pertama, khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia. Perkhabaran tersebut nyata
telah membuatkan tentera Islam tertunduk kesedihan, mengenangkan salah seorang sahabat
Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan mereka.

Berita kedua pula ialah pemerintahan khalifah Islam digantikan oleh saidina Umar bin Al-
Khattab. Para tentera Islam yang mengetahui akan kelebihan dan kemuliaan yang ada pada diri
saidina Umar di sisi agama Islam, mula bertakbir.

Berita ketiga, adalah dengan ini Khalid Al-Walid dilucutkan jawatannya. Ketika itu, Khalid Al-
Walid turut dari bukit tersebut dan kemudian memanggil saidina Abu Ubaidah Amir bin Al-
Jarrah bagi menggantikan tempatnya. Kini, jawatan saidina Khalid Al-Walid hanyalah sekadar
tentera biasa sahaja.
Pada saat itu, tentera Islam mula bercakap sesama sendiri. Para tentera Islam yang selama ini
sentiasa mendengar teriakan takbir daripada panglima mereka, Khalid Al-Walid, berada dalam
keadaan terpinga-pinga. Ada kalangan mereka yang bertanya kepada saidina Khalid dalam
keadaan yang begitu gundah. “Wahai Khalid, bila kamu mendengar berita ini?”

Saidina Khalid menjawab tenang, “aku mendengarnya pada waktu pagi tadi, setelah selesai aku
menunaikan solat Subuh.”

Terkejut mereka yang mendengar jawapan daripada bekas panglima mereka, lalu mereka
bertanya lagi, “wahai Khalid, kami dapati bahawa sesungguhnya engkau menunggang di atas
kudamu, menghunuskan pedangmu dan kamu berpidato seperti biasa. Kamu turut menggempur,
menghayun, membunuh dan menyelesaikan peperangan ini tanpa kami ada sesuatu yang kurang
pun daripada apa yang kamu buat seperti kebiasaan.”

Saidina Khalid menjawab tegas, “aku berperang bukan kerana Umar, tetapi aku berperang kerana
Allah. Aku buat bukan kerana Umar, tetapi aku buat kerana Allah s.w.t.”

Buatlah Hanya Kerana Allah Taala

Lihatlah sendiri bila mana seseorang yang membuat sesuatu hanya kerana Allah, bila mana
seseorang itu fokusnya benar-benar kerana Allah - bukan kerana benda lain - maka pada saat itu
ketenangan akan hadir dalam jiwanya.

Pastinya itulah yang dirasai oleh Khalid Al-Walid.

Penaklukan tentera Islam diteruskan lagi, kali ini dipimpin pula oleh panglima Islam yang baru
iaitu saidina Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah . Mereka meneruskan perjalanan tentera Islam tidak
dapat menakluki daerah yang seterusnya lantaran terdapat tembok yang sangat tinggi, ditambah
pula dengan tentera musuh yang bersembunyi di sebalik tembok.
Tika itu, Abu Ubaidah berkata, “saya perlukan enam orang lelaki, yang mana setiap satunya
perlu berdiri di atas bahu masing-masing. Orang yang keenam perlu memanjat naik di atas setiap
bahu tersebut dan melompat ke seberang tembok untuk membuka pintu gerbang dari dalam. Saya
perlukan orang yang sebegini.”

Siapakah yang berani untuk masuk ke dalam tembok musuh seorang diri? Ianya seakan
memberikan tubuh badan mereka untuk ditusuk dengan tombak saat mereka melompat masuk ke
dalam tembok musuh tersebut. Atau dia akan diselesaikan nyawanya oleh orang-orang yang
berada di saat saat kaki menjejak masuk di kubu musuh tanpa sempat membuka pintu gerbang
dari dalam.

Setelah diceritakan rancangan yang sedemikian, maka Abu Ubaidah bertanya kepada para
tenteranya, “siapa dalam kalangan kalian yang ingin menjadi orang yang keenam?”

Dengan beraninya, Khalid Al-Walid mengangkat tangan, menawarkan dirinya menjadi orang
yang keenam. Tanpa sebarang kegusaran, dengan dibantu oleh kelima-lima orang yang telah
menjadi ‘tangga’ buat diri Khalid Al-Walid melompat masuk ke dalam tembok, beliau berjaya
menamatkan misi tersebut dengan membuka pintu gerbang dari dalam.

Begitulah kisah Khalid Al-Walid. Walaupun dipecat dari jawatan panglima Islam dalam keadaan
beliau sendiri telah memenangi perbagai peperangan dan sewaktu namanya dijulang oleh tentera
Islam serta ditakuti oleh pihak musuh, sedikit pun beliau tidak berkecil hati. Malah beliau masih
terus bersama tentera Islam walaupun sekadar menjadi tentera biasa.

Kisah ini sangat besar, namun saya mahu mengecilkan agar ianya dapat masuk ke dalam diri
setiap daripada kita. Dalam hidup ini, seandainya kita benar-benar buat dan lakukan sesuatu
kerana Allah, akan datang rasa tenang walau dalam keadaan apa sekalipun yang mendatang.
Pada ketika itu, apa yang ada hanyalah ketenangan di dalam hati. Ketenangan inilah yang
diimpikan oleh kita semua.
Maka, impikanlah ketenangan ini. Rindukanlah ketenangan ini dan tekadkan di dalam diri agar
kita dapat menemui ketenangan ini saat kita melakukan ibadah, saat kita bersama dengan
pasangan dan anak-anak serta saat kita mencari rezeki. Andai semua yang kita lakukan kerana
Allah Taala, pasti di akhirnya kita akan mendapat ketenangan yang didambakan.

JANGAN SAMPAI HATI HITAM

Firman Allah s.w.t.:

َ ‫ُءوس ِهم ِعن َد َربِّ ِهم َربَّنا َأ‬


‫بصرنا َو َس ِمعنا‬ ِ ‫مون نا ِكسو ر‬
َ ‫جر‬ ٰ َ‫َولَو ت‬
ِ ‫رى ِإ ِذ ال ُم‬
َ ِ‫صلِحًا ِإنّا موق‬
‫نون‬ ِ َ‫ف‬
ٰ ‫ارجعنا نَع َمل‬

Maksudnya: Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa
itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil
merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan
segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” (Surah As-
Sajadah, ayat 12)

Beginilah rayuan manusia yang berdosa. Saat mereka telah melihat sendiri betapa dasyatnya
azab di neraka, barulah mereka menunduk dan merayu kepada Allah agar dikembalikan semula
ke dunia supaya mereka dapat mengerjakan amalan yang soleh. Pada waktu itulah manusia mula
berlumba-lumba untuk bertaubat, namun taubat mereka sudah tidak lagi diterima oleh Allah.
Bayangkan seorang pengemis yang kelaparan. Dia tidak makan selam tiga hari. Sedang kita enak
menjamu selera, tiba-tiba lelaki yang sudah tiga hari tidak makan ini datang ke arah kita.
Badannya menggigil menahan kelaparan, mukanya sudah cengkung, rambutnya kusut masai.
Ketika itu, apa yang pengemis ini akan meminta kepada kita? Adakah wang kertas? Tidak!
Sebaliknya dia akan meminta sedikit makanan.

Pengharapan sebeginilah yang ada dalam zikir yang selalu kita bacakan saban hari:

‫فَهَبْ لِ ْي تَ ْوبَةً َوا ْغفِرْ ُذنُ ْوبِ ْي‬


‫ب ْال َع ِظي ِْم‬ َّ ‫ك َغافِ ُر‬
ِ ‫الذ ْن‬ َ َّ‫فَِإن‬

Oleh itu, kurniakanlah, ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku


Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Kitalah hamba yang bernama manusia. Kita hanyalah pengemis yang bergelumang dengan dosa.
Saban hari, kita mengemis memohon taubat kepada Allah agar dihapuskan segala dosa-dosa kita.
Kita bukan sekadar tidak makan selama tiga hari, sebaliknya kita telah menanggung dosa yang
terlalu banyak. Di penghujung zikir ini, kita yakin bahawa Allah akan mengampunkan dosa-dosa
yang besar.

Kita akui kelemahan diri kita. Kita akui betapa besar dan beratnya dosa yang telah kita tanggung
selama ini. Kita mungkin mudah marah, kita mudah cemburu, kita terlalu jauh daripada menjadi
hamba yang bersyukur. Lalu Rasulullah s.a.w. memberikan salah satu penawarnya iaitu
beristighfar.

Apa sahaja istighfar yang anda perlu lakukan, ianya sebenarnya adalah proses membasuh hati.
Istighfar adalah bahan pencuci terbaik bagi mencuci kotoran yang ada di dalam hati.

Kita perlu akui, kita melakukan dosa setiap hari. Mata kita ada melakukan dosa, telinga kita ada
menyumbangkan dosa, mulut kita berdosa, seluruh pancaindera kita pernah membuat dosa,
apatah lagi hati kita yang turut berdosa. Lalainya kita dengan Allah s.w.t. adalah salah satu ciri-
ciri kedosaan.

Cuba bayangkan jika kita melakukan satu dosa, lalu akan adanya satu titik hitam di dalam hati
kita. Jika dikumpulkan kesemua dosa ini, maka ianya akan meninggalkan kekotoran serta bintik-
bintik hitam di dalam hati kita. Sedangkan hati inilah yang ingin kita gunakan untuk berhadapan
dengan dunia.

Dalam masa yang sama, bintik-bintik ini semakin memenuhi ruangan hati kita satu demi satu.
Apatah lagi jika dosa tersebut memberikan gandaan dosa buat diri kita. Contohnya, kita menulis
sesuatu yang berunsur fitnah di media sosial, lalu orang ramai menularkan tulisan kita. Semakin
besarnya sebarang tulisan fitnah tersebut, semakin berganda dosa yang dikumpulkan dan
semakin berganda jugalah titik hitam yang mengotori hati kita.

Inilah perkara yang berlaku sehari-harian, berterusan dan berulang-ulang, hingga mengakibatkan
hati kita terlalu hitam. Bila hati kita telah terlalu hitam, adakah kita mengharapkan jasad kita
masih dalam keadaan yang baik? Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam hadith
baginda yang cukup jelas tentang hati:

ْ ‫ فَ َس َد‬d‫ َوِإ َذا‬،ُ‫د ُكلُّه‬dُ ‫صلَ َح ْال َج َس‬


‫ فَ َس َد‬،‫ت‬ َ d‫ ِإ َذا‬،ً‫د ُمضْ َغة‬dِ ‫َأاَل َوِإ َّن فِي ْال َج َس‬
ْ ‫صلَ َح‬
َ ،‫ت‬
ُ‫ َأاَل َو ِه َي ْالقَ ْلب‬،ُ‫ْال َج َس ُد ُكلُّه‬

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka
baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia
adalah hati (jantung).” (Hadith riwayat Bukhari, hadith no. 52, dan Muslim, hadith no. 1599)

Lalu, bagaimana untuk memberikan harapan terhadap hati kita agar dapat menggandakan amal
ibadah? Jawapannya tidak ada harapan jika kita tidak bertaubat kepada Allah dan beristighfar
kepada-Nya. Sedangkan dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW sendiri beristighfar
lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari:
َ ‫َوهَّللا ِ ِإنِّي َأَل ْستَ ْغفِ ُر هَّللا َ َوَأتُوبُ ِإلَ ْي ِه ِفي اليَ ْو ِم َأ ْكثَ َر ِم ْن َسب ِْع‬
ً‫ين َم َّرة‬

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun
kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.” (Hadith riwayat Bukhari, hadith no. 6307)

Rasulullah s.a.w. sebagai sebaik-baik manusia, maksum daripada dosa, namun baginda tetap
beristighfar dan memohon ampun kepada Allah lebih daripada 70 kali dalam sehari. Bagaimana
pula dengan diri kita?

Maka dengan itu, marilah kita memohon keampunan dari Allah terutamanya pada awal pagi,
mengakui dosa-dosa kita di hadapan Allah kerana kita tahu apabila kita mula membasuh hati
kita, dan kekotoran dari hati kita mula menghilang, kita akan merasai ada ruang untuk bernafas.
Kita akan rasa lebih kuat, hati kita lebih lapang dan selesa apabila kita semakin banyak bertaubat
kepada Allah s.w.t.

PENGHULU ISTIGHFAR

Jika kita melihat kepada hadith nabi s.a.w., baginda ada mengajarkan syaiyidul istighfar. Syaiyid
bermaksud penghulu manakala istighfar adalah memohon keampunan kepada Allah. Ramai
daripada kita yan telah menghafalnya. Lafaz syaiyidul istighfar adalah seperti berikut:

َ ‫ك َوَأنَا َعلَى َع ْه ِد‬


َ ‫ك َو َو ْع ِد‬
‫ك َما‬ َ ‫ت َخلَ ْقتَنِى َوَأنَا َع ْب ُد‬
َ ‫ت َربِّى الَ اِلَهَ ِإالَّ َأ ْن‬
َ ‫اَللَّهُ َّم َأ ْن‬
‫ي َوَأبُو ُء بِ َذ ْنبِى‬
َّ َ‫ك َعل‬ َ َ‫ْت َأبُو ُء ل‬
َ ِ‫ك بِنِ ْع َمت‬ ُ ‫صنَع‬ َ ‫ك ِم ْن َشرِّ َما‬ َ ِ‫ َأ ُعو ُذب‬، ‫ْت‬ُ ‫ا ْستَطَع‬
َ ‫وب ِإالَّ َأ ْن‬
‫ت‬ ُّ ‫فَا ْغفِرْ لِى فَِإنَّهُ الَ يَغفِ ُر‬
َ ُ‫الذن‬
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan
benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas
perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari
keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-
Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.”
(Hadith riwayat Bukhari, hadith no. 6306)

Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:

‫ فَه َُو ِم ْن َأ ْه ِل‬،‫ات ِم ْن يَ ْو ِم ِه قَب َْل َأ ْن يُ ْم ِس َي‬ ِ َ‫َو َم ْن قَالَهَا ِم َن النَّه‬


َ ‫ فَ َم‬،‫ار ُموقِنًا بِهَا‬
‫ فَه َُو ِم ْن َأ ْه ِل‬،‫ات قَب َْل َأ ْن يُصْ بِ َح‬ َ ‫ فَ َم‬،‫ َو َم ْن قَالَهَا ِم َن اللَّي ِْل َوهُ َو ُموقِ ٌن بِهَا‬،‫الجنَّ ِة‬
َ
‫الجنَّ ِة‬
َ

Maksudnya: “Barang siapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari
serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia
termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu
malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia
termasuk dalam kalangan penghuni syurga.”

Lihatlah betapa tinggi dan mulianya penghulu istighfar ini, hinggakan Rasulllah s.a.w. menuntut
kita membacanya dengan penuh keyakinan setiap pagi dan petang dengan harapan kita tergolong
dalam kalangan penghuni syurga.

Dalam penghulu istighfar ini, perkara pertama yang dilafazkan ialah kita mengakui siapa diri
kita:

َ ‫ت َخلَ ْقتَنِى َوَأنَا َع ْب ُد‬


‫ك‬ َ ‫ت َربِّى الَ اِلَهَ ِإالَّ َأ ْن‬
َ ‫اَللَّهُ َّم َأ ْن‬
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar
melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu.

Kita mengakui bahawa Allah ialah Tuhan kita. Apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan
dalam bentuk pengiktirafan, dalam bentuk pengulangan, dalam bentuk pengukuhan, maka kita
menyebut kepada Allah dengan pengakuan, “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku.” Alangkah
baiknya jika kita menyebutnya dalam keadaan telinga kita mendengar, hati kita bersaksi sejak
dari alam roh lagi bahawa Allah ialah Tuhanku.

Inilah pengakuan kita, hanya Allah yang menjadikan semuanya daripada tiada kepada ada. Dan
kita mengakui bahawa kita tidak memiliki apa-apa melainkan kesemuanya adalah milik Allah.
Sebagai seorang hamba, kita merendahkan diri kita serendah-rendahnya kepada Allah. Apabila
seorang hamba merendahkan dirinya, barulah dia boleh meletakkan dan menyandarkan
kerendahan itu kepada Tuhan Sekalian Alam.

Kemudian kita berkata:

َ َ‫ْت َأبُو ُء ل‬
‫ك‬ ُ ‫صنَع‬ َ ِ‫ َأ ُعو ُذب‬، ‫ْت‬
َ ‫ك ِم ْن َشرِّ َما‬ ُ ‫ك َما ا ْستَطَع‬َ ‫ك َو َو ْع ِد‬ َ ‫َوَأنَا َعلَى َع ْه ِد‬
‫ي َوَأبُو ُء بِ َذ ْنبِى‬ َّ َ‫ك َعل‬
َ ِ‫بِنِ ْع َمت‬
Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu
dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku
kepada-Mu.

Sebagai manusia, hati kita mudah terlencong pada saat kita disibukkan dengan menguruskan hal
dunia. Tika itu, kita merasakan kita adalah pemilik, kita adalah tuan. Sedangkan sebagai seorang
hamba yang sebenar, dia mengetahui bahawa kita tidak memiliki apa-apa. Inilah pengisytiharan
bahawa segala yang ada adalah milik Allah.
Dalam kehidupan, penyakit hati mula datang menyerang saat kita merasakan kita adalah pemilik
kepada sesuatu. Kita merasakan anak-anak adalah milik kita, pasangan kita adalah milik kita,
harta benda adalah milik kita, hinggakan kita akan merasakan kesakitan untuk melepaskan
sesuatu yang kita rasakan bahawa ianya adalah milik kita.

Lalu sebagai hamba, kita terikat dengan ikatan perjanjian bersama Allah. Ikatan tersebut
bukannya berlaku sekarang, sebaliknya telah berlaku sejak dari alam roh lagi. Sebaliknya, apabia
roh ini mula masuk ke dalam jasad manusia, mereka mula lupa dengan ikatan perjanjian tersebut.
Kecenderungan mereka ketika itu lebih kepada mengejar kehidupan duniawi hinggakan mereka
melupakan ikatan perjanjian dengan Allah.

Menyedari bahawa kita terikat dengan perjanjian bersama Allah, pastilah kita dengan sedaya
upaya kita akan menjadi hamba yang benar-benar taat kepada Allah Taala serta kita mengakui
kelemahan diri kita.

Pada penutup penghulu istighfar ini, kita membaca pula:

َ ‫وب ِإالَّ َأ ْن‬


‫ت‬ ُّ ‫فَا ْغفِرْ لِى فَِإنَّهُ الَ يَغفِ ُر‬
َ ُ‫الذن‬
Maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.

Kita sedar bahawa kita melakukan dosa-dosa sewaktu Allah mengurniakan nikmat buat dirinya.
Orang yang kuat melakukan dosa dengan kekuatan yang Allah kurniakan kepada dirinya. Orang
kaya melakukan dosa dengan kekayaan yang dikurniakan Allah buat dirinya. Orang yang cantik
dan tampan melakukan dosa dengan kecantikan dan ketampanan yang Allah pinjamkan buat
mereka. Orang yang bijak melakukan dosa dengan kebijakan yang diilhamkan Allah buat
dirinya.

Apabila kita menyebut kepada Allah betapa kita ini lalai, betapa kita ini lupa, lalu akhirnya kita
memohon ampun kepada Allah. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang mendengar rintihan dan
permohonan diri kita. Kita sedar sesungguhnya Allah s.w.t. sahajalah yang boleh
mengampunkan dosa-dosa kita.

Apa yang kita sebutkan ini adalah satu proses mencuci hati kita. Kita beristighfar kepada Allah,
kita mengaku diri kita sebagai hamba, kita akui diri kita lemah dan tidak punya apa-apa, kita
mengaku bahawa kita adalah hak milik mutlak Allah, kita mengaku bahawa kita terlibat dengan
perjanjian bersama Allah s.w.t., maka semua ini adalah proses bagi mencuci hati kita.

Semakin kita fokus, semakin kita menumpukan perhatian, semakin kita tunduk dengan tenang,
bernafas dan menyebut kalimah-kalimah istighfar, maka dalaman hati kita ketika itu sedang
dicucikan dengan lebih baik. Tidak hairanlah manusia yang paling banyak beristighfar adalah
manusia yang merasai bebanan berat yang ditanggungnya semakin menghilang, kian hilang
sesak yang dirasai dalam hatinya.

Marilah kita berdoa kepada Allah agar Allah membantu kita semua dapat bertaubat kepada-Nya.
Inilah proses penyucian hati yang mesti kita lakukan kerana Allah. Faedahnya bukan kerana
Allah s.w.t. sebaliknya untuk diri kita juga. Semoga Allah membantu kita semua agar dapat terus
beristighfar di samping melakukan amal ibadah yang lain.

JANGAN RASA DIRI KITA PANDAI

Manusia secara fitrahnya mempunyai sifat ego. Ego ialah persepsi seseorang terhadap harga
dirinya, yang seterusnya akan mempengaruhi keyakinan dirinya. Sifat ego ini tidak salah, namun
jika rasa ego ini tidak diletakkan pada paras yang sepatutnya, ianya boleh memakan diri. Sifat ini
juga sangat dibenci oleh Allah, seperti mana yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w:
‫َع ْن َعا ِئ َش َة َر ِض َي ال َّل ُه َع ْن َها َقا َل ْت َقا َل َر ُسو ُل ال َّل ِه َص َّلى ال َّل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َأ ْب َغ ُض ال ِّر َجا ِل ِإ َلى ال َّل ِه‬

‫ا ْل َأ َل ُّد ا ْل َخ ِص ُم‬

Maksudnya: Dari Aisyah r.a, dia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang
paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh).” (Hadith
riwayat Bukhari, hadith no. 6651)

Sifat ego yang melahirkan perasaan keras kepala, sombong dan merasakan dirinya lebih mulia
inilah yang membuatkan iblis yang suatu ketika dahulu adalah makhluk yang taat kepada Allah,
menjadi makhluk yang zalim dan jahat. Merasakan dirinya lebih mulia daripada penciptaan
manusia, iblis mengingkari perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s . Kerana rasa
sombong, iblis lebih memilih untuk menjadi makhluk yang kafir seperti mana yang dijelaskan
dalam firman Allah s.w.t:

‫َو ِا ۡذ ُق ۡل َنا ِل ۡل َم ٰٓل ِٕٮ َك ِة ا ۡس ُج ُد ۡوا ِل ٰا َد َم َف َس َج ُد ٓۡوا ِا َّل ۤا ِا ۡب ِلۡي َؕس َا ٰبى َوا ۡس َت ۡك َب َر َو َكا َن ِم َن اۡل ٰك ِف ِرۡي َن‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu
kepada Adam.” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan
ia termasuk dalam golongan yang kafir. (Surah Al-Baqarah, ayat 34)

Inilah sifat yang cukup dibenci oleh Allah. Sifat inilah yang menjadikan iblis daripada makhluk
yang taat menjadi makhluk yang kafir. Sebagai manusia, kita seharusnya tidak perlulah kita
merasakan bahawa diri kita lebih mulia dan lebih pandai. Malah tidak salah untuk kita merendah
diri kerana ianya jauh lebih baik dan dekat dengan takwa.

Saat kita berbicara dengan orang lain, jangan sesekali merasakan diri kita lebih pandai. Kita
perlulah membuang perasaan tersebut kerana pastinya lebih ramai lagi orang yang jauh lebih
pandai daripada kita. Janganlah kita merasakan diri kita pandai, lalu kita pergi mengajar kepada
orang lain. Kita merasakan diri kita baik dan orang lain tidak sebaik kita, lalu kita ajak orang lain
jadi baik seperti kita. Bukanlah tidak boleh mengajar dan mengajak, sebaliknya tanamkan diri
bahawa kita hanya mahu menyampaikan.

Mungkin di hadapan kita adalah orang-orang yang alim, maka sebaiknya kita yang berada di
hadapan ini bukanlah mahu mengajar mereka, sebaliknya mahu menyampaikan sahaja. Hatta di
hadapan orang yang jahil sekalipun, niatkan bahawa kita hanya mahu menyampaikan, bukannya
mahu mengajar mereka. Hal ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah s.a.w:

‫َب ِّل ُغوا َع ِّني َو َل ْو آ َي ًة‬

Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat. (Hadith riwayat


Bukhari, hadith no. 3461)

Dalam hadith yang mulia ini, Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada kita untuk menyampaikan,
bukannya mengajarkan. Fitrah manusia, apabila seseorang itu mengajar, biasanya dia akan
menganggap dirinya lebih pandai berbanding orang yang diajarkan. Hal ini berbeza dengan
seorang yang menyampaikan kerana boleh jadi orang yang mendengar apa yang disampaikan itu
lebih pandai berbanding orang yang menyampaikan.

Kita hanyalah medium yang bertugas untuk menyampaikan sesuatu. Jika hal ini dapat dipupuk
ke dalam diri, kita tidak perlu lagi berkonfrontasi dengan sesiapa. Masalah yang biasanya timbul
jika kita merasakan diri kita pandai, lalu tiba-tiba ada orang yang menunjuk pandai di hadapan
kita, kita pastinya akan menunjukkan yang diri kita lebih pandai lagi. Konfrontasi sebeginilah
yang akan merosakkan diri kita.

Namun, jika kita merasakan orang yang medengar itu lebih pandai daripada kita, lebih tinggi
darjatnya berbanding diri kita, pastinya kita dapat mengikis rasa tinggi diri. Ego kita juga dapat
ditundukkan. Medan yang diberikan kepada kita hanyalah sebagai medium untuk kita sampaikan
dan kongsikan kepada orang ramai, bukanlah mahu menunjukkan kepandaian kita.

Pada akhirnya, apa yang kita lakukan bukanlah untuk dinilai oleh manusia, sebaliknya dinilai
oleh Allah s.w.t. Serahkan sepenuhnya kepada Allah. Biarlah Allah yang menilai diri kita.
Walaupun mungkin manusia akan mencemuh, manusia akan membenci, tetapi kita kena lihat
adakah cemuhan tersebut benar, kerana boleh jadi cemuhan tersebut adalah benar.

Imam Ghazali pernah berkata, “kadang-kadang kamu tidak boleh melihat kebaikan daripada
kawanmu, kerana kawan yang baik tidak akan mencemuhmu. Sebaliknya ambillah perhatian
cemuhan daripada musuhmu kerana mungkin dari cemuhan itu ada ilmu dari Allah yang ingin
disampaikan kepada kita.”

Buat para guru, para pendakwah, hatta buat alim sekalipun, ingatlah bahawa para ulama
terdahulu memakai selendang tawaduk. Dengan selendang tawaduk itulah ilmu yang
disampaikan dari mereka dapat diterima oleh masyarakat hingga ke hari ini.

Kalaulah kita mendabik dada dengan merasakan kitalah yang paling alim dan paling pandai, ilmu
yang disampaikan tidak akan menjadi amalan. Lalu apa gunanya ilmu yang disampaikan tetapi
tidak diamalkan.

Namun, jika ilmu yang disampaikan menjadi amalan buat para pendengar, malah ilmu itu pula
akan dikembangkan ke orang lain, maka pahalanya akan sentiasa mengalir ke kantung amalan
kita, seperti mana hadith yang disebutkan daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda:

‫َم ْن َد َّل َع َلى َخ ْي ٍر َف َل ُه ِم ْث ُل َأ ْج ِر َفا ِع ِل ِه‬


Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat
pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.” (Hadith riwayat Muslim, hadith no.
1893)

Manakala dalam hadith lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:

‫َم ْن َس َّن ِفى ال ِإ ْسل َا ِم ُس َّن ًة َح َس َن ًة َف ُع ِم َل ِب َها َب ْع َد ُه ُك ِت َب َل ُه ِم ْث ُل َأ ْج ِر َم ْن َع ِم َل ِب َها َول َا َي ْن ُق ُص ِم ْن‬

‫ُأ ُجو ِر ِه ْم َش ْى ٌء َو َم ْن َس َّن ِفى ال ِإ ْسل َا ِم ُس َّن ًة َس ِّي َئ ًة َف ُع ِم َل ِب َها َب ْع َد ُه ُك ِت َب َع َل ْي ِه ِم ْث ُل ِو ْز ِر َم ْن َع ِم َل ِب َها‬

‫َول َا َي ْن ُق ُص ِم ْن َأ ْو َزا ِر ِه ْم َش ْى ٌء‬

Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang
sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya
dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa
menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan
dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit
pun.” (Hadith riwayat Muslim, hadith no. 1017)

Berdasarkan nas-nas yang dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita bahawa orang yang
menyampaikan atau menunjukkan sesuatu kebaikan kepada orang lain, khususnya dalam
pengajaran ilmu, maka sudah tentu orang tersebut mempunyai kelebihan dan keutamaan yang
sangat besar.

Ingatlah, kita bukanlah seorang yang kuat bertahajud setiap malam seperti Imam Ahmad, kita
bukan seperti saidina Uthman bin Affan yang mampu khatam Al-Quran hanya dalam satu solat,
kita tidak mampu mendermakan kesemua harta kita seperti saidina Abu Bakar. Amalan kita
terlalu jauh seperti mereka.
Apa yang kita harapkan ialah ilmu yang kita sampaikan bukan sekadar bermanfaat buat para
pendengar, sebaliknya mereka mengamalkan ilmu tersebut lalu menyebarkannya kepada orang
lain. Sama seperti seorang tukang masak yang pastinya akan memasak masakan terbaik untuk
pelanggannya, begitulah juga dengan diri kita yang mahu ilmu yang dikongsikan bermanfaat,
bukan sekadar bermanfaat buat mereka, tetapi juga bermanfaat buat kita. Insya-Allah.

INDAHNYA KEHIDUPAN SAAT BERSAMA ALLAH

Saya teringat satu kisah sewaktu saya berada di Pakistan suatu ketika dahulu. Pada ketika itu, ada
sorang lelaki ini merupakan orang Australia. Dia adalah seorang yang tidak percayakan
kewujudan tuhan. Walaupun tidak percayakan tuhan, dia tetap membaca buku-buku agama
seperti Ar-Rumi dan Ibnu Arabi. Namun perlahan-lahan, dia mula sukakan agama.

Pada suatu pagi selepas kami selesai menunaikan solat Subuh di sebuah bilik yang kami jadikan
sebuah surau, tiba-tiba kami tersedar lelaki Australia itu sedang duduk bersimpuh di belakang
kami. Kami kenal dia bukanlah jenis yang akan bangun awal pagi. Apabila melihat dia duduk
bersimpuh melihat kami yang ketika itu sedang solat Subuh, pastinya ia mengundang keanehan
pada diri kami.

Raut wajahnya ketika itu jelas tergambar masalah besar yang seakan menghimpit dirinya. Kami
pergi kepadanya. Saya bertanya mengapa? Jawabnya, “saya menyerah.”

Saya ketika itu tidak memahami apa maksudnya. Rupa-rupanya, dia mengatakan bahawa dia
mahu menjadi seorang Islam. “Saya mahu menjadi seorang Muslim.”
Kami ketika itu sangat terkejut. Bukannya sekejap kami bersama dengannya, malah telah
beberapa siri perdebatan yang kami jalankan bersamanya Dia adalah seorang yang rajin
membaca dan hujah yang dikemukan sangat ilmiah. Pegangannya sangat kuat. Kerana itulah saat
dia menyerah dan menyatakan mahu menjadi muslim, kami semua sangat terkejut.

Oleh kerana dia memang mahu memeluk Islam, kami terus mengajarkannya mengucap dua
kalimah syahadah bersama maksudnya kepadanya.

Apa yang berlaku selepas itu? Dia menangis semahu-mahunya. Kami mengenalinya sebagai
seorang lelaki yang kasar, malah mempunyai tali pinggang hitam dalam karate. Dia bukanlah
orang yang boleh dibuat gurauan. Pernah sekali sewaktu saya berbaring, dia pernah menendang
kepala saya hanya semata-mata mahu mengajak saya minum kopi bersamanya.

Dan kini apabila kami melihat dia tunduk menangis semahu-mahunya, kami semua jadi kaget.
Ianya tidak menjadi masalah jika seseorang itu menangis. Tetapi jika dia menangis yang
keterlaluan, kami sendiri merasa gelisah. Adakah dia menangis kerana menyesal? Atau apakah
yang dia rasakan sekarang? Melihat dia terus menangis, saya memeluknya. Dia terus menangis
dan menangis sehinggakan bahu saya basah kerana air matanya.

Tatkala tangisannya reda, saya bertanya kepadanya, “apa yang menyebabkan kamu menangis?”

Dalam keadaan yang sukar, dia menjawab, “Zul, kamu mungkin tak pernah rasa apa yang saya
rasa sekarang ini. Tetapi cuba bayangkan seorang anak yang berpisah dengan ibunya selama 20
tahun. Seorang anak yang setiap hari mencari ibunya, memanggil ibunya, tetapi ibunya tidak
menyahut panggilan. Tiba-tiba pada suatu pagi, dia bangun, dia membuka pintu, ibunya berdiri
tepat di hadapannya. Zul, apa yang kamu rasa ketika itu?”

Saya hanya diam, dan kemudian yang menyambung, “Zul, inilah yang saya rasa. 20 tahun saya
melupakan Allah. Selama 20 tahun saya menafikan kewujudan tuhan, saya nafikan tiada apa
yang berkuasa. Kerja saya setiap hari ialah menafikan kewujudan tuhan. Tuhan tiada, tuhan tidak
wujud. Semua yang berlaku adalah semulajadi. Saya lawan. Tapi hari ini, saya menemui tuhan.”
Dia terus menangis. Tangisannya bukan kerana sedih, tetapi kerana gembira. Gembira kerana
pada akhirnya dia berjaya menemui tuhan, menemui Allah.

Daripada analoginya, dapatlah saya faham sedikit apa yang mungkin dirasainya. Cuba
bayangkan, kalauah kita dapat kekalkan rasa tersebut sepanjang hayat kita, kita dapat kekalkan
rasa gembira tatkala adanya Allah bersama kita, maka alangkah indahnya kehidupan kita. Segala
masalah tidak menjadi bebanan kerana kepuasan yang cukup besar dapat bertemu Allah. Inilah
bekalan yang kita harapkan sepanjang perjalanan kita di dunia ini.

SENYUMLAH

Dalam kehidupan ini, kita tidak perlu mengejar populariti mahupun kemegahan diri, tetapi
cukuplah menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Hal inilah yang diajar di
dalam agama Islam serta dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Rasulullah SAW
bersabda:

‫َخ ْي ُر النا ِس َأن َف ُع ُهم ِلل َّنا ِس‬

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (Hadith Riwayat ath-
Thabrani, Al-Mu’jam al-Ausath, juz VII, hal. 58, dari Jabir bin Abdullah r.a.)

Orang yang paling bertakwa ialah orang yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang
lain. Darjat kemanfaatan yang paling rendah ialah memberikan senyuman. Namun, adakah benar
senyuman memberikan kemanfaatan kepada orang lain? Jawapannya, ya! Cuba kita semua
memasamkan diri. Apabila datang seseorang bertemu dengan kita, mereka melihat kita
memasamkan diri, pastinya mereka juga takut untuk datang menghampiri.

Situasi ini akan menjadi jauh berbeza jika kita melemparkan senyuman kepadanya. Dengan
hanya semudah senyuman, kita telah pun memberikan manfaat kepada orang lain. Inilah aset
umat Islam yang cukup mudah untuk disebarkan kepada orang lain terutamanya jika kita berada
di rumah Allah. Dengan manisnya senyuman yang terukir sewaktu berada di rumah Allah,
pastinya ia mengundang nyaman bagi yang melihatnya, membuatkan para jemaah lebih selesa
untuk hadir lagi dan lagi ke masjid.

Ingatlah, kitalah jurujual Allah, yang memikul amanah untuk menyebarkan kehebatan agama
Islam buat seluruh manusia di dunia.

KEMULIAANMU KERANA ISLAM

Siapa yang tidak mengenali saidina Bilal bin Rabah? Pastinya kita semuanya mengenali.
Beliaulah sahabat yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w sebagai muazzin yang ditugaskan untuk
melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat. Namun, sebelum beliau diangkat ke darjat
setinggi itu, terlalu banyak penderitaan yang ditanggung oleh Bilal dalam mempertahankan
akidahnya.

Tika itu, Bilal hanyalah hamba sahaya kepada Umayyah bin Khalaf. Umayyah merupakan salah
seorang pembesar Mekah yang cukup disegani lagi dihormati. Sebagai seorang hamba, Bilal
hanya menurut arahan dan permintaan daripada tuannya sahaja tanpa pernah membantah walau
sedikit pun.
Hinggalah Bilal terdengar akan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, hatinya terus terpikat
dengan agama Islam. Secara senyap-senyap tanpa pengetahuan tuannya, Bilal mengucapkan dua
kalimah syahadah. Walaupun mengetahui tuan bukan sekadar sangat membenci Rasulullah,
malah Umayyah begitu membenci agama Islam, namun Bilal tekad dengan keputusan. Segalanya
diserahkan kepada Allah Taala.

Bilal bin Rabah terus menyembunyikan keislaman tanpa pengetahuan tuannya. Walaupun begitu,
sebagai umat Islam, Bilal tetap mendirikan solat tanpa pernah bertangguh. Untuk mendirikan
solat, Bilal terpaksa berjalan menuju ke padang pasir agar ibadah solatnya nanti tidak diketahui
oleh tuannya. Dia mencari batu-batu yang boleh dia berselindung. Di balik batu, di bawah terik
mentari, seorang hamba Allah telah menunaikan tanggungjwabnya sebagai hamba.

Di padang pasir itulah Bilal mengangkat takbir, dan di atas batu kerikir dan berpasir itulah
tempat beliau bersujud. Semuanya dilakukan untuk menyembunyikan keislaman di hadapan
tuannya yang begitu benci dan memusuhi agama Islam. Itulah rutin harian Bilal bin Rabah yang
saban waktu tidak sabar untuk bertemu dengan Allah sewaktu solatnya

Keislaman Bilal bin Rabah akhirnya diketahui oleh Umayyah. Umayyah cukup berang dengan
berita tersebut, lalu diseksanya tubuh badan Bilal tanpa sebarang simpati. Diseksanya hambanya
sendiri saban hari demi mahu melihat hambanya itu kufur kembali. Namun, keimanan di hati
Bilal cukup menebal sekali. Tidak mungkin seksaan yang dihadapi mampu melunturkan
keimanan yang sudah sebati di dalam hati.

Umayyah terus menyeksa Bilal bin Rabah tanpa henti. Hinggalah Umayyah telah menetapkan
satu hari yang terakhir sebagai kemuncak kepada penyeksaan buat Bilal. Ketika itu, Umayyah
telah memerintahkan beberapa orang Quraisy untuk mengangkat satu batu yang cukup besar.
Pada saat Bilal sudah tidak mampu lagi untuk bergerak, batu besar itu diletakkan di atas
tubuhnya.

Pada waktu itu, mulut Bilal telah pecah dan bercampur dengan darah yang telah kering kerana
seharian mulutnya ditendang oleh Umayyah dengan sepatu besi. Dengan sepatu besi itulah juga
dia berdiri dan memijak muka Bilal semahu-mahunya. Biarpun dengan keadaan mulutnya yang
pecah, bibirnya masih lagi basah menyebut kalimah Allah, kalimah Ahad. Hanya kalimah itulah
yang memberi kekuatan kepada Bilal.

Seksaan ke atas Bilal bin Rabah dibuat secara terbuka. Saat itu, saidina Abu Bakar As-Siddiq
datang ke kawasan tersebut. Pada ketika itu, saidina Abu Bakar datang menghampiri Umayyah
dalam keadaan ekor matanya melihat bibir Bilal yang masih lagi menyebut kalimah Ahadun
Ahad, Ahadun Ahad. Beliau terus berunding dengan Umayyah untuk membebaskan Bilal bin
Rabah.

Sekarang, saidina Abu Bakar melihat sahabatnya sedang berjuang dengan maut, sedang berjuang
dengan seksaan yang cukup keras dan tak terjangkau dek akal. Pada saat itu dia berkata kepada
Umayyah, “wahai Umayyah, aku beli hambamu ini.”

Dengan spontan Umayyah menjawab, “aku menjualnya dengan 10 uqiyah emas.”

Tanpa tangguh, Abu Bakar terus mengeluarkan 10 uqiyah emas bagi membebaskan sahabatnya
yang sedang terbaring dihempap batu tersebut. Ketika bertukarnya wang tersebut, Umayyah
berkata dengan penuh bongkaknya, “seandainya engkau tawarkan kepadaku satu syiling emas
sahaja, pastinya aku akan berikan kepada kamu.”

Saidina Abu Bakar membalasnya dengan nada yang kuat agar dapat didengari oleh Bilal, “wahai
Umayyah, andai engkau menjualnya dengan 100 uqiyah emas sekalipun, aku sanggup
membelinya!” Saidina Abu Bakar hanya mahu mengkhabarkan bahawa sahabatnya itu jauh lebih
mulia daripada apa yang Umayyah bayangkan. Pada hari itulah Bilal telah dimerdekakan oleh
Abu Bakar atas nama Allah Taala.

Selepas dimerdekakan oleh saidina Abu Bakar, kedudukan saidina Bilal terus diangkat oleh
Islam. Beliau bukan sahaja seorang manusia yang telah bebas, malah dilantik oleh baginda
Rasulullah s.a.w sendiri sebagai seorang muazzin yang ditugaskan untuk melaungkan azan setiap
kali masuknya waktu solat.
Bukan sekadar itu, kedudukan Bilal juga diangkat oleh Rasulullah apabila baginda
mengamanahkan Bilal untuk menyimpan harta-harta penting milik baginda s.a.w. Pada saat
Islam makin berkembang hinggalah agama Islam mempunyai Baitulmal, Bilallah yang
dipercayai oleh baginda Rasulullah untuk menjaga harta tersebut.

Bergemanya Teriakan Ahad

Perang Badar merupakan perang yang cukup diingati dalam lipatan sejarah Islam. Inilah
peperangan besar pertama yang tercetus antara pasukan Islam dan pasukan Musyrikin Mekah.
Perang ini tercetus selepas umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah dan membina pusat
dakwah dan ekonomi mereka di sana.

Ketika barisan umat Islam telah siap siaga berdiri, dan musuh yang lengkap dengan kelengkapan
peperangan telah berada berhadapan dengan barisan umat Islam buat kali pertama, saidina Bilal
bin Rabah berada di tengah-tengah barisan tentera Islam. Pada saat itu, ketika barisan tentera
musuh telah lengkap, yang tidak cukup hanyalah seorang lelaki. Lelaki ini datang menunggang
kudanya yang hebat, bersama baju besi yang lebih gemilang serta pedangnya yang
mengagumkan. Lelaki itu ialah Umayyah bin Khalaf.

Saat Umayyah masuk ke dalam barisan tentera musuh, para sahabat memandang wajah Bilal.
Bilal ketika itu memandang tajam ke arah hadapan, merenung ke arah Umayyah yang pernah
menyeksanya suatu ketika dahulu. Tatkala para sahabat menoleh ke arah Bilal, spontan mereka
bercakap, “Ahad!” Kalimah ini didengari oleh sahabat yang lain, lalu mereka pun mengucapkan
kalimah yang sama, “Ahad!” Hinggakan kesemua sahabat menyebut kalimah “Ahad! Ahad!
Ahad!”
Kalimah ini menjadi satu gelombang sebelum kalimah takbir dilaungkan. Gelombang itu seakan
memukul dan menampar pasukan tentera Quraisy dengan kuatnya. Teriakan tersebut terus
menjadi semboyan oleh tentera Islam hinggalah saat peperangan

Di sisi tentera Quraisy, Umayyah tidak menyangka kata-kata yang pernah keluar dari bibir
hambanya saat diseksa, kini menjadi semboyan bagi tentera Islam. Tentera Islam yang terus
berteriak “Ahad!” tanpa henti telah menggamitkan rasa gerun bukan sekadar kepada Umayyah,
malah kepada pasukan Quraisy yang lain.

Ketakutan dan rasa gerun yang dirasai Umayyah akhirnya membawa kepada kematiannya dalam
perang tersebut.

Begitulah kisah saidina Bilal bin Rabah. Walaupun diseksa dan dihina, beliau masih berpegang
teguh kepada keimanan sehinggalah pada akhirnya, agama Islam itulah juga yang mengangkat
seorang yang hina menjadi manusia yang mulia. Manakala Umayyah yang begitu rakus dengan
kuasanya akhirnya mati dalam kehinaan.

SEMPURNAKAN KEBAIKAN

Mungkin pernah pada suatu ketika kita mengalami fasa dalam kehidupan, di mana kita
melupakan Allah s.w.t. Kita tidak merasakan Allah itu Maha Besar. Mungkin kita pernah melalui
satu fasa di mana kita tidak mendirikan solat, hinggakan kita tidak mengetahui arah kiblat.
Apabila ada orang bertanya di manakah arah kiblat, kita teragak-agak untuk menjawabnya.

Sedar tak sedar, Allah mencampakkan hidayah ke dalam jiwa kita. Dengan hidayah daripada
Allah, kita secara tiba-tiba berubah 360 darjah. Mungkin pada suatu pagi, kita terbangun awal
dari tidur, lalu kita terdengar sayup-sayup laungan azan subuh.
Allahu Akhbar,
Allahu Akhbar!

Apabila terdengar sahaja laungan azan tersebut, tiba-tiba air mata berguguran tanpa kita sedar.
Tika kita, kita merasakan lazat dan dekatnya diri kita dengan Allah. Dan kemudian kita mula
mengorak langkah, menadah tangan dan memohon taubat kepada Allah. Mulut kita berzikir
tanpa henti, mengenang dosa lantaran khilaf diri.

Mungkin ada antara kita yang pernah mengalami situasi sebegini.

Mungkin ada antara kita yang sewaktu sedang menyelak helaian Al-Quran, tiba-tiba air mata
jernih mengalir tanpa henti sewaktu kita sedang membaca Al-Quran. Air mata itu terus mengalir
mengingatkan dosa kita yang tidak tertanggung banyaknya. Dan kemudian ayat-ayat Al-Quran
yang dibacakan begitu memberi kesan buat jiwa kita.

Kemudian, bermulalah langkah kita yang ingin bercita-cita menjadi manusia yang lebih baik.

Maka, apa perubahan yang ingin kita lakukan? Lalu kita pun berazam untuk memperkemaskan
solat serta mendirikan solat tahajjud. Kita ingin pergi mendirikan solat berjemaah. Kita ingin
memperbanyakkan sedekah. Kita mahu memakai ihram untuk menunaikan haji. Kami ingin
membaca Al-Quran serta sentiasa berzikir.

Beramallah Dengan Apa Yang Allah Suka

Begitulah kebanyakan amalan bagi mereka yang berazam ingin menjadi manusia yang lebih
baik. Setuju? Sememangnya beginilah jawapan yang diberikan sewaktu saya mengajukan soalan
secara rawak kepada para jemaah ketika saya menyampaikan kuliah dan ceramah, “apa yang
ingin kita lakukan untuk menjadi baik?” Dan beginilah antara senarai jawapannya.
Alhamdulillah, hari ini kita sudah mula mengorak langkah ingin melakukan kebaikan. Dan kita
ingin bermuhasabah, “Ya Allah, kebaikan yang aku persembahkan ini bukanlah daripada apa
yang aku suka, sebaliknya apa yang Engkau suka, ya Allah.”

Suka saya untuk bertanya kepada para isteri. Jika seorang isteri ingin memasak untuk suaminya,
adakah si isteri akan memasak makanan kegemaran dirinya atau memasak makanan kegemaran
suaminya? Pastinya si isteri akan memasak makanan kegemaran suaminya.

Begitulah juga dengan konteks bila mana kita beribadah kepada Allah. Sewaktu kita beribadah
kepada Allah, kita bukanlah beramal dengan apa yang kita suka, sebaliknya kita beramal dengan
apa yang Allah suka. Bukanlah kita beramal dengan apa yang kita seronok untuk lakukan,
sebaliknya apa yang Alla seronok untuk menerimanya.

Lonely Nest

Tetapi tanpa kita sedar, bagi orang-orang yang baik, yang ingin melakukan ketaatan, tidak ada
ketaatan yang ingin kita persembahkan kepada Allah tadi adalah, kita ada katakan: “setelah Allah
memberikan hidayah, saya ingin menjadi anak yang mengabdikan seluruh khidmat saya kepada
ibu dan ayah saya.”

Maaf, tapi inilah hakikatnya. Dalam banyak-banyak senarai yang kita coretkan untuk menjadi
manusia yang lebih baik, kita seakan terlupa untuk memasukkan ‘menjadi anak yang
mengabdikan khidmat buat ibu bapa’ dalam senarai tadi.

Bak kata orang pengurusan, kalau perkara yang tiada dalam perancangan, berapa peratus perkara
tersebut akan menjadi tindakan dan kenyataan? Mungkin sampai kosong peratus.
Maka tidak hairanlah Allah sangat suka kita mengabdikan diri kita untuk berkhidmat kepada ibu
dan ayah, tetapi sayangnya kerana tidak ramai yang memasukkan amalan ini ke dalam
perancangan orang-orang yang baik.

Walaupun anaknya kaki solat, walau anaknya kaki tahajud, walau anaknya berpuasa sunat setiap
isnin dan khamis, walau anaknya selalu membaca Al-Quran, tetapi mungkin anaknya ini tidak
memasukkan perancangan untuk berbakti kepada ibu dan ayahnya.

Sebuah universiti di Malaysia membuat kajian bahawa berlakunya fenomena yang disebut
sebagai ‘lonely nest’ iaitu sarang yang sangat sunyi. Siapa yang tinggal di sarang yang sangat
sunyi ini? Mungkin ibu dan ayah anda. Ada ibu dan ayah di Malaysia ini yang berada dalam
keadaan yang sangat sunyi persis dalam cerita Tanggang.

Kononnya si Tanggang ini mahu keluar meninggalkan ibunya bagi mengubah kehidupan diri dan
ibunya. Lalu Tanggang pergi menjadi kelas kapal laut. Takdir hidupnya berubah. Dia mendapat
peluang yang begitu baik. Pangkat dan kedudukannya dinaikan. Akhirnya Tanggang berkahwin
dengan puteri raja.

Namun malangnya, kehidupan dunia barunya telah membuatkan Tanggang melupakan asal
usulnya. Lupakan asal usul bukanlah bermaksud melupakan kampung halaman, tetapi lupa siapa
yang melahirkan dirinya. Lupa siapakah yang bersimbah-simbah peluh untuk membesarkan
dirinya.

Maka tidak hairanlah Allah sentap kebahagiaan orang-orang moden pada hari ini.

Tidak hairanlah Allah tidak memberikan kebahagiaan dan kepuasan buat rumah tangga. Kita
mempunyai anak dan zuriat, tetapi anak-anak dan zuriat inilah yang kadang-kadang menengking
dan kemudian seakan memegang pisau cukur lalu menoreh hati semahu-mahunya, hinggakan
kita terduduk menangis dan merengsa, sedangkan anak-anak itulah yang kita besarkan sejak
mereka masih kecil lagi.
Ceritanya berakhir sebegitu.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah. Sewaktu menulis dan berbicara tentang perihal ini, saya
terbayangkan ibu saya. Saya terbayangkan ayah saya. Kerana mungkin saya meniti untuk
menjadi lebih baik – dengan ibadah yang saya rangka dan lakukan, insya-Allah – untuk
dipersembahkan kepada Allah Taala, tetapi saya tidak pernah bertanya, adakah itu yang paling
Allah suka daripada saya.

Dan kerana itulah pada hari ini, bagi orang-orang yang baik seperti anda, kita terlupa rupa-
rupanya Allah menyebut dalam Surah Al-Isra’:

‫َو َقض ٰى َر ُّب َك َأ ّلا َتع ُبدوا ِإ ّلا ِإ ّيا ُه َو ِبالوا ِل َدي ِن ِإحسا ًنا ۚ ِإ ّما َيب ُل َغ َّن ِعن َد َك ال ِك َب َر َأ َح ُد ُهما َأو ِكلا ُهما َفلا‬

‫َت ُقل َل ُهما ُأ ٍّف َولا َتن َهر ُهما َو ُقل َل ُهما َقوًلا َكري ًما‬

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-
duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau
mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan
ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. (Surah Al-Isra’, ayat 23)

Dalam firman Allah ini, Allah telah menyenaraikan perintah yang paling utama untuk
disempurnakan oleh hamba-Nya iaitu menyembah Allah dan jangan sesekali menyembah selain
dari-Nya. Inilah perintah yang paling penting dalam hidup kita. Kemudian apa yang perlu kita
lakukan? Ya, berlaku baiklah kepada kedua ibu bapa kita.

Jika sebelum ini, kita telah menyenaraikan banyak amalan yang baik, namun kita terlupa untuk
menyenaraikan bakti kita buat ibu bapa dengan pembaktian yang sepenuhnya buat mereka.
Sehinggakan masya-Allah, buatlah kita amalan baik yang sebanyak-banyaknya, namun rupa-
rupanya kita hakikatnya telah mengguriskan hati dan perasaan ibu dan ayah kita yang sebelum
ini telah berjasa kepada diri kita.

Allah s.w.t. meminta kepada kita semua untuk melakukan kebaikan. Dan Allah mengkhususkan
kepada kita supaya lebih melakukan kebaikan terutamanya ibu bapa kita telah lanjut usianya.
Allah tidak mencabar kita untuk berkhidmat buat ibu dan ayah sewaktu mereka berdua masih
muda dan gagah, masih kuat lagi berlari, masih mampu lagi bekerja.

Mungkin pada ketika tangan ibu dan ayah kita telah menggeletar. Mungkin sewaktu ingatan ibu
dan ayah kita sudah tidak lagi kuat dan sehingga lupa nama kita. Kadang-kadang, keluarnya bau
yang busuk dari ibu dan ayah kita kerana mereka sudah tidak mampu lagi menjaga najisnya.
Kadang-kadang mereka begitu mudah tersentuh lantaran usianya yang sudah terlalu tua.

Dan pada saat itulah Allah meminta untuk kita memberikan yang terbaik buat mereka. Allah
meminta kita merendahkan sayap-sayap kita untuk mereka. Allah meminta kita untuk memilih
hanya bercakap perkataan yang memuliakan diri mereka. Itulah yang Allah minta buat diri kita
sebagai seorang anak.

Saat Tertutupnya Pintu Syurga

Seorang tabi’in yang bernama Iyas bin Mu’awiyah baru kehilangan salah seorang dari orang
tuanya. Kematian tersebut membuatkan beliau menangis semahu-mahunya. Melihat tangisan
tersebut, seseorang bertanya pada beliau, “Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"

Lalu beliau menjawab, “Tidaklah aku menangis disebabkan kematian, kerana yang hidup pasti
akan mati. Akan tetapi apa yang membuatkan aku menangis kerana dahulu aku memiliki dua
pintu ke syurga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan dibuka sampai hari
kiamat. Aku memohon pada Allah Taala agar aku boleh menjaga pintu yang kedua.”
Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi SAW. Diriwayatkan dari Abu Darda
Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‫ا ْل َوا ِل ُد َأ ْو َس ُط َأ ْب َوا ِب ا ْل َج َّن ِة َف ِإ ْن ِش ْئ َت َف َأ ِض ْع َذ ِل َك ا ْل َبا َب َأ ِو ا ْح َف ْظ ُه‬

Maksudnya:“Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu,
atau kamu menjaganya.” (Musnad Ahmad, Kitab musnad dari beberapa kabilah, hadis no 26239,
Sunan Ibnu Majah, Kitab adab, Bab berbakti kepada kedua orang tua, hadis no: 3653)

Bayangkan kita berada di dalam rumah kita. Pintu hadapan rumah kita, itulah ketaatan kepada
ibu bapa. Kalaupun ada pintu sisi yang lain, itulah ketaatan-ketaatan yang lain. Lalu cuba
bayangkan kita sekarang seolah-olah memeriahlah pintu-pintu sisi yang lain sehinggakan kita
melupakan pintu yang paling besar, sedangkan kita akan masuk ke dalam syurga dari pintu yang
paling besar hanya ketika kita menjadi anak yang soleh.

Mungkin pada masa sekarang, kita disibukkan dengan melakukan amal ibadah yang lain
sehingga kita terlupa bahawa menalefon ibu dan ayah saban waktu sehingga mereka merasakan
kita memberikan perhatian buat mereka, itulah juga sebenarnya termasuk dalam amal ibadah
yang perlu kita lakukan selepas ini. Itulah pintu depan untuk syurga yang kita patut lakukan. Kita
memberikan pertolongan sehinggakan ibu bapa kita tidak merasakan mereka keseorangan di atas
muka bumi ini.

Namun percayalah, syaitan akan menjalankan tugasan mereka. Syaitan akan mendatangkan
masalah buat diri kita. Syaitan akan memadankan perasaan-perasaan yang kurang senang dalam
hati-hati kita. Syaitan akan menayangkan buat diri kita untuk mengejar amal ibadah yang lain
sehingga mengabaikan ibu bapa kita sendiri.

Mulai hari ini, marilah kita melakukan apa sahaja kebaikan buat ibu bapa kita, kerana Allah
Taala hanya akan reda kepada diri kita setelah ibu bapa kita reda terhadap diri kita.
‫َع ْن َع ْب ِد ال َّل ِه ْب ِن َع ْم ٍرو َع ْن ال َّن ِب ِّي َص َّلى ال َّل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َقا َل ِر َضى ال َّر ِّب ِفي ِر َضى ا ْل َوا ِل ِد َو َس َخ ُط‬

‫ال َّر ِّب ِفي َس َخ ِط ا ْل َوا ِل ِد‬

Dari Abdullah bin Amr radliallahu 'anhuma dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Reda Allah
terletak kepada reda ibubapa, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya ibubapa.” (Hadith
riwayat Tirmizi, no. 1821)

Marilah sama-sama kita hadirkan perasaan. Kita datangkan satu azam yang kuat kerana pastinya
syaitan akan menolak ke tepi api keazaman kita. Dalam sehari, mungkin kita telah melakukan
begitu banyak kebaikan. Mungkin kita telah bersedekah, mungkin kita telah mendirikan solat
sunat, mungkin kita telah membuat segala macam amal ibadah. Tetapi dalam satu hari itu, kita
tertinggal untuk melakukan ibadah ketaatan buat ibu bapa kita. Kita tidak menyantuni mereka.
Kita tidak bertanya khabar kepada mereka.

Marilah kita berdoa kepada Allah. Mintalah kepada Allah dengan permintaan yang paling tulus:

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melakukan ketaatan kepada ibu bapaku sebagai
keutamaan aku. Ya Allah, jadikanlah lidah ini hanya menuturkan kalimah yang baik di hadapan
mereka. Ya Allah, jadikanlah kehadiranku di hadapan mereka membuatkan jiwa mereka menjadi
tenang dan lapang.

UJIAN SANG PERTAUBAT


Ada seorang anak kecil yang berumur tujuh tahun. Rumahnya jauh di pedalaman. Untuk ke
sekolah, anak ini perlu berjalan kaki merentasi jalan hutan yang menyakitkan kaki. Setelah
merentasi jalan tersebut, anak ini akan tiba di jalan besar. Dari jalan besar ini, barulah anak ini
menaiki bas yang menuju ke sekolah.

Hal ini terus berulang dan berulang seorang diri sehinggalah anak ini berumur 11 tahun.

Hinggalah pada suatu hari, sewaktu dia berjalan menuju ke sekolah, dia telah bertemu dengan
kawan-kawannya yang nakal. Kanak-kanak yang nakal ini telah mengubah kehidupan anak ini
sepenuhnya.

Masuki 12 tahun, anak ini telah mula memecahkan kereta orang. Dia mencuri apa sahaja yang
berada di dalam kereta tersebut. Barang curiannya itu dijual di bandar. Ibu bapanya menyangka
anak mereka pergi ke sekolah, sedangkan anak yang pada awalnya baik itu telah menjadi anak
yang nakal kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya.

Ketika berusia 15 tahun, anak ini telah nekad merompak sebuah bank bersama kawan-kawannya.
Ya, mereka ketika itu masih berada di tingkatan tiga!

Nasib tidak menyebelahinya. Dia ditangkap dan dibicarakan. Oleh kerana dia masih di bawah
umur, dia hanya ditahan di Pusat Pemulihan Khas.

Selama enam bulan berada di sana, dia kekal dengan sifatnya yang sama seperti dia berada di
luar. Dia memberontak, menunjukkan kenakalan. Begitulah kehidupannya sehari-hari.

Dari Jauh Menjadi Dekat

Kerana masalah disiplin, dia dibawa ke surau. Tanpa dia sedar, telah berlaku perubahan dalam
hidupnya. Barulah dia merasakan untuk menunaikan solat, untuk melakukan ketaatan kepada
Allah. Dia mula belajar membaca Al-Quran bermula dari Iqra. Dia sudah mampu untuk
mendirikan solat.

Setelah beberapa bulan, dialah menjadi orang yang paling awal tiba di surau. Dialah orang yang
membersihkan surau ketika mana tiada sesiapa di sana. Dalam keadaan sunyi malam, dia bangun
dan bertaubat dengan sepenuh pengharapan kepada Allah.

Pada umurnya sekitar 16 atau 17 tahun, dia sudah merasai betapa dirinya perlu dekat kepada
Allah.

Pada ketika itu, anak itu sudah menjadi seorang yang sangat baik. Anak ini dipimpin oleh
seorang ustaz. Ustaz tersebut sangat berpuas hati dengan akhak yang ditonjolkan oleh anak
tersebut.

Hendak dijadikan cerita, melalui suatu cara, anak ini mendapat kebebasan awal. Dia telah
mendapat tarikh pembebasannya. Suatu malam, ustaznya telah memanggil dirinya dan bertanya
kepadanya, “adakah kamu sungguh-sungguh mahu melakukan kebaikan?”

Mendengar sahaja soalan tersebut, anak itu terus menangis lalu menjawab sambil teresak-esak,
“wallahi, demi Allah, bila saya sudah bebas, saya ingin melakukan kebaikan. Saya nak buat baik,
saya nak berbakti kepada ibu, nak buat baik kepada orang kampung.”

“Adakah mahu berpatah balik, melakukan kesalahan kamu semula?” Soal si ustaz.

“Demi Allah, saya tidak akan ulanginya. Saya tahu, dulu orang benci, orang menyampah dengan
saya. Dan saya tahu orang akan suka saya melakukan ketaatan.” Jawab si anak dengan
bersungguh-sungguh.

Begitulah soalan yang kerap diulang-ulang oleh si ustaz kepada anak muridnya, sehinggalah
pada malam terakhir sebelum si anak ini dibebaskan daripada tahanan, si ustaz bertanya kepada
anak muridnya itu, “adakah kamu benar-benar mahu membuat kebaikan?”
“Ya, saya nak buat baik.” Si anak menjawab penuh yakin.

“Ingatlah, dalam kehidupan, jika kamu ingin membuat kebaikan, kamu akan jumpa dengan satu
simpang, yang mana kamu rasa sama ada meneruskan perjalanan untuk melakukan kebaikan,
atau kamu mahu berpatah balik ke belakang. Akan datang, kamu ingin melakukan kebaikan,
tetapi akan ada juga bisikan yang melarang kamu melakukannya. Dan akhirnya kamu tak akan
melakukan kebaikan lagi.”

“Ustaz, saya tidak akan buat begitu,” si anak menggeleng, menidakkan kata-kata gurunya.

“Tak apa, kamu dengarlah dulu,” si ustaz menyambung bicara. “Sekiranya kamu berada di
simpang itu, berada pada perasaan itu, pada masa itu kamu pekakkan telinga kamu, kamu kena
minta terus kekuatan kepada Allah. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu ya Allah untuk aku
berada di jalan-Mu dan kekal di landasan ketaatan.”

Gurunya menyambung lagi, “sungguhpun kamu perlu menangis, menangislah. Bahkan kalau
kamu perlu mengemis, mengemislah. Kalau kamu mahu meraung, meraunglah meminta kepada
Allah.”

Si anak mengangguk mendengar bicara dan nasihat gurunya. “Saya tahu ustaz. Saya ada
pengalaman menjadi jahat. Dulu orang benci saya. Insya-Allah, orang akan tolong saya. Insya-
Allah, saya akan istiqamah melakukan kebaikan.”

Kembali Pulang ke Kampung Halaman

Keesokan harinya, si anak yang semakin dewasa itu dibebaskan daripada tahanan. Dengan
berbekalkan sedikit wang saku, dia keluar dari pusat tersebut dan menaiki bas untuk pulang ke
kampungnya.
Ketika berada di dalam bas, hatinya berdebar-debar. Masakan tidak, sudah terlalu lama dia tidak
berjumpa dengan ibu dan ayahnya. Apa agaknya khabar mereka? Bagaimana pula dengan
keadaan kawan-kawannya? Bagaimana pula penerimaan penduduk kampung terhadap dirinya?

Apabila sampai ke destinasi, dia menekan loceng, menandakan dia mahu berhenti. Apabila turun
sahaja dari bas, sewaktu dia mahu menyeberangi jalan untuk menuju masuk ke dalam
kampungnya, dia sudah melihat sudah ramai penduduk kampungnya berada di sana. Rupa-
rupanya, penduduk kampungnya sudah mengetahui akan kehadiran dirinya pada hari ini.

Bersama wajah yang dimaniskan dengan senyuman, si anak memberikan salam buat penduduk
kampung. Namun, senyuman itu dibalas dengan makian. Bukan satu atau dua, tetapi hampir
kesemuanya melemparkan cacian dan makian ke atas dirinya.

“Inilah anak yang tak berguna!”


“Inilah budak yang memalukan kampung kita!”

Tiba-tiba sahaja, suasana terus berubah. Orang kampung bangkit beramai-ramai. Dengan
perasaan amarah yang tidak boleh lagi dibendung, mereka beramai-ramai memukul dirinya,
diterajang tubuhnya, disepak badannya. Sewaktu dipukul dan terjatuh, si anak ini masih
menggagahkan dirinya untuk bangun. Saat jatuh, dia bangun kembali. Darah dan luka memenuhi
tubuhnya.

Pada saat tersebut, si anak melaungkan kalimah “Allah! Allah!”

Dia mahu memberitahu kepada dunia bahawa dirinya telah berubah. Namun apakah daya, dia
tidak mampu melainkan hanya berteriak “Allah! Allah!”

Ada kalangan penduduk kampung itu yang telah dipecahkan keretanya. Ada kalangan penduduk
kampung yang telah dipecah masuk rumahnya. Amarah mereka terhadap anak ini menggunung
tinggi, bagaikan api yang disimbah dengan minyak. Walaupun dengan jeritan Allah, mereka
masih terus memukulnya dengan semahunya.

Pada masa itu, si anak menjeling ke arah sekeliling. Dia mencari-cari di manakah ibunya? Di
manakah ayahnya? Dalam keadaan dihina, diludah dan dipukul sedemikian rupa, wajah ibu dan
ayahnya juga yang menjadi perhatiannya. Tika tubuhnya tidak mampu lagi untuk bangkit berdiri,
dia memanggil sayu ayahnya. Dia meminta ayahnya memahami keadaan dirinya.

Ayahnya berdiri di hadapannya lalu berkata, “kamu tidak pernah ada ayah pada hari ini. Ayah
tidak mengaku kamu anak ayah.”

Sambil dia meraung, dia memanggil pula ibunya. “Ibu, tolong ibu.”

Ibunya datang kepadanya sambil berkata, “ibu tidak pernah ada anak yang macam ini. Kamu
tidak pernah ada ibu. Ini bukan ibu kamu. Jangan panggil ini ibu.”

Ketika itu, semua orang memukulnya dan memulaukan dirinya. Mereka hanya pulang ketika
berkumandangnya azan Maghrib. Si anak yang bertaubat itu, dalam keadaan luka dan berdarah
di seluruh badan, terlantar lemah di dalam longkang seorang diri.

Saat darahnya masih lagi mengalir, dengan kesakitan akibat pukulan masih kuat dirasai, tiba-tiba
datang bisikan halus di dalam telinganya, ‘tengok, kamu mahu buat baik lagi? Setelah apa yang
kamu dapat sekarang ini? Sepatutnya kamu kena tunjukkan kepada penduduk kampung, yang
kamu sebenarnya boleh buat lebih teruk lagi daripada ini! Kamu boleh tunjukkan kepada
penduduk kampung yang kamu boleh jadi lebih jahat lagi daripada dulu!’

Perasaan itu memenuhi dadanya. Dia mahu mencabar dan menunjukkan kepada semua orang
bahawa sebenarnya dia boleh jadi lebih teruk daripada dulu!
Teruslah Istiqamah Walaupun Semua Orang Membencimu

Dalam gelap malam, kata-kata ustaznya tergema-gema di gegendang telinganya. “Sekiranya


kamu berada di simpang itu, berada pada perasaan itu, pada masa itu kamu pekakkan telinga
kamu, kamu kena minta terus kekuatan kepada Allah. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu ya
Allah, untuk aku berada di jalan-Mu dan kekal di landasan ketaatan.”

Ketika suara dalamnya masih meronta-ronta memaksa dirinya kembali menjadi jahat, dia
menutup telinganya. Dalam gelapnya malam, di dala longkong seorang diri, dia meraung sekuat
hati. Allah! Hamba-Mu ini mahu mendekatkan diri kepada Engkau. Ya Allah, aku merayu
kepada Engkau untuk aku dapat lakukan ketaatan dan kebaikan, ya Allah !”

Nasihat gurunya sekali lagi bergema di gegendang telinganya, “sungguhpun kamu perlu
menangis, menangislah. Bahkan kalau kamu perlu mengemis, mengemislah. Kalau kamu mahu
meraung, meraunglah meminta kepada Allah.”

Dia meraung seorang diri.

Pada ketika itu, dia datangkan suatu keazaman. Dia nekad untuk tidak akan lagi berpatah balik
ke belakang. Dia terus berjalan ke hadapan. Dia keluar dari longkang lalu menahan sebuah lori.
Dia menumpang lori tersebut sehingga sampai di Kuala Lumpur. Dia mahu menjadi orang yang
baru, yang tidak lagi akan terpalit dengan dosa yang lalu.

Begitulah manusia. Dan ceritanya sekadar tamat di sini.

Apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah kita semua ingin melakukan ketaatan, dan ketaatan
paling besar yang saya ingin lakukan selepas ini ialah berbakti kepada ibu dan ayah saya. Inilah
yang saya ingin maksudkan.

Dalam kita ingin melakukan ketaatan kepada ibu dan ayah yang sudah lanjut usianya, ujiannya
juga cukup besar dan menggunung tinggi. Di sana, seluruh bisikan akan datang bertalu-talu,
mahu menyekat diri kita agar tidak lagi berbakti kepada ibu dan ayah. Pada ketika itu, hanya
orang yang memohon bersungguh-sungguh kepada Allah sahaja yang mampu untuk melakukan
ketaatan kepada ibu dan ayahnya.

Sekarang, kita sudah tahu bentuk ketaatan yang paling utama. Dalam kita mengejar ketaatan
tersebut, akan hadirnya ujian serta bisikan yang tidak akan putus-putus. Namun ingatlah, insya-
Allah, pintu hadapan syurga kita hanya akan terbuka pada saat kita taat, patuh dan berbakti
kepada kedua ibu bapa kita.

Ingatlah, pada saat kita menjauhkan diri kita kepada mereka, kita sebenarnya akan jauh dengan
Allah, walaupun dahi kita sudah berada di tempat sujud. Allah benci melihat kita walaupun kita
sedang membaca ayat-ayat Allah.

Kerana itu, marilah kita menanamkan azam yang sebenar-benarnya dalam hati, bahawa
sebenarnya kita menyenaraikan bakti kepada kedua ibu bapa kita sebagai keutamaan dalam
hidup kita, sebelum mereka dijemput pulang oleh Allah s.w.t.

Marilah kita menadah tahan dan berdoa di atas setiap kelemahan dan kekurangan diri kita.

“Ya Allah, kami mengakui kelemahan diri kami. Justeru, kami memohon kepada-Mu ya Allah,
berilah seluruh kekuatan, segenap keupayaan untuk kami lakukan amal yang Engkau sangat
sukai, yakni berbakti kepada kedua ibu dan bapa kami. Ya Allah, tolonglah kami ya Allah.
Jadikanlah setiap perkataan kami adalah perkataan yang suka didengari oleh mereka.

“Ya Allah, jadikanlah setiap amalan kami menjadi amalan yang dapat dibanggakan oleh kedua
ibu bapa kami. Ya Allah, jadikanlah kami anak yang dapat melakukan ketaatan yang penuh ke
atas kedua ibu bapa kami. Ya Allah, kami merayu kepada-Mu, Engkau tolonglah makbulkan
permohonan kami ini, ya Allah. Amin.”
DOA PELINDUNG

Kisah yang diceritakan sebelum ini menggambarkan kepada kita bahawa tiada manusia pun yang
tidak akan ditimpa musibah dan bencana, lebih-lebih lagi seorang mukmin yang mahu
meningkatkan keimanannya kepada Allah. Ujian yang datang bukan sekadar ujian iman,
sebaliknya juga ujian yang berbentuk fizikal, yang mungkin sukar untuk ditanggung oleh tubuh
manusia.

Saat seorang muslim itu mahu berhijrah menjadi lebih baik, maka ujian yang dihadapinya
menjadi lebih besar dan mencabar. Maka marilah kita bersama-sama membaca doa yang
diajarkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. buat ummatnya. Kita memusatkan rasa kita agar Allah
s.w.t. menjaga dan melindungi diri kita semua, insya-Allah.

‫بِس ِْم هَّللا ِ الذي اَل يَضُرُّ مع ا ْس ِم ِه َش ْي ٌء في األرض وال في ال َّس َما ِء وهو ال َّس ِمي ُع‬
‫ْال َعلِي ُم‬

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan
yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” (Hadith sahih riwayat Abu Daud, hadith no. 4425)

Berdasarkan sambungan hadith ini, Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada saidina Uthman bin
Affan dengan doa ini, dan baginda menyuruhnya membaca doa ini sebanyak tiga kali. Bagi
mereka yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu petang, dirinya tidak akan ditimpa
bencana yang datang secara tiba-tiba hingga waktu pagi keesokan harinya, dan barang siapa yang
membacanya pada waktu pagi, dirinya tidak akan ditimpa bencana yang datang secara tiba-tiba
hingga waktu petang.
Telah menceritakan kepada kami Abu Maudud dari seseorang yang mendengar Aban bin
Uthman dia berkata:

‫ان يَقُو ُل‬ َ ‫ْت ُع ْث َم‬


َ َّ‫ان يَ ْعنِي اب َْن َعف‬ ُ ‫َس ِمع‬
ُّ‫ال بِس ِْم هَّللا ِ الَّ ِذي اَل يَضُر‬
َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل َم ْن ق‬
َ ِ ‫ُول هَّللا‬ ُ ‫َس ِمع‬
َ ‫ْت َرس‬
‫ت لَ ْم‬ َ ‫ض َواَل فِي ال َّس َما ِء َوهُ َو ال َّس ِمي ُع ْال َعلِي ُم ثَاَل‬
ٍ ‫ث َمرَّا‬ ِ ْ‫َم َع ا ْس ِم ِه َش ْي ٌء فِي اَأْلر‬
ِ ُ‫ت لَ ْم ت‬
ُ‫ص ْبه‬ ٍ ‫ث َمرَّا‬ َ ‫ص ْبهُ فَجْ َأةُ بَاَل ٍء َحتَّى يُصْ بِ َح َو َم ْن قَالَهَا ِح‬
ُ ‫ين يُصْ بِ ُح ثَاَل‬ ِ ُ‫ت‬
‫فَجْ َأةُ بَاَل ٍء َحتَّى يُ ْم ِس َي‬

Maksudnya: Aku mendengar Uthman - maksudnya Uthman bin Affan - berkata, Aku mendengar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mengucapkan:
BISMILLAHILLADZI LAA YADLURRU MA'ASMIHI SYAI`UN FIL ARDLI WA LAA FIS
SAMAA`I WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIMU (dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun di
bumi dan di langit yang mampu memberikan bahaya. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan tertimpa musibah yang datang dengan
tiba-tiba hingga pagi hari. Dan barangsiapa membacanya pada pagi hari sebanyak tiga kali,
maka dia tidak akan tertimpa bencana yang datang dengan tiba-tiba hingga petang hari.”

Marilah kita bersama-sama melazimi membaca doa ini setiap pagi dan petang. Ya Allah, kami
memohon kepada-Mu agar setiap dari kami yang membaca doa ini, akan diberikan dinding,
terjaga dan terpelihara khususnya daripada kemudaratan yang datang dari langit dan bumi,
terjaga dari wabak yang menimpa kami, ahli keluarga kami dan seluruh umat Islam. Amin.

KIRIM MAK DAN AYAH KE SYURGA


Tiada manusia yang sempurna. Semuanya pernah melakukan dosa. Lalu apabila kita mahu
menjadi baik, kita akan memohon kepada Allah, “ya Allah, aku banyak berdosa kepada-Mu. Aku
mahu menjadi hamba yang baik.” Doa ini kita lafazkan setiap waktu, malah di saat waktu gelap
gelita di kala orang lain sedang enak lena di atas pembaringan.

Syarat utama untuk menjadi baik ialah kita perlulah melakukan kebaikan. Kita tidak boleh
menjadi baik jika kita masih mengerjakan perbuatan yang jahat. Dan apabila Allah makbulkan
doa kita untuk menjadi baik, perkara pertama yang akan datang dalam diri kita ialah rasa mahu
melakukan kebaikan kepada ibu dan ayah.

Tidak dapat dinafikan, ramai orang yang melakukan kebaikan di luar sana. Mereka rajin
beribadah, selalu solat berjemaah di masjid, kuat bersedekah, namun mereka tidak
mempedulikan ibu dan ayah mereka sendiri. Ada juga golongan manusia yang bukan sekadar
baik, malah pintar pemikirannya, namun apabila mereka pulang ke rumah, mereka mengherdik
ibu bapanya sendiri.

Rasulullah s.a.w. sebagai sebaik-baik manusia yang pernah ada di atas muka bumi ini sendiri
tidak pernah merasai kasih sayang ibu dan ayah. Baginda adalah seorang anak yatim. Ketika
baginda masih berada di dalam rahim ibunya, ayahnya telah meninggal dunia. Sewaktu umurnya
baru menjejak usia enam tahun, ibunya pula pulang menghadap Allah. Rasulullah tidak pernah
merasai belaian kasih sayang ayah. Nabi s.a.w juga tidak lama merasai kasih sayang seorang ibu.

Namun jika melihat kepada satu riwayat, pernah suatu ketika baginda berjalah jauh sehinggalah
tiba di satu kawasan yang bernama Abwa’. Di sana, Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke satu
kawasan dan kemudian baginda berdiri di atas lututnya. Pada saat itu, baginda menundukkan
kepalanya.

Ketika Rasulullah menundukkan kepalanya, bahu baginda bergoncang. Air mata bergenang pada
kelopak mata baginda. Air mata itu kemudiannya bercucuran dan baginda menangis teresak-
esak. Tangisan baginda membuat para sahabat yang lain turut sama menangis. Kemudian
baginda bersabda:

‫ا ْس َت ْأ َذ ْن ُت َر ِّبي ِفي َأ ْن َأ ْس َت ْغ ِف َر َل َها َف َل ْم ُي ْؤ َذ ْن ِلي َوا ْس َت ْأ َذ ْن ُت ُه ِفي َأ ْن َأ ُزو َر َق ْب َر َها َف ُأ ِذ َن ِلي َف ُزو ُروا ا ْل ُق ُبو َر‬

‫َف ِإ َّن َها ُت َذ ِّك ُر ا ْل َم ْو َت‬

Maksudnya: “Aku meminta izin kepada tuhan ku untuk memohon keampunan untuk ibu ku,
tetapi Allah tidak mengizinkan. Aku meminta izin pula untuk menziarahi kuburnya, lalu Allah
mengizinkan aku. Ziarahilah kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kepada kematian.” (Hadith
riwayat Muslim, hadith no: 976)

Begitulah kasihnya Rasulullah s.a.w. kepada ibunya. Kalaulah baginda sendiri sangat
menyayangi ibunya, bermakna baginda juga mahu menunjukkan bahawa orang yang benar-benar
beriman mestilah juga menyayangi dan mencintai ibu bapa mereka. Kita menjaga ibu bapa kita
dari segala segi sehinggakan seorang anak dilarang untuk berkata ‘ah’ sekalipun kepada mereka.
Firman Allah:

‫َو َق َض ٰى َر ُّب َك َأ َّلا َت ْع ُب ُدوا ِإ َّلا ِإ َّيا ُه َو ِبا ْل َوا ِل َد ْي ِن ِإ ْح َسا ًنا ۚ ِإ َّما َي ْب ُل َغ َّن ِع ْن َد َك ا ْل ِك َب َر َأ َح ُد ُه َما َأ ْو ِك َلا ُه َما َف َلا‬

‫َت ُق ْل َل ُه َما ُأ ٍّف َوَلا َت ْن َه ْر ُه َما َو ُق ْل َل ُه َما َق ْوًلا َك ِري ًما َوا ْخ ِف ْض َل ُه َما َج َنا َح ال ُّذ ِّل ِم َن ال َّر ْح َم ِة َو ُق ْل َر ِّب‬

‫ا ْر َح ْم ُه َما َك َما َر َّب َيا ِني َص ِغي ًرا‬

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan beribadah melainkan
hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sudah berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah
sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau
mengherdik keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap kedua-duanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,
‘wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada
waktu kecil.’” (Al-Israa’, ayat 23-24)

Begitulah tingginya martabat seorang ibu dan bapa di sisi agama Islam. Walaupun kita kini
merupakan seorang ibu, tetapi kita tetap adalah seorang anak kepada ibu dan bapa. Walaupun
kini kita adalah seorang ayah, tetapi kita tetap adalah seorang anak kepada ibu dan bapa kita.
Lalu, apakah kebaikan yang patut kita lakukan untuk mereka agar kita dapat mengirimkan
mereka berdua ke syurga?

Cuba bayangkan wajah ibu dan ayah kita. Mungkin sekarang adalah kalangan kita yang telah
pun kehilangan mereka. Walau selama mana mereka telah pergi meninggalkan kita, mereka tetap
ibu dan ayah kita, dan kita tetap adalah anak mereka. Janganlah kita merasakan hubungan antara
kita dan ibu bapa kita telah terputus setelah mereka meninggal dunia.. Ingatlah, ketaatan diri kita
terhadap mereka masih terus berjalan.

Marilah kita lakukan satu perkara yang mana ianya mampu membantu ibu dan ayah kita, lebih-
lebih jika mereka telah pergi meninggal kita. Sesungguhnya ibu bapa kita sangat ternanti-
nantikan doa daripada anaknya saat mereka berada di kubur, seperti yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w:

‫ما ا ْل َم ّي ُت في ال َق ْب ِر إل ّا كا ْل َغ ِرْيق ا ْل ُم َت َغ ِّو ِث َين َت ِظ ُر َد ْع َو ًة َتل َح ُقه ِمن أ ٍب أ ْو ُأ ٍّم أ ْو أ ٍخ أ ْو َص ِدي ٍق ف إذا‬

‫َل ِح َق ْته كا َن ْت أ َح َّب إليه ِمن ال ُّدنيا و َما فيها و إ َّن الل َه ع ّز وج ّل َل ُيد ِخ ُل على أ ْه ِل ال ُق ُبو ِر ِمن ُدعا ِء‬

‫أ ْه ِل ال َأ ْر ِض أ ْم َثا َل ال ِجبا ِل و إ َّن َهد َّي َة ال َأ ْح َيا ِء إلى ال َأ ْم َوا ِت ال ِا ْس ِتغفا ُر لهم‬
Maksudnya: “Seorang mayat dalam kuburnya seperti orang tenggelam yang sedang meminta
pertolongan. Dia menanti-nanti doa ayah, ibu, anak, dan kawan-kawan yang dipercayainya.
Apabila doa itu sampai kepadanya, maka itu lebih mereka sukai daripada dunia dan segala
isinya. Dan sesungguhnya Allah menyampaikan doa penghuni dunia untuk ahli kubur sebesar
gunung. Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah memohon
istighfar kepada Allah s.w.t untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka.” (Hadith riwayat
Ad-Dailami)

Pada ketika ini, mungkin ibu bapa kita sangat berharap agar kita dapat membantu mereka di alam
sana. Tangan mereka seakan terkapai-kapai kelemasan meminta bantuan berupa doa dari anak
mereka sendiri. Begitulah juga keadaan kita nanti saat kita memasuki alam barzakh.

Pada saat ini, jika kita rasa mahu mendirikan solat sunat, kita boleh melakukannya. Jika kita
mahu bersedekah, kita boleh bersedekah di mana-mana sahaja. Kita teringin membaca Al-Quran,
dan kita boleh membacanya. Kita mahu bertasbih, kita boleh terus bertasbih tanpa halangan.
Inilah nikmat bagi mereka yang masih hidup. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang telah
meninggal dunia? Kesemua nikmat tersebut tidak mampu dilakukan oleh para penghuni kubur.

Maka, adakah telah terputusnya kantung pahala ahli penghuni kubur? Tidak. Kantung pahala
mereka masih terbuka dengan tiga amalan ini, di mana ketiga-tiga amalan ini tidak akan terputus
rantaian pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam:

‫ َو َو َل ٌد َصا ِل ٌح َي ْد ُع ْو َل ُه‬،‫ َو ِع ْل ٌم ُي ْن َت َف ُع ِب ِه‬،‫ َص َد َق ٌة َجا ِرَي ٌة‬:‫ِإ َذا َما َت ا ْل ِإ ْن َسا ُن ا ْن َق َط َع َع َم ُل ُه ِإ َّلا ِم ْن َث َلا َث ٍة‬

Maksudnya: “Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali dari tiga
perkara (iaitu) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadith riwayat Muslim, hadith no. 1631)
Disebabkan kematian, maka terputuslah satu perkara yang cukup besar iaitu amalan. Mereka
yang telah meninggal dunia tidak mampu lagi untuk mendirikan solat, berpuasa, bersedekah,
tidak mampu untuk melakukan apa sahaja amalan yang mampu menghadirkan pahala buat diri
mereka. Namun, ada tiga perkara yang menghadirkan pahala buat mereka iaitu:

1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakannya

Jika sewaktu hidupnya, ada hartanya yang digunakan untuk bersedekah dalam pembinaan
masjid, sekolah, atau apa sahaja pembinaan yang dapat memanfaatkan ummah, maka pahala
sedekahnya itu akan berkekalan walaupun selepas kita meninggal dunia.

Begitulah juga dengan ilmu yang disampaikan kepada orang lain. Selagi mana mereka beramal
dengan ilmu tersebut, maka pahalanya akan terus mengalir tanpa henti buat diri kita. Bayangkan
bila mana mereka menyampaikan pula ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain hinggakan
begitu ramai orang yang beramal dengan ilmu yang kita sampaikan sebelum ini, maka semakin
besarlah pahala yang berjaya kita kumpulkan. Pahala itu akan terus mengalir tanpa henti
walaupun kita telah mereput di alam kubur.

Namun, ada berapa ramai orang yang memiliki harta tetapi tidak mahu menginfakkan hartanya?
Berapa ramai orang yang berilmu tetapi tidak berkongsi ilmunya?

Lalu ada satu lagi amalan yang tidak akan terputus pahalanya, yang mana kita telah lama
mengetahuinya, namun kini kita cuba melihatnya secara terbalik. Bukanlah kita melihat dari
sudut kita melihatnya sebagai seorang ayah, tetapi pada hari ini marilah kita melihatnya dari
sudut seorang anak. Seorang anak yang boleh membantu ibu dan ayahnya di alam barzakh.

Apakah amalan yang Nabi s.a.w sebutkan? Itulah dia doa anak yang soleh. Maka disebabkan itu,
menjadi kewajiban bagi setiap anak untuk berdoa kepada Allah agar ibu dan ayah kita diberikan
kesejahteraan. Doalah apa sahaja sekalipun kerana doa itu akan menyelamatkan ibu dan ayah
kita.

Cuba bayangkan, kalaulah Allah sendiri melarang seorang anak daripada berkata “ah” kepada
ibu dan bapa kerana ianya mampu menyinggung perasaan mereka saat mereka di usia tua, maka
bagaimanakah agaknya keadaan mereka saat mereka melepasi usia tua iaitu waktu setelah
datangnya kematian? Waktu mereka telah berada di alam barzakh? Maka pada saat itu ibu dan
ayah kita perlu lebih dijaga. Lalu apakah perkara yang boleh menjaga mereka pada saat itu?
Itulah dia doa yang dibacakan oleh seorang anak.

Sekali lagi Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita satu perkara:

‫ِب ُّروا آبائكم تب ُّركم أبنائكم‬

Maksudnya: “Berbuat baiklah kamu terhadap ibu dan bapamu, nescaya anak-anakmu akan
berbuat baik terhadapmu.” (Hadith riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

Kalaulah kita sendiri tidak mempedulikan ibu bapa kita yang kini telah pun berada di alam
barzakh, boleh jadi anak-anak kita suatu hari nanti juga tidak akan mempedulikan kita saat kita
pula berada di alam sana. Jadi, bagaimanakah caranya agar anak-anak dapat dapat mendoakan
kita sewaktu kita berada di sana? Pastilah kita perlu terlebih dahulu mendoakan ibu bapa kita
dengan doa yang tidak pernah putus-putus. Insya-Allah, anak-anak kita juga turut mendoakan
kita saat kita berada pula di sana nanti.

Islam mengajar dan mengajak setiap muslim untuk sentiasa mendoakan akan kesejahteraan
kedua ibu bapanya, di samping mendoakan kedua-duanya dimasukkan ke dalam syurga. Buat
anak-anak, teruslah melakukan amal soleh kerana amalan soleh yang dilakukan oleh seorang
anak, manfaatnya juga turut diberikan kepada ibu dan bapanya.
Kita perlu pupuk dalam diri kita. Biarpun kini kita sudah dewasa, biarpun ibu bapa kita sudah
lama meninggalkan kita, kewajiban diri kita terhadap diri mereka masih tidak putus. Malah,
mereka masih tetap mengharapkan agar kita terus membantu mereka di alam sana dengan doa
serta amalan soleh yang kita kerjakan.

Wahai ibu bapa yang sedang membaca buku ini, percayalah, anak-anak kita akan mengikut apa
yang kita

DOALAH UBAT YANG PALING MUSTAJAB

Diceritakan pada zaman baginda Rasulullah s.a.w, seorang sahabat yang bernama Uthman bin
Abu Al-Asr datang menemui nabi s.a.w. ketika itu, Uthman bin Abu Al-Asr menderita penyakit
yang sangat mengganggu dirinya. Lalu baginda s.a.w. bersabda:

‫ك ْاليُ ْمنَى َعلَ ْي ِه َوقُلْ بِس ِْم هَّللا ِ َأ ُعو ُذ بِ ِع َّز ِة هَّللا ِ َوقُ ْد َرتِ ِه ِم ْن َشرِّ َما َأ ِج ُد‬ َ ‫اجْ َعلْ يَ َد‬
ُ ‫ك فَ َشفَانِ َي هَّللا‬ ُ ‫ت فَقُ ْل‬
dَ ِ‫ت َذل‬ ٍ ‫َوُأ َحا ِذ ُر َس ْب َع َمرَّا‬

Maksudnya: “Letakkanlah tanganmu yang kanan di atasnya (anggota badan yang sakit) lalu
ucapkanlah: 'BISMILLAHI A'UUDZU BI 'IZZATILLAH WA QUDRATIHI MIN SYARRI MAA
AJIDU WA UHAADZIRU (Dengan nama Allah aku berlindung dengan keagungan Allah dan
kekuasaan-Nya dari keburukan yang aku rasakan dan aku hindari) ', hingga tujuh kali.” Lalu
saya mengucapkan do'a tersebut, maka (dengan itu) Allah menyembuhkanku.” (Hadith sahih
riwayat Ibnu Majah hadith no. 3513)

Begitulah hebatnya penawarnya bagi umat Islam iaitu doa, lebih-lebih lagi doa tersebut diajarkan
sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w. Doanya cukup ringkas dan mudah dihafal. Bacalah doa ini
sebanyak tujuh kali sambil memegang pada bahagian yang sakit dengan menggunakan tangan
kanan. Saat dunia kini diserang pendamik Covid-19, eloklah untuk kita membaca doa ini sambil
tangan kanan kita memegang dada masing-masing:

‫بِس ِْم هَّللا ِ َأ ُعو ُذ بِ ِع َّز ِة هَّللا ِ َوقُ ْد َرتِ ِه ِم ْن َشرِّ َما َأ ِج ُد َوُأ َحا ِذ ُر‬

Maksudnya: “BISMILLAHI A'UUDZU BI 'IZZATILLAH WA QUDRATIHI MIN SYARRI MAA


AJIDU WA UHAADZIRU (Dengan nama Allah aku berlindung dengan keagungan Allah dan
kekuasaan-Nya dari keburukan yang aku rasakan dan aku hindari).”

Sesungguhnya kita yakin dengan setiap apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. bersama dengan
kesedaran dan keyakinan seperti mana keyakinan sahabat tadi, insya-Allah ianya akan menjadi
ubat yang paling mustajab.

DOA NABI YUNUS

Dalam tempoh yang mencabar sebegini, selain membaca doa-doa yang lazim dari Al-Quran
mahupun sunnah Rasulullah s.a.w, kita bolehlah juga menambah doa lain yang terdapat di dalam
Al-Quran iaitu doa Nabi Yunus. Doanya cukup ringkas dan mudah. Marilah kita membacanya
bersama-sama:

َ ‫ت ِم َن الظَّالِ ِم‬
‫ين‬ ُ ‫ك ِإنِّي ُك ْن‬ َ ‫اَل ِإلَهَ ِإاَّل َأ ْن‬
َ َ‫ت ُسب َْحان‬

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)!
Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri
sendiri.” (Surah al-Anbiya’, ayat 87)
Doa ini cukup unik dan istimewa. Di dalamnya terkandung tiga elemen yang berbeza iaitu
tauhid, tasbih dan istighfar. Elemen pertama dalam doa ini ialah tauhid iaitu mengesakan Allah:

‫اَل ِإلَهَ ِإاَّل َأ ْنت‬

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)!”

Elemen kedua pula ialah tasbih iaitu kita mensucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak
bagi Allah:

َ َ‫ُسب َْحان‬
‫ك‬

“Maha Suci Engkau!”

Elemen ketiga atau yang terakhir ialah istighfar atau memohon keampunan dari Allah atas
kesalahan yang kita lakukan:

َ ‫ت ِم َن الظَّالِ ِم‬
‫ين‬ ُ ‫ِإنِّي ُك ْن‬

“Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Doa ini cukup lengkap. Cuba bayangkan, dalam satu doa yang cukup ringkas imi, namun di
dalamnya ada elemen mentauhidkan Allah, adanya kita bertahlil, adanya kita bertasbih dan
adanya kita beristighfar kepada Allah. Tidak hairanlah Rasulullah s.a.w. sendiri memuji doa
Nabi Yunus ini. Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini,
maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda baginda:

ُ‫اب لَه‬ ُّ َ‫ع بِهَا ُم ْسلِ ٌم َربَّهُ فِي َش ْي ٍء ق‬


َ ‫ط ِإاَّل ا ْستَ َج‬ ُ ‫فَِإنَّهُ لَ ْم يَ ْد‬

Maksudnya:“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja
(hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (Hadith riwayat Ahmad, hadih no.
1383. Hadith dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

Para ulama menyebutkan, jika kita membaca doa ini, pembacanya akan dilepaskan daripada
beberapa lapisan kegelapan. Hal ini kerana Nabi Yunus membaca doa ini saat berapa di dalam
kegelapan Ikan Nun. Yang kedua, baginda turut berada di dalam kegelapan dasar lautan.
Kegelapan ketiga pula adalah kegelapan malam. Tetapi dengan asbab membaca doa ini, Allah
s.w.t melepaskan baginda daripada semua rantaian kegelapan tersebut.

Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan
tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang
hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah serta permohonan ampun seorang hamba
kepada Tuhan-Nya. Ternyat inilah dia intipati doa yang terbaik.

Marilah kita sekali lagi mengambil kesempatan membaca doa yany ringkas ini bersama-sama:

َ ‫ت ِم َن الظَّالِ ِم‬
‫ين‬ ُ ‫ك ِإنِّي ُك ْن‬ َ ‫اَل ِإلَهَ ِإاَّل َأ ْن‬
َ َ‫ت ُسب َْحان‬

Sambil kita membacanya, marilah kita turut menyedarkan diri kita bahawa kita sedang
mentauhidkan Allah, kita sedang bertasbih kepada Allah dan bersama-sama kita memohon
keampunan daripada Allah s.w.t. Semoga Allah melepaskan diri kita daripada sebarang bencana,
amin.
BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA

Ada satu kisah. Kisah ini bukanlah satu kisah yang menarik, namun cukuplah untuk kisah ini
mampu membuatkan kita merenung dan berfikir, rupa-rupanya benarlah jika kita melakukan
kebaikan, pastinya kita turut akan mendapat kebaikan. Dan jika kita melakukan kemungkaran,
kemungkaran itu akan terpalit pada diri kita.

Kisah ini berlaku di suatu tempat, terjadi kepada seseorang yang baru meninggal dunia. Pada
ketika itu, dipanggilnya para pelajar dari sekolah tahfiz untuk membacakan Al-Quran di sisi
jenazah. Ahli jemaah masjid turut datang membantu menguruskan jenazahnya, bermula daripada
dimandikan hingga dikafankan. Urusan pengurusan jenazah dilakukan di rumahnya. Kemudian,
jenazahnya dibawa ke ruang tamu rumahnya.

Imam solat jenazah pada ketika itu telah bersedia untuk mengimamkan solat jenazah bersama
para jemaah yang lain, namun imam masih tidak lagi mengangkat takbir kerana mahu menunggu
anak-anak si mati untuk turut serta dalam solat tersebut. Mana abang longnya, mana kakaknya,
mana angahnya, mana acunya. Anak-anak si mati masih belum memunculkan diri di ruang tamu,
walhal mereka ada sahaja di rumah tersebut.

Semua orang maklum, kita perlu segera menguruskan jenazah. Tanda jenazah yang baik ialah
ianya diuruskan dengan cepat. Imam masih sabar menunggu kehadiran anak-anak si mati
walaupun telah berbunyi tengkarah di ruang tamu, mahukan si imam segera menyelesaikan
tuntutan solat jenazah. Mana mungkin anak-anak si mati tidak mengetahuinya.

Tidak semena-mena, terbuka pintu bilik lalu keluarlah anak sulung si mati. Dalam keadaan muka
yang merah menahan kemarahan, dia keluar dari bilik sambil menghempaskan pintu bilik. Dia
berjalan di celah-celah jemaah lalu berjalan betul-betul di hadapan jenazah ayahnya. Abang long
ini langsung tidak menoleh ke arah jenazah. Dia terus masuk ke dalam keretanya dan berlalu
pergi meninggalkan rumah tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, keluar pula adik yang kedua, juga dalam keadaan yang marah.
Sekali lagi pintu yang tidak bersalah dihempas kuat. Sama seperti abangnya, dia sekadar berlalu
di sebelah jenazah kaku ayahnya tanpa menoleh walau sedikit pun. Lalu, seorang demi seorang
adik beradiknya turut keluar dari bilik dalam keadaan yang marah, malah langsung tidak
menoleh pun ke arah jenazah ayah mereka sendiri.

Pada ketika itu, imam memberi isyarat kepada para jemaah untuk bersedia mendirikan solat
jenazah. Lalu imam pun mengangkat takbir sehinggalah selesai disolatkan jenazah.

Selesai solat, ada kalangan jemaah yang bertanya, apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah
keadaan yang membuatkan anak si mati berlalu pergi meninggalkan ayah mereka begitu sahaja?
Jawab salah seorang daripada keluarga tersebut, rupa-rupanya anak-anaknya bergaduh
merebutkan sebahagian kecil harta peninggalan ayah mereka, dan masing-masing tidak berpuas
hati dengan pembahagiaannya.

Marilah kita mengambil satu pengaharan penting dalam hidup kita. Adakah anak sebegini akan
mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapanya? Adakah anak sebegini - yang keluar dari
biliknya tanpa melihat sejenak pun jenazah ayahnya - akan menginfakkan hartanya untuk
disampaikan pahalanya buat ibu dan bapanya? Adakah anak sebegini akan mendoakan ibu
bapanya masuk ke dalam syurga?

Ambillah masa, cubalah tanya di dalam diri dan jawablah soalan tersebut dengan jujur.

Kisah yang diceritakan ini bukanlah mahu menuding jari menyalahkan sesiapa, jauh sekali mahu
menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Cumanya cubalah kita merenung sejenak,
bagaimanakah keadaan kita sewaktu kita pergi meninggalkan dunia suatu. Ketika kita terlantar,
terbujur kaku di ruang tamu rumah kita sendiri, apakah yang akan dilakukan oleh anak-anak kita
pada saat tersebut?
Marilah kita mendidik anak-anak kita mulai sekarang. Tunjukkan kepada mereka tauladan yang
baik. Ajaklah mereka mendirikan solat secara berjemaah dan doa bersama-sama ahli keluarga.
Doakan kesejahteraan ibu bapa kita. Pada masa yang sama, kita doakan juga semoga anak-anak
kita akan sentiasa mendoakan kesejahteraan diri kita. Pada saat itu insya-Allah, anak-anak kita
akan mendorong dan membawa kita ke syurga yang penuh dengan kenikmatan.

DOA YANG ENGGAN DIDENGARI ALLAH

Kisah ini berlaku terhadap seorang lelaki yang dilimpahi rezeki dan kesenangan hidup. Berusia
50 tahun, dia boleh dianggap sebagai seorang yang sangat berjaya. Apa yang diingini akan
tercapai. Namun jauh dari sudut hatinya, ada kelompangan yang tidak mampu digambarkan.
Hatinya sering diserang rasa gelisah dan tidak tenang, lebih-lebih lagi ketika dia duduk
keseorangan.

Lebih membuatkan hatinya semakin hiba ialah kedua-dua anaknya tidak pernah makan bersama-
sama dengan dirinya. Walaupun sudah memasuki belasan tahun, kedua-dua anaknya tidak
pernah bertanya khabar kepada terhadap dirinya, apatah lagi duduk dan bermesra bersama
dirinya.

Hinggalah dia terdengar satu ceramah daripada seorang ustaz. Ustaz tersebut bercerita jika hati
kita sering tidak tenang, maka cubalah kita periksa dosa yang kita pernah lakukan sebelum ini.
Dan antara dosa yang perlu kita jaga ialah dosa kita terhadap ibu dan bapa.

Kata ustaz itu, Allah amat suka mendengar doa daripada hamba-Nya. Allah suka kita merintih
dan memohon ampun kepada-Nya. Allah mahu kita berdoa dan memohon hajat kepada-
Nya.Walau sebesar mana dosanya, Allah akan mendengarnya. Namun, ada satu doa yang enggan
didengari Allah, iaitu doa daripada seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya.

Kata-kata ustaz tersebut begitu menyentap dirinya, lebih-lebih lagi dia pernah mengguriskan hati
ibunya sewaktu usianya 17 tahun. Pada ketika itu, saat darah muda menguasai dirinya, dia
pernah menghina ibunya hanya kerana ibunya telah tertuang Clorox pada seluar jeansnya.
Kerana terlalu marah, dia mengambil seluar jeans tersebut lalu melemparkannya ke arah muka
ibunya sambil berkata, “orang tua tak ada akal!”

Walaupun dihina sedemikian, hati si ibu menanggung kesedihan keseorangan hinggalah masa
yang berlalu merawat kesedihan dirinya.

Tersedar akan kesilapan yang pernah dilakukan 33 tahun yang lalu, dia bergegas pulang ke
kampung. Sampai sahaja di kampung, dia duduk bersimpuh di hadapan ibunya. Dia memegang
tangan ibunya lalu mencium tangan wanita yang semakin dimamah usia. Dengan penuh sebak
dia berkata, “mak, saya ada salah dengan mak.”

Ibunya berkata, “kamu kan tiap-tiap tahun ziarah mak, minta maaf pada mak. Mak tak ada
masalah apa pun.” Sebagai ibu, pastinya naluri semulajadinya tidak mahu menyusahkan anaknya
sendiri.

Tetapi oleh kerana dia rasa betul-betul bersalah, dia gagahkan diri juga untuk jujur berbicara,
“mak, saya ada buat salah pada mak pada umur 17 tahun. Dulu, mungkin mak dah lupa. Tapi
saya nak ingat, pada hari ini, saya minta pada mak, maafkanlah saya sebab saya pernah cakap
pada mak: orang tua tak ada otak.”

Si anaknya yang menyangka ibunya telah terlupa peristiwa yang berlaku 33 tahun tahun yang
lepas, sebenarnya masih mengingatinya dengan sangat jelas.

Mendengar sahaja pengakuan dan permohonan maaf daripada anaknya, si ibu terus menyentap
tangan anaknya lalu berkata, “tangan inilah yang mak nak heret di hadapan Allah, yang sanggup
berkata kepada ibu yang melahirkan dirinya, orang tua tak ada otak. Dosa inilah yang mak tak
pernah maafkan sejak dari dulu sampailah sekarang. Mak reda jika mak mati nanti, mak mahu
simpan perasaan ini.”

Rupa-rupanya, selama ini kita meminta maaf secara umum, ada juga permohonan maaf yang
perlu disebutkan kesalahannya secara khusus, terutamanya buat kedua-dua ibu bapa kita.

Kata-kata ibunya cukup menyentap hatinya. Patutlah selama ini kehidupannya tidak pernah
merasa puas dan sering kali dia ditimpa rasa gelisah. Pada saat itu, dia berulang kali memohon
kemaafan daripada ibunya.

Akhirnya pada suatu Subuh, ibunya datang memeluknya sambil menangis. Si ibu berkata dengan
penuh sayu, “kalaulah kerana tidak melihat kamu benar-benar meminta maaf, mak sudah berniat
tidak memaafkan kamu sampai bila-bila. Dan hari ini, mak maafkan kesemua kesalahan kamu.”

Rasa Ketenangan Yang Hilang Sejak 33 Tahun Yang Lalu

Apabila mendengar ungkapan kemaafan daripada ibunya, hatinya terasa lapang yang selapang-
lapangnya. Seakan satu bebanan yang amat berat - yang sebelum ini telah menghimpit hatinya -
telah dialihkan dari hatinya. Dia tidak pernah merasakan kedamaian yang sedemikian rupa.
Perasaan ini tidak pernah dirasainya semenjak dari usianya 17 tahun.

Dia pulang menuju ke rumahnya dengan satu perasaan tenang yang cukup luar biasa.

Sampai sahaja di rumah, sewaktu dia keluar dari pintu kereta, kedua-dua anaknya meluru
kepadanya sambil terus mencium tangannya. Anaknya menyebut satu perkataan yang sebelum
ini dia langsung tidak pernah sangka akan mendengarnya dari mulut anaknya sendiri, “ayah,
kami minta maaf atas segala salah kami pada ayah. Ayah, kami minta maaf semua kesalahan
kami pada ayah. Kami sangat sayangkan ayah.”
Kalimah azimat yang luncur keluar dari lisan anaknya membuatkan hati ayahnya dirundum rasa
haru. Dipeluknya kedua-dua tubuh anaknya dengan erat sambil mendongak ke atas. Benar rupa-
rupanya kata baginda Rasulullah s.a.w., dosa orang yang menderhakai kedua ibubapa akan
dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda:

‫ُك ُّل ال ُّذ ُنو ِب ُي َؤ ِّخ ُر ال َّل ُه َما َشا َء ِم ْن َها ِإ َلى َي ْو ِم ا ْل ِق َيا َم ِة ِإل َّا ُع ُقو َق ا ْل َوا ِل َد ْي ِن َف ِإ َّن ال َّل َه َت َعا َلى ُي َع ِّج ُل ُه‬

‫ِل َصا ِح ِب ِه ِفي ا ْل َح َيا ِة َق ْب َل ا ْل َم َما ِت‬

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya
sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan
menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” (Hadith riwayat al-
Hakim, hadith no. 7263)

Lantaran dosanya kepada ibunya, Allah s.w.t. memberikan balasan di dunia lagi dengan
memberikan anak-anak yang bermasalah terhadap dirinya. Namun, selepas ibunya memaafkan
kesalahan dirinya, anak-anaknya juga terus berubah menjadi anak yang baik.

Marilah kita bermuhasabah dan merenung kembali. Tanyakan satu soalan mudah untuk dijawab
dengan penuh ikhlas pada setiap hari, “adakah aku ini anak yang soleh? Adakah sebenarnya aku
ini anak yang soleh?”

Ingatlah satu perkara ini, lawan bagi sifat anak soleh ialah anak yang derhaka. Ya Allah,
janganlah Engkau golongan daku termasuk dalam golongan anak-anak yang derhaka, yang
Engkau benci dan murkai, hinggakan Engkau tidak mahu mendengar doa dan permohonan kami,
ya Allah. Amin.
KEAJAIBAN ZAKAT

Saat pandemik wabak Covid-19 menyerang dunia, begitu ramai umat manusia yang menderita,
termasuklah di Malaysia. Bukan sekadar derita kerana wabak ini telah memakan jutaan nyawa
manusia di seluruh dunia, ianya turut mengancam ekonomi dunia. Cukup ramai diberhentikan
kerja saat wabak ini melanda. Malah sangat ramai peniaga yang terjejas pendapatan mereka
kerana Covid-19 ini.

Namun, ada juga dalam kalangan usahawan di Malaysia yang tidak terjelas di saat kerajaan
mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah keuntungan yang diperolehi semakin
berganda-ganda. Saya ada bertemu dengan salah seorang usahawan yang mana beliau telah
membayar zakat sebanyak RM250,000 saat PKP dikenakan di seluruh Malaysia. Itu hanyalah
rezeki yang diterimanya di sepanjang bulan Mac hingga Jun tahun 2020 sahaja.

Beliau menyebut bahawa rahsia zakat ini cukup besar. Mungkin sesetengah daripada kita
menganggap bahawa kita perlu menunggu duit sebelum memberi zakat. Sememangnya begitulah
perkiraannya. Tetapi menurut pengalamannya, bila kita membuat perkiraan dengan Allah, rupa-
rupanya apabila kita nekad mengeluarkan zakat walaupun dalam keadaan manusia yang sempit
berada di sekeliling kita, kita tetap akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah.

Apa yang mengagumkan saya ialah beliau setia membayar zakat kepada pusat pungutan zakat
atau lembaga zakat negeri.

Benar, ada dalam kalangan kita yang suka membayar zakat terus kepada asnafnya tanpa melalui
pusat pungutan zakat. Mereka membayarnya sendiri tanpa melihat kepada maslahat yang lebih
besar.
Bayangkan jika semua umat manusia membayar sendiri zakat mereka, maka apa yang akan
terjadi pada akhirnya? Pastinya akan ada golongan yang sepatutnya menerima zakat, tetapi
mereka terabai kerana kita tiada mekanisme atau pasukan yang mengkaji dan menilai siapakah
yang patut menerima zakat. Andai tiada mekanisme sebegini, boleh jadi hanya golongan tertentu
sahaja yang mendapat bantuan sehingga mengabaikan asnaf yang lain.

Kerana itulah kerja menilai dan mengkaji ini diberikan kepada pusat pungutan zakat bagi pihak
diri kita.

Saya sendiri sempat bersama Lembaga Zakat Selangor, melihat sendiri bagaimana mereka
membuat penelitian dan mengagihkan pembayaran zakat kepada para asnaf. Saya pernah
menghadiri program yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor, Program itu mengumpulkan
para asnaf yang akan menerima zakat. Di sana, kita dapat melihat sendiri kedhaifan serta
keuzuran para asnaf.

Dalam khayalak asnaf itu, ada seorang lelaki yang saya lihat masih muda, punyai tubuh yang
masih kuat serta memakai pakaian biasa. Dia juga dilihat adalah pendengar yang bakal menerima
bantuan zakat. Dengan rasa hairan, saya bertanya kepada pegawai zakat di sana, “dia ni, patut ke
menerima zakat?”

Pegawai zakat menjawab, “ya, ustaz.”

Walaupun sudah dijawab oleh pegawai zakat, namun masih terdetik di hati saya, adakah
selayaknya dia menerima zakat? Kerana jika dilihat dari susuk tubuhnya, saya kira tidak
seharusnya lembaga zakat memasukkan namanya sebagai penerima zakat.

Program tersebut berakhir pada waktu petang. Kemudian di hujung program, kami membuat
ziarah rumah ke rumah. Setiap kali saya memasuki rumah yang kami ziarahi, pada ketika itulah
munculnya rasa syukur di dalam diri kerana Allah masih memberikan nikmat yang cukup banyak
buat diri kita. Saat kita rasa sukar, lalu kita melihat ada orang yang lebih sukar dan susah dalam
hidupnya, pastinya menjentik rasa syukur di ke atas Ilahi.
Hinggalah kami pergi menziarahi rumah lelaki muda yang bertubuh sihat, yang sebelum ini saya
ragui kerana layakkah dia menerima zakat? Sebelum kami menjejakkan kaki masuk ke
rumahnya, berkali-kali dia memohon maaf sekiranya saya akan mengalami pengalaman yang
mungkin membuatkan diri saya tidak selesa. Saya katakan, “tidak mengapa.”

Pandangan Setiap Dari Kita Berbeza

Lelaki, anak muda yang saya lihat kekar tubuhnya itu membuka pintu rumahnya. Rumah lelaki
itu sangat kecil. Jika mahu dibanding dengan rumah kita, keseluruhan rumahnya hanyalah
sebesar ruang tamu rumah kita sahaja. Di situlah dapur, di situlah ruang makan dan di situlah
juga bilik tidur.

Saat saya masuk ke dalam rumah tersebut, terlihat di hadapan saya empat orang yang sedang
terbaring. Wajah empat-empat dari mereka jelas menunjukkan akan keuzuran mereka.. Sambil
terbaring, keempat-empat mereka memandang kami. Antara tempat pembaringan dua pasangan
warga emas ini, di tengah-tengahnya terdapat tiga orang anak yang lahir secara kurang upaya.

Rupa-rupanya, sepasang warga emas itu adalah ibu bapa kepada lelaki muda tersebut. Satu lagi
pasangan pula adalah ibu dan bapa mertuanya. Ketiga-tiga anak itu adalah anaknya. Saya
bertanya, di mana isterinya. Dia menjawab, isterinya baru meninggal dunia pada bulan lepas, dan
isterinya juga merupakan salah seorang yang terlantar di sini sewaktu hidupnya kerana sakit
yang tenat.

Sewaktu dia menceritakan kisahnya, saya menangis. Ceritanya lagi, “saya ni ustaz, orang marah
saya sebab terima zakat. Saya bukannya nak terima zakat. Wallahi, saya buka kedai nun di sana.
Saya usahakan kumpul modal, saya tak nak terima zakat. Saya mahu menyara keluarga saya
sendiri. Saya berniaga, tetapi pada sekian jam, sekian minit, saya perlu berlari ke rumah sebab
sudah sampai waktunya saya menyuap makanan dan ubat kepada mak dan ayahny.”
Bukan berjalan cepat, tetapi berlari dari tempat perniagaannya ke rumahnya kerana dia telah
menetapkan waktunya untuk di pulang segera ke rumah. Masya-Allah..

Apabila dia kembali semua ke kedainya, dia akan kembali berlari semula ke rumahnya untuk
menguruskan pakaian dan najis mak dan ayah mertuanya. Itu belum dikira lagi masa dan usaha
yang diperuntukkan untuk menguruskan anak-anaknya yang lahir dalam keadaan kurang
sempurna fizikalnya. Begitulah rutin hariannya setiap hari.

Kalaulah kita melihat sifat fizikal luaran lelaki ini, pasti kita sama sekali tidak akan memberikan
zakat kepadanya. Mengapa? Kerana kita tiada mekanisme yang ada seperti yang diuruskan oleh
lembaga zakat. Merekalah yang mengkaji, menilai dan menapis, siapakah yang berhak menerima
zakat.

Sama-samalah kita mengingatkan diri akan kewajiban mengeluarkan zakat kepada lembaga zakat
atau pusat pungutan zakat. Yakinlah bahawa mereka mempunyai mekanisme yang lengkap untuk
menyalurkan wang itu kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat seperti mana
yang disebut dalam Al-Quran:

‫ِا َّن َما ال َّص َد ٰق ُت ِل ْل ُف َق َرۤا ِء َوا ْل َم ٰس ِك ْي ِن َوا ْل َعا ِم ِل ْي َن َع َل ْي َها َوا ْل ُم َؤ َّل َف ِة ُق ُل ْو ُب ُه ْم َو ِفى ال ِّر َقا ِب َوا ْل َغا ِر ِم ْي َن َو ِف ْي‬

‫َس ِب ْي ِل ال ّٰل ِه َوا ْب ِن ال َّس ِب ْي ِۗل َف ِرْي َض ًة ِّم َن ال ّٰل ِه ۗ َوال ّٰل ُه َع ِل ْي ٌم َح ِك ْي ٌم‬

Maksudnya: Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil
zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk
(membebaskan) orang yang berutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam
perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana. (Surah At-
Taubah, ayat 60)
Jika kita hanya membayar zakat secara terus kepada golongan yang fakir dan miskin, maka
bagaimana pula dengan enam lagi golongan asnaf yang layak untuk menerima zakat? Malah, jika
kita semua membayar zakat secara terus kepada asnaf yang kita yakini mereka memang layak,
maka bagaimana pula dengan amil zakat? Bukankah amil zakat juga sebahagian daripada asnaf
yang layak untuk menerima zakat?

Kerana itulah pentingnya untuk kita membayar zakat kepada pusat pungutan zakat atau di
lembaga zakat negeri masing-masing. Kepada Allah jua kita berserah. Semoga setiap apa yang
kita berikan untuk zakat, Allah akan lipat gandakan lagi rezeki sebanyak dan seluasnya, amin.

Dahulu, ada seorang penceramah yang cukup terkenal. Robert Kiyosaki namanya. Beliau pernah
datang ke Malaysia suatu ketika dahulu. Dia dianggap sebagai sifu, guru dan mentor kepada
jutawan di Amerika Syarikat. Beliau pernah berkata:

“sekiranya ada orang yang baru berniaga dan bertanya kepada saya satu cara untuk menjadi
jutawan, saya akan menjawab, siapa yang ingin mejadi kaya, dia perlu mengeluarkan duitnya
terlebih dahulu dalam bentuk sedekah. Dari situ, dia akan mula melihat tiga keajaiban bagaimana
duit itu akan mula bergerak dan datang kepadanya dalam bentuk yang sangat banyak.”

Saya sangat terkejut membaca jawapannya. Rupa-rupanya apa yang diyakini oleh umat Islam
sebenarnya turut dibenarkan oleh mereka yang bukan Islam seperti Robert Kiyosaki. Ya, terlalu
banyak kelebihan bersedekah seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun disebut
oleh baginda Rasululla s.a.w. Firman Allah Taala:

‫ِإ َّن ا ْل ُم َّص ِّد ِقي َن َوا ْل ُم َّص ِّد َقا ِت َو َأ ْق َر ُضوا ال َّل َه َق ْرض ًا َح َسن ًا ُي َضا َع ُف َل ُه ْم َو َل ُه ْم َأ ْج ٌر َك ِري ٌم‬

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan


yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang
baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka
pula akan beroleh pahala yang mulia. (Surah al-Hadid, ayat 18)
Jika menderma yang hukumnya sunat, pun akan digandakan berlipat kali ganda, apatah lagi
zakat yang hukumnya adalah wajib.

Perumpamaan Mereka Yang Bersedekah Tetapi Tidak Berzakat

Betapa bagusnya jika kita rajin bersedekah. Cukup baik dan mulianya amalan tersebut. Namun,
jika sekadar rajin bersedekah namun tidak mahu membayar zakat, ianya umpama seseorang yang
rajin mendirikan solat sunat tetapi tidak mahu menunaikan solat fardhu.

Cuba kita bayangkan, seseorang yang cukup rajin solat sunatnya. Dia datang awal ke masjid lalu
menunaikan solat sunat sebelum Subuh sebanyak empat rakaat. Saat muazzin melafazkan
iqamah, dia keluar dari masjid dan tidak turut serta mendirikan solat Subuh secara berjemaah.
Saat ditanya mengapa, dia menjawab, “bukankah saya telah menunaikan solat sunat empat
rakaat? Maka tidak perlu lagi saya menunaikan solat Subuh yang hanya sekadar dua rakaat.”

Adakah kiraan sebegini benar dan tepat? Adakah dengan menunaikan solat sunat empat rakaat,
maka dia tidak perlu lagi menunaikan solat fardhu dua rakaat? Pastilah tidak!

Rasulullah s.a.w sendiri menyebut dalam hadith qudsi bahawa Allah s.w.t lebih menyintai
hamba-Nya yang melakukan apa yang telah difardhukan kepadanya. Daripada Abu Hurairah r.a,
Allah s.w.t berfirman dalam hadith qudsi:

‫َو َما َت َق َّر َب ِإ َل َّي َع ْب ِدي ِب َشي ٍء َأ َح َّب ِإ َل َّي ِم َّما ا ْف َت َر ْض ُت َع َلي ِه‬

Maksudnya: “Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan dirinya kepada-Ku; yang lebih Aku
cintai daripada apa-apa yang telah Aku fardhukan kepadanya.” (Hadith riwayat Bukhari, hadith
no. 6502)
Begitulah perumpamaan bagi mereka yang kuat bersedekah tetapi tidak membayar zakat. Dia
mempunyai wang yang sangat banyak dan dia sendiri rajin bersedekah, namun dia tidak pernah
membayar zakat. Samalah juga dengan mereka yang rajin mendirikan solat sunat tetapi tidak
mendirikan solat fardhu. Dalam kita mengejar perkara yang sunat, janganlah sesekali
meninggalkan perkara yang fardhu kerana ianya jauh lebih utama dan lebih besar pahalanya.

BERSEDEKAHLAH

Apabila ditanya apakah amalan yang dapat membantu menemani kita di alam kubur dan di
Padang Mahsyar, maka jawapannya adalah bersedekah. Sedekah atau infak merupakan peneman
yang paling baik di alam kubur juga di hari Akhirat.

Sedekah dapat dibuat pada bila-bila Secara mudahnya, sewaktu kita pergi menziarahi sesuatu
masjid atau surau, berilah sesuatu kepada masjid Allah. Yakinlah bahawa jika kita memberikan
sesuatu kepada agama Allah SWT, pasti Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang
berlipat-lipat kali ganda.

Allah s.w.t sendiri telah berjanji bahawa Allah akan menggantikan semula sedekah yang ikhlas
diberikan dari kepada dengan ganjaran 10 kali ganda sehinggakan 700 kali ganda banyaknya.
Firman Allah Taala:
ۗ ‫َّم َث ُل ا َّل ِذي َن ُين ِف ُقو َن َأ ْم َوا َل ُه ْم ِفي َس ِبي ِل ال َّلـ ِه َك َم َث ِل َح َّب ٍة َأن َب َت ْت َس ْب َع َس َنا ِب َل ِفي ُك ِّل ُسن ُب َل ٍة ِّما َئ ُة َح َّب ٍة‬

‫﴾ ا َّل ِذي َن ُين ِف ُقو َن َأ ْم َوا َل ُه ْم ِفي َس ِبي ِل ال َّلـ ِه ُث َّم َلا‬٢٦١﴿ ‫َوال َّلـ ُه ُي َضا ِع ُف ِل َمن َي َشا ُء ۗ َوال َّلـ ُه َوا ِس ٌع َع ِلي ٌم‬

‫ُي ْت ِب ُعو َن َما َأن َف ُقوا َم ًّنا َوَلا َأ ًذى ۙ َّل ُه ْم َأ ْج ُر ُه ْم ِعن َد َر ِّب ِه ْم َوَلا َخ ْو ٌف َع َل ْي ِه ْم َوَلا ُه ْم َي ْح َز ُنو َن‬

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu
pengetahuan-Nya.

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak
mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit
(pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka
beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah al-Baqarah,
ayat 261-262)

Dalam ayat lain, Allah Taala berfirman:

‫ِإ َّن ٱ ْل ُم َّص ِّد ِقي َن َوٱ ْل ُم َّص ِّد َٰق ِت َو َأ ْق َر ُضو۟ا ٱل َّل َه َق ْر ًضا َح َس ًنا ُي َٰض َع ُف َل ُه ْم َو َل ُه ْم َأ ْج ٌر َك ِري ٌم‬

Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik lelaki mahupun
perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan
(pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (Surah Al-Hadid, ayat
18)
Malah, perbuatan menginfakkan sesuatu merupakan salah satu jalan untuk mencapai hakikat
kebaikan yang lebih sempurna, seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:

‫َل ۡن َت َنا ُلوا اۡل ِب َّر َح ّٰتى ُت ۡن ِف ُق ۡوا ِم َّما ُت ِح ُّب ۡو َن ؕ َو َما ُت ۡن ِف ُق ۡوا ِم ۡن َش ۡى ٍء َف ِا َّن ال ّٰل َه ِب ٖه َع ِلۡي ٌم‬

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan
sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya
Allah mengetahuinya. (Surah Al-Imran, ayat 92)

Inilah amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW iaitu sedekah. Saya sangat percaya,
orang-orang di Malaysia sangat suka bersedakah. Jika tidak, masakan masih ramai mereka yang
meminta sedekah di pintu-pintu bank. Dari dahulu hingga sekarang, mereka masih setia berada
di pintu bank untuk meminta sedekah. Mengapa mereka masih berada di sana? Kerana masih ada
orang yang memberi.

Jika tuan puan boleh menjadi agen masjid, bolehlah memaklumkan di media sosial termasuklah
di whatsApp. Setiap masjid dan surau pastinya memerlukan dana, apatah lagi ketika mana
seluruh dunia termasuklah di Malaysia ini diserang dengan wabak Covid-19. Saya yakin, apa
yang mereka beri untuk masjid melalui saluran yang kita tunjukkan, pahala maka sedekahnya
turut tempias kepada kita tanpa mengurangi pahala si penderma walau sedikit pun.

Rasulullah SAW bersabda:

‫َم ْن َد َّل َع َلى َخ ْي ٍر َف َل ُه ِم ْث ُل َأ ْج ِر َفا ِع ِل ِه‬

“Barangsiapa dapat menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti
orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Imam Muslim di dalam kitab Syarah Shahih
Muslim, Kitab Kepimpinan, Bab Keutamaan membantu mujahid di jalan Allah, hadith no. 1893.
Status hadith sahih)

Mari kita sama-sama berdoa buat mereka yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah:

“Ya Allah, lepaskanlah bala bencana dan malapetaka buat mereka yang telah menginfakkan
harta mereka ke jalan-Mu. Ya Allah, tidak adalah wang yang dikeluarkan ini, melainkan Engkau
lipat gandakan. Ya Allah, jadikanlah infaq ini sebagai pelaburan yang dapat melepaskan diri
mereka dari bebanan masalah kewangan dunianya dan akan melepaskan sesusahan diri mereka di
hari Akhirat. Amin.”

Terima kasih buat semua yang telah menginfakkan hartanya ke jalan.

PERSIAPKAN BUAT RUMAH KITA DI SYURGA

Jika rakan-rakan perasan, sewaktu Masjilid Haram sedang membuat pengubahsuaian, pihak
masjid langsung tidak menyediakan tabung untuk para jemaah menginfakkan harta mereka bagi
pengumpulan dana menyiapkan pengubahsuaian masjid yang paling suci di dunia.

Jika kita dapat beri peluang tersebut, pastilah kita mahu memberikan sesuatu buat masjid yang
bernama Masjidil Haram. Namun sayang, pihak masjid tidak membukanya kepada umum.
Alangkah merontanya hati kita kerana tidak dapat merebut peluang tersebut. Lantaran itulah ada
antara para jemaah yang menyedekahkan makanan buat burung-burung di sana. Ada juga yang
menyedekahkan kepada para pekerja yang bertugas di masjid tersebut.

Andai kita dapat menginfakkan harta kita pada rumah Allah walau hanya sebuah batu bata,
namun dengan batu itulah sebuah masjid dapat didirikan. Bata tersebut kekal di sana sampailah
tiupan sangkakala, selama itulah pahala akan terus mengalir kepada diri kita di alam kubur
kerana pahala mereka yang menginfakkan hartanya tidak akan terputus disebabkan kematian.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‫ِإ َذا َما َت ا ْل ِإ ْن َسا ُن ا ْن َق َط َع َع ْن ُه َع َم ُل ُه ِإ َّلا ِم ْن َث َلا َث ٍة ِإ َّلا ِم ْن َص َد َق ٍة َجا ِرَي ٍة َأ ْو ِع ْل ٍم ُي ْن َت َف ُع ِب ِه َأ ْو َو َل ٍد‬

‫َصا ِل ٍح َي ْد ُعو َل ُه‬

“Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali
tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu
mendoakannya.” (Hadith riwayat Imam Muslim di dalam Syarah Shahih Muslim, Kitab wasiat,
Bab amalan yang sampai kepada mayat setelah meninggal, no. hadith 1631. Status hadith sahih)

Pahala menginfakkan harta sememangnya sangat besar dan tidak akan terputus pahalanya
walaupun kita telah meninggal dunia. Pahalanya akan terus mengalir. Begitulah juga pahala bagi
mereka yang membantu membangunkan masjid Allah, pahala lebih besar lagi!

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, diceritakan bahawa Usman bin Affan mahu
membangunkan sebuah masjid, tetapi orang-orang tidak menyukainya. Mereka ingin masjid
sama seperti keadaan asalnya. Lalu beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda:

‫َم ْن َب َنى َم ْس ِج ًدا ِل َّل ِه َب َنى ال َّل ُه َل ُه ِفي ا ْل َج َّن ِة ِم ْث َل ُه‬

“Barangsiapa membangunkan masjid Allah, maka Allah akan membangunkan sepertinya di


syurga.” (Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Syarah Shahih Muslim, kitab masjid dan
tempat-tempat solat, Bab keutamaan dan anjuran membangunkan masjid, no. hadith 533. Status
hadith sahih)

Dalam menjelaskan maksud hadith ini, kebanyakan para ulama mengatakan bahawa perkataan
yang disebut secara nakirah iaitu “masjidan” bukan ”al-masjid”. Ianya membawa makna bahawa
masjid yang dimaksudkan di sini adalah meliputi semua masjid sama ada bersaiz besar atau pun
kecil. Ganjaran yang sama tetap akan diberikan dengan syarat membina masjid itu dilakukan
adalah semata-mata kerana Allah.

Al-Hafiz Ibn Hajr al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari Bi Syarh al-Bukhari menyatakan
bahawa ungkapan “fil-Jannah” dalam hadis ini adalah sebagai isyarat bahawa orang yang
membina masjid itu pasti masuk syurga. Ini kerana apabila Allah membina untuknya rumah di
syurga, sudah tentulah orang tersebut tinggal di situ. Pastinya dia tidak akan dapat tinggal di
rumah berkenaan melainkan setelah dia memasuki syurga terlebih dahulu.

Maka ungkapan fil-Jannah dalam hadis ini sebagai tanda jaminan Allah kepada orang yang
membina masjid bahawa Allah akan memasukkannya ke syurga. Begitulah besarnya pahala jika
kita dapat membina rumah Allah SWT.

MENGABDIKAN DIRI PADA SETIAP MASA

Betapa indahnya agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Allah itu Maha Indah, lalu
agama yang dibawa ini juga begitu indah. Lihatlah bagaimana dalam Surah Al-Fatihah sendiri,
terdapat satu ayat yang cukup indah dan cantik hingga menjadi perbahasan oleh para ulama.

‫ِإ َّيا َك َن ۡع ُب ُد َو ِإ َّيا َك َن ۡس َت ِعي ُن‬


Maksudnya: Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta
pertolongan. (Surah AL-Fatihah, ayat 5)

Ayat ini bermula dengan perbuatan yang dilakukan iaitu apa yang kita sembah. Ayat ini
kemudiannya disambung juga dengan satu lagi perbuatan iaitu meminta pertolongan. Apakah
yang dimaksudkan dengan meminta tolong? Kita sebenarnya hanya meminta pertolongan agar
kita dapat mengabdikan diri kepada Allah. Bermakna daripada dua perkara ini, sebenarnya kita
hanya melakukan satu perkara sahaja, iaitu meminta untuk mengabdikan diri hanya kepada-Nya.

Inilah kesedaran yang sepatutnya kita tanamkan setiap kali kita membaca Surah Al-Fatihah.
Bilakah kita mahu melaksanakan pengabdian ini? Secara praktikalnya, kita melaksanakannya
pada setiap hari, lebih tepat pada setiap kali muazzin melaungkan azan:

‫َح َّي َع َلى ال َّصل َا ِة‬

Maksudnya: Marilah menunaikan solat.

Secara umumnya, lafaz ini mengajak orang ramai untuk mendirikan solat. Namun secara
tersiratnya, ayat ini mengajak orang ramai untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid.
Kerana itulah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat tambahan lafaz
pengecualian iaitu mengajak umat Islam mendirikan solat di rumah.

Pengabdian tertinggi seorang muslim ialah mendirikan solat fardhu, dan solat yang terbaik
didirikan adalah di masjid.

Apabila kita mendengar muazzin melaungkan lafaz ini sahaja, yakni lafaz marilah menunaikan
solat secara berjemaah di masjid, lalu apa yang perlu kita jawab? Kita tidak menjawab nanti
dahulu, tengoklah nanti, sabar dahulu muazzin, atau seribu satu lagi alasan. Sebaliknya ucapan
kita adalah:
‫َلا َح ْو َل َوَلا ُق َّو َة ِإ َّلا ِبال َّل ِه‬

Maksudnya: Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Inilah apa yang kita minta, apa yang kita jawab selepas mendengar laungan azan yang
mengarahkan kita mendirikan solat secara berjemaah. Sungguh, kita tiada daya upaya melainkan
hanya apa yang diberi oleh Allah Taala. Hanya kepada-Mu kami mengabdikan diri dan hanya
kepada-Mu kami memohon pertolongan.

Secara praktiknya Allah mahu kita sedar bahawa kita tiada daya hatta untuk mengabdikan diri
kepada-Nya, melainkan Allah jualah yang memberi daya dan upaya kepada kita untuk beribadah
kepada-Nya. Tangan kita tidak mampu menghayun, kaki kita tidak mampu melangkah menuju
ke masjid sebaliknya Allah yang memberi kekuatan kepada kita untuk mengabdikan diri kepada-
Nya.

Inilah konsep istia’nah, iaitu memohon sesuatu hanya kepada Allah s.w.t sama ada melalui doa
mahupun mendirikan solat.

Imam Ghazali sendiri telah berpesan bahawa istia’nah adalah penyelamat ibadah kita. Jika kita
tidak menjaga istia’nah, rosaklah ibadah kita. Rosaknya ibadah bila mana kita semakin kuat
beribadah, namun kita tidak menyedari bahawa sesungguhnya kita mampu menunaikan ibadah
atas pertolongan Allah. Ibadah itu menjadi rosak bila mana kita beribadah tetapi tidak nampak
bahawa Allah sebenarnya yang menolong dan beri peluang kepada kita untuk beribadah.

Keadaan menjadi lebih parah jika kita bongkak tanpa sedar lalu merendah-rendahkan amal
ibadah orang lain.

Cukup benar apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali. Bayangkan jika kita sekadar kuat beribadah
tetapi tidak sedar bahawa Allah jualah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk beribadah.
Tatkala kita menunaikan solat di masjid, kita mula memperlekehkan mereka yang tidak ke
masjid. Sewaktu kita bangun bertahajud, kita merasakan diri kita lebih baik berbanding mereka
yang masih tidur. Orang lain tidak membaca Al-Quran, sebaliknya kita berbangga kerana
membaca Al-Quran..

Cuba kalau Allah menarik bantuan dan pertolongan-Nya, pasti kita juga tidak mampu untuk
beribadah kepada-Nya. Inilah perbezaan antara orang yang soleh dengan orang yang awam.
Apabila orang awam melakukan kebaikan, mereka nampak amalan baik yang mereka lakukan.
Berbeza dengan orang soleh apabila melakukan kebaikan, mereka tidak nampak kebaikan yang
mereka lakukan, sebaliknya mereka nampak pertolongan yang Allah berikan kepada mereka.
Lalu semakin banyak mereka melakukan kebaikan, mereka semakin malu dengan Allah.

Imam Ghazali turut mendatangkan beberapa rangkap syair di dalam kitabnya, Minhaj al-Abidin:

‫ال تي أسن و إن طالت مطالبة إذا استعنت بصبر أن ترى فرجا‬

‫أخلق بذي الصبر أن يحظى بحاجته ومدمن القرع ل ألبواب أن يلجا‬

Jangan berputus asa, meski pun tuntutan itu berpanjangan,


Apabila anda meminta tolong (kepada Allah swt) dengan kesabaran,
nescaya anda akan melihat kelapangan (dari kesukaran),
Alangkah patutnya yang empunya kesabaran, memperolehi apa yang dihajatkan,
Orang yang bertalu-talu mengetuk pintu, nanti dapat masuk (selepas itu)

Kalaulah saidina Umar duduk di celah-celah kita, kita akan dapati dirinya adalah seorang lelaki
yang sentiasa bergenang air matanya, bertakung pada kelopak matanya dan sentiasa mengalir air
matanya dengan tangisan yang teresak-esak. Orang ramai bertanya kepadanya ketika beliau
menjadi Amirul Mukminin, “apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Amirul
Mukminin?”
Saidina Umar yang dikenali sebagai seorang sahabat yang sangat berani dan kuat menjawab,
“aku malu kepada Allah kerana tidak mampu melakukan satu kebaikan jika Allah tidak
memberikan pertolongan-Nya kepadaku. Aku tidak layak, tetapi Allah pilih aku.”

Kalaulah perasaan ini juga berjaya dihadirkan di dalam jiwa setiap daripada kita, pastinya tiada
lagi sifat ujub dan bangga diri bila mana kita melakukan ibadah dan mengerjakan ketaatan.

Takut Dan Harap

Kita dapat melakukan ibadah hanyalah kerana Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk
beribadah. Namun, adakah amalan yang kita dirikan itu diterima oleh Allah? Benar, seharusnya
kita merasa takut andai Allah tidak menerima amalan kita. Dalam masa yang sama, kita juga
berharap agar Allah mengabulkan amalan tersebut. Dua perasaan haruslah digabungkan secara
seimbang. Hal ini sebagaimana firman Allah Taala ketika menceritakan para nabi-Nya:

‫ِإ َّن ُه ْم َكا ُنوا ُي َسا ِر ُعو َن ِفي ا ْل َخ ْي َرا ِت َو َي ْد ُعو َن َنا َر َغ ًبا َو َر َه ًبا َو َكا ُنوا َل َنا َخا ِش ِعي َن‬

“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan)


perbuatan-perbuatan yang baik  dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan
bimbang.  Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.” (Surah Al-Anbiya,
ayat 90)

Dalam ayat lain, Allah berfirman:

‫َأ َّم ْن ُه َو َقا ِن ٌت آ َنا َء ال َّل ْي ِل َسا ِج ًدا َو َقا ِئ ًما َي ْح َذ ُر ا ْل آ ِخ َر َة َو َي ْر ُجو َر ْح َم َة َر ِّب ِه‬
“(Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di
waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang dia takut kepada (azab) akhirat dan
mengharapkan rahmat Tuhan-Nya?” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Kedua-dua sifat ini iaitu takut dan harap perlulah ada dalam setiap doa dan amalan seharian
kita.

Saidina Umar sendiri pernah berkata, “manusia berdiri di Padang Mahsyar. Kalaulah tiba-tiba
datang satu seruan dan menyebut: ‘Wahai manusia yang berada di Padang Mahsyar, masuklah
semuanya ke dalam syurga melainkan hanya seorang sahaja (yang tidak masuk ke syurga).’ Aku
takut akulah orang yang tidak layak masuk ke syurga itu.

“Jika ada panggilang yang memanggil: ‘Wahai manusia, masuklah kamu semua ke dalam neraka
kecuali seorang sahaja (yang tidak masuk ke neraka). Maka sudah pasti aku berharap akulah
orangnya (yang tidak masuk ke neraka).”

Ini adalah kata-kata dari mulut salah seorang yang telah pun dijanjikan syurga iaitu saidina
Umar. Bagaimana pula dengan kita? Mungkin bila mana kita pernah sekali bangun tahajud,
mulalah kita merasakan amalan tersebut mampu membawa kita ke syurga. Atau mungkin kita
fikirkan bahawa yang masuk ke neraka itu pastilah Firaun atau Abu Lahab.

Pertajamkanlah istia’nah di dalam hati setiap daripada kita. Saat itu, kita pastinya akan sentiasa
merasa bersyukur ke atas Allah.

Inilah Islam, inilah keindahan Islam. Indahnya Islam bila mana kita mengabdikan diri kepada
Allah bukan hanya sewaktu senang, tetapi juga sewaktu susah. Bukanlah kita beribadah ketika
masa lapang, tetapi juga ketika gawat. Malah, mereka yang menjaga dirinya sewaktu wabak
menyerang manusia, maka baginya juga adalah ibadah yang dijanjikan pahala. Begitu indahnya
agama Islam.
PERBEZAAN IKHTIAR DAN TAWAKAL

Islam mengajar kepada kita dua perkara yang cukup penting iaitu ikhtiar dan tawakal. Kedua-
duanya bukanlah duduk secara bertindan, sebaliknya ianya duduk secara berasingan. Kedua-dua
perkara ini bukanlah untuk dipilih salah satunya, sama ada mahu berikhtiar sahaja ataupun mahu
bertawakal sahaja.

Berdasarkan akidah yang kita imani, tidak pernah ada khliaf antara dua perkara ini. Dalam
keadaan pandemik Covid-19 ketika ini. Ya, kita mungkin telah menjaga penjarakan sosial, kita
memakai penutup muka, malah sentiasa memakai pembersih tangan secara kerap. Adakah
dengan kita berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, lalu kita tidak perlu lagi untuk bertawakal?
Pastilah tidak!

Begitulah juga dengan mereka yang langsung tidak menjaga SOP yang ditetapkan, sekadar
bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Hal sebegini juga adalah salah dan tidak menepati syariat.
Ingatlah, apabila kita berhadapan dengan makhluk yang bernama Covid-19 ini, Islam telah
memberikan pedoman buat penganutnya

Ikhtiar dan tawakal, kedua-duanya cukup berbeza. Walaupun berbeza, namun kita perlu beramal
dengan kedua-duanya secara serentak. Ikhtiar adalah tindakan lahiriah kita. Adapun tawakal
adalah melibatkan hati kita. Kedua-duanya berada pada daerah yang berbeza, namun perlu
disekalikan pada satu masa tanpa perlu digadaikan salah satu daripadanya.

Jika kita dapat memahami konsep ini dalam ajaran agama Islam, maka orang Islam akan menjadi
orang yang akan bersungguh-sungguh ketika berikhtiar. Dalam masa yang sama, dia akan
meninggikan tawakalnya kepada Allah. Tidak akan berlakunya kontradiksi antara ikhtiar dan
tawakal.
Rasulullah s.a.w sendiri telah memakai pakaian besi sewaktu mengikuti peperangan menentang
musuh, menunjukkan bahawa baginda sendiri berikhtiar dan bertawakal. Malah baginda turun ke
gelanggang peperangan dengan memakai topi besi pada kepalanya, bukannya sekadar serban.
Rasulullah s.a.w juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

‫َاع ِق ْل َها َو َت َو َّك ْل‬

Maksudnya: “Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakal.” (Hadith riwayat Tirmizi, hadith no.
2157)

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada lelaki tersebut untuk berikhtiar terlebih dahulu sebelum
bertawakal kepada Allah. Justeru, hendaklah kita berusaha dan berikhtiar terlebih dahulu
sebelum menyerahkan sesuatu urusannya kepada Allah s.w.t.

Hakikatnya, tanpa kita sendiri sedarinya, ikhtiar yang kita lakukan saban kali itu sebenarnya
semuanya berpahala di sisi Allah s.w.t. Ditambah dengan perasaan tawakal yang kita letakkan
hanya Allah, maka ianya telah menggandakan pahala kita tanda kita sendiri mungkin sedar.
Begitulah pemurah Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.

BERAPA LAGI BAKI USIA YANG TINGGAL?

Andai umur kita pada tahun ini sudah mencecah 33 tahun, namun hakikatnya apabila dihitung
dalam kalender Hijrah, maka kita sebenarnya setahun lebih tua. Umur kita yang sebenarnya ialah
34 tahun mengikut tahun Qamariah atau kalender Hijrah. Kalender Hijrah ini lebih cepat
berbanding Kalender Masihi.
Maka, ada apa pada umur ini sebenarnya?

Allah SWT telah menetapkan usia seseorang sebelum ia dilahirkan lagi. Dengan kadar umur
hidup di dunia ini, manusia diberi kesempatan untuk mempersiapkan bekal menuju kehidupan
abadi di akhirat. Sungguh beruntung jika seseorang hamba mampu menggunakan usianya untuk
beramal kebajikan. Akan tetapi sungguh rugi dan celaka bagi seseorang jika dia tidak mampu
menggunakan nikmat waktu dalam usianya untuk beribadah.

Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wa Salam bersabda:

‫ َو َع ْن‬،‫ َع ْن ُع ُم ِر ِه ِف ْي َما َأ ْف َنا ُه‬:‫ل َا َت ُزو ُل َق َد ُم ا ْب ِن آ َد َم َي ْو َم ا ْل ِق َيا َم ِة ِم ْن ِع ْن ِد َر ِّب ِه َح َّتى ُي ْس َأ َل َع ْن َخ ْم ٍس‬

‫ َو َما َذا َع ِم َل ِف ْي َما َع ِل َم‬،‫ َو َما ِل ِه ِم ْن َأ ْي َن ا ْك َت َس َب ُه َو ِف ْي َما َأ ْن َف َق ُه‬،‫َش َبا ِب ِه ِف ْي َما َأ ْب َلا ُه‬

“Tidak akan bergeser kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabb-Nya sehingga ditanya tentang
lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia
habiskan, tentang hartanya dari mana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan, dan tentang apa
yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu),” (Hadith riwayat Imam At-Tirmizi di dalam Kitab
Sunan Tirmizi, Kitab sifat kiamat, penggugah hati dan warak, Bab hisab dan kisas, no. hadith
2340. Status hadith sahih)

Agama Islam meletakkan umur 40 tahun sebagai kemuncak kematangan bagi manusia. Pada usia
inilah kehidupan manusia normal telah merasai suasana kehidupan sebenar iaitu perkahwinan,
hidup bersama pasangan, pekerjaan serta memiliki anak dan kediaman sendiri. Umur 40 tahun
merupakan umur yang sempurna kekuatannya sama ada dari segi fizikal dan mental. Firman
Allah SWT:
ۚ ‫َو َو َّص ْي َنا ٱ ْل ِإن َٰس َن ِب َٰو ِل َد ْي ِه ِإ ْح َٰس ًنا ۖ َح َم َل ْت ُه ُأ ُّم ُهۥ ُك ْر ًها َو َو َض َع ْت ُه ُك ْر ًها ۖ َو َح ْم ُل ُهۥ َو ِف َٰص ُل ُهۥ َث َٰل ُثو َن َش ْه ًرا‬

‫َح َّت ٰٓى ِإ َذا َب َل َغ َأ ُش َّد ُهۥ َو َب َل َغ َأ ْر َب ِعي َن َس َن ًة َقا َل َر ِّب َأ ْو ِز ْع ِن ٓى َأ ْن َأ ْش ُك َر ِن ْع َم َت َك ٱ َّل ِت ٓى َأ ْن َع ْم َت َع َل َّى َو َع َل ٰى‬

‫َٰو ِل َد َّى َو َأ ْن َأ ْع َم َل َٰص ِل ًحا َت ْر َض ٰى ُه َو َأ ْص ِل ْح ِلى ِفى ُذ ِّر َّي ِت ٓى ۖ ِإ ِّنى ُت ْب ُت ِإ َل ْي َك َو ِإ ِّنى ِم َن ٱ ْل ُم ْس ِل ِمي َن‬

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat
dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun,
berdoalah dia dengan berkata:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat
keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang
Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Umur 40 tahun disebut secara khusus dalam ayat ini kerana ada kepentingan tertentu kerana pada
umur sebegini dikira sebagai masa seseorang itu sudah sempurna fizikal dan mentalnya. Allah
SWT sahaja yang tahu secara tepat, namun sebagai manusia, kita dapat merasakan bahawa
apabila umur seseorang itu sudah mencapai 40 tahun, mereka sudah mencapai umur yang cukup
matang.

Sewaktu manusia berusia 40 tahun, mereka telah bekerjaya, telah mempunyai keluarga sendiri,
ilmu juga sepatutnya sudah banyak, pengalaman hidupnya sudah lama. Maka mereka sepatutnya
sudah matang dalam hidup dan sudah tahu manakah yang baik dan tidak, manakah ajaran agama
yang benar dan tidak. Mereka sudah sepatutnya tahu bagaimana menghargai kehidupan dan
segala nikmat Allah SWT. Maka, Al-Quran menyebut kepentingan umur 40 tahun ini.

Apabila sampai umur matang 40 tahun, seseorang itu sepatutnya telah kenal Allah SWT, tetapi
ada yang masih malang kerana tidak mengenali Allah lagi, hidupnya masih terombang ambing,
tidak tahu arah tujunya. Dalam zaman moden ini, situasi ini dipanggil ‘mid life crisis’. Pada
waktu sebeginilah wang sudah mula terasa banyak dan hati ini mula meronta untuk lebih bebas
tanpa kawalan.

Usia dewasa merupakan fasa yang paling penting dalam kehidupan manusia. Pada usia 40 tahun
inilah juga Rasulullah SAW dipertanggungjawabkan menjadi seorang nabi dan rasul.

Dalam ayat ini juga diajarkan doa ketika seseorang telah mencapai usia 40 tahun:

‫َر ِّب َأ ْو ِز ْع ِن ٓى َأ ْن َأ ْش ُك َر ِن ْع َم َت َك ٱ َّل ِت ٓى َأ ْن َع ْم َت َع َل َّى َو َع َل ٰى َٰو ِل َد َّى َو َأ ْن َأ ْع َم َل َٰص ِل ًحا َت ْر َض ٰى ُه َو َأ ْص ِل ْح ِلى‬

‫ِفى ُذ ِّر َّي ِت ٓى ۖ ِإ ِّنى ُت ْب ُت ِإ َل ْي َك َو ِإ ِّنى ِم َن ٱ ْل ُم ْس ِل ِمي َن‬

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat
keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang
Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Dalam Islam, apa yang penting bukanlah manusia itu dilihat pada usianya yang panjang, tetapi
dilihat pada baiknya amalan. Tiada gunanya usia yang panjang namun buruk amalannya. Malah,
Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa manusia yang terburuk ialah manusia yang panjang
umurnya tetapi buruk amalannya.
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, seseorang bertanya: siapa orang terbaik itu?
Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam menjawab:

‫َم ْن َطا َل ُع ُم ُر ُه َو َح ُس َن َع َم ُل ُه َقا َل َف َأ ُّي ال َّنا ِس َش ٌّر َقا َل َم ْن َطا َل ُع ُم ُر ُه َو َسا َء َع َم ُل ُه‬

“Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.” Dia bertanya: Lalu siapa orang yang
terburuk itu? Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam menjawab: “Orang yang panjang
umurnya tapi buruk amalnya.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi di dalam Kitab Sunan Tirmizi,
Kitab zuhud, Bab lain-lain, no. hadith 2252. Status hadis sahih)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan baki usia kita ini dengan menjadikan kita manusia yang
baik amalannya, amin.

WAHAI JIWA YANG TENANG

Setiap manusia yang hidup pasti akan berhadapan dengan kematian. Manusia akan meninggal
dunia mengikut cara bagaimana dia hidup sepertimana yang disebut oleh Imam Ghazali. Oleh
itu, jika kita mahu mendapat kematian dalam keadaan yang tenang, maka kehidupan kita di dunia
juga perlulah mendapat ketenangan. Inilah yang didambakan bagi setiap manusia saat tiba waktu
ajalnya iaitu Allah memanggilnya dengan panggilan “Wahai jiwa yang tenang.”

Firman Allah s.w.t.:

‫َٰٓي َأ َّي ُت َها ٱل َّن ْف ُس ٱ ْل ُم ْط َم ِئ َّن ُة‬


‫ٱ ْر ِج ِع ٓى ِإ َل ٰى َر ِّب ِك َرا ِض َي ًة َّم ْر ِض َّي ًة‬

Maksudnya: Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau reda
kepada Allah dan Allah reda kepadamu. (Surah Al-Fajr, ayat 27 dan 28)

Sama ada bersedia atau tidak, kita semua akan dipanggil menghadap Ilahi apabila tiba waktunya.
Namun, inilah perkara yang didambakan bagi setiap manusia iaitu ajalnya nanti hadir dalam
keadaan jiwanya yang tenang serta Allah pula reda dengannya.

Manusia terlalu inginkan ketenangan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar
kekayaan serta kemahsyuran yang mereka sangkakan boleh memberikan ketenangan. Mereka
merasakan dengan menjadi kaya, mereka boleh membeli apa sahaja dan bebas daripada bebanan
kewangan.

Namun hakikatnya, kekayaan bukanlah kayu ukur kepada ketenangan. Cukup banyak contoh di
luar sana yang mana mereka yang diberi nikmat kekayaan, namun jiwa mereka tidak tenang.
Hidup mereka disibukkan dengan amanah pekerjaan sehingga mengabaikan keluarga sendiri.
Berapa ramai orang kaya yang mempunyai wang yang sangat banyak, namun sayangnya wang
tersebut tidak mampu membeli masa lapang yang jauh lebih berharga.

Begitu juga dengan mereka yang bukanlah tergolong daripada manusia yang kaya, malah
kehidupan mereka cukup-cukup makan sahaja. Namun kehidupan mereka cukup tenang tanpa
sebarang tekanan.

Cuba bayangkan dan bermuhasabah diri. Sekiranya saat ajal kita datang, Allah memanggil kita
dengan panggilan ‘Wahai jiwa yag tenang’. Namun, adakah jiwa kita betul-betul tenang? Adakah
sepanjang kita hidup kita di dunia ini, kita pernah merasai ketenangan yang sebenar?
Sepertimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa ‘Manusia akan mati mengikut cara
bagaimana dia hidup.’
Kita tidak mampu untuk menipu diri sendiri.

Sekiranya benar kita mahukan nafas terakhir kita nanti mendapat ketenangan, maka mulakanlah
dengan memiliki ketenangan tersebut pada masa sekarang. Setiap manusia perlu memasang niat
dan berazam untuk memulakan kehidupan baru yang penuh dengan ketenangan. ketenangan
terletak dalam ayat ke-28 di dalam Surah Al-Fajr yang bermaksud “Kembalilah kepada
Tuhanmu dalam keadaan engkau reda kepada Allah dan Allah reda kepadamu.”

Inilah anak kunci kepada ketenangan iaitu keredaan.

ANAK KUNCI KETENANGAN

Manusia dikurniakan keupayaan untuk memilih sama ada untuk menerima ataupun menolak
kesusahan atau dugaan yang datang kepada diri kita. Menerimanya bermaksud kita reda dengan
apa yang telah berlaku kepada diri kita. Menolaknya pula bermaksud kita tidak reda serta
menyalahkan pula takdir atas dugaan yang menimpa diri.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, anak kunci bagi ketenangan ialah keredaan.

Reda ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik
berupa peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Firman
Allah Taala:

‫َو َل ْو َأ َّن ُه ْم َر ُضو۟ا َم ٓا َءا َت ٰى ُه ُم ٱل َّل ُه َو َر ُسو ُل ُهۥ َو َقا ُلو۟ا َح ْس ُب َنا ٱل َّل ُه َس ُي ْؤ ِتي َنا ٱل َّل ُه ِمن َف ْض ِل ِهۦ َو َر ُسو ُل ُهۥٓ ِإ َّن ٓا ِإ َلى‬

‫ٱل َّل ِه َٰر ِغ ُبو َن‬


Maksudnya: Dan alangkah baiknya jika mereka reda dengan apa yang diberikan Allah dan
Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: “Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan
sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-
orang yang berharap kepada Allah.” (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).
(Surah At-Taubah, ayat 59)

Manusia tidak dapat lari daripada ujian. Apa yang berbeza ialah bagaimana kita menghadapi
ujian tersebut. Ada yang merasakan ujian yang dihadapinya begitu berat untuk dipikul. Ada yang
menganggap setiap ujian yang datang sebenarnya semakin menguatkan dirinya. Hakikatnya, sifat
sebeginilah yang perlu disemai dalam diri setiap manusia.

Benar, saat ujian datang, mungkin sukar bagi kita untuk menghadapinya. Namun dengan adanya
sifat reda, mereka mampu tenang menerima ujian. Anggaplah ujian sebagai satu latihan bagi
menguatkan lagi sifat reda kita kepada Allah. Latihlah diri sewaktu menghadapi ujian. Lihatlah
bagaimana seorang pemain bola sepak yang bertanding pertandingan bola sepak hanya selama 90
minit, namun pemain tersebut tidak pernah berhenti daripada membuat latihan.

Reda ini umpama buah. Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat membaiki buah, tetapi
manusia boleh membaiki akarnya. Untuk mendapatkan buah yang manis, kita tidak boleh
menyuntik gula kepadanya, namun kita perlu membajai akarnya.

Reda dalam Islam adalah akhlak. Seperti mana akhlak yang boleh dibentuk dan dilentur,
begitulah juga dengan reda. Kita perlulah kembali kepada perkara yang paling utama iaitu
mengenal Allah s.w.t. dan persoalan mengenai akhirat. Manusia pastinya boleh menerima ujian
apabila dirinya lebih mengenali Allah dan sentiasa memikirkan dunia akhiratnya ke dalam diri.
Inilah yang dikatakan sebagai latihan untuk menghadapi ujian.
DOA DI BALIK MUSIBAH

Setiap daripada manusia tidak dapat lari daripada ditimpa ujian dan dugaan. Lebih parah lagi
tatkala ujian itu datang secara berturut-turut. Bak kata pepatah Melayu, sudah jatuh ditimpa
tangga. Situasi sebegini pastinya mencabar kesabaran. Terkadang, ujian yang menimpa diri
membuatkan seseorang itu semakin menjauhkan lagi dirinya daripada Allah s.w.t.

Manusia bukan sekadar ditimpa musibah, tetapi terkadang direndam dan dihanyutkan dengan
masalah yang tidak kunjung padamnya. Namun harus diingat, Allah menjadikan doa sebagai
sebaik-baik senjata dan yang terhebat bagi menghapuskan duka. Firman Allah Taala:

‫َو َقا َل َر ُّب ُك ُم ا ْد ُعو ِني َأ ْس َت ِج ْب َل ُك ْم ۚ ِإ َّن ا َّل ِذي َن َي ْس َت ْك ِب ُرو َن َع ْن ِع َبا َد ِتي َس َي ْد ُخ ُلو َن َج َه َّن َم َدا ِخ ِري َن‬

Maksudnya: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan
masuk ke dalam Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina dina.” (Surah Al-Mukmin, ayat
60)

Terdapat banyak doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. saat kita ditimpa dengan musibah.
Doa ini dibacakan untuk melepaskan diri daripada kedukacitaan. Rasulullah SAW menekankan
kepada umatnya agar berdoa dihilangkan dukacita yang ditanggungnya dan Allah memanjangkan
kegembiraan di dalam jiwanya.

Antara doa yang boleh diamalkan sewaktu ditimpa musibah seperti mana yang diajarkan sendiri
oleh Rasulullah s.a.w. ialah doa berikut yang diriwaytkan oleh Abdullah bin Mas’ud:
‫الله َّم إني عب ُدك اب ُن عب ِدك اب ُن أ َم ِتك ناص َيتي بي ِدك ما ٍض ف َّي ُحك ُمك َع ْد ٌل ف َّي قضا ُؤك أس أ ُلك‬

‫بك ِّل اس ٍم هو لك سمي َت به نف َسك أ ْو ع َّل ْم َته أح ًدا ِم ْن خل ِقك أو أنزلته في كتا ِبك أو است أثر َت‬

‫به في عل ِم الغي ِب عن َدك أ ْن تجع َل القر آ َن ربي َع قلبي ونو َر صدري وجلا َء ُحزني وذها َب َه ِّمي‬

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba
perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil
kehakiman-Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau
namakan dengannya diri-Mu, atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah
mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib
di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku
dan penghilang kesusahanku.” )Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad
Ahamd, hadith no. 5/267. Status hadith sahih)

Inilah doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pemangkin kekuatan agar kita tidak
berputus asa dalam mengharapkan bantuan daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah berfirman:

‫ُق ْل َٰي ِع َبا ِد َى ٱ َّل ِذي َن َأ ْس َر ُفو۟ا َع َل ٰٓى َأن ُف ِس ِه ْم َلا َت ْق َن ُطو۟ا ِمن َّر ْح َم ِة ٱل َّل ِه ۚ ِإ َّن ٱل َّل َه َي ْغ ِف ُر ٱل ُّذ ُنو َب َج ِمي ًعا ۚ ِإ َّن ُهۥ‬

‫ُه َو ٱ ْل َغ ُفو ُر ٱل َّر ِحي ُم‬

Maksudnya: Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri


mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)
Masalah sebenarnya adalah ujian daripada Allah untuk mengukur sejauh manakah tahap
keimanan dn ketakwaan seseorang terhadap-Nya. Sifat manusia itu sendiri yang sering terlupa
serta lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah di saat kita diulit dengan kesenangan dan
kemewahan. Lantaran itu dengan adanya ujian, maka ia akan mengingatkan diri kita kembali
bahawa kehidupan ini mempunyai peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t.

Setiap masalah, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian daripada
Allah untuk menguji ukuran keimanan seseorang. Seperti mana seorang pelajar yang akan diuji
ilmunya di dalam peperiksaan, begitulah juga seorang mukmin yang beriman yang memerlukan
ujian sebagai kayu ukurnya. Hal ini jelas sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t.:

‫َأ َح ِس َب ال َّنا ُس َأن ُي ْت َر ُكوا َأن َي ُقو ُلوا آ َم َّنا َو ُه ْم َلا ُي ْف َت ُنو َن‬

‫َو َل َق ْد َف َت َّنا ا َّل ِذي َن ِمن َق ْب ِل ِه ْم َف َل َي ْع َل َم َّن ال َّل ُه ا َّل ِذي َن َص َد ُقوا َو َل َي ْع َل َم َّن ا ْل َكا ِذ ِبي َن‬

Maksudnya: Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat
2 – 3)

Menerusi doa ini, akan timbul rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil. Rasa
itu akan diimbangi dengan rasa bertuhan dan rasa dimiliki yang mana akan kembali kepada
pemiliknya. Secara tidak langsung, sewaktu perasaan lemah yang timbul inilah akan melahirkan
rasa kepergantungan kepada yang Maha Kuat.

Bila timbulnya rasa kurang, pengharapan kepada yang Maha Sempurna akan menguasai diri.
Tatkala tahu diri miskin dan susah, akan timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha Kaya.
Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha
Sempurna itulah yang dimaksudkan dengan rasa bertuhan. Rasa bertuhan yang tertanam inilah
yang akan menumbuhkan rasa berani, mulia dan kuat.

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para
mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka
mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa
dalam kamus hidup mereka. Kekuatan mereka turut didukung dengan senjata doa, manakala
solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:

‫َوا ْس َت ِعي ُنوا ِبال َّص ْب ِر َوال َّص َلا ِة‬

Maksudnya: “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” (Surah Al Baqarah, ayat 45)

Berdoalah dan teruskan berdoa, di samping tambahkan dengan solat dan tingkatkan lagi
kesabaran saat kita diuji dengan ujian. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang
bersabar.

PENGORBANAN ASMA’ BINTI ABU BAKAR

Mungkin kita yang sedang membaca dalam keadaan yang selesa ketika ini menyangka bahawa
kita sudah banyak berkorban dan menyumbang untuk agama. Dengan sedikitnya kita mengajar
orang tentang agama Islam, seolah-olah kita merasakan ianya sudah cukup banyak. Tetapi kalau
kita tengok bagaimana para sahabat yang bersusah payah menyebar dan mempertahankan agama
Allah bersama-sama Rasulullah s.a.w., merekalah yang selayaknya untuk kita membuat
perbandingan.
Antara sahabat yang mungkin kita pandang kecil sumbangannya namun besar pengorbanannya
ialah Asma’ binti Abu Bakar. Dalam sirah hijrah Rasulullah s.a.w. bersama saidina Abu Bakar
As-Siddiq, tubuh wanita yang lemah inilah yang memikul bekalan makanan, diikatnya di badan,
berjalan berbatu-batu jauhnya di tengah malam. Badannya terhuyung-hayang kerana terlalu
penat. Bukan sekadar penat, malahan tugasannya itu cukup berisiko kerana sekiranya beliau
ditangkap, tiada ada yang menunggunya melainkan dia mungkin akan dipancung dan dibunuh.

Tetapi Asma’ binti Abu Bakar bukan sekadar taat, malahan gembira di dalam ketaatannya. Demi
cinta dan kasihnya kepada agama, demi cinta dan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w., beliau
sanggup melakukannya. Dikatakan bagaimana sewaktu Asma’ sampai ke kaki Jabal Thur, beliau
mendongakkan kepalanya ke atas, melihat lokasi gua yang tersangat tinggi pada ketika itu.
Bagaimana seorang wanita terpaksa memikul bebanan tersebut?

Namun, Asma’ mula mengikat bekalan di pinggangnya dan kemudian mula membawa bekas
tersebut, memanjat dari satu batu ke satu batu. Saat beliau mendaki itulah, tangannya pecah
hingga mengalir darahnya, pecah sikunya dan mengalir darah, dan darah tersebut menitis ke
lututnya dan kakinya akibat daripada tajamnya batu-batu hitam dari Jabar thur tersebut.

Jangan kita bayangkan kesakitan, tetapi itulah yang berlaku kepada Asma’ dalam perjalanannya
menyampaikan bekalan kepada Rasulullah s.a.w. dan saidina Abu Bakar r.a. Dan kita dapat
mengetahui bahawa Asma’ binti Abu Bakar melakukan kesemua perkara tersebut, kesemua
pengorbanan dan kesukaran ini ketika beliau sedang sarat mgandung 9 bulan!

Cuba bayangkan bagi seorang wanita yang sarat mengandung, yang begitu susah dan payah,
tetapi masya-Allah beliau melakukannya dengan sepenuh hati dalam keadaan yang gembira. Dan
pastinya berjayanya hijrah dan berkembangnya Islam, maka setiap pahalanya akan ditempiaskan
juga kepada Asma’ binti Abu Bakar. Pastinya kebaikan yang kita lakukan pada hari ini, Allah
Yang Maha Kaya akan mengagihkannya kepada Asma’ binti Abu Bakar.
Marilah kita mendorong diri kita, apakah sumbangan yang kita beri, apakah keringat yang kita
perjuangankan, apakah buah fikiran yang kita luahkan, sebanyak mana wang yang kita infakkan,
sebelum kita bertanya, berapakah titis darah yang pernah mengalir di atas bumi ini kerana Allah,
kerana Rasul dan kerana agama? Supaya nun nanti, anak cucu kita yang jauh akan mendapat
kebaikan saat kita beradu di dalam barzakh. Ganjaran amalan akan terus mengalir buat diri kita
dengan penuh kasih sayang daripada Allah s.w.t.

BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA

Kita selalu melihat nikmat itu sebagai rezeki yang melimpah ruah. Hakikatnya, kita sering
terlepas pandang bahawa terdapat satu lagi nikmat yang cukup besar untuk kita syukuri, iaitu
ikatan ukhuwah sesama Islam. Ikatan ini cukup ampuh dan kuat sehinggakan ianya tidak akan
longgor walaupun pada hari kiamat.

Islam sendiri telah menjelaskan acuan persahabatan sesama insan. Malah, Islam menggunakan
istilah ‘persaudaraan’ yang menggambarkan perhubungan yang dibina atas asas akidah
Islamiyyah itu jauh lebih kukuh dan berkekalan. Begitu tingginya nikmat persaudaraan yang
dibina kerana Allah sehinggakan saidina Umar bin Khattab berkata:

‫ما أعطي العبد بعد ال إسلام نعمة خير ًا من أخ صالح ف إذا وجد أحدكم ود ًا من أخيه فليتمسك‬

‫به‬
Maksudnya: “Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada
kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang soleh. Apabila engkau dapati salah seorang
sahabat yang soleh, maka peganglah erat-erat.” (Quutul Qulub, 2/17)

Ukuwah persaudaraan yang dibina ini tidak sekadar terhenti di dunia sahaja, kerana setiap dari
kita akan dikumpulkan di Mahsyar nanti bersama orang-orang yang dia cintai. Rasulullah s.a.w.
bersabda:

‫ا ْل َم ْر ُء َم َع َم ْن َأ َح َّب‬

Maksudnya: “Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang dia cintai.” (Hadith riwayat
Bukhari, no. 6170; Muslim, no. 2640)

Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan betapa hebatnya hubungan persaudaraan ini


sehinggakan ada seorang yang dimasukkan ke dalam neraka, manakala sahabatnya pula
dimasukkan ke dalam syurga kerana amalnya. Oleh kerana sahabatnya ini tidak menemui
sahabatnya di syurga, dirinya meminta kepada Allah supaya dapat memasukkan sahabatnya yang
berada di neraka, agar dapat masuk ke dalam syurga. Ajaibnya, atas nama persaudaraan dan
persahabatan, Allah s.w.t. mengabulkan permintaannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda tentang syafaat antara sahabat di hari kiamat:

‫ ما منكم من أحد ب أشد مناشدة لله في‬،‫ فوالذي نفسي بيده‬،‫حتى إذا خلص المؤمنون من النار‬

‫ ربنا كانوا يصومون‬:‫ يقولون‬،‫استقصاء الحق من المؤمنين لله يوم القيامة ل إخوانهم الذين في النار‬

‫ فيخرجون‬،‫ فتحرم صورهم على النار‬،‫ أخرجوا من عرفتم‬:‫ فيقال لهم‬،‫معنا ويصلون ويحجون‬
‫ ربنا ما بقي فيها أحد‬:‫ ثم يقولون‬،‫ و إلى ركبتيه‬،‫خلقا كثيرا قد أخذت النار إلى نصف ساقيه‬

‫ فيخرجون‬،‫ ارجعوا فمن وجدتم في قلبه مثقال دينار من خير ف أخرجوه‬:‫ فيقول‬،‫ممن أمرتنا به‬

‫ ربنا لم نذر فيها أحدا ممن أمرتنا‬:‫ ثم يقولون‬،‫خلقا كثيرا‬

Maksudnya:“Setelah orang-orang mukmin itu dibebaskan dari neraka, demi Allah, Zat yang
jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah untuk
memperjuangkan hak untuk saudara-saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari
kiamat. Mereka memohon: Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang tinggal di neraka) pernah
berpuasa bersama kami, solat, dan juga haji. Lalu dijawab: “Keluarkan (dari neraka) orang-
orang yang kalian kenal.”

Hingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar oleh api neraka. Para mukminin ini pun
mengeluarkan banyak saudaranya yang telah dibakar di neraka. Ada yang dibakar sampai ke
betisnya dan ada yang sampai ke lututnya. Kemudian orang mukmin ini menyatakan kepada
Allah, “Wahai Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan dari neraka,
sudah tidak tidk ada yang berbaki.”

Maka Allah berfirman, ”Kembalilah lagi (ke neraka), keluarkanlah yang masih memiliki iman
seberat dinar.” Maka dikeluarkanlah orang mukmin dalam jumlah yang banyak sekali diseksa
di neraka. Kemudian mereka menyatakan kepada Allah, “Wahai Tuhan kami, kami tidak
meninggalkan seorang pun orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan…” (Hadith
riwayat Muslim, no. 183).

Bersahabatlah dengan seramai-ramainya manusia kerana kita tidak tahu, siapa antara kita yang
akan dimasukkan ke dalam syurga. Kita mungkin tahu siapakah diri sahabat kita di dunia, apa
jawatannya, apa pekerjaannya, apa kemahirannya. Namun tiada siapa tahu bagaimana keadaan
kita mahupun diri mereka di akhirat sana.
Mungkin orang yang kita pandang rendah di dunia ini yang bakal menjadi menjadi penghuni
syurga. Merekalah yang terlebih dahulu dapat merasai kenikmatan dan kemewahan syurga
berbanding orang lain.

Dalam masa yang sama, rebutlah peluang untuk bersahabat dan membina hubungan bersama
orang-orang yang beriman, orang-orang yang kita sendiri maklum akan kebaikannya. Kerana di
sana peluang kita untuk mendapat syafaat dari mereka jauh lebih besar. Hasan Al-Basri pernah
berkata:

‫استكثروا من ال أصدقاء المؤمنين ف إن لهم شفاعة يوم القيامة‬

Maksudnya: “Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman, kerana mereka


memiliki syafaat pada hari kiamat.” (Ma’alimut Tanzil 4/268)

Marilah kita bersahabat dengan penuh rasa ikhlas dan jujur. Mudah-mudahan kita selamat untuk
hidup di dua dunia kehidupan, yakni kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat. Amin.

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR ALLAH

Sebagai umat Islam, kita wajib menerima dan reda dengan apa sahaja yang telah ditakdirkan oleh
Allah. Menerima takdir, qada dan qadar Allah jua termasuk dalam Rukun Iman iaitu Rukun Iman
yang keenam. Takdir adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah buat diri kita semua.
Takdir ini terbahagi kepada dua, dan sebagai seorang muslim, kita perlulah menerima kedua-dua
takdir tersebut dengan dada yang lapang.
Kedua-dua takdir ini ialah takdir yang baik dan takdir yang buruk. Tidak sukar untuk kita
menerima takdir yang baik. Kita bukan sekadar berlapang dada, malah bergembira apabila
mendapat takdir yang baik. Sebaliknya kita sukar untuk menerima takdir yang buruk, apatah lagi
dapat menerimanya dengan hati yang lapang. Inilah realitinya, inilah cabarannya.

Bayangkan kita ditakdirkan menerima RM10,000, pastinya kita akan suka dan mulut kita tidak
henti-henti mengucapkan syukur alhamdulillah. Berbeza pula jika kita kita ditakdirkan
kehilangan wang sebanyak RM10,000. Pastinya sukar untuk kita menerima ketetapan takdir
tersebut. Hati kita merasa berat, jauh sekali merasa lapang dengan ketetapan takdir yang
diberikan itu.

Perkara ini menyentuh soal iman. Bukan sekadar iman, tetapi ianya adalah dasar kepada iman.
Menerima segala ketentuan takdir ini termasuklah dalam dasar atau asas kepada keimanan. Kita
reda dengan apa yang ditentukan oleh Allah, sama ada suka ada sedih. Aku reda ya Allah dengan
segala apa yang telah Engkau takdirkan buat diriku.

Namun, berapa ramai orang yang melawan dengan takdirnya? Dia tidak berdamai dengan
takdirnya sendiri. Dia tidak mahu menerima apa yang ditakdirkan Allah kepada dirinya.
Bagaimana dia mahu mendapat reda Allah sedangkan dirinya tidak dapat menerima apa yang
Allah berikan kepadanya? Orang yang sebegini cukup bahaya kerana syaitan akan menyerang
takdir kebanyakan manusia. Apabila takdir manusia telah rosak – yang mana takdir itu adalah
sebahagian daripada teras iman – boleh jadi imannya akan tergelincir. Nauzubillah.

Ingatlah, syaitan sentiasa memasang radarnya dan menyerang tepat ke arah takdir manusia
supaya kita tidak dapat menerima ketentuan yang diberi oleh Allah.

Kisah Lelaki Yang Melawan Takdir Alah


Ada satu kisah mengenai takdir. Kisah yang berlaku sekitar 30 tahun yang lalu ini melibatkan
seorang pengusaha tembakau. Dia membuat pinjaman untuk perniagaan tembakaunya sebanyak
RM30,000. Pada zaman tersebut, nilai RM30,000 adalah angka yang cukup besar. Dengan wang
tersebut, dia mengusahakan ladang tembakau.

Hasil tuaiannya yang pertama, dia telah mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dari ladang
tembakaunya. Keuntungan tersebut sudah cukup untuk dia melangsaikan pinjamannya. Namun
begitulah sifat manusia. Ketamakan menguasai diri. Ini baru keuntungan hasil tuaiannya yang
pertama. Akan ada lagi hasil tuaian yang lain, yang menurut fikirannya pasti dia akan mengaut
keuntungan yang lebih tinggi lagi.

Dengan RM30,000 itu, dia membawa dirinya ke Thailand untuk berseronok di sana. Dalam
tempoh sekitar 10 hari, dia telah menghabiskan kesemua duitnya di sana. RM30,000 habis begitu
saja. Dia pun pulang ke Malaysia.

Sewaktu menunggu tuaian yang berikutnya, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Air makin
lama makin naik sehingga menenggelamkan pokok tembakaunya. Melihat keadaan tersebut, dia
semakin risau dan bimbang. Dia sangat maklum bahawa pokok tembakau sangat sensitif
terhadap air. Jika ada takungan air walaupun sedikit di pokok tembakau, pokok itu boleh layu
dan mati.

Dengan rasa bimbang, dia bergegas pergi ke ladangnya dengan membawa timba lalu menimba
air yang bertakung di ladangnya. Seperti orang yang hilang pertimbangan, dia terus menimbang
air dalam keadaan hujang lebat yang masih berterusan. Berulang alik dia menimbang dan
membuang air yang bertakung di ladangnya. Walaupun ditegah oleh isterinya, dia tetap berkeras
untuk melakukannya.

Akhirnya, dia tidak mampu melawan hujan yang tetap turun dengan lebatnya. Di hadapan
matanya sendiri, pohon-pohon tembakaunya terkulai layu. Dia pergi ke arah setiap pokok, dia
betulkan mana yang boleh diselamatkan, dia tegakkan pokok mana yang boleh ditegakkan. Pada
masa itulah, mulut jahatnya mula bertempik, “jahatnya Engkau Tuhan!” Dia terus memaki
hamun Tuhannya sendiri.

Apabila semakin banyak pokok tembakaunya jatuh terkulai layu, dia berlari menuju ke stor lalu
mengambil parang. Kemudian dia kembali lalu berdiri betul-betul di tengah-tengah ladangnya
sambil berteriak dengan sangat kuat, “Tuhan, kalau kamu berani sangat, Kau turun dekat sini!
Aku nak tetak Engkau!” Dia bertempik sambil mengangkat parangnya ke atas. Amarahnya
begitu tebal sekali.

Sedang dia menjerit dan memaki hamun tuhan, tiba-tiba datang satu panahan petir. Panahan petir
tersebut tepat meruntun tubuh badannya, membuatkan tubuhnya terus tersungkur ke dalam air.
Kesan panahan petir tersebut, dia telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam
keadaan mulutnya sedang memaki hamun Tuhan.

Begitulah pengakhiran kisah seorang lelaki yang tidak dapat menerima takdir hidupnya. Ingatlah,
jika benar kita mahu mendapat keredaan Allah, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah
kita perlulah menerima ketentuan yang Allah beri ke atas diri kita, sama ada takdir yang baik
mahupun takdir yang buruk.

Saat kita dibebankan dengan takdir yang buruk, berdoalah kepada Allah. Luahkan perasaan
kepada Allah. Cubalah mencari di mana hikmah yang Allah cuba beri kepada kita. Sedarkan
kepada diri bahawa kita hanyalah hamba-Nya yang lebih. Terimalah takdir tersebut sebagai
ketetapan dalam hidup. Berdamailah dengan takdir yang Allah berikan kepada kita.

Selagi mana kita tidak berdamai dengan takdir, selagi itulah syaitan akan terus menyelinap dan
menggonggong belakang leher kita sehinggalah kita akan tunduk dan menjadi seperti kisah lelaki
tadi. Syaitan mahu kita mati dalam keadaan kafir kepada Allah. Itulah matlamat utama syaitan,
itulah perjuangan syaitan yang tidak pernah terhenti sehinggalah manusia itu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
KUNCI SYURGA ADA PADANYA

Membesarkan anak yang merupakan seorang kelainan upaya sememang satu cabaran yang cukup
getir bagi pasangan suami isteri. Begitulah yang dialami oleh ibu yang merupakan seorang
doktor ini. Dalam meniti usia perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak. Salah seorang
anaknya menghidap penyakit autisme yang kronik. Tahap kroniknya sehinggakan anaknya tidak
mampu untuk menguruskan dirinya sendiri.

Walaupun begitu, doktor ini dapat melayan anaknya dengan baik dan penuh kasih sayang.
Menurutnya, kehidupannya tidaklah sama seperti sekarang. Oleh kerana dia merupakan seorang
doktor, dia mempunyai prinsip hidup yang sangat jelas. Prinsipnya, apabila dia mahukan sesuatu,
dia akan rancang, dia akan berusaha dan dia akan dapat. Itulah prinsipnya yang dipegang sejak
dahulu lagi.

Semenjak dia masih belajar lagi, dia telah meletakkan sasarannya untuk menjadi seorang doktor,
lalu dia merancang dan berusaha sehinggalah dia berjaya menjadi seorang doktor. Apabila sudah
bekerja, dia merancang untuk berkahwin pula dengan seorang lelaki yang bekerjaya dan baik
rupa parasnya. Apabila dia bertemu dengan seorang juruterbang yang baik rupa parasnya, dia
merancang dan berusaha untuk menjadikan lelaki tersebut sebagai suaminya, sehinggalah
mereka berdua berkahwin.

Pasangan yang sama cantik, sama padan, bagai cincin dengan permata. Pasangan ini hidup
bahagia sehinggalah mereka dikurniakan cahaya mata yang sangat comel. Tidak hairanlah kerana
ibu dan bapanya juga sangat cantik dan kacak.

Mereka menatang bayi ini bagai minyak yang penuh. Memasuki usia tiga tahun, barulah mereka
sedar akan sesuatu yang berbeza telah menimpa anak mereka. Apabila dirujuk kepada doktor
pakar, barulah mereka tahu bahawa anak mereka sebenarnya mempunyai autisme yang kronik.
Ketika mengetahui akan penyakit anak kesayangannya, jiwa si ibu sukar untuk menerimanya.
Berita tersebut cukup menekan dirinya hinggakan dia murung dan sentiasa sedih. Saat itu,
hidupnya seakan musnah, apatah lagi melihat keadaan anaknya yang amat sukar untuk dikawal.
Dia lebih sukar melontarkan amarahnya, dan anaknya yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Lantaran tidak lahan menanggung beban, dia nekad berhenti kerja. Keadaan anaknya
membuatkan kehidupannya dipalit dengan tekanan yang amat dasyat, sampaikan apabila ditanya
tentang anaknya, dia akan menjawab yang dia tidak mempunyai anak. Dengan duit simpanannya,
dia membina sebuah rumah kecil di belakang rumah besarnya lalu meletakkan anaknya di sana.
Dia mengupah seorang bagi menjaga kebajikan anaknya.

Bermula dari hari tersebut, dia tidak pernah lagi melihat anaknya.

Tidak mahu lagi memiliki anak yang seperti itu, dia dan pasangannya telah terbang ke Amerika
Syarikat untuk mendapatkan rawatan. Mereka mahu anak yang bakal dilahirkan nanti tidak lagi
mempunyai penyakit yang sama seperti anak pertama. Setelah yakin dengan rawatan yang
diberikan, mereka mula merancang untuk mendapatkan anak kedua yang lebih normal dan sihat
tubuh badannya.

Tidak menunggu lama, si isteri akhirnya mengandung dan melahirkan seorang bayi yang cukup
sifatnya. Pasangan ini cukup gembira, apatah lagi yakin bahawa anak ini akan membesar sama
seperti bayi-bayi yang lain.

Namun, apa yang mereka harapkan tidak menjadi kenyataan. Lebih parah, anak kedua ini
ditimpa penyakit autisme yang lebih kronik berbanding anak mereka yang pertama. Saat itu,
prinsip kehidupannya telah musnah sama sekali. Apa yang dirancang dan diusahakan langsung
tidak berhasil. Sebagai seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan, dia sangat kecewa
dengan keadaan anaknya.
Kini, kedua-dua anaknya tinggal di rumah belakang, dijaga oleh pengasuh tanpa dihiraukan oleh
dirinya.

Dia sedih, amat sedih. Hari-harinya dilalui dengan rasa kemurungan dan tangisan hiba. Dia
cukup marah dan kecewa. Tanpa sedar, dia menyalahkan Tuhan kerana mengurniakan anak yang
sedemikian rupa. Dalam keadaan yang murung, dia sangat tertekan sehingga berkali-kali dia
menyalahkan takdir, menyalahkan Tuhan.

Titik Perubahan

Suatu hari, dia terdengar satu kuliah di salah sebuah masjid. Dia tidak masuk ke dalam,
sebaliknya pada ketika itu dia baru sahaja keluar dari tandas dan sedang duduk untuk memakai
kasutnya. Tika itu, penceramah sedang berkata:

“Allah tidak akan tanya kamu apa yang kamu mahu dan apa yang tidak menjadi milik kamu.
Allah hanya tanya apa yang kamu dapat dan apa yang Allah beri kepada kamu?”

Ya, Allah tidak bertanya apa yang kita mahu. Kita mahu rumah yang besar, namun Allah tidak
memberinya kepada diri kita. Allah hanya bertanya tentang rumah yang kita ada sekarang. Allah
tidak bertanya kereta impian yang masih belum menjadi milik kita, sebaliknya Allah bertanya
tentang keadaan kereta yang sedang kita gunakan sekarang.

Ucapan yang kedengaran biasa, namun bagi dirinya, ucapan tersebut membuatkan dirinya
menjadi seram sejuk. Tiba-tiba dia merasa serba salah dan ketakutan yang amat sangat.
Bagaimana nanti sewaktu dia berdiri kedua-dua kakinya di hadapan Tuhan, apa yang ingin
dijawab kepada Allah tentang dua orang anaknya yang telah dikurniakan Allah kepada dirinya?

Dia terus masuk ke dalam kereta, memandu keretanya seketika sebelum memberhentikan
keretanya di sisi jalan. Dalam penuh penyesalan, dia menangis semahunya sebelum terus pulang
ke rumah. Sesudah memarkir di garaj, dia terus berlari menuju ke belakang rumah. Dia
membuka pintu rumah belakangnya.

Saat pintu dibuka, kedua-dua anaknya terkejut melihat dirinya. Lantaran sudah terlalu lama tidak
menjenguk mereka, kedua-dua anaknya langsung tidak mengenali ibu kandung mereka sendiri.
Kedua-dua anaknya juga sudah semakin membesar.

Tanpa menghiraukan kehairananya pada kedua-dua wajah anaknya, si ibu terus meluru dan
memeluk erat kedua-duanya sambil berkata, “ya Allah, syurga itu di sana. Tetapi inilah anak
kunci syurgaku. Kalau kunci ini selalu aku patahkan, bagaimana aku mahu masuk ke syurga di
sana?” Dia berkata sambil terus memeluk erat anak-anak syurganya. Terlalu lama, tersangat lama
dia tidak menjenguk anaknya sendiri, apatah lagi memeluk mereka berdua.

Dengan kudratnya yang ada, dia merangkul kedua-dua anaknya. Dia masukkan semula anak-
anaknya ke dalam rumahnya yang asal, dimandikan mereka dengan penuh kasih sayang. Saat itu,
barulah anak-anaknya belajar untuk memanggil nama ‘mama’. Barulah dia mula merasakan
menjadi ibu yang sebenar, ibu yang memiliki dua anak yang cukup istimewa. Dia tidak malu lagi
untuk mengakui keadaan anak-anaknya kepada orang ramai.

Saat itu, dia mula sedar bahawa semakin besar rasa sakit yang perlu ditanggung, maka semakin
besarlah juga nilai reda Allah buat dirinya.

Buat para isteri, ketahuilah bahawa suami anda adalah anak kunci syurga yang patut anda
peliharanya dengan baik. Samalah juga dengan para suami yang mana anak kunci mereka ada
pada si isteri. Begitulah juga dengan anak-anak kita. Merekalah anak-anak kunci kita untuk
masuk ke syurga nanti. Kesemua tanggungjawab kita, itulah anak kunci yang mana jika kita
patahkan, bagaimana mungkin kita dapat masuk ke dalam syurga?

Apa yang perlu kita perbetulkan sekarang ialah niat kita. Jika kita memasak untuk suami,
janganlah sekadar diniatkan untuk suami, tetapi niatlah kerana Allah Taala. Samalah juga
sewaktu kita membesarkan anak-anak. Mungkin anak-anak kita sukar dikawal, apatah lagi yang
diuji dengan penyakit. Niatkan satu perkara sahaja, ‘aku membesar dan menjaga anak ini kerana
Allah Taala.’

Ingatlah juga satu peringatan ini.Sesungguhnya Allah s.w.t. menyebut berulang-ulang kali akan
peringatan ini, iaitu kita sebenarnya melakukan sesuatu yang terbaik bukanlah untuk orang lain,
sebaliknya untuk diri sendiri. Apa jua kebaikan yang kita lakukan adalah untuk diri sendiri jua,
dan apa jua kejahatan yang kita lakukan, ianya terpalit kepada diri sendiri, seperti yang disebut
dalam firman Allah:

‫ِا ۡن َا ۡح َسۡن ُت ۡم َا ۡح َسۡن ُت ۡم ِل َا ۡن ُف ِس ُك ۡمۖ‌ َو ِا ۡن َا َس ۡا ُت ۡم َف َل َها‬

Maksudnya: Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika
kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. (Surah Al-Isra’, ayat 7)

PERMATA YANG HILANG

Siapa yang tidak sayang kepada kedua ibu bapanya? Setiap anak pastinya akan menyayangi dan
mengasihani kedua ibu bapanya. Namun, saya pernah bertemu dengan seorang anak terlalu
bencinya ibu bapanya. Dia terlalu bencikan ibu bapanya sehinggakan dia berkata, “jangan sebut
nama mak, jangan sebut nama ayah. Saya benci kedua-duanya.”

Sedangkan sewaktu saya bertemu dengan kedua ibu bapanya, mereka berdua sangat menyayangi
anaknya kerana itulah satu-satunya anak mereka. Dia adalah anak tunggal mereka. Lalu, apa
yang membuatkan si anak terlalu membenci ibu bapanya sendiri? Rupa-rupanya, ibu dan
ayahnya langsung tiada masa untuk bersama anak tunggal mereka. Masing-masing terlalu sibuk
dengan kerjaya hingga meminggirkan anaknya sendiri, membuatkan si anak tidak merasakan
bahawa kedua ibu bapanya menyayangi dirinya.

Dalam contoh yang lain, pada satu pertandingan sukan, seorang anak yang berumur lingkungan
tujuh tahun masuk dalam pertandingan lumba lari. Saat pengadil menjerit, “ke garisan, sedia,
mula!” Lalu berlarilah kanak-kanak ini ke garisan penamat. Mereka semuanya berlari tercungap-
cungap menuju ke garisan penamat. Dalam keadaan yang bersusah payah, akhirnya si anak ini
sampai jua ke garisan penamat..

Apabila sampai sahaja ke garisan penamat, matanya terus melilau mencari-cari mak dan ayahnya
di celah-celah penonton yang bertepuk tangan. Ada guru-guru, ada kawan-kawannya. Namun
matanya hanya mencari susuk tubuh emak dan ayahnya sahaja. Seolah-olah dia mahu
menunjukkan kepada dunia bahawa, “mak, inilah anak mak.” Tetapi, emaknya terlalu sibuk.
Ayahnya terlalu sibuk. Mereka berdua tiada pada masa itu. Bagaimana agaknya perasaan si
anak?

Kembali ke kisah anak yang sangat membenci ibu dan ayahnya sendiri.

Anak ini menghadapi masalah disiplin. Masalah yang dibuatnya terlalu besar sehingga menjadi
kes polis. Hinggalah saya bertemu dengannya. Apabila dikorek apa punca masalahnya, rupa-
rupanya ibu dan ayahnya mempunyai harapan yang terlalu tinggi kepada dirinya hinggakan dia
tidak mampu mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.

Ibu dan ayahnya cukup marah kerana anak mereka tidak mencapai apa yang telah mereka
harapkan. Selepas marah kedua ibu bapanya reda, dia membawa surat yang tertulis dia mewakili
sekolah dalam acara lumba lari 4 x 100 meter. Dia mungkin tidak berjaya dalam akademik, tetapi
dia mahu menunjukkan kepada ibu dan ayahnya bahawa dia juga boleh berjaya dalam sukan
olahraga.

Dengan rasa bangga, dia menunjukkan surat tersebut tersebut kepada ayahnya pada waktu
malam. Ayahnya ketika itu sedang membaca surat khabar. “Ayah, ini ada surat dari sekolah.
Sekolah minta ayah tolong tandatangan.” Mintanya sambil menunjukkan surat tersebut kepada
ayahnya.

Rupa-rupanya, amarah ayahnya masih belum reda. Ayahnya hanya mengambil surat tersebut lalu
diletakkan di tepi. Ayahnya tidak mahu menandatangan kerana kecewa anaknya gagal mencapai
harapan yang diletakkan olehnya dalam akademik. Namun, anaknya masih tetap berdiri di
sebelah ayahnya. Sambil mengharap, dia berkata lagi, “ayah, ayah kena tandatangan surat tu.”

Dengan emosi yang membara, si ayah meletakkan surat khabar yang dibacanya kemudian
membaca surat tersebut. Dia membaca surat tersebut yang turut tertulis jemputan ibu bapa untuk
turut serta dalam acara tersebut. Ayahnya melihat surat tersebut sebelum menoleh memandang
wajah anaknya. Si ayah berkata, “kamu tahu tak, inilah benda yang menyebabkan kamu jadi
bodoh!”

Dengan penuh rasa terkejut, si anak yang menyangka bahawa surat tersebut mampu
menghadirkan rasa bangga ayahnya buat dirinya, rupa-rupanya sanggup berkata sedemikian. Di
hadapan mata anaknya sendirinya, si ayah mengkoyakkan surat tersebut dan mencampakkannya
ke lantai. Dengan hati yang pilu, si anak tunduk mengutip semua cebisan surat tersebut lalu
berjalan masuk ke dalam bilik. Dia menangis seorang diri sambil menyalahkan diri sendiri.
“Saya anak yang tak berguna!”

Sepanjang malam dia menangis.

Pada hari kejadian, sewaktu dia mewakili sekolahnya dalam acara lari berganti-ganti, dia berlari
dengan penuh bersungguh-sungguh hingga akhirnya dia memenangi perlumbaan tersebut.
Apabila tiba sahaja di garisan penamat, orang ramai bersorak kepadanya, namun matanya masih
mengharap agar ayah dan ibunya ada di sana. Namun hampa, ibu dan ayahnya tiada di sana.

Bagaimana agaknya perasaan anak tersebut? Anak yang merasakan dirinya adalah anak yang
tidak berguna.
Di sini, saya ingin gambarkan kisah ini dengan apa yang diungkapkan oleh Steven Covey.
Katanya, kita mengejar kejayaan hingga kejayaan itu datang kepada kita, tetapi dalam perjalanan
menuju kejayaan, kita melukakan ayah kita, melukakan ibu kita, melupakan anak-anak kita,
melukakan semuanya, hingga pada akhirnya nanti kita hanya hidup keseorangan sahaja.

Apa gunanya kejayaan jika kita meraikannya secara berseorangan? Buat ibu bapa, hargailah
anak-anak. Merekalah permata kita di dunia, pembantu kita di akhirat. Mudah-mudahan Allah
memasukkan kita di syurga bersama seluruh ahli keluarga kita, amin.

PERGI BUAT SEMENTARA

Cuba kita lihat pada kad pengenalan mahupun pada mana-mana borang, pastinya maklumat
berkaitan tarikha lahir akan ada. Tarikh lahir itu ditulis, tetapi kenapa tidak ditulis tarikh
kematian? Sepatutnya apabila ada tarikh lahir, mestilah ada juga tarikh mati. Sedangkan kita juga
tahu dalam hadith Rasulullah s.a.w, daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:
‫ ُث َّم َي ُكو ُن‬،‫ ُث َّم َي ُكو ُن ِفي َذ ِل َك َع َل َق ًة ِم ْث َل َذ ِل َك‬،‫ِإ َّن َأ َح َد ُك ْم ُي ْج َم ُع َخ ْل ُق ُه ِفي َب ْط ِن ُأ ِّم ِه َأ ْر َب ِعي َن َي ْو ًما‬

‫ ِب َك ْت ِب‬:‫ َو ُي ْؤ َم ُر ِب َأ ْر َب ِع َك ِل َما ٍت‬،‫ ُث َّم ُي ْر َس ُل ا ْل َم َل ُك َف َي ْن ُف ُخ ِفيــــــ ِه ال ُّرو َح‬،‫ِفي َذ ِل َك ُم ْض َغ ًة ِم ْث َل َذ ِل َك‬

‫ َو َش ِق ٌّي َأ ْو َس ِعي ٌد‬،‫ َو َع َم ِل ِه‬،‫ َو َأ َج ِل ِه‬،‫ِر ْز ِق ِه‬

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam


keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama
empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian
diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk
menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama
ada derita atau bahagia.” (hadith riwayat Bukhari, hadith no. 2643)

Hadis ini menyebut secara jelas empat perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada
manusia semenjak di alam rahim lagi. Empat ketetapan tersebut ialah rezeki, ajal, amalan dan
kesudahan hidupnya. Keempat-empat perkara ini tidak akan berubah dan akan kekal berlaku
seperti yang telah ditakdirkan.

Sebelum kita dilahirkan lagi, Allah Taala telah menetapkan tarikh kematian buat diri kita. Benar,
pada kad pengenalan kita ada tarikh lahir kita. Tetapi ada satu lagi tarikh yang sebenarnya telah
ditetapkan lebih awal, namun tidak diletakkan pada kad pengenalan kita iaitu tarikh kematian.

Hikmat kita tidak mengetahui tarikh kematian kita cukup besar. Kalaulah kita semua tahu tarikh
kematian masing-masing, adakah kita masih mampu meneruskan kelangsungan hidup seperti
biasa? Mampukah kita menjamah makanan seperti tiada apa-apa? Kehidupan penuh dengan
ketakutan, hanya menghitung hari yang semakin dekat dengan kematian.

Dalam kita menceritakan tajuk pergi buat sementara, kita sebenarnya perlu memikirkan
bagaimanakah caranya untuk berdamai dengan takdir?
Pada saat kita mendengar berita kehilangan seorang insan yang sangat kita sayangi telah
dijemput oleh Ilahi, maka adakah kita boleh menerima takdir tersebut dengan tenang hati?
Ketahuilah, pada detik manusia membuka pintu hatinya, tertutup pula pintu akalnya, maka pada
saat tersebut kadang-kadang terkeluar dari mulut mereka yang menyalahkan takdir. Lebih parah,
ada kalangan mereka yang memarahi Allah.

Ada sebuah kisah yang dikongsikan kepada saya. Katanya, dia bernasib baik kerana tidak
meninggal dalam tempoh tiga tahun. Apabila saya tanyakan mengapa, jawapannya pada tiga
tahun yang lepas, suaminya meninggal dunia. Dalam sepanjang tempoh tiga tahun selepas
kematian suaminya, dirinya tidak pernah reda dengan ketentuan Allah.

Hampir setiap malam saya bertanya kepada Allah, mengapa Engkau mengambil suami saya?
Sedangkan dia seorang ahli masjid.

Dalam keadaan tidak dapat menerima takdir kematian suaminya, dia tetap menunaikan solat
kerana dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dalam tempoh tiga tahun, dia tetap
berpuasa pada bulan Ramadan. Tetapi dalam tempoh tersebut, hatinya sentiasa bertanya kepada
Allah, di mana keadilan Engkau wahai Allah. Di mana baiknya Engkau wahai Allah. Kalau
Engkau Maha Pemurah, maka mengapa Engkau mengambil suamiku?

Realitinya, semua manusia tetap akan diambil semula oleh Allah, sama ada cepat atau lambat.
Itulah hakikat dan realitinya, namun belum tentu kita dapat menerima realiti tersebut. Belum
tentu kita dapat membuka pintu hati. Andai pintu hati tertutup, pintu akal juga akan tertutup
rapat. Kesemuanya akan tertutup.

Hinggalah pada akhirnya dia terdengar satu kuliah. Si penceramah menyatakan sesuatu yang
seakan menyucuk tepat ke hatinya. Saat itu, dia menangis semahunya. Dia bukan menangis
kerana mengingatkan akan kematian suaminya, tetapi kerana mengenangkan keterlanjurannya
saat bersangka buruk kepada Allah. Saya menangis kerana tidak memahami takdir Allah.
Cuba bayangkan jika benar wanita ini mati dalam tempoh tiga tahun tersebut, dia mati dalam
keadaan tidak reda dengan ketentuan Allah, lalu bagaimana dia mahu berhadapan dengan Allah
pada Hari Kiamat nanti? Firman Allah s.w.t:

‫َٰٓي َأ َّي ُت َها ٱل َّن ْف ُس ٱ ْل ُم ْط َم ِئ َّن ُة‬

‫ٱ ْر ِج ِع ٓى ِإ َل ٰى َر ِّب ِك َرا ِض َي ًة َّم ْر ِض َّي ًة‬

Maksudnya: “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan engkau
reda (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi tuhan-Mu).” (Surah Al-Fajr,
ayat 27)

Perginya seseorang di dunia ini hanyalah sementara, sebelum dirinya akan dibangkitkan kembali
dan tinggal di alam yang mana kita akan hidup selama-lamanya. Dunia hanyalah tempat
persinggahan sebelum kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kita reda lagi meredai, insya-
Allah. Amin.

MATI, BERSEDIAKAH KITA?

“Mengapa aku perlu bersedia untuk mati?”

Mungkin kita akan bertanya kembali soalan ini seandainya kita ditanya soalan tersebut. Lihatlah,
berapa ramai orang yang tidak bersedia untuk bersedia kepada kematian? Berapa ramai orang
yang tidak suka memikirkan tentang kematian? Walaupun Nabi s.a.w. menyebutkan gambaran
yang begitu banyak bahawa mengingati kematian adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi
kelaziman di dalam perbincangan.

‫اعظًا‬ ِ ‫َكفَى بِ ْال َم ْو‬


ِ ‫ت َو‬

Maksudnya: “Cukuplah kematian sebagai nasihat.”

Dalam perkataan yang sering didengari, dalam khutbah, dalam bicara, dalam diskusi, cukuplah
kematian itu sebagai pengingat kepada setiap manusia. Tetapi kita sedar dan dapat melihatnya
sendiri bahawa tidak ramai orang yang suka bercerita tentang kematian.

Maka marilah sebentar kita cuba untuk berfikir, mengapa kita perlu berfikir untuk berhadapan
dengan kematian. Kenapa? Mengapa? Ada sebuah syair. Marilah kita sama-sama hayati bait-bait
dari syair ini. Mungkin pada syair ini ada jawapannya:

ً ‫ولدتك أمك يا ابن آدم باكيا‬


ً‫والناس حولك يضحكون سرورا‬
‫ بكوا‬d‫فاعمل لنفسك أن تكون إذا‬
ً‫في يوم موتك ضاحكا ً مسرورا‬

Telah dilahirkan engkau wahai anak Adam oleh ibumu dalam keadaan menangis,
Sedangkan manusia disekeliling kamu tertawa bahagia" (atas kelahiran mu)
Beramalah untuk dirimu,
Agar pada ketika orang menangis disaat kematian mu, kamu tertawa bahagia (bertemu tuhan-
Mu)

Dahulu, sewaktu kita dilahirkan - mungkin 20 tahun yang lalu, mungkin 40 atau 60 tahun yang
lalu – pada hari kelahiran tersebut, kita menangis semahu-mahunya. Sedangkan wajah ibu kita,
wajah ayah kita serta wajah orang di sekeliling kita, mereka semuanya bergembira pada hari
tersebut.

Saat ini, cuba kita diam seketika. Renungilah diri. Fikirkan, suatu hari nanti akan berlakunya
pula keadaan di mana orang di sekeliling kita akan menangis teresak-esak. Mungkin isteri
menangis, mungkin suami menangis, mungkin anak-anak menangis, mungkin ramai lagi orang
yang menangis bila mana kita akan berpisah dengan dunia. Sedangkan kita pada ketika itu
sedang tertawa, tersenyum dan gembira pada hari kematian kita.

Rupa-rupanya, bila kita berbincang bersama pada saat ini, kita mendapati bahawa ada orang
yang menghadapi kematian dengan raut wajah yang gundah gulana, ada juga menghadapi
kematian dengan raut wajah yang ketawa dan gembira. Lalu, mana satu pilihan kita? Mana satu
yang kita mahu pohon? Tentulah pada keadaan yang mana kita sedang ketawa dan gembira.

Maka, mengapa kita perlu bersedia untuk mati?

Pertama, kerana kematian itu pasti. Sejauh mana kepastiannya? Sejauh lahirnya kita. Bersama
lahirnya kita di dunia, ketika itulah juga sudah tarikh kematian kita. Jangan pernah lupa akan
perkara ini. Jangan pernah kita lupa, sewaktu kita dilahirkan di atas muka bumi, kita bukan
sekadar lahir bersama tangisan ataupun kegembiraan orang di sekeliling, sebaliknya kita juga
lahir bersama tarikh kematian diri kita.

Kedua, kematian itu bukan sekadar pasti, malah ianya datang tanpa sebarang alasan. Mungkin
kita baru pulang dari menjalani pemeriksaan kesihatan. Kita pulang dalam keadaan yang lapang
dan gembira kerana doktor memaklumkan kepadanya bahawa kondisi tubuhnya dalam keadaan
yang baik. Namun, kita semua juga pasti tahu. Berapa ramai orang yang doktor sahkam keadaan
kesihatannya baik, tetapi entah bagaimana dia boleh meninggal dunia.

Berapa ramai mereka di luar sana tidur dalam keadaan yang sihat dan ceria. Mereka mampu
bergelak ketawa di malam hari bagai tiada apa-apa yang terjadi. Namun saat isteri
mengejutkannya pada keesokan harinya, tubuh suaminya telah kaku tidak bernyawa, nadinya
telah berhenti.

Kematian itu juga hadir tanpa sebarang isyarat. Ianya boleh datang pada bila-bila masa kerana
sarat pertama bagi kematian itu sendiri adalah seseorang itu perlulah hidup terlebih dahulu. Oleh
kerana dia hidup, janganlah pernah menyangkal bahawa mati itu akan datang bila-bila masa
sahaja.

Kadang kala, kita merasa hairan saat mendengar perkhabaran rakan kita meninggal dunia secara
tiba-tiba. Kehairanan itu timbul kerana mengetahui bahawa rakan kita itu tidak mengalami
sebarang penyakit. Lalu kita memikirkan apakah sebab kepada kematiannya. Sebenarnya sebab
bagi kematiannya adalah kerana dia hidup. Firman Allah s.w.t:

ِ ‫س َذاِئقَةُ ْال َم ْو‬


‫ت‬ ٍ ‫ُكلُّ نَ ْف‬

Maksudnya: “Setiap yang bernyawa akan merasai mati.” (Surah Ali Imran, ayat 185)

Situasi sebeginilah yang biasa kita bacakan di dalam syair:

‫تعيش الى الفجر‬


ُ ‫اذا جن ليل هل‬ *** ‫تزود من التقوى فانك ال تدري‬
‫وقد قبضت ارواحهم ليلة القدر‬ *** ‫فكم من عروس زينوها لزوجها‬
9‫ القــبر‬9‫ ظلمـــة‬9‫وقد أدخلت أرواحـــهم‬ *** ‫مرهم‬
ِ ‫طول ُع‬
ُ ‫وكم من صغار ُيرتجى‬
‫وكم من سقيم عاش حينا من الدهر‬ *** ‫وكم من صحيح مات من غير علة‬
‫وقد نسجت اكفانه وهو ال يدري‬ *** ‫وكم من فتى امسى واصبح ضاحكا‬
‫وعند المساء قد كان من ساكن القبر‬ *** ‫ساكن عند الصباح بقصره‬
ٍ ‫وكم‬
‫أمان من األهوال في موقف الحشر‬ *** ‫فداوم على تقوى االله فانها‬
‫اذا جن ليل هل تعيش الى الفجر‬ *** ‫تزود من التقوى فانك ال تدري‬

Tingkatkan ketakwaan anda, kerana anda tidak tahu bila malam menjelang,
adakah anda akan hidup sehingga subuh?
Berapa ramai pengantin yang telah mereka hiasi untuk suaminya,
dan jiwa mereka diambil pada Malam Kekuatan?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan untuk umur panjang,


dan jiwa mereka telah memasuki kegelapan kubur

Dan berapa banyak orang yang sihat mati tanpa sebarang alasan,
dan berapa banyak orang sakit yang hidup untuk jangka waktu tertentu

Dan berapa banyak pemuda keluar dan berketawa berdekah-dekah,


dan kafannya sedang ditenun sedangkan dia tidak tahu

Berapa banyak penghuni pada waktu paginya dia berada di rumahnya,


dan pada waktu petang dia adalah salah seorang penghuni kubur?

Oleh itu, teruskan berada dalam ketakwaan Tuhan,


kerana itulah pelindung daripada kengerian di Padang Mahsyar

Bekalkanlah diri anda dengan ketakwaan, kerana anda tidak tahu,


sekiranya malam melabuhkan tirainya, adakah anda akan hidup hingga subuh?

Syair ini benar-benar mengingatkan diri kita bahawa mati itu sememangnya datang tanpa perlu
menunggu sebarang alasan. Maka marilah kita berbekalkan keimanan di dalam diri pada setiap
masa. Ingatlah, apabila berlabuhnya tabir malam, tiada siapa yang pasti bahawa mereka akan
hidup pada subuh hari. Anda tidak boleh mengangkat tangan, menjawab dengan penuh yakin
bahawa dirinya akan hidup pada esok hari.

Berapa ramai pengantin yang disolek dengan secantik-cantiknya. Namun sebelum hadirnya
malam yang penuh gilang gemilang, dirinya telah pergi buat selama-lamanya. Berapa ramai
orang yang sihat, namun mati secara tiba-tiba. Sebaliknya orang yang sudah lama diserang
penyakit, panjang pula umurnya.

Berapa ramai anak kecil yang menjadi harapan ibu bapanya. Kita menghantar anak ini ke pusat
tuisyen, kita hantar mereka ke bengkel motivasi dan sebgainya. Harapan mereka terhadap diri
mereka menggunung tinggi dengan harapan umur mereka masih panjang. Namun sebaliknya
berlaku. Si kecil ini sebaliknya merasai terlebih dahulu pengalaman bermalam dalam gelapnya
liang lahad.

Entah-entah kain kafan kita sedang digunting dan disimpan, sedangkan kita tidak tahu rupa-
rupanya itu adalah bahagian kita. Sama keadaannya orang yang meninggal dunia pada hari
semalam, dia tidak tahu kain kafannya sedang digunting untuk dirinya. Mungkin kain kafan kita
berada di kedai, mungkin kain kafan kita nun berada di Pelabuhan Klang. Dalam gulungan yang
besar, rupa-rupanya beberapa meter daripada kain kafan itu bakal menjadi milik kita, dalam
masa yang sama kita masih ketawa berdekah-dekah kerana menyangka dengan umur yang masih
muda, kematian tidak akan datang kepadanya.

Lalu, apa lagi yang boleh kita lakukan melainkan dengan melakukan persiapan. Berbekallah
dengan bekalan takwa, mudah-mudahan kita mampu tersenyum saat meninggalkan dunia,
menuju ke alam yang abadi. Amin.

PERPINDAHAN YANG SANGAT JAUH

Kematian adalah satu perpindahan. Perpindahan tersebut bukanlah dari satu negeri ke negeri
yang lain, bukan juga dari satu negara ke satu negara. Lebih jauh lagi, ianya merupakan satu
perpindahan daripada satu bentuk ke satu bentuk lain yang sangat berbeza, ke suatu tempat yang
tidak mungkin dapat dimasuki oleh manusia yang masih hidup.
Kata Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah:

ٍ ‫ار ِإلَى َد‬


‫ار‬ َ ُ‫ َولَ ِكنَّ ُك ْم تُ ْنقَل‬، ‫ِإنَّ َما ُخلِ ْقتُ ْم لَِألبَ ِد‬
ٍ ‫ون ِم ْن َد‬

Maksudnya: “Kamu semua dicipta untuk kehidupan yang lebih abadi. Kamu sebenarnya
berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 5/287)

Abu al-ʿAtahiyyah, seorang penyair terkenal berkata:

‫المنز ِل الباَقي‬
ِ ‫ِمنَ الم ْن ِز ِل الفَاني إلى‬ ‫ غَي َر أنّهَا‬،ٌ ‫ت إالّ ِرحْ لَة‬
ُ ْ‫َوما المو‬

Bukanlah kematian itu kecuali adalah sebuah perjalanan


Dari tempat musnah ke tempat yang abadi selama-lamanya

Cuba bayangkan jika pihak pengurusan tempat kita bekerja mengarahkan kita berpindah ke
negara lain untuk bekerja di sana. Pastinya kita mula berfikir bagaimana persediaan untuk kita
berpindah ke negara yang baru. Pastinya banyak perkara yang perlu difikirkan, banyak barangan
yang perlu dibawa, banyak dokumen yang perlu diselesaikan.

Namun bagaimana pula dengan perpindahan kita ke alam barzakh? Apa pula persediaan untuk
kita meninggalkan alam dunia ini dalam perjalanan kita berpindah ke tempat yang sangat asing
ini iaitu alam barzakh?

Semua yang Allah pinjamkan di dunia ini akan kita tinggalkan. Rumah yang kita bina bermati-
matian akan kita tinggalkan. Kenderaan yang menjadi kebanggaan akan kita tinggalkan. Isteri
yang sangat kita cintai akan kita tinggalkan. Suami yang sangat kita cintai terpaksa kita
tinggalkan. Anak-anak yang kita jaga dan belai setiap masa akan kita tinggalkan.
Saat matinya seorang insan, si isteri akan menjadi balu, si suami akan menjadi duda, anak-anak
akan menjadi yatim. Kematian mereka akan ditangisi. Orang yang ditinggalkan ini, dalam
tempoh seminggu dua, mereka akan berkata bahawa kehidupan ini perlu diteruskan. Tetapi bagi
orang yang telah meninggal dunia ini, apa yang dia sempat lakukan di dunia, hanya itu sahajalah
yang akan dihadapkan ke hadapan Allah s.w.t. atas nama kematian.

Malah, kesakitan akibat kematian yang akan dirasai oleh setiap manusia merupakan satu
kesakitan yang amat sangat, terutamanya bagi mereka zalim ketika hidupnya di dunia. Firman
Allah Taala:

ۤ ٰ
ِ َ‫ت َو ْال َم ٰل ِٕى َكةُ ب‬
‫ اَ ْي ِد ْي ِه ۚ ْم اَ ْخ ِرج ُْٓوا‬d‫اسطُ ْٓوا‬ ِ ‫َولَ ْو تَ ٰ ٓرى اِ ِذ الظّلِ ُم ْو َن فِ ْي َغ َم ٰر‬
ِ ‫ت ْال َم ْو‬
‫ق َو ُك ْنتُ ْم‬ ِّ ‫اب ْاله ُْو ِن بِ َما ُك ْنتُ ْم تَقُ ْولُ ْو َن َعلَى هّٰللا ِ َغي َْر ْال َح‬ َ ‫اَ ْنفُ َس ُك ۗ ْم اَ ْليَ ْو َم تُجْ َز ْو َن َع َذ‬
‫َع ْن ٰا ٰيتِ ٖه تَ ْستَ ْكبِر ُْو َن‬

Maksudnya: (Alangkah ngerinya) sekiranya engkau melihat pada waktu orang-orang zalim
(berada) dalam kesakitan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya,
(sambil berkata), “Keluarkanlah nyawamu.” Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab
yang sangat menghinakan, karena kamu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak
benar dan (karena) kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. (Surah Al-An’am, ayat
93)

Lalu, sama ada kita bersedia atau tidak, itu bukan persoalannya kerana kematian itu pasti akan
datang. Malahan, kematian itu akan datang tanpa perlu didatangkan dengan sebarang alasan.
Perpindahan ini boleh datang bila-bila masa. Maka, apakah kita masih tidak berbuat apa-apa?
Mengakhiri tajuk perpindahan ini, marilah kita membaca dan menghayati syair ini:

ُ‫َأنَلهو َوَأيّا ُمنا تَذهَب‬


ُ ‫َونَل َعبُ َوال َم‬
ُ‫وت ال يَل َعب‬
‫ب قَد لَها‬
ٍ ‫بت لِذي لَ ِع‬
ُ ‫َع ِج‬
َ ‫بت َومالِ َي ال َأ‬
ُ‫عجب‬ ُ ‫َع ِج‬

ُ‫َأيَلهو َويَل َعبُ َمن نَف ُسه‬


َ َ‫نزلُهُ ي‬
ُ‫خرب‬ ُ َ‫ت‬
ِ ‫موت َو َم‬
ً ‫نَرى ُك َّل ما سا َءنا داِئبا‬
ُ‫َعلى ُكلِّ ما َسرَّنا يَغلِب‬

ِ ‫ق في طَبَقا‬
‫ت البِلى‬ َ ‫نَرى‬
dَ ‫الخل‬
‫ص َّوبوا‬ َ ‫ِإذا ما هُ ُم‬
َ d‫صعَّدوا‬
‫َو ُكلٌّ لَهُ ُم َّدةٌ تَنقَضي‬
ُ‫َو ُكلٌّ لَهُ َأثَ ٌر يُكتَب‬

Patutkah kita masih lalai,


Sedangkan hari berlalu.
Kita bermain-main sedangkan,
mati itu bukan permainan.
Aku hairan terhadap merek yang masih leka ini.
Aku hairan,
Sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.

Adakah patut seorang itu terus leka dan bermain,


Sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh.
Kita melihat apa yang kita lakukan selalunya,
Tewas kepada setiap keseronokan

Kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,


Dan aku tidak tahu yang manakah patut aku pilih,
Dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan,
Dan kepada semuanya itu ada kesan yang dituliskan.

PEMERGIAN YANG BAIK

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada para sahabat baginda:

َ ‫َوِإنَّ َما اَأل ْع َما ُل ِب‬


‫الخ َواتِ ِيم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” (Hadith riwayat


Bukhari, hadith no. 6607)

Ya, mungkin kita pernah mengenali seseorang yang cukup jahat. Namun di akhirnya dia menjadi
baik, malah dia mati pula dalam keadaan yang mulia. Sebaliknya, ada juga yang kita kenali
dirinya sebagai seorang yang cukup baik, namun meninggal dunia dalam keadaan yang hina dan
memalukan. Sesungguhnya amal perbuatan seseorang itu akan dilihat dan dinilai sewaktu akhir
akhirnya juga, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.:

‫ار َوِإنَّهُ لَ ِم ْن َأ ْه ِل ْال َجنَّ ِة َوِإ َّن ال َّرج َُل لَيَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل‬ِ َّ‫ِإ َّن ال َّرج َُل لَيَ ْع َم ُل بِ َع َم ِل َأ ْه ِل الن‬
‫ار َوِإنَّ َما اَأْل ْع َما ُل بِ ْال َخ َواتِ ِيم‬
ِ َّ‫َأ ْه ِل ْال َجنَّ ِة َوِإنَّهُ لَ ِم ْن َأ ْه ِل الن‬
Maksudnya: “Sungguh ada seseorang melakukan amalan-amalan penghuni neraka namun
akhirnya dia menjadi penghuni syurga, dan sungguh ada seseorang yang melakukan amalan
penghuni syurga namun akhirnya dia menjadi penghuni neraka. Sesungguhnya amal perbuatan
itu dihitung sewaktu akhir hayatnya.” (Hadith riwayat Ahmad, hadith no. 21768)

Bagi merialisasikan harapan agar kita dimatikan dalam keadaan yang baik ataupun husnul
khatimah ini, marilah kita teruskan lazimi membaca doa yang sering dibacakan oleh imam saat
selesai mendirikan solat berjemaah:

َ ‫اختِ ْم لنا بِ ُحس ِْن ْال َخاتِ َمة َوالَ تَ ْختِ ْم َعلَ ْينَا بِسُو ِء‬
‫الخاتِ َمة‬ ْ ‫اللَهُ َّم‬

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau
akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Marilah kita meminta bersungguh-sungguh kepada Allah kerana Nabi s.a.w. telah memberitahu
kepada kita bahawa ketika seseorang itu ingin Allah berikan kebaikan kepadanya, Allah akan
memberikan kebaikan tersebut saat malaikat maut datang menarik nyawanya.

Tambahan pula, terdapat hadith lain yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban, yang mana hadith
tersebut menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. pernah berdoa agar diwafatkan dalam keadaan atau
kesudahan hidup yang baik serta agar dijauhkan daripada kehinaan dunia dan juga azab api
neraka.

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

‫ُأْل‬
‫ب اآْل ِخ َر ِة‬ ِ ‫ َوَأ ِجرْ نَا ِم ْن ِخ ْز‬،‫ور ُكلِّهَا‬
ِ ‫ي ال ُّد ْنيَا َو َع َذا‬ ِ ‫اللَّهُ َّم َأحْ ِس ْن َعاقِبَتَنَا فِي ا ُم‬
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami
daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan hidup di akhirat.” (Hadith riwayat Ibn Hibban,
hadith no. 949)

Al-Quran sendiri mengajarkan kepada kita untuk mendoakan agar diberikan husnul khatimah,
antaranya:

۟ ُ‫َّربَّنَٓا نَّنَا َس ِم ْعنَا ُمنَا ِديًا يُنَا ِدى لِ ي ٰمن َأ ْن َءا ِمن‬
‫وا ِب َربِّ ُك ْم فَـَٔا َمنَّا ۚ َربَّنَا فَٱ ْغفِرْ لَنَا‬ ِ َ ‫ِإْل‬ ‫ِإ‬
ِ ‫ُذنُوبَنَا َو َكفِّرْ َعنَّا َسيِّـَٔاتِنَا َوتَ َوفَّنَا َم َع ٱَأْلب َْر‬
‫ار‬

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada
iman, (yaitu): ‘Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami,
ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami,
dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.” (Surah Ali Imran, ayat 193)

Sebenarnya, apa yang kita minta dalam husnul khatimah? Jawapannya turut berada dalam doa
yang sering dibacakan oleh para imam:

‫ْن َو َعافِيَةً ِفى ْال َج َس ِد َو ِزيَا َدةً فِى ْال ِع ْل ِم َوبَ َر َكةً ِفى‬dِ ‫ك َسالَ َمةً فِى ال ِّدي‬ َ ُ‫اَللهُ َّم اِنَّا نَ ْسَأل‬
ِ ‫ت َو َم ْغفِ َرةً بَ ْع َد ْال َم ْو‬
‫ت‬ ِ ‫ت َو َرحْ َمةً ِع ْن َد ْال َم ْو‬
ِ ‫ق َوتَ ْوبَةً قَب َْل ْال َم ْو‬ ِ ‫الرِّ ْز‬

Ertinya: “Ya Allah kami memohon kepada-Mu atas keselamatan agamaku, kesejahteraan pada
tubuhku, bertambahnya pengetahuanku, keberkatan rezekiku, serta taubatku sebelum mati dan
rahmat-Mu di waktu matiku, dan ampunan-Mu sesudah matiku.”

Taubat itu sangat penting. Dalam sekalian taubat yang dilakukan, taubat yang paling penting
ialah taubat sebelum kematian. Ya, taubat itu sangat penting. Tetapi kalau pada hari ini kita
bertaubat atas nama manusia, hari esok mungkin kita membuat dosa kembali. Hari lusa mugkin
kita mengulangi kembali dosa. Dosa yang dilakukan selepas taubat tetap dianggap sebagai dosa.

Namun cuba bayangkan andainya Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kita dengan
memberikan kita kesempatan untuk bertaubat sebelum maut, lalu dosa-dosa yang dilakukan oleh
kita sebelum itu telah diampunkan oleh Allah. Betapa pentingnya agar kita diberikan kesempatan
untuk bertaubat sebelum kita meninggal dunia.

ِ ‫َوتَ ْوبَةً قَب َْل ْال َم ْو‬


‫ت‬

serta taubatku sebelum mati

Marilah kita berdoa dan meminta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Betapa
beruntungnya andai kita dapat bertaubat sebelum kematiannya. Matinya nanti umpama seorang
bayi yang baru lahir. Allah tidak mengira dosa-dosanya yang lalu. Justeru, jika kita mahu
mendapatkan husnul khatimah, maka perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan
sentiasa bertaubat kepada Allah tanpa mengira masa.

KISAH LELAKI YANG BENCIKAN ISLAM

Kisah ini berlaku di sebuah negeri di Malaysia Timur, di sebuah kampung yang terletak jauh di
pedalaman. Majoriti penduduk di kampung tersebut adalah bukan Islam. Terdapat sebuah masjid
yang dibina di kampung tersebut. Oleh kerana penduduk yang beragama Islam sangat sedikit,
masjid tersebut hanya aktif seminggu sekali sahaja iaitu pada hari jumaat.
Apa yang ingin diceritakan di sini bukanlah mengenai masjid tersebut, sebaliknya tentang salah
seorang penduduk kampung di sana yang terlalu benci akan agama Islam. Kebiasaannya pada
hari jumaat, sewaktu para ahli jawatankuasa masjid sedang melakukan gotong royong
membersihkan masjid, mereka akan menemui najis anjing di kawasan masjid. Najis-najis ini
bukanlah datang kerana anjing masuk ke dalam kawasan masjid, sebaliknya lelaki yang cukup
bencikan Islam ini sanggup mengutip najis anjing dan membalingnya ke dalam kawasan masjid.

Dapat digambarkan di sini betapa bencinya lelaki ini kepada umat Islam.

Kebenciannya semakin meluap-luap selepas anak perempuannya memeluk agama Islam.


Sudahlah berkahwin, anak perempuannya pula memilih untuk tinggal bersama suaminya di
Semenanjung Malaysia. Kemarahannya membuak-buak sehinggakan dia ‘menghadiahkan’ satu
bangkai anjing dan diletakkan di mihrab masjid. Bau semerbak yang melekat di mihrab tersebut
terus melekat sehingga tiga bulan lamanya.

Pernah sekali sewaktu saya bersama rombongan mahu ke kawasan perkampungan ini, saat
kenderaan saya melalui jalan yang agak berdebu, kenderaan kami melalui lelaki ini yang ketika
itu sedang berjalan kami. Tidak mahu kenderaan kami membuatkan debu jalan naik mengenai
tubuhnya, kami memandu kenderaan dengan sangat perlahan.

Namun, dalam tempoh yang sesingkat itu sekalipun dan walaupun kami telah melaluinya dengan
berhati-hati, kami tetap menerima berbakul-bakul makian dari mulutnya. Nampak jelas amarah
di raut wajahnya. Mungkin juga kerana dia melihat penumpang di dalam kenderaan tersebut
memakai kopiah, menjadikan amarahnya semakin meluap-luap.

Sehinggalah pada suatu hari pada hari jumaat, pada pukul 11 pagi sewaktu ahli jawatankuasa
sedang bergotong royong membersihkan masjid, terdengar satu suara kasar dari luar masjid.
“Imam! Imam!”

Imam yang mendengar namanya dipanggil terus keluar dari masjid. Rupa-rupanya, suara kasar
itu datangnya dari lelaki yang cukup membenci Islam tersebut. Lelaki itu hanya berbaju pagoda,
berseluar pendek dan berselipar Jepun sahaja. “Ha, apa yang kamu mahu?” Si imam bertanya,
seakan mahu menamatkan perbualan antara mereka dengan segera.

“Imam, kalau saya mahu masuk Islam macam mana?” Lelaki tersebut terus mengemukakan
hajatnya sambil duduk di tangga masjid.

Tergamam seketika si imam. Namun dia tidaklah terlalu terkejut kerana memikirkan mungkin
lelaki ini dalam keadaan yang mabuk. “Oh, mudah saja kalau mahu memeluk agama Islam.
Kamu mengucap saja kalimah syahadah.” Si imam menjelaskan.

“Kamu ajar aku syahadah.”

Imam pun menuruti permintaan lelaki yang sudah berusia tersebut tanpa berfikir yang bukan-
bukan. “Baiklah. Kamu ikut saja aku mengucap.” Lalu si imam membacakan kalimah syahadah
sambil dituruti oleh lelaki tersebut. Sebagai seorang yang sudah agak lanjut usianya, agak sukar
untuk dia mengucapkan kalimah syahadah. Namun si imam tetap mengajarnya satu persatu
sehingga lelaki tersebut mampu mengucapkannya.

Selesai mengucapkan kalimah syahadah, si imam mengajarkan pula maksudnya serta dituruti
oleh lelaki tersebut. Habis sahaja membacanya, lelaki itu terus bangun lantas bertanya, “so
imam, aku ini apa?”

“Kamu ini apa?” Si imam kurang mengerti persoalan yang dikemukan olehnya.

“Aku ni Islam ke tidak?”

“Islam.” Ringkas jawapan si imam. Barulah dia mengerti persoalan yang dilontarkan kepadanya.
Namun, lelaki tersebut masih bertanya soalan yang sama sebanyak tiga kali. Dan tiga kali itulah
juga dijawab oleh imam tersebut.
“Ok lah. Bye.” Lelaki tersebut terus berlalu pergi. Si imam pun masuk semula ke masjid bagi
menyambung tugasnya. Sewaktu masuk sahaja ke dalam masjid, ahli kariah masjid terus
bertanya kepada si imam, apa sebenarnya yang lelaki itu mahukan dari imam. Imam pun
menjawab yang lelaki itu mahu memeluk agama Islam. Mendengar sahaja, ahli kariah masjid
terus ketawa terbahak-bahak. Pasti lelaki itu sedang mabuk.

Perginya Seorang Yang Suci

Rumah lelaki tersebut tidak berapa jauh dari masjid. Kebiasaannya pada hari jumaat, anak
kepada lelaki ini akan memasak makanan yang istimewa untuk diberikan kepada ayahnya.
Anaknya ini tinggal berdekatan dengan kampung ayahnya. Anaknya masuk ke dalam rumah
ayahnya yang tidak berkunci. Apabila masuk sahaja, didapati ayahnya sedang tertidur di ruang
tamu. Dibiarkan ayahnya tidur sambil dirinya menyiapkan makanan untuk ayahnya di dapur.

Selesai menghidangkan makanan, si anak memanggil ayahnya. “Ayah, mari turun makan.”

Melihat ayahnya tidak turun dan tidak juga menyahut, dia naik ke ruang tamu. Ayahnya masih
lagi tertidur sambil tangan berpeluk seakan orang yang sedang menunaikan solat sambil
berbaring. Anaknya mengejutkan sekali lagi ayahnya. “Ayah, jom bangun. Saya ada bawa
makanan untuk ayah.”

Ayahnya masih lagi diam.

Setelah beberapa kali mengejutkan ayahnya, anaknya mula rasa tidak sedap hati. Dia memeriksa
nafas ayahnya di hidung dan nadi di tangannya. Nafasnya sudah tiada dan nadinya tidak
berdenyut. Pada saat itu, dia sangat tersentap dan terkejut. Dia tergamam, panik dan tidak tahu
mahu berbuat apa. Dalam keadaan sebegitu, dia memikirkan untuk memberitahu berita tersebut
kepada bapa saudaranya yang lain. Maka dia bergegas turun dan berlari masuk ke dalam kereta.
Pada ketika itu, para jemaah baru selesai mendirikan solat sunat jumaat. Masing-masing keluar
dari masjid. Sewaktu kereta berada berhampiran dengan masjid, terdetik di hatinya untuk
memaklumkan akan kematian ayahnya kepada imam masjid. Jika tidak memaklumkan pun
pastinya tidak menjadi masalah kerana ayahnya bukanlah orang Islam. Tetapi kebetulan pada
ketika itu imam baru turun dari tangga masjid. Maka dia pun memberhentikan kereta dan
memaklumkan akan kematian ayahnya sebagai adab kepada orang Islam.

Dia menuju ke arah imam yang masih berada di tangga masjid. Dalam keadaan menangis, dia
memberitahu imam. “Imam, ayah saya sudah meninggal dunia.”

Mendengar sahaja perkataan tersebut, si imam terus terduduk di tangga masjid. Tangga yang
sama inilah juga lelaki itu mengucapkan keislamannya di hadapannya sebentar tadi. Dan
sekarang, dia sudah tiada!

“Eh, kenapa imam?” Anak lelaki itu terkejut dengan reaksi spontan imam. Dia juga tidak
menyangka imam akan terkejut dengan berita kematian ayahnya.

“Baru saja sebentar tadi, lebih kurang pukul 11 pagi, di tangga inilah ayah kamu mengucap dua
kalimah syahadah. Dia bangun, dia tanya pada saya, saya ini apa? Dia tanya saya soalan ini tiga
kali. Dan saya jawab yang dia ini Islam, juga sebanyak tiga kali.” Si imam menceritakan kisah
yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

Cerita tersebut nyata membuatkan tangisan si anak semakin kuat. Mereka berdua sama-sama
menangis. Tanpa membuang masa, mereka berdua segera memaklumkan kepada petugas
kesihatan. Pada ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Petugas kesihatan yang
memeriksa memaklumkan dia meninggal dunia lebih kurang pukul 12 tengahari.

Masya-Allah, semakin terkejut si imam. Masakan tidak. Dia mengucap dua kalimah syahadah
pada pukul 11 pagi, dan meninggal dunia pada pukul 12 tengahari. Hanya ada satu jam sahaja
untuk dia menjadi muslim sebelum dia pergi menghadap Ilahi.
Biar Takwa Ini Kekal Hingga Ke Hujung Usia

Begitulah kisah seorang lelaki yang begitu benci ketebalannya terhadap agama Islam. Namun
saat dia hampir meninggal dunia, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum pergi
buat selama-lamanya.

Apabila saya mendengar akan kisah ini, saya teringat akan satu hadith ini. Daripada Abdullah bin
Mas’ud r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

‫ ُث َّم َي ُكو ُن‬،‫ ُث َّم َي ُكو ُن ِفي َذ ِل َك َع َل َق ًة ِم ْث َل َذ ِل َك‬،‫ِإ َّن َأ َح َد ُك ْم ُي ْج َم ُع َخ ْل ُق ُه ِفي َب ْط ِن ُأ ِّم ِه َأ ْر َب ِعي َن َي ْو ًما‬

‫ ِب َك ْت ِب‬:‫ َو ُي ْؤ َم ُر ِب َأ ْر َب ِع َك ِل َما ٍت‬،‫ ُث َّم ُي ْر َس ُل ا ْل َم َل ُك َف َي ْن ُف ُخ ِفي ِه ال ُّرو َح‬،‫ِفي َذ ِل َك ُم ْض َغ ًة ِم ْث َل َذ ِل َك‬

‫ َف َوا َّل ِذي َلا ِإ َل َه َغ ْي ُر ُه ِإ َّن َأ َح َد ُك ْم َل َي ْع َم ُل ِب َع َم ِل َأ ْه ِل ا ْل َج َّن ِة‬،‫ َو َش ِق ٌّي َأ ْو َس ِعي ٌد‬،‫ َو َع َم ِل ِه‬،‫ َو َأ َج ِل ِه‬،‫ِر ْز ِق ِه‬

،‫ َف َي ْد ُخ ُل َها‬،‫ َف َي ْع َم ُل ِب َع َم ِل َأ ْه ِل ال َّنا ِر‬،‫ َف َي ْس ِب ُق َع َل ْي ِه ا ْل ِك َتا ُب‬،‫َح َّتى َما َي ُكو ُن َب ْي َن ُه َو َب ْي َن َها ِإ َّلا ِذ َرا ٌع‬

،‫ َف َي ْس ِب ُق َع َل ْي ِه ا ْل ِك َتا ُب‬،‫ َح َّتى َما َي ُكو ُن َب ْي َن ُه َو َب ْي َن َها ِإ َّلا ِذ َرا ٌع‬،‫َو ِإ َّن َأ َح َد ُك ْم َل َي ْع َم ُل ِب َع َم ِل َأ ْه ِل ال َّنا ِر‬

‫ َف َي ْد ُخ ُل َها‬،‫َف َي ْع َم ُل ِب َع َم ِل َأ ْه ِل ا ْل َج َّن ِة‬

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam


keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama
empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian
diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk
menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama
ada derita atau bahagia.

Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang
melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta,
akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka
masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli
neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah
ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke
dalam syurga.” (Hadith riwayat Muslim, hadith no. 2643)

Dalam hadith sahih ini dijelaskan bahawa ada kalangan manusia yang melakukan amalan ahli
neraka sehinggakan jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal sehasta. Tetapi di akhir
hayatnya, dia sempat bertaubat lalu dia dimasukkan ke dalam syurga.

Namun apa yang cukup menakutkan ialah perkataan baginda Rasulullah s.a.w. “sesungguhnya di
antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan
syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan
amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka.”

Cukup jelas dalam hadith ini, di mana ada dalam kalangan kita yang melakukan amalan ahli
syurga sehinggakan jarak antara dirinya dengan syurga hanya tinggal sehasta. Namun di
penghujung usianya, dia melakukan amalan ahli neraka sehinggakan dia dimasukkan ke dalam
neraka. Siapa yang mahu menjadi begitu? Pastilah tiada siapa yang mengingingkannya.

Terdapat sebuah hadith sahih yang menunjukkan bahawa setiap amalan itu dilihat pada
pengakhiran hidupnya. Jika seseorang cukup baik ketika masih hidup, namun dia bergelumangan
dengan maksiat saat kematiannya, maka sia-sialah amalan kebaikannya sebelum ini. Hal ini
berbeza dengan seseorang yang selalu bergelumangan dengan dosa dan maksiat, namun saat
akhir hidupnya, dia sempat bertaubat dan memohon ampun. Maka amalan di akhir hidupnya
itulah yang akan dinilai oleh Allah s.w.t.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya: Sabda Rasulullah SAW:

‫َو ِإ َّن َما ال َأ ْع َما ُل ِبال َخ َوا ِتي ِم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” (Hadith riwayat al-
Bukhari, hadith no. 6607)

Kerana itulah kita perlulah sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan iman sehinggalah tiba waktu
kita menghadap Ilahi. Kekalkan iman di dalam diri hingga nafas kita yang terakhir. Lazimilah
doa-doa seperti berikut:

‫ال َل ُه َّم ا ْخ ِت ْم لنا ِب ُح ْس ِن ا ْل َخا ِت َمة َول َا َت ْخ ِت ْم َع َل ْي َنا ِب ُسو ِء ال َخا ِت َمة‬

Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau
akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berdoa agar diwafatkan dalam keadaan atau kesudahan hidup
yang baik serta agar dijauhkan daripada kehinaan dunia dan juga azab api neraka. Daripada Busr
bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

‫ َو َأ ِج ْر َنا ِم ْن ِخ ْز ِي ال ُّد ْن َيا َو َع َذا ِب ا ْل آ ِخ َر ِة‬،‫ال َّل ُه َّم َأ ْح ِس ْن َعا ِق َب َت َنا ِفي ا ْل ُأ ُمو ِر ُك ِّل َها‬

Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami
daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” (Hadit riwayat Ibn Hibban,
hadith no. 949)
Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik serta dapat dikumpulkan
bersama Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di akhirat nanti. Amin.

Anda mungkin juga menyukai