Anda di halaman 1dari 5

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha, Tn. Hj.

Salleh bin Hashim, Pengetua Cemerlang SMK Ambrose, Tn. Hj. Khairuddin bin

Tajul Arifin, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Mazlinda bt Musa , Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid, Pn Hasimah bt Noordin, Penolong Kanan Kokorikulum,Pn.

Mazelina Binti Ismail, Penolong Kanan Tingkatan Enam,Pn Azarina bt Mazelan,

Penolong Kanan Pendidikan Khas. ,Guru-guru Kanan, Guru-guru dan murid-murid

yang dikasihi sekalian.

Selamat Pagi dan Selamat Tahun Baru Cina.

Pada pagi yang mulia ini, kita akan mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina

tahun 2019. Sebagaimana yang kita tahui, perayaan Tahun Baharu Cina

merupakan antara perayaan yang terpenting bagi kaum Cina dan mempunyai

sejarahnya sejak beribu-ribu tahun dahulu. Perayaan ini bukan hanya disambut

oleh kaum Cina sahaja, malah turut diraikan oleh semua kaum di negara kita,

maklumlah negara kita, negara masyarakat majmuk.


Baiklah .

Tanpa melengahkan masa, majlis dipersilakan Tn, Hj, Salleh bin Hashim, Pengetua Cemerlang

SMK AMBROSE untuk memberi ucapan beliau. Dipersilakan.

……………

Terima Kasih atas ucapan Tuan Pengetua, Tn. Hj Salleh tadi.

Diminta Tuan pengetua tunggu sekejap untuk acara seterusnya, iaitu acara gimik

Tahun Baharu Cina.

Turut dipersilakan Barisan Penolong kanan , barisan guru kanan serta guru-guru

kaum cina naik ke pentas untuk bersama-sama memeriahkan acara ini.

……………..

Acara ini dinamakan “lou sang “ atau “Yee sang”, yang merupakan sejenis salad

ikan mentah gaya Chaozhou.Yee Sang terdiri daripada potongan daging ikan

mentah (khusunya salmon) ,yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan

beraneka sos dan perasa,dan ramuan-ramuan lain,secara harifah, “yusheng”

diterjemah menjadi “ikan mentah”,namum boleh dianggap melambangkan

kemewahan,kemakmuran dan kesuburan.

Majlis dengan segala hormatya mempersilakan.


Untuk pengetahuan kamu semua,aktiviti “Lousang” ini merupakan adat resam

Tahun Baru CIna yang telah dipratikkan sejak zaman dahulu.

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yeesang dilambung tinggi ketika

digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang akan dinikmati sepanjang tahun.

Kini, “lousang”I ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura

yang mana-mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung

cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh,sambil melaungkan

ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.Diharapkan acara ini

dapat dijadikan sebagai satu harapan kepada warga SMK AMBROSE supaya

meraih kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang pada tahun 2019 selaras

dengan moto sekolah “AMBROSE FORGING AHEAD”.

Terima Kasih kepada Tn. Hj Salleh dan guru-guru kerana sudi menyumpurnakan

upacara ini.

Sekarang, marilah kita bersama-sama menyaksikan Nyayian Lagu Tahun Baru Cina

daripada pelajar tingkatan enam yang bertajuk <GONG XI GONG XI >.Dengan

segala hormatnya mempersilakan.

……….
Terima kasih atas persembahan Nyayian Tahun Baru Cina daripada pelajar

tingkatan enam tadi.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan Tarian Kipas

daripada pelajar Tingkatan tiga,empat dan lima. Dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Terima Kasih atas persembahan Tarian Kipas yang disampaikan oleh pelajar Cina

tadi.

Selepas menyaksikan persembahan Tarian Kipas, marilah kita bersama-sama


menyaksikan persembahan Nyayian Lagu daripada murid Tingkatan tiga ,empat
dan lima yang bertajuk <Salam Tahun Baharu Cina>.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


……
Terima kasih atas persembahan nyayian lagu yang disampaikan oleh pelajar tadi.

Majlis diteruskan dengan acara pengagihan Limau Mandarin kepada semua guru

dan pelajar.Murid-murid diminta duduk mengikut kelas masing-masing untuk

menunggu giliran untuk mendapatkan limau mandarin.


Sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini sudah sampai hujungnya. Guru-guru dan

pelajar diminta berdiri untuk menyanyikan Lagu Sekolah .

Terima kasih kerana sudi menghadiri sambutan Tahun Baru Cina pada pagi ini.

Pelajar diminta beratur balik ke kelas kerana PdPc akan dijalankan seperti biasa.

Sekali lagi,selamat menyambut Tahun Baru Cina dan selamat bercuti.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai