Anda di halaman 1dari 1

Kompleks membeli-belah telah menjadi tempat tumpuan remaja di bandar pada

hari ini. Oleh itu, pertubuhan kompleks membeli-belah ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan telah menjadi fenomena yang baru di setiap bandar di dalam negara
kita. Bak kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalannya, kenapa pusat
membeli-belah merupakan pilihan pertama di hati rakyat Malaysia sedangkan
pasar membekalkan lebih banyak bahan mentah yang segar lagi murah?
Antara sebabnya ialah pusat kompleks mmebeli-belah membekalkan lebih
banyak barangan dan perkhidmatan di dalam sebuah bangunan sahaja. Contohnya,
kita dapat membeli barang keperluan kita di pusat membeli-belah di samping kita
juga dapat membuat servis telefon kita. Hal ini dapat menjimatkan masa kerana
kita tidak perlu pergi ke bangunan lain untuk membuat urusan.
Selain itu, pusat membeli-belah menjual barang yang berjenama dan
bermutu. Pilihan yang luas berbanding dengan kedai runcit atau kedai serbaneka
menarik perhatian pembeli untuk mengunjung pusat membeli belah. Lagipun, kita
juga dapat membeli barang berjenama di pusat kompleks membeli-belah seperti
baju berjenama Polo, Body Glove, Blue Tom dan sebagainya. Hal ini berbeza
dengan kedai baju yang mengehadkan barang tersebut untuk satu dua jenama
sahaja.
Di samping itu, pusat membeli-belah lebih selesa dan digemari ramai. Hal
ini demikian kerana penyaman udara yang dipasang di pusat membeli-belah
menyegarkan agar pengunjung tidak berasa panas dan segar. Bukan itu sahaja,
pusat membeli-belah juga membekalkan tempat letak kereta yang luas
untuk memudahkan kita meletakkan barang yang dibeli di dalam kereta.
Tambahan pula, pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah
menjelang musim perayaan. Hal ini juga merangsang minat pengguna berkunjung
ke pusat membeli-belah untuk berbelanja. Makanan, baju dan barang keperluan
diberi diskaun bukan sahaja dapat membawa keuntungan kepada kompleks
membeli-belah, malah pembeli dapat membeli barang yang diperlukan dengan
harga yag murah sekali.
Lebih-lebih lagi, pemuda-pemudi zaman atom ini gemar berkunjung ke
pusat membeli-belah kerana pusat membeli-belah mempunyai rencaman pusat
hiburan. Antaranya panggung wayang, pusat karaoke dan pusat permainan juga
dibina di dalam kebanyakan pusat membeli-belah. Dengan itu, remaja dapat
berhibur bersama rakan mereka dengan hiburan yang disediakan.
Kesimpulannya, kompleks membeli-belah menjadi tumpuan orang ramai
kerana pusat membeli belah membekalkan pelbagai barang dan perkhidmatan di
dalam satu bangunan selain barang yang dijual adalah bermutu dan berjenama.

Anda mungkin juga menyukai