Anda di halaman 1dari 7

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1333 AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI


DALAM PAKK

KOD SUBJEK: E C D 1 3 3 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9


2 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2

3 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8

UNTUK PERHATIAN(NAMA PENSYARAH): SIR MOHAMMAD ISMADI

TARIKH SERAHAN: 1 2 / 0 1 / 2 0 2 3

AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.
……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

……………………………………
(NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)

PENGENALAN

Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar
merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan penyampaian isi pelajaran. Antara contoh bahan bantu mengajar bukan
elektronik adalah papan tulis , buku teks , papan pamer, gambar, kad imbasan atau kad
cantuman, carta, grafik , papan pengajaran, model, boneka dan diorama.

Bahan Bantu Mengajar yang telah kami pilih merangkumi objek yang boleh dilihat,
dipegang, dibaca dan akan digunakan oleh kanak-kanak setiap hari iaitu jam dinding.
Sesetengah kanak-kanak prasekolah masih belum mahir dalam membaca jam dengan betul,
jadi bahan bantu mengajar ini adalah untuk memudahkan kanak-kanak melakukan latihan
dalam membaca jam. Jam dinding ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan
cuba untuk mengaitkan unsur-unsur kehidupan seharian kepada kanak-kanak seperti masa
dan nombor. Contohnya, mengenal pasti pukul berapa, mengenal pasti nombor, dan
menguasai asas matematik. Dengan jam dinding ini juga kanak-kanak dapat mengetahui
pentingnya jam dan masa dalam kehidupan mereka dan dapat melatih mereka untuk tidak
membuang masa di masa akan datang.

Dengan bahan bantu mengajar dapat memberi rangsangan dan minat murid-murid.
Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. Membekalkan
dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Oleh
itu, Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,
menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan seragam. Dapat menguatkan
kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Mendorong murid-
murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.
AKTIVITI MEMBACA JAM DINDING

Bahan Bantu Mengajar yang telah kami sediakan adalah sebuah jam dinding. Bahan-
bahan yang digunakan bagi menghasilkan jam dinding ini adalah mountain board digunakan
sebagai badan jam, kertas warna sebagai nombor, jarum dan kad perkataan manakala botol
digunakan sebagai pemegang jam. Dengan jam dinding ini kita dapat melakukan aktiviti
membaca jam kepada kanak-kanak. Membaca jam juga adalah salah satu aktiviti yang dapat
membantu kanak-kanak dalam menguasai Asas Matematik contohnya, mengenali nombor 1
hingga 12. Jam dinding ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan untuk
mengaitkan unsur-unsur kehidupan kepada kanak-kanak seperti masa dan juga nombor.

Kmk- Cara-cara untuk mengajar melalui jam dinding ini adalah guru perlulah memberi
penerangan tentang jam yang terdiri daripada sistem nombor iaitu mempunyai 12 nombor.
Guru hendaklah mengenalkan jam mempunyai jarum pendek dan jarum panjang yang mana
jarum pendek dibaca sebagai jam manakala jarum yang panjang dibaca sebagai minit. Kad
perkataan disediakan untuk sebagai arahan untuk menggerakkan jam. Guru memberikan
bimbingan kepada murid untuk mengerakkan jarum jam mengikut kad perkataan semasa
proses pembelajaran dan pengajaran.

Aktiviti membaca jam dan menulis jarum jam ini merupakan latihan yang terbaik untuk
melatih kanak-kanak prasekolah memahami dan membaca jam. Pada peringkat ini, mereka
perlulah meneroka pelbagai aspek kehidupan terumatanya yang berkait rapat dengan
kehidupan seharian.

Aktiviti membaca jam ini kelihatan seperti biasa tetapi ianya merupakan salah satu
latihan dan aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai Asas Matematik
kerana ia melibatkan operasi tambah dan tolak untuk membaca jam dan juga minit. Pada
masa yang sama, mereka dapat mengaitkan tentang mata pelajaran Matematik dengan
kehidupan seharian mereka. Ia merupakan salah satu kemahiran yang penting bagi
memastikan kanak-kanak dapat menghubungkan ilmu yang telah mereka pelajari dengan
perkara yang mereka temui di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila mereka
menabung atau membeli barang, mereka pasti akan menggunakan operasi asas matematik
seperti tambah, tolak dan pendaraban serta bahagi. Dengan memperkenalkan asas matematik
kepada kanak-kanak pada peringkat yang awal dan memiliki salah satu kemahiran matematik
yang kuat dalam diri mereka dapat memudahkan mereka untuk mengira dengan lebih cekap
dan pantas.

Jam dinding ini juga merupakan salah satu pilihan media belajar yang tepat bagi
kanak-kanak. Sebagai seorang guru, cara-cara untuk mengajar melalui bahan bantu mengajar
jam dinding ini adalah mereka perlulah memberi penerangan tentang jam yang terdiri
daripada sistem nombor iaitu mempunyai 12 nombor. Guru hendaklah mengenalkan jam
mempunyai jarum pendek dan jarum panjang yang mana jarum pendek dibaca sebagai jam
manakala jarum yang panjang dibaca sebagai minit. Kad perkataan disediakan untuk sebagai
arahan untuk menggerakkan jam. Guru memberikan bimbingan kepada murid untuk
mengerakkan jarum jam mengikut kad perkataan semasa proses pembelajaran dan
pengajaran. (Jarum pendek mewakili jam manakala Jarum panjang menunjukkan minit).
Angka-angka yang ada di dalamnya terdiri dari jam, minit , dan saat. Jadi, ia akan lebih
mudah untuk difahami bagi setiap peringkat umur tentang waktu dan fungsinya.

Selain fungsi utamanya sebagai penunjuk waktu, jam dinding juga dapat digunakan
media awal belajar untuk kanak-kanak. Kesan-kesan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak
ialah melalui bahan bantu mengajar ini, mereka dapat belajar dalam menghitung sekaligus
menghargai setiap waktu yang berharga untuk digunakan bagi perkara yang berfaedah dan
berguna serta menghargai waktu yang telah mereka lalui di masa akan datang. Contohnya,
meluangkan masa bersama keluarga, memenuhi masa lapang dengan melakukan pelbagai
aktiviti, mengulangkaji mata pelajaran dan lain-lain.
PENUTUP
Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk
tapi lebih dari itu, seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) perlu dipelbagaikan dengan
kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan untuk kanak-kanak. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat
keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan dan mengoptimumkan
sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya.
Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) amat penting kepada guru bagi
membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu
yang disampaikan.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada


keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Bahan
bantu mengajar adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik
mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran
yang hendak disampaikan.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai