Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH 2023

KAEDAH DAN KRITERIA PERTANDINGAN

(A) KATEGORI UTAMA

1. Kutipan Barang Kitar Semula

1.1 Warga sekolah boleh melaksanakan aktiviti kutipan dan jualan


barangan kitar semula di sekolah atau di rumah. Resit jualan
barangan kitar semula hendaklah dimuat naik ke dalam Sistem
PerKISS;

1.2 Guru penyelaras juga perlu menyediakan laporan bulanan


kutipan barangan kitar semula untuk tujuan rekod. Resit
jualan barangan kitar semula hanya diambil kira dari tarikh
1 September 2022 hingga 31 Ogos 2023;

1.3 Sekolah bebas memilih syarikat kutipan barangan kitar semula di


kawasan masing-masing atau merujuk senarai syarikat barangan
kutipan kitar semula dari pejabat SWCorp Negeri;

1.4 Hasil jualan adalah hak milik sekolah sepenuhnya dan keputusan
dinilai berdasarkan jumlah berat keseluruhan dan per kapita.

2. Komitmen dan Inisiatif Warga Sekolah

2.1 Komitmen sekolah akan dinilai berdasarkan penganjuran,


penglibatan warga sekolah dan penyertaan dalam
pertandingan atau program/ aktiviti berkaitan pembudayaan
amalan 3R di sekolah secara fizikal atau secara dalam talian
menggunakan pelbagai platform seperti facebook, instagram,
google meet, zoom dan sebagainya;

2.2 Sekolah boleh melaksanakan program seperti berikut;

2.2.1 Awareness Talk; dan


PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH 2023

2.2.2 Program Kesedaran Awam seperti Bengkel Kompos,


Upcycling, Kuiz 3R, infografik berkaitan pengurusan
sisa pepejal dan lain-lain.

2.3 Jalinan kerjasama dan penghargaan dari agensi luar juga


diambil kira komitmen sekolah dalam usaha membudayakan
amalan penjagaan kebersihan dan 3R.

(B) KATEGORI KHAS

1. Kutipan Tertinggi

Penilaian berdasarkan jumlah berat (kg) kutipan tertinggi untuk


tiga jenis barangan kitar semula iaitu:

1.1 Plastik;
1.2 Aluminium; dan
1.3 Kotak Minuman

2. Inovasi 3R

2.1 Penyertaan murid secara individu atau berkumpulan tidak


melebihi sepuluh orang termasuk seorang guru penyelaras;

2.2 Produk yang dihasilkan hendaklah menggunakan barangan kitar


semula secara optimum, praktikal selamat dan tahan lasak;

2.3 Proses penghasilan produk hendaklah divideokan bermula dari


hingga akhir dan perlu dimuat naik dalam sistem PerKISS; dan

2.4 Kos penghasilan produk adalah ditanggung peserta


sepenuhnya.
PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH 2023

3. Guru Inspirasi 3R

3.1 Sekolah boleh mencalonkan guru yang layak dengan mengisi


pencalonan melalui Sistem PerKISS;

3.2 Sekolah atau negeri layak untuk mencalonkan seberapa ramai


guru di peringkat negeri. Walau bagaimanapun, hanya seorang
sahaja guru yang akan dipilih sebagai pemenang di peringkat
negeri. Kesemua guru yang berjaya memenangi kategori ini di
peringkat negeri, secara automatik akan layak bertanding ke
peringkat kebangsaan;

3.3 Kriteria pencalonan Guru Inspirasi 3R adalah seperti berikut :

3.3.1 Aktif menyampaikan mesej dan informasi mengenai


kebersihan persekitaran dan alam sekitar kepada warga
sekolah dan masyarakat setempat;

3.3.2 Membudayakan amalan penjagaan kebersihan dan 3R


dalam kehidupan;

3.3.3 Menanam rasa tanggungjawab dan semangat dalam


kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat untuk
bertindak dan mengambil bahagian menjaga kebersihan
persekitaran dan alam sekitar; dan

3.3.4 Menerima penghargaan dari agensi kerajaan/ swasta


kerana aktif membudayakan amalan 3R dalam
kehidupan seharian.
PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH 2023

4. Hero 3R

4.1 Guru penyelaras boleh menghantar portfolio murid yang layak


mewakili sekolah dengan mengisi pencalonan melalui Sistem
PerKISS;

4.2 Sekolah atau negeri layak untuk mencalonkan seberapa ramai


murid di peringkat negeri. Walau bagaimanapun, hanya
seorang sahaja murid yang akan dipilih sebagai pemenang di
peringkat negeri. Kesemua murid yang berjaya memenangi
kategori ini di peringkat negeri, secara automatik akan layak
bertandang ke peringkat kebangsaan;

4.3 Kriteria pencalonan murid adalah seperti berikut :

4.3.1 Berpotensi menjadi murid teladan kepada warga sekolah


serta masyarakat setempat dalam pembudayaan
amalan 3R;

4.3.2 Terlibat secara aktif dalam program berkaitan kitar semula


dan kebersihan alam sekitar;

4.3.3 Terlibat secara langsung dalam menyumbang idea serta


bekerjasama untuk menghasilkan produk inovasi 3R; dan

4.3.4 Aktif dalam aktiviti sekolah untuk menyampaikan mesej


dan informasi mengenai 3R, kebersihan persekitaran dan
alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai