Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan kerja sampingan terhadap guru

Kini, kebanyakkan guru telah bekerja sambilan untuk memenuhi keperluan hidup.
Contohnya, youtuber, pereka animasi dan tutor dalam talian. Kerja sampingan turut
membawa pelbagai kebaikan kepada guru.

Antaranya, kerja sampingan dapat meningkatkan disiplin diri. Demi menyelaraskan masa
untuk kerja utama dan kerja sampingan, guru perlu bijak untuk mengawal atau mengurus
masa mengikuti jadual yang telah dihasilkan. Dengan ini, disiplin diri akan terlatih. Hal ini
demikian kerana disiplin diri biasanya terlatih daripada kawalan terhadap tindakan diri
sendiri berdasarkan panduan yang ditetapkan.

Selain itu, kerja sampingan boleh meningkatkan kemahiran diri. Semasa menceburi sesuatu
kerja, guru mestilah mempelajari kemahiran diri yang diperlukan. Contohnya, kemahiran
penyelesaian masalah, kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran kreativiti. Kesannya, guru
dapat mengatasi cabaran-cabaran dalam kehidupan.

Peningkatan disiplin diri dan kemahiran diri telah membolehkan guru untuk memahami
potensi diri. Sebagai contoh, kawalan emosi semasa tekanan membolehkan guru untuk
memahami potensi diri dalam mencapai kecerdasan emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana
guru dapat mengenal pasti punca yang mencetuskan emosi negatif. Akibatnya, guru dapat
melaksanakan strategi terbaik untuk meningkatkan potensi diri.

Tambahan pula, kerja sampingan juga membantu dari segi kewangan. Dengan ini, guru dapat
menyediakan wang tabungan untuk menghadapi masa depan terutamanya selepas persaraan.
Guru juga dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan ahli keluarga.

Anda mungkin juga menyukai