Anda di halaman 1dari 10

XBOS 3203 OCCUPATIONAL SAFETY KESELAMATAN PEKERJAAN

SOALAN TUGASAN

HASIL PEMBELAJARAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk membolehkan pelajar memulakan penyelesaian berhubung

dengan masalah keselamatan untuk kebakaran, elektrik, ruang terkurung dan bekerja di

tempat tinggi menggunakan amalan baik yang berkaitan yang diperoleh daripada kajian

literatur.

TUGASAN 1

Letupan di Kilang Pulpa dan Kertas, PCA DeRidder, Lousiana.

(A)

8 Febuari, 2017- Perusahaan Pembungkusan, Deridder Amerika, Kilang Pulpa dan Kertas

Louisiana (A), letupan berlaku semasa aktiviti kerja panas yang menyebabkan kematian tiga

pekerja kontrak (B) dan mencederakan tujuh yang lain.


(B)

Deridder mill menghasilkan papan kontena yang digunakan dalam penghasilan produk seperti

kotak dan paparan kadbod. Papan kontena dibuat daripada pulpa yang dihasilkan di kilang.

Semasa proses menghasilkan pulpa, wap terhasil. Wap ini yang mengadungi air, turpentin

dan pelbagai sebatian sulfur, dikumpulkan dan diasingkan (C).

(C) (D)

Untuk mengasingkan wap, ia mulanya memasuki ‘turpentine-stripping column’ (D). Di situ,

kebanyakan turpentin disingkirkan dan dihantar ke kondenser. Sisa wap di dalam ‘stripper’

terkondensasi menjadi cecair yang kebanyakannya mengandungi air dan sejumlah saki baki

sebatian sulfur dan turpentin. Cecair ini dikenali sebagai ‘foul condensate’. ‘Foul condensate’
dihantar daripada ‘stripping column’ ke sejumlah 100,000 gelen kapasiti tangki simpanan

atmosfera (E), digunakan untuk menyimpan cecair pada atau mendekati tekanan persekitaran.

Tangki ‘foul condensate’ umumnya digunakan untuk mengawal aliran cecair di antara unit

aliran atas dan bawah ‘turpentine-stripping column’ yang menyingkirkan lebihan komponen

sulfur daripada air.

(E) (F)

Semasa kejadian 8 Febuari, kilang tersebut sedang di dalam proses penghentian kerja

tahunan. Penghentian kerja memerlukan pekerja kilang dan pekerja kontrak melakukan

proses penyelenggaraan, pemeriksaan dan penambahbaikan tugas bagi keseluruhan fasiliti

kilang. Salah satu tugas tersebut adalah membaiki paip air yang terletak di atas dan

bersambung kepada tangki ‘foul condensate’ (G) yang telah tertanggal dan retak sebulan

sebelumnya.

(E) (F)
Proses pembaikan tersebut memerlukan proses kimpalan dijalankan pada paip, yang

kebiasaannya dirujuk sebagai ‘kerja panas’. Dalam penyediaan untuk kerja panas tersebut,

injap masuk dan keluar dari tangki ‘foul condensate’ telah ditutup (H), semasa lebih kurang

10 kaki cecair tersimpan di dalamnya. Cecair itu dibiarkan tinggal sebanyak separuh di dalam

tangki kerana tiada perancangan untuk melakukan sebarang kerja melibatkan tangki tersebut

sewaktu proses penghentian kerja tersebut. Syarikat juga beranggapan bahawa tangki yang

kebanyakannya mengandungi air itu, telah ditutup sepenuhnya dan tidak terdedah kepada

atmosfera, dan tidak menyumbang kepada sebarang risiko keselamatan (I).

(I) (J)

Anggapan ini walau bagaimanapun, tidak benar. Lebihan turpentin, yang kebiasaannya wujud

dalam ‘foul condensate’, terkumpul pada permukaan atas cecair di dalam tangki disebabkan

ketumpatannya (J). Tangki ‘foul condensate’ direka bentuk supaya dengan perubahan

ketinggian paras cecair di dalam tangki (K), lebihan turpentin akan ditolak keluar dan

dihantar ke ‘turpentine recovery system’.


(K) (L)

Akan tetapi beberapa bulan sebelum kejadian ini, turpentin tidak disingkirkan dari tangki

kerana terdapat kekeliruan tentang siapa di kilang tersebut yang bertanggungjawab untuk

operasi tangki ‘foul condensate’ tersebut. Akibat kekeliruan ini, injap yang direka untuk

mengalirkan turpentin keluar ke ‘turpentine recovery system’ kilang itu telah tertutup untuk

beberapa bulan (L). Hasilnya, beberapa ketika menjelang kejadian itu, lebihan turpentin

telah terkumpul di dalam tangki ‘foul condensate’ melebihi dari jangkaan. Ditambah lagi,

dengan kewujudan wap yang kebiasaannya terdapat di dalam tangki di ruang atas bahagian

cecair tersebut (M).

(M) (N)
(O) (P)

Walaupun wap tersebut boleh menjadi mudah terbakar, ia seharusnya tersimpan pada

kepekatan yang terlalu tinggi untuk terbakar. Akan tetapi, disebabkan keadaan bukan rutin

yang dialami sewaktu pemberhentian proses kerja tahunan, kandungan tangki menjadi sejuk,

mewujudkan tekanan rendah di dalam tangki (N). Keadaan ini, menyebabkan injap

pelepasan pada bumbung tangki menambah masuk udara dari luar (O) ke dalam tangki

untuk mengelakkan kemusnahan tangki akibat keadaan vakum yang boleh tercipta akibat

tekanan yang rendah di dalam tangki tersebut. Injap pelepasan vakum merupakan antara

sumber potensi yang membenarkan udara (P) masuk ke dalam tangki dan mewujudkan

atmosfera mudah meletup. Dalam persediaan untuk kerja panas, paip air telah diasingkan

daripada tangki ‘foul condensate’ dan juga proses yang lain melalui injap penutup (Q), dan

paip itu terpisah secara fizikal daripada tangki.


(Q) (R)

(S) (T)

Sekitar jam 8.00 pagi 8 Febuari, pekerja kilang menggunakan alat pengesan gas (R) untuk

memeriksa atmosfera mudah terbakar di dalam dan sekitar paip air dan tiada apa-apa yang

ditemui (S). Hasilnya, syarikat mengeluarkan permit kerja panas untuk kerja-kerja kimpalan.

Akan tetapi, walaupun atmosfera mudah terbakar tidak wujud diluar tangki, terdapat

atmosfera mudah terbakar di dalam tangki. Tanpa mengetahui bahawa tangki tersebut boleh

mewujudkan hazad yang serius, tiga pekerja kontrak mula menjalankan kerja kimpalan pada

paip air yang terletak di atas tangki tersebut (T).


(U) (V)

Sumber pencetus api yang sebenar tidak dapat ditentukan, namun dipercayai percikan atau

leburan sanga yang terhasil daripada kerja panas (U) yang jatuh pada atau berdekatan

dengan tangki ‘foul condensate’, memanaskan dinding tangki atau sebaliknya menyalakan

kandungan didalam tangki (V). Atau berkemungkinan juga, kerja panas telah selesai namun

sewaktu peralatan kimpalan diturunkan, pencucuh kimpalan jatuh dan mewujudkan arca

elektrik pada tangki atau paip pelepasannya. Walaubagaimanapun, dipercayai aktiviti kerja

panas menyalakan wap mudah terbakar dan cecair turpentin di dalam tangki ‘foul

condensate’ itu. Pada jam 11.05 pagi berlakunya letupan besar (W). Tangki ‘foul

condensate’ terpisah dari tapaknya dan meluncur ke udara setinggi struktur 6 tingkat, dan

jatuh lebih kurang 375 kaki jauh (X) dari tapak asalnya. Tiga orang terbunuh dan tujuh lagi

cedera. Kesemua mereka adalah pekerja kontrak yang bekerja berdekatan tangki ‘foul

condensate’ tersebut.

(W) (X)
(Sumber: http://www.csb.gov)

Fahami kronologi tragedi di atas dan sediakan laporan berbentuk peta minda bagi siasatan

kemalangan berkaitan kemalangan tersebut.

Kejelasan dan Butiran

Penyiasatan dan Analisis

Cadangan dan Langkah-langkah Pencegahan.

Organisasi dan Struktur Peta Minda.

Kreativiti dan Tarikan Visual.

TUGASAN 2

Pilih SATU topik yang sesuai berkaitan dengan tragedi di atas. Reka bentuk brosur yang

menarik (yang terdiri daripada 400-450 patah perkataan) sebagai sebahagian daripada

medium pendidikan untuk tujuan berkongsi pengetahuan kepada para pekerja.

Kejelasan Informasi.

Grafik dan Imej

Kerelevanan Kandungan

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah

setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda

semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada
masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau

WhatsApp ke 0145875518

Anda mungkin juga menyukai