Anda di halaman 1dari 6

Kita semua berusaha untuk masa depan

yang lebih cerah, matlamat utama dalam


kehidupan kita. Kehidupan penuh dengan
kejutan dan kami ingin meraikan setiap
pencapaian, bebas daripada kebimbangan
kewangan.

Memperkenalkan Sun Secure Saver-i, pelan


takaful ‘all-in-one’ yang menggabungkan
simpanan, pelaburan dan perlindungan untuk
membantu anda melindungi masa depan
anda. Anda boleh menikmati perlindungan
serta berpotensi menerima keuntungan
pelaburan dari pelaburan semula bagi
bayaran tunai yang diterima setiap tahun
melalui Sun Secure Saver-i. Lebih-lebih lagi,
pelan ini menawarkan tempoh bayaran yang
singkat dengan fleksibiliti untuk memilih
tempoh pembayaran sumbangan dan
tempoh perlindungan yang paling sesuai
dengan keperluan simpanan anda.

Merancang lebih awal untuk masa depan


yang lebih cerah dan selamat dari segi
kewangan dengan Sun Secure Saver-i.
Ciri-ciri utama Sun Secure Saver-i

Tempoh pembayaran sumbangan yang fleksibel selama 6


tahun, 10 tahun atau 20 tahun.

Perlindungan kematian atau hilang upaya menyeluruh dan


kekal (TPD)1 yang terjamin sehingga 30 tahun tempoh kontrak.

Tambahan 100% daripada jumlah sumbangan takaful yang


dibayar2 akan dibayar apabila berlaku kematian atau TPD pada
orang yang dilindungi akibat kemalangan1, sebagai tambahan
ke atas manfaat kematian atau TPD yang perlu dibayar.

Bayaran tunai (CP) yang meningkat – dibayar daripada


$ akaun universal setiap tahun3 sehingga matang, bermula dari
akhir tahun kontrak pertama, dan akan dilaburkan semula ke
dalam dana berkaitan pelaburan dengan peruntukan 100%.

Potensi peningkatan – meningkatkan pendedahan pelaburan


anda melalui dana-dana berkaitan pelaburan yang ditawarkan4.

Manfaat kematangan sekaligus akan dibayar apabila tamat


tempoh perlindungan.

Proses pendaftaran mudah tanpa memerlukan pengunderaitan


dan pemeriksaaan kesihatan.

Umur kemasukan dari 30 hari selepas kelahiran sehingga 70


tahun6.

1
Perlindungan TPD dan kematian/TPD akibat kemalangan akan disediakan sehingga ulang
tahun kontrak bulanan sejurus selepas ulang tahun ke-70 orang yang dilindungi.
2
Jumlah sumbangan-sumbangan takaful adalah tidak termasuk sumbangan-sumbangan
penambahan.
3
Tertakluk kepada nilai akaun universal yang ada.
4
Nilai bayaran tunai yang dilaburkan semula di dalam akaun dana unit bergantung kepada
prestasi dana berkaitan pelaburan yang dipilih. Anda boleh melakukan pengeluaran separa/
penuh atau pertukaran dana pada bila-bila masa semasa kontrak sedang berkuatkuasa;
dan ia tidak tertakluk kepada apa-apa caj.
5
Terdiri daripada nilai akaun universal dan nilai akaun dana unit (jika ada).
6
Umur kemasukan maksimum bagi TPD dan kematian/TPD akibat kemalangan ialah 69
tahun.
Bagaimana Sun Secure Saver-i berfungsi?

Addy, berumur 35, menyertai Sun Secure Saver-i dan dia memilih 10 Pay
25 Term dengan sumbangan tahunan sebanyak RM12,000.

Bayaran tunai (CP) akan dibayar pada setiap tahun3 dan akan dilaburkan semula ke dalam
dana berkaitan pelaburan dengan peruntukan 100%.
Jumlah Bayaran Tunai: RM57,000
30%*
25%*
20%* $ $ $ $ $
$ $ $ $ $
$ $ $ $ $
10%* $ $ $ $ $ $ $ $ $ $
$ $ $ $ $
$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $

RM1,200 x 10 RM2,400 x 5 RM3,000 x 5 RM3,600 x 5


Tahun kontrak

1 5 10 15 20 25

Umur
50 Bayaran
Kematangan

Jika
Addy membayar sumbangan kematian/ Apabila kematangan (pada
tahunan sebanyak RM12,000 TPD berlaku akhir tahun kontrak yang
selama 10 tahun. ke-25), dia akan menerima
sejumlah amaun yang terdiri
ATAU daripada nilai akaun universal
dan akaun dana unit.
Jumlah Sumbangan
Jika
Yang Dibayar: Akaun universal7
kematian/
RM120,000 Senario tinggi: RM176,600
TPD akibat
kemalangan Senario rendah: RM94,067
berlaku
(Rujuk halaman
+
Akaun dana unit7
seterusnya
untuk butiran) Senario tinggi: RM74,097
Senario rendah: RM57,114
(CP yang dilaburkan semula)
=
Jumlah Pembayaran
Nota: Senario tinggi: RM250,697
* Peratusan daripada sumbangan takaful tahunan. Senario rendah: RM151,181
Bagaimana Sun Secure Saver-i berfungsi?

Umur
50

Jika kematian/ TPD akibat


Jika kematian/TPD berlaku
kemalangan berlaku

Akaun universal (UA)7 Akaun universal (UA)7


105% daripada nilai UA: 105% daripada nilai UA:
RM147,124 (senario tinggi)/ RM147,124 (senario tinggi)/
RM108,416 (senario rendah) RM108,416 (senario rendah)
atau atau
Jumlah sumbangan yang dibayar, Jumlah sumbangan yang dibayar,
tolak jumlah CP yang dibayar: tolak jumlah CP yang dibayar:
RM98,400; yang mana lebih tinggi. RM98,400; yang mana lebih tinggi.

+ ATAU +
Akaun dana unit 7
Akaun dana unit7
RM28,223 (senario tinggi)/ RM28,223 (senario tinggi)/
RM24,030 (senario rendah) RM24,030 (senario rendah)
(CP yang dilaburkan semula) (CP yang dilaburkan semula)

+
100% daripada jumlah sumbangan
takaful yang dibayar2 : RM120,000

= =
Jumlah pembayaran Jumlah pembayaran
RM175,347 (senario tinggi)/ RM295,347 (senario tinggi)/
RM132,446 (senario rendah) RM252,446 (senario rendah)

7
Andaikan senario tinggi adalah berdasarkan pulangan pelaburan bersih pada 5.4% setahun untuk
akaun universal dan 3.6% setahun untuk akaun dana unit. Untuk senario rendah, ia adalah
berdasarkan pulangan pelaburan bersih pada 2.6% setahun untuk akaun universal dan 0.8%
setahun untuk akaun dana unit.
Nota-nota penting
1. Ini adalah risalah produk dan bukan dokumen kontrak. Sila ambil perhatian bahawa ada
pengecualian-pengecualian yang terpakai untuk setiap manfaat masing-masing. Sila rujuk
kepada Ilustrasi Produk, Dokumen Keterangan Produk dan Helaian Fakta Dana untuk
maklumat lanjut mengenai pelan dan juga dokumen-dokumen kontrak untuk terma-
terma dan syarat-syarat lengkap di bawah pelan ini.
2. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dengan
sebaiknya dan memastikan bahawa sumbangan yang perlu dibayar di bawah pelan ini
adalah amaun yang anda mampu bayar.
3. 15 hari tempoh semakan akan diberi kepada anda untuk menyemak kesesuaian pelan
ini. Jika anda membatalkan kontrak anda dalam tempoh ini, kami akan memulangkan
jumlah sumbangan ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk sebarang
pengunderaitan perubatan yang diperlukan.
4. Sekiranya anda menamatkan kontrak anda pada tahun-tahun awal, anda mungkin
menerima amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda bayar.
5. Rizab Penyamaan Keuntungan (PER) - PER membantu untuk mengurangkan kebolehubahan
pulangan pelaburan dengan mengagihkan keuntungan dan kerugian dalam tempoh
beberapa tahun. Dengan menggunakan PER, sebahagian daripada keuntungan pelaburan
akan diperuntukkan ketika tempoh pulangan tinggi untuk mengimbangi kerugian ketika
tempoh pulangan rendah, supaya pulangan keseluruhan adalah lebih stabil dari semasa ke
semasa. Pada bila-bila masa, pemilikan PER adalah tertakluk kepada nisbah perkongsian
keuntungan. Penentuan PER adalah mengikut budi bicara Sun Life Malaysia. Semasa
penamatan kontrak, hak anda ke atas sebarang keuntungan pelaburan yang tidak dibayar
akan diketepikan.
6. Sebarang rujukan umur hendaklah berdasarkan umur pada hari lahir terakhir.
7. Maklumat dalam risalah ini adalah sah pada masa percetakan.
8. Pelan ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad <Nombor Pendaftaran:
200501012215 (689263-M)>, pengendali Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara
Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
9. Pelan ini diedarkan melalui:

Sun Life Malaysia Takaful Berhad


Nombor Pendaftaran: 200501012215 (689263-M)

Aras 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon (603) 2612 3600 Talian Khidmat Pelanggan 1300-88-5055 wecare@sunlifemalaysia.com
sunlifemalaysia.com @SunLifeMalaysia sunlifemalaysia_my Sun Life Malaysia

Usahasama di antara Sun Life Assurance Company of Canada dan Renggis Ventures Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai