Anda di halaman 1dari 3

4.

Huraikan rasa cinta akan alam sekitar dalam konteks pembangunan masyarakat
berdasarkan teks Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu). [25]

Cinta alam sekitar bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau
Pendahuluan cintakan (cinta akan) kepada segala yang ada di langit dan di bumi (bumi,
bintang-binatang, tumbuh-tumbuhan, sungai, hutan rimba dan lain-lain) yang
[3 markah]
berada di sekeliling kita. [2 markah]
Antara rasa cinta alam sekitar yang terdapat dalam teks Sulalatus
Salatin(Sejarah Melayu) ialah menghargai keindahan sungai, mengagumi
keindahan pantai, menghargai hidupan liar, memelihara sumber air, menjaga
keindahan alam sekitar.
[1 markah]

F1 Menghargai keindahan sungai.

[4 markah] H/P. Menghargai keindahan sungai penting kerana sumber hasil sungai sangat
penting untuk menjamin kelangsungan hidup masyarakat.

H/K. Sekiranya masyarakat tidak menghargai keindahan sungai menyebabkan


sungai menjadi tercemar yang boleh menjejaskan kehidupan masyarakat.

C. Sultan Mansur Syah sangat menyanjungi keindahan sungai yang terdapat di


Indera Pura, airnya tohor serta pasirnya memanjang.

K. Jelaslah bahawa menghargai keindahan sungai mampu menjaga kebersihan


sungai dan menjamin kehidupan masyarakat yang sejahtera.

F2 Mengagumi keindahan pantai.

[4 markah] H/P. Pantai dengan pemandangan yang indah dan mempersonakan dapat
menimbulkan perasaan cinta yang mendalam terhadap alam sekitar dalam diri
masyarakat.

H/K. Sekiranya tiada perasaan kagum terhadap alam sekitar menyebabkan


masyarakat tidak mengambil berat tentang penjagaan dan pemeliharaan yang
boleh merosakkan keindahan pantai

C. Contohnya, Seri Teri Buana dan pengikutnya begitu kagum dengan


kecantikkan pantai Temasik yang memutih sehingga mendorong beliau ke
Temasik dan akhirnya melakukan penempatan di situ.

K. Jelaslah bahawa masyarakat perlulah mengagumi keindahan pantai supaya


sentiasa terpelihara dan cantik.

F3 Menghargai hidupan liar.

[4 markah] H/P. Haiwan liar penting kerana berfungsi untuk keseimbangan hutan dan
menjadi sumber makanan bagi masyarakat tradisonal dan menjalankan aktiviti
pemburuan.
H/K. Sekiranya tiada haiwan liar di hutan menyebabkan masyarakat tiada
sumber makanan untuk diburu menyebabkan kesejahteraan masyarakat terjejas.

C. Contohnya, Sultan Mansur Syah menghagai hutan Indera Pura yang isi
hutannya ada gajah, badak, harimau, seladang dan segala pemburuan.

K. Jelaslah bahawa hidupan liar perlulah dihargai kerana berperanan penting


sebagai sumber protein yang dapat memenuhi keperluan masyarakat dan
membangunkan sebuah masyarakat yang sihat.

F4 Memelihara sumber air.

[4 markah] H/P. Sumber air sangat penting kerana air mempunyai pelbagai kegunaan dalam
kehidupan masyarakat seperti untuk air minuman, mencuci pakaian dan
memasak yang boleh menjamin kelansungan hidup masyarakat.

H/K. Sekiranya sumber air tidak dijaga akan menyebabkan sumber air tercemar
dan boleh menganggu ekosistem hidupan akuatik dan kelangsungan hidup
masyarakat akan terbantut.

C. Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja untuk menyerang


Indera Pura bagi menaklukinya bagi tujuan untuk memlihara sumber airnya
yang dikatakan tawar sampai ke kuala.

K. Jelaslah bahawa masyarakat perlulah memelihara sumber air agar tidak


tercemar untuk menjamin kehidupan masyarakat yang sihat.

F5 Menjaga keindahan alam sekitar.

[4 markah] H/P. Alam sekitar penting untuk dijaga supaya masyarakat dapat menjalani
kehidupan yang selesa.

H/K. Sekiranya alam sekitar tidak dijaga akan menyebabkan alam sekitar
menjadi tidak terurus dan kotor yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit
kepada masyarakat.

C. Contohnya, Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja yang


menakluki negeri Indera Pura adalah bagi menjaga keindahan alam sekitarnya
dapat terus dipertahankan.

K. Jelaslah bahawa menjaga keindahan alam sekitar penting agar dapat


mewujudkan sebuah masyarakat yang mementingkan kebersihan dan keindahan
alam.
F6
Menghayati suasana tanah tinggi.

H/P. Menghayati suasana tanah tinggi penting supaya masyarakat menikmati


senario pemandangan kawasan tanah tinggi yang mempunyai pemandangan
indah dan menarik.
H/K. Sekiranya tidak dihayati dengan baik menyebabkan rasa cinta terhadap
suasana tanah tinggi dalam diri masyarakat tidak wujud.

C. Contohnya, Merah Silu telah naik ke kawasan tanah tinggi dari situ beliau
dapat melihat semut besar seperti kucing, lalu beliau menamakan kawasan itu
Semudra yang membawa maksud semut besar.

K. Jelaslah bahawa suasana tanah tinggi perlu dihayati oleh masyarakat supaya
dapat menyelami keindahan dan menjaga keindahannya supaya terpelihara.
F7
Kagum terhadap hasil pertanian.

H/P. Hasil pertanian sangat penting bagi kehidupan masyarakat kerana


berperanan sebagai sumber makanan utama bagi masyarakat setempat bagi
menampung keperluan kehidupan seharian mereka.

H/K. Sekiranya tidak menghargai hasil pertanian menyebabkan hasil pertanian


merosot yang mampu menjejaskan kehidupan masyarakat kerana
ketidakcukupan sumber makanan.

C. Wan Empuk dan Wan Malini yang dengan sungai Muara Tatang sehingga
menyebabkan mereka berdua mengambil keputusan untuk berhuma padi di situ.

K. Jelaslah bahawa masyarakat perlulah mengagumi hasil pertanian agar dapat


menjamin sebuah pembangunan masyarakat yang sejahtera.
Kesimpulan Kesimpulannya rasa cinta akan sekitar yang terdapat dalam teks Sulalatus
[2 markah] Salatin(Sejarah Melayu) penting supaya keindahan alam sekitar dapat dijaga
dan dipelihara dengan baik demi kelangsungan hidup masyarakat yang
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai