Anda di halaman 1dari 60

Kemaskini 3 - 12/5/2023

AMALAN
ZULHIJJAH
&
MUHARAM

Semoga dimanfaatkan sebaik-baiknya.


Disunting dan disusun:
Puan Hjh Sahariah Binti Hj Beduroding
Anak Bugis Johor bermastautin di Shah Alam.
Maaf atas sebarang kekhilafan
(019-2245657)
KANDUNGAN

Bil Perkara Hal


1 Bacaan muqadimah sebelum Berzikir & Berdoa 2
2 Kelebihan & Amalan Awal Zulhijjah. 3
3 Amalan Soleh 10 hari Pertama Zulhijjah. 3
4 Ringkasan Amalan 10 Awal Zulhijjah 6
5 Amalan dibaca 1 - 10 Zulhijjah. 7
6 Zikir 10 hari pertama Zulhijjah 7
7 Jadual Amalan 9 Zulhijjah - Hari Arafah. ------------------------------------------------------------------- 9
8 Zikir Arafah ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 10
9 Doa Nabi Adam. 13
10 Zikir, Doa Hari Wukuf. 15
Doa Hari Arafah. --------------------------------------------------------------------------------------------------------- 19
11 Doa di Raudah - Bagi Jemaah Haji. 22
12 Contoh Doa Panjang Wukuf di Arafah.------------------------------------------------------------------------ 25
Catatan 2.
Adab dan Doa Selama Wukuf di Padang Arafah. 35-41
Amalan Malam Raya. 42
13 Amalan Pada Akhir Tahun & 1 Muharam. ------------------------------------------------------------------ 45
Doa Akhir Tahun. 47
Doa Awal Tahun. 48
Doa Awal Muharam. 49
14 Hari Asyura - 10 Muharam. ----------------------------------------------------------------------------------------- 50
Amalan Hari Asyura.
Doa Sepanjang 10 Awal Muharam.
Zikir & Doa Hari Asyura.
15 Amalan pada 10 Muharam yang Menghasilkan Banyak Pahala. -------------------------- 54

-1-
-2-
KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH
1. Termasuk 4 bulan haram.
2. Fadilat dan ganjaran amalan soleh di dalamnya tidak berkurang.
3. Terdapat ibadah haji.
4. Terdapat hari Tarwiyah.
5. Terdapat Hari Arafah - 9 Zulhijjah.
i) Termasuk dalam 10 hari pertama Zulhijah.
ii) Allah telah bersumpah dengan hari Arafah yang menunjukkan keagungan dan kemuliaannya.
iii) Hari Wukuf.
iv) Hari kesempurnaan agama.
v) Hari Raya umat Islam.
vi) Hari sangat baik untuk berdoa.
vii) Hari pengampunan dosa, dilepaskan daripada neraka dan hari kemegahan.
6. Terdapat malam perkumpulan
7. Terdapat hari sembelihan..

KELEBIHAN DAN AMALAN AWAL ZULHIJJAH

1. 10 hari awal Zulhijjah merupakan hari yang Allah paling suka. Merupakan
hari yang paling afdal di dunia. Allah bersumpah dengan sepuluh hari
tersebut menunjukkan keagungan dan kemuliaannya. - kita dituntut untuk
mencari anugerah-anugerah tersebut.
2. Hari-hari paling agung, 1 hari bersamaan 1 ribu hari dan hari Arafah
bersamaan 10 ribu hari.
3. Gandakan amalan kerana pahala berganda, amal soleh yang dilakukan pada
10 hari ini paling disukai oleh Allah Ta’ala, antaranya:
i) berpuasa 1 hingga 9 Zulhijjah
ii) gandakan bersedekah dan berinfaq
iii) berzikir subhanallah, alhamdulillah, la ila ha illallah
4. Berpuasa pada hari Arafah sebagai kafarah dosa setahun lepas dan setahun
akan datang.
5. Buat korban.
6. Dari Maghrib 1 Zulhijjah - 10 zulhijjah, buat Tahlil la ila ha illallah 70,000
kali sebagai pendinding api neraka. Cuba selesaikan sebelum 9 Zulhijjah
supaya senang fokus doa, zikir Arafah dan berpuasa pada 9 Zulhijjah.
7. Pada hari Arafah, baca doa, zikir Zulhijjah, selawat, surah al-Ikhlas 1,000 kali.
8. Daripada Amr bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya Abdullah bin
Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik doa adalah
yang dibaca adalah ucapan Nab-nabi sebelumku iaitu
Lailaha ilallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu
wahuwa a’la kulli syai’in kodir - zikir 1,000 kali (Tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kerajaan dan bagi-
Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.” (Riwayat Tirmizi)
9. Banyakkan berdoa pada hari Arafah. Rasulullah bersabda bermaksud
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah,” (Riwayat Tirmizi)
10. Para Salaf memberi perhatian beramal pada 10 hari pertama Zulhijjah.

-3-
AMALAN SOLEH 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
Tiadalah hari-hari yang lebih besar (ganjarannya) di sisi Allah dan tidak pula lebih
dicintai beramal pada waktunya daripada 10 hari Zulhijjah ini, maka
perbanyakkanlah dalam waktu ini daripada Tahlil (La ilaha illallah) Takbir
(Allahuakbar) dan Tahmid (Alhamdulillah). (HR Imam Ahmad).
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah merupakan sebaik-baik amalan.
2. Amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari Aidil Adha
dan hari-hari Tasyriq (11, 12, dan 13 Zulhijjah).
Bagi empunya haiwan korban disunatkan untuk tidak memotong kuku dan
rambut.
3. Berpuasa pada hari-hari tersebut (1-9) atau sekadar kemampuannya
terutamanya pada hari Arafah. (Menghapuskan dosa setahun yang
lalu dan setahun yang akan datang (HR Muslim)
-Berpuasa merupakan ibadah yang menjauhkan seseorang dari api neraka.
-Doa dikabulkan ketika berpuasa.
4. Takbir (Allahu akbar) dan berzikir. Banyakkan berzikir iaitu bertasbih,
bertahmid, bertakbir, bertahlil dan berdoa pada 1-10 Zulhijjah. Jika biasa
zikir 1,000x, tingkatkan kepada 2,000x sehari.
i) Antara tasbih yang paling disukai Allah ialah “Subhanallah hi wabihamdih”
(Maha suci Allah dengan segala puji bagi-Nya)
ii) Ucapan tahlil yang banyak ganjarannya - “La ilaha illallah hu wahdahu la
syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘ala
kulli syai’in qodiir’ (Tiada tuhan melainkan Allah semata-mata dan tiada
sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha
menguasai atas segala sesuatu) 100x sehari - seperti membebaskan 10 orang
hamba sahaya, ditetapkan baginya 100 hasanah/kebaikan dan dijauhkan
baginya 100 keburukan dan baginya perlindungan dari godaan syaitan hari
itu hingga petang, dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang
yang membaca doa ini kecuali seseorang yang mengamalkan lebih banyak
dari itu. (HR Bukhari 5924)
5. Jaga solat fardhu. Pastikan berjemaah, di masjid/surau. Tambah dengan
solat-solat sunat. Lagi banyak lagi baik. “Bantulah dirimu dengan
memperbanyakkan sujud.” Rasulullah berpesan kepada Tsauban ra: Maksudnya
“Hendaklah kamu memperbanyakkan bersujud (solat) kepada Allah, kerana
tidaklah kamu bersujud kepada Allah dengan suatu sujud melainkan Allah akan
mengangkat satu darjat dengannya, dan menghapuskan dosa darimu dengannya”
(HR Muslim 753)
6. Berqiyamulail. Jangan hanya bangun awal untuk Sunat Fajar dan solat Subuh,
tetapi lagi awal untuk berqiyamulail, mendekatkan diri dengan Allah.
Berqiyamulail sebelum Fajar. Fajar adalah waktu amat bernilai di sisi Allah,
malaikat siang dan malam menyaksikan ibadah kita. Qiyamulail merupakan
amalan orang soleh, sesungguhnya qiamulail itu alat mendekatkan diri dengan
Allah, pencegah dari dosa, penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit
dari jasad.
7. Solat-solat Sunat - Rawatib, Tahajud, Taubat, Tasbih, Istikharah, Witir, Hajat,
-4-
Dhuha, Awwabin, Isyraq.
8. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa. Memperbanyakkan
istighfar pada setiap kesempatan terutama Penghulu Istighfar. Jika diucapkan
pada siang hari, kemudian mati sebelum petang, dia termasuk penduduk Syurga
dan jika diucapkan waktu malam, kemudian mati sebelum Subuh, maka dia
termasuk penduduk Syurga.
9. Membaca Quran. Istiqamah sekurang-kurangnya 50 ayat sehari.
10. Bersedekah. Sedekah adalah amalan yang menghampirkan kita kepada Allah,
menjauhkan seseorang dari murka Allah, insya Allah beroleh husnul khotimah.
11. Menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir/selawat.
12. Minta maaf dengan yang pernah buat dosa, dengan ibu ayah, keluarga, anak-
anak, kawan-kawan, sesiapa sahaja yang pernah terlintas perlakuan dosa.
13. Memperbanyakkan doa. Mendoakan saudara se-Islam, malaikat akan
kembalikan doa kepada kita.
14. Amar Maaruf Nahi Mungkar, menjauhi perkara yang Allah murkai,
melakukan kebaikan yang Allah redhai.
15. Bertakbir pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan
fardu solat lima waktu.
16. Menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah
oleh imam selepas solat tersebut.

** Jika tak mampu perbanyakkan amal, jangan sampai tergamak


melakukan perkara-perkara maksiat yang mengundang murka Allah.
Sedar Allah sentiasa memerhatikan kita. Buat personal check-list
untuk menyemak amalan masing-masing.

-5-
RINGKASAN AMALAN 10 AWAL ZULHIJJAH

-6-
AMALAN DIBACA 100X BERMULA 1 – 10 ZULHIJJAH

Doa supaya Allah melindungi kita dengan Malaikat Hafazhah

Maknanya: Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-Nya dan Ia


mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat-malaikat yang
menjaga dan mengawal).

*Dibaca 3 kali setiap selepas solat, semoga Allah menjaga kita dengan
Malaikat Hafazhah (Penjaga).

ZIKIR 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

-7-
ZIKIR 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

-8-
Membaca selawat di bawah 10x

Jadual Amalan 9 Zulhijjah - Hari Arafah - sekadar cadangan


1. Waktu Maghrib – masuk 9 Zulhijjah
- Solat sunat qabliyah Maghrib, Fardhu Maghrib, sunat Awwabin 6 rakaat.
Awwabin 1 mohon agar dipelihara iman.
- Jika sempat baca surah Yasin dan al-Waqiah
2. Waktu Isyak
- Sunat rawatid qabliyah Isyak, fardhu Isyak, sunat badiyah 4 rakaat (menyamai
solat malam al-qadar). Boleh buat solat tasbih dan akhiri dengan solat witir jika
khuatir terlewat bangun qiyamulai
- Sambung zikir, baca quran - ad-Dukhan, al-Waqiah, as-Sajdah, al-Mulk, awal
akhir al-Kahfi, Amanah Rasul, berwuduk sebelum tidur, membaca zikir, doa
sebelum tidur.
- Niat puasa Arafah siap-siap takut terlepas sahur.
3. Qiyamulail
- Bangun awal daripada biasa sekitar pukul 3 pagi.
- Solat sunat wuduk, taubat, hajat, tahajud (biar lebih) solat Tasbih, witir jika
belum buat.
- Baca quran walaupun sedikit (boleh baca surah Yasin sebab dah biasa, pahala
besar, boleh sedekah kepada mak ayah, orang-orang tersayang) + sambung
sedikit ayat lain 1 mukasurat jika sempat.
- Zikir Berganda - mudah-mudahan malaikat turun beri cahaya.
-9-
- Bersahur
- berdoa pada waktu sahur, banyakkan istighfar akhir sahur, menangis waktu
istighfar. Sekurang-kurangnya Penghulu Istighfar.
4. Waktu Subuh
- Solat sunat Fajar (seperti dunia dan isinya) diikuti fardhu Subuh.
- Sedekah Subuh (sedekah lebih sedikit) dan doa. Niat sedekah bagi pihak orang-
orang yang kita sayang terutama mak ayah, berdoalah lepas bersedekah.
- baca quran, zikir yang biasa, mathurat. (Jangan buka apa-apa chating, FB,
Instagram yang lagha hingga 12 minit lepas waktu Syuruk - buat solat Israq
(pahala haji, umrah sempurna)
5. Waktu Dhuha
- Boleh buat zikir Hari Arafah (rujuk buku panduan Haji), elok selesaikan solat
Dhuha dulu 4 atau 8 rakaat.
- Zikir Arafah buat dengan tenang, jangan kelam kabut, sediakan tasbih cincin
lebih.
6. Rehat
- Rehat - tidur sekejap waktu tengahari supaya bertenaga lepas Asar.
7. Zohor
- sunat baqdiyah Zohor 4 rakaat (menyamai solat malam al-qadar), fardhu Zohor,
badiyah Zohor.
- teruskan zikir, baca quran yang dah biasa buat
- sambung zikir Hari Arafah
8. Asar
- sunat baqdiyah dan fardhu Asar, zikir biasa
- waktu puncak Arafah ialah lepas Asar. Bermula Doa Arafah
=> rujuk Catatan-catatan Amalan Zulhijjah, catatan doa, zikir, dan apa-apa
rujukan doa yang telah disusun. Doa untuk diri, mak ayah, keluarga, sahabat,
muslimin muslimat. Banyakkan mohon keampunan, mohon Syurga, dipadamkan
nama dari senarai ahli neraka, diangkat covid, dipermudahkan urusan dan mati
dalam husnul khotimah.
9. Maghrib, Isyak
- Buat seperti nombor1 dan 2
10. Selepas Isyak
- Waktu wukuf di Arafah. Ada pendapat ikut waktu sana. Jadi berdoa juga
seperti doa Arafah waktu Asar mana tau dengan berdoa 2 kali lebih makbul.

### Berdoa betul-betul. Kita tak tahu, kita sempat atau tidak Zulhijjah
tahun hadapan. Semoga doa terkabul. Mudah-mudahan air mata pada
hari Arafah menjadi pemadam api neraka. Ingat detik-detik di tanah
suci jika pernah ke sana berhaji atau umrah.

ZIKIR ARAFAH – mulakan lepas Subuh 9 Zulhijjah


1. 1000x “La ilaha illallah hu wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul
hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘ala kulli syai’in qodiir’ (Tiada tuhan
- 10 -
melainkan Allah semata-mata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan
dan pujian dan Dialah Maha menguasai atas segala sesuatu)
2. Surah al-Ikhlas - 1000x
3. Ayatul qursi - 360x jika tidak mampu cuba 100x
4. Selawat Ibrahimiyah - 1000x jika tidak mampu buat 100x
5. Zikir pendek

BERDOA
Apabila berdoa, jangan sering minta hal keduniaan seperti rezeki banyak, minta
kekayaan, tetapi minta yang mahal nilainya iaitu minta hidayah, minta
istiqamah dalam ibadah. Minta dikurniai rasa syukur dan sabar dalam segala
keadaan. Minta dijaga lisan dari berkata keji dan kotor. Minta dijauhi penyakit
hati dan paling utama minta diwafatkan dalam husnul khotimah.

Catatan: Antara adab dan syarat makbulnya doa, setiap berdoa hendaknya
dimulai dengan Bismillah dan selawat. Selawat yang sempurna adalah:
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad. Atau: Allâhumma
shalli ‘alâ Sayyidinâ Muhammad wa âli Sayyidinâ Muhammad.

DOA PENGHUJUNG UMUR YANG BAIK


Wahai Allah! Jadikan sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya, dan
sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya.
Jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa dengan-Mu
kelak.

DOA DENGAN KHUSYUK


Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa kami sama ada yang kami ketahui atau pun yang tidak
kami ketahui, berkati kami, rahmati kami, berilah kami hidayah-Mu agar kami
- 11 -
sentiasa dekat dengan-Mu.

Ya Allah,
Terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah
Engkau limpahkan kepada kami hingga hari ini.
Ya Allah,
Kuatkan kami dengan ibadah dan amalan-amalan yang baik. Jauhkan kami
dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hamba-Mu yang
beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada
dalam rahmat dan bimbingan-Mu.
Ya Allah,
Jadikan kami hamba-Mu yang tawadhuk, mudah-mudahan kami menjadi insan
yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.
Ya Allah,
Kurniakan kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah-
Mu dan dapat menjauhi segala larangan-Mu, moga-moga sifat malu tersebut
dapat menjuruskan kami ke Syurga-Mu.
Ya Allah,
Berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungi
semua insan yang kami sayang.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kuatkan iman kami, tunjukkanlah kami jalan untuk mendapatkan hidayah-Mu.
Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah-Mu.
Ya Allah,
Bukakan pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkan hidayah-
Mu agar kami dapat jadikan sebaik-baik penghayatan.
AAMIIN YA RABBAL ‘ALAMIN

Banyakkan berdoa awal bulan Zulhijjah terutama pada hari Arafah kerana
Hari Arafah ialah Hari Pengampunan iaitu hari paling banyak Allah beri
pengampunan. SEBAIK-BAIK WAKTU DOA IALAH HARI ARAFAH.

Boleh guna doa Nabi Adam

- 12 -
- 13 -
Doa-doa Nabi Adam A.S. di atas boleh juga dibaca dan diamalkan pada:
1. Setiap kali berdoa selepas melaksanakan solat fardhu.
2. Doa setelah bertaubat dan selepas mendirikan Solat Sunat Taubat.
3. Doa ketika berada di Makam Ibrahim, selepas melakukan Solat Sunat Tawaf.

- 14 -
- 15 -
- 16 -
ZIKIR, DOA HARI WUKUF - boleh juga rujuk buku panduan haji.
Jemaah haji memulakan zikir waktu pagi/waktu dhuha, kita di Malaysia buat ikut
sempat.
1. 100x - Astaghfirullaahal ‘azhiimalladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul
qayyuumu wa atuubu ilaihi.
2. 3x - Labbaikallaahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika,
innal hamda wan-ni’mata laka wal- mulka laa syariika laka.
3. 3x - Allaahu akbaru, Allaahu akbaru, Allaahu akbaru, laa ilaaha illallaahu
wallaahu akbaru Allaahu akbaru walillaahil hamdu.
4. 100x - Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku
walahul hamdu yuhyii wayumiitu biyadihil khairu wahuwa ‘alaa kulli syai-
in qadiirun.
5. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim. Asyhadu
Annallaaha ‘alaa kulli syai-in qadiirun wa annallaaha qad ahaatha bikulli
syai-in ‘ilmaa.
6. 3x - A’uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim, innallaaha huwas samii’ul
‘aliimu
7. 3x - Surah al-Fateha.
8. 100x - Surah al-Ikhlas.
9. 100x - Shallallaahu wa malaa-ikatuhu ‘alan nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa
aalihi wa ‘alaihis salaamu warahmatullaahi wabarakaatuh
10. Allaahumma innii as-aluka biwajhikal kariimi wajuudikal qadiimi
wabismika a’zhami an tushalliya ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa
antaghfira lanaa waliwaalidainaa wa aulaadinaa wa ikhwaaninaa wa
aqribaa-inaa wa masyaayikhinaa wa ashhaabinaa wa azwaajinaa wa
ashdiqaa-inaa waliman aushaanaa bid-du’aa-i waliman ahsana ilainaa
waliman lahu haqqun ‘alainaa waliman zhalamnaahu au asa’naa ilaihi
walijamii’il muslimiina wal- muslimaati al-ahyaa-I minhum wal- amwaati
wa an tarzuqanaa wa iyyaahum khairayid dunyaa wal aakhirati wa an
tahfazhanaa wa iyyaahum min jamii-I balaa-id dunyaa wa ahwaali yaumil
qiyaamati wa an tarzuqanal ‘uluuman naafi’ata wal- a’maalash shaalihaata
wa an ta’shimanaa min jamii’il ma’aashii azh-zhaahirati wal-baathinati wa
an tusahhila lanaa rizqan halaalan waasi’an wa an takfiyanaa syarral
asraari minal insi wal-jinni wad- dawaabbi waghairihaa wa an
takhtimanaa wa iyyaahum bihusnil khaatimati aamiin. Washallallaahu
‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shahbihi wasallama.

Ertinya:
1. Aku mohon ampun pada Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain
Dia Yang Maha Hidup dan yang mengatur segala makhluk-Nya dan kepada-
Nya aku bertaubat. - 100x
2. Aku datang memenuhi panggilan-Mu tiada sekutu bagi-Mu. Aku penuhi
panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat serta kekuasaan hanya
- 17 -
milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
3. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan
selain Allah. Allah-lah Yang Maha Besar, Allah-lah Yang Maha Besar dan
hanya milik Allah segala pujian. - 3x
4. Tiada Tuhan selain Allah satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya. Milik Allah-lah
kerajaan dan milik Allah-lah pujian, yang menghidupkan dan mematikan. Di
tangan-Nya segala kebaikan dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- 100 x
5. Tiada daya (untuk memperoleh manfaat) dan tiada kekuatan (untuk menolak
bahaya) kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung. Aku bersaksi sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan
sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.
6. Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya Allah
Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. - 3x
7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Raja di hari kemudian. Hanya kepada-Mu lah kami menyembah
dan hanya kepada-Mu lah kami minta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang
lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat bukan jalan orang yang
Engkau murkai dan an bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Aamiin. - 3x.
8. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah
hai Muhammad Allah itu Maha Esa. Allah itu tempat meminta. Allah itu tidak
beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak satupun yang setara dengan Dia.
- 100x.
9. Allah dan Malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi yang ummi serta kepada
segenap keluarganya. Semoga shalawat, rahmat dan berkah dari Allah tercurah
kepadanya. - 100x.
10. Ya Allah, kami mohon dengan Dzat-Mu Yang Maha Mulia dan dengan
kemurahan-Mu dan dengan nama-Mu Yang Maha Agung, limpahkanlah
rahmat-Mu kepada junjungan kami Muhammad SAW. Ampunilah kami,
ayah bunda kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, kaum kerabat
kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, pasangan kami, teman-teman
kami, dan orang-orang yang berpesan untuk didoakan dan semua orang yang
berbuat baik kepada kami, orang-orang yang pernah kami zalimi ataupun orang
yang pernah kami berbuat jahat kepadanya, semua orang-orang muslim dan
muslimat yang masih hidup dan yang sudah meninggal. Dan berilah kami
rezeki, juga mereka dengan kebaikan dunia dan jauhi dari bencana pada hari
kiamat. Berilah kami ilmu yang bermanfaat amal perbuatan yang baik,
lindungilah kami dari semua perbuatan maksiat yang nyata dan tersembunyi,
mudahkanlah kepada kami rezeki yang halal yang melimpah, lindungilah kami
dari segala kejahatan manusia, jin, serta binatang dan lainnya, dan akhirilah
hidup kami dan mereka dengan husnul khatimah. Amin. Semoga rahmat dan
keselamatan tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para
- 18 -
sahabatnya.

Amalan Tambahan
Banyakkan membaca al-Quran dan berselawat.
i) membaca surah al-Ikhlas atau surah al-Hasyr. Membaca surah al-Ikhlas
1000x. Daripada Hadis - “Sesiapa membaca surah al-Ikhlas 1000x pada hari
Arafah akan dikurniai oleh Allah apa yang dipinta-nya seperti doa “ Allahumma
inna nas aluka ridhaka waljannata wanaudzu bika min sahatika wannar”.
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keredhaan-Mu serta Syurga dan aku
memohon perlindungan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka)
ii) Membaca ayatul qursi - 360x
iii) Selawat Ibrahimiyah - 1,000x
## jika tidak mampu membaca 1,000x, usahakan membaca 100x.

DOA HARI ARAFAH


Untuk Jemaah Haji. BOLEH JUGA UNTUK BACAAN HARIAN
1. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman,
yang menerima kitab amal dengan tangan kanan kami.
2. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku
mengucapkan kalimah syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.
Kurniakanlah kepadaku syafaat junjungan besar Nabi Muhammad saw.
3. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan rasulullah saw, keluarganya dan
para sahabat di Syurga Firdaus-Mu. Ya Allah muliakan hidupku sepertimana
Engkau muliakan Rasulullah SAW dan jadikan aku sebagai hamba yang
soleh dan umat Nabi Muhammad SAW yang layak mendapat syafaat
baginda di akhirat nanti.
4. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakanlah
mereka hidayah Islam.
5. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku
sayangi semata-mata kerana-Mu.
6. Ya Rabb, sempurnakanlah agamaku dan ibadahku. Selamatkan aku dari
kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
7. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku.
padamkan dosa-dosaku dan ampuni aku sepenuhnya. Limpahi aku rahmat-Mu
untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
8. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwa dan rekod amalanku menjadi amalan
tertinggi.
9. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan,
ketabahan dan peningkatan iman.
10. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat
pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan
selain dari Arash-Mu.
11. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakalku pada-Mu. Janganlah ada
- 19 -
keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan-Mu dan kekuasaan-Mu.
12. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku kepada-Mu dan Nabi-Mu.
13. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnia rahmat dan rezeki-Mu.
14. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat
keredhaan-Mu.
15. Ya Allah, Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata-mata dan lindungi
aku dari menunjuk- nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat
angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
16. Wahai Penciptaku, jangan biarkan aku sendirian. Berkatilah aku dengan
pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
17. Ya Tuhanku. Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada-
Mu dan kepada ibu bapaku.
18. Selamatkanlah aku daripada fitnah dajjal.
19. Selamatkanlah aku dari azab api neraka.
20. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
21. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat
bersujud kepada-Mu dengan mudah hingga akhir hayatku.
22. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-
penindas yang zalim. Selamatkanlah kami dari fitnah dan permudahkan kami
mengharungi zaman sukar ini.
23. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini dan yang terbaik
di akhirat nanti dan selamatkan aku dari api neraka. Sesungguhnya aku
memang memerlukan kurniaan dari-Mu Ya Allah.
24. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepada-Mu.
25. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
26. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku/suamiku dan anak-anakku menjadi tetamu-
Mu berulang-ulang kali.
27. Ya Allah, lindungi aku dari syaitan, jin dan arak. Lindungi aku dari perbuatan
jahat dan niat mereka.
28. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada kedua ibu bapaku, lapangkan
kubur mereka dan tempatkan mereka dari kalangan para solihin.
29. Ya Allah, aku berdoa dan memohon kepada-Mu untuk mengurniakan
bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan aku semua dari kufur,
putus asa, salah laku dan syirik.
30. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur yang
panjang, semoga aku dapat bangun untuk tahajud dan tidak meninggalkan
solat Subuh.
31. Ya Allah, berikan aku kesempatan sentiasa mensyukuri nikmat-Mu,
membasahkan bibirku dengan menyebut nama-Mu.
32. Ya Allah, bukalah pintu rezeki yang Engkau berikan kepadaku, serta
mudahkanlah jalan untuk mencarinya. Mudah-mudahan rezeki yang Engkau
kurniakan kepadaku dapat membawa keberkatan dalam hidupku di dunia dan
di akhirat.
33. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih, aku
- 20 -
berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas. Aku berlindung dengan-Mu
daripada sifat pengecut dan bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada
bebanan hutang dan penindasan orang. [Doa ajaran Nabi kepada Abu
Umamah yang banyak hutang.]
34. Ya Tuhanku..berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk
mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkan aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.

Doa dengan syahdu, sungguh-sungguh, biar dengan air mata.


Ya Allah Ya Rahman, rahmatilah kami semua,
Ya Allah Ya Ghofur, ampuni segala dosa kami,
Ya Allah Ya Hadi, berilah kepada kami petunjuk ke jalan yang lurus.
Ya Allah Ya Hayyu, hidupkan kami dalam keadaan Islam, iman,
Ya Allah Ya Zal jalali wal ikram, Ya Allah Ya Karim, muliakan kami dunia
dan akhirat,
Ya Allah Ya Razzaq, berilah kepada kami rezeki yang berkah yang mampu
membahagiakan keluarga kami Ya Rabbal alamin.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, terimalah kami sebagai hamba-Mu Ya Allah,
Berilah kepada kami redha-Mu Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah masukkanlah kami serta keluarga kami, kedua orang tua kami ke dalam
syurga-Mu bersama Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, inilah doa kami, inilah munajat kami. Ya Allah, mohon diijabah, mohon
diterima. Ya Allah, Ya Arhamar Rohimin
Robbana Aatina Fiddunya hasanah wafil akhirati hasanahtan, waqinaa ‘azaabannaar
Walhamdulillahi robbil ‘alamin.

DOA UNTUK ANAK


Ya Allah
Jadikan kami keluarga yang sakinah yang dapat membawa kebahagiaan kepada
kehidupan kami di dunia dan di akhirat kelak, jadikan anak-anak kami serta zuriat
keturunan kami zuriat yang soleh dan solehah. Sebagai penyeri dalam kehidupan
kami di dunia yang fana ini. Mudah-mudahan kebahagian akan dapat kami kecapi
dalam menjalani kehidupan kami di dunia dan di akhirat.
Amiin Yaa Rabbal‘Alamiin.

DOA MENTENTERAMKAN HATI DAN MEMPEROLEH REZEKI


Doa kebahagiaan hati, ketenteraman hati membuka pintu rezeki untuk
memperoleh ketenteraman batin.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya.
Wahai pelindungku dalam dukaku, duhai Sahabatku dalam deritaku, duhai
Kekasihku dalam nikmatku, duhai Tujuanku dalam harapanku, Engkaulah Yang
menutupi rahsiaku, Yang Mententeramkan ketakutanku, Yang Menghapuskan
ketergelinciranku. Ampuni kesalahanku, wahai Yang Maha Pengasih dari semua
Yang Mengasihi.
- 21 -
Ya Allah, aku berdoa kepada-Mu dalam duka yang tak akan dibahagiakan
oleh selain-Mu, rahmat yang tidak akan dicapai kecuali oleh-Mu, harapan yang
tidak akan tercapai kecuali dengan izin-Mu, hajat yang tidak akan terpenuh
kecuali oleh-Mu.
Ya Allah, sebagaimana Kau izinkan daku untuk bermohon pada-Mu, dan Kau
sayangi daku untuk mengingati-Mu, maka dengan keadaan-Mu, duhai
Junjunganku, perkenankan apa yang kumohon pada-Mu, dan selamatkan daku
dari apa yang kumohon perlindungan pada-Mu. Jika aku tidak layak mencapai
rahmat-Mu, rahmat-Mu layak mencapaiku dan meliputiku. Jika aku tidak layak
memperoleh ijabah-Mu, dan rahmat-Mu meliputi segala sesuatu, maka liputi daku
dengan rahmat-Mu.
Ya Ilahi, duhai Tuhanku, duhai Yang Maha Mulia, aku bermohon pada-Mu
dengan wajah-Mu yang Mulia, sampaikan selawatku kepada junjungan besar Nabi
Muhammad saw dan ahlul baitnya, bahagiakan dukaku, hilangkan duka dan
deritaku, sayangi daku dengan rahmat-Mu, berikan padaku kurnia-Mu. Sesungguh
Engkau Maha Mendengar doa, Maha Dekat dan Maha Mengijabah.

DOA DI RAUDAH – Bagi Jemaah Haji


Segala puji-pujian tertentu bagi Allah seru sekalian alam. Puji-pujian yang
menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya wahai Tuhan kami.
Kepada Engkaulah puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran
kekuasaan-Mu, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw,
keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, datuk
nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara-maraku dan sekalian guru-guruku,
seterusnya sekalian muslimin muslimat sama ada yang hidup atau yang telah mati
dengan limpah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Amat
Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau telah berfirman dan firman-Mu adalah benar.
Jika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri lantas mereka datang
kepada-Mu lalu memohon keampunan kepada Allah, Rasul pun memohon ampun
untuk mereka tentulah mereka mendapati Allah itu Maha Penerima Ampun lagi
Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya aku memohon syafaat nabi-Mu dan
rasul-Mu. Junjungan Muhammad saw atasku pada hari yang padanya harta benda
dan anak-pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun kecuali [harta
benda dan anak pinak] orang yang berjalan kepada Allah dengan hati yang
selamat sejahtera [dari syirik dan penyakit munafik]. Dan bahawa Engkau
sempurnakan keampunan kepadaku sepertimana Engkau sempurnakan kepada
mereka sezaman dengan rasulullah.
Ya Allah Ya Tuhanku! Jadikanlah Rasulullah saw orang yang mula-mula
sekali memberi syafaat, yang paling berjaya daripada orang-orang yang memohon
dan paling mulia daripada golongan mereka yang terawal dan yang terkemudian
- 22 -
dengan kemuliaan dan kemurahan-Mu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah lagi
Amat Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku. Aku pohon kepada-Mu keimanan yang sempurna,
keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui tidak akan menimpa bencana
kepadaku melainkan apa yang telah Engkau tetapkan. Aku memohon ilmu yang
berguna, hati yang sentiasa khusyuk, lidah yang selalu menyebut nama-Mu limpah
kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan soleh yang diterima serta perniagaan
yang tidak rugi.
Ya Allah Ya Tuhan kami. Lapangkanlah dada kami, tutuplah keburukan
kami, ampunilah dosa kami, tenteramkanlah hati kami dari ketakutan,
sempurnakanlah amalan-amalan kami dengan kebajikan, terimalah ziarah kami
ini, kembalikanlah kami kepada ahli keluarga kami dalam keadaan selamat dan
sejahtera, tidak kecewa dengan tidak mendapat bala bencana. Engkau jadikanlah
kami dari golongan hamba-hamba-Mu yang soleh iaitu dari golongan mereka
yang tidak takut terhadap seteru dan tidak merasai susah hati.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka. Ya Allah Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami. Berilah rahmat dari gedung kemurahan-Mu, sesungguhnya Engkaulah
Tuhan Yang Maha Pemurah memberi anugerah.
Ya Allah Ya Tuhan-Ku. Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku serta
semua orang yang beriman lelaki dan perempuan pada hari hisab. Wahai Tuhan
kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Maha Suci Tuhanku,
Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan
dan salam sejahtera ke atas sekalian rasul serta segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

DOA UNTUK KELUARGA


Sesuai juga dibaca lepas solat. Baca bersungguh-sungguh selepas solat.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau yang Maha Pengampun
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampuni dosa-dosa dan kesalahan suamiku
Ampunilah dosa dan kesalahan kedua-dua ibu bapa kami,
Abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azab-Mu dari api neraka-Mu dari
kemurkaan-Mu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya
syaitan. Dekatkan kami dengan syurga-Mu, dekatkan kami dengan syurga-Mu,
dekatkan kami dengan kasih sayang-Mu, dekatkan kami dengan kasih sayang-Mu,
dan dekatkan kami dengan agama-Mu.

- 23 -
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurga-Mu,
Bukakanlah pintu hati kami unutk menerima cahaya petunjuk dari-Mu
Tabahkanlah hati kami dalam menerima ujian dari-Mu,
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh.
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami.
Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan di
akhirat. Matikan kami dalam agama Islam, Teguhkan hati kami dalam agama
Islam dan jangan Engkau tarik nikmat Islam dalam hidup kami.
Ya Allah Ya Rahman
Limpahkanlah kasih sayang dan keberkatan dalam keluarga kami,
Sayangi aku, ampuni aku, lindungi aku.
Hanya kepada-Mu tempatku bermohon dan mengadu.
Makbulkanlah doaku ini.
Aamiinn, Aamiin, Ya Rabbal Aalamin.

DOA UNTUK IBU BAPA


Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat
baik kepada ibu bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua
sebagaimana mereka telah mendidik kami sewaktu kecil.
Ya Allah, sayangilah kedua-dua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah
mereka.
Ya Allah, ampuni mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat
menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus
menerus mereka lakukan.
Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada
kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih
sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.
Ya Allah, berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana
sibuk mendidik kami. Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi
kepada-Mu kerana mengutamakan kami. Maafkan mereka atas segala dosa,
maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.
Ya Allah, berilah mereka bahagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau
hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq
yang telah mendekatkan kami kepada-Mu. Dan jangan bebankan kepada mereka
segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tangjungjawab yang kami
abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.
Bagi ibu bapa dan nenek-moyang kami yang telah meninggalkan kami, berilah
mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang
menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan.
Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang
kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang neraka.
- 24 -
Ya Allah, lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan
kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami pada masa hidup
mereka.
Ya Allah, jangan sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang
mengecewakan mereka dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.
Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Mungkar dan
Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.
Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para
arwah, ketika orang yang oleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang
soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.
Ya Allah, jadikan kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan
jadikan mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak
mereka hingga Engkau kumpulkan kami, merreka dan segenap kaum muslimin di
negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu dan tempat para wali-Mu
bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan, iaitu para nabi, shiddiqin,
syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baik teman.
Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam
semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw,
keluarga dan para sahabat baginda.

CONTOH DOA PANJANG KETIKA DI TANAH SUCI DAN


WUKUF DI ARAFAH (kita di Malaysia pun berdoa juga, ambik
semangat Hari Arafah) - Hayati bait-bait doa, cuba agar mengalir air
mata.

A’uudzu billaahi minasy-syaithaanir-rajiim Bismillaahir-rahmaanir-rahiim


Alhamdu lillaahi rabbil-‘aalamiin Subhanallah walhamdulillah wa lailaha
ilallahu wallahuakbar.

Kami berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah,
Allah Maha Besar.
Tak ada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah
Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya lah kerajaan dan bagi-Nya pula
puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Tiada Tuhan selain Allah dan
tiada daya dan upaya serta tak ada kekuatan selain dengan Allah jua.

Laa ilaaha illallahu wallaahu akbaru, laa illaaha illallaahu wahdahu laa
syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai-in
qadiirun, laa ilaaha illallaahu wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kerana sesungguhnya bagi-Mu puji-


pujian, tiada Tuhan selain-Mu, wahai Yang Maha Pemberi, yang menjadi harapan,
- 25 -
Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Maha Luhur dan Maha Mulia.

Ya Allah, limpahkanlah selawat atas junjungan kami Nabi Muhammad


SAW, selawat yang dapat menyelamatkan kami dari segala huru-hara (akhirat)
dan afiat, dapat memberikan hajat (kebaikan) kepada kami, dapat
membersihkan kami dari kejelekan, dapat mengangkat kami ke darjat yang
lebih tinggi di hadapan Engkau, dapat membawa kami menuju kebajikan yang
paling baik semasa kami hidup maupun sesudah mati. Semoga Allah
melimpahkan selawat dan salam atas makhluk-Nya yang paling baik iaitu
junjungan kami Muhammad SAW, semua keluarga dan para sahabat beliau.
Aku mohon ampun segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung (3-10x)
Astaghfirullaahal ‘azhiiim (3-10x)
Ya Allah, Engkau Tuhan kami, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau
ciptakan kami, dan kami hamba-Mu, dan kami memenuhi janji dan ikatan kepada-
Mu, kami berusaha memenuhinya dengan segala kemampuan kami. Kami
berlindung kepada-Mu dari kejelekan-kejelekan yang kami perbuatkan. Kami
sedar akan nikmat yang Engkau berikan kepada kami dan kami sedar akan dosa
kami, kerana itulah ampunilah kami, sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni dosa kami selain Engkau.

Ya Tuhan kami, (selama ini) kami telah membuat aniaya terhadap diri kami
sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami, pastilah kami ini tergolong orang
yang rugi. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah
kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang
baik. Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami termasuk
orang yang zalim. Ya Allah, ampunilah semua dosa kami, baik yang halus dan
yang kasar, yang terdahulu dan terkemudian, yang nyata dan yang tersembunyi.
(HR Muslim, Abu Daud dan Hakim)

Ya Allah, sedemikian banyak dosa yang telah kami lakukan sejak kami akil-
baligh hingga hari ini. Dosa kami ketika kami remaja yang sering menyusahkan
orang tua kami dan guru-guru kami, membuat mereka sedih, membohongi mereka
dan tidak menghormati mereka. Tidak pula kami bersyukur kepada-Mu atas
nikmat memiliki orang tua yang baik dan menyayangi kami. Ampunilah kami Ya
Allah, sungguh kami lebih beruntung berbanding anak-anak lain yang dibesarkan
tanpa orang tua atau memiliki orang tua tetapi tidak peduli akan anaknya.

Ampuni pula dosa-dosa kami ketika remaja yang hampir tak pernah kami
mengingat-Mu setiap hari, pada hal saat itu Engkau telah mulai mencatat dan
mengumpulkan setiap dosa-dosa kami. Ampunilah kemalasan kami dalam
melakukan solat pada masa lalu kami, ampunilah kebodohan kami saat itu yang
lebih takut pada kehilangan teman dan pergaulan daripada bergantung kepada
Engkau. Ampuni pula pergaulan kami selama remaja yang jauh dari nilai-nilai
agama dan sering menyakitkan hati orang lain sedangkan kami sering
- 26 -
melakukannya tanpa rasa bersalah. Ampuni pula dosa-dosa kami semasa kami
bekerja dan berkeluarga. Sungguh kini kami menyedari bahawa tiada redha dan
pahala dari-Mu untuk setiap kelelahan kami bekerja selama ini bila tidak didasari
niat kerana mencari keredhaan-Mu. Sedemikian banyak pekerjaan yang kami
lakukan hanya dengan niat mencari wang atau kerana takut miskin dan bukan
kerana mencari keredhaan-Mu, padahal Engkau hanya menyuruh kami bekerja
sedangkan masalah rezeki dan kaya miskin semuanya Engkaulah yang
memutuskan. Sering kami lebih takut pada atasan kami dan pada keterburu-
buruan kami dibanding rasa takut kami pada-Mu dalam menegakkan solat,
padahal Engkau telah mempersiapkan neraka yang sedemikian dahsyatnya untuk
orang-orang yang meninggalkan atau mensia-siakan solat.

Ya Allah, seandainya Engkau telah mempersiapkan hukuman satu tahun di


neraka untuk setiap satu kali solat yang kami tinggalkan atau yang belum
sempurna, maka harus berapa ribu tahun kami di neraka untuk mengganti ribuan
solat yang telah kami tinggalkan atau kami laksanakan dengan tidak sempurna
selama hidup kami sejak kami akil-baligh. Kerana itu ampunilah dosa-dosa kami
Allah, siapa lagi yang dapat mengampuni kami kalau bukan Engkau Ya Allah. Ya
Allah, apabila dihitung mungkin akan ada sedemikian banyak barang atau wang
atau waktu terbuang yang kami gunakan tidak pada jalan yang Engkau redhai,
atau kadang-kadang sering pula kami membenarkan suatu perbuatan zalim dan
bahkan menganggapnya sebagai hak kami. Selama itu kami jarang mengingati-
Mu dan malah berbuat banyak dosa. Ampunilah semua dosa-dosa kami Ya Allah,
ampunilah Ya Allah. Ampuni pula kelalaian kami dalam mengurus rumah tangga
kami, kebodohan kami dalam berperilaku dalam keluarga kami. Ampunilah sikap
kami yang sering mengecewakan suami /isteri kami, membuat sedih hatinya,
tidak menghormatinya, tidak mengurusnya dengan baik, dan tidak
membimbingnya dengan baik menuju jalan Islam yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah, ampunilah mata kami yang lebih sering kami gunakan untuk
melihat hal-hal yang tak berguna atau hal yang maksiat dan hal-hal yang Engkau
murkai, padahal kalau Engkau takdirkan kami buta maka sungguh kami akan
menjadi makhluk yang lemah tak berdaya. Ya Allah ampuni pula mulut kami
yang sering menyakitkan perasaan orang lain, yang sering membohongi orang
lain, yang sering mengajak orang lain berbuat dosa dengan kami sedari atau tidak
kami sedari, dengan mulut ini pula kami sering membicarakan ghibah dan fitnah
yang hukumannya sangat dahsyat, dengan mulut ini pula kami menyampaikan
kesombongan, ketamakan, kekikiran dan ke-riya’an diri kami. Ampunilah seluruh
kata dan perbuatan buruk yang pernah keluar dari mulut kami ini.

Ya Allah, ampuni pula telinga kami yang selama ini tidak mendengarkan
suara-suara yang baik, seperti ucapan-ucapan bijak para ulama, nasihat agama
dalam ceramah agama dan mendengarkan ayat-ayat Al-Quran. Apa jadinya diri
kami ini bila Engkau tarik pendengaran kami. Padahal itu begitu mudah bagi-Mu.
- 27 -
Ya Allah, ampunilah tangan kami yang sering menjadi kikir dalam memberikan
sedekah kepada orang lain, yang jarang digunakan untuk menuliskan kebaikan-
kebaikan untuk orang lain. Apa jadinya kalau Engkau ambil tangan kami ini dari
tubuh kami. Ampuni kaki kami yang lebih banyak digunakan menuju tempat-
tempat kemewahan dan kepentingan duniawi dan jarang digunakan untuk menuju
ke mesjid dan pengajian. Apa jadinya kalau Engkau ambil kaki ini dari tubuh
kami. Ya Allah, jadikanlah kaki kami ini lebih rajin mengunjungi orang-orang
soleh, menghadiri majlis-majlis ilmu, mendamaikan orang, menyambung
silaturahim, melaksanakan jihad, dan melakukan perbuatan-perbuatan yang
mententeramkan hati dan memperkuatkan iman kami. Ampuni syahwat kami yang
sering sulit kami kendalikan, sedemikian lemahnya kami menghindarkan
pandangan dan syahwat dari lawan jenis kami yang semakin bebas berkeliaran di
zaman ini. Ampunilah diri kami Ya Allah, kuatkanlah iman kami dari maksiat
syahwat. Ya Allah, ampunilah kesombongan kami akan akal dan otak kami yang
sering menjadikan kami merasa paling cerdas. Padahal sungguh begitu mudah
bagi-Mu untuk menjadikan kami bodoh atau gila. Pada hal Engkau sangat
membenci kesombongan, apalagi kesombongan akal. Padahal orang yang paling
cerdas menurut-Mu adalah orang yang paling banyak bertaqwa. Ampunilah
kebodohan dan kesombongan kami.

Ya Allah, beri kesempatan kami untuk bertaubat, hapuskanlah seluruh dosa-


dosa kami. Alangkah bodohnya kami Ya Allah, padahal ilmu kami sangat sedikit
tetapi sering kami merasa sudah berbuat yang terbaik. Tambahkanlah ilmu (agama)
kami Ya Allah supaya kami dapat membezakan mana perilaku kami yang sudah
baik dan mana yang masih buruk. Janganlah Engkau golongkan kami kepada
golongan orang-orang yang bodoh tetapi berasa paling benar, atau orang yang
sebenarnya malas tetapi selalu berasa perlu banyak istirahat, jangan pula menjadi
orang yang sebenarnya sombong kerana berasa lebih mampu dibandingkan orang
lain, jangan pula kami menjadi orang yang kikir hanya kerana berasa ada
keperluan lain yang lebih penting atau kerana kami takut lapar dan
takut miskin, jangan pula kami menjadi riya’ kerana lebih memerlukan pujian
orang lain. Ya Allah, sungguh kami lupa mengingat semua dosa-dosa kami yang
sedemikian banyaknya selama hidup kami. Kami pun sering sedemikian bodohnya,
sehingga banyak dosa-dosa yang kami anggap kecil atau tidak ada padahal
Engkau telah mencatatnya sebagai dosa-dosa besar. Ya Allah sesungguhnya
Engkau lebih mengetahui dosa-dosa yang telah kami lakukan, ampunilah semua
dosa-dosa kami, baik yang kami ingat mahupun yang telah kami lupa, yang
sengaja ataupun yang tak sengaja, yang besar mahupun yang kecil, yang dulu
mahupun yang akan datang, seluruhnya Ya Allah. Jangan ada tersisa sedikit pun
Ya Allah.

Ya Allah ampunilah dosa syirik besar mahupun kecil yang pernah kami
lakukan. Kami tahu dosa syirik takkan terampun kerana itu hapuskanlah dosa-
dosa syirik itu dari daftar dosa yang telah Engkau catat. Hapuskanlah Ya Allah.
- 28 -
Janganlah sampai kami terjebak lagi dalam syirik, bukakanlah mata kami untuk
membezakan mana yang syirik dan mana yang tidak, kuatkanlah iman kami untuk
menjauhkan syirik sejauh-jauhnya, kuatkan iman kami Ya Allah, dan kuatkanlah
kesabaran kami walaupun kami menghadapi ujian yang sangat berat sekalipun.
Kuatkanlah aqidah kami Ya Allah, bersihkan qalbu kami tambahkan ilmu agama
kami, ilmu yang bermanfaat, bersihkan niat kami dari riak,
Amiin Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang pernah kami lakukan pada umat dan
makhluk-Mu. Ampunilah perbuatan jahat, laknat, maksiat, zalim dan hal-hal lain
yang Engkau murkai yang pernah kami lakukan kepada umat manusia lainnya,
baik lelaki, perempuan dan anak-anak, baik yang masih hidup ataupun yang sudah
meninggal. Ampunilah rasa malu dan kesulitan kami untuk memohon maaf
kepada mereka satu persatu, bukalah pintu maaf orang yang pernah kami zalimi
untuk diri kami. Gugurkanlah setiap dosa kami kepada mereka setiapkali mereka
sedang mengingati kami atau mengingati kesalahan kami pada mereka.
Jadikanlah doa kami ini menjadi taubat nasuha. Bimbinglah dan tunjukanlah kami
jalan yang baik untuk hari-hari selanjutnya untuk tidak mengulangi perbuatan-
perbuatan yang Engkau golongkan dosa kecil apatah lagi dosa besar. Ya Tuhan
kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami serta kasihilah
mereka sebagaimana kasih mereka pada kami sewaktu kami masih kecil.
Rabbighfirlii wa liwaalidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa
(3-10x)

Ya Allah, rendahkanlah suara kami di mata ibu bapa kami, indahkan bicara
kami di mata mereka, lembutkan tingkah laku kami di mata mereka, rindukan
mereka akan hati kami, jadikanlah kami orang yang mengasihi dan menyayangi
mereka. Ya Allah, berikan pahala kepada mereka atas upaya mereka mendidik
kami, limpahkan kurnia-Mu atas pemberian mereka pada kami, dan jagalah
mereka sebagaimana mereka menjaga kami semasa kecil.

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri dan keturunan yang dapat menjadi
penyenang hati bagi kami dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang
yang bertaqwa. (QS, al-Furqan, 25:74)

Duhai Yang Maha Mengasihi dan Menyayangi umat manusia. Kurniakanlah


kami keluarga yang sakinah, keluarga yang soleh dan bertaqwa, keluarga yang
sangat mencintai diri-Mu dengan penuh makna dan ikhlas, keluarga yang bahagia,
damai, harmonis, tenteram, tawadhu, sabar dan santun. Kurniakanlah kepada
keluarga kami kesihatan, keamanan, kemudahan, kemuliaan, kehormatan,
kebahagiaan dan kesejahteraan, keimanan serta dijauhkan dari tekanan hutang,
sifat kikir dan sifat boros. Jauhkanlah segala macam penyakit dari diri kami,
kedua orang tua kami dan keluarga kami. Jadikan hari tua dan akhir hidup kami
dan orang tua kami penuh kebahagiaan, kesihatan dan kedamaian, dan kuatkan
iman kami semua di saat sakaratulmaut. Kuatkanlah keimanan dan perbanyaklah
- 29 -
amal dan ibadah kami, kedua orang tua kami dan kami sekeluarga, baik saat kami
lemah dan tua serta di detik-detik terakhir kehidupan kami. Kurniakanlah kami
sekeluarga dan orang tua kami akhir hidup yang indah, husnul khotimah

Ya Allah, Kumpulkanlah kami sekeluarga dan kedua orang tua kami beserta
seluruh sanak saudara kami di syurga-Mu Ya Allah. Kumpulkanlah kami
bersama-sama Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang mulia serta keluarganya
yang sabar dan pandai mensyukuri. Haramkan neraka bagi kulit kami Ya Allah.
Ya Allah ampunilah kesalahan kami, kelalaian kami dan kekurangan kami dalam
melayani kedua orang tua kami, ampuni perbuatan kami yang sengaja atau tak
sengaja yang telah banyak menyusahkan dan membebani fikiran kedua orang tua
kami sehingga mengurangi kebahagiaan mereka.

Ya Allah, ampunilah kesalahan dan kebodohan kami dalam memelihara


keluarga kami. Berilah kami petunjuk dan kemudahan dalam membesarkan dan
mendidik anak-keturunan kami. Sihatkanlah kami, sihatkanlah anak kami. Ya
Allah kurniakanlah usia yang panjang, kesihatan dan kekuatan mental dan fizikal,
kehormatan, kemuliaan, kecerdasan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anak-
keturunan kami. Jadikanlah anak keturunan kami menjadi umat-Mu yang soleh /
solehah dan bertaqwa, ikhlaskan hatinya untuk menjaga kami saat kami tua dan
lemah, yang rajin mendoakan kebaikan kepada kami/orang tuanya saat kami hidup
dan saat kami/orang tuanya telah meninggal dunia. Ya Allah, perbanyaklah
sebanyak-banyaknya jumlah umat muslim yang ikhlas menjaga dan
memperhatikan kami saat kami lemah dan tua, serta mendoakan kami setelah
kami meninggal dunia.

Ya Allah, berilah kami rezeki yang halal dan baik, serta pakaikanlah pada
kami segala perbuatan yang baik. Ya Tuhan kami, jadikanlah oleh-Mu rezeki
kami itu paling luas pada saat tua kami dan saat lemah kami. Ya Allah,
cukupkanlah bagi kami segala rezeki-Mu yang halal daripada yang haram, dan
kayakanlah kami dengan kurnia-Mu dari yang lainnya. Ya Allah, kami
mohonkan pada-Mu rezeki yang luas dan berguna. Ya Allah, kami mohonkan
pada-Mu nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang.

Ya Allah, baguskanlah untuk kami agama kami yang jadi pangkal urusan
kami. Baguskan pula dunia kami yang jadi tempat penghidupan kami, dan
baguskanlah akhirat kami yang padanya tempat kembaliku nanti, jadikanlah hidup
itu menjadi bekal/tambahan bagi kami dalam segala kebaikan, serta jadikanlah
mati itu pelepas segala keburukan bagi kami.

Ya Allah, kami berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, kami


berlindung pada-Mu dari kemalasan dan kami berlindung pada-Mu dari ketakutan
dan kekikiran, kami berlindung pada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang
lain.
- 30 -
Ya Allah, kami mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya
pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta berasa cukup puas
dengan pemberian-Mu.

Ya Allah, Yang Menguasai setiap takdir dan rezeki manusia, kuatkanlah


fizikal kami, kuatkan mental kami, kuatkanlah ikhtiar kami, kuatkan kemahuan
kami, lindungilah kesucian hati kami dan tingkah laku pada setiap langkah hidup
kami, lindungilah diri kami dari rasa malas dan putus asa serta dari sifat kikir dan
boros, jauhkanlah syaitan dan jin dari setiap langkah hidup kami. Ya Allah, Yang
Mengatur rezeki setiap manusia, Yang Maha Pemberi kemudahan, Yang Maha
Mengetahui akan setiap jalan yang baik dan benar. Kurniakanlah kami
kemudahan dan kebaikan dalam menggunakan lidah kami, hati kami dan fizikal
kami dalam berkomunikasi dan bersilaturahim dengan semua umat manusia, dan
mudahkan langkah kami untuk membuka jalan ke pintu rezeki-Mu.

Ya Allah, kami mohon petunjuk-Mu akan arah yang baik dan benar untuk
setiap langkah kami. Mudahkan jalan kami, kuatkan iman kami. Ya Allah. Ya
Allah, sesungguhnya Engkau Maha Tahu yang terbaik bagi umat-Mu. Seandainya
rezeki kami berada di langit dan baik untuk diturunkan segera, kami mohon
keredhaan-Mu untuk menurunkannya pada kami, jika berada di bumi
tampakkanlah, jika jauh dekatkanlah, jika sedikit perbanyaklah, dan berkati kami
di dalamnya. Ya Allah, kurniakanlah kami mata pencarian yang halal dan baik,
yang dapat memenuhi tanggungjawab nafkah bagi keluarga kami, mata pencarian
yang dapat mendekatkan diri kami kepada orang-orang soleh dan perbuatan-
perbuatan yang baik. Jadikanlah pekerjaan kami itu sebagai sumber rezeki yang
dapat membahagiakan keluarga kami, tetangga kami, umat muslim serta semua
umat manusia. Jagalah kami agar setiap rezeki yang Engkau berikan pada kami
memiliki berkat, jadikan rezeki kami selalu halal dan berada di jalan yang Engkau
redhai. Jagalah diri kami agar selalu dapat mensyukuri setiap rezeki dan nikmat-
Mu.

Ya Allah, tunjukilah kami selalu jalan untuk selalu mensucikan harta kami,
jangan lagi ada harta yang tidak suci di rumah kami Ya Allah kecuali Engkau
telah memaafkan kami atas keberadaannya. Janganlah biarkan ada ada harta yang
membazir di rumah /di diri kami kecuali Engkau punya rencana yang baik bagi
kami Ya Allah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang pernah kami lakukan selama
hidup kami yang terjadi selama kami mencari nafkah. Ampunilah dosa yang kami
sedari atau tidak, sengaja atau tidak, baik dosa lisan, dosa fizikal, dosa kewangan,
dosa kesombongan, dan dosa apa pun Ya Allah. Seandainya ada dosa yang harus
kami ganti di dunia ini maka berilah kami petunjuk dan mudahkanlah kami untuk
melaksanakannya.

Ya Allah, maafkanlah dosa nenek dan datuk kami, saudara-saudara dan


- 31 -
teman kami yang muslim yang telah meninggal dunia. Jauhkanlah mereka dari
seksa kubur, mudahkan penghisaban mereka, masukkanlah mereka ke dalam
syurga. Ya Allah, kami memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki
yang halal lagi luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit. Ya Allah,
sihatkanlah badan kami. Ya Allah, sihatkanlah pendengaran kami. Ya Allah
sihatkanlah penglihatan kami. Ya Allah kami berlindung kepada-Mu dari
kefakiran dan kemiskinan. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu
dari azab kubur, tidak ada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah, Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan, Yang Menguasai


segala rupa penyakit dan penyembuhannya. Kurniakanlah kesihatan pada diri
kami, jasmani dan rohani. Seandainya ada penyakit dan cacat badan yang
bersarang dalam diri kami, baik yang telah ada atau yang akan Engkau
rencanakan, maka hapuskanlah penyakit itu Ya Allah, hapuskanlah penyakit itu
Ya Allah dalam suratan takdir-Mu Ya Allah. Aku mohon Ya Allah, sihatkanlah
diri kami selalu, hari ini, esok dan hingga akhir hayat kami. Kami mohon Ya
Allah, janganlah hari tua kami dipenuhi dengan pelbagai macam penyakit,
jadikanlah hari tua kami paling indah dan dipenuhi dengan amal ibadah dan
keimanan yang setinggi-tingginya kepada-Mu Ya Allah. Kebersihan hati Ya
Allah, sucikanlah hati kami dari nifak (berpura-pura), amalan kami dari riak (ingin
dipuji manusia), lidah kami dari dusta, mata kami dari khianat. Engkaulah yang
mengetahui segala khianat mata dan segala was-was atau segala sesuatu yang
disembunyikan oleh dada-dada manusia.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat munafik, sifat pemalas, sifat kikir, sifat
boros, sifat sombong, sifat tergesa-gesa, sifat tidak sabaran. Ya Allah, jadikanlah
kami umat-Mu yang berakhlak mulia seperti akhlak rasulullah, akhlak yang
Engkau redhai.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada


kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
(kurnia). Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk
(menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya
Allah tidak menyalahi janji. (QS Ali Imran 3 : 8 - 9)

Rabana la tuzigh qulubana ba’da idz hadaitana wa hablana min ladunka


rahmatan innaka antal-wahhab, rabbana innaka jami’un-nas liyaumin la
raiba fihi innallaha la yukhliful-mi’ad.

Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian


kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjukkan (kami jalan yang
benar), dan berilah kami hadhirat-Mu rahmat kerana Engkau adalah Yang Maha

- 32 -
Pemberi. Ya Allah, kukuhkanlah kami dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan
berilah kami petunjuk dari kemungkinan sesat. Ya Allah, sebagaimana Engkau
telah memberi penghalang antara kami dan hati kami, maka berilah penghalang
antara kami dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya, dan sebaik-
baiknya amal kami adalah pada hujung akhirnya, dan sebaik-baik hari kami adalah
pada saat kami menemui-Mu. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada
kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri. (kepada-Mu) (QS Al-
A’raf 7 : 126)

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keselamatan dalam agama,


kesejahteraan/kesihatan jasmani, bertambah ilmu pengetahuan, rezeki yang berkat,
diterima taubat sebelum mati, dapat rahmat ketika mati dan dapat ampunan setelah
mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada waktu sakaratul maut dan selamatkanlah
kami dari api neraka serta kami mohon kemaafan ketika dihisap.

Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, Yang Maha Pengampun lagi
Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kami mohon Ya Allah, janganlah dulu cabut
nyawa kami sebelum Engkau haramkan neraka bagi kulit kami dan sebelum
Engkau wajibkan syurga bagi kami. Tetapkanlah diri kami selalu setiap saat dalam
keadaan beriman dan ingat kepada-Mu. Jadikanlah kami selalu dalam keadaan
takut akan akhirat-Mu, jadikanlah kami menjadi orang yang dapat mencintai-Mu
sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya mencintai diri-Mu dan
sebagaimana mereka takut akan akhirat-Mu. Ya Allah, jadikanlah hidup kami
mulai hari ini hingga detik-detik terakhir kematian kami penuh ketaqwaan,
keimanan, kemudahan dan kebahagiaan. Lapangkanlah kubur kami, jauhkanlah
kami dari seksa kubur Ya Allah. Mudahkanlah kami Ya Allah di padang Mahsyar,
jadikanlah kami termasuk orang yang Engkau lindungi di padang Mahsyar hingga
hari penghisaban. Mudahkanlah penghisaban diri kami Ya Allah. Masukkanlah
kami ke Syurga-Mu Ya Allah. Jadikanlah kami termasuk orang yang Engkau beri
izin untuk memandang wajah-Mu kelak di akhirat.

Duhai Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui hal
yang paling baik bagi umat-Mu. Ya Allah, kurniakanlah negeri kami pemimpin
yang adil, yang beriman kepada-Mu, yang menyayangi rakyatnya, yang membenci
kezaliman, yang ingin menegakkan syariah Islam di negeri kami. Jauhkanlah dari
negeri kami pemimpin-pemimpin yang zalim dan yang tidak beriman kepada-Mu.
Ya Allah tegakkanlah syariah Islam di negeri kami, tegakkanlah kehormatan
agama-Mu di negeri kami, jadikan negeri kami percontohan yang baik sebagai
negeri kaum muslim. Bagi kami cukup Allah sahaja pelindung yang baik bagi
kami, tempat berserah diri yang baik bagi kami, dan penolong yang baik bagi
kami.
Hasbunallahu wani’mal wakiilu ni’mal maulaa wani’mannashiir

- 33 -
Ya Allah, izinkanlah kami untuk kembali ke tanah suci-Mu ini untuk kembali
melaksanakan ibadah haji atau ibadah umrah dalam keadaan sihat walafiat. Ya
Allah izinkanlah kami kembali berhaji atau berumrah dalam keadaan lebih
mabrur, lebih sihat dan lebih kuat. Ya Allah, kabulkan doa, harapan dan
permintaan teman-teman kami yang mengirimkan doa kepada kami untuk
disampaikan di tanah suci-Mu Ya Allah, baik yang telah terucap kepada kami
mahupun yang masih terselit dalam hati mereka ketika mereka memandang kami
atau mendengar perkhabaran keberangkatan kami berhaji atau berumrah. Ya
Allah, tambahlah ilmu kami, bimbinglah kami agar mendapat hanya ilmu yang
lurus dan benar sesuai dengan syariat-Mu dan ajaran rasul-Mu. Bimbinglah kami
agar ilmu kami menjadi ilmu yang bermanfaat, jauh dari riak, mudahkanlah mulut
kami untuk membaca dan memahami Al-Quran. Jadikanlah kami umat-Mu yang
pandai menyampaikan ayat-ayat-Mu dengan ikhlas, tidak riak, mudahkan mulut
kami untuk berkomunikasi dengan lancar dan tawadhuk, jadikan kami orang yang
tawadhuk, mudahkan hati dan pikiran kami untuk menganalisa ilmu agama secara
benar dan lurus. Kurniakanlah kepada kami dan seluruh anggota keluarga berupa
teman-teman yang soleh sebanyak-banyaknya, pergaulan yang baik. Jauhkanlah
kami dan keluarga kami serta kedua orang tua dari pergaulan dan teman-teman
yang kurang baik dan dari teman-teman yang tidak sesuai dengan anjuran-Mu.
Kurniakan pula kami kesempatan untuk beramal, beribadah, bersedekah,
berdakwah sebanyak-banyaknya selama sisa akhir hidup kami.
Allahuma a’inni alla dzikrika wa syukrika wa husni ibadatik

Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa-doa kami, kerana sesungguhnya


Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami,
sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang.
Kesejahteraan dan keselamatan semoga dilimpahkan kepada junjungan pemimpin
para Nabi dan Rasul Muhammad SAW, atas keluarganya serta para sahabatnya
semuanya. Maha suci Tuhanmu, Tuhan Yang bersih dari sifat-sifat kekurangan.
Dan semoga keselamatan dicurahkan kepada para Rasul dan segala puji bagi
Allah seru sekalian alam. (HR. An-Nawawi)

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon keredhaan-Mu dan syurga-Mu, kami


berlindung kepada-Mu dari kemurkaan-Mu dan seksa neraka-Mu.
Allahuma inna nas’aluka ridhoka waljannata wana’uudzubika min
shakatika wannaar.

Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan


di akhirat, dan hindarkanlah kami dari seksaan neraka.
Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanataw wa fil aakhirati hasanataw
wa qinaa ‘adzaabannaar. Alhamdulillahi rabbil alamin.

Berdoalah apa sahaja yang baik-baik, urusan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan doa
dikabulkan. Usahakan agar benar-benar bermunajat memohon kepada Sang Pencipta,
biar dengan linangan air mata. Manfaatkan sungguh-sungguh waktu Hari Arafah kali

- 34 -
ini. Belum tentu bertemu lagi Hari Arafah akan datang.
Semoga kita dikumpulkan di Syurga.
Aamiin3 Ya Mujib.

Manfaatkan masa, cuba Zikir Berganda, mudah-mudahan turun malaikat memberi


cahaya kepada pembacanya, doa-doa yang diamalkan masa Ramadhan semasa
mencari Lailatul qadar.
Rujuk catatan Zikir Berganda, Amalan Jumaat, Amalan Ramadhan.

CATATAN 2
Adab dan Doa Selama Wuquf di Padang Arafah

Pertama:
Membaca doa-doa yang ma’tsur iaitu doa-doa yang dicontohkan oleh Rasulullah
saw dan Ahlul baitnya (sa), antara lain:

‫ِْ قيِي قاْع يَْع قِ عَ ا يَْع ِّق ا يَْع قِْ ق‬


ِ‫ي‬ ‫اِ عَ يْ عِ ق‬ ‫ عَ ي‬، ‫ِ عَ يْ قَِع‬ ‫َ يِْدَع ْعاع َعْي َع يِْقي قِ يَ ا ع يْْع ق‬ ‫اعْْم ده مْ اق قِّي ع‬. ِ ‫اعْْم ده مْ عِ م‬
‫َ قِّي ش معِ ْع ع‬
َّ‫َِع قِ ا يْ قْ ق‬ ‫ عَاِ عيِْي ع‬،ِ‫ي قِ يَ قِ يِْقَع ا يْ عَاع ق‬ ‫َْع م‬ ‫ِ يْ ع‬ ‫ عَا ع يَ ق‬،ِ‫ا يْ عِشعا قَ قِ دُ قّْ عها ْدَم عِِعْعَقي قِ عَ اِْم قا‬
ِ‫َاي قإ يِ ق‬.
‫ِـَعِ قيِْي قِي ع‬ ‫اعْْم ده مْ اع َ ع يُِ يدِ قْي عَاعَ ع يْ عِ يَ قِي عَاع َ ع ي‬. ‫َِعْدَع قْ عَ يَ قَْع عَ دْ يَ قَِع عَُ ععِ قَِع‬ ‫اعْْم ده مْ اق قِّي ا ع ي‬
َ‫ ا ع ي‬،َ‫اَ قِْ عي‬
‫اِْ ق‬‫ِْقْ عيَ ْعاا ع يِ عَ عْ م‬‫َ ا يْ عَا ق‬ ‫ِ عِ ع‬‫اِ قِْ عيَ ْعا ا ع ي‬ ‫َ عِ اِْم ق‬‫اِ قَْ عيَ ْعا ا ع يْ ع‬
‫ِ ق‬ ‫ْ قَْع ْعا ا ع ي‬
‫ِ عِ عْ اْ م‬ ‫عَ قِ يَِع عَْع ي‬
ِ‫لْ عِ ق‬‫اَ اي ق‬ ‫ عَا ع يَ َ ع يِ دِْعـِقي عْْ عيِ اْ دِ يِْع ع‬،‫َْعى دِ عَ مِ دِ عَآ قِ دِ عَ مِِد‬ ‫ي ع‬ ‫َ قّْ ع‬
‫َد ع‬
Allâhumma inni ‘abduka falâ taj‘alnî min akhyabi wafdika, warham masîrî ilayka
minal fajjil ‘amîq. Allâhumma Rabbal masyâ‘iri kullihâ fukka raqabatî minan nari,
wa awsi‘ ‘alayya min rizqikalhalâli, wadra’ ‘annî syarra fasaqatil jinni wal insi.
Allâhumma lâ tamkurbî walâ takhda‘nî walâ tastadrijnî. Allâhumma innî as-aluka
bihawlika wa jûdika wa karamika wa mannika wa fadhlika yâ asma‘as sâmi‘ina yâ
absharan nâzhirîna yâ asra‘al hâsibîna yâ arhamar râhimîna, an tushalliya ‘alâ
Muhammadin wa âli Muhammad, wa an tarzuqanî khayrad dun-ya wal âkhirah.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu,


jangan jadikan aku tetamu-Mu yang paling sia-sia,
sayangi perjalananku menuju-Mu dari tempat yang jauh.
Ya Allah, Tuhannya seluruh Masy‘ar (tempat ibadah haji),
selamatkan daku dari api neraka,
luaskan bagiku rezeki-Mu yang halal,
lindungi aku dari keburukan jin dan manusia yang fasik.
Ya Allah, jangan makari daku, jangan tipu daya aku, jangan murkai aku.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan kekuatan-Mu, kedermawanan dan
kemuliaan-Mu, kurnia dan anugerah-Mu
Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar,
Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat,
Wahai Yang Paling cepat hisab-Nya,
- 35 -
Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi,
sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad,
anugerahkan padaku kebaikan di dunia dan akhirat.

Kedua:
Kemudian angkatlah tangan untuk memohon hajat kepada Allah swt dengan
bahasa kita. Lalu dilanjutkan dengan membaca doa berikut ini:

، ‫ تََ ينْ تَِت يَْتِن يْ تَا َت يْ َت يَِت يِْني تَاَ ت يْ تَْيَت‬، ‫َتَلر ََ رْ تَا تََني َنَت يَْت ََرَني َ ينْ َ ت يْ تَ يَْتِنـ يْ تَا َت يْ َتض رَِّني تَا تَِت يَْت‬
ِ‫َ تَِتَتَني نَ تَ ََِر نا‬ ‫َْتَََت تخات ت‬ ‫َ ت ي‬. ‫َْتَََت‬ ‫ تََ ت تَ نلي ِن نْ يل نَِت ؛ َ ت ي‬، ‫اِْتَني ِنْت نَِت‬ ‫ْ يَََِت تَ نَ يلََ َت نَِت ِت ن‬ ‫َتَلر ََ رْ َن نِّي ت‬
‫ِلت تَََُ لن‬ ‫ْ نِي ََر نَي َ ت تِ يََ ت تَا تخ نل يْلتَت نِ يِ تَّ نِ يْ تْ ت‬ ‫َ نلّ تْ نَ نِّي تَِتا ن‬ ‫َ ت يْ ُ َ تَ نَِّت نِي نَ تِا ََ يّ نِ يَْت ت‬
‫ تََ ت يْ ُ َ ت‬،‫ْ نِّي‬
ِ‫ْلت يْ نِ تَآ نَ ن‬
‫ِلرى لَ ت‬ ‫ْلت يْ تَا ِت نَْرَت ََ تح رِِدَ ت‬ ‫ تَ تََت يلَت ت‬،ِ‫ْلت يْ ن‬‫ ت‬. ‫ تََ ت تَ يلَت‬،َِ‫ْ تِلت‬ ‫َتَلر ََ رْ ََي ْت يلِني نَ رِ يَ تِ نِْيَت ت‬
‫ُ تَْتاًد تَ نَّْتًد‬ ‫ تََتَي ْت يَْتَِ ِت يْ تِ َ يَ تِ يَ ن‬،َُّ‫ْ يَِ ت‬.

Allâhumma hâjatî ilaykal latî in a‘thaytanîhâ lam yadhurranî mâ mana‘ta, wa in


mana‘tanîhâ lam yanfa‘nî mâ a‘thayta, as-aluka khalâsha raqabatî minan nâri.
Allâhumma innî ‘abduka wa milku yadika, nashiyatî biyadika, wa ajalî bi‘ilmika,
as-aluka an tuwaffiqanî limâ yurdhîka ‘annî, wa an tusallima minnî manâsikil latî
araytahâ khalîlaka îbrâhîma shalawâtuka ‘alayhi, wa dalalta ‘alayhâ nabiyyaka
Muhammadan shallallâhu ‘alayhi wa âlihi. Allâhummaj‘alnî mimman radhîta
‘amalahu, wa athalta ‘umrahu, wa ahyaytahu ba‘dal mawti hayâtan thayyibah.

Ya Allah, hajatku kepada-Mu adalah hajat yang bila Engkau berikan kepadaku tidak
membahayakanku apa yang Kau tahan, dan bila Engkau menahannya dariku tidak
bermanfaat bagiku apa yang Kau berikan. Aku memohon kepada-Mu keselamatan
diriku dari api neraka.
Ya Allah, aku adalah hamba-Mu dan milik-Mu,
ubun-ubunku ada di tangan-Mu, dan ajalku dalam pengetahuan-Mu.
Aku memohon kepada-Mu,
bimbinglah aku pada apa yang Kau redhai,
tuntunlah aku pada manasik yang Kau perlihatkan kepada kekasih-Mu Ibrahim (as)
dan Kau tunjukkan pada Nabi-Mu Muhammad (saw)
Ya Allah, jadikan aku orang yang amalnya Engkau redhai, yang umurnya Engkau
panjangkan, dan Engkau hidupkan setelah kematian dengan kehidupan yang baik.

Ketiga:
Kemudian membaca doa berikut ini:

ّ‫ْلتى َُ ن ِّ َ يتيٍء َتـ نِ يَ ر‬ ‫اتَنَتِت َنار لَ تََتَِ َ يَ تح يِ َِ ََحي نْي تَََ نِْيََ تَ َِ تَ تَ يي ات َت َِ يََُ نِْت نِ نُ َ يَ تَ يْ َّ تَ َِ تَ ت‬.
ْ‫َ تَا َتََ يَ َُ َ يََتاِنلَ يَ ت‬ ‫َتَلر ََ رْ َتَت َ يَ تح يِ َِ ُتاَرِني ُتََ يَ َُ تَ تخ يْ دَّ نَ رِا ِتََ يَ َُ تَِت يَ ت‬. ‫َ نِي‬ َ ََِ‫ِاتُني ت‬ ‫َتَلر ََ رْ َتَت ت‬
‫ تََتَت ُ َ تَِّني تَِنَت تَ يَ نَي تَََ رَُني‬،‫اي تَ تَ تِاُني‬ ‫َ تَحي ْت ت‬.
‫ْا نَ نِ ت‬ ‫َتَلر ََ رْ َن نِّي َتْ يَََُ ِنَت نَ تَ َ يََت يَ نّ تَ نَ يَ تَ ت‬
ّ‫ِ َ يََت يَ ن‬ ‫ُ َيأ ت يَ نّ تَ نَ يَ ت‬
‫ِْتَ ن‬ ‫ََتا ن‬
‫ِّ يََ نِ تَ نَ يَ ت‬ ‫ََ ص‬. ّ‫ تََتْ يَََُ نَِت نَ يَ َ ن ّت‬،‫َََّتاِن‬ ّ ‫َْتَََت تخ يْ تّ ن‬
‫َتَلر ََ رْ َن نِّي َ ت ي‬
ِ‫َْتَََت تخ يْ تّ ََلر يْ نِ تَ تخ يْ تّ ََِر تَ نا‬
‫ ِتا ت ي‬،َِ‫َََّتا‬ ّ ‫ تَاُ ت نِي ٍَ ِن نِ ن‬. ‫ْ يِ نْي‬‫ تَِني ت‬،َِ‫َتَلر ََ رْ ََي ْت يِ ِني َت يلَي َِ يَ د‬
- 36 -
‫اَي تَْ ََّ يََني تَ تَ يَْتِني تَ تََت ن‬
‫اَي تَ تَ يِ تخ نلي‬ ‫ تَِني َتحي نِي تََ نتَي تَ نْ تَ ن‬،َِ‫ّ نّي َِ يَ د‬ ‫ تَِني ِت ت‬،َِ‫َِ يَ د‬
ّ‫ْلتى َُ ن ِّ َ يتيٍء َت نِ يَ ر‬
‫ِ َت يَ تَ َ ت يََتاَت نِِرَت ت‬ ‫َ تَ يَ ت‬.
‫ تََتْ نيَ يْ نَي َِ يَ دَِ َت ت‬،َِ‫ـّ نَي َِ يَ د‬
‫اِ ّ ن‬ ‫ت‬

Lâ ilâha illallahu wahdahu lâ syarîka lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyî wa
yumîtu, wa Huwa hayyun lâ yamûtu, biyadihil khayru, wa Huwa ‘alâ kulli syay-in
qadîr. Allâhumma lakal hamdu kalladzî taqûlu wa khayran mimmâ naqûlu wa
fawqa mâ yaqûlul qâilûna. Allâhumma laka shalâtî wa nusukî wa mahyâya wa
mamâtî, wa laka turatsî wa bika hawlî wa minka quwwatî. Allâhumma innî a‘udzu
bika minal faqri wa min wasâwisish shudûri wa min syatâtil amri wa min ‘adzâbil
qabri. Allâhumma innî as-aluka khayrar riyahi, wa a‘udzu bika min syarri mâ tajîu
bihir riyâhu, fa as-aluka khayral layli wa khayran nahâri. Allâhummaj‘al fi qalbi
nûran, wa fî sam‘î nûran, wa fî basharî nûran, wa fî lahmî wa dâmî wa ‘izhâmî wa
‘ûrûqî wa wa madkhalî wa makhrajî nuran, wa a‘zhim lî nûran ya Rabbi yawma
alqâka innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr.

Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya.
Bagi-Nya semua kekuasaan dan bagi-Nya segala puji.
Dia Yang Menghidupkan dan Dia Yang Mematikan.
Dialah Yang Hidup dan tidak mati.
Di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, bagi-Mu segala puji seperti yang Kau firmankan, kebaikan yang kami
ucapkan, dan di atas apa yang orang-orang ucapkan.
Ya Allah, bagi-Mu solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku; bagi-Mu
peninggalanku, dengan-Mu dayaku dan dari-Mu kekuatanku.
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kefakiran, keraguan hati, bencana dari
segala persoalan, dan dari seksa kubur.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan angin, aku berlindung dengan-Mu
dari keburukan apa yang datang bersama angin, aku memohon kepada-Mu kebaikan
malam dan kebaikan siang.
Ya Allah, jadikan dalam hatiku cahaya, dalam pendengaranku cahaya, dalam
pandanganku cahaya, pada dagingku dan darahku cahaya, tulangku dan urat-uratku
cahaya, tempat dudukku dan berdiriku cahaya, tempat masukku dan keluarku
cahaya.
Ya Rabbi, besarkan semua cahaya itu bagiku Ya Rabbi pada hari aku menjumpai-
Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Keempat:
Perbanyaklah bersedekah pada hari ini, dan menghadaplah ke kiblat lalu bacalah
zikir berikut (100 kali):

‫اْ لن تَلَ َ ت يَُت َّ تَاَتآ تٍ لَ ات ََ رًَت َنار ِنالن‬ َ . ََ‫ َتَِ َ يَ َِ يل‬،َِ‫َ تَ َِ َ ت يْ اتَنَتِت َنار لَ تََي تَُِ اتَ نتّ يََت َت‬
‫ْ يَ تح ت‬ ‫َت ي‬
ّ‫ْلتى َُ ن ِّ َ يتيٍء َت نِ يَ ر‬
‫ََتَِ َ يَ تح يِ َِ ََحي نْي تَََ نِْيََ تَ َِ تَ تَ يي ات َت َِ يََُ نِْت نِ نُ َ يَ تَ يْ َّ تَ َِ تَ ت‬.
‫ت‬

Subhânallâhi wallâhu akbar wa mâ syâallâhu lâ quwwata illâ billâhi. Asyhadu allâ


- 37 -
ilâha illallâh wahdahu lâ syarîka lah, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyî wa yumîtu,
wa Huwa Hayyun lâ yamûtu, biyadihil khayru, wa Huwa ‘alâ kulli syay-in qadîr.

Maha Suci Allah, Allah Maha Besar, apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan
kecuali dengan Allah. Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-nya segala puji, Dia
Yang Menghidupkan dan Mematikan, Dialah Yang Hidup dan tidak mati, di tangan-
Nya segala kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kelima:
Kemudian membaca:
• Sepuluh ayat dari awal Surat Al-Baqarah
• Surat Al-Ikhlas (3 kali) 
• Ayat Kursi
Kemudian membaca ayat berikut: 

َ‫لد عِْم دُ دْ قإ م‬ ‫ِ عْْعِع اْمِقى م‬ ‫ِِا ع عَا ق‬


‫َ عَ اْ م‬ ‫َِ م قِ قْى اأ ع يِ ع‬ ‫َِ ع عَى ث د مْ ْعْم داْ ق‬‫َْعى ا ي‬ ‫شى ا يَْع يِ قِ ع‬ ‫اْم يْ عِ ْد يْ ق‬
ِ‫ا‬‫ِ عَثقْيثا ا ْع يْْدْدُد اِْم عه ع‬
‫ِ اِْد دْ يَ عْ عَ عَا يَْع عِ عِ عَاْش يمِ ع‬
‫ِ مِْا ع ق‬ ‫اَِع عَاأ ع يِ دِ ا يْ عْ يْ د‬
‫ِ ْعُد اعاع قْا ع يِ قِ قِ دِ ع‬ ‫لد َعْع ع‬ ‫م‬
ِ ‫ا يَْاعْع قِْيَ عِ د‬. ‫ع‬
Innâ rabbakumullâhul ladzî khalaqassamâwâtî wal ardha fî sittati ayyâm,
tsummastawâ ‘alal ‘arsyi yughsyil laylan nahâra yathlubuhu hatsîtsâ, wasy-syamsa
wal-qamara wan-nujûma musakhkharâti biamrih, alâ lahul khalqu wal-amru
tabârallâhu Rabbul ‘âlamîn.

Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang
yang mengiktinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan
bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,
menciptakan dan memerintah hanya hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan alam
semesta. (Al-A’raf: 54).

Keenam:
Kemudian membaca Surat Al-Falaq dan An-Nas

Ketujuh:
Memperbanyak memuji Allah atas nikmat yang telah diberikan, dan sebutlah
nikmat-nikmat itu satu persatu sesuai yang anda mampu. Dan juga pujilah Allah
atas ujian yang telah diberikan.

Kelapan:
Kemudian membaca doa berikut:

- 38 -
ِ‫ّى ِنْت تِ ءَ تَاتَُِتاِتَ َ ِنْت تِ ء‬ ‫َتَلر ََ رْ َتَت َ يَ تح يِ َِ ت‬
‫ْلتى ِت يْ تِآِنَت ََرَني اتَُحي ت‬

Allâhumma lakal hamdu ‘alâ na‘mâikal latî lâ tuhshâ bi‘adadin walâ tukâfau
bi‘amalin.
Ya Allah, bagi-Mu segala puji atas segala nikmat-Mu yang tak dapat dihitung
dengan angka, dan tak berbanding dengan semua amalku.

Kesembilan:
Membaca tahmid, tasbih, takbir, tahlil, selawat, dan mohonlah kepada Allah swt
dengan bahasa yang anda.

Kesepuluh:
Kemudian bacalah doa berikut:

‫َْتَََت نََِ رَُنَت تَََِ تيُِنَت تَ نْ رَُنَت تَ نِ تِ نِ يْ نِ تَاَ ت تَا تَ نِ نِ نْ يل ََِت‬ ‫ْ ءْ َِ تَ َتَت ؛ تََ ت ي‬ ‫ْاتَََت َتاَتلَ َت ت‬
‫اَِي تََِ نِ َِ ن ِّ َن ي‬ ‫َت ي‬
‫ْ نَِت‬‫ تَِنا ي‬،ّ‫ْ نَِت َيأ ت يَُت نّ َيأ ت يَُت ن‬‫ تَِنا ي‬،ِ‫ْلت يْ نِ تَآ نَ ن‬
‫ِلت تََُنَت ت‬ ‫ْ يَ نََت ت‬ َ ِ‫ّ ت‬ ‫ تَِن تح ّ ن‬،‫تَِن تِ يِ نَْت تَِنَ ت يُِتاِنَت َُ نلّ تَا‬
َ‫ْ نَِت َيأ ت يْ تَ نْ َيأ ت يْ تَ نْ َيأ ت يْ تَ نْ ََرِني تَ ي‬ ‫ تَ نِا ي‬،َِ‫ْلت يَْت َ ت يْ ُ َ نِ يَْت‬‫تاْ تََقا ت‬ ‫َ يَْت نَ يْ نْ ََرِني تَ يَ تَْتاَت نِ نِ ُ ت‬
‫ َ ت يْ ُ ت يْ نَ تّ نَي تَ نِ يْ تِ َََُِ نِي ِني تَ نِ يْ نِ نْ يل نَِت ِن ري‬، ‫َْتَتَت‬ ‫ْلت يَْت َ ت يْ ات ُ ت َّ رََُ تََ ت يْ ُ َ يْ نَ يْ نِ تَا ت‬
‫تاْ ت‬‫تَْتاَت نِ نِ ُ ت‬
As-aluka yâ Allahu yâ Rahmânu bikulli ismin huwa laka, wa as-aluka biquwwatika
wa qudratika wa ‘izzatika wa bijamî‘i mâ ahâtha bihi ‘ilmuka wa jam‘ika wa
arkânika kullihâ, wa bihaqqi Rasûlika shalawâtuka ‘alayhi wa âlihi, wa bismikal
akbaril akbar, wa bismikal ‘azhîm alladzi man da‘âka bihi kâna haqqan ‘alayka an
tujîbahu, wa bismikal a‘zhamil a‘zhamil a‘zham alladzî man da‘âka bihi haqqan
‘alayka allâ taruddahu wa an tu‘thiyahu ma sa-alaka, an taghfiralî jamî‘a dzunûbî fî
jamî‘i ‘ilmika fiyy(a).

Aku memohon kepada-Mu Ya Allah, wahai Yang Maha Pengasih dengan segala
nama-Mu.
Aku memohon kepada-Mu dengan kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, dengan
kemuliaan-Mu dan seluruh yang diliputi oleh ilmu-Mu, dengan penghimpunan-Mu
dan seluruh tonggak-Mu, dengan hak Rasul-Mu SAW, dengan nama-Mu yang
paling agung, dengan nama-Mu yang agung yang bila berdoa dengannya Engkau
berhak mengijabahnya, dengan nama-Mu yang paling agung yang bila orang
memohon dengannya Engkau berhak tidak menolaknya, dan memberikan padanya
apa yang dimohonnya, ampuni semua dosaku yang Engkau ketahui tentangku.

Kesebelas:
Kemudian membaca doa berikut (70 kali):
‫ْـَتَََت َ يَ تِِرًت‬
‫َت ي‬
As-alukal jannah
Aku memohon kepada-Mu syurga

- 39 -
Kedua belas:
Membaca doa berikut (70 kali):
ِ‫ِ َنَت يْ ن‬
َ َ‫َْ ت يْ نَ َّ لت تِ نِّي تََتُ َ ي‬
‫َت ي‬
Astaghfirullâha Rabbî wa atûbu ilayh
Aku memohon ampun kepada Allah Tuhanku dan aku bertaubat kepada-Nya

Ketiga belas:
Membaca doa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril kepada
Nabi Adam (as) yaitu:

‫ ِتا يْ نَ يّ نَي‬،‫ْ يَ دٍَ تَ تَلت يََِ ِت يََني تََ يَْ ت تّ يََِ نِِت يِ نَي‬
َ ََ‫ ْ نتِ يل‬، ‫ْ يَ تحاِتَت َتَلر ََ رْ تَ نِ تح يِ نَِت ات َنَتِت َنار َ ت يَِت‬َ
َ‫َنِرَت َ ت يَِت تخ يْ َّ َ يَْتاِن نّ يَ ت‬
‫ ِتا يْ نَ يّ نَي‬،‫ْ يَ دٍَ تَ تَلت يََِ ِت يََني تََ يَْ ت تّ يََِ نِِت يِ نَي‬َ ََ‫ ْ نتِ يل‬، ‫ْ يَ تحاِتَت َتَلر ََ رْ تَ نِ تح يِ نَِت ات َنَتِت َنار َ ت يَِت‬ َ
َْ ْ‫ََّ نَ ي‬
‫َِ ر‬ َ َ‫َنِرَت َ ت يَِت َََ ر ر‬

Subhânaka Allâhumma wa bihamdika lâilâha illâ Anta, ‘amiltu sûan, wa zhalamtu


nafsî, wa‘tarafa bidzambî, faghfirlî innaka Anta Khayrul ghâfirîn.
Subhânaka Allâhumma wa bihamdika lâilâha illâ Anta, ‘amiltu sûan, wa zhalamtu
nafsî, wa‘tarafa bidzambî, faghfirlî innaka Antat tawwâbur rahîm.

Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala puji-Mu, tiada Tuhan kecuali Engkau,
telah kulakukan keburukan, telah kuzalimi diriku, kini kuakui dosaku, ampuni daku
Sesungguhnya Engkau Pengampun Yang Terbaik dari semua pengampun.
Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala puji-Mu, tiada Tuhan kecuali Engkau,
telah kulakukan keburukan,telah kuzalimi diriku, kini kuakui dosaku, ampuni daku
Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.

Keempat belas:
Membaca doa berikut ketika matahari tenggelam:

‫َ يل نِي‬ َ ‫َى‬ ‫ َ ت يَ ت‬،ِ‫َُ ِناَلر يْ نِ تَََِر تَ نا‬ َ ِ ‫َ َيأ ت يَ نّ تَ نَ يَ َ ن ّتّ تَاَتحي‬ ‫ تَ نَ يَ ُ ت ت‬،ّ‫َتَلر ََ رْ نَِنّي َتْ يَََُ ِنَت نَ تَ َ يََت يَ ن‬
‫شَ ص ن‬
‫َى تََي نَي‬ ‫َى َُ نَّي ََ ي‬
‫ تََ ت يَ ت‬، ‫ََ ت نِ يْ دَّ نِ نْ رَ نَُت‬ ‫ تََ ت يَ ت‬، ‫ََ ت نِ يْ دَّ نَِ ت تَا نَِت‬
‫َى تخ يَ نِي ََ ي‬ ‫ تََ ت يَ ت‬، ‫ََ ت نِ يْ دَّ نِْت يَ نََت‬
‫ََ ي‬
، ‫ تَ نلّ يلِني نِ تَّي تَِنَت‬،ْ‫َْ َ يّ نَ ت‬ ‫ِْن تِ تََتا َتَي تَ تَ تَ يَ َ ت يْ تَى َتا َ ت يِ تَ تْ تَ نَ َ ي‬ َ َ‫َ يََتاِني نِ تََي نََت َ يََتاَني َتا تخ يْ تّ تَ ي‬
‫ِْنّي َ رتّ تَ نِ يْ نِ تخ يل نََت‬ ‫ْ ت‬ ‫ تََِ نيّ ي‬، ‫َِني ْتاِنْتَ تَت‬ ‫تََ ت يََن ي‬

Allâhumma innî a‘ûzdu bika minal faqri wa min tasyattutil amri wa min syarri mâ
yahdatsu bil layli wan nahâri, amsâ zhulmî mustajîran bi‘afwika, wa amsâ khawfî
mustajîran biamânika, wa amsâ dzullîmustajîran bi‘izzatika, wa amsâ wajhiyal fânî
mustajîran biwajhikal bâqî ya Khayra man suila, ya Ajwada man a‘thâ, ya ârhama
manisturhima, jallilnî birahmatika, wa albisnî ‘âfiyataka, washrif ‘anni syarra jamî‘i
khalqika.

- 40 -
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kefakiran dan kehancuran urusan, dari
keburukan apa yang terjadi pada malam dan siang.
Kezalimanku berlindung dengan maaf-Mu, ketakutanku berlindung dengan
keamanan-Mu, kehinaanku berlindung dengan kemuliaan-Mu, wajahku yang fana’
berlindung dengan wajah-Mu yang kekal.
Wahai Yang Paling Baik dari semua yang dimintai, wahai Yang Paling Dermawan
dari semua yang memberi, wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi.

Kelima belas:
Kemudian mohonlah kepada Allah swt dengan bahasa anda untuk diri anda,
kedua orang tua anda, dan orang-orang mukmin dengan menyebutkan namanya
satu-persatu (paling sedikit 40 orang mukmin). Kemudian membaca doa berikut:

ْ‫آْ عِ اعَعْي َع يُْد اعْْم ده م‬ ‫ عَ عِا قِ يَ ا يَْع يه قِ ق‬،ِ ‫اِ دْ يِ قِ يْ قُ ا يْ عِ يَ قِ ق‬


‫ اعْعِاا ِعا قْ دِ قِ يَ عَ ي‬،‫ا يْْع يَ عْ عَا ع يِ قْ يْ قِي عِاا ع يَْع يَْعـ قِي‬
‫َِ ع عْاْاا دِ يِ قْ اَا دِ يَ قْ اَا‬ ‫ دِ ي‬،‫ عِ يَْد يَ اِا عِ يِ دَ يَ اِا قْي‬،‫ْ قِ قْي‬ ‫ِ قَْ ع يْ ع‬
‫عَ دَ مْاِق عَ يْ قَِع قِ يَ ا ع عَ دِ ا يْْع يَ عْ قْ قُ عِاْع يَِع قْ د‬
‫ ْع يَْقَع‬،ْ‫ عَ يْ قَِع ا ع يُ عِ قْ قِ يَ ا يْْع يَ عْ عَاْي َع يِْقي ا يْ عَ عِ قا‬، ‫َْع يَْع‬ ‫ْ عِ عَاعَ قيِْقي ع‬ ‫قِ عَ قِ يِ ده يْ ا ع عَِاا ا ع يَ عْْيِع عِا ا ع يْ ع‬
ِ‫اَِْي عِ قِ عَا يْْع عِ عُ قِ ا يْ عْْ قي‬
‫اَ عَ م‬ ‫ْ عَ ق‬ ‫اِْ ي‬ّ ‫ عَ ق‬،ِ‫ِع قْ يْ دِ ا ع يَ ا ع يَ عِا دِ ا ع يَ دِ قِ يَ اقْع يْ قُ ا ع يِ قْ دْ ْق يْ عِا قْي عَْع قاِ يَ عَا يْ عِ يْ قَ عِ ق‬
َ‫ ا ع ي‬،ِ‫ي ْع ده يْ عَْع قاِ يَ عُثقْ دي‬ ‫ْق م‬
Allâhumma lâ taj‘alhu âkhiral ‘ahdi min hâdzal mawqifi, warzuqnîhi min qâbilin
abadan mâ abqaytanî, waqlibnîl yawma muflihan mnjihan mustajâban lî, marhûman
maghfûran lî, biafdhali mâ yanqalibu bihil yawma ahadun min wafdika wa hijjâji
baytikal harâmi, waj‘alnil yawma min akrami wafdika ‘alayka, wa a‘thinî afdhala
mâ a‘thayta ahadan minhum, minal khayri wal barakati war rahmati war ridhwâni
wal maghfirah, wa bâriklî fîmâ arji‘u ilayhi min ahlin aw mâlin aw qalîlin aw
katsîrin, wa barik lahum fiyya.

Ya Allah, jangan jadikan wuquf ini bagiku sebagai wuquf yang terakhir. Kurniakan
padaku kesempatan yang lain untuk wuquf di Arafah ini, pada waktu-waktu yang
akan datang selama Kau hidupkan aku.
Jadikan aku pada hari ini orang yang beruntung, selamat dan diijabah doanya, yang
disayangi dan diampuni, dengan kurnia-Mu yang paling utama yang pada hari ini
Engkau anugerahkan kepada tamu-Mu dan tamu rumah-Mu yang mulia.
Jadikan aku pada hari ini di antara tamu-Mu yang paling mulia di sisi-Mu.
Anugerahkan padaku kurnia yang paling utama yang Engkau kurniakan
kepada salah seorang dari mereka, dari kebaikan dan keberkatan, rahmat dan
redha serta ampunan-Mu.
Izinkan aku untuk mengalirkan keberkatan itu kepada keluargaku, hartaku
sedikit atau banyak. Izinkan juga mereka mengalirkan keberkatan padaku.

Keenam belas:
Jangan lupa mengulang-ulang membaca doa ini:
ِ‫َتَلر ََ رْ َتْيـَن يَِني نََت ََِر نا‬
Allâhumma a‘tiqnî minan nar.
- 41 -
Ya Allah, selamatkan aku dari api neraka.

(Dikutip dari kitab Nubdzah min Asraril Hajj)

AMALAN MALAM RAYA

- 42 -
SOLAT AL-KHUSAMA'

Khusus pada waktu berikut:


1. Malam pertama bulan Rejab
2. Malam Nisyfu Syaban
3. Jumaat terakhir Ramadhan
4. Hari Raya Aidil Fitri
5. Hari Raya Aidil Adha
6. Hari Arafah 9 Zulhijjah
7. Hari Asyura 10 Muharam

Dinamakan Sholatul Khusama’ kerana berfadilat untuk melepaskan segala


bentuk tuntutan musuh-musuh di akhirat yang menuntut apa yang dilakukan
semasa hidup di dunia.

Caranya:-
4 rakaat dengan 1 salam. Selepas Fateha,
R1 - al-Ikhlas 11x
R2 - al-Ikhlas 11x, al-Kafirun 3x
R3 - al-Ikhlas 11x, at-Takasur 1x
R4 - al-Ikhlas 11x, ayatul qursi 1x

Setelah selesai solat, bermohonlah agar Allah Taala menerima solatnya dan
menjadikan pahalanya untuk orang-orang yang pernah memusuhinya atau
bermusuhan dengannya. Maka akan dilepaskan Allah dari segala tuntut-menuntut
dengan musuhnya dan Allah akan mengatasi segala persoalannya dengan mereka
dengan izin Allah.
(dari kitab Al-Ghunyah, As Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani R.A.)

Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha


Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan
berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka
yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 - 9
Zulhijjah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh
Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.” (Hadis riwayat Abu
Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban,
maka hendaklah menggandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana
sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan
kehormatan pada sebelah siangnya.
- 43 -
Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban
(Hari Raya Aidiladha) adalah:-

SEBELUM 10 ZULHIJAH

1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.


2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.


2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam
matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
10.Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
11.Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

‫ْ وَى مِي مِ ْو يَ مِ مِ يْ ياُْت يْ وَ َ ووَْيُت‬


‫سّنًة اياو ي‬
‫َوَواْوى م نّم ت‬
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

- 44 -
AMALAN PADA AKHIR TAHUN dan PADA 1 MUHARAM

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1


Muharam adalah:

1. Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.


Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa
sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah
solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)

2. Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam


“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya
Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun
melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

3. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang
tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa
yang sebentar sahaja.”

4. Dianjurkan minum susu putih pada awal tahun 1 Muharam “meminta agar
sepanjang tahun dijadikan tahun yang putih bersih melakukan kebaikan. Boleh
minum lepas Maghrib 1 Muharam hingga sebelum Subuhnya. Doa sebelum
minum susunya, “Ya Allah, berkatilah minuman kami dan tambahkanlah
darinya rezeki pada kami.”
- 45 -
Sebelum membaca doa awal tahun dan akhir tahun, baca dulu yang berikut:-

- 46 -
4. Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat
memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat
memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

- 47 -
5. Qiamullail:
a) Bersolat sunat - Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.
b) Membaca Al-Quran.
c) Berzikir.

6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah


gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, In sya-Allah akan diberikan keselamatan dan
terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
- 48 -
7. Doa Awal Muharam.
Membaca doa awal Muharam sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:
a. Doa Pertama:

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah


dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3x pada setiap hari selama 10 hari
pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun
itu.”

ATAU boleh juga di baca;

b. Doa Kedua:
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon
kepada-Mu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon
pertolongan-Mu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang
membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku dengan-
Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah
mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.”

- 49 -
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-
Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.

HARI ASYURA - 10 MUHARAM

- 50 -
- 51 -
- 52 -
AMALAN PADA 10 MUHARAM YANG MENGHASILKAN
BANYAK PAHALA

Bulan Muharram menjadi salah satu bulan yang sangat dimuliakan oleh Allah SWT
sebab memiliki banyak pahala yang akan diberikan oleh Allah SWT untuk para
hamba-Nya pada bulan tersebut. Bulan Muharram menjadi bulan pertama tahun
Hijriah dan sering disebut dengan lebaran bagi yatim piatu dan juga fakir miskin.
Dalam bulan Muharram ini, ada sangat banyak amalan yang boleh dilakukan dan
akan memberikan pahala besar seperti yang sudah dijanjikan Allah SWT untuk
hamba yang melaksanakan amalan tersebut dan akan kami ulas secara lengkap
berikut ini.

“Tatkala Nabi shalallaahu ‘alaihi wassalam datang ke Madinah, beliau melihat


- 53 -
orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau shalallaahu ‘alaihi
wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah
hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa
alaihis salam berpuasa pada hari ini. Nabi shalallaahu ‘alaihi wassalam bersabda,
“Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau
berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya”.
(HR. Al Bukhari)

1. Berpuasa
Bulan Muharram menjadi bulan yang sangat mulia dan Allah SWT sudah sangat
murah hati dalam memberikan banyak pahala.
Rasulullah SAW juga bersabda, “Berpuasalah pada hari Asyura, dan bezakanlah
dengan orang Yahudi yaitu dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari sesudah
hari Asyura (10 Muharram).”
Dalam hadits kedua dijelaskan untuk membuat perbezaan antara umat muslim
dengan orang Yahudi sehingga dianjurkan untuk berpuasa satu hari sebelum dan
sesudah tanggal 10 Muharram. Akan tetapi, jika hanya ingin berpuasa pada tanggal
10 Muharram juga diperbolehkan sebab sudah bisa menutupi dosa yang diperbuat
selama satu tahun yang sudah berlalu.
Rasulullah SAW bersabda, “Aku mencari pahala puasa Asyura kepada Allah SWT,
kerana dapat menutupi dosa setahun yang terlewati”.
“Dahulu Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wassalam memerintahkan untuk puasa pada
hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin
(berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak
berpuasa) ia boleh berbuka”. (HR. Al Bukhari No 1897)
Abu Qatadah radhiallahu anhu, Dan puasa pada hari ‘Asyura, sungguh saya
mengharap kepada Allah bisa menggugurkan dosa setahun yang lalu”. [Sunan Abu
Dawud]

2. Solat 4 Rakaat
Solat 4 rakaat dilakukan pada malam tanggal 10 Muharram yakni tanggal 9
malam dengan ketentuan setiap rakaat membacakan surat Al-Fatihah sebanyak
satu kali dan juga surat Al-Ikhlas sebanyak 51 kali.
Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa solat 4 rakaat pada hari Asyura (10
Muharram) setiap rakaat membaca Al-Fatihah 1x dan Al-Ikhlas 51x, Maka Allah
akan memberikan ampun dosa-dosanya selama 50 tahun.” Dilakukan selepas
solat ba’diyah Maghrib atau ba’diyah Isyak.
Doa Hari Asyura hendaklah didahului dengan bacaan “Kalimat Hasbiyallah -
Hasbunalloh wa ni’mal wakiil, ni’mal maula wa ni’man nashir – 70x.

DOA HARI ASYURA


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Suci Allah
sepenuh ‘Mizan’ (timbangan), setinggi ilmu, sebanyak keredhaan dan setimbang
- 54 -
Arasy. Tiada tempat untuk menyelamatkan diri dan bersandar melainkan kepada
Allah dan Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan dan ganjil dan
sebanyak kalimah yang sempurna kesemuanya. Daku memohon keselamatan
daripada-Mu dengan Rahmat-Mu, Wahai Allah Yang Maha Penyayang! dan tiada
daya dan kekuatan melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Besar. Cukuplah Allah pemeliharaku, tempatku berpegang dan sebaik-baik pemberi
pertolongan. Selawat Allah ke atas nabi-Mu, sebaik-baik ciptaan-Nya, penghulu
kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat keseluruhannya. Dan
segala pujian milik Allah, Tuhan seluruh alam.

3. Memberikan Kelonggaran Harta Untuk Keluarga dan Isteri


Rasulullah SAW bersabda, “Dan berikan kelonggaran harta kepada keluargamu
pada hari Asyura, sebab orang yang memberikan kelonggaran harta kepada Isteri
dan keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan melonggarkan rezekinya
orang tersebut setiap tahun.”
Dalam hadits tersebut sangat dianjurkan untuk memberikan atau menyisihkan
sedikit harta yang dimiliki untuk keluarga dan juga isteri supaya akan dilapangkan
harta setiap tahunnya bagi orang yang memberikan harta tersebut. Memberikan
harta bisa dilakukan dengan cara berbelanja makanan dan juga minuman
melebihi dari hari biasanya dan juga menggembirakan hati keluarga seperti
menghulur belanja lebih.

4. Bersedekah
Bersedekah pada tanggal 10 Muharram atau hari Asyura juga sangat dianjurkan
seperti sabda dari Rasulullah SAW, “Barang siapa bersedekah pada hari Asyura,
maka dirinya tersebut seakan-akan belum pernah menolak terhadap orang yang
meminta-minta”.
“Barang siapa bersedekah dengan seteguk air kepada orang lain pada hari Asyura’
maka ia akan merasakan tegukan air pada hari yang sangat menghauskan kelak
(ketika hari qiamat) dan ia tidak akan pernah merasakan haus selamanya setelah
minum air tersebut kelak dan seolah-olah ia tidak pernah berbuat derhaka kepada
Allah sekejap mata pun. Dan barang siapa bersedekah dengan sekali sedekah,
maka ia seolah selalu bersedekah kepada setiap pengemis yang meminta-minta
padanya”

5. Puasa Asyura dan Tasu’a


Abu Hurairah RA berkata jika Rasulullah SAW bersabda, “Shaum yang paling
utama setelah shaum Ramadhan adalah shaum pada bulan Muharram. Dan solat
yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” (HR Muslim 1162).
Rasulullah SAW juga bersabda, “Shaumlah kalian pada hari ‘Assyura dan
berbedalah dengan orang Yahudi. Shaumlah kalian sehari sebelumnya atau sehari
sesudahnya.” (HR Ath-Thahawy dan Al-Baihaqy serta Ibnu Khuzaimah 2095).
Oleh kerana itu, puasa sunnah yang dilakukan pada hari kesembilan dan kesepuluh
- 55 -
pada bulan Muharram sering disebut dengan Asyuro dan Tasu’a.

6. Mandi Sunat Asyura


Mandi yang dimaksud di sini tidak hanya sekadar mandi seperti yang sudah biasa
dilakukan sehari-hari, akan tetapi merupakan mandi besar atau mandi junub. Barang
siapa yang mandi dan juga membersihkan dirinya pada hari Asyura atau tanggal 10
Muharram, maka ia tidak akan terkena penyakit apapun juga pada tahun
tersebut. Niatnya - Daku berniat mandi sunat Asyura kerana Allah Ta’ala.

7 Muhasabah dan Intropeksi Diri


Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, “Tiada yang pernah ku sesali selain
keadaan ketika matahari tenggelam, masa hidupku berkurang, namun amalanku
tidak bertambah.”
Dengan terus berjalannya waktu dan bertambah usia, maka kita harus menyedari
dan melakukan intropeksi diri mengenai apakah amal sudah semakin bertambah
atau justeru dosa yang semakin bertambah.

8. Memperkuat Silaturrahim
Umat muslim dilarang untuk memutuskan tali silaturrahim dan bahkan ada dalam
suatu hadits yang menyebutkan jika haram hukumnya untuk mendiamkan sesama
muslim lebih dari tiga hari. Apabila mungkin kita pernah melanggar aturan ini,
maka tanggal 10 Muharram menjadi waktu yang sangat tepat untuk bertaubat dan
lebih memperbaiki tali silaturrahim yang sudah terputus tersebut.

9. Mengunjungi Kyai atau Orang Alim


Ziarah orang alim atau kyai akan membuat kita menjadi tenteram, baik itu orang
alim atau kyai yang masih hidup dengan sowan pada para kyai atau tokoh alim
ulama atau orang alim dan kyai yang sudah wafat yakni dengan melakukan ziarah
kubur.

10. Menjenguk Orang Sakit


Apabila mengunjungi atau menjenguk orang sakit dilakukan pada tanggal 10
Muharram atau Asyura, maka mengertikan ia juga sudah menjenguk semua orang
sakit yang ada di dunia sehingga akan memberikan pahala yang sangat besar.

11. Mengusap Rambut Anak Yatim


Mengusap rambut anak yatim yang dimaksud bukanlah hanya mengusap kepala
anak yatim, namun memberikan rezeki lebih yang dimiliki pada anak yatim piatu.
Setiap helai dari rambut anak yatim piatu yang diusap tersebut akan
menggugurkan dosa bagi orang yang mengusapnya sehingga berbagi dengan anak
yatim ini sangat dianjurkan.

12. Membaca Surah al-Ikhlas


Dianjurkan juga untuk membacakan Surat Ikhlas sebanyak 1000 kali,
- 56 -
membacakan ayat kursi sebanyak 100 kali dan juga membacakan hasbunallahu
wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’mannashiir sebanyak 70 kali dan lain
sebagainya.
“Barang siapa menghidupkan malam Asyura’ dengan beribadah kepada Allah
SWT, maka seolah-olah ia telah beribadah seperti ibadahnya para malaikat di
langit”. Imam al-Ajhury berkata jika seseorang yang mengucapkan doa
Hasbunalloh wa ni’mal wakiil, ni’mal maula wa ni’man nashir (Cukup bagi kita
Allah dzat pemberi nikmat, kemuliaan dan pertolongan) sebanyak 70 kali pada
malam hari Asyura’ maka ia akan dihindarkan dari pelbagai macam keburukan
pada tahun yang akan dihadapinya.

13. Memuliakan Fakir Miskin


Memuliakan fakir miskin juga menjadi salah satu amalan pada tanggal 10
Muharram di mana nantinya akan dilapangkan kubur bagi hamba yang
memuliakan fakir miskin tersebut.

14. Menahan Marah


Menahan marah juga dianjurkan untuk dilakukan umat muslim pada tanggal 10
Muharram yang akan memberikan fadhilat bahwa Allah SWT akan memasukkan
orang tersebut ke dalam golongan yang redha dan diredhai-Nya.

15. Memperlihatkan Jalan Kebenaran


Memperlihatkan atau menunjukkan jalan kebenaran bagi orang yang tersesat pada
tanggal 10 Muharram akan memberikan pahala di mana Allah SWT akan
menyinarkan cahaya iman di dalam hati bagi hamba yang melakukan amalan
tersebut.

16. Memelihara Kehormatan Diri


Memelihara kehormatan diri pada hari Asyura atau tanggal 10 Muharram akan
memberikan fadhilat yakni Allah SWT akan memberikan kurnia hidup yang
sentiasa diterangi cahaya keimanan.

17. Memakai Celak


Celak merupakan alat yang sering dipakai untuk membuat alis mata supaya terlihat
lebih hitam. Namun, untuk sebahagian ulama hanafy, memakai celak hukumnya
adalah haram dan pengarang kitab Jam’ut ta’alig menghukumi makruh kerana hari
Asyura bertepatan dengan peristiwa Sahara Nainawa di mana Sayyidina Husein dan
ahlu bait Rasulullah dibantai dan darah Sayyidina Husein dipakai untuk celak oleh
Yazid beserta puteranya.

18. Melaksanakan solat al-Khusama’ - rujuk muka surat 42.

- 57 -
Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.
1. Niatnya

.
2. Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi
surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
.
3. Selepas salam membaca 70 kali;

.
4. Membaca doa Asyura;
Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah selepas menunaikan solat:

Fadhilat Doa Asyura:


Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada
tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik
untuk membacanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada
malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan
malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- 58 -
.
.

Semoga dimanfaatkan sebaik-baiknya.


Disunting dan disusun:
Puan Hjh Sahariah Binti Hj Beduroding
Anak Bugis Johor bermastautin di Shah Alam.
Maaf atas sebarang kekhilafan
(019-2245657)

- 59 -

Anda mungkin juga menyukai