Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PENGERUSI MAJLIS

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat sejahtera/selamat pagi

Yang berusaha,
En, Azman Bin Hashim
Guru Besar SK kpg dato seri kamaruddin

Yang Dihormati,
-       Pn. Sharidah
Penolong Kanan Pentadbiran

-       Pn. Azura
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Barisan Penolong Kanan SEKDSA
SUCCESS
-       Pn. roshanapi
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Siti Faridah
Penolong kanan Petang

-       Barisan Para Guru,

Dan murid-murid yang dikasihi sekalian.


 

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama dalam majlis bacaan Yassin secara dalam talian pada hari ini.
Diharapkan semua para pentadbir, guru-guru dan murid SEKDSA SUCCESS berada
dalam keadaan sihat hendaknya.
Sebelum kita mulakan majlis, suka saya ingatkan pada semua supaya tidak membuka
mikrofon. Ini adalah untuk mengelakkan dari adanya bunyi yang boleh mengganggu
bacaan Yassin. Hanya dibenarkan membuka kamera sahaja.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendengar dan


mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah Yassin yang akan diketuai oleh Al-
Fadhil us. Muhd Ismail Bin Abdul Rahman. Silakan ustaz.

-alhamdulillah, dengan ini selesai sudah majlis bacaan Yassin kita secara dalam talian
pada pagi ini.

-semoga apa yang disampaikan oleh Al-Fadhil ustaz dapat kita ambil sebagai
panduan dalam kehidupan seharian kita pada masa kini dan masa akan datang.

-dengan ini saya tutup majlis bacaan Yassin ini dengan surah Al-Asr dan tasbih
kifarah

Maka dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih atas kehadiran para pentadbir, guru-guru dan murid dalam
menjayakan majlis pada pagi ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai