Anda di halaman 1dari 60

Panduan

Melaksanakan
Panduan
Melaksanakan

Disusun oleh
Bahagian Perancangan, Kajian dan Penerbitan

Terbitan

1441H / 2020M
© Pusat Da’wah Islamiah 2020

Penyelaras dan Aturhuruf:


Bahagian Perancangan, Kajian dan Penerbitan

Diterbitkan oleh:
Pusat Da’wah Islamiah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Kampung Pulaie, Jalan Pusat Dakwah,
Bandar Seri Begawan BB4310,
Negara Brunei Darussalam.
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN QIAMULLAIL 1

SEMBAHYANG SUNAT WUDHU 3


Fadhilat............................................................................................. 3
Niat Sembahyang Sunat Wudhu....................................................... 5
Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Wudhu....................................... 5

SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD 8


Bilangan Rakaat................................................................................ 8
Fadhilat............................................................................................. 9
Niat Sembahyang Sunat Tahajjud..................................................... 10
Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Tahajjud..................................... 10
Doa Sembahyang Sunat Tahajjud..................................................... 12

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT 15


Niat Sembahyang Sunat Hajat.......................................................... 17
Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Hajat.......................................... 17
Bacaan Selepas Salam.............................................................. 19
Doa Sembahyang Sunat Hajat.......................................................... 20

SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT 23


Fadhilat............................................................................................. 24
Niat Sembahyang Sunat Taubat........................................................ 25
Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Taubat........................................ 25
Bacaan Selepas Sembahyang Sunat Taubat...................................... 28
Istighfar..................................................................................... 28
Selawat..................................................................................... 29
Membaca Dua Ayat al-Qur’an.................................................. 29
Doa Sembahyang Sunat Taubat........................................................ 30
SEMBAHYANG SUNAT TASBIH 32
Bilangan Rakaat................................................................................ 33
Fadhilat............................................................................................. 33
Niat Sembahyang Sunat Tasbih........................................................ 34
Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Tasbih........................................ 34
Waktu Membaca Tasbih................................................................... 38
Cara Pertama............................................................................ 38
Cara Kedua................................................................................ 39
Doa Sembahyang Sunat Tasbih......................................................... 40

SEMBAHYANG SUNAT WITIR 42


Hukum.............................................................................................. 42
Bilangan Rakaat................................................................................ 43
Fadhilat............................................................................................. 43
Niat Sembahyang Sunat Witir........................................................... 46
Bacaan Dalam Sembahyang Sunat Witir.......................................... 46
Doa Sembahyang Sunat Witir........................................................... 50

PENUTUP 52
Bagi memudahkan pembacaan, awda bolehlah menyimpan atau
menyalin (save as/copy) fail pdf ini ke aplikasi ‘EBook Reader’ seperti
iBooks, Books, PocketBook, Bookari dan sebagainya yang terdapat atau
dimuat turun ke dalam gadget awda.
Pengenalan Qiamullail

PENGENALAN

Qiamullail
Q iamullail adalah amalan beribadat pada malam hari dengan
mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat serta amalan-amalan
seperti sembahyang sunat wudhu, tahajjud, taubat, hajat, tasbih, witir,
membaca al-Qur’an, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau berjemaah pada
bila-bila masa (tidak khusus untuk bulan ramadhan sahaja).

Ibadah Qiamullail sangat digalakkan apatah lagi di bulan Ramadhan yang


telah disediakan di dalamnya satu malam yang dinamakan Lailatulqadr
iaitu malam yang penuh keberkatan dan mempunyai keistimewaan di
mana melakukan amal ibadat pada malam tersebut adalah lebih baik
ganjarannya daripada melakukan amal ibadat selama seribu bulan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri memperbanyakkan


amal ibadat lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan
yang berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah
Radhiallahu ‘anha berkata:

Maksudnya:
Ada pun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh
(mengerjakan amal ibadat) di sepuluh terakhir (bulan Ramadhan), apa
yang baginda tidak kerjakan pada (bulan-bulan) yang lain.
(Hadits riwayat Imam Muslim)

1
Pengenalan Qiamullail

Penekanan sepuluh terakhir bulan Ramadhan ini berkemungkinan besar


berlakunya Lailatulqadr (menurut Jumhur ‘Ulama) pada malam berangka
ganjil di antara malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan. Ini adalah
berdasarkan hadits daripada Abu Sa’id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu
bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
Maka kamu carilah Lailatulqadr itu pada sepuluh terakhir (bulan
Ramadhan) dan carilah ia pada tiap-tiap malam yang ganjil.

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari)

Di antara perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi


wa sallam di sepuluh terakhir Ramadhan sebagai menyambut kedatangan
Lailatulqadr ialah melakukan i’tikaf di masjid, memperbanyakkan ibadat-
ibadat sunat, berzikir dan berdoa.

Oleh yang demikian, umat Islam rebutlah peluang meningkatkan amal


ibadat di bulan yang mulia ini lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan
Ramadhan Mubarrak ini.

Antara amalan sunat yang sebaiknya dilakukan sebagai pengisian


Qiamullail ialah

• Sembahyang Sunat Wudhu.


• Sembahyang Sunat Tahajjud.
• Sembahyang Sunat Hajat.
• Sembahyang Sunat Taubat.
• Sembahyang Sunat Tasbih.
• Sembahyang Sunat Witir.
• Memperbanyakkan Zikir.
• Berdoa.

2
Sembahyang Sunat Wudhu

SEMBAHYANG SUNAT

Wudhu
S embahyang sunat Wudhu ialah sembahyang sunat dua rakaat yang
dilakukan setelah mengambil air sembahyang atau berwudhu.
Sembahyang ini terluput waktu mengerjakannya jika terpisah oleh jangka
masa yang lama antara wudhu dengan sembahyang sunat Wudhu.

FADHILAT

• Memberi peluang masuk syurga sebagaimana dalam hadits shahih


daripada Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu
yang meriwayatkan perbualan antara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam dengan Bilal Radhiallahu ‘anhu:

3
Sembahyang Sunat Wudhu

Maksudnya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Bilal ketika
(selesai) sembahyang Fajar (Subuh): “Wahai Bilal, ceritakan kepadaku
amalan apa yang paling kamu harapkan melakukannya dalam Islam.
Sesungguhnya aku mendengar bunyi sepasang terompahmu di
hadapanku di dalam syurga.” Bilal berkata: “Tidak ada amalan yang
aku lakukan yang paling aku harapkan kecuali (ada satu amalan, iaitu)
aku tidak berwudhu satu wudhu pun pada waktu malam ataupun
siang, melainkan aku sembahyang dengan wudhu itu, sepertimana
yang telah ditetapkan untukku melakukan sembahyang.”
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari)

• Diampunkan dosa-dosa kecil sebagaimana dalam sebuah hadits


shahih daripada ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
Sesiapa berwudhu kerana hendak sembahyang dan menyempurnakan
pula cara-cara berwudhu kemudian ia pergi menunaikan sembahyang
lima waktu, lalu ia sembahyang bersama orang ramai atau
berjemaah atau di dalam masjid, Allah akan mengampunkan segala
dosa-dosanya.

(Hadits riwayat Imam Muslim)

4
Sembahyang Sunat Wudhu

NIAT SEMBAHYANG SUNAT WUDHU

Sahaja aku sembahyang sunat Wudhu dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT WUDHU

Surah-surah yang dibaca

Rakaat 1
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah an-Nisaa, ayat 64 ﴿

5
Sembahyang Sunat Wudhu

﴾ Surah al-Kaafiruun ﴿

Rakaat 2
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah an-Nisaa, ayat 110 ﴿

6
Sembahyang Sunat Wudhu

﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿

Setelah memberi salam digalakkan membaca zikir-zikir berikut:

(10 x)

(10 x)

(10 x)

(10 x)

(10 x)

(10 x)

(10 x)

7
Sembahyang Sunat Tahajjud

SEMBAHYANG SUNAT

Tahajjud
S embahyang sunat Tahajjud dilakukan selepas bangun daripada tidur
walaupun sekejap dengan syarat sembahyang fardhu Isya’ telah
ditunaikan dan seelok-eloknya dilakukan selepas bangun daripada tidur
pada separuh malam atau dua pertiga malam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah al-Israa’ ayat 79:

Terjemahan makna ayat:


Dan pada sebahagian malam, dirikanlah sembahyang Tahajjud
padanya sebagai ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu
membangkitkanmu (dan menempatkanmu) pada hari akhirat di maqam
(kedudukan) yang terpuji.

BILANGAN RAKAAT

Bilangan rakaat bagi sembahyang sunat Tahajjud ialah sekurang-


kurangnya dilakukan dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak ada batas
rakaat mengikut kemampuan.

8
Sembahyang Sunat Tahajjud

FADHILAT

Kelebihan di dunia:
• Allah akan pelihara dirinya daripada segala penyakit.
• Dinampakkan pada wajahnya tanda-tanda sebagai orang yang
taat kepada Allah.
• Dicintai di hati orang-orang mu’min dan sekalian manusia.
• Lidahnya berisi hikmat.
• Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan akal fikiran
yang waras.

Kelebihan di akhirat:
• Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih
bercahaya.
• Diringankan hisabnya.
• Dipermudahkan meniti siratul mustaqim.
• Diberi buku amalan dengan tangan kanan.

9
‫‪Sembahyang Sunat Tahajjud‬‬

‫‪NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD‬‬

‫ُأ َص ي ِّل ُس نَّ َة الَّتَّ َ ُّج يد َر ْك َع َت ْ يْي ي ه ِ يلِل تَ َع َال‬


‫‪Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.‬‬

‫‪BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD‬‬

‫‪‬‬
‫‪Surah-surah yang dibaca‬‬

‫‪Rakaat‬‬ ‫‪1‬‬
‫الس َل ُ﴾م عَ ََل َأ َْ‬
‫ْش يف َنْ يبيَآ يء‬ ‫الْ َح ْمدُ ي ه ِ يلِل َر ي ِب ا َ َ َ َّ َ َّ‬
‫و‬ ‫ة‬ ‫ل‬ ‫َ‬
‫‪Surah Al-Faatihah‬‬
‫ُ‬ ‫الص‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ْي‬ ‫ْ‬ ‫ي‬
‫م‬ ‫َ‬ ‫ل‬‫ا‬ ‫ع‬ ‫ْ‬ ‫﴿‬
‫ل‬
‫َوالْ ُم ْر َس يل َْي َوعَ ََل ها ي يِل َو َ ْ‬
‫َص يب يه َأ ْ َْج يع ْ َْي‪.‬‬
‫الس َما َو يات َو ْ َاْل ْر يض َو َم ْن يف ْ يْي َّن‪،‬‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ِ‬ ‫ه‬
‫ْ ُ َّ‬ ‫ر‬ ‫ُو‬ ‫ن‬ ‫ْت‬‫َ‬ ‫ن‬ ‫َ‬
‫أ‬ ‫دُ‬‫م‬‫ْ‬ ‫ح‬
‫َ‬ ‫ل‬‫ا‬ ‫َ‬
‫َل‬ ‫َال َّ‬
‫م‬ ‫ه‬
‫ُ‬ ‫ل‬
‫الس َما َو يات َو ْ َاْل ْر يض َو َم ْن يف ْ يْي َّن‪َ ،‬و َ ََل‬ ‫َو َ ََل الْ َح ْمدُ َأن َْت قَ ي ِ ُِي َّ‬
‫الس َما َو يات و ْاْلَ ْر يض َو َم ْن يف ْ يْي َّن‪َ ،‬و َ ََل‬ ‫ِل َّ‬ ‫الْ َح ْمدُ َأن َْت َم ي ُ‬
‫‪ْ Surah‬و ُ ََل الْ﴾ َح ُّق َو يل َق ُاؤكَ الْ َح ُّق‬ ‫‪ruun‬كَ الْ َح‬
‫‪ُّ al-Kaafi‬ق َوقَ‬ ‫الْ َح ْمدُ َأن َْت الْ َح ُّ﴿ق َو َوعْدُ‬
‫الساعَ ُة َح ٌّق َوالنَّ يبيُّ ْو َن َح ٌّق َو ُم َح َّم ٌد‬ ‫َوالْ َجنَّ ُة َح ٌّق َوالنَّ ُار َح ٌّق َو َّ‬
‫َح ٌّق‪.‬‬

‫‪10‬‬
Sembahyang Sunat Tahajjud

Rakaat 2
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿

11
Sembahyang Sunat Tahajjud

Doa Sembahyang Sunat Tahajjud

12
Sembahyang Sunat Tahajjud

13
Sembahyang Sunat Tahajjud

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.


Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas semulia-mulia Rasul
dan ke atas keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah! BagiMu segala puji-pujian, Engkau adalah cahaya langit


dan bumi (alam semesta) serta segala isinya. BagiMu segala pujian,
Engkaulah Pencipta dan Pemelihara (Pengatur alam semesta) serta
segala isinya. Dan bagiMu segala pujian, Engkau Penguasa langit dan
bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala pujian,
Engkaulah yang benar (Al-haqq), janjiMu adalah benar, firmanMu
adalah benar, temuan denganMu adalah benar, dan syurga itu adalah
benar dan neraka adalah benar, (adanya) hari Kiamat itu adalah benar,
nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam
adalah benar.

Ya Allah! KepadaMu aku menyerahkan diri, kepadaMu aku bertawakkal,


denganMu aku beriman, kepadaMu aku kembali, denganMu aku
menghadapi musuh dan kepadaMu aku berhukum (membuat
keputusan). Maka ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang
kemudian, baik yang aku sembunyikan mahupun yang aku nyatakan,
Engkau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan
melainkan Engkau, Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah.

Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan


di akhirat dan peliharalah kami dariapda azab neraka.

Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan


kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga dan seluruh
sahabat baginda, dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir
sekalian alam.

14
Sembahyang Sunat Hajat

SEMBAHYANG SUNAT

Hajat
Sembahyang sunat Hajat ialah sembahyang sunat yang khusus bertujuan
untuk memohon supaya Allah menunaikan hajat dan keinginan seseorang
atau ramai atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah bagi menjauhkan
dari mara bahaya dan seumpamanya.

Sembahyang ini seelok-eloknya dilakukan bersendirian oleh orang


yang mempunyai hajat tersebut tetapi diharuskan berjemaah kerana
memanjatkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala secara berjemaah
adalah lebih baik agar dimakbulkan olehNya.

Tidak menjadi kesalahan jika ia meminta orang lain mengerjakan


sembahyang hajat untuknya di samping ia juga turut mengerjakan secara
berasingan.

Waktu bagi sembahyang ini tidaklah ditentukan sama ada siang atau
malam tetapi hendaklah keadaan sekeliling sunyi bertujuan untuk lebih
tenteram dan khusyu’ memohon kehadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Seelok-eloknya dilakukan di waktu malam dan boleh dilakukan berulang


kali selagi dirasakan hajatnya belum dimakbulkan.

15
Sembahyang Sunat Hajat

Dalam sebuah hadits daripada Abdullah bin Abu ‘Aufa dia berkata,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang mempunyai hajat (keinginan) kepada Allah atau
kepada seseorang dari anak Adam, maka hendaklah dia berwudhu
dengan menyempurnakan wudhunya, lalu melaksanakan sembahyang
dua rakaat.”
(Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

16
Sembahyang Sunat Hajat

NIAT SEMBAHYANG SUNAT HAJAT

Sahaja aku sembahyang sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT HAJAT

Surah-surah yang dibaca

Rakaat 1
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Kaafiruun ﴿

17
Sembahyang Sunat Hajat

Rakaat 2
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿

18
Sembahyang Sunat Hajat

Bacaan Selepas Salam

Selepas memberi salam hendaklah sujud sambil membaca:

Selepas itu terus berdoa apa-apa yang dihajati, setelah selesai berdoa
barulah bangun daripada sujud.

19
Sembahyang Sunat Hajat

Doa Sembahyang Sunat Hajat

20
Sembahyang Sunat Hajat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.


Selawat serta salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul serta ke atas
ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah, Tuhan yang Maha Penyabar dan
Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang
agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Maha Suci
Tuhan yang memiliki segala langit dan bumi serta Tuhan yang memiliki
‘Arasy yang agung.

21
Sembahyang Sunat Hajat

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang


menyebabkan rahmatMu, dan yang memantapkan hati untuk
memperolehi keampunanMu dan (kami memohon) keuntungan dari
segala kebaikan serta keselamatan dari setiap kejahatan dan dosa-
dosa. Janganlah hendaknya Engkau meninggalkan dosa kepada kami,
melainkan Engkau ampunkannya, dan janganlah Engkau meninggalkan
kesusahan melainkan Engkau lapangkannya, dan janganlah Engkau
meninggalkan kemudharatan melainkan Engkau leraikannya, serta
janganlah Engkau meninggalkan hajat yang Engkau redhai melainkan
Engkau kabulkannya untuk kami. Dengan rahmatMu, Ya Allah! Tuhan
Yang Maha Pengasih.

Ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang menghimpunkan yang


bercerai-berai, wahai Tuhan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,
wahai Tuhan yang menghidupkan sisa-sisa tulang, wahai Tuhan yang
memakbulkan setiap doa-doa, wahai Tuhan yang menunaikan setiap
hajat, wahai Tuhan yang memiliki keperluan-keperluan seluruh alam,
yang telah mendengar semua suara, dan ilmuMu meliputi segala-
segalanya, kami memohon kepadaMu, ya Allah ya Tuhan kami, dengan
keupayaanMu atas setiap sesuatu, dan dengan kekayaanMu akan semua
ciptaanMu, dengan pujian dan kemuliaanMu untuk menunaikan hajat
kami ……….. (niatkan hajat) Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha
Berkuasa, dan sesungguhnya Engkau berkuasa untuk melakukan apa
sahaja (yang Engkau kehendaki) dan Maha Layak untuk mengabulkan
permohonan.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia


dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari siksa api neraka.
Limpahkanlah rahmat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad
Shallallahu ’alaihi wa sallam dan ke atas keluarga serta para sahabat
sekaliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan pemelihara seluruh
alam.

22
Sembahyang Sunat Taubat

SEMBAHYANG SUNAT

Taubat
S embahyang sunat Taubat ialah sembahyang sunat yang dilakukan
oleh orang yang telah melakukan dosa atau terasa berbuat dosa lalu
bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Bertaubat bererti seseorang itu menyesali perbuatannya yang telah lalu


dan meninggalkan pekerjaan yang mendatangkan dosa dengan berazam
dan bercita-cita tidak akan melakukannya lagi lalu memohon keampunan
daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Abu Bakar Radhiallahu


‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
Tidaklah seorang yang melakukan suatu dosa kemudian ia berdiri lalu
bersuci kemudian melakukan sembahyang kemudian memohon ampun
kepada Allah melainkan Allah mengampuni dosanya. Selanjutnya
baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat ini: Terjemahan
makna ayat: Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji
atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka…(Surah Aali ‘Imraan
ayat 135).
(Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

23
Sembahyang Sunat Taubat

Sembahyang sunat Taubat boleh dilakukan secara bersendirian dan tidak


disunatkan mengerjakannya secara berjemaah.

FADHILAT

Disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah


bin Buraidah Radhiallahu ‘anhu, daripada bapanya bahawa pada suatu
pagi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memanggil Bilal
Radhiallahu ‘anhu, lalu baginda bertanya kepadanya:

Wahai Bilal! Dengan (amalan) apa kau mendahului aku masuk syurga?
Semalam aku telah memasuki syurga, lalu aku mendengar tapak kakimu
di hadapanku.

Lalu Bilal Radhiallahu ‘anhu pun menjawab:

Wahai Rasulullah! Aku tidak sekali-kali melakukan suatu dosa kecuali aku
bersembahyang dua rakaat (sembahyang sunat Taubat), dan aku tidak
sekali-kali didatangi hadats kecuali aku mengambil wudhu kerananya.

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda:

(Dengan amalan) inilah sebabnya (kau mendahului memasuki syurga).

(Hadits riwayat Imam Ahmad)

24
Sembahyang Sunat Taubat

NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT

Sahaja aku sembahyang Sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT

• Surah-surah yang sunat dibaca

Tidak ada surah-surah yang dikhususkan untuk dibaca selepas membaca


surah al-Faatihah ketika mengerjakan sembahyang sunat Taubat ini.
Dari itu, bolehlah dibaca mana-mana ayat al-Qur’an ataupun surah yang
dirasakan mudah ataupun mampu dibaca. Firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala dalam surah al-Muzzammil ayat 20:

Terjemahan makna ayat:


…Oleh itu bacalah apa yang mudah daripada al-Qur’an…

Dalam permasalahan sembahyang sunat yang tidak dikhususkan


bacaannya seperti sembahyang sunat Taubat ini, menurut pendapat
Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu, sunat membaca surah
al-Kaafiruun dan surah al-Ikhlaash.

25
Sembahyang Sunat Taubat

Rakaat 1
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Kaafiruun ﴿

26
Sembahyang Sunat Taubat

Rakaat 2
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿

27
Sembahyang Sunat Taubat

Bacaan Selepas Sembahyang Sunat Taubat

• Is�ghfar

Membaca istighfar sebanyak 3 atau 7 kali dan seelok-eloknya dibaca 70


atau 100 kali iaitu:

Antara bacaan istighfar yang lain yang diamalkan oleh para ulama’:

28
Sembahyang Sunat Taubat

• Selawat

Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam


sebanyak 10 atau 100 kali iaitu:

• Membaca dua ayat al-Qur’an dalam surah Aali ‘Imraan ayat 135-136:

Terjemahan makna ayat:


Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau
menganiaya diri mereka sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu
memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Dan sememangnya tidak
ada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah. Dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan
itu sedang mereka mengetahui (akibatnya). Mereka itu ganjarannya ialah
keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-
sebaik ganjaran bagi orang-orang yang beramal.

29
Sembahyang Sunat Taubat

Doa Sembahyang Sunat Taubat

30
Sembahyang Sunat Taubat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala pujian bagi Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian


alam, limpahkanlah rahmat Allah dan salam ke atas penghulu dan nabi
kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan ke atas keluarga dan
para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah! Ya Tuhan Kami! Kami memohon kepadaMu taubat yang


sebenarnya, keampunan yang menyeluruh, kasih sayang yang sempurna,
amal ibadah yang tulus, pengetahuan yang luas, cahaya kebenaran yang
berkilauan, syafa’at yang teguh, hujjah yang bernas, darjat kedudukan
yang tinggi, jauhkan kepercayaan kami dari perkara yang membawa
kepada maksiat dan pertaruhan kami dari sesuatu yang mengundang
kemurkaanMu dengan anugerah kemuliaan dan belas kasihan.

Ya Allah! Ya Tuhan Kami! Kami bertaubat kepadaMu dari sebarang


dosa. Sesungguhnya ini adalah sumpah janji buat kali yang terakhir
mengenainya.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia.


Anugerahkanlah juga kepada kami kebaikan di akhirat. Jauhkanlah kami
dari azab seksa api neraka.

Limpahkanlah rahmat Allah dan salam ke atas penghulu dan nabi kita
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan ke atas keluarga dan
para sahabat baginda. Segala pujian bagi Allah yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam.

31
Sembahyang Sunat Tasbih

SEMBAHYANG SUNAT

Tasbih
Dinamakan sembahyang sunat Tasbih kerana di dalam sembahyang itu
banyak menyebut dan mengucap kalimah tasbih.

Sembahyang sunat Tasbih ini dianjurkan melakukannya sehingga mampu,


afdhal dikerjakan pada tiap-tiap hari. Jika tidak mampu, bolehlah
dikerjakan sekali pada setiap Jumaat. Jika tidak mampu juga, bolehlah
dikerjakan sebulan sekali. Jika tidak mampu, bolehlah dikerjakan setahun
sekali dan jika tidak mampu juga, bolehlah dikerjakan seumur hidup
sekali, sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma
bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
Jika engkau mampu mengerjakannya sekali setiap hari maka kerjakanlah,
jika engkau tidak mampu membuatnya maka kerjakanlah sekali setiap
Jumaat, jika engkau tidak mampu, maka kerjakanlah sekali sebulan, jika
engkau tidak mampu maka kerjakanlah sekali setahun, jika engkau tidak
mampu juga maka kerjakanlah sekali dalam seumur hidupmu.

(Hadits riwayat Imam Abu Daud)

32
Sembahyang Sunat Tasbih

Sunat dilakukan sembahyang sunat Tasbih itu berulang kali walaupun


dalam masa yang berdekatan.

BILANGAN RAKAAT

Bilangan rakaat bagi sembahyang sunat Tasbih yang dilakukan pada


waktu malam ialah sebanyak empat rakaat iaitu setiap dua rakaat satu
salam

FADHILAT

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada mengajarkan kepada bapa


saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah
besar sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu,
baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang
tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi
mahupun yang terang-terangan.

(Hadits riwayat Imam Abu Daud)

33
Sembahyang Sunat Tasbih

NIAT SEMBAHYANG TASBIH

Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

BACAAN DALAM SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

Surah-surah yang dibaca

Rakaat 1
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah at-Takaatsur ﴿

34
Sembahyang Sunat Tasbih

Rakaat 2
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-’Ashr ﴿

35
Sembahyang Sunat Tasbih

Rakaat 3
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Kaafiruun ﴿

36
Sembahyang Sunat Tasbih

Rakaat 4
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿

37
Sembahyang Sunat Tasbih

WAKTU MEMBACA TASBIH

Lafaz Tasbih:

Terdapat dua cara untuk membaca lafaz tasbih iaitu:

• Cara Pertama

Lafaz tasbih dibaca Rakaat Rakaat Rakaat Rakaat


selepas bacaan 1 2 3 4
Doa i�itah 15 x
Surah Al-Faatihah 15 x 15 x 15 x
Surah Pilihan 10 x 10 x 10 x 10 x
Ruku’ 10 x 10 x 10 x 10 x
I’tidal 10 x 10 x 10 x 10 x
Sujud 10 x 10 x 10 x 10 x
Duduk antara dua sujud 10 x 10 x 10 x 10 x
Sujud kedua 10 x 10 x 10 x 10 x
Jumlah 75 x 75 x 75 x 75 x
Keseluruhan 300 x

38
Sembahyang Sunat Tasbih

• Cara Kedua

Lafaz tasbih dibaca Rakaat Rakaat Rakaat Rakaat


selepas bacaan 1 2 3 4
Surah Pilihan 15 x 15 x 15 x 15 x
Ruku’ 10 x 10 x 10 x 10 x
I’tidal 10 x 10 x 10 x 10 x
Sujud 10 x 10 x 10 x 10 x
Duduk antara dua sujud 10 x 10 x 10 x 10 x
Sujud kedua 10 x 10 x 10 x 10 x
*Duduk istirahah (duduk
sebelum berdiri untuk
rakaat yang seterusnya) 10 x 10 x 10 x 10 x
atau selepas tahiyyat
awal
Jumlah 75 x 75 x 75 x 75 x
Keseluruhan 300 x

39
Sembahyang Sunat Tasbih

Doa Sembahyang Sunat Tasbih

Sunat membaca doa ini selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam dengan
dibaca dua kali iaitu setiap kali dalam dua rakaat satu salam. Selepas
mengucapkan salam bolehlah memohon dengan membaca doa-doa lain
supaya diperkenankan segala hajat.

40
Sembahyang Sunat Tasbih

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Ya Allah! Kami bermohon dariMu taufiq seperti golongan yang mendapat


pertunjuk, ibadat golongan yang yakin, ketulusan golongan yang
bertaubat, keazaman golongan yang sabar, kewaspadaan golongan yang
takut, pengharapan golongan yang tekun, peribadatan golongan yang
wara’, kebijaksanaan golongan yang berilmu sehingga kami menjadi
takut kepadaMu.

Ya Allah! Kami bermohon kepadMu sifat takut yang akan menjadikan


benteng dari berbuat maksiat kepadaMu, (kami bermohon kepadaMu)
amalan yang dengannya kami mendapat keredhaanMu sehingga
(menjadikan) kami dapat beramal dengan penuh ketaatan, (kami
bermohon) rasa takut kepadaMu sehingga (menjadikan) kami memohon
nasihat kepadaMu di dalam taubat, (kami bermohon) rasa cinta
kepadaMu sehingga (menjadikan) kami ikhlas kepadaMu dalam meminta
nasihat, (kami bermohon) bersangka baik kepadaMu Tuhan yang Maha
Suci Pencipta nuur (cahaya) sehingga (menjadikan) kami bertawakkal
kepadaMu di dalam setiap urusan.

Wahai Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan


limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha
Pengasih dari sekalian yang mengasihi.

41
Sembahyang Sunat Witir

SEMBAHYANG SUNAT

Witir
Witir berasal daripada perkataan Arab bererti bilangan yang ganjil
seperti satu, tiga dan lima. Sembahyang sunat Witir merupakan penutup
sembahyang-sembahyang malam dan ianya adalah sebaik-baik (afdhal)
daripada sembahyang-sembahyang sunat yang lain kecuali sembahyang
sunat Tahajjud.

Dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar


Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
Hendaklah kamu jadikan akhir ibadat (sembahyang) kamu pada waktu
malam dengan sembahyang Witir.

(Hadits riwayat Imam Muslim)

HUKUM

Hukum sembahyang Witir itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang
dituntut. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits daripada ‘Ali
Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

42
Sembahyang Sunat Witir

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah itu tunggal, suka kepada yang ganjil. Maka
dirikanlah sembahyang Witir wahai ahli Qur’an (wahai orang-orang
beriman dengan Qur’an).

(Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

BILANGAN RAKAAT

Bilangan rakaat bagi sembahyang Witir adalah ganjil iaitu sekurang-


kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat tetapi
lazimnya afdhal dilakukan sebanyak tiga rakaat dengan dua salam.

FADHILAT

Disaksikan oleh para malaikat, sebagaimana hadits daripada Jabir


Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda:

Maksudnya:
Barangsiapa takut tidak akan dapat bangun pada akhir malam, maka
kerjakanlah pada awal waktu. Dan barangsiapa yang terasa ingin
bangun pada akhir malam maka kerjakanlah witir pada akhir malam.
Sesungguhnya sembahyang di akhir malam itu disaksikan (oleh
malaikat) dan itu adalah lebih afdhal.
(Hadits riwayat Imam Muslim)

43
Sembahyang Sunat Witir

Mendapat ganjaran pahala lebih baik daripada humrin na’am sebagaimana


dalam hadits yang diriwayatkan oleh Kharijah bin Huzdzafah katanya,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menambahkan bagi kamu
satu sembahyang iaitu lebih baik untuk kamu daripada humrin na’am
(semulia-mulia harta di sisi orang-orang Arab), itulah sembahyang Witir.
Allah jadikannya (sembahyang Witir) untuk kamu di antara Isya’ hingga
terbit fajar.
(Hadits riwayat Imam Abu Daud)

Dicatat baginya seperti pahala orang syahid, sebagaimana diriwayatkan


oleh Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma, beliau pernah mendengar
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya:
Sesiapa mengerjakan sembahyang sunat Dhuha, berpuasa tiga hari
daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang sunat
Witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya seperti
pahala orang syahid.
(Hadits riwayat Imam ath-Thabarani)

44
Sembahyang Sunat Witir

 Peringatan

• Tidak boleh diulang pada satu malam sebagaimana hadits daripada


Thallaq bin ‘Ali, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:

Maksudnya:
Tidak ada dua kali Witir dalam semalam.
(Hadits riwayat Imam Ahmad)

45
Sembahyang Sunat Witir

NIAT SEMBAHYANG WITIR

Dua Raka’at dengan satu salam:

Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Satu Raka’at dengan satu salam:

Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Ta’ala.

BACAAN DALAM SEMBAYANG SUNAT WITIR

Sembahyang sunat Witir yang dikerjakan lebih daripada tiga rakaat


selepas membaca surah al-Faatihah dibaca pada tiap-tiap rakaat mana-
mana surah atau ayat-ayat al-Qur’an tetapi jika dikerjakan tiga rakaat
sahaja maka hendaklah dibaca seperti berikut:

46
Sembahyang Sunat Witir

Rakaat 1
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-A’laa ﴿

47
Sembahyang Sunat Witir

Rakaat 2
﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Kaafiruun ﴿

48
Sembahyang Sunat Witir

Rakaat 3
(Satu Rakaat) ﴾ Surah Al-Faatihah ﴿

﴾ Surah al-Ikhlaash ﴿

﴾ Surah al-Falaq ﴿

﴾ Surah an-Naas ﴿

49
Sembahyang Sunat Witir

Doa Sembahyang Sunat Wi�r

50
Sembahyang Sunat Witir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam. Ya Allah!


Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa
sallam dan ke atas keluarga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Ya Allah! Kami memohon kepadaMu iman yang tetap, dan kami
memohon kepadaMu hati yang khusyu’, dan kami memohon kepadaMu
keyakinan yang benar, dan kami memohon kepadaMu agama yang
teguh, dan kami memohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan,
dan kami memohon kepadaMu kesejahteraan yang sempurna, dan
kami memohon kepadaMu kesyukuran di atas kesejahteraan, dan kami
memohon kepadaMu kekayaan daripada manusia. Ya Tuhan kami!
Terimalah sembahyang kami, puasa kami, berdirinya kami, khusyu’
kami, pengabdian kami, ibadah kami, dan sempurnakanlah kekurangan
kami. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah yang Maha Mengasihani di antara
yang pengasih. Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga
dan seluruh sahabat baginda, dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan
Pentadbir sekalian alam.

51
PENUTUP

Dengan penjelasan ringkas mengenai Panduan Melaksanakan


Qiamullail ini, mudah-mudahan ia akan memberi manfaat
kepada kita semua, dan dapat dijadikan sebagai rujukan dan
panduan dalam mengerjakannya bagi memperolehi ganjaran
pahala yang berlipat ganda khususnya di bulan Ramadhan ini.
Moga-moga segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Aamin.

52

Anda mungkin juga menyukai