Anda di halaman 1dari 16

POST GRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 1 / 2023

HMEF5023_V2

EDUCATIONAL LEADERSHIP

NO. MATRIKULASI : CGS02977326


NO. KAD PENGENALAN : 980513075451
NO. TELEFON : 01124245953
E-MEL : irhamfahmi@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Seberang Jaya


BAHAGIAN 1

1) Fokus artikel

Matlamat utama yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah


konsep sejahtera yang menjadi tonggak kepada pelaksanaan sistem pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan gagasan Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana
Menteri kita, Satuk Seri Anwar Ibrahim. Sistem pendidikan yang berkualiti adalah
pendidikan yang perlu mengharungi era globalisasi yang semakin membangun
kerana sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang
berkualiti dengan mempunyai ciri-ciri peribadi yang unggul dalam menangani
cabaran negara dan arus globalisasi (Mohamad, 2002). Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) adalah nadi utama kepada usaha pembangunan modal insan dan
juga pembentukan sistem organisasi pendidikan dan kemenjadian murid di sekolah.
Untuk membentuk sesebuah organisasi pentadbiran sekolah yang berkualiti
memerlukan kepimpinan yang sistematik.Menurut (Leithwood et al., 1999), peranan
utama kepimpinan sekolah adalah sebagai pemimpin instruksional yang memastikan guru
mengajar dan pelajar belajar secara berkesan. Oleh kerana itu, pemimpin instruksional
perlu menguasai kemahiran-kemahiran merancang, mengelola, memimpin dan mengawal
kurikulum di sekolah. Kepimpinan yang berkarismatik penting untuk mengemudi dan
menentukan hala tuju sekolah dalam merealisasikan kualiti pengurusan sekolah dan
kemenjadian murid.
Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji hubungan antara amalan memperkasakan
pengurusan oleh pengetua dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir
peringkat pertengahan. Dalam erti kata lain, penulis artikel ini membuat tinjauan dan
mengambil maklumat daripada kalangan guru mengenai peranan yang diambil oleh
pengetua sekolah berkenaan. Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek
apabila berhadapan dengan dunia berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan
(Drucker, 2017).

1
Menurut Fullan (1998), peranan pemimpin pendidikan dalam membuat perubahan
boleh dijana dan dilestarikan dalam lima (5) tindakan berikut: (i) menyelesaikan masalah
persekitaran yang kompleks, (ii) mengamalkan komunikasi berkesan, (iii) mempunyai
fleksibiti, (iv) mengaplikasikan teknologi terkini, dan (v) menggabungkan konsep lama
dan baru. Dapat difahami di sini besarnya peranan pengetua dalam pengurusan sekolah
dan menentukan hala tuju sesebuah sekolah.

2) Kepentingan kajian
Pengetua bertindak sebagai penggerak bagi sesebuah organisasi pentadbiran di
sekolah. Antara garis panduan yang dinyatakan dalam standard kualiti pendidikan
Malaysia adalah pengetua sekolah haruslah menerajui dan menggerakkan seluruh warga
sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar
sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi yang ditetapkan oleh sekolah
dan perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi (Raziah
Mansor & Ahmad bin Esa, 2009).
Guru dan pengetua perlu berganding bahu dalam menentukan hala tuju dan
kejayaan sesebuah sekolah. Jadi kajian ini penting bagi mengetahui keadaan semasa
sesebuah organisasi pentadbiran sekolah. Setiap pemimpin mempunyai gaya dan sifat
tersendiri begitu juga orang yang dipimpin. Dalam konteks ini, sesetengah guru tidak
mampu menyuarakan pandangan kepada atasannya sebarangan mengenai cara
pimpinannya menerajui pentadbiran lalu memilih untuk berdiam diri dan mengikuti
sahaja aturan yang ditetapkan.
Jadi hasil dan dapatan daripada kajian ini dapat mengenal pasti kualiti yang ada
pada pengetua. Dengan data sebegini, dapat membantu pihak yang lebih berautoriti
seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam
memantau dan menilai pengetua yang ada di sekolah-sekolah dari semasa ke semasa. Apa
yang menjadi kepentingan daripada kajian ini adalah untuk membantu memberi
kesedaran kepada semua guru dan pengetua dalam meningkatkan dan memperbaiki mutu
kerja secara professional dalam mentadbir urus sesebuah sekolah.

2
3) Perbincangan tentang apa yang telah dilakukan dalam kajian
Artikel yang ditulis oleh Rutil Taising bertajuk Amalan Pemerkasaan Pengurusan
Pengetua dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pentadbir
Peringkat Pertengahan Sekolah. Penulis memulakan artikel dengan pengenalan mengenai
artikel. Penyelidik mengkaji bagaimana pengetua di sekolah mengamalkan amalan
pemerkasaan pengurusan dan apakah guru di sekolah berpuas hati ataupun tidak. Penulis
telah membuat penyelidikan di 24 buah sekolah menengah kebangsaan.
Kaji selidik ini melibatkan guru yang memegang jawatan seperti penolong kanan.
Dalam tinjauan ini penulis membahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A Maklumat
demografi, Bahagian B iaitu Konstruk untuk Amalan Pemerkasaan Pengurusan dan
Bahagian C iaitu Konstruk untuk Kepuasan Kerja. Jadual satu menunjukkan data
berkenaan amalan pemerkasaan pengurusan. Ada beberapa aspek berada di bawah paras
4.00 yang menunjukkan bahwa responden kurang berpuas hati terhadap pelaksaaan
perkara tersebut. Beralih kepada jadual kedua yang menunjukkan Kepuasan Kerja
Pentadbir Peringkat Pertengahan. Ada dua aspek yang mendapat skor bawah 4.00 iaitu
perkara 2 dan 5. Pihak atasan perlu mengkaji semula tahap pelaksanaan bagi kedua
perkara tersebut.

4) Hasil kajian
Jadual 1 menunjukkan 2.65 hingga 4.40 mata bagi 25 perkara berkaitan amalan
pemerkasaan pengurusan pengetua. Ini membuktikan bahawa pemerkasaan pengurusan
diamalkan secara menyeluruh oleh pengetua dan perkembangan ini juga menjadi
keutamaan dan pentadbir peringkat pertengahan sangat menggalakkannya. Perkara yang
menunjukkan mata yang kurang daripada 4.00 adalah di luar bidang kuasa mereka seperti
kebebasan membuat keputusan berkaitan apa yang perlu diajar (perkara 10), membuat
keputusan berkaitan perbelanjaan sekolah (perkara 12), tahap pengetahuan yang tinggi
berkaitan pekerjaan (perkara 19), berpeluang mempengaruhi orang lain (perkara 20) dan
berhak menolak cadangan atasan yang tidak sesuai (perkara 24).

3
Daripada data ini dapat kita simpulkan perkara yang mendapat mata kurang
daripada 4.00 adalah perkara yang menjadi tanggungjawab dan tugas pihak atasan seperti
keputusan berkaitan apa yang perlu diajar ataupun dalam erti kata lainnya adalah sukatan
pelajaran. Guru hanya perlu mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beralih kepada jadual kedua yang menunjukkan Kepuasan Kerja Pentadbir
Peringkat Pertengahan. Ada dua aspek yang mendapat skor bawah 4.00 iaitu perkara 2
dan 5 yang berkaitan hak membuat keputusan dan pelaksanaan tugasan. Pihak
pentadbiran perlu lebih bersifat terbuka dalam hak kebebasan membuat keputusan selagi
mana perkara itu baik untuk kemajuan murid-murid.

5) Pemahaman dan kritikan peribadi terhadap artikel

Artikel mengumpulkan data berkenaan amalan pemerkasaan pengurusan pengetua


dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pentadbir Peringkat
Pertengahan Sekolah. Kajian ini berpusat Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengambil data dan maklumat daripada beberapa responden dalam kalangan pendidik
tentang bagaimana pendapat pengetua sekolah berkenaan mentadbir pengurusan sekolah.
Hasil dapatan kajian menunjukkan masih ada beberapa perkara mendapat skor yang lebih
rendah yang menunjukkan bahawa responden kurang berpuas hati dengan perkara
tersebut.
Jika lebih diteliti perkara yang mendapat skor yang rendah itu adalah perkara yang
melibatkan skop kerja ataupun tugas yang menjadi bidang kuasa pihak pentadbiran.
Dalam membentuk organisasi yang sistematik, semua pihak daripada peringkat akar umbi
sehingga pimpinan perlu menjalankan tugas dan menghormati hak antara satu dengan
lain. Dalam organisasi juga memerlukan kemahiran komunikasi bagi mengelakkan salah
faham yang mengakibatkan ketidakpuastian. Jadi sebagai saranan, pengetua perlulah
menjadi pemimpin yang agak terbuka dalam mendengar pandangan dari pihak bawahan
agar perjalanan organisasi tersebut lebih kehadapan demi mencapai matlamat yang
diinginkan. Guru-guru juga perlu mematuhi segala arahan dan aturan yang telah
ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

4
Penulis artikel juga tidak menyatakan permasalahan kajian secara terperinci.
Permasalahan kajian artikel ini menganalisi gaya kepimpinan yang diamalkan pengetua
dan hubungan dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pentadbir peringkat
pertengahan. Oleh itu kajian ini mencari jawapan apakah amalan pemerkasaan
pengurusan yang diamalkan oleh pengetua dan hubungannya dengan tahap kepuasan
pentadbir pertengahan. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi
guru sekolah terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua.
Kekurangan artikel ini adalah yang pertama pemilihan tajuk yang terlalu panjang
dan sukar difahami. Sebaiknya tajuk artikel hendaklah ditulis secara ringkas, jelas dan
menumpukan perbahasan utama keseluruhan artikel. Tajuk yang baik seeloknya menarik
perhatian ramai untuk membacanya. tidak menyediakan beberapa persoalan yang penting
mengenai artikel ini. Penulis tidak menerangkan objektif kajian dan tujuan kajian dengan
terperinci dan terhad kepada penjelasan pada bahagian abstrak dan bahagian akhir
pengenalan. Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang keseluruhan
kajian.
Selepas itu, penulis perlu mejelaskan objektif utama dan objektif terperinci kajian.
Sekiranya objektif itu melebihi dua perkara, penulis hendaklah menyusun objektif-
objektif tersebut mengikut keutamaan.Jadi dalam artikel ini, pembaca perlu memahami
dengan teliti isu-isu yang dibangkitkan dalam artikel ini. Seterusnya kekurangan yang
saya dapati dalam artikel ini adalah penulis tidak menjelaskan secara terperinci metologi
ataupun kaedah kajian yang dilakukan. Penulis perlu menjelaskan reka bentuk kajian
yang digunakan sepeti kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes, action research, kajian
etnografi, kajian campuran metode (mixed method), analisis dokumen ataupun kajian
kepustakaan.

5
BAHAGIAN 2

Bagi tugasan untuk bahagian kedua, saya ditugaskan untuk membuat satu kaji
selidik mengenai pandangan guru tentang kualiti kepimpinan seorang pengetua. Data dan

maklumat yang diambil adalah berkenaan aspek akauntabiliti, komunikasi, membuat


keputusan dan pengurusan masa. Dalam penulisan ini, saya akan menggunakan istilah
informan A dan irforman B bagi memudahkan penulisan dan pembacaan.

Kaji selidik ini dilakukan di dua buah sekolah sekitar kawasan Seberang Perai
Tengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah dan Sekolah Rendah
Taman Inderawasih. Kaji selidik dilakukan ini melibatkan informan yang merupakan
seorang guru yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan. Informan A
adalah Azirah Binti Abdul Aziz. Beliau adalah seorang guru yang telah bertugas di
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah selama 12 tahun dan telah menjawat
jawatan guru hampir 22 tahun. Antara lain beliau juga pernah dilantik sebagai guru
panitia bagi subjek Bahasa Melayu dan kini memegang jawatan sebagai guru bidang
bahasa di sekolah.

Seterusnya, Informan B adalah Norhaslina Binti Omar yang merupakan seorang


guru bagi subjek matematik di Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih dan telah
berkhidmat selamat 7 tahun di sekolah tersebut. Beliau merupakan guru panitia bagi
subjek Sains dan Matematik. Dalam bidang kokurikulum, beliau memegang tugas
sebagai guru penasihat TKRS dan guru pengawas sekolah. Jawatan dan tugas yang beliau
pegang di sekolah menunjukkan bahawa beliau mempunyai pengetahuan dalam
kepimpinan.

Sebelum memulakan sesi kaji selidik dengan mengucapkan terima kasih kepada
kedua-dua informan atas kesudian mereka untuk membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Kaji selidik dimulakan dengan takrifan pengetua mengikut pemahaman bagi
kedua-dua informan.

6
Menurut informan A, pengetua merupakan individu yang memegang jawatan
puncak dan tertinggi dalam hierarki pentadbiran sekolah. Peranan pengetua adalah
sebagai penggerak dan nadi utama sekolah yang bertanggungjawab dalam penyelarasan
dan pengurusan dalam aspek pentadbiran, akademik, kokurikulum dan pembangunan
pelajar di sekolah tersebut. Dalam aspek pengurusan pentadbiran, pengetua
bertanggungjawab dalam pengendalian operasi harian sekolah. Hal ini termasuk
pengurusan kakitangan, pemantauan kehadiran dan disiplin pelajar serta penjagaan
kelengkapan serta fasiliti sekolah. Seterusnya bidang akademik dan kurikulum. Pengetua
perlu memastikan bahawa standard kurikulum yang digunakan di sekolah berpandukan
dengan piawaian pendidikan yang disediakan oleh kementerian pendidikan.

Dalam konteks pengurusan sumber manusia, tugas pengetua adalah untuk


memenuhi keperluan semasa sekolah dengan pengambilan guru, pemantauan prestasi
guru sedia ada, dan menyediakan bimbingan dan bantuan profesional kepada kakitangan
sekolah. Mereka juga menguruskan konflik dan isu-isu personal staf yang berkaitan
dengan hal ehwal sekolah. Dari segi hubungan kemasyarakatan pula pengetua perlu
membina komunikasi yang baik dengan ibu bapa pelajar dan komuniti setempat untuk
membangun hubungan yang baik antara sekolah dan masyarakat. Mereka juga
melibatkan diri dalam acara-acara sekolah dan menjalin kerjasama dengan pihak luar
seperti pihak berkuasa pendidikan dan keselamatan dalam upaya menjamin kesejahteraan
pelajar-pelajar.

Dalam usaha pembangunan sahsiah dan disiplin pelajar, pengetua memainkan


peranan penting dalam menjaga ketertiban pelajar dan memastikan kebajikan dan
keselamatan mereka terjamin di sekolah. Pengetua bertanggungjawab ke atas disiplin dan
peraturan sekolah dan mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah.
Tujuan utama seorang pengetua sekolah adalah untuk memastikan sekolah beroperasi
dengan lancar, menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan memastikan
pelajar mencapai potensi mereka secara akademik dan perkembangan sosial. Pengetua

7
juga berperanan sebagai pemimpin dan perwakilan sekolah dalam hal-hal yang berkaitan
dengan pendidikan dan pembangunan pendidikan di peringkat tempatan dan nasional.

Informan B memberikan definisi pengetua secara umum. Menurut beliau, pengetua


menggalas tugas dalam perancangan dasar-dasar sekolah, penyelarasan kurikulum, dan
pengawalan indeks prestasi akademik dan kokurikulum di sekolah. Pengetua juga
berperanan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan pelajar selaras dengan ketetapan
pendidikan yang ditetapkan oleh kementerian atau badan penguatkuasaan pendidikan.
Pengetua merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dalam bidang
pendidikan dan mempunyai kewibawaan dalam kepimpinan. Mereka juga perlu memiliki
kemahiran komunikasi yang efektif, dan kemampuan untuk mengambil keputusan yang
terbaik dalam menerajui kepimpinan sekolah.

Kaji selidik diteruskan dengan pertanyaan dalam konteks akauntabiliti pengetua.


Menurut pandangan informan A, akauntabiliti adalah bermaksud tanggungjawab.
Akauntabiliti dalam konteks pengetua adalah peranan dalam menguruskan sekolah.
Pengetua harus bertanggungjawab atas pengurusan keseluruhan sekolah, termasuk
takwim persekolahan, perancangan akademik dan kokurikulum, pengurusan sumber
daya, penyelenggaraan kemudahan sekolah dan sebagainya. Dari segi pencapaian
akademik pula, pengetua perlu sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan prestasi
akademik murid-murid di sekolah dari masa ke masa. Pemantauan terhadap guru-guru
melalui rekod pengajaran harian perlu dilakukan dalam rangka memastikan pembelajaran
yang dilaksanakan sistematik dan efektif. Seterusnya pengetua bertanggungjawab dalam
menjamin keselamatan dan keamanan sekolah. Pengetua seharusnya memastikan
keselamatan dan keamanan semua guru, murid dan kakitangan sekolah dengan kawalan
peraturan dan pemantauan berkala

Menurut informan B, akauntabiliti pengetua merangkumi aspek pengurusan


kawangan sekolah dan sumber hasil sekolah dengan memastikan penggunaan dana
kewangan sekolah dengan diuruskan dengan baik dan memanfaat sumber hasil dengan
semaksimum mungkin. Pengetua juga perlu menjaga hubungan sosial sama ada dengan

8
masyarakat berhampiran mahupun dengan pihak yang berautoriti seperti polis atau
dengan mana-mana Badan Bukan Kerajaan. Tambahnya lagi, akauntabiliti pengetua
merupakan aspek utama dalam usaha mencipta kejayaan dan kemenjadian murid.

Kaji selidik kemudian berfokus kepada aspek komunikasi yang ada pada pengetua.
Menurut informan A, pengetua perlu membentuk komunikasi yang baik dengan semua
guru dan murid serta kakitangan sekolah dengan cara menjaga seorang pendengar yang
baik. Setiap cadangan mahupun keluhan mengenai sistem pengurusan haruslah diterima
dan dititikberatkan. Setiap cadangan yang bernas perlu dipraktikkan bagi memastikan
kualiti pengurusan sentiasa ditingkatkan. Jika terdapat masalah berkaitan dengan murid,
pengetua perlu mengambil berat dengan memikirkan solusi terbaik bagi
menyelesaikannya. Pengetua juga perlu menjadi pembakar semangat bagi guru-guru
setiap kali perjumpaan diadakan sama ada selepas waktu perhimpunan ataupun ketika
sesi mesyuarat. Kata-kata pujian dan penghargaan perlu diberikan kepada mana-mana
guru yang berhasil menjayakan sebarang agenda dan program yang dijalankan di sekolah.
Pengetua juga perlu bersikap keterbukaan terutamanya dengan guru penolong kanan.
Sebarang keputusan berkaitan pentadbiran mestilah melalui perbincangan dan
pengetahuan bersama. Hal ini bagi mengelakkan perselisihan faham yang seterusnya
menjejaskan hubungan dan komunikasi.

Bagi informan B, komunikasi pengetua dan guru sangat penting terutamanya dalam
aspek pembangunan murid sama ada dari segi akademik, kokurikum dan sahsiah.
Pengetua perlu sentiasa memantau prestasi murid-murid melalui data yang direkodkan di
dalam sistem pengajaran dan seterusnya membuat pembentangan ketika sesi mesyuarat.
Murid-murid yang tidak mencapai standard yang ditetapkan perlu diberi perhatian oleh
pengetua dan guru-guru yang berkenaan. Kemudian komunikasi bersama ibu bapa juga
perlu diutamakan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang ditubuhkan. Setiap kali
perjumpaan akan dikemukakan usul ataupun cadangan yang perlu dibincangkan bersama
antara guru dan waris bagi memastikan semua murid mendapat pembelajaran yang
berkualiti.

9
Kemudian pengetua juga perlu cakna dengan persekitaran setempat. Komunikasi
dan hubungan bersama masyarakat perlu dijaga sebaik mungkin terutamanya dalam hal-
hal keselamatan seperti keselamatan jalan raya. Sebarang aktiviti yang dijalankan
hendaklah tidak mengganggu kesejahteraan umum. Pengetua juga perlu membina
komunikasi dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Program yang berbentuk keselamatan dan kesihatan
akan menjadi lebih efektif jika pihak-pihak ini terlibat secara langsung menjayakan
program berkenaan. Komunikasi bersama pihak atasan seperti Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) paling diutamakan dalam pemantauan prestasi murid-murid dan pemberian dana
untuk penyelenggaraan fasiliti sekolah.

Membuat keputusan adalah salah satu tugas pengetua dalam sesebuah sekolah.
Menurut informan A. membuat keputusan dalam hal pentadbiran, sistem kurikulum,
keselamatan, dan persekitaran adalah inti utama dalam aspek ini. Ada beberapa langkah
yang perlu diambil sebelum mengambil sebarang keputusan, Yang pertama, perlu
mengenal pasti isu yang dibangkitkan. Sebagai contoh, masalah kerosakan tandas.
Pengetua perlu memastikan isu kerosakan tersebut termasuk kategori permasalahan yang
perlu perbincangan bersama atau tidak. Seterusnya perlu mengumpulkan informasi dan
data dari pelbagai pihak berkenaan isu yang berbangkit. Sebagai contoh pengetua
mengetahui tahap kerosakan tandas yang dinyatakan. Selepas mengetahui masalah dan
memperoleh data, seterusnya perlu memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah
berkenaan. Misalnya pengetua dapat menghubungi pihak pejabat pendidikan untuk
sumbangan dana dan sebagainya. Setelah itu, membuat keputusan yang sewajarnya bagi
menyelesaikan masalah berkenaan. Dalam konteks kerosakan tersebut, setelah
memperoleh dana, pengetua boleh membuka tender kepada pihak-pihak kontraktor untuk
membaiki kerosakan tandas sekolah berkenaan.

Informan B pula berkata pengetua perlu membuat keputusan yang tepat dalam
merancang pentadbiran sekolah selari dengan visi dan misi sekolah. Setiap keputusan
yang dibuat mestilah berdasarkan tujuan yang jelas. Sebarang keputusan yang diputuskan
mestilah memberikan hasil yang positif sama ada dalam jangka masa pendek ataupun

10
panjang. visi jangka panjang untuk pengembangan sekolah dalam usaha menciptakan
lingkungan yang kondusif untuk pembelajaran. Tambahnya lagi, keputusan yang dibuat
mestilah berdasarkan skop tugas pengetua yang telah ditetapkan kementerian dan
mengikut prosedur yang benar.

Aspek seterusnya adalah berkaitan dengan pengurusan masa pengetua.


Kempimpinan yang sistematik dan tersusun bermula daripada kemampuan menguruskan
masa dan hasilnya setiap urusan dan kerja mendapat hasil yang efektif. Pengurusan masa
yang baik dapat menjimatkan tenaga, memaksimumkan keberhasilan, meningkatkan
kemahiran, seterusnya mencapai target yang disasarkan. Informan A berpendapat
pengetua perlu berdisiplin dalam menjalankan tugas sebagai pentadbir sekolah. Setiap
aktiviti sekolah yang dirancang perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam
mesyuarat agung tahunan. Menurut informan A lagi, pengetua sekrang perlu bijak
menggunakan teknologi aplikasi pintar seperti penggunaan alat bantu seperti aplikasi
Google Calandar, Reminders dan banyak yang bertujuan mengingatkan tugas yang perlu
dilakukan. Jawatan guru penolong kanan adalah sebagai pembantu pengetua dalam
menguruskan hal-hal pentadbiran. Ada sebahagian tugas yang boleh diwakilkan kepada
penolong kanan dan ini adalah salah satu cara menguruskan masa dengan baik.

Informan B berpendapat pengetua perlu meletakkan matlamat utama dan


memberikan fokus kepada perkara yang memberikan hasil yang positif kepada murid-
murid. Pengetua juga perlu profesional dalam menjalankan tugas dengan tidak
mencampurkan urusan peribadi dan urusan kerja bagi memastikan kualiti kerja yang
berkualiti. Pengetua juga perlu menepati masa sama ada dari segi kedatangan ataupun
perancangan program sekolah. Pengurusan masa yang baik turut mempengaruhi emosi
dan kesihatan. Pengetua perlu bijak membahagikan masa antara keperluan kerja dan
keperluan peribadi. Kesihatan emosi dan fizikal akan memberikan dampak kepada tugas
yang dilaksanankan. Dalam masa yang sama, pengetua juga perlu menerapkan
kepentingan pengurusan masa kepada semua guru terutamanya jadual kelas. Pemantauan
perlu dilakukan dari kelas ke kelas untuk melihat pembelajaran yang dilakukan.

11
Sebagai kesimpulan, aspek-aspek yang ditekankan dalam kaji selidik ini adalah
untuk mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin yang berkualiti. Akauntabiliti
perlu ada dalam prinsip pengetua dalam menjalankan tugas untuk memastikan
pentadbiran sekolah dalam keadaan yang sistematik dan teratur. Seterusnya, dalam
kemahiran berkomunikasi juga perlu ada pada pengetua dalam membentuk kerjasama
dalam kalangan pendidik dalam melahirkan pembelajaran yang efektif. Pada aspek
pengambilan keputusan pula dapat disimpulkan bahawa tuas seorang pengetua adalah
membuat keputusan dalam menjalankan tanggungjawab kepemimpinannya. Keputusan
yang diambil oleh seorang pengetua mempengaruhi kepada pencapaian kejayaan dalam
bidang petadbiran dan pendidikan di sekolah. Dan aspek yang terakhir adalah pengurusan
masa. pengurusan masa adalah suatu aspek penting dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab anda dengan efektif. Pengurusan masa membantu meningkatkan
produktiviti dan menjaga keseimbangan antara urusan profesional dan peribadi.

12
BAHAGIAN 3
i)

ii)

iii)

13
iv)

v)

14
RUJUKAN / REFERENSI

Drucker, P. F. (2007). Management Challenges for 21st Century. Burlington, MA:

Elsevier

Leithwood, K., Jantzi, D. dan Steibach. (1999). Changing Leadership for Changing

Times, Universiti Press, Philadelphia.

Michael Fullan. (1998). Educational Reform as Continuous Improvement,

University of Toronto.

Mohamad Bin Muda (2002). Cabaran pendidikan masa kini. http

Raziah bt Mansor & Ahmad Bin Esa. (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru

Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah di Seremban,

Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB

15

Anda mungkin juga menyukai