Anda di halaman 1dari 11

GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB INSTITUT TADBIRAN AWAM


NEGARA (INTAN) DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN PENTADBIRAN
AWAM DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Apabila sesebuah negara membangun dengan pesat, maka terdapat beberapa


persoalan akan giat diperkatakan terutamanya mengenai pembangunan sumber tenaga
manusia. Selain daripada polisi serta dasar pembangunan digubal, faktor berhubung
manusia merupakan salah satu mekanisme penting dalam sesebuah negara
membangun. Di Malaysia, pembagunan sumber tenaga manusia sangat diperlukan
dan usaha bagi memenuhi keperluan banyak di pergiatkan sejak 31 Ogos 1957 iaitu
semasa negara mencapai kemerdekaan. Latihan bagi pembangunan sumber tenaga
manusia semakin diperlukan apabila Malaysia telah memasuki zaman baru dalam
bidang perindustrian. Selain memerlukan pekerja mahir dalam bidang teknikal,
kemahiran berkaitan pengurusan dan penyeliaan juga sangat diperlukan.

Disamping itu juga, usaha kerap dilakukan untuk membuat kajian terhadap
pelbagai bidang dalam organisasi berkaitan latihan dalam pengurusan sumber tenaga
manusia. Sebab utama perkara seperti usaha ini dijalankan kerana Institusi Latihan
sangat diperlukan untuk aktiviti latihan yang mempunyai latihan atau program yang
memakan masa yang panjang. Latihan tersebut memerlukan perancangan kurikulum
dan ianya perlu dijalankan serentak dengan perlaksanaan dan aktiviti penilaian.

Pembangunan sumber manusia merupakan salah satu konsep yang melibatkan


tidak hanya dari segi melaksanakan program, akan tetapi ia juga melibatkan
pembagunan institusi pentadbiran. Pembangunan ini adalah bergantung kepada
mekanisme dan institusi yang mana kakitangan, sistem dan teknologi adalah sangat
diperlukan bagi membangunkan sosio-ekonomi dan politik negara. Terdapat beberapa
institusi latihan yang telah dikenalpasti untuk pembangunan sumber tenaga manusia
seperti di universiti, institut tadbiran awam (IPA) dan latihan dalam jabatan. Institusi

1
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

latihan seperti ini dikenali dengan panggilan INTAN atau nama sebenarnya ialah
Institusi Tadbiran Awam Negara.

2.0 Sejarah Penubuhan INTAN serta Latihan di Malaysia.

Program berkaitan latihan yang di khaskan untuk pegawai dalam kerajaan


bermula sejak sebelum kemerdekaan lagi. Kursus Penyeliaan dan Perkeranian atau
dikenali dengan kursus bukan kediaman (nonresidential course) yang diperkenalkan
pada sekitar tahun 1953 setelah kerajaan telah mengadakan kursus tersebut kali
pertama pada bulan Mei 1953 yang dijalankan di bangunan semetara di Jalan
Broadbrik, Kuala Lumpur. Manakala satu latihan atau kursus yang diperuntukan
untuk pegawai tadbir atau dikenali sebagai kursus kediaman (residential course) telah
dijalankan pada pertama kali pada sekitar tahun 1951. Matlamat utama kursus ini
dijalankan adalah untuk memberikan kemahiran yang lengkap kepada pegawai-
pegawai kerajaan pada ketika itu bagi menghadapi isu-isu yang wujud pada masa itu.

Usaha-usaha bagi mewujudkan latihan Penyeliaan dan Perkeranian ini timbul


apabila kerajaan telah menerima cadangan daripada Majlis Perhimpunan Persekutuan
sekitar tahun 1952. M.H. Blacker seorang pegawai tadbir dari Bahagian Penjawatan di
Perbendaharaan telah diarahkan untuk membuat kajian berkaitan keperluan kursus
penyelian, perkeranian dan bagi pegawai-pegawai kerajaan berpangkat rendah.
Sekitar bulan Jun 1952, beliau ada menyiapkan satu laporan yang bertajuk “ Report
on Post-entry Training in Goverment Service” dan ia juga dikenali sebagai laporan
Blacker. Laporan ini seterusnya menjadi titik utama permulaan kepada bentuk dasar-
dasar serta polisi program latihan bagi pegawai-pegawai kerani di seluruh Malaysia.

Program ini telah berjaya membawa kepada satu cadangan iaitu menubuhkan
sebuah pusat latihan yang tetap dan kursus bagi menyediakan peluang-peluang kepada
semua pegawai dan kakitangan kerajaan dalam bidang masing-masing. Akan tetapi
cadangan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana masalah kewangan. Masalah tidak
mempunyai bangunan tetap turut menjadi sedikit penghalang kepada cadangan
tersebut dimana kursus berbentuk kediaman sukar dijalankan. Kursus berkaitan bukan

2
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

kediaman akan terus dijalankan kerana ia tidak memerlukan bangunan tetap. Sekitar
tahun 1953, pejabat Penjawatan Persekutuan telah ditubuhkan secara berasingan
dengan Perbendaharaan. Dengan pengasingan tersebut, satu cawangan Latihan
Penyeliaan dan Perkeranian telah ditubuhkan bagi meneruskan program-program dan
kursus-kursus berkaitan Penyelian dan Perkeranian. Walaupun cadangan bagi
membina sebuah Institusi Latihan untuk pegawai tidak terlaksana, akan tetapi
program yang berkaitan kediaman tetap diteruskan di Sekolah Menengah King
Edward VII di Taiping, Perak walaupun sekolah tersebut mengalami masalah
penempatan untuk pelatih mengikuti kursus tersebut.

Pada sekitar tahun 1955, cadangan untuk membina institusi latihan telah
dibangkitkan. Pada sekitar tahun 1956 bertempat di Maktab Polis Diraja Kuala Kubu,
Selangor, satu latihan atau program berkaitan pentadbiran tanah telah dijalankan
dimana kursus tersebut adalah diketegorikan sebagai latihan berbentuk kediaman.
Akan tetapi latihan tersebut tidak dapat dijalankan kerana terdapat masalah
penempatan apabila peserta yang mengikuti latihan tersebut meningkat secara
mendadak. Oleh yang demikian bagi mengatasi masalah penempatan tersebut, sekitar
bulan september 1959, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan sebuah
bangunan di sekitar Port Dickson yang dijadikan tempat latihan. Tempat tersebut
dipilih kerana ia dilengkapi dengan tempat kediaman dan boleh menampung peserta
yang menjalani latihan di pusat tersebut.

Pada bulan Jun 1963, pusat latihan tersebut telah dipindahkan ke tempat baru
iaitu di sekitar Petaling Jaya dan pusat baru tersebut dikenali sebagai Dewan Latihan
Pegawai dan telah di gunakan secara rasmi pada 19 September 1963. Dengan
perasmian tempat latihan tersebut telah memberi satu inovasi baru kepada sejarah
kursus di Malaysia kerana melalui perpindahan tersebut masalah berkaitan
penempatan tidak lagi menjadi masalah dan latihan berbentuk kediaman dapat
diteruskan. Pada tahun 1953, Pusat Latihan Perkeranian telah ditubuhkan dan
cawangan-cawangannya telah di seluruh negeri telah di satukan dibawah satu
bumbung yang terletak di Petaling Jaya.

3
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

Satu laporan berkaitan latihan telah dibuat iaitu laporan Latihan Pembangunan
di Malaysia Barat (Training for Development in West Malaysia) yang telah dibuat
oleh DAU (Unit Pentadbiran Pembangunan). Didalam laporan tersebut ada
menggariskan beberapa perkara khususnya berhubung tanggungjawab serta peranan
pusat latihan tersebut. Secara lazimnya, beberapa perkara yang telah dinyatakan
didalam laporan tersebut telah diterima cadangannya dan telah dilaksanakan oleh
kerajaan Malaysia. Antara perkara atau cadangan didalam laporan tersebut ialah
menukar nama pusat tersebut kepada NIDA (Institute of Development
Administration). Selari dengan penubuhan NIDA, pada tahun 1969, satu
Jawatankuasa Khas NIDA telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan Jawatankuasa Khas
NIDA ini ialah untuk mengkaji penubuhan NIDA itu sendiri sebagai pusat latihan.
Terdapat beberapa cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Nida tersebut
ialah menukar status Dewan Latihan Pegawai kepada Institut sepertimana yang telah
dicadangkan didalam laporan “Training for Development in West Malaysia”. Selepas
itu, nama institusi tersebut ditukar sekali lagi kepada Institusi Tadbiran Awam Negara
atau nama singkatannya INTAN. Selaras dengan penubuhan INTAN, usaha kerajaan
Malaysia pada masa itu memelayukan pentadbiran negara kerana bahasa melayu
merupakan bahasa rasmi negara. Pada 1 September 1972, penubuhan INTAN telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Almahrum Tun Haji Abdul Razak.

Selain berperanan memberikan latihan mengenai masalah pengurusan dalam


pentadbiran negara, INTAN juga menjadi satu badan yang berorentasikan
pembangunan. INTAN juga berperanan menjadi agen kepada perubahan bagi
memastikan idea-idea yang progresif kerajaan menjadi kenyataan. INTAN juga
perlulah memikul tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan
dasar dan rancangan negara kepada peserta bagi memastikan rancangan dan dasar
tersebut tercapai.

Semasa INTAN ditubuhkan pada September 1972, pusat INTAN hanyalah


terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran Am, Bahagian
Penyelidikan dan Perundingan serta Bahagian Pengajian Dan Latihan. INTAN telah
mengalami beberapa inovasi baru selaras dengan penubuhannya. Yang pertamanya
ialah penyusunan semula organisasinya dimana beberapa bahagian baru telah

4
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

diwujudkan. Bahagian baru tersebut ialah Jabatan Pengajian Pengurusan. Selain itu
juga, beberapa kemajuan dari segi teknik latihan dan kaedah penilaian latihan telah
diperkenalkan.

Keduanya pula ialah sekitar tahun 1974, terdapat pembaharuan telah dibuat
iaitu dengan memperkenalkan teknik latihan berbentuk modular. Pada tahun 1976,
INTAN telah mengubah strategi selaras dengan perkembangan pentadbiran dan
permodenan hasil dari Rancangan Malaysia Ketiga. Strategi INTAN bukan sahaja
memfokuskan darisegi latihan akan tetapi juga memfokuskan permasalahan
pentadbiran dan khidmat nasihat yang diperlukan oleh jabatan kerajaan yang lain
dalam melaksanakan rancangan pembangunannya. Dalam tahun tersebut juga, satu
latihan antarabangsa turut diperkenalkan iaitu Pembangunan Perusahaan berasaskan
Pertanian atau Agro-Based Industrial Development (ABID). Latihan ini dibuat kerana
selaras dengan hasrat kerajaan pada ketika itu untuk membangunkan lagi sektor
pertanian yang menjadi sektor utama negara pada masa itu.

Sepanjang tahun 1978 hingga 1981, INTAN telah membentuk tiga buah unit
baru iaitu Pusat Hal-Ehwal Antarabangsa dan Keselamatan serta Pusat Kemajuan
Pegawai yang ditubuhkan pada Januari 1978. Pusat Hal-Ehwal Antarabangsa dan
Keselamatan ditubuhkan bagi melatih pegawai-pegawai diplomatik supaya dapat
bertindak selaras dengan pengetahuan yang luas dalam hal-ehwal dan dasar luar
negeri. Pusat Kemajuan Pegawai pula bertanggungjawab untuk membantu
kementerian dan jabatan kerajaan dalam membuat kajian terhadap keperluan latihan
bagi organisasi yang berkenaan.

Pada 1981 pula, Unit Latihan Negeri ditubuhkan dengan tujuan untuk
membuat penyelidikan tentang keperluan latihan di peringkat negeri dan tempatan,
terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam perlaksanaan projek-projek
pembangunan. Menjelang tahun 1981, INTAN telah membuka beberapa kursus
jangka pendek kepada peserta-peserta luar negeri terutamanya peserta-peserta dari
negeri yang menawarkan latihan teknik. Pada tahun 1988, sebanyak tiga puluh lima
buah negara telah menghantar peserta untuk mengikuti latihan ini. INTAN telah

5
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

menyelenggarakan sebanyak sembilan jenis kursus seumpama ini dengan dihadiri


oleh 543 orang peserta dari pelbagai negara.

Disamping itu juga, pembangunan teknik latihan, kurikulum dan program


latihan itu sendiri, INTAN menuju kearah era pembangunan infrastruktur. Sejajar
dengan dasar pembangunan negara pada Rancangan Malaysia Ketiga, empat kampus
baru telah didirikan selain dari kampus yang sedia ada di Jalan Ilmu, Kuala Lumpur.
Penubuhan kampus-kampus baru ini mempunyai matlamat untuk mewujudkan lebih
ramai lagi kakitangan kerajaan dari semua peringkat menyertai program dan latihan di
seluruh negara kerana tertubuhnya cawangan INTAN di Kedah, Terengganu dan
Johor. Ini bermakna keperluan latihan dapat dipertingkatkan mengikut wilayah-
wilayah tertentu. Dalam tahun 1983 hingga 1984, kesemua kampus wilayah telah
dibuka dengan rasminya. Kampus Wilayah Utara di Sungai Petani, Kedah dibuka
pada 21 Julai 1983, kampus Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu dibuka pada 27
Ogos 1983 dan pada 18 April 1984, diikuti pula perasmian Kampus Wilayah Selatan
di Keluang, Johor. Dengan perasmian Kampus Utama INTAN di Bukit Kiara pada
bulan Oktober 1984, maka bermulalah era baru dalam sejarah latihan di Malaysia.

3.0 Dasar Latihan INTAN

Sebagai sebuah pusat latihan kerajaan yang utama, dasar latihan INTAN
adalah berpandukan kepada Dasar Latihan Kerajaan sepertimana yang dinyatakan
didalam Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 1, 1970. Mengikut dasar tersebut, Perdana
Menteri selaku Ketua Tertinggi Kerajaan adalah bertanggunjawab penih mengenai
pengawasan, penelitian dan pengarahan bagi keseluruhan latihan pegawai-pegawai
Pentadbiran Awam dan Badan Berkanun.

Di antara ciri-ciri terpenting yang ditekankan dalam Dasar Latihan Kerajaan


mengikut pekeliling tersebut adalah:
a) Mencapai tingkat Perkhidmatan Awam yang progresif.
b) Mewujudkan kemajuan dan perkembangan kumpulan pentadbir yang
pakar serta berkebolehan, cekap dan sentiasa maju selaras dengan

6
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

kemajuan saintifik, iktisas dan teknik pengurusan di dalam dan luar


perkhidmatan.
c) Mengurangkan pertukaran kakitangan Perkhidmatan Awam.
d) Mencapai kecekapan yang paling berkesan.
e) mewujudkan pentadbiran latihan yang selaras bagi keseluruhan
perkhidmatan awam selaras dengan dasar pembangunan kerajaan.
f) Memberi peluang latihan yang adil dan saksama kepada semua
kakitangan perkhidmatan awam.

Untuk memikul tanggungjawab yang besar ini, INTAN haruslah merupakan


agensi berorentasikan kemajuan. Selain daripada menjalankan latihan mengenai
masalah pengurusan agensi dan jabatan kerajaan, ia juga patut memainkan peranan
sebagai agen perubahan dan pembangunan untuk memastikan agar rancangan keajaan
dapat dijalankan. Sebagai sebuah institut latihan negara, INTAN mempunyai
matlamat-matlamat tertentu. Salah satu matlamat INTAN ialah untuk meniggikan
keupayaan bertindak bagi agensi-agensi awam di peringkat Persekutuan, negeri,
tempatan dan perbadanan-perbadanan awam dalam menggubal dan melaksanakan
dasar-dasar negara serta rancangan-rancangan pembangunan.

Aktiviti-aktiviti latihan INTAN adalah bertujuan untuk melaksanakan


rancangan latihan berkesan dan memberi khidmat penyelidikan dan perundingan
dalam usaha kerajaan untuk:

a) Meningkatkan keupayaan sistem pentadbiran pada keseluruhannya


dalam perancangan dan perlaksanaan dasar dan program negara supaya
lebih berkesan dan dapat berjalan dengan lancar.

b) Meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman pegawai-


pegawai kerajaan di semua peringkat terhadap proses-proses dalam
pembentukan dan perlaksanaan dasar terutamanya dari segi teknik
pengurusan organisasi yang berkesan.

c) Meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman pegawai-


pegawai awam mengenai pertalian antara kerajaan dan sistem
pentadbiran dan alam sekitar iaitu sistem politik, ekonomi dan sosial

7
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap akibat tindakan


kerajaan ke atas sistem tersebut.

d) Mencetuskan sikap dan halacara yang progresif di kalangan pegawai-


pegawai kerajaan. Ini penting untuk peranan sebagai agen perubahan
dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

e) Untuk mewujudkan satu media pertukaran pendapat dan pengalaman di


antara kakitangan perkhidmatan awam untuk mewujudkan
persefahaman tentang peranan, tugas dan tanggungjawab mereka
dalam pentadbiran yang lebih moden.

f) Sebagai satu pusat pengumpulan idea-idea dan teknik-teknik baru


dalam pentadbiran.

g) Mewujudkan satu sistem program pembangunan sumber manusia yang


berkesan melalui kemahiran yang didapati dari latihan yang dijalankan
dan juga kerjasama serta sokongan dari berbagai pihak.

h) Mewujudkan dan meningkatkan keberkesanan kemahiran penyeliaan di


antara kakitangan kerajaan untuk memastikan perlaksanaan program
dijalankan secara lebih berkesan.
i) Menyelaraskan pengurusan program latihan di Malaysia.

j) Membantu dalam pemberian khidmat nasihat dan pandangan untuk


projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi
kerajaan.

k) Menjalankan kajian berkenaan dengan masalah-masalah pentadbiran


dan pengurusan dalam perkhidmatan awam. Kajian ini dibuat untuk
mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah serta menerbitkan
laporan-laporan berkenaan dengan kajian yang dibuat.

Dari objektif-objektif diatas, dapat disimpulkan bahawa INTAN mempunyai


satu tugas utama iaitu dalam penyediaan dan pembentukan sumber tenaga manusia
yang dapat bertindak dengan cara yang profesional dalam perlaksanaan pentadbiran di
Malaysia.

8
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

4.0 Kesimpulan

Peranan dan tanggungjawab Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dalam


konteks pembangunan pentadbiran awam di Malaysia dilihat masih lemah dan
INTAN perlu mengorak langkah yang lebih positif ke arah melatih kakitangan sektor
awam dalam bidang pengurusan. INTAN juga dilihat tidak berupaya untuk
menjalankan tugas dalam memikul tanggungjawabnya untuk melahirkan satu
angkatan kakitangan sektor awam yang profesional dari segi kemahiran, pengetahuan
dan perubahan sikap.

Untuk mewujudkan taraf profesionalisme di kalangan kakitangan sektor


awam, mutu latihan harus diperbaiki melalui kajian semula dan rombakan kurikulum.
Sebahagian besar daripada kursus yang dilaksanakan secara lansung (experience-
oriented), lebih banyak pembelajaran melalui pembuatan dan melaksanakan lebih
banyak kursus yang berbentuk amali.

Perundingan dan hubungan yang lebih rapat dengan sektor swasta harus
digalakkan. Ini boleh diwujudkan melalui galakan kepada sektor swasta untuk
menggunakan kemudahan di INTAN bagi menjalankan kursus khas untuk mereka dan
dengan cara menyewakan kemudahan yang ada. Dengan cara ini INTAN bukan
sahaja akan digunakan sepenuhnya, malah INTAN juga akan mendapat faedah serta
pengalaman dari sektor swasta.

Perkembangan dan permodenan ekonomi negara sangat memerlukan


kepakaran dan juga pendekatan baru dalam perancangan dan pengurusan sumber
tenaga manusia dalam sektor awam. Program di bawah konsep Pensyarikatan
Malaysia harus dipergiatkan. Ini berkehendakan kepada kakitangan sektor awam yang
dilatih dengan kemahiran baru dalam bidang koprat dan pengurusan. INTAN harus
menjalankan lebih banyak program latihan diperingkat pengurusan seperti pengurusan
krisis, perancangan strategik, kepimpinan serta teknik perundigan. INTAN juga
haruslah menekankan latihan ke arah membina sikap yang positif kerana kemahiran
tanpa moral tidak akan memberikan apa-apa makna.

9
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

Dalam pendekatan yang wajar terhadap pembangunan sumber manusia,


Malaysia akan lebih bersedia menghadapi cabaran yang akan mendatang.
Kemampuan dan keupayaan untuk melatih sumber tenaga manusia akan
membolehkan kerajaan terus mengikuti perkembangan pembangunan teknologi yang
sering berubah-ubah. Keutamaan yang diberikan kepada pendidikan dan latihan akan
menjadikan sumber tenaga manusia lebih cekap, tahan lasak dan bersiplin. Sektor
swasta harus memainkan peranan yang lebih dinamik dalam penyediaan kemudahan
pendidikan dan latihan untuk memnuhi peningkatan permintaan terhadap tenaga
manusia yang berkelayakan dan mahir. Usaha oleh kedua-dua sektor awam dan
swasta akan membolehkan rakyat Malaysia memainkan peranan yang lebih produktif
dalam pembangunan negara.

10
GMGA1013 – Asas Pentadbiran Awam 282778

RUJUKAN

Gant, George F., Development Administration Concept, Goals, Method, London, The
University Of Wisconsin.

INTAN, Laporan Rancangan Latihan Dalam Jabatan-jabatan Perkhidmatan Awam:


Persidangan Pegawai-Pegawai Latihan Dalam Jabatan.

INTAN, Kertas Majlis Bilangan 1/75.

INTAN, Kertas Majlis Bilangan 6/74.

INTAN, Information Booklet, Malaysia, National Institute of Public Administration.

INTAN, Portal Rasmi Institut Tadbiran Awam Malaysia.


https://www.intanbk.intan.my/iportal/ms/

Malaysia, Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 1.

11

Anda mungkin juga menyukai