Anda di halaman 1dari 1

Ciri-Ciri Murid (Kepelbagaian Pelajar) Dalam Bahan Penggunaan Teknolgi.

Sebagai seorang guru, penting bagi guru tersebut mengetahui dan ambil peduli akan
siapa sebenarnya murid-murid atau komuniti sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan
pendekatan yang bersesuai yang dibawa oleh murid, bakat serta minat mereka dalam situasi
pembelajaran. Adalah wajar bagi seorang guru mengetahui bahawa setiap individu murid
adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang
mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Lebih-
lebih lagi dengan pendekatan pembelajaran yang lebih cenderung menggunakan bahan
teknologi pada masa kini.

Terdapat banyak faktor kepelbagaian murid antaranya dari sudut gaya pembelajaran.
Jika dilihat, zaman kini generasi yang lebih dikenali sebagai genarasi Alpha lebih cenderung
menggunakan teknologi berbanding “chalk and talk” namun perlu juga dinilai gaya
pembelajaran murid tersebut. Antaranya terdapat murid visual, iaitu belajar dengan melihat,
murid audio, belajar dengan mendengar atau bercakap, dan murid kinestetik iaitu belajar
dengan membuat atau melakukan sesuatu. Oleh itu guru perlu memainkan peranan yang
penting bagi menghadapi kepelbagaian pelajar. Seiring dengan kemajuan teknolgi, guru perlu
merancang variasi dalam penyampaian seperti menjadikan sesi P&P sebagai satu sesi yang
bermakna dan berkesan dengan menggunakan teknolgi seperti quizziz, firebox, youtube dan
sebagainya. Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian
maklumat melalui transperansi, laman web atau carian internet serta carta dan lain-lain lagi.
Ini adalah sesuai kerana didalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada visual, dan
yang tertarik kepada kinestetik.

Kesimpulannya, setiap individu guru termasuk murid lebih cenderung kepada


kepelbagaian pembelajaran. Guru-guru perlu sentiasa melihat kepelbagaian pembelajaran
kepada kepelbagaian kebolehan murid. Ini adalah merupakan realiti kehidupan murid. Cara
mereka belajar adalah berbeza-beza. Hal ini demikian dapat memberi panduan kepada guru
untuk menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berlandaskan
Rancangan Pengajaran Harian yang baik.

Anda mungkin juga menyukai