Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK PENDIDIKAN KHAS Kelas Mata Pelajaran Tarikh Hari Masa Bilangan Murid Tajuk

Fokus Kemahiran : Kelas Kenari : Matematik : 18 Mac 2013 : Isnin : 9.00 am 10.00 (60 minit) : 5 orang ( masalah pembelajaran) : Masa dan waktu : Mengenal pasti masa : 6.1 Mengenal waktu dalam unit jam. 6.1.1 Mengenal nombor pada muka jam. 6.1.2 Mengenal jarum panjang dan jarum pendek 6.1.3 Menyatakan waktu dalam unit jam. Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif, bahasa Arab, Bahasa Inggeris Pengetahuan Sedia Ada Hasil pembelajaran : Murid telah biasa melihat jam dinding di rumah. : Di akhir pengajaran dan pemberlajaran murid dapat : Menyebut masa ( jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul. Menulis waktu (jam) dalam sistem 12 jam sekurangkurang 3 daripada 5 waktu dengan betul.

Penerapan Nilai Unsur Terapi Bahan Bantu Mengajar

: Kerjasama, Keberanian, dan Kerajinan : Motor halus, Pertuturan, sosialisasi : Model jam dinding dan kad imbasan

Fasa

Isi Kandungan Flower Time

Aktiviti 1. Murid melihat dan mendengar tayangan video. 2. Guru mengaitkan aktiviti dengan pembelajaran pada hari ini.

Catatan Teknik : Tayangan video

Persediaan Tayangan video Set Induksi (5 minit)

Terapi: Pendengaran, penglihatan, muzik

Nilai : kerjasama BBM: Video Langkah 1 (20 minit) Pengenalan tentang unit dalam waktu 1. Murid melihat model jam yng ditunjukkan oleh guru. 2. Murid memberi respon tentang nombor-nombor yang terdapat pada muka jam. 3. Murid diminta oleh guru untuk menyebut nombor pada jak bermula dari nombor 12 hingga ke nombor 1 dan seterusnya. 4. Guru memberitahu tentang Terapi : Pendengaran, penglihatan, Teknik: Demonstrasi, soal jawab KP: Intrapersonal, Logik matematik

jarum jam.

pertuturan

Nilai: Disiplin

BBM : model jam dinding

Langkah 2 (20 minit)

Mengenal waktu dalam jam

1. Guru menunjukkan murid dengan Teknik : jarum jam ke pukul 8 dan Demonstrasi

memodelkan kedudukan jaru pada Latih tubi jam 8.00 pagi iaitu jarum pendek menuju ke nombor 8 manakala Terapi : jarum panjang ke nombor 12. Pertuturan

2. Murid menyebut pukul 8.00 pagi Psikomotor secara berkumpulan. 3. Murid membentuk perkataan 8.00 Nilai: pagi menggunakan jari pada kad Berdikari imbas yang disediakan. Kerjasama

BBM : Model Jam Dinding Kad imbas waktu.

Langkah 3 (10 minit)

Latihan pengukuhan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Murid melaksanakan tugasan lembaran kerja yang diarahkan oleh guru. 3. Guru membimbing murid yang lemah dalam menyiapkan lembaran kerja.

Teknik: latih tubi Terapi : Motor halus BBM : Lembaran kerja, pensel warna

Penutup (5 minit)

Rumusan topik

1. Guru meminta murid untuk bermain permainan puku berapa harimau datang. 2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya. Nilai dan sikap Terapkan sifat berkerjasama, kerajinan dan keberanian sewaktu melakukan aktiviti di dalam bilik darjah

REFLEKSI: Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran ialah pertama, penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Bahan bantu mengajar yang saya guna ialah model jam dinding dank ad imbasan yang mudah mereka jumpai dan biasa digunakan oleh murid. Murid-murid begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti kad imbasan untuk bermain. Kedua, ketegasan dan kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya.

Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian

memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. keberkesanan pengajaran. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan

Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran ini ialah strategi yang saya gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru. Contohnya, saya sendiri melakukan aktiviti mendemonstrasikan kegunaan jam. Adalah

lebih baik sekiranya saya meminta murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid.

Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid. Apabila menyoal murid sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama murid untuk menjawab soalan secara individu. Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia menjawab soalan guru.

Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika menyampaikan isi pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua. Contohnya ketika saya menyebut masa dalam sistem 24 jam Sepatutnya saya menyebut dalam sistem 12 jam terlebih dahulu. Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah atau bahasa yang digunakan.

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jayanya.

Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid. Layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan saksama. Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah yang digunakan dalam penyampaian ilmu. Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah yang digunakan harus sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid. Penggunaan istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p.

Anda mungkin juga menyukai