Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal :9

Fasa :1

Minggu :9

Tarikh Jurnal : 09 SEPTEMBER 2020

Kategori : PEENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pensyarah : DR MASTURA BINTI HALIM

Guru Pembimbing : CIK NUR IDAYU BINTI MAT JUSOFF

Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN

Tajuk Jurnal : PENGGUNAAN TEMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Isu yang Difokuskan:

Semasa sesi pengajaran mata pelajaran minor saya, saya dapati murid kurang minat akan mata
pelajaran Matematik. ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan
sangat menumpukan kepada pengiraan semata-mata.

Analisis yang Difokuskan:

Berdasarkan pemerhatian, murid sering menyatakan kurang gemar akan subjek Matematik
kerana melibatkan pengiraan dan perlu menghafal unit-unit yang tertentu seperti panjang, jisim
dan juga berat. Selain itu, mereka juga perlu menghafal juga unit-unit terutamanya dalam
penukaran unit kecil ke besar dan unit besar ke unit kecil untuk memudahkan mereka
menyelesaikan sesuatu tugasan.

Namun begitu, walaupun mereka telahpun menghafal unit-unit tersebut, masa yang
diperlukan oleh mereka untuk menyelesaikan soalan-soalan adalah sangat panjang. Ini adalah
kerana soalan-soalan yang berbentuk formatif dan sumatif terutamanya di bahagian
penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Berdasarkan isu yang dinyatakan, penambahbaikan boleh dilaksanakan oleh guru sebagai
suatu usaha untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut
Abdul Rasid dan Hasmah (2013), guru perlu bersikap positif terhadap pembelajaran dengan
menunjukkan kesediaan untuk mengajar. Oleh itu, guru berperanan penting dalam mengubah
cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya menyeronokkan.

Hal ini dapat memupuk minat murid untuk belajar.Jelasnya, guru berperanan penting
dalam mengubah teknik dan cara mengajar secara kreatif.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-

1) Menetapkan tema dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, mengajar murid
panjang dengan tema makanan, iaitu ais krim. Hal ini adalah kerana makanan seperti ais krim
sangat dekat dengan mereka. Mereka mudah untuk membezakan yang panjang dan pendek.
Justeru itu, murid akan mengenal unit cm dan m dalam penggunaanya murid juga boleh
mengukur panjang batang ais krim yang berbeza-beza.

2) Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan poster serta plastik
ais krim dan lagu daoat menarik minat mereka untuk belajar. Sebagai contoh, guru
menggunakan lagu sebagai BBM untuk murid menghafal unit.

Tempoh Masa Penyelesaian :

2 Minggu

Tarikh Tindakan:

23 November 2020

Tindakan Susulan:

Saya telah melaksanakan kedua-dua langkah yang dicadangkan. Kedua-dua langkah ini juga
ada dilaksanakan semasa penyeliaan bersama pensyarah. Setiap kali pengajaran, saya lebih
menekankan tema untuk diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya nampak
menarik.

Seterusnya, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik digunakn seperti tiket ke
membeli ais krim serta permainan teka teki. Murid dapat mewarnakan gambar, tiket atau plastic
ais krim dengan cantik setelah selesai menjawab soalan. Hal ini dapat membantu menarik
minat murid untuk belajar. Ini adalah kerana terdapat murid yang akan menyiapkan kerja lebih
awal dan ada yang memrlukan masa.
Rujukan:

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

REFLEKSI

Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Keberkesanan idea dan cadangan yang dilaksanakan menunjukkan perkembangan yang


positif. Saya telah melaksanakan pengajaran bertema dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Sebagai contoh pengajaran panjang menggunakan tema makanan. Murid memakai
topeng ais krim

Dalam tema makanan ini, saya melakonkan diri sebagai penjual ais krim dengan
menggunakan loceng serta pemakaian sebagai penjual. Apabila murid berjaya menjawab
soalan, murid akan memperoleh tiket ais krim. Murid berasa seronok seperti berada dalam
situasi yang sebenar. Kesemua poster dan tiket yang disediakan adalah hasil reka cipta oleh
guru menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini menunjukan juga peranan teknologi
maklumat dan komunikasi pada pembelajaran abad ke-21 berjaya menarik minat murid untuk
belajar. Kesemua pembelajaran ini dilaksanakan secara maya, iaitu Google Meet dan berjaya
menarik minat murid.

Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, usaha guru dalam menyelesaikan masalah ini adalah memuaskan.
Guru perlu memikirkan tindakan atau inisiatif serta mengambil sikap positif bagi membantu
murid untuk menarik minat mereka belajar Matematik. Tidak dinafikan juga, murid sentiasa
bertanya kepada guru bila saya akan masuk ke dalam kelas untuk belajar Matematik. Ini
menunjukkan perubahan yang positif dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai