Anda di halaman 1dari 18

EDUP2093

PEDAGOGI
KEMAHIRAN
PENYOALAN
The test of a good teacher is not how many
questions he can ask his pupils that they will
answer readily, but how many questions he
inspires them to ask him which he finds it hard
to answer

Alice Wellington Rollins


Penyoalan

■ Penggunaan kemahiran penyoalan secara sistematik


adalah penting untuk penyiasatan interaktif dalam mana-
mana mata pelajaran.
■ Kemahiran penyoalan dalam bilik darjah perlu dinilai dan
dianalisi kerana kelemahan penyoalan adalah tingkahlaku
guru yang penting
Objektif penyoalan
■ Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian
terhadap P&P pada hari tersebut dan juga untuk mendapatkan
pengalaman sedia ada mereka.

■ Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan


intraksi dua hala dan menggalakkan mereka terlibat secara
langsung dalam P&P.

■ Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan


untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu
masalah kompleks. Guru sebagai pembimbing bukan memberi
jawapan.
Samb…objektif
■ Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada
aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Kerana
mereka akan ditanya selepas sesuatu aktiviti.
■ Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif
pelajaran. Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses P&P
pada hari itu.
■ Membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan
bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan.
■ Menjalin hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti
soal jawab. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai
orang asing.
Samb…objektif
■ Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru
■ dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.
■ Menimbulkan. minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan
mengemukakan soalan yang mencabar. Mengembangkan
perkembangan kognitif mereka.
■ Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan
terancang.
■ Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
■ Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal
apabilamereka ada keraguan atau kurang faham.
Teknik Menyoal
■ Guna bahasa yang sesuai ■ Beri peluang yang sama kepada
mengikut tahap pencapaian semua pelajar untuk menjawab
pelajar spy mereka dapat
■ Galakkan pelajar utk bertanya
memahami maksud soalan soalan pada bila-bila masa
dengan cepat
■ Agihkan soalan secara rawak,
■ Soalan harus ringkas, tepat, kepada semua pelajar, bukan
jelas pelajar tertentu sahaja
■ Tanya soalan dahulu sebelum ■ Terima semua jawapan pelajar.
memanggil nama pelajar Jawapan yang samar dijelaskan
■ Pastikan soalan dikemukakan ■ Elakkan guna soalan yang
selepas semua pelajar bersedia memerangkap pelajar
■ Beri masa kepada pelajar untuk
memberi respon terhadap
soalan
Samb…teknil menyoal

■ Beri masa menunggu yang cukup untuk pelajar


berfikir dan memberi jawapan
■ Mulakan soalan dengan kata-kata yang memerlukan
jawapan yang bijak seperti “mengapa, bila,
bagaimana, apa…dll”
■ Elakkan meminta respon secara kumpulan atau
seluruh kelas secara serentak kerana ini sering
menyebabkan jawapan kurang jelas dan kurang
difahami.
Jenis-jenis soalan mengingat

memahami

mengaplikasi
Taksonomi Bloom
Jenis-jenis soalan

menganalisis
Aras rendah / Aras tinggi
menilai
Divergen / konvergen
Mereka cipta
Tertutup / terbuka
Soalan mengikut aras Taksonomi Bloom

■ PENGETAHUAN
■ Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti,
hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang
biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan,
berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
■ ·Contoh :
a) Beri definisi ‘tingkah laku responden’
b) Senaraikan 3 langkah mengajar pelajar yang membaca
c) Siapakah mencipta lampu elektrik yang pertama?
■ KEFAHAMAN
■ ·Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan
menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah
: terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa
dan sebagainya.
■ ·Contoh :
(a) Mengapa 3 x 8 = 24?
(b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom
(c) Huraikan maksud ‘pancaindera’.
■ KEFAHAMAN
■ Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan
menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah
: terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa
dan sebagainya.
■ Contoh :
(a) Mengapa 3 x 8 = 24?
(b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom
(c) Huraikan maksud ‘pancaindera’.
■ APLIKASI
■ Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep,
prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan
masalah. Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan,
carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya.
■ Contoh :
(a) Bagaimana kita mengajar pelajar supaya mereka boleh membuat ayat dengan
menggunakan perkataan ‘erdikari ‘?
(b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm, 5
cm.
(c) Dengan menggunakan kaedah inkuiri – penemuan, terangkan bagaimana anda
membimbing pelajar- pelajar anda memahami ciri- ciri tanah.
■ PERINGKAT ANALISIS
■ Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan
faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya
digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan,
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.
■ ·Contoh :
(a) Bezakan maksud ‘ bersama dengan ‘bersama- sama’
(b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ‘ujian
objektif atau ujian subjektif ? Mengapa?
(c) Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar
■ ·Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-
kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru
prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:
a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus.
b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja.
c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja.
■ PERINGKAT SINTESIS
■ Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan
atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang
dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan
dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan,
bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya.
■ Contoh
a) Gubahkan satu puisi bertajuk ’Nelayan,.
b) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab.
c) Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh dipertimbangkan untuk
mengintegrasikannya dalam Falsafah Pendidikan Negara.

■ Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak
prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah
boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:
a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas dan
lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut.
b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning.
c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.
■ PERINGKAT PENILAIAN
■ Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji
kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah,
mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya,
prinsip, teori dan sebagainya.
■ Contoh :
(a) Kritikan puisi ‘nelayan’ yang ditulis oleh Usman Awang
(b) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah
panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain.
(c) ‘pendidikan kemajuan asas negara ‘ nilaikan
■ Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-
kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru
prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:
a) Beri pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi.
b) Beri pendapat awak tentang lukisan yang dilukis oleh kawan awak ini.
c) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini.
KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS
PENGAJARAN – PEMBELAJARAN
1. Melalui aktiviti soal jawab, 4. Dengan soalan menguji pengetahuan
pelajar- pelajar akan melibatkan lepas pelajar, guru boleh merancang
diri secara aktif dalam aktiviti aktiviti pengajaran yang sesuai
berdasarkan jawapan pelajar.
pembelajaran mereka. Kesannya ialah pelajar dapat
2. Minat pelajar terhadap pelajaran mengikuti pelajaran dengan lebih
akan bertambah dan bermakna dan mudah difahami.
mendorong mereka
memberi perhatian terhadap 5. Soalan digunakan sebagai aktiviti
aktiviti pengajaran guru. penilaian akan membolehkan guru
mengenalpasti masalah yang
Kesannya ialah pelajar dapat dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah
belajar sesuatu dengan lebih membolehkan guru merancang
menyeluruh dan berkesan. aktiviti pengayaan, pemulihan atau
3. Daya pemikiran pelajar dapat aktiviti pengajaran yang selanjutnya
dengan lebih berkesan.
dikembangkan kepada tahap
yang lebih tinggi.
Samb….KESAN KEMAHIRAN

6. Melalui aktiviti soal jawab, 8. Penyoalan dapat membantu


perhubungan guru dan pelajar pelajar mengukuhkan konsep-
dapat dijalin dengan baik. Pelajar konsep yang baru
akan menyukai pengajaran guru yang dipelajari.
dan tidak merasa segan atau
malu untuk bertanya kepada
guru apabila mereka
menghadapi masalah dalam
pembelajaran.

7. Menggunakan soalan- soalan


untuk menolong pelajar
mengulang kaji pelajaran
akan menambah prestasi
mereka dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai