Anda di halaman 1dari 2

Analisis

Isu/tema; sector pertanian

Kehendak soalan; langkah memajukan sector pertanian

Format; pendapat/ tiada format

Domain; kerjaya

Punca: hal ini demikian kerana dapat meningkatkan pendapatan negara.

Contohnya: pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 7.1.

Isi 1: para petani perlu memiliki inisiatif untuk membuat perubahan dalam sektor pertanian.

Isi 2: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan perlu memberikan peruntukan bagi tujuan
penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian.

Isi 3: pihak swasta ( bank Agro) dapat memberikan pinjaman kepada petani

Isi 4: para petani/ usahawan tani perlu melibatkan diri dalam pelbagai ekspo pertanian.

Salah satu langkah memajukan sektor pertanian ialah para petani perlu memiliki inisiatif untuk
membuat perubahan dalam sektor pertanian. Umum mengetahui bahawa kemudahan teknologi dapat
meningkatkan produktiviti, menjimatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hasil tanaman. Sebagai
contoh, pengunaan jentera moden dan benih hibrid yang lebih berkualiti dan tahan lasak. Kesannya,
petani dapat hasil pertanian yang lebih banyak dan berkualiti. Tambahan pula, proses penghasilan
tanaman lebih mudah dan produktif. Tegasnya, para petani perlu memiliki inisiatif untuk membuat
perubahan dalam sektor pertanian merupakan langkah memajukan sektor pertanian.

Disamping itu, langkah memajukan sektor pertanian ialah Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan perlu memberikan peruntukan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian.

Hal ini disebabkan oleh harga barang penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian mahal dan
semakin meningkat. Tambahan pula, proses penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian
mengambil masa yang lama. Misalnya, racun dan baja untuk pertanian semakin naik berbanding tahun
yang lepas. Impaknya, sektor pertanian akan semakin maju dan pendapatan petani semakin meningkat.
Pendek kata, ……

Selain itu, langkah memajukan sektor pertanian ialah pihak bank perlu memberikan pinjaman kepada
para petani. Seperti yang kita ketahui, petani tidak mampu membiayai kos-kos pertanian. Hal ini juga
amat berkait rapat para petani dapat mengembangkan kawasan pertanian. Umpamanya, kos
penyelengaraan mesin, alatan pertanian dan upah kepada pekerja.

Anda mungkin juga menyukai