Anda di halaman 1dari 7

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1333 AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI


DALAM PAKK

KOD SUBJEK: E C D 1 3 3 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

2 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2

3 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8

UNTUK PERHATIAN(NAMA PENSYARAH): SIR MOHAMMAD ISMADI

TARIKH SERAHAN: 1 2 / 0 1 / 2 0 2 3
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

……………………………………
(NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)
PENGENALAN

Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan penyampaian isi pelajaran. Antara contoh bahan bantu mengajar bukan
elektronik adalah papan tulis , buku teks , papan pamer, gambar, kad imbasan atau kad
cantuman, carta, grafik , papan pengajaran, model, boneka dan diorama.

Bahan Bantu Mengajar yang telah kami pilih merangkumi objek yang boleh dilihat,
dipegang, dibaca dan akan digunakan oleh kanak-kanak setiap hari iaitu jam dinding.
Sesetengah kanak-kanak prasekolah masih belum mahir dalam membaca jam dengan betul,
jadi bahan bantu mengajar ini adalah untuk memudahkan kanak-kanak melakukan latihan
dalam membaca jam. Jam dinding ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan cuba
untuk mengaitkan unsur-unsur kehidupan seharian kepada kanak-kanak seperti masa dan
nombor. Contohnya, mengenal pasti pukul berapa, mengenal pasti nombor, dan menguasai asas
matematik. Dengan jam dinding ini juga kanak-kanak dapat mengetahui pentingnya jam dan
masa dalam kehidupan mereka dan dapat melatih mereka untuk tidak membuang masa di masa
akan datang.

Dengan bahan bantu mengajar dapat memberi rangsangan dan minat murid-murid.
Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. Membekalkan
dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Oleh itu,
Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,
menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan seragam. Dapat menguatkan
kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Mendorong murid-
murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.
AKTIVITI MEMBACA JAM DINDING

Aktiviti membaca jam dan menulis jarum jam ini merupakan latihan yang terbaik untuk
melatih kanak-kanak prasekolah memahami dan membaca jam. Pada peringkat ini, mereka
perlulah meneroka pelbagai aspek kehidupan terumatanya yang berkait rapat dengan
kehidupan seharian.

Aktiviti membaca jam ini kelihatan seperti biasa tetapi ianya merupakan salah satu
latihan dan aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai Asas Matematik
kerana ia melibatkan operasi tambah dan tolak untuk membaca jam dan juga minit. Pada masa
yang sama, mereka dapat mengaitkan tentang mata pelajaran Matematik dengan kehidupan
seharian mereka. Ia merupakan salah satu kemahiran yang penting bagi memastikan kanak-
kanak dapat menghubungkan ilmu yang telah mereka pelajari dengan perkara yang mereka
temui di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila mereka menabung atau membeli
barang, mereka pasti akan menggunakan operasi asas matematik seperti tambah, tolak dan
pendaraban serta bahagi. Dengan memperkenalkan asas matematik kepada kanak-kanak pada
peringkat yang awal dan memiliki salah satu kemahiran matematik yang kuat dalam diri
mereka dapat memudahkan mereka untuk mengira dengan lebih cekap dan pantas.

Jam dinding ini juga merupakan salah satu pilihan media belajar yang tepat bagi kanak-
kanak. Sebagai seorang guru, cara-cara untuk mengajar melalui bahan bantu mengajar jam
dinding ini adalah mereka perlulah memberi penerangan tentang jam yang terdiri daripada
sistem nombor iaitu mempunyai 12 nombor. Guru hendaklah mengenalkan jam mempunyai
jarum pendek dan jarum panjang yang mana jarum pendek dibaca sebagai jam manakala jarum
yang panjang dibaca sebagai minit. Kad perkataan disediakan untuk sebagai arahan untuk
menggerakkan jam. Guru memberikan bimbingan kepada murid untuk mengerakkan jarum jam
mengikut kad perkataan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. (Jarum pendek mewakili
jam manakala Jarum panjang menunjukkan minit). Angka-angka yang ada di dalamnya terdiri
dari jam, minit , dan saat. Jadi, ia akan lebih mudah untuk difahami bagi setiap peringkat umur
tentang waktu dan fungsinya.

Selain fungsi utamanya sebagai penunjuk waktu, jam dinding juga dapat digunakan
media awal belajar untuk kanak-kanak. Kesan-kesan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak
ialah melalui bahan bantu mengajar ini, mereka dapat belajar dalam menghitung sekaligus
menghargai setiap waktu yang berharga untuk digunakan bagi perkara yang berfaedah dan
berguna serta menghargai waktu yang telah mereka lalui di masa akan datang. Contohnya,
meluangkan masa bersama keluarga, memenuhi masa lapang dengan melakukan pelbagai
aktiviti, mengulangkaji mata pelajaran dan lain-lain.
PENUTUP
Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk
tapi lebih dari itu, seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) perlu dipelbagaikan dengan
kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan untuk kanak-kanak. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat
keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan dan mengoptimumkan
sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya.
Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) amat penting kepada guru bagi
membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu
yang disampaikan.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan
guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Bahan bantu mengajar
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi
membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak
disampaikan.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai