Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

Nota
PENGGAL Pragmatik:
3 RAGAM BAHASA

1. KONSEP RAGAM BAHASA


 Ragam bahasa ialah bahasa yang bukan daripada jenis peribahasa dan bahasa
kiasan, yang digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan hujah
dan kefasihan (Za’ba: 1951)
 Dalam kata lain, ragam bahasa ialah bahasa yang digunakan dalam pelbagai cara
untuk menguatkan sesuatu maksud, yang dituturkan secara tersirat.

2. JENIS RAGAM BAHASA

2.1 Bahasa Sindiran


 = Ragam bahasa yang maksudnya tidak dinyatakan dengan tepat atau terus terang, tetapi
dikiaskan kepada perkara lain.
 Makna dan kesannya mendalam sekiranya orang yang ditujukan sindiran itu mengerti
maksudnya.
 Tujuan penggunaan untuk membetulkan keadaan atau diri seseorang.

 Orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga sudahnya.

 Buah langsat kuning mencelah.


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

2.2 Bahasa Menggiat


 = Ragam bahasa yang tujuannya mengusik untuk bergurau senda
 Dituturkan untuk melihat reaksi daripada orang yang ditujukan
 Kadang-kadang usikan boleh juga menjadi serius sehingga dapat memalukan orang
yang kena giat.
1 – Pragmatik – Ragam Bahasa

 Amboi, ada hati kawan kita ini hendak berkahwin dengan anak Tan Sri!
 Amboi, merah sangatlah, mak ngah!
 Orang barulah katakan, takkan nak tinggalkan bilik awal-awal!

2.3 Bahasa Mengejek


 = Ragam bahasa yang menggunakan perkataan yang terus terang untuk mempermain-
mainkan, mengajukan keburukan dan menampakkan kebodohan seseorang sehingga
ditertawakan orang lain.
 Ragam bahasa ini boleh menimbulkan kemarahan orang yang diejek.
 Hai, inikah yang dikatakan orang cemerlang, dapat tugas lebih sedikit
sudah merungut?
 Muka tak tahu malu kamu. Baru lepas sekolah menengah sudah gatal nak
berkahwin.

2.4 Bahasa Terbalik


 = Ragam bahasa yang mempunyai maksud yang sebaliknya atau bertentangan dengan
perkataan yang diucapkan.
 Tujuannya untuk menyedarkan seseorang tentang perbuatannya atau kesalahan yang
dilakukannya.

 Ha, bisinglah lagi, bisinglah, supaya kita kena denda lagi.


 Kenapalah engkau balik awal sangat ni. Baru pukul tiga, tak puas lagi aku
tunggu engkau.
 Panjat pokok itu tinggi-tinggi lagi, dik, panjat lagi.

2.5 Bahasa Merajuk


 = Ragam bahasa yang menunjukkan rasa kecil hati atau menarik diri daripada sesuatu.
 Hal itu sebagai reaksi tentang perbuatan yang dirasakan tidak wajar diterimanya.

 Apa nak dikatakan, orang tak sudi. Maklumlah kita tak berpelajaran tinggi.
 Buat apa nak berharap lagi. Nanti dikatakan hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong pula.

2.6 Bahasa Tempelak

 = Ragam bahasa yang menunjukkan kesalahan seseorang yang dilakukan suatu ketika
dahulu.
 Ragam ini digunakan untuk memulangkan paku buah keras kepada seseorang agar ia
sedar akan kesilapannya.
2 – Pragmatik – Ragam Bahasa

 Dulu nak berdikari konon, tak nak dengar nasihat orang tua. Sekarang,
baru terhegeh-hegeh nak minta tolong.
 Kelmarin engkau kata mudah, sanggup buat, sekarang kautolak dengan
berbakul-bakul alasan pula.

2.7 Bahasa Herdik


 = Ragam bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesalahan seseorang yang
dilakukan pada masa itu.
 Bahasanya agak kasar, tetapi tujuannya untuk kebaikan.
 Engkau tak ada kerja lain agaknya, selain membuta.
 Dasar lelaki buaya, pantang melihat perempuan cantik sikit!
 Rupa tak sudah macam engkau ini jangan haraplah dapat dipilih jadi
pelakon!

2.8 Bahasa Besar / Melampau


 = Ragam bahasa yang memperbesar-besar atau melebih-lebihkan pernyataan tentang
sesuatu hal
 Ragam ini digunakan menunjukkan sesuatu yang terlalu besar, banyak atau sebagainya,
tetapi secara berlebih-lebihan sehingga tidak dapat diterima akal.

 Manis sungguh senyumannya bagai selautan madu di bibirnya.


 Suara gergasi itu menggugurkan buah-buah dari pokok di sekitarnya.
 Darah menganak sungai di bumi Palestin!

2.9 Bahasa Kecil / Merendah


 = Ragam bahasa yang menyatakan sesuatu itu kecil atau kurang untuk tujuan merendah
diri.
 Hal yang dikatakan kecil atau kurang itu tidaklah kecil atau kurang sebenarnya.

 Terimalah sedikit pemberian yang tidak sepertinya ini sebagai tanda


kenangan.
 Silakanlah masuk ke rumah hamba yang buruk lagi sempit ini.
 Minta maaflah kalau hidangan ini tak seberapa, lauknya kurang,
masakannya pula tak sesedap diharapkan.

2.10 Bahasa Naik


 = Ragam bahasa yang membawa gambaran pmikiran yang beransur-ansur naik atau
meningkat dari keadaan kendur ke keadaan tegang.
 Melalui ragam ini, khalayak dibawa selangkah demi selangkah ke arah hal yang hendak
3 – Pragmatik – Ragam Bahasa

disampaikan.

Sudahlah peperiksaan tidak perlu dibayar, buku teks anak-anak diberikan


percuma, bantuan persekolahan lagi, kalau masih belum mahu belajar
bersungguh-sungguh, memang tak patut.
Orang yang tak bersalah ditangkap, dilarikan ke dalam hutan, diseksa
kalau tidak mengikut kata, dibunuh kalau degil. Inilah yang terjadi semasa
komunis bermaharajalela di negara kita!
2.11 Bahasa Turun
 = Ragam bahasa yang menurun temponya selangkah demi selangkah dari keadaan
tegang ke keadaan yang kendur.
 Biasanya terdapat hal yang menggelikan hati.

 Mula-mula bergaya dia dengan Mercedes, kemudian kelihatan dengan


Proton Wira pula, baru-baru ini dengan kereta kecil, tadi dia bermotosikal
sahaja ke pejabat. Kasihan pegawai itu.

2.12 Bahasa Pertanyaan Ingkar


 = Ragam bahasa yang berbentuk pertanyaan tetapi tidak untuk mendapatkan jawapan,
kerana jawapannya sudah ada pada yang bertanya, boleh dijawabnya sendiri, atau
dibiarkan begitu sahaja.
 Pertanyaan dilontarkan semata-mata untuk menguatkan makna hal yang dibincangkan.

 Setelah ibu bapa berkorban untuk kita, sanggupkah kita


menghampakannya dengan kegagalan atau kelulusan yang tidak
menggembirakan mereka? Mahukah kita melihat mereke menitiskan air
mata kekecewaan?

2.13 Bahasa Seruan / Keluhan


 = Ragam bahasa yang meluahkan perasaan yang keras dengan cara mengeluh.
 Perasaan dilahirkan untuk menyatakan rasa kecewa atau sesal.

 Oh, kalaulah aku belajar dengan bersungguh-sungguh dulu, dapat kerja


baik, taklah aku berpanas jadi buruh kontrak macam ini!
 Alahai, kalaulah ayah masih ada, sudah tentu dia kecewa dengan
keadaanku ini!
4 – Pragmatik – Ragam Bahasa

2.14 Bahasa Berulang


 = Ragam bahasa yang mengulang sesuatu perkataan atau frasa untuk menguatkan
maksud hal yang hendak ditekankan.
 Tujuannya untuk menarik perhatian pendengar tentang mesej yang hendak disampaikan.

 Sekarang ini, semuanya perlukan duit. Nak berbelanja memang perlukan


duit, ke sana duit, ke sini nak duit, nak buang air pun kena duit.
 Ikut jalan itu sesak, ikut jalan ini pun sesak. Bandar kita ini sudah sesak
dengan kenderaan.
2.15 Bahasa Bertimbal
 = Ragam bahasa yang menggunakan ungkapan secara berimbangan dengan
mengemukakan dua fikiran yang kelihatan bertentangan.
 Ragam ini lazimnya digunakan sebagai peribahasa.

 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih


 Jauh berkirim salam dekat berkirim pesan
 Alah membeli menang memakai

2.16 Bahasa Bukan


 = Ragam bahasa yang menggunakan kata nafi “bukan” tetapi tujuannya untuk
mengatakan yang sebaliknya

 Bukan dia tidak tahu hari ini cuti umum.


 Bukan aku suka sangat ke majlis itu.
 Budak itu bukan main lagi seronoknya.

2.17 Bahasa Jenaka


 = Ragam bahasa untuk tujuan bersenda
 Selalunya ragam ini berbentuk teka-teki yang mempunyai makna berlapis, tetapi yang
selalu disedari hanya selapis makna sahaja menyebabkan khalayak tersilap tafsir.

 Zirafah yang paling tinggi berapa kaki?


 Binatang apa yang seluruh tubuhnya di kepala?
5 – Pragmatik – Ragam Bahasa

Anda mungkin juga menyukai