Anda di halaman 1dari 13

10 Makanan Diet Yang Sihat & Sedap

EZ Konjac Food

Yogood Muesli Bars - Wildberry

Radiant Organic Trio Quinoa

QUAKER Whole Rolled Oats

SAN REMO Brown Rice Spaghetti

Amazin’ Grace High Protein Chocolate Banana Goodness Bowl (Instant Oatmeal)

Instant Miso Soup Halal

KETOMEE Wantan Mee

Serunding Halia Mak Esah

Signature Market Classic Fruit and Nut Muesli (350g)

Table of Contents

Productnation

EZ Konjac Food

notifications_none

Semak EZ Konjac Food harga dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Kandungan karbohidrat rendah

add_circle

Lulus standard halal

add_circle

Tahan lama

remove_circle

Kuantiti sederhana

remove_circle

Kurang digalakkan untuk ibu mengandung & kanak-kanak


Untuk anda yang mahu kurangkan pengambilan nasi dalam makanan harian dan masih tercari-cari
alternatif untuk beras putih. Anda boleh cuba dapatkan makanan diet terbaik dan sihat yang dibuat
berasaskan konjac iaitu sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional
China dan Jepun.

Yang menarik tentang produk dari EZ Konjac ini, selain nasi konjac, anda juga boleh mendapatkan
mee dan kuey teow konjac. Jadi, anda tak akan cepat bosan dengan menu makanan tengah hari
walaupun sedang berdiet. 

Ia juga mudah dimasak, hanya perlu bersihkan konjac dengan air biasa dan jangan lupa rendam
dalam air panas selama beberapa minit. Ada pelbagai resepi yang anda boleh cuba dengan makanan
diperbuat daripada konjac ini, antaranya salad, sup tom yam, nasi goreng dan kuey teow goreng. 

Tambahan pula, ia tidak mengandungi gula dan tiada gluten di mana ia memang diperbuat khas
untuk individu yang sedang menjalani diet jenis Keto atau Atkins.

Namun, jika paket konjac ini telah dibuka, anda diingatkan untuk menghabiskan produk ini dalam
masa tiga hari untuk mengelakkan kualitinya menurun.

Makanan diet malam

Yogood Muesli Bars - Wildberry

notifications_none

Semak Yogood Muesli Bars - Wildberry harga dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Tinggi dengan serat

add_circle

Kandungan kalori rendah, kurang 100 kalori

remove_circle

Perlu disimpan dalam peti sejuk jika mahu tahan lama


Hadir dengan enam bar dalam setiap kotak pembungkusan, produk makanan untuk membantu diet
dari Austria ini sesuai untuk anda yang gemar makan snek tak kira masa kerana kalorinya yang
rendah membolehkan anda memakan bar dengan yogurt ini pada waktu malam sekalipun. 

Tak perlu ragu-ragu juga tentang makanan ini kerana ia telah disahkan halal. Dengan kandungan
oligofruktosa pula, ia akan memberikan anda kesan bakteria baik untuk usus. Tambahan pula, puri
epal dan jus beri biru yang juga akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan. 

Paling best, makanan diet halal ini mudah dibawa ke mana-mana jadi anda tak akan lapar walaupun
ketika sedang mendaki bukit. Ia turut diperbuat dengan kepingan buah yang telah dikeringkan
seperti rasberi dan strawberi. 

Harga makanan ini juga murah dan berpatutan di mana ia tidak akan membebankan poket anda
setiap bulan.

Makanan diet pengganti nasi

Radiant Organic Trio Quinoa

notifications_none

Semak Radiant Organic Trio Quinoa harga dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Sumber protein yang bagus & lengkap

add_circle

Tinggi bahan mineral & vitamin

add_circle

Membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah

remove_circle

Kuantiti sedikit, harga agak mahal


Makanan yang boleh menggantikan nasi putih ini akan memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang
hari kerana ia mudah untuk dihadam dan paling menarik, quinoa ini juga tidak mengandungi gluten. 

Makanan yang menjadi pilihan ramai pengguna dari seluruh dunia ini telah diiktiraf oleh United
Nations sebagai makanan yang dipenuhi dengan pelbagai khasiat. 

Selain itu, ia juga merupakan sumber antioksidan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan
risiko mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung.

Dengan kandungan GI (Glycemic Index) yang rendah pula, produk jenama ini mampu mengawal
berat badan anda kerana ia boleh meningkatkan paras gula dengan perlahan. 

Oleh itu, memang sesuai juga untuk mereka yang sedang mengamalkan diet rendah kalori.

Jangan risau jika anda tak tahu bagaimana untuk mencampurkan bahan ini dalam makanan harian
anda. Selain boleh mengganti nasi, quinoa juga boleh dimasak menjadi bubur. 

Malah, bahan organik ini akan membantu menjaga sistem usus anda kerana mengandungi sumber
serat yang tidak kurang bagusnya. 

Makanan diet pagi

QUAKER Whole Rolled Oats

QUAKER

notifications_none

Semak QUAKER Whole Rolled Oats harga dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Boleh mengurangkan risiko sakit jantung

add_circle
Sumber protein yang baik

add_circle

Ada vitamin B yang bagus untuk penghadaman

remove_circle

Perlu penyediaan, tidak boleh dimakan begitu sahaja

Sering kesuntukan masa untuk memasak sarapan pagi yang berkhasiat setiap hari sebelum berangkat
ke pejabat atau sekolah? Tak perlu penat-penat lagi kerana jenama oat terbaik dari Quaker ini akan
menjimatkan masa anda kerana ia hanya perlu dimasak dalam masa lima minit sahaja. 

Selain itu, anda boleh menggunakan rolled oat ini dalam resepi overnight oats anda di mana ia akan
memberikan anda tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Boleh tambah buah-buahan kegemaran atau
kacang untuk menyedapkan lagi overnight oats untuk sarapan pagi anda. 

Makanan ini mengandungi serat larut dan beta glukan yang sekali gus mampu mengenyangkan perut
dalam tempoh yang agak lama dengan cepat. 

Manakala ia mengandungi tujuh kali lebih serat berbanding nasi putih. Jadi, anda tak akan cepat
lapar dan turut membantu melegakan masalah sembelit.

Dengan harga yang cukup murah, oats ini juga kaya dengan khasiat mineral seperti besi, magnesium,
sodium dan kalsium. 

Oat yang diperbuat daripada 100% oat asli dari Australia ini turut mampu mengurangkan kadar
kolesterol.

Makanan diet sedap

SAN REMO Brown Rice Spaghetti

San Remo

notifications_none

Semak SAN REMO Brown Rice Spaghetti harga dibawah:

Lazada Malaysia
Shopee Malaysia

add_circle

Diperbuat daripada bahan organik

add_circle

Tidak mengandungi produk tenusu

add_circle

Disahkan halal

remove_circle

Rasa agak berlainan daripada spaghetti biasa

Mesti ada di antara anda yang sedang menjaga permakanan risau anda tak boleh lagi makan
makanan sedap seperti pasta kan? Siapa kata makanan diet tak begitu menyelerakan? 

Tanggapan tersebut sebenarnya salah sebab dengan adanya produk yang diperbuat daripada beras
perang jenama San Remo ini, makanan diet anda tak akan terhad pada sayuran dan buah-buahan
semata-mata. 

Selain tidak mengandungi telur, ia juga memang diperbuat untuk mereka yang mengamalkan diet
tanpa gluten kerana tiada gandum. 

Cara untuk memasak spagetti ini juga mudah, sama seperti pasta jenis biasa iaitu hanya perlu
merebusnya selama sembilan atau 11 minit, mengikut tekstur yang anda inginkan. 

Uniknya juga, produk ini tiada sebarang perasa atau pewarna tiruan dan bahan pengawet yang tidak
begitu bagus untuk kesihatan kita. 

Walaupun diperbuat daripada beras perang, ia tidak akan kering kerana sos spageti tetap boleh
melekat dengan baik pada pasta ini.

Makanan protein untuk diet

Amazin’ Grace High Protein Chocolate Banana Goodness Bowl (Instant Oatmeal)

notifications_none
Semak Amazin’ Grace High Protein Chocolate Banana Goodness Bowl (Instant Oatmeal) harga
dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Mengandungi rolled oats

add_circle

Mudah untuk disediakan

add_circle

Tinggi serat

add_circle

Tiada tambahan gula halus

remove_circle

Kuantiti mungkin tidak cukup bagi sesetengah orang

Makanan daripada Amazin’Grace sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi kerana telah menjadi
pilihan ramai individu yang sedang menjaga pemakanan mereka. 

Produk yang kaya dengan pisang dan kandungan protein ini pula sesuai untuk orang yang sibuk sebab
ia hanya mengambil masa 90 saat sahaja jika dipanaskan dalam ketuhar atau dimasak dengan air
panas.

Apa yang best tentang produk ini, anda juga boleh menggunakan oatmeal segera ini untuk membuat
overnight oats. 

Malah, ia mengandungi soya yang rendah lemak tepu. Jadi, makanan ini boleh membantu anda
untuk mengurangkan tekanan darah. 

Paling penting, ia tidak mempunyai kolesterol dan dengan kebolehannya yang mampu membina otot
badan, produk Amazin’Grace ini memang dibuat khas untuk mereka yang sering bersenam untuk
mendapatkan bentuk badan yang ideal. 
Kandungan proteinnya yang tinggi iaitu sehingga 12 gram juga akan memberikan anda tenaga yang
cukup untuk kekal aktif. 

Selain itu, oatmeal ini turut diperbuat daripada quinoa dan benih chia (chia seeds) yang tinggi serat
di mana ia mampu membantu untuk mengurangkan berat badan.

Makanan diet murah

Instant Miso Soup Halal

notifications_none

Semak Instant Miso Soup Halal harga dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Penyediaan mudah & ringkas

add_circle

Ada sijil Halal Jepun

add_circle

Mengandungi rumpai laut Wakame

remove_circle

Tak sesuai untuk orang yang alahan dengan soya

remove_circle

Mengandungi MSG

Kita selalu fikir bukan senang nak diet sebab kebanyakan makanan sihat adalah mahal.

Namun, dengan adanya produk sup segera dari Jepun ini, ia tak akan membebankan poket anda
kerana setiap paket dijual dengan harga yang cukup murah. 
Hadir dengan berat 18 gram dalam setiap paket, ia memang dikeluarkan khas untuk anda yang mahu
mengamalkan gaya hidup sihat tapi sering sibuk untuk luangkan masa menyediakan makanan
berkhasiat. 

Sup ini pula boleh dimakan dengan nasi atau boleh juga tambahkan tauhu dan mi Konjac ke dalam
sup untuk pilihan makanan yang lebih sihat. 

Paling bagus, setiap paket juga hanya mengandungi 28kcal dan 2.8 gram karbohidrat, jadi makanan
ringkas ini memang sesuai untuk anda yang sedang mengamalkan diet jenis rendah karbohidrat (low
carb). 

Namun, pastikan anda simpan pes sup Miso ini di dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lebih lama.

Makanan diet mudah dimasak

KETOMEE Wantan Mee

KETOMEE

notifications_none

Semak KETOMEE Wantan Mee harga dibawah:

Lazada Malaysia

Shopee Malaysia

add_circle

Mengandungi serat oat

add_circle

Rendah karbohidrat

add_circle

Tiada lemak

remove_circle

Perlu disimpan di dalam peti & dihabiskan dalam masa 3 hari selepas dibuka

Mi wantan yang diperbuat daripada konjac ini bagus untuk kesihatan kerana ia tidak mengandungi
bahan kimia dan hanya diperbuat daripada air dan tepung konjac sahaja. 
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolestrol dan membantu anda untuk mengelakkan masalah
sembelit. Bagus kan? 

Produk ini juga dikatakan adalah lebih baik berbanding mi yang diperbuat daripada tepung yang
diproses. 

Anda juga boleh menikmati makanan ini tanpa was-was atau keraguan kerana ia ada cop Halal
Thailand. 

Uniknya lagi, selain sesuai untuk anda yang sedang menjalani diet Keto, mi wantan konjac ini juga
sesuai untuk mereka yang menghidap celiac disease kerana ia tidak mengandungi gluten. 

Makanan ini pula mudah disediakan, hanya perlu ikut arahan yang diberikan dan ia boleh siap
dimasak dalam masa beberapa minit sahaja.

Makanan untuk ibu menyusu

Serunding Halia Mak Esah

notifications_none

Semak Serunding Halia Mak Esah harga dibawah:

Shopee Malaysia

add_circle

Tidak mengandungi garam

add_circle

Hanya halia berkualiti yang digunakan

remove_circle

Harga agak mahal bagi sesetengah orang

Wanita yang baru melahirkan anak digalakkan untuk mendapatkan serunding halia jenama tempatan
ini kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan untuk badan anda.
Selain boleh dijadikan snek kudap-kudapan, serunding ini juga enak dimakan dengan nasi panas
ketika berpantang, malah sesuai untuk seisi keluarga. 

Tambahan pula, ia memang baik untuk ibu yang sedang meyusu anak kerana boleh membantu
memperbanyakkan susu badan dan sakit-sakit urat juga boleh dikurangkan.

Paling bagus, ia mengandungi ikan bilis gred AAA jadi rasanya memang sedap. Rasa masin dalam
serunding ini pula didapati dari bahan semula jadi iaitu daripada ikan bilis itu sendiri. 

Malah, makanan sihat ini turut mengandungi manjakani di mana ia dapat mengurangkan masalah
sembelit. 

Produk ini hadir dalam botol dengan berat 150 gram.

Makanan diet cepat kenyang

Signature Market Classic Fruit and Nut Muesli (350g)

notifications_none

Semak Signature Market Classic Fruit and Nut Muesli (350g) harga dibawah:

Shopee Malaysia

add_circle

Tinggi serat & protein

add_circle

Tiada bahan tambahan

add_circle

Boleh mengawal pengambilan kalori

remove_circle

Tidak sesuai dengan mereka yang alahan dengan kekacang

Kalau dah bosan makan oats dan sedang tercari-cari resipi baru untuk menu diet anda, kali ini anda
boleh cuba produk yang ada pengesahan halal Jakim ini pula. 
Terjamin sedap dan telah mencapai sehingga empat ribu jualan di Shopee, produk makanan dari
Signature Market ini wajib dimiliki dan dicuba oleh anda yang mahu mendapatkan badan yang sihat. 

Malah, ia dapat menyebabkan anda cepat kenyang, jadi anda boleh kurangkan pengambilan kalori
daripada makanan lain. 

Ia memang sesuai untuk anda yang suka buah-buahan dan kekacang kerana mempunyai kandungan
kuaci dan biji labu yang akan membekalkan badan anda dengan vitamin E. 

Muesli ini turut ada badam dan pecan sebagai sumber protein. Tambahan pula, buah-buahan seperti
blackcurrant dan kismis hitam yang tinggi dengan serat juga terdapat dalam makanan ini.  

Mereka yang perlu menjaga kadar kolesterol dalam badan boleh menikmati muesli ini tanpa
masalah. 

Paling menarik tentang produk makanan ini sudah tentulah pelbagai resipi boleh dicuba dengannya
kerana ada empat cara anda boleh makan sarapan selepas ini. 

Antaranya, anda boleh makan muesli dengan yogurt atau susu, buat bubur oat atau bar oat dengan
air tangan anda sendiri. 

ADVERTISEMENT

Makanan Yang Sesuai Untuk Diet 

Antara makanan yang sesuai untuk diet ialah buah-buahan seperti avocado, pisang, buah kiwi dan
epal kerana epal adalah rendah kalorinya manakala ia tinggi dengan serat. 

Menurut kajian, buah epal adalah tiga kali lebih mengenyangkan berbanding bar coklat dan ia boleh
membantu mengurangkan berat badan. 

Manakala, dengan kandungan serat yang tinggi, buah beri juga bagus untuk mereka yang sedang
menjaga berat badan. Boleh juga makan telur kerana telur merupakan sumber protein yang baik
untuk anda yang sedang berdiet. 
Selain itu, sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan kubis bunga juga bagus jika dimakan sebagai
makanan diet. Jika anda kurang menggemari sayuran, boleh cuba makan yogurt.

Namun, pastikan anda pilih yogurt yang mengandungi bakteria baik (probiotik) untuk usus. 

Kalau tak mahu cepat bosan dengan yogurt atau oatmeal yang juga juga merupakan antara makanan
yang terbaik untuk diet, anda digalakkan untuk tambah buah-buahan seperti beri dan kekacang
seperti badam ke dalam makanan tersebut. 

Namun, diingatkan juga, anda perlulah perhatikan dulu kandungan bahan makanan diet pilihan
kerana dikhuatiri ada bahan yang tidak sesuai dengan badan anda. 

Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor yang bertauliah sebelum
mengambil sesuatu makanan diet. 

Paling penting, elakkan makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, makanan yang tinggi gula dan
makanan segera. 

Untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan juga, anda juga perlu sentiasa bersenam
dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. productnation

Anda mungkin juga menyukai