Anda di halaman 1dari 4

FORMAT MENULIS KARANGAN BERITA

1. Karangan jenis berita bertujuan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang

sesuatu peristiwa penting kepada pembaca.

2. Terdapat beberapa jenis berita seperti berita sukan, jenayah, kemalangan, hiburan, dan halehwal
semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

3. Isi karangan berita berkisar tentang lima perkara, iaitu apa, siapa, bila, dimana, dan

mengapa.

4. Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami.

5. Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi sebaik-baiknya setiap isi dalam satu perenggan.

Format:

a. Nama tempat – ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar dan

diikuti tanda koma. Contohnya: KUALA TERENGGANU,

b. Tarikh – ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang ( - ). Contohnya:

KUALA TERENGGANU, 17 Januari –

c. Isi berita – didahului dengan isi utama dan isi-isi yang kurang penting dikemudiankan.

d. Penutup – ringkas dan padat.


CONTOH KARANGAN BERITA
Sebagai pemberita di sebuah akhbar tempatan, anda telah dijemput ke majlis perasmian
Program Latihan Kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Pahang. Tulis berita itu selengkapnya.
KUANTAN, 17 Januari – Menteri Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Khalid bin Awang telah
merasmikan Program Latihan Kemahiran Belia Negara Peringkat Negeri Pahang di Tingkat 5, Wisma
Persekutuan Kuantan. Matlamat program ini adalah untuk memberikan penerangan kepada ibu
bapa dan pelajar lepasan SPM supaya menyambung pelajaran pada peringkat sijil atau diploma
di Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN selepas menduduki peperiksaan SPM.
Menurut beliau lagi, IKBN dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996. Kini,
IKBN telah membuka lapan cawangan di seluruh Negara. Usaha ini membuktikan kesungguhan
kerajaan menyediakan peluang-peluang latihan berbentuk kemahiran teknikal kepada belia-belia
Malaysia seperti elektrik, elektronik, mekanikal, automatif, dan kejuruteraan awam.
Matlamat utama penubuhan IKBN adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebanyak
mungkin bagi memenuhi keperluan sector perindustrian. Dengan cara ini, kerajaan dapat juga
menangani masalah pengangguran di kalangan belia yang tercicir dalam pelajaran. Kamus Pusat
Rujukan Persuratan
Sehubungan dengan itu, Encik Khalid bin Awang juga menyeru agar ibu bapa menghantar
anak-anak mereka menyambung pelajaran di IKBN yang terdekat dengan tempat tinggal. Beliau
juga menegaskan bahawa pihak kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta
untuk memperluas bidang praktikal di pelbagai industri. Oleh itu, peluang lepasan IKBN
memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar di IKBN terbuka luas.
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pengambilan pelatih baru IKBN diadakan dua
kali setahun. Pengambilan tersebut akan disiarkan pada bulan November (kemasukan bulan
Januari) dan bulan Mei (kemasukan bulan Julai) di akhbar-akhbar tempatan, radio, dan televisyen
supaya tidak ada yang terlepas pandang.
Gombak, 25 Mei- Penduduk Taman Sejahtera telah mengadakan majlis
sambutan Hari Keluarga di taman mereka. Ramai penduduk yang datang memeriahkanmajlis tersebut.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Masyarakat Taman Sejahtera. Majlis telahdimulakan
dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Uståz Hanif bin Kamal. Seterusnya,ucapan alu-aluan oleh
ketua taman dan ucapan perasmian oleh pegawai daerah. Semasa ucapan, pegawai daerah berharap agar
program ini dapat mengeratkan hubungan antara semua penduduk.
Pelbagai acara diadakan semasa sambutan Hari Keluarga tersebut. Antara acara yang dijalankan
ialah pèrmainan tradisional, sukaneka dan pertandingan nyanyian kanak-kanak . Penduduk berasa
gembira dengan acara yang diadakan kerana dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ramai
kanak-kanak yang menyertai acara yang diadakan.
Penduduk yang hadir juga menikmati jamuan yang enak seperti kuih-muih dan lauk-pauk.
Penduduk dapat menyaksikan persembahan sambil menikmati jamuan yang disediakan.Antara
persembahan yang dipersembahkan ialah nyanyian dan persembahan daripadakanak-kanak penduduk di
taman itu. Para penduduk seronok melihat persembahan vang diadakan.
Pada akhir majlis, acara penyampaian hadiah diadakan untuk penduduk yang telahberjaya
mengharumkan nama taman. Pegawai daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang semasa
majlis penyampaian hadiah tersebut. Antara hadiah yang disampaikan ialah Pemenang Keluarga Contoh
peringkat negeri.
Pada pukul 12.30 tengah hari, majlis berakhir. Majlis sambutan Hari Keluarga yang diadakan itu
dicadangkan untuk diadakan lagi pada tahun hadapan kerana dapat mengeratkan hubungan antara
penduduk.

Anda mungkin juga menyukai