Anda di halaman 1dari 9

DUNIA MIMPI

Norika 4 Abadi

Bab 1
Suasana malam hari yang gelap-gelita
bersamaan bulan purnama yang terang. Angin
sepoi-sepoi bahasa yang singgah diperlantaran
jendela bilikku sungguh nyaman sekali.

Malam ini,mataku susah untuk lelap. Tidak


seperti malam-malam sebelumnya. Aku yang
berada ditepi jendela bilikku sedang
memandang suasana malam yang sangat indah.

Aku teringat akan mimpiku yang sangat aneh,


aku yang berada di suatu tempat yang tidak aku
ketahui aku berada dimana. Di sebuah tempat
yang di penuhi dengan masalah yang sangat
serius. Tidak pernah terfikir di kepalaku akan
mimpi-mimpi ku tentang dunia teknologi akan
wujud di dunia ini.

Dunia teknologi yang serba canggih yang dapat


menyelamatkan dunia.
DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 2

Dunia teknologi yang dapat membantu seluruh dunia dalam


perjuangan.Dunia yang dulu nya sangat tenang dan damai sekarang berubah
menjadi dunia yang huru-hara dengan masalah yang sangat yang
serius.semua orang yang ceria,gembira,sedih sekarang diganti dengan
keadaan yang ketakutan. semua orang yang menghindar pada waktu
malam,bersembunyi di dalam rumah tanpa bunyi bising.

Ramai yang jadi mangsa meninggal kepada orang-orang yang tidak bersalah.
Masalah ini berlaku pada dua tahun lepas . Dua tahun lepas, keadaan di
malaysia yang sangat tenang dan damai.sekumpulan pelajar universiti yang
berada di dalam bas sedang berbincang-bincang sambil ketawa, kecuali
seorang pelajar yang duduk tenang di kerusinya melihat teman-teman yang
bersenda-gurau.pelajar tersebut bernama Salim. Beberapa jam kemudian
Salim ternampak pemandang yang pelik diluar kawasan bas iaitu pemandang
semua orang yang berlari litang pukang sana sini.

" weii! teman- teman cuba lihat diluar sana,apakah yang terjadi ?".kata Salim
dengan keadaan yang terkejut.

Teman-teman Salim pun melihat keluar, mereka pun terkejut apabila melihat
pemandangan yang sangat menakutkan iaitu tumbuhan yang sangat besar
mejalar sambil ,menelan orang-orang yang tidak sempat lari. Entah itu
tumbuhan apa yang penting kami tidak ketahui .

Tiba-tiba seorang teman ku berkata "lari, lari adakah kamu mahu mati disini."
kami yang mendengar apa yang dia bilang pun merasa sangat panik tidak tahu
buat apa . Dengan keadaan yang tergesa-gesa kami pun turun dari bas dan lari
sejauh yang mungkin. Aku bersama dua orang temanku pun lari bersama-
sama.Aku melihat kebelakang,tumbuhan tersebut sudah pun menelani bas
kami

DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 3

Dua minggu kemudian,tiada perubahan kami sudah menelefon kepada


pihak berkuasa tetapi tiada balasan apa-apa. Aku dan teman teman ku
yang lain selamat sedangkan yang lain sudah menjadi mangsa. kami yang
berada disebuah rumah yang besar tidak berani untuk mengeluarkan
suara kami pada waktu. Sepanjang kami disini kami sudah memerhatikan
keadaannya disini,sekiranya waktu malam benda tersebut sangat aktif
pada waktu malam atau dikawasan yang gelap. Benda tersebut sangat
pekak dengan bunyi dan sensitif dengan waktu siang ataupun kawasan
yang terang.

Bunyi komputer menarik perhatian kami kerana komputer tersebut boleh


mengesan benda bahaya yang datang mendekat . Aku yang lihat itu
menyuruh aiman untuk memeriksa benda apa yang datang ke sini.

"Salim benda tu datang ke sini."kata aiman dengan panik.


Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu yang datang.kami yang mendengar


hal tersebut bersiap sedia tanpa mengeluarkan suara atau bunyi yang
bising kerana benda tersebut sensitif dengan bunyi yang kuat arah
selatan, tiba-tiba sejuntai tumbuhan menjerat temantemaku dengan erat.
Aku melihat hal tersebut membantu dengan menyuluhkan benda
tersebut.

a"Aiman kamu kasih aktifkan lampu solar, cepat."kata ku kepada Aiman.


aiman yang mendengar hal tersebut pun dengan cepat mengaktifkan
lampu solar dengan menggunakan komputernya. Apabila lampu solar
tersebut hidup, tumbuhan liar itu pun lari dengan ketakutan Melihat hal
itu aku menyuruh teman-teman yang lain untuk berhati-hati kerana
tumbuhan tersebut akan kemungkinan datang balik.

DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 4

Keadaan yang senyap, tiada yang berani untuk mengeluarkan suara. Tiba-
tiba di bawah tempat kami pijak ada bunyi sesuatu yang bergerak. Melihat
keadaan tersebut temanku tidak sengaja menjatuhkan benda yang
menyebabkan kami di serang balik.Tumbuhan seakan mempunyai
emosi,sangat marah apabila dia tahu kami berada diatasnya.

Tumbuhan tersebut mengamuk yang menyebabkan rumah tersebut runtuh


kebawah. aku melihat aiman terbawa sekali dengan lampu solar nya jatuh
kebawah. Hal ini menyebabkan tumbuhan tersebut sangat liar di kawasan
gelap.
keadaan yang tidak mendukung,teman-teman yang lain suda mati di tempat
kejadiaan."bang,bang,bang,bang.....".Aku terdengar bunyi senapang yang
saling bersahutan."Akhirnya, bantuan datang juga."kata

Aku melihat aku seorang bantu aku untuk berdiri. Pihak berkuasa
menghantar sekumpulan tentera dan dua orang para ilmuan untuk
menyelamatkan dunia. Teman-temanku yang lain selamat setelah di bantu
oleh para tentera.kami baru tahu masalah ini sudah tersebar di seluruh dunia
dengan diliputi tumbuhan yang liar. Seluruh dunia telah menghantar para
tentera di semua daerah untuk menyelesai kan misi mereka dengan
menyelamatkan orang-orang yang selamat.

Beberapa bulan kemudian, keadaan yang belum berubah juga.kami berjuang


untuk menyelamatkan dunia dengan mencari tempat para ilmuan buat
eksperimen.semasa kami diselamatkan,aku dan teman-temanku memutuskan
untuk ikut dengan para tentera dalam menyelesaikan misi.

Dalam perjalan untuk perjuang kami telah kehilangan separuh teman


kami."siapa di sini pandai main komputer." kata dokter Ilman. Aiman yang
mendengar itu mengajukan dirinya. Dr.Ilman melihat itu menyuruh Aiman
untuk menghubungi pihak tentera lain dinegara lain untuk bertanyakan
keadaan yang disana macam mana.kerana mereka telah kehilangan tentera
yang pandai dalam bidang komputer.

DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 5
Apabila dapat menghubungi pihak sebelah keadaan mereka baik baik
sahaja walaupun mereka kehilangan teman mereka. Tiba-tiba pengesan
benda tersebut berbunyi menandakan kedatangan tumbuhan
liar.Melihat itu kami disuruh lari oleh kapten."kapten pengesan ini tidak
dapat mengesan benda itu,kedudukannya tidak tentu arah kapten."
kata temanku Aiman.

Mendengar itu kapten menyuruh kami untuk berhenti."kapten sudah


dapat kesan arahnya jam selatan." kata Aiman dengan panik. kapten
yang mendengar itu melihat kedepan, alangkah nya kami terkejut
apabila melihat pemandangan yang aneh dengan tumbuhan yang
bergabung membentuk ombak yang diberi nama sebagai global hijau
oleh dr.ilman. melihat itu kapten menyuruh kami untuk mencari tempat
yang aman.

Aku yang melihat ada sebuah bas besar di arah utara pun menyuruh
mereka untuk naik ke dalam bas tersebut.kami pun lari sekuat-kuatnya
untuk sampai di bas tersebut.Tiba-tiba teman seperjuangan kami dua
orang terjatuh dengan memegang kotak berharga,dalam kotak tersebut
sangat lah berharga.kapten yang melihat itu untuk menyelamatkan
temannya tetapi temannya tidak ingin kapten menyelamatkan nya tapi
selamatkan kotak tersebut.

Aku yang melihat hal tersebut turun untuk membantu kapten naik ke
bas kerena global hijau tersebut hampir sampai tempat kami berada.
Apabila masuk dalam bas kapten tutup pintu bas dengan ketat dan
duduk dikerusi sambil memasang kan tali pinggang,begitu pun aku.
global hijau semakin dekat dan global hijau tersebut membawa kami
yang menyebabkan kami terombang-ambing dengan arus yang
kuat.kami di bawa jauh oleh global hijau sehiggakan kami terlempar
jauh

DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 6

Sepanjangkami menjalankan misi semasa ke semasa. Kami telah


menghadapi banyak masalah dalm perjalanan kami.sehingga
akhirnya kami pun sampai di tempat tujuan kami iaitu tempat
kejadian berlaku nya ekperimen yang gagal menyebabkan tumbuhan
menjadi liar.

Dalam perjalanan juga kami telah kehilangan kapten tentera


kerana beliau menyelamatkan kami dari kematiaan. Dua orang
ilmuan juga telah menjadi mangsa. Aku, Aiman dan dua orang
tentera selamat dari kematian. kami meneruskan misi kami dengan
amanah kapten supaya kami selamat di tempat kejadian.

Disini lah kami,berdiri didepan sebuah bangunan yang besar.


Bangunan yang runtuh di bahagian bangunan lain.kami sampai di
tempat tujuan dengan merujuk sistem mengesan kedudukan di
dalam komputer.

Aku pun masuk ke dalam bangunan tersebut abapila aiman


membuka kata kunci bangunan. Masuk sahaja kami di sana kami
sangat terkejut bangunan yang mewah dengan teknologi canggih.

"mana kotak tu,kita harus cepat sebelum tumbuhan itu semakin


merebak di seluruh dunia." seorang tentera pun mengeluarkan
sebuah kotak yang berisi cecairan hijau untuk memulihkan
tumbuhan liar itu dengan keadaannya yang semula.

kami pun membuat persiapan untuk misi kami selanjutnya iaitu


mengaktifkan mesin penggali tanah yang sudah disimpan dengan
cecairan hijau untuk membius tumbuhan tersebut.
DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 7

Dalam persiapan kami.Tiba-tiba terjadi sesuatu yang menyebabkan


mesin penggali tanah tidak dapat di teruskan.Aku yang melihat itu
menyuruh aiman untuk menghubungkan pihak berkuasa untuk melaporkan
bahawa terjadi sesuatu terhadap mesin penggali tahan. Pihak berkuasa
meminta bantuan dengan para tentera untuk melihat situasi di bawah tahan
menggunakan laluan laut, kerana akar tumbuhan tersebut tumbuh di bawah
tanah yang sangat dalam.

Bantuan dari bawah laut untuk menghancurkan kerak bumi bagi


melancarkan mesin penggali tanah.Malangnya,perbuataan tersebut tidak
menjadi yang menyebabkan pihak berkuasa merasa kecewa kerana usaha
mereka tidak menjadi.

Kami mendengar itu hampir putus asa,tetapi kalau kami tidak berusaha
kami tidak tahu apa yang akan jadi seterusnya." kita akan mendapat
solusinya sekira nya kita pergi turun ke bawah bangunan menggunakan lirf
bawah tanah untuk meletupkan ruang bawah tanah kerana ruang bawah
tanah berdekatkan dengan larva gunung berapi. jadi kita menggunakan
larva gunung berapi untuk melancarkan mesin penggali bawah tanah
berjalan terus ke akar tumbuhan." terangku kepada mereka sambil menekan
komputer.

Mendengar cadangan ku mereka tidak setuju kerana ruang bawah tanah


sangat bahaya dan kawasan gelap tempat kesukaan tumbuhan liar
tersebut." kalau kita tidak melakukan cadabngan itu, kita akan mati jadi
kita mesti turun kebawah juga. siapa yang mahu ikut aku boleh tapi aiman
tidak boleh kerana dia yang akan urus sistem disini."kataku
DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 8
Selepas sahaja kami berbincang kami pun terus melanjutkan
misi kami untuk turun ke bawah tanah. Aku bersama seorang
tentera lagi turun ke ruang bawah tanah menggunakan lift di
dalam bangunan tersebut.setibanya kami sudah sampai di
bawah tanah. kami melihat suasana yang sangat muram dan
menakutkan. Dengan keberaniaan yang tinggi kami berdua pun
keluar dari lift untuk mencari sebuah ruang yang paling hujung
berdekatan dengan larva gunung berapi.

Sepanjang perjalan kami melewatkan jalan yang begitu gelap


dengan selamat. Aku yang membawa sebuah bahan letupan
untuk meletupkan ruang bawah tanah.kami terjumpa sebuah
ruang di hujung yang bermakna kami sudah sampai di tempat
tujuan kami. Tetapi malang tak berbau kami telah di halang oleh
tumbuhan liar. Untuk mengelakkan kami kehilangan kesempatan.
Seorang tentera sanggup untuk mengorbankan dirinya dengan
meletupkan diri supaya aku selamat dari kejadian tersebut.
Melihat hal tersebut aku pun pergi dengan perasaan yang sangat
sedih.
Tiba- tiba bunyi letupan di ruang bawah tanah yang sangat kuat
apabila aku berada didalam lift bawah tanah.sampai sahaja di
ruang sistem aku melihat aiman disana yang sedang melihat
sistem komputer. "salim kita berjaya!kita berjaya selamat dunia
berkat sistem komputer.

kita selamat." kata aiman dengan gembira.Aku pun hanya


tersenyum melihat perangai mereka yang sangat gembira.
seluruh dunia gembira kerana bencana sudah tiada.tumbuhan
liar jadi layu kerana terkena larva gunung berapi selama letupan
terjadi dan tumbuhan tersebut juga menjadi jinak kerana terbius
dengan cecairan hijau .

1/1

DUNIA MIMPI Norika 4 Abadi

BAB 9

Dunia sekarang menjadi tenang dan damai.semua orang


melakukan kegiataan mereka masing-masing.sekiranya teknologi
tidak ada, tidak tahulah apa yang akan jadi dengan dunia
sekarang.

Aku terbangun dari tidurku."ternyata aku hanya bermimpi.aku


ingat terjadi sesuatu yang aku tidak ketahui. mimpi yang sangat
aneh yang pernah aku mimpikan." kata ku dalam hati.

Dalam mimpi tesebut aku boleh mengambil pengajaran,


sekiranya teknologi ada kebaikannya dan
keburukannya.kebaikannya ialah teknologi dapat membantu kita
sekiranya kita dalam masalah yang serius dan dapat membantu
dunia.

Keburukannya pula ialah,sekiranya kita melakukan sesuatu


benda yang tidak bagys yang menyebabkan kita gagal contonya
melakukan ekperimen yang tidak menjadi boleh menyebabkan
bencana.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai