Anda di halaman 1dari 1

Sekiranya anda dikehendaki membangunkan platform pembelajaran E, apakah platform yang menjadi

pilihan anda?

Huraikan kandungan dan fungsi platform pembelajaran E tersebut.

Pembelajaran E atau pembelajaran elektronik adalah proses pendidikan secara atas talian menggunakan
internet. Pembelajaran E berasaskan web menyediakan peluang yang banyak untuk proses
pembelajaran serta pencapaian maklumat dan pengetahuan. Aplikasi pembelajaran E mula menjadi
pilihan para pengajar bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan
efisyen. Pembelajaran E mestilah berfungsi sebagai medium untuk pensyarah memuat naik isi
kandungan kuliah, kuiz, tugasan serta membuka perbincangan forum.

Pada pendapat saya, sekiranya saya dikehendaki membangunkan platform pembelajaran E, saya akan
memilih platform Moodle atau Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Platform ini
mudah dicapai dan digunakan. Antara elemen penting yang diterapkan oleh Moodle adalah interaktiviti.
Keberkesanan sesuatu sistem adalah bergantung kepada tahap interaksi di antara pelajar dan
pensyarah. Platform pembelajaran E Moodle ini antara contoh sistem e- pembelajaran yang konduksif
dan interaktif kerana gabungan elemen kuiz, ruang forum, kedatangan (attendance) dan ruang sembang
(chat) membantu meningkatkan interaktiviti antara pelajar dan pensyarah. Platform ini juga
membolehkan kandungan pengajaran seperti video menjadi lebih interaktif dengan penambahan
hypercontent. Penambahan ini menggabungkan elemen kuiz, permainan (game) dan teks dalam bentuk
virtual sekali gus menarik minat dan perhatian pelajar membabitkan diri dalam e-pembelajaran. Moodle
boleh diubah suai dan disesuaikan secara percuma untuk memenuhi keperluan pengguna atau
organisasi tertentu.

Sebagai penilaian dan alat penanda, Moodle boleh membantu pelajar memahami dan mengenalpasti
perkembangan mereka. Sebagai pengajar, saya boleh mereka cipta kuiz, ujian, peperiksaan dan
memberi markah kepada mereka. Hal ini boleh membantu saya memantau prestasi setiap pelajar secara
lebih terperinci. Saya boleh mengenalpasti pelajar yang lemah dan pelajar yang aktif. Prestatsi mereka
ini dapat direkod dan disemak semula.

Sebab seterusnya ialah Moodle sebagai platform pembelajaran boleh digunakan sebagai sistem
pengurusan pembelajaran untuk menguruskan maklumat dan menjejaki perkembangan pelajar. Hal ini
dikatakan demikian kerana platform ini boleh merekodkan markah, menyemak kehadiran, memantau
gred amrkah, dam menghasilkan laporan. Sebagai platform kolaborasi, Moodle boleh digunakan sebagai
platform kolaborasi bagi membenarkan pelajar dan pendidik bekerjasama dalam tugasan projek.
Pengajar boleh membina forum perbincangan, ruangan perbualan dan menggunakan alatan lain bagi
memudahkan kerja berkumpulan. Selain itu, saya akan letakkan pautan untuk ke rujukan lebih lanjut
supaya pelajar dapat memahami isi kandungan dengan lebih jelas.

Anda mungkin juga menyukai