Anda di halaman 1dari 103

1

MUKADIMAH

Bismillah, moga selawat dan salam


dicurahkan kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬dan semua
pengikut baginda.

Buku ini menghimpunkan sejumlah kata-kata


ulama baik ulama terdahulu mahupun
terkemudian. Sungguh, bicara mereka amat
bermanfaat kepada generasi manusia dan
wajar disebarluaskan.

Semoga usaha yang amat kerdil ini sedikit


sebanyak memberikan manfaat kepada umat
Islam di negara ini, amin.

Muhammad Syakir b. Mat Kamal


23 September 2023

2
Shaykh Muqbil bin Hadi al-Wadiʿi berkata:

‫أنصح المرأة الصالحة أن تحرص عىل مجالسة النساء‬


‫بصية‬
‫ فإنها بهذا تزداد إيمانا وتزداد علما وتزداد ر‬،‫الصالحات‬
“Saya menasihati wanita solehah agar dia
sentiasa mendampingi para wanita yang
solehah, kerana ia akan menambahkan iman,
ilmu dan inteleknya”

[Ghārat al-Ashriṭah ʿalā Ahl al-Jahl wa-al-


Safsaṭah, 2/474]

3
ُ ‫( َرح َم ُه‬wafat 751H)
Ibn Qayyim al-Jawziyyah ‫للا‬ ِ
berkata:
َ ْ َ ْ ُّ َ ََ َ َْ ُ َ َ َ ُ ُّ ْ َ َ
‫ ف ِإن ل ْم‬،‫وب ثَلثة أن َه ٍار ِعظ ٍام َيتط َّه ُرون ِب َها ِ يف الدن َيا‬ ِ ‫ن‬ ‫الذ‬ ‫ل‬ ِ ‫َف ِِل‬
‫ه‬
َ ْ َّ ُ ْ َ : َ َ ْ َ ْ َ َ ْ َْ ِّ ُ ْ ْ ُ
‫ت ِف ِبطه ِر ِهم طه ُروا ِ يف نه ِر الج ِح ِيم يوم ال ِقيام ِة نهر التوب ِة‬
َ َ ْ َ َْ َ ْ َ ْ َ ْ َ َّ
‫ َون ْه ُر‬،‫ات ال ُم ْستغ ِرق ِة ِلِل ْوز ِار ال ُم ِحيط ِة ِب َها‬ ِ ‫ َون ْه ُر ال َح َسن‬،‫وح‬ ِ ‫الن ُص‬
َ َ َُ َ َْ َ ُ ‫ َفإ َذا َأ َر َاد ه‬،‫يمة ْال ُم َك ِّف َرة‬ َ ‫ْال َم َصائب ْال َعظ‬
‫اَّلل ِب َع ْب ِد ِه خ رْ ًيا أدخله أ َحد‬ ِ ِ ِْ َ ِْ
َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ً َ ً ِّ َ َ َ َِ ْ ِ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ
‫ فلم يحتج ِإَل‬،‫اهرا‬ ِ ‫ فورد ال ِقيامة طيبا ط‬،‫ه ِذ ِه اْلنه ِار الثَلث ِة‬
َّ ‫الت ْطه ري‬ َّ
‫الر ِاب ِع‬ ِ ِ
“Para pendosa ada 3 sungai di dunia yang
mencuci dosa mereka. Jika dosa mereka tidak
dicuci melalui 3 sungai ini, dosa mereka akan
dicuci melalui sungai neraka pada hari kiamat. 3
sungai tersebut ialah sungai taubat nasuha,
sungai kebaikan-kebaikan yang
menenggelamkan dosa-dosa mereka, dan sungai
musibah-musibah besar yang membersihkan
kesalahan-kesalahan. Jika Allah menghendaki
kebaikan buat hamba-Nya, Dia akan
memasukkannya ke dalam salah satu daripada 3
sungai di dunia ini, maka hamba itu akan datang
pada hari kiamat dalam keadaan bersih suci dan
tidak perlukan sungai yang ke-4 (sungai neraka).”

[Madārij al-Sālikīn Bayna Manāzil Iyyāka


Naʿbudu wa Iyyāka Nastaʿīn, 1/319]

4
Kata Abū al-Layth al-Samarqandī (wafat
373H):

‫وص‬ ‫ي‬ ُ ‫َل ْو َل ْم َي ْذ ُكر ه‬


ُ ‫اَّلل َت َع َاَل ف ك َتابه ُح ْر َم َة ْال َوال َد ْين َو َل ْم‬
ِ ِ ِ ِ
ِ ِ
َ َ َ َ َ ْ ِ ُ َّ َ ‫َ َ َ َ ِ َ ْ ُ ْ َ ْ ي‬
‫ لكان يع ِرف ِبالعق ِل أن حرمتها و ِاجبة‬،‫ِب ِهما‬
“Kalaulah Allāh taʿālā tidak menyebut
kemuliaan ibu bapa dalam kitab-Nya dan Dia
tidak berwasiat mengenai mereka berdua,
sudah tentu diketahui dengan akal bahawa
kemuliaan mereka berdua wajib [untuk
dijaga]”

[Tanbīh al-Ghāfilīn bi Aḥādīth Sayyid al-


Anbiyāʾ wa al-Mursalīn, 124]

5
Imam ibn Kathir (wafat 774H) berkata:

َ ْْ ‫ َع َىل َأ‬،‫ات‬ َ ُّ ْْ َ ُ ُ ْ ُ َ ْْ َ َ ْ ُ
‫الر ُس ِل‬
ُّ ‫ش ِف‬ ِ ‫غ‬ ‫الل‬ ‫ف‬ ِ ‫ش‬ َ ‫أ‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫ت‬ ‫أن ِزل أشف الك‬
َْ ْ َ َْ ْ َ َ َ َ َ َ ِ َ َِ َ ْ َ ْْ َ َ َ
،‫ض‬ ‫ر‬ ‫اْل‬ ‫اع‬ ‫ق‬ ‫ب‬ ‫ف‬‫ش‬
ِ َ َ ُ ِ َ ِ ِ ُ ‫ِ َ ِي‬ ‫أ‬ ‫ف‬ ‫ك‬ ‫ل‬‫ذ‬ ‫ان‬ ‫ك‬ ‫و‬ ، ‫ة‬ ‫ك‬
ِ ِ َ‫ئ‬‫َل‬ ‫م‬ ‫ال‬ ‫ف‬ ِ ُ ‫ِب ِسفار ِة أ‬
‫ش‬
‫ فك ُم َل‬،‫ َوه َو َر َمضان‬،‫السن ِة‬ َّ ‫شف ش ُهور‬ ُ َ ْ ‫ئ إ ْن َزال ُه ف أ‬
ْ َ ََْ َ
ِ ِ ‫ِي‬ ِ ْ ‫وابت ُد‬
‫وه‬ ُ ُ ِّ ْ
ِ ‫ِمن كل الوج‬
“Sebaik-baik kitab diturunkan dengan sebaik-
baik bahasa, ke atas sebaik-baik Rasul dengan
pengantaraan sebaik-baik Malaikat. Hal itu
berlaku di sebaik-baik tempat di muka bumi
dan penurunannya bermula pada sebaik-baik
bulan dalam setahun, iaitu bulan Ramadan.
Oleh itu, al-Quran sempurna daripada setiap
sudut”!

[Tafsīr al-Qurʾān al-ʿAẓīm, 4/313]

6
Abu Dardaʾ berkata kepada isterinya, Ummu
Dardaʾ:
ُ َ َ َ َ ُ َّ َ َ ِّ َ َ ُ ْ َ َ
‫ ف ِإذا ل ْم نك ْن‬،‫ َو ِإذا غ ِض ْب ِت َرض ْيت ِك‬،‫ين‬ِ ‫إذا غ ِضبت فر‬
‫ض‬
ُ َ َ‫ِ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ي‬
‫فيق‬ ِ ‫ فما أشع ما ن‬،‫هكذا‬
“Jika saya marah, awak pujuklah saya. Jika
awak marah pula, saya akan pujuk awak.
Kalau kita tak buat begini, betapa cepatnya
kita akan berpisah.”

[Rawḍat al-ʿUqalāʾ wa Nuzhat al-Fuḍalāʾ, 72]

7
Imam ibn al-Qayyim berkata:

ُ ُ َ
،‫والح ْمية‬ ُ
ِ ‫ وشفاؤه يف التوبة‬،‫القلب يمرض كما يمرض البدن‬
ُ ُ َ َ َ
‫وي ْع َرى كما َي ْع َرى‬
َ ،‫وجالؤه بالذكر‬ ،‫وي ْصدأ كما ت ْصدأ المرآة‬
ُ َّ ُ ُ ُ
،‫ ويجوع ويظمأ كما يجوع البدن‬،‫ وزينته التقوى‬،‫الجسم‬
ُ ُ ْ ‫وطعامه‬
‫وشابه المعرفة والمحبة والتوكل واإلنابة والخدمة‬
“Hati itu boleh sakit sepertimana anggota
badan sakit, penyembuhnya ialah taubat dan
menghalang diri [daripada melakukan
maksiat], juga boleh berkarat sepertimana
cermin berkarat, pengilatnya ialah zikir, juga
boleh bertelanjang sepertimana anggota
badan bertelanjang, perhiasannya ialah
takwa, dan juga boleh lapar dan dahaga
sepertimana anggota badan lapar [dan
dahaga], makanan dan minumannya ialah
mengenal [Allāh], mencintai-Nya,
bertawakkal kepada-Nya, melazimi ketaatan
selepas bertaubat kepada-Nya dan
berkhidmat kepada-Nya”.

[al-Fawāʾid, hal. 143]

8
Kata Imam ibn Rajab al-Ḥanbalī (wafat 795H):

ً ً ُ ُ
،‫صالحا‬ ‫ ويعمل ْلجلها عمال‬،‫إذا كان اإلنسان تسوؤه سيئته‬
ً
‫إيمان ِه‬
ِ ‫كان ذلك دليال عىل‬
“Sekiranya seseorang insan bersedih kerana
melakukan dosa dan dia melakukan amal
soleh kerana dosa tersebut, itu merupakan
bukti keimanannya”.

[Tafsīr ibn Rajab al-Ḥanbalī, jil. 1, hal. 700]

9
Sufyān bin ʿUyaynah (wafat 198H) berkata:
َّ َ َ َ َ ْ َ َ َْ ً ْ َ ُ َ َ َْ َ
‫للا َعىل ال ِع َب ِاد ِن ْع َمة أفض َل ِم ْن أن َع َّرف ُه ْم َل ِإله ِإَل‬ ‫ما أنعم‬
َْ ُّ َْ َ َ ْ َ َّ َ
ُ ‫ َفإن َل إل َه إَل‬،‫للا‬
َ َّ ُ
‫للا ل ُه ْم ِ يف اْل ِخر ِة كالم ِاء ِ يف الدنيا‬ ِ ِ ِ
“Allāh tidak menganugerahkan nikmat yang
lebih besar kepada para hamba-Nya
berbanding mengenalkan mereka “Lā ilāha
Illallāh (Tiada Tuhan yang berhak disembah
selain Allāh)”, kerana [fungsi] “Lā ilāha
Illallāh” buat mereka di hari akhirat adalah
seumpama [fungsi] air di dunia”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ,


7/272]

10
ُ ‫( َرح َم ُه‬wafat
Imam ibn Qayyim al-Jawziyyah ‫للا‬ ِ
751H) berkata:
َ
‫يه ف ُه َو‬‫ف‬ ‫اَل‬ ‫ي‬
‫ه‬
َ ‫الل‬ ‫ض‬ ْ ‫ُك ُّل َحديث ف ذ ْكر َص ْوم َر َجب َو َصالة َب‬
‫ع‬
ِ ِ ‫ِي‬ ِ ِ ٍ ِ ِ ِ ‫ِ ْ ٍَ ِ ي‬ َ
‫ك ِذب ُمف ًيى‬
“Setiap hadis yang menyebut perihal puasa
pada bulan Rejab dan solat pada sebahagian
malamnya adalah rekayasa dan dusta belaka.”

[al-Manār al-Munīf fi al-Ṣaḥīḥ wa al-Ḍaʿīf, 96]

11
Shaykh Ṣāliḥ bin Fawzān bin ʿAbd Allāh al-Fawzān
berkata:

،‫ه أعظم الجرائم‬ ‫بعض الناس يعتقدون أن هناك أشياء ي‬


‫ الزنا‬،‫ الربا هو أعظم المحرمات‬:‫ فيقول‬،‫وأعظم ما نىه للا عنه‬
‫ وعن‬،‫النىه عن الربا‬
‫ي‬ ‫هو أعظم المحرمات؛ ولذلك يركزون عىل‬
‫ وال‬،‫الشك‬ْ ‫ ولكن ال يهتمون بأمر‬،‫ وعن فساد اْلخالق‬،‫الزنا‬
‫ فهذا من الجهل‬،‫واقعي فيه‬
‫ر‬ ‫ وهم يرون الناس‬،‫يحذرون منه‬
‫بشيعة للا سبحانه وتعاَل‬ ْ ‫العظيم‬

“Sesetengah orang beranggapan bahawa ada


beberapa perkara [selain syirik] yang merupakan
jenayah dan larangan Allāh yang terbesar, lalu
mereka berkata: “Riba ialah perkara haram yang
terbesar”, “Zina ialah perkara haram yang
terbesar”, kerana itulah mereka fokus kepada
melarang orang ramai daripada riba, zina dan
kerosakan akhlak, dan mereka tidak
menitikberatkan soal syirik serta tidak
memberikan amaran kepada masyarakat
mengenai bahaya syirik, walhal mereka melihat
masyakarakat terjatuh ke dalamnya. Ini
merupakan kejahilan yang besar mengenai
syariat Allāh subḥānahu wa taʿālā”!

[Sharḥ al-Uṣūl al-Thalāthah, hal. 82-83]

12
Imam Mālik bin Anas (wafat 179H) berkata:
ْ َ َّ ُّ َ َ ْ ِْ ‫الس َّن ِة َف ْل ُي ْب‬ُّ ‫ات َع َىل‬
َ َ ْ َ
ْ،‫السن ِة فل ُي ْب ِْش‬ ‫ َم ْن َمات َعىل‬،‫ش‬ ‫من م‬
ْ َ َّ
ْ ِْ ‫َم ْن َمات عىل السن ِة فليب‬
ْ ُ ُّ َ َ َ
‫ش‬
“Siapa yang mati di atas sunnah, maka
hendaklah dia bergembira, siapa yang mati di
atas sunnah, maka hendaklah dia
bergembira, siapa yang mati di atas sunnah,
maka hendaklah dia bergembira”!

[Dhamm al-Kalām wa Ahlih oleh Abū Ismāʿīl


al-Harawī, no. 866]

13
Kata Abū al-Layth al-Samarqandī (wafat 373H):
َ َُ َ َ َ َْ ُُ َ
‫ َبىل ُي ْر ِض ُيه َما‬:‫يل له‬ ‫ه ْل ُي ْم ِكنه أن ُي ْر ِض َي ُه َما َب ْعد َوف ِات ِه َما؟ ِق‬
ُ ُ َ ُ َّ َ َْ َُ ْ َ ُ َْ ُ َ َْ َ ََ
‫ ِْلنه َل َيكون‬،‫ أ َّول َها أن َيكون ال َولد َص ِال ًحا ِ يف نف ِس ِه‬:‫ِبثَلث ِة أش َي َاء‬
َ َ َّ َ َ ْ َْ
.‫ب ِإل ْي ِه َما ِم ْن َصَل ِح ِه‬ ‫شء أ ح‬
َ ُ َ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ َّ ‫َ ي‬
.‫والث ِان أن ي ِصل قرابتهما وأص ِدقاءهما‬
َ ُ ْ َ َ َّ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ َ ُ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ : ُ ‫َ َّ ي‬
"‫والث ِالث أن يستغ ِفر لهما ويدعو لهما ويتصدق عنهما‬
Adakah si anak boleh membuatkan ibu bapanya
reda akannya selepas mereka berdua telah
meninggal dunia? Jawapannya: Boleh, dengan
tiga cara:

[1] Si anak itu menjadi anak yang soleh, kerana


tiada sesuatu yang lebih mereka berdua sukai
berbanding kesolehan anak mereka itu.

[2] Berbuat baik (atau menjaga hubungan baik)


dengan kerabat mereka berdua dan sahabat
handai mereka berdua.

[3] Memohon keampunan buat mereka berdua,


berdoa buat mereka berdua dan bersedekah
bagi pihak mereka berdua.

[Tanbīh al-Ghāfilīn bi Aḥādīth Sayyid al-Anbiyāʾ


wa al-Mursalīn, 129]

14
Shaykh Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʿUthaymīn
(wafat 1421H) berkata:

‫من كان سليم القلب فإن للا تعاَل قد يهبه فراسة يعرف‬
‫حن إن نفسه ال تطمي إليه وال ترتاح له وهذه من‬َ ‫بها اإلثم‬
‫نعمة للا عىل اإلنسان‬
“Sesiapa yang sejahtera hatinya, maka Allāh
mungkin memberinya firasat yang
membolehkan dia tahu sesuatu itu
merupakan dosa, sehinggakan dirinya tidak
tenteram dengan perkara tersebut. Ini
merupakan antara nikmat Allāh yang Dia
anugerahkan kepada seseorang insan”.

[Fatḥ Dhi al-Jalāl wa al-Ikrām bi Sharḥ Bulūgh


al-Marām, jil. 6, hal. 249]

15
ʿAbd al-Malik bin Abjar berkata:
ًَ َ ْ ُ َ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ً َ ْ ُ َّ َّ َ َ
‫ أ ْو ُم ْبتىل‬،‫ف شك ُر ُه‬ ‫اس ِإَل مبتىل ِبع ِافي ٍة ِلينظر كي‬ ِ َ ْ ‫ما ِمن‬
‫الن‬
َ
‫ف َص ْْ ُي ُه‬
َ ‫ب َبل َّية ل ُينظ َر ك ْي‬
ِ ٍ ِ ِ
“Tiada seorang pun manusia kecuali diuji
dengan kesihatan yang baik untuk dilihat
bagaimanakah syukurnya, atau [diuji] dengan
musibah untuk dilihat bagaimanakah
sabarnya”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ, jil. 5,


hal. 85]

16
ُ ‫ َحف َظ ُه‬berkata:
Shaykh Sulaymān al-Ruḥaylī ‫للا‬ ِ

ّ
‫تبي لنا بالتجارب أن من‬ ُ
‫ فإنه ر‬،‫ما يسىم بمرض الشطان‬
ُ
‫ وإذا فك السحر زال هذا المرض‬،‫أسباب وقوعه السحر‬
‫بعون للا وتوفيقه‬
“Setelah eksperimen, jelas bagi kita bahawa
antara punca berlakunya penyakit kanser
ialah sihir. Apabila batalkan sihir tersebut,
maka hilanglah penyakit itu dengan bantuan
Allāh dan taufik-Nya”.

[Irshād al-Murīd ilā Maqāṣid wa Maʿānī Kitāb


al-Tawḥīd, jil. 1, hal. 716]

17
Shaykh al-Islām ibn Taymiyyah (wafat 728H)
berkata:
ُ ََُ ْ ْ َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ
‫وط‬ٍ ‫ض عمل قو ٍم َح ِش َمعهم كما َ ح ِشت َامرأة‬
‫ل‬ ‫ومن ر ِ َ ي‬
َ َ َ َّ ِّ َ َ ُ َ
‫اط ف ِإن ذ ِلك َل َيق ُع ِم ْن‬ ِ ‫احشة الل َو‬ ِ ‫َم َع ُه ْم َول ْم تك ْن ت ْع َم ُل ف‬
ُ ‫ت ف ْع َل ُه ْم َع َّم َها ْال َع َذ‬ ْ َ َ َّ َ َ َّ َ َ َ ْ
‫اب َم َع ُه ْم‬ ِ ‫الم ْرأ ِة ل ِكنها لما ر ِضي‬
“Sesiapa yang meredai amalan sesebuah
golongan, dia akan dihimpunkan bersama
mereka. Hal ini sepertimana isteri [Nabi] Lūṭ
dihimpunkan bersama kaum Nabi Lūṭ,
meskipun isteri baginda itu tidak melakukan
perbuatan liwat – kerana perbuatan keji
tersebut tidak berlaku daripada perempuan.
Namun disebabkan dia meredai perbuatan
mereka, azab Allāh mengenai mereka semua
termasuk dia”.

[Majmūʿ al-Fatāwā, jil. 15, hal. 344]

18
Imam Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʿUthaymīn
(wafat 1421H) berkata:

‫ هذه‬:‫النفس يقول‬
‫ي‬ ‫ أو‬،‫الجسىم‬
‫ي‬ ‫ابتىل بالبالء‬
‫والمؤمن إذا ي‬
َ ِّ
‫سيئان؛ فإذا أحس هذا‬
‫ي‬ ‫عن‬‫نعمة من للا يكفر للا بها ي‬
ً ّ
‫اإلحساس صار هذا اْللم نعمة؛ ْلن اإلنسان خطاء دائما؛‬
‫تكفي للسيئات؛‬
‫ر‬ - ‫ والحمد هلل‬- ‫وهذه اْلشياء ال شك أنها‬
‫صي واحتسب صارت رفعة للدرجات‬ ْ ‫فإن‬
“Tatkala orang yang beriman ditimpa
musibah pada anggota badannya atau
mentalnya, dia berkata: “Ini adalah nikmat
daripada Allāh. Allāh menghapuskan dosa-
dosaku melalui musibah ini”. Jika dia
mempunyai kesedaran ini, maka musibah
tersebut akan bertukar menjadi nikmat,
kerana kita semua pendosa. Alhamdulillah,
musibah-musibah ini pasti menghapuskan
dosa-dosa, dan jika dia bersabar dan
mengharapkan ganjaran Allāh, maka
musibah-musibah ini turut mengangkat
darjat kedudukannya”.

[Tafsīr al-Qurʾān al-Karīm: al-Fātiḥah – al-


Baqarah, jil. 1, hal. 24]

19
Shaykh al-Islām ibn Taymiyyah (wafat 728H)
berkata:
ُ َ َ ْ ُ َ ُ َ ُ َ َ َ ُّ َ َ ْ َ ُ ْ َّ َ َ
‫ ث َّم‬،‫ال ال َع ْو ِن َعىل َم ْرض ِات ِه‬ ‫تأملت أنفع الدع ِاء ف ِإذا هو سؤ‬
]5 :‫ي} [الفاتحة‬ ُ ‫اك َن ْع ُب ُد َوإ َّياك ن ْستع‬
َ َ َ َ َّ
‫ي‬ ‫{إ‬ ‫ف‬ ‫ة‬ َ ‫َ َرأ ْي ُت ُه ف ْال َفات‬
‫ح‬
‫ِر‬ ِ ِ ‫ِ ِ ِي‬ ‫ِي‬
“Saya merenung memikirkan doa yang paling
bermanfaat. Natijahnya, doa yang paling
bermanfaat ialah doa kepada Allāh supaya
Dia membantu kita melaksanakan amalan-
amalan yang Dia reda. Kemudian saya lihat
doa tersebut ada dalam surah al-Fatihah:
“Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya
kepada-Mu kami memohon pertolongan””
[al-Fātiḥah: 5]

[Madārij al-Sālikīn bayna Manāzil iyyāka


naʿbudu wa iyyāka nastaʿīn, jil. 1, hal. 100]

20
Ibn al-Qayyim (wafat 751H) berkata:

ُ َ ْ ُ‫َ َ ه‬
‫ َو َجده ْم ِ يف‬- ‫اَّلل َعن ُه ْم‬ ‫ض‬ ‫ر‬ - ‫ة‬ َ ‫الص َح‬
‫اب‬ َّ ‫ال‬ َ ‫َم ْن َت َأ َّم َل َأ ْح َو‬
ِ ِ
ْ َّ َ ْ َ ً َ ُ ْ َ ‫َ ي‬ َ ْ َ ْ َ
،‫ ونحن ج ِميعا ب ري التق ِص ر ِي‬،‫غ َاي ِة ال َع َم ِل َم َع غ َاي ِة الخ ْو ِف‬
َْ ْ َّ َ
‫يط َواْل ْم ِن‬ ِ ‫ب ِل التف ِر‬
“Sesiapa yang renungi keadaan-keadaan para
sahabat – moga Allah meredai mereka –, dia
akan mendapati bahawa mereka sangat-
sangat beramal berserta sangat-sangat takut
[kepada Allah], sedangkan kita semua pula
sudah lah kurang beramal, ditambah pula
dengan berasa diri selamat [daripada azab
Allah] pula tu”.

[al-Dāʾ wa al-Dawāʾ oleh ibn al-Qayyim, hal.


40]

21
Imam al-Zuhrī (wafat 123/124H) berkata:
َ َّ ُّ ْ َ ُ ُ َ َ َ َ َ
‫السن ِة ن َجاة‬ ‫ ِاالع ِت َص ُام ِب‬:‫كان َم ْن َمض ِم ْن ُعل َم ِائنا َيقولون‬
Para ulama sebelum kita berkata: “Berpegang
teguh pada sunnah adalah keselamatan”.

[Musnad al-Dārimī, no. 97]

22
Ibrāhīm al-Muqriʾ berkata:

‫َ ْ َ َ َ ُ ُّ ْ َ َ َ َ َ ه‬
َ ‫اَّلل َم َف ِال‬
‫يس‬ ِ ‫ب الدن َيا لق ِد ْمنا عىل‬‫لوَل مص ِائ‬
“Kalaulah tidak kerana musibah-musibah
yang melanda kita di dunia, sudah tentu kita
akan menemui Allāh di hari akhirat dalam
keadaan muflis”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ, jil.10,


hal. 164]

23
ʿAbd Allāh bin ʿIsā berkata:

َ ُْ ُ َْ ‫َ ه‬ َ ُ ُْ َ ُ ََ َ
‫ال ه ِذ ِه اْل َّمة ِبخ رْ ٍي َما ت َعل َم ِولدان َها الق ْرآن‬‫َل تز‬
“Sentiasalah umat ini berada dalam kebaikan,
selama mana anak-anak mereka mempelajari
al-Qurʾān”

[al-Nafaqah ʿalā al-ʿIyāl oleh ibn Abī al-Dunyā,


no. 309]

24
Luqmān al-Ḥakīm berkata kepada anaknya:

،‫بن! أول ما تتخذه يف الدنيا امرأة صالحة وصاحب صالح‬


‫يا ي‬
َ
‫وتسيي ح إَل‬ ،‫تسيي ح إَل المرأة الصالحة إذا دخلت‬ َ
‫الصاحب الصالح إذا خرجت إليه‬
“Anakku, benda pertama yang kamu perlu
ambil di dunia ini ialah isteri yang solehah dan
teman yang soleh. Kamu akan tenteram
dengan isteri yang solehah jika kamu masuk
rumah, dan kamu akan tenteram dengan
teman yang soleh jika kamu keluar rumah”

[Adab al-Nisāʾ oleh ʿAbd al-Malik bin Ḥabīb al-


Sulamī, hal. 138]

25
Shaykh Abdul Aziz bin Baz (w. 1420H) berkata:

،‫نش قوال يض الناس يكون عليه مثل آثام من ضل به‬ ْ ‫من‬


ْ ‫كما أن من‬
‫نش ما ينفع الناس يكون له مثل أجور من انتفع‬
‫بذلك‬
“Sesiapa yang menyebarkan sesuatu perkara
yang membahayakan orang ramai, dia
mendapat seumpama dosa-dosa orang yang
sesat akibat perkara tersebut, sepertimana
sesiapa yang menyebarkan sesuatu perkara
yang memberikan manfaat kepada orang
ramai, dia mendapat seumpama ganjaran-
ganjaran orang yang mengambil manfaat
dengan perkara tersebut”.

[Majmūʿ Fatāwā wa Maqālāt Mutanawwiʿah,


jil. 6, hal. 179]

26
Kata Imām ibn al-Qayyim (wafat 751H):
َ ْ
،‫اَّلل َو َعف ِو ِه َوك َر ِم ِه‬
‫ه‬ َ
‫اعت َمدوا َعىل َر ْح َم ِة‬
ُ َْ
‫ال‬ ‫ه‬َّ ‫َكثي م َن ْال ُج‬
ِ ِ ِ ‫ِر‬
ُّ َ ُ َ ُ َّ َ َ َ ْ ُ َ ُ َّ َ ُ َ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َّ َ َ
‫ وأنه َل يرد‬،‫اب‬ ِ ‫ ونسوا أنه ش ِديد َال ِ َعق‬،‫ْوض ُيعوا أمرْه َ ونهي ْه‬
ْ ْ َ
‫اعت َمد َعىل ال َعف ِو َم َع‬ ْ ‫ َو َمن‬،‫ي‬ َ ‫بأ ُسه َعن الق ْوم ال ُم ْجرم‬
‫ر‬
ِ
َ ُ ْ َِ ِ َ ُ َ ْ ِ َّ َ ِ َ َ ْ ْ ِ
‫ِاإلْص ِار عىل الذن ِب فهو كالمع ِان ِد‬
“Ramai orang jahil bersandar pada rahmat
Allāh, keampunan-Nya dan keihsanan-Nya,
serta mengabaikan suruhan dan larangan-
Nya. Mereka lupa bahawa Allāh itu sangat
keras seksaan-Nya, dan bahawa hukuman
Allāh itu tidak dihalang daripada menimpa
golongan yang berbuat jenayah. Sesiapa yang
bersandar pada keampunan Allāh berserta
berterusan melakukan dosa, maka dia seperti
orang yang degil [melakukan maksiat]”

[al-Dāʾ wa al-Dawāʾ, hal. 28]

27
ʿUmar bin al-Khaṭṭāb (w. 23H) berkata:

َ َ ْ ُ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ ْ ُ ‫َّ ُ َّ َ َ َّ َ ْ َ َ َ َّ َ ه‬
‫ب ال ِع َّزة ِبغ رْ ِي‬ ‫اإلسَل ِم فمهما نطل‬
ِ ‫ِإنا َكنا َ أذ هل قو ٍم َ َف هأ َعزنا ه اَّلل ِب‬
ُ ‫اَّلل به أذلنا‬
‫اَّلل‬ ُ ‫َما أ َع َّزنا‬
ِِ
Kita dahulu adalah kelompok yang paling
hina, lalu Allāh muliakan kita dengan Islām.
Jadi bilamana kita mencari kemuliaan dengan
selain yang Allāh muliakan kita dengannya,
Allāh akan menghina kita.

[al-Mustadrak ʿalā al-Ṣaḥīḥayn, jil. 1, hal. 130]

28
Imam al-Ḥasan al-Baṣrī (w. 110H) berkata:

َ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ
‫َل تش ِي َم َودة أل ِف َر ُج ٍل ِب َعد َاو ِة َر ُج ٍل َو ِاح ٍد‬
“Jangan kamu beli kasih 1000 orang dengan
harga permusuhan seorang”

[Tārīkh Dimashq oleh ibn ʿAsākir, jil. 21, hal.


289]

29
Imam al-Shāfiʿī (w. 204H) mendendangkan:

َّ ّ َ ْ َ ََ ْ َ َ
‫خـ ي لن تن ال ال ِعلم ِإَل ِب ِس ت ٍة‬
ِ ‫أ‬
َ َ ْ ْ َ ْ َ َ ْ ِّ َ ُ َ
‫س أنبي ك عن ت ف ِصي ِلها ِب بي ِان‬
َْ َ ‫َذ‬
‫اج ِت َه اد َو ُب لغ ة‬
ْ ‫كـاء َوحـ ْرص َو‬
ِ
َ ُ ُ َ َ ُْ َُ ْ ُ َ
‫ول ز َم ِان‬ ‫وص حبة أس ت ٍاذ وط‬

“Saudaraku, tanpa enam perkara ini kamu


tidak akan meraih ilmu pengetahuan,

Perinciannya akan saya jelaskan kepada


kamu.

Kecerdasan, keghairahan, usaha, bekalan,

Tempoh yang lama dan dampingan guru”.

[Dīwān al-Shāfiʿī, hal. 113]

30
Imam Muhammad bin Soleh al-ʿUthaymin (w.
1421H) berkata:

‫ دليل‬،‫إن قسوة القلب لها دواء وهو اإلكثار من قراءة القرآن‬


َُ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ َْ َ
‫ {ل ْو أن َزلنا هذا الق ْرآن َعىل َج َب ٍل ل َرأ ْيته‬:‫ذلك قول للا عز وجل‬
‫ه‬ ْ َ ْ ً ِّ َ َ ً َ
‫] والجبل كما نعلم‬21:‫[الحش‬ ْ ِ ‫اشعا ُمتصدعا ِمن خش َي ِة‬
}‫اَّلل‬ ِ ‫خ‬
‫ كذلك القلب‬،‫حجارة صماء لو نزل القرآن عليها لخشع وتصدع‬
‫إذا ورد عليه القرآن وقرأ اإلنسان بتفكر وتمعن فال بد أن يؤثر يف‬
‫قلبه‬
“Sesungguhnya kekerasan hati ada penawarnya,
iaitu banyak membaca al-Quran. Dalil bagi hal ini
ialah firman Allah ʿazza wa jall: “Kalaulah Kami
turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung,
nescaya kamu akan lihat gunung tersebut tunduk
hancur kerana takutkan Allah” [Surah al-Ḥashr;
21] Seperti kita sedia maklum, gunung adalah
sesuatu yang sangat keras. Sebegini keras
sekalipun, pasti ia akan tunduk dan hancur
berkecai kalau al-Quran turun kepadanya. Jadi
begitulah juga halnya bagi hati. Jika hati
didatangi oleh al-Quran dan pembacanya
membacanya dengan teliti dan
tafakur/tadabbur, maka sudah pasti al-Quran
akan memberikan kesan kepada hatinya”.

[al-Liqāʾ al-Shahrī, 72/23]

31
ʿAlī bin Abī Ṭālib (w. 40H) berkata:

َ ُ ًَ ْ ُ ْ َ َ ً ْ ْ ُّ َ َ
‫ْارت َحل ِت الدن َيا ُمد ِب َرة َو ْارت َحل ِت اْل ِخ َرة ُمق ِبلة َو ِلك ِّل َو ِاحد ٍة‬
ْ ُّ َ َ ُ ُ َ َ ْ َ َ ُ ُ َ َ ُ ْ
‫ِمن ُه َما َبنون فكونوا ِم ْن أ ْبن ِاء اْل ِخ َر ِة َوَل تكونوا ِم ْن أ ْبن ِاء الدن َيا‬
َ ًَ َ َ َ ْ َّ َ
‫اب َوغدا ِح َساب َوَل َع َمل‬ ‫ف ِإن ال َي ْو َم َع َمل َوَل ِحس‬
Dunia pergi meninggalkan kita di belakang
sedangkan akhirat sedang menuju ke arah
kita. Dunia dan akhirat, masing-masing
mempunyai anak. Oleh itu jadilah anak-anak
akhirat, bukannya anak-anak dunia, kerana
hari ini adalah amalan tanpa hisab, manakala
hari esok pula adalah hisab tanpa amal.

[Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, sebelum hadis no. 6417]

32
Imam ʿAbdullāh bin al-Mubārak (w. 181H)
bertutur:

‫ثلن الدين‬
‫كاد اْلدب أن يكون ي‬
Hampir-hampir sahaja adab menjadi dua
pertiga agama.

[Ṣifat al-Ṣafwah, jil. 2, hal. 330]

33
Sufyān bin Ḥusayn (w. 150-153H) menceritakan:

:‫ال‬َ ‫َذ َك ْر ُت َر ُج ًَل ب ُسوء ع ْن َد إ َياس ْبن ُم َعاو َي َة َف َن َظ َر ف َو ْجىه َو َق‬


‫ُّ ِ ي ُ ْ ِ ي‬ ِ ِ ِ ٍ
َ:‫ َقال‬.‫ ََل‬:‫ت‬ ُ َ ْ َ َ َ ْ ْ َ َ ْ ِِّ َ ِ : َ َ . َ : ُ ْ ُ ِ َ ُّ َ ْ َ َ َ
‫أغزوت الروم؟ قلت َل قال فالسند وال ِهند واليك؟ قل‬
َ ُ َ َ ْ ْ َ ْ َ ْ َ َ ُ ْ َُّ َ ُ ْ ْ َ ُ ْ ِّ َ ُ ُّ َ ْ َ َ َ َ
‫أفس ِلم ِمنك الروم والسند وال ِهند واليك ولم يسلم ِمنك أخوك‬
َ َ ْ َ ََ َ َ ! ُ ْ ُ ْ
‫ فل ْم أ ُعد َب ْعدها‬:‫ال‬‫المس ِلم؟ ق‬
Aku pernah mengumpat seorang lelaki di sisi Iyās bin
Muʿāwiyah. Mendengar umpatan itu, Iyās terus
memandang mukaku.

Iyās bertanya: “Kamu pernah menyerang Rom?”

Aku jawab: “Tidak”.

Beliau bertanya lagi: “Sindh, India dan Turki?”

Aku jawab: “Tidak pernah juga”.

Beliau berkata: “Oh, Jadi Rom, Sindh, India dan Turki


boleh pula selamat daripada kamu tapi saudara
seislam kamu tidak boleh?”

Setelah mendengar kata-kata itu, aku tidak lagi


mengulanginya.

[al-Bidāyah wa al-Nihāyah oleh ibn Kathīr, jil. 13,


hal. 121]

34
Shaykh Soleh al-Fawzan berkata:

‫الش فقد تصدقت‬ ْ ‫الخي و حذرته من‬‫غيك إَل ر‬‫إذا أرشدت ر‬


‫ ْلن للا قد ينفعه بها أكي مما ينفعه‬، ‫عليه صدقة عظيمة‬
‫المال‬
“Jika kamu membimbing orang lain ke arah
kebaikan dan kamu melarangnya daripada
keburukan, maka kamu telah bersedekah
kepadanya dengan sedekah yang besar. Hal
ini kerana melalui sedekah itu, barangkali
Allāh lebih memberikan manfaat kepada
orang tersebut berbanding sedekah harta”.

[al-Minḥah al-Rabbāniyyah fī Sharḥ al-


Arbaʿīn al-Nawawiyyah, hal. 222]

35
Shaykh Muhammad bin Soleh al-ʿUthaymin (w.
1421H) berkata:

:‫وجهي‬
‫ر‬ ‫االستغفار يكون عىل‬

‫ أو‬،‫ اللهم اغفر يَل‬:‫ طلب المغفرة باللفظ بأن يقول‬:‫الوجه اْلول‬
.‫أستغفر للا‬
ً َ
‫الن تكون سببا لذلك‬
‫المغفرة َباْلعمال الصالحة ي‬ ‫ طلب‬:‫الوجه الثان‬
َ ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ُ َ َ ْ ‫َي‬
‫ سبحان اهلل و ِبحم ِد ِه يف اليوم مائة مرة غ ِفرت‬:‫ "من قال‬:‫كقوله‬
َ ‫َخ َط َاياه َُوإ ْن َك َانت م ْث ُل َزَب ِد‬
"‫الب ْح ِر‬ ِ ِ

Istighfar ada dua bentuk:

Bentuk pertama: Meminta keampunan melalui


ucapan. Contohnya kita ucap: “Ya Allāh, ampunkan
aku (allāhummaghfirlī)” atau: “Aku memohon
keampunan Allāh (astaghfirullāh)”.

Bentuk kedua: Meminta keampunan melalui amalan


soleh yang merupakan sebab keampunan.
Contohnya sabda Nabi ‫ﷺ‬: “Sesiapa yang
mengucapkan: Subḥānallāh wa bi-Ḥamdih (Maha
Suci Allāh berserta pujian kepada-Nya) pada satu
hari sebanyak 100 kali, diampunkan kesalahan-
kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan”
[Riwayat Muslim, no. 2691].

[Sharḥ al-Arbaʿīn al-Nawawiyyah, hal. 248]

36
Al-Hafiz ibn Kathīr (w. 774H) berkata:

َ ‫ظن ُة‬
ّ َ ِّ َ ُّ
‫اإلجابة‬ ‫ م‬،‫الدعاء بعد كي ِة الذكر‬
“Doa selepas banyak berzikir adalah
diharapkan supaya mustajab”.

[Tafsīr al-Qurʾān al-Aʿẓīm, jil. 1, hal. 415


dengan sedikit olahan]

37
Imam ʿAbdullāh bin al-Mubārak (w. 181H)
berkata:
ُ َّ َ َ ْ َ َ ُ ُ َ ْ َ َ َ َ ُ َّ َ َ ْ َ
،‫ف ِباْل َم َر ِاء‬ ‫ وم ِن استخ‬،‫آخرته‬ ِ ‫ ذهبت‬،‫م ِن استخف ِبالعلم ِاء‬
ُُ ْ َ َ ْ َّ ‫اس َت َخ‬ ْ َ َ
ْ ‫ َو َمن‬،‫بت ُد ْن َي ُاه‬
‫ ذهبت ُم ُروءته‬،‫اإلخ َو ِان‬ ‫ب‬
ِ ِ ‫ف‬ ِ ‫ذه‬
“Sesiapa yang menghina para ulama,
hilanglah akhiratnya. Sesiapa yang menghina
para pemerintah, hilanglah dunianya. Sesiapa
yang menghina saudara-saudaranya,
hilanglah maruahnya”.

[Siyar Aʿlām al-Nubalāʾ, jil. 8, hal. 408]

38
Kata Shaykh ʿAbdul ʿAziz bin Baz (w. 1420H):

‫نش العلم عن طريق وسائل‬ ْ ‫ينبغ ْلهل العلم أن يشاركوا ف‬


‫ي‬ ‫ي‬
‫اإلعالم لعظم الفائدة يف ذلك ووصول العلم إَل ما شاء للا‬
‫الخي العظيم‬
‫ر‬ ‫ ومعلوم ما يف ذلك من‬،‫من أنحاء اْلرض‬
‫للمسلمي وشدة الحاجة إَل ذلك يف هذا‬‫ر‬ ‫والنفع العام‬
‫العض‬
“Ahli ilmu perlu turut serta menyebarkan ilmu
melalui media sosial, kerana besarnya
manfaat perbuatan tersebut dan supaya
sampainya ilmu ke serata dunia menurut
kehendak Allah. Kita sedia maklum bahawa
perbuatan tersebut ada kebaikan yang besar
dan manfaat yang meliputi umat Islam, serta
betapa perlunya perbuatan tersebut pada
zaman sekarang”.

[Majmūʿ Fatāwā wa Maqālāt Mutanawwiʿah,


jil. 23, hal. 431]

39
Imam ibn al-Qayyim (w. 751H) berkata:

‫ فيجد‬،‫بحسنات أمثال الجبال‬ َ ‫إن العبد‬


‫ليأن يوم القيامة‬
ِ ‫ي‬
‫ه‬ ُ
‫لسانه قد هدمها عليه كلها‬
Sesungguhnya ada hamba yang datang pada
hari kiamat dengan membawa kebaikan-
kebaikan yang sebesar gunung-ganang,
namun dia mendapati lidahnya meruntuhkan
kesemua kebaikannya itu.

[al-Dāʾ wa al-Dawāʾ, hal. 375]

40
Imam ibn Taymiyyah (w. 728H) berkata:

ُ ْ َ َ َ َ َْ َْ َ ْ ْ ََ ُُ ْ َ
َ َ ‫ث َي ْح ُص ُل َل ُه‬
‫ْصر ِ يف‬ ‫ان أن يذهب إَل حي‬
ِ ‫يحرم عىل ِاإلنس‬
‫ِد ِين ِه‬
“Seseorang diharamkan pergi ke tempat yang
mengakibatkan berlaku mudarat terhadap
agama dalam dirinya”.

[Majmūʿ al-Fatāwā, jil. 10, hal. 521]

41
Luqmān al-Ḥakīm pernah berpesan kepada
anaknya:

َّ ََ ْ َ َ ْ ُّ َ َّ ‫ت َع َىل‬
ُ ْ َ َ َّ َ ُ َ
،‫ َو ِإن كان الكَل ُم ِم ْن ِفض ٍة‬،‫الص ْم ِت قط‬ ‫ ما ن ِدم‬،‫يا بن‬
َ َ ْ َ ُ ُّ ‫َ َّ ي‬
‫ف ِإن السكوت ِمن ذه ٍب‬
“Wahai anakku, ayah langsung tidak pernah
menyesal kerana diam. Jika percakapan itu
daripada perak, maka sesungguhnya diam
pula daripada emas”.

[al-Zuhd oleh Imām Aḥmad, no. 272]

42
Imam ibn ʿUthaymin (w. 1421H) berkata:

‫المسئولي يف الدول‬
‫ر‬ ‫يوجد والعياذ باهلل اْلن يف بعض‬
‫يقض مصالح الناس إال بهذه‬ ‫اإلسالمية؛ من ال يمكن أن‬
ً ً‫ي‬
‫ معرضا‬،‫ فيكون آكال للمال بالباطل‬،‫الرشوة والعياذ باهلل‬
‫ نسأل للا العافية‬.‫نفسه للعنة‬
“Terdapat sebahagian orang yang berjawatan
dalam negara-negara Islam yang tidak mahu
memenuhi maslahat rakyat melainkan jika
diberi rasuah, walʿiyādhubillāh. Dia telah
mengambil harta dengan cara yang batil dan
mendedahkan diri kepada laknat. Kita
memohon kesejahteraan daripada Allāh”.

[Sharḥ Riyāḍ al-Ṣāliḥīn, jil. 2, hal. 303]

43
Kata Imām ibn al-Qayyim (wafat 751H):

ً ْ ‫لو عرف العبد كل‬


،‫شء ولم يعرف ربه فكأنه لم يعرف شيئا‬ ‫ي‬
ّ َّ ‫ولو نال‬
‫ ولم‬،‫كل حظ من حظوظ الدنيا ولذاتها وشهواتها‬
‫ فكأنه لم يظفر‬،‫يظفر بمحبة للا والشوق إليه واْلنس به‬
ً ‫ بل إذا كان القلب‬،‫عي‬
‫خاليا من ذلك‬ ‫بلذة وال نعيم وال قرة ر‬
َّ ً
‫عذابا له وال بد‬ ‫عادت تلك الحظوظ واللذات‬
“Kalaulah seseorang hamba itu tahu semua
benda namun tidak tahu siapa Tuhannya,
maka dia seolah-olah tidak tahu apa-apa pun.
Kalaulah dia peroleh segala nikmat dunia
namun dia tidak peroleh kecintaan kepada
Allāh dan kecenderungan jiwa kepada-Nya,
maka dia seolah-olah tidak peroleh apa-apa
nikmat pun. Bahkan jika hatinya kosong
daripada itu, sudah tentu kesemua nikmat itu
akan berakhir sebagai azab baginya”!

[Ighāthat al-Lahfān fī Maṣāyid al-Shayṭān, jil.


1, hal. 112]

44
Abū Qilābah al-Jarmī (w. 104H) berkata:
َ ْ َ َ َ ْ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ُ ُ َ ْ َ ْ َْ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ
‫ ف ِإن ل ْم‬،‫س له ال ُعذ َر َج ْهدك‬ ‫شء تكرهه فالت ِم‬ ‫إذا بلغك عن أخيك‬
ُ ََُْ َ ًُْ َ َّ َ َ َ ‫ِ َ ْ َ ُ ُ ْ ً َ ُ ِ ْ َ ْ ي‬
‫خ عذرا َل أعلمه‬ ‫ لعل ِْل ِ ي‬:‫ت ِجد له عذرا فقل ِ يف نف ِسك‬
“Jika sampai kepadamu khabar mengenai
saudaramu yang khabar itu kamu tidak suka, maka
carilah keuzuran buatnya semampu kamu. Jika kamu
tidak dapati keuzuran buatnya, maka katakanlah
dalam hati kamu: “Barangkali saudaraku ini ada
keuzuran yang aku tidak tahu””.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ oleh Abū


Nuʿaym al-Aṣbahānī, jil. 2, hal. 285]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
‫للا‬ ِ

‫ ومن يختلق‬،‫فرق ربي من يبذل جهده يف التماس العذر ْلخيه‬


َ ‫اْلكاذيب‬
‫ويفيي التهم ويحمل قول أخيه أو فعله ما ال يحتمل‬
“Ada beza antara orang yang berusaha sedaya upaya
mencari keuzuran buat saudaranya, dan orang yang
mereka-reka pendustaan, membuat tuduhan dan
mencipta andaian yang tidak berasas bagi membela
saudaranya”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 11]

45
Al-Fuḍayl bin ʿIyāḍ (w. 187H) berkata:
َ َ ََ َْ َ ًَ َ َ َ ْ َ
َ ِ ‫من طلب أخا بَل عيب ب‬
‫ق ِبَل أ ٍخ‬‫ٍ ي‬ ِ
“Sesiapa yang mencari teman yang tiada
kekurangan, dia akan keseorangan tanpa
teman”.

[Rawḍat al-ʿUqalāʾ wa Nuzhat al-Fuḍalāʾ, hal.


169]

46
Imam ibn Taymiyyah (w. 728H) berkata;

ْ ‫من تعود معارضة‬


‫الشع بالرأي ال يستقر يف قلبه اإليمان‬
“Sesiapa yang banyak menentang syarak
dengan akalnya, iman tidak menetap di
hatinya”.

[Darʾ Taʿāruḍ al-ʿAql wa al-Naql, jil. 1, hal.


178]

47
Al-Marrūdhī menceritakan:

َْ ُ َ ْ َ ْ َ ََ َ ْ َ ُ ْ َ ُ َ ُ َ : ‫ه‬ َ َ َ
‫ضفه ِ يف الغ ْز ِو‬ ِ ‫اَّلل رجل له خمس ِمائ ِة ِدره ٍم ترى أن ي‬ِ ‫يل ِْل ِْ ين ع ْب ِد‬‫ِق‬
ََّ َّ َ َ َ ْ ْ ُ ُ ْ َ ً َ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ
‫إَل‬‫اهَل يطلب ال ِعلم أحب ي‬ ِ ‫ إذا كان ج‬:‫وال ِجه ِاد أو يطلب ال ِعلم قال‬
Abū ʿAbd Allāh Aḥmad bin Ḥanbal ditanya: “Ada seorang
lelaki yang mempunyai wang sebanyak 500 dirham.
Adakah dia patut menggunakan wang tersebut untuk
peperangan jihad atau menuntut ilmu?”

Beliau menjawab: “Jika dia jahil, maka menuntut ilmu


lebih aku suka”.

[al-Ādāb al-Sharʿiyyah oleh ibn Mufliḥ, jil. 2, hal. 40]

ُ َ
Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr ‫َح ِفظه‬
ُ mengulas:
‫للا‬

ً ً
‫كم من شاب من شباب اْلمة اندفع بال علم وراء ما يظنه جهادا ونضة‬
َّ
‫ فكان ما ترتب عىل فعله من الفساد أعظم مما كان يظن أنه‬،‫للدين‬
.‫ ولو جلس يطلب العلم عىل أهله وحملته ْلبض وسلم‬،‫سيحققه ْلمته‬
“Alangkah ramai anak muda Islam yang menceburkan
diri mereka tanpa ilmu ke dalam apa yang disangka
mereka sebagai jihad dan pembelaan agama, dan
akhirnya hanya berlaku kerosakan yang lebih besar
akibat perbuatan mereka itu. Kalaulah mereka duduk
menuntut ilmu daripada ahlinya, sudah tentu mereka
faham dan terselamat [daripada perbuatan terburu-
buru seumpama itu]”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 26]

48
Sufyān al-Thawrī (w. 161H) berkata:
َ َ ‫ْ َ َ ه َ َ َ َ َ ْ َ ًَْ َ ََْ َ َ َْ َ ه‬
‫اَّلل ت َعاَل‬ِ ‫ِ َإن ل ِقيت اَّلل تع َاَل ِبسب ِع ري ذنبا ِفيما بينك وب ري‬
ْ
‫ي ال ِع َب ِاد‬ َ ‫أ ْه َو ُن َع َل ْي َك م ْن أ ْن َت ْل َق ُاه ب َذ ْنب َواحد ف‬
َ ْ ‫يما َب ْي َن َك َو َب‬
‫ر‬ ِ ٍ ِ ٍ ِ ِ
“Jika kamu berjumpa Allah taʿala dengan
membawa 70 dosa antara kamu dan Allah
taʿala, maka itu lebih ringan bagimu
berbanding jika kamu berjumpa Allah dengan
membawa satu dosa antara kamu dan para
hamba-Nya”.

[Tanbīh al-Ghāfilīn oleh al-Samarqandī, hal.


380]

49
Saʿīd bin al-Musayyib (w. 94H) berkata:

ْ َ ََ َ َ ‫َما َأ ْك َر َمت ْالع َب ُاد َأ ْن ُف َس َها بم ْثل َط‬


‫للا َع َّز َو َج َّل َوَل أهانت‬
ِ ِ‫ة‬ ‫اع‬ ِ ِِ ِ ِ
َ ْ َ ُ َْ
ِ ‫أنف َسها ِب ِمث ِل مع ِصي ِة‬
‫للا‬ َ ْ
“Tiada tindakan memuliakan diri sendiri yang
setanding dengan ketaatan kepada Allāh ʿazza
wa jall, dan tiada tindakan menghinakan diri
sendiri yang setanding dengan maksiat
kepada Allāh”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ, jil. 2,


hal. 164]

50
Masrūq bin al-Ajdāʿ (w. 62H) berkata:

‫َ َ ُّ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َّ ُّ ُ ُ ه‬
‫َّلل‬
ِ ِ ‫السجود‬ ‫شء آش علي ِه ِإَل‬
‫ما ِمن الدنيا ي‬
“Tiada satu pun nikmat dunia yang saya sedih
untuk meninggalkannya, melainkan sujud
kepada Allāh”.

[Muṣannaf ibn Abī Shaybah, no. 34867]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
Badr ‫للا‬ ِ

‫وأما َمن لم‬


َّ ،‫ال يقول هذا إال َمن عرف حقارة الدنيا وهوانها‬
َّ
ْ ‫فإنه ال يأش عىل‬
.‫شء إال عليها‬‫ي‬ ،‫يعرف ذلك‬
“Tiada orang yang mengucapkan kata-kata ini
kecuali orang yang tahu kerendahan dan
kehinaan dunia. Hanya orang yang tidak tahu
hakikat ini yang akan sedih meninggalkan
dunia”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 21]

51
Sufyān bin ʿUyaynah (w. 198H) berkata:

َ َ َ َ َ َْ ََْ َ َ ََ ََ َ َ َ
‫ ف َما أ ْصن ُع‬، ‫اه ٍل‬
ِ ‫ ولي ِ يىل ليل ج‬، ‫يه‬
ٍ ‫ِإذا كان نه ِار َي نهار س ِف‬
ُ َ ‫ْ ْ ه‬
‫ِبال ِعل ِم ال ِذي كت ْبت؟‬
“Jika siangku macam siang si dungu dan
malamku pula macam malam si jahil, maka
apa gunanya ilmu yang aku catat?”

[Akhlāq al-Qurʾān oleh al-Ājurrī, hal. 72]

52
Kata al-Ḥasan al-Baṣrī (w. 110H):

َ َ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ َ َ َ َ ُ ُ َّ َ َ
،‫ضه‬
ِ ِ ‫ان ُّالرجل ِإذا طلب ال ِعلم لم َيلبث أ ُن يرى ذ ِلك ِ يف ب‬ ‫ك‬
ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ
‫ وزه ِد ِه‬،‫ وصَل ِت ِه‬،‫ وي ِد ِه‬،‫ و ِلس ِان ِه‬،‫وتخش ِع ِه‬
“Dulu seseorang lelaki jika dia menimba ilmu,
tidak lama selepas itu tampaklah ilmu
tersebut pada pandangannya, kerendahan
hatinya, lidahnya, tangannya, solatnya dan
zuhudnya”.

[Riwayat al-Dārimī, no. 398]

53
Sufyān bin ʿUyaynah (w. 198H) berkata:
‫ه‬ ْ َ َّ َّْ َ َ ْ َ ْ ُ ْ َ ‫ه‬ ْ َ َْ
‫الش َول ِك َّن ال َع ِاق َل ال ِذي‬ ‫س ال َع ِاق ُل ال ِذي يع ِرف الخ ري و‬ ‫لي‬
َ َّ
ُ َّ َ َّ ْ ُ ْ َ َ ُ ُ َ َ ْ َّ َ َ ْ ُ
‫الش ف َيت َجن ُبه‬ ‫ ويع ِرف‬،‫َي ْع ِرف الخ ري فيت ِبعه‬
“Orang yang cerdik itu bukanlah orang yang
sekadar tahu benda baik dan buruk, akan
tetapi orang yang cerdik itu ialah orang yang
tahu benda baik lalu dia ikutinya, dan dia tahu
benda jahat lalu dia jauhinya”.

[al-ʿAql wa Faḍluh oleh ibn Abī al-Dunyā, no.


56]

54
Saʿīd bin Jubayr (w. 95H) berkata:
َ ْ َ َ َ َ ‫يم ًة َع ْن إ ْن‬
َ ‫َم ْن َق َط َع َتم‬
‫ كان ك َعد ِل َرق َب ٍة‬،‫ان‬
ٍ ‫س‬ ِ ِ
“Sesiapa yang memutuskan tangkal yang
sedang dipakai oleh seseorang, pahalanya
seperti membebaskan seorang hamba”.

[Muṣannaf ibn Abī Shaybah, no. 25017]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-


ُ ‫ َحف َظ ُه‬berkata:
Badr ‫للا‬ ِ
َّ
ْ ‫فإن خالص المرء من‬
‫الشك‬ ،‫هذا من حسن فقهه رحمه للا‬
.‫أعظم من خالصه من الرق‬
“Ini antara fiqh (kefahaman dalam agama)
beliau yang hebat. Hal ini kerana
kemerdekaan seseorang insan daripada
cengkaman syirik lebih bernilai berbanding
kemerdekaannya daripada cengkaman
perhambaan kepada makhluk”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, karya


ʿAbd al-Razzāq al-Badr, hal. 31]

55
Wahb bin Munabbih pernah ditanya:

َّ ْ ُ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ ْ َ َ
‫اح ال َجن ِة؟‬ ‫س َل ِإله ِإَل للا ِمفت‬ ‫ألي‬
“Bukankah kunci Syurga ialah Lā Ilāha Illā-
Llāh (Tiada Tuhan yang berhak disembah
selain Allāh)?”

Beliau menjawab:

َُ َْ َ ْ ْ َ َ ْ َ ُ َ َّ َ ْ َ َْ ْ ََ ََ
‫اح له‬
ٍ ‫ت‬ ‫ف‬‫م‬ِ ‫ب‬
ِ ‫ت‬ ‫ئ‬ ‫ج‬ِ ‫ن‬ ‫إ‬ِ ‫ف‬ ‫ان‬ ‫ن‬ ‫س‬‫أ‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫َل‬ ‫إ‬ِ ‫اح‬ ‫ت‬ ‫بىل ول ِكن ليس ِمف‬
َ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َّ َ َ َ َ ُ َ ْ َ
‫أسنان ف ِتح لك و ِإَل لم يفتح لك‬
“Betul, tapi tiada gunanya kunci jika tidak
bergigi. Jika kamu membawa kunci yang
bergigi, barulah dibukakan pintu Syurga untuk
kamu. Jika tidak, maka pintu itu tidak akan
dibuka untuk kamu”.

[Riwayat oleh al-Bukhārī secara taʿlīq dalam


kitab al-Ṣaḥīḥ, sebelum hadis no. 1236.
Sanadnya disambungkan oleh beliau sendiri
dalam kitab al-Tārīkh al-Kabīr, no. 261]

56
Ibn al-Qayyim mendendangkan dalam kitab
al-Nūniyyah:

َ َ َْ َّ َ ‫الباب َل ْي‬ َ ‫َه َذا َو َف ْت ُح‬


‫اح َعىل ْأسن ِان‬ ٍ ‫ت‬ ‫ف‬ ‫بم‬
ِ ‫َل‬ ‫إ‬ …
ِ ٍ ‫ن‬ ‫مك‬
ِ ‫م‬ُ‫سب‬
ِ ِ
َ ‫شه َادة‬ ُ ْ
َ ‫والت … وحيد تل َك‬ َّ َ ْ َ َ َ ُ ُ َْ
‫ان‬
ِ ‫اإليم‬ ِ ِ ِ ‫ص‬ ‫َل‬ ‫اإلخ‬ ‫ة‬ِ ‫اد‬ ‫ِمفتاحه ِبشه‬
َ ْ
‫باْلسن ِان‬
ْ
ُ ‫والمف َت‬
‫اح‬
َ ْ
‫ش ِائ ُع ال … ِإ ْسَل ِم‬ َ َْ ‫ه‬ َ ْ ‫ال َو‬ ْ ‫َأ ْس َن ُان ُه‬
ُ ‫اْلع َم‬
‫ي‬
َْ َ ْ ِّ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُْ َ
‫ان‬ ِ ‫العرف‬ ِ ‫ال ِل ِذي‬ ٍ ‫َل تل ِغ ري هذا المثال فكم … ِب ِه ِمن حل إشك‬

“Pintu syurga tidak akan dibukakan,


Tanpa kunci bergigi yang disediakan.
Kuncinya syahadah tauhid yang diucapkan,
Yakni persaksian yang menzahirkan iman.
Gigi kuncinya pula adalah amalan,
Iaitu syariat Islām yang mesti ditunaikan.
Permisalan ini usahlah diabaikan,
Karna ia banyak rungkai kekeliruan ilmuwan”.

[al-Kāfiyah al-Shāfiyah, jil. 3, hal. 925]

57
ʿAwn bin ʿAbd Allāh berkata:

َ ‫َه ْل َسم ْع ُت ْم ب ُم َعات َبة َأ ْح َس َن م ْن َه َذا؟ َب َد َأ ب ْال َع ْفو َق ْب َل ْال ُم َع َات َبة َف َق‬
:‫ال‬ ِ ِ ٍ ِ
ِ ِ
ْ ُ َ َ ْ َ َ َ ِ ْ َ ُ ‫َ َ ِه‬
}‫{عفا اَّلل عنك ِلم أ ِذنت لهم‬
“Adakah kalian pernah dengar teguran yang lebih
indah daripada ini? Allāh mulakan dengan kemaafan
sebelum memberikan teguran: “Allāh
memaafkanmu – wahai Muḥammad. Mengapa
kamu mengizinkan mereka (orang-orang munafik
itu) untuk tidak pergi berperang?”” [Surah al-
Tawbah, ayat 43]

[Tafsīr ibn Abī Ḥātim, no. 10075]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
‫للا‬ ِ

‫ فأعلمه بعفوه‬،‫هذا من لطف للا تعاَل بنبيه محمد ﷺ وتكريمه إياه‬


‫المنافقي بأن‬
‫ر‬ ‫عنه قبل إخباره بخطأ االجتهاد يف اإلذن لبعض‬
.‫يتخلفوا عن الخروج معه يف غزوة تبوك‬
“Ini antara kelembutan dan pemuliaan Allāh taʿālā
kepada Nabi-Nya ‫ﷺ‬. Allāh memberitahu baginda
bahawa Dia memaafkan baginda terlebih dahulu
sebelum memberitahu baginda mengenai kesilapan
ijtihad baginda yang mengizinkan sebahagian orang
munafik untuk tidak keluar menyertai peperangan
Tabuk bersama baginda”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 13]

58
Ḥabīb bin Abī Thābit (w. 119H) berkata:

‫من حسن خلق الرجل أن يحدث صاحبه وهو يبتسم‬


“Antara akhlak yang baik ialah seseorang itu
berbicara dengan temannya sambil melakar
senyuman”.

[Rawḍat al-ʿUqalāʾ wa Nuzhat al-Fuḍalāʾ oleh


ibn Ḥibbān, hal. 77]

59
Sufyān al-Thawrī (w. 161H) berkata:

‫اح ٍب‬ َ ‫شء َأ ْب َل َغ ف َف َساد َر ُجل َو َص ََلحه م ْن‬


‫ص‬ ْ َْ َ ْ َ
ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ‫ِي‬ ‫ل يس ي‬
“Tiada yang lebih memberikan kesan baik
atau buruk kepada seseorang berbanding
temannya”.

[al-Ibānah al-Kubrā oleh ibn Baṭṭah, no. 504]

60
Maymūn bin Mihrān (w. 116/117H) berkata:
َ ُ ْ ْ ُ َْ ُ ‫ُ َ ه‬ َ ْ
‫ َو َو َجدت َصَل َح‬،‫ َوه ْم ُبغ َي ِ َ ين‬،‫ال ُعل َم ُاء ه ْم ضال ِ َ ين ِ يف ك ِّل َبلد ٍة‬
َ ْ َ َْ
‫قل ِْ ين ِ يف ُم َجال َس ِة ال ُعل َم ِاء‬
“Para ulama ialah tujuan dan keinginanku di
setiap tempat. Aku dapat merasakan hatiku
menjadi baik tatkala mendampingi para
ulama”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ oleh Abū Nuʿaym, jil. 4, hal.


85]

61
Imam ibn ʿUthaymīn (w. 1421H) berkata:

‫فأنت إذا تزوجت فتح للا لك باب رزق يكون رزقا لزوجتك‬
ً ‫وليس الزواج‬
‫سببا للفقر‬
“Jika kita kahwin, Allah akan membuka pintu
rezeki untuk kita yang turut menjadi rezeki
isteri kita. Pernikahan bukanlah sebab
kemiskinan”.

[Fatḥ Dhī al-Jalāl wa al-Ikrām bi Sharḥ Bulūgh


al-Marām, jil. 4, hal. 429]

62
Jamāl al-Dīn ibn al-Jawzī (w. 597H)
memberikan teguran:

َ َْ َ َ َّ ْ َ ْ َ َ َ ُ َّ َ ُ ْ
‫ َو ِإن ُعد اْل ْب َر ُار ف َما أنت‬،‫يه ْم‬
ِ ‫ف‬ ِ ‫ت‬ ‫ِإن ذ ِكر الص ِالحون فلس‬
ْ َ ْ َ َ َ ُ َ ُ ْ َ ْ
‫ ويحك أتط َمع ِ يف الحص ِاد‬،‫ َو ِإن ق َام ال ُع َّباد ل ْم ت َر بينه ْم‬،‫َم َع ُه ْم‬
َ َ ُ َ ْ َ ُ ْ َ
َ َ َ ََ َ َ َ َ ْ َ ُ ْ ََ َ َ َ ْ َ َ
‫ أترجو اْلرباح وال ِتجارة معك‬،‫وال بذر لك‬
“Jika disebut orang-orang salih, kamu tiada
dalam kalangan mereka. Jika disenaraikan
orang-orang yang berbakti, kamu tiada
bersama mereka. Jika orang-orang abid
bangun beribadah, kamu tidak dilihat di
antara mereka. Ish kamu ni! Kamu boleh
menginginkan hasil tanaman sedangkan
kamu tidak pernah menanam apa-apa? Kamu
boleh mengharapkan keuntungan sedangkan
kamu tidak pernah mendagangkan apa-apa?”

[al-Tabṣirah oleh ibn al-Jawzī, 2/53]

63
ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz (w. 101H) berkata:

ُ ََْ ُ ْ َ َ ْ َ
‫َم ْن َع ِم َل ِبغ رْ ِي ِعل ٍم كان َما ُيف ِسد أ ك َي ِم َّما ُي ْص ِلح‬
“Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, dia akan lebih
banyak menimbulkan kerosakan berbanding
melakukan pembaikan”.

[al-Zuhd oleh Imām Aḥmad, no. 1737]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
Badr ‫للا‬ ِ

‫ وهل فشت البدع واْلهواء والضالالت يف‬،‫صدق رحمه للا‬


‫كثي من الناس بالعبادة بال علم‬
‫المجتمعات إال بسبب اشتغال ر‬
.‫وال هدى‬
ُ ُ َ َ
“Beliau ‫ ر ِحمه للا‬berkata benar. Tidaklah bidaah-
bidaah, rekaan-rekaan dan kesesatan-kesesatan
tersebar dalam masyarakat melainkan
disebabkan ramai orang sibuk beribadah tanpa
ilmu dan petunjuk”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 15]

64
Imam ʿAbd al-Raḥmān bin Nāṣir al-Saʿdī (w.
1376H) berkata:

ْ
‫ ومن‬،‫فليبش بالمزيد‬ ‫فمن شكر للا بقلبه ولسانه وعمله‬
‫والمعاض فالعقاب شديد‬
‫ي‬ ‫قابل النعم بالغفلة‬
“Sesiapa yang bersyukur kepada Allāh dengan
hati, lidah dan amalannya maka
bergembiralah atas jaminan pertambahan
[nikmat-Nya], manakala sesiapa yang
membalas nikmat-nikmat Allāh dengan
kelalaian dan maksiat, maka amatlah perit
hukuman-Nya”.

[al-Fawākih al-Shahiyyah oleh al-Saʿdī, hal.


271]

65
Daripada Masrūq bin al-Ajdaʿ (w. 62H), beliau
berkata:

َْ ْ ْ ْ َ َ َْ َْ ْ َ ْ َ ْ
‫ َو ِب َح ْس ِب ِه ِم َن ال ِعل ِم أن‬،‫ب ِب ِعل ِم ِه‬‫ِب َح ْس ِب ال َم ْر ِء ِمن الجه ِل أن يعج‬
َ ‫َي ْخ َْس ه‬
‫اَّلل‬
“Cukuplah seseorang itu dianggap jahil apabila dia
ujub dengan ilmu yang dia miliki, dan cukuplah
seseorang itu dianggap berilmu apabila dia takut
kepada Allāh”.

[Muṣannaf ibn Abī Shaybah, no. 34876]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
‫للا‬ ِ

‫ فإن انضم إَل هذا‬،‫ فإن لم توجد فما ثم علم‬،‫رأس العلم خشية للا‬
‫ فهذا استحكام الداء الذي تراىم بصاحبه إَل‬،‫عجب من المرء بعلمه‬
‫الهالك والعطب‬
“Kemuncak ilmu ialah takut kepada Allāh. Jika
perasaan takut ini tiada pada diri seseorang, maka
hakikatnya dia tidak memiliki ilmu. Jika ditambah
dengan perasaan ujub dengan ilmu yang dimiliki,
maka ini adalah penyakit kronik yang akan
melempar orang tersebut ke arah kebinasaan dan
kehancuran”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 14-15]

66
Imām ibn al-Qayyim (w. ) berkata:

،‫فكما أنه ال يصل المسافر إَل مقصده إال بزاد يبلغه إياه‬
‫فكذلك المسافر إَل للا تعاَل والدار اْلخرة ال يصل إال بزاد‬
‫من التقوى‬
“Sepertimana orang yang bermusafir tidak
akan sampai ke tempat tujuannya melainkan
dengan bekalan yang membantunya untuk
sampai, maka begitulah juga orang yang
bermusafir kepada Allāh taʿālā dan hari
akhirat. Dia tidak akan sampai melainkan
dengan bekalan takwa”.

[Ighāthat al-Lahfān min Maṣāyid al-Shayṭān,


jil. 1, hal. 58]

67
Imam ibn ʿUthaymīn (w. 1421H) berkata:

‫ وال تجور اإلعانة‬،‫كل عمل محرم فإنه ال يجوز المشاركة فيه‬


‫ ومن فعل ذلك فهو مشارك‬،‫ وال يجوز تسهيل أمره‬،‫عليه‬
.‫لهم يف اإلثم‬
“Setiap perbuatan yang haram itu tidak boleh
kita turut serta melakukannya, tidak boleh
membantu agar ia terlaksana, dan tidak boleh
juga memudahkannya. Sesiapa yang
melakukan demikian, maka dia berkongsi
dosa dengan mereka”.

[Fatāwā ʿIbr al-Hātif oleh ibn ʿUthaymīn, jil. 2,


hal. 200]

68
Khālid bin Maʿdan (w. 103H) berkata:

ْ َ ُ َّ َ َ ْ ْ َُْ ْ َ ُ َ ْ ُ ََ َ ُ َ
‫ ف ِإنه َل َيد ِري َم َن‬،‫شع ِإل ْي ِه‬
ِ ‫ِ ُإ ْذا َ ُف ِت َح ْ ِ ُْلح ِدكم باب خ ر ٍي فلي‬
‫يغلق عنه‬
“Sekiranya ada pintu kebaikan yang dibuka
buat kamu maka bersegeralah melakukannya,
kerana kamu tidak tahu bilakah pintu
tersebut akan ditutup”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ, jil. 5,


hal. 211]

69
Imam ibn al-Qayyim (w. 751H) berkata:

َ َ َ َ ََ َّ َ ُ ْ ْ ُّ ُ َ
‫احة ِل َم ْن َل‬ ‫ وَل ر‬،‫ف َم َص ِالح الدن َيا َواْل ِخ َر ِة َمنوطة ِبالت َع ِب‬
ُ َ َّ ُ ُ َ َ َّ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ َ
‫احة‬ ‫ بل عىل قد ِر التع ِب تكون الر‬،‫تعب له‬
“Maslahat dunia dan akhirat hanya dicapai
dengan kepenatan. Tiada kerehatan [di
akhirat] bagi sesiapa yang tidak berpenatan
[di dunia], bahkan kadar kerehatan [di
akhirat] itu mengikut kadar kepenatan [di
dunia]”.

[Iʿlām al-Muwaqqiʿīn oleh ibn al-Qayyim, jil. 2,


hal. 86]

70
Imam ibn Rajab al-Ḥanbalī (w. 795H) berkata:

ْ
‫ فال تعدل عنها‬،‫بس ٍء وعمل بها الصحابة‬
‫إذا صحت السنة ي‬
“Jika ada sunnah yang ṣaḥīḥ serta diamalkan
oleh para sahabat, maka tidak boleh diambil
yang lain”.

[Fatḥ al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī oleh ibn


Rajab, jil. 7, hal. 417]

71
Imam ibn Taymiyyah (w. 728H) berkata:

ً َ َ َ َ ً ْ َ َ ‫ه‬ ُ ُ َ َ ُّ َ
‫ «الل ُه َّم َل ت ْج َعل ِ ين ِع ْْ َية ِلغ رْ ِيي َوَل ت ْج َع ْل أ َحدا‬:‫ِم ْن أ ْح َس ِن الدع ِاء ق ْوله‬
َ ‫َه‬ َ َ
»‫أ ْس َعد ِب َما عل ْمت ِ ين ِم ِّ ين‬
“Antara doa yang terbaik ialah: “Ya Allah, janganlah
jadikan aku sebagai pengajaran bagi orang lain, dan
janganlah jadikan ada orang lain yang lebih bahagia
berbandingku disebabkan ilmu yang Engkau ajarkan
kepadaku””.

[Majmūʿ al-Fatāwā oleh ibn Taymiyyah, jil. 14, hal. 307.


Doa ini merupakan antara doa yang sering diamalkan
oleh Muṭarrif bin ʿAbd Allāh bin al-Shikhkhīr (w. 95H)
sepertimana dalam al-Ibānah al-Kubrā oleh ibn Baṭṭah,
no. 1915 dengan sedikit perbezaan]

ُ َ
Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr ‫َح ِفظه‬
ُ berkata:
‫للا‬

‫يعتي‬
ْ ‫ ومن لم‬،‫من لم يعمل بعلمه ودعا الناس إليه كانوا أسعد بعلمه منه‬
‫عية‬ْ ‫المفرطي الذين سبقوه كان لمن بعده‬
‫ر‬ ‫غيه من‬ ‫بحال ر‬.
“Sesiapa yang tidak beramal dengan ilmu yang
dimilikinya namun dalam masa yang sama dia mengajak
orang lain kepada ilmu tersebut, maka mereka lebih
bahagia daripadanya disebabkan ilmu yang dimilikinya
itu, dan sesiapa yang tidak mengambil pengajaran
daripada keadaan orang-orang selainnya yang terdiri
daripada kalangan orang-orang yang lalai yang
mendahuluinya, maka dia akan menjadi pengajaran bagi
orang-orang yang datang selepasnya”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 24]

72
Imam ibn ʿUthaymīn (w. 1421H) berkata:

ّ ّ ُْ ُ َ
ْ
‫استم ِسك‬ ،‫ ال َيقتل البدعة إَل السنة‬،‫البدع ال ت َرد بالبدع‬
ُ َ ّ ِ
‫بالسنة تمت البدعة‬
“Bidaah tidak boleh dibalas dengan bidaah
juga. Tiada cara lain untuk menghapuskan
bidaah melainkan dengan sunnah. Berpegang
teguhlah dengan sunnah, pasti bidaah akan
lenyap”.

[Sharḥ Riyāḍ al-Ṣāliḥīn oleh ibn ʿUthaymīn, jil.


6, hal. 415]

73
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
mendendangkan:

ُ ْ ُّ ُ َْ َ ‫يت ْال ُق ُل‬


ُ ُ ُ ُّ ُ ُ ُ
‫وب … َوقد ُي َو ِّرث الذ َّل ِإد َمان َها‬ ‫وب ي ِم‬ِ ُّ ‫وب الذ‬
‫ن‬ ‫رك‬
َ‫الذ ُنوب َح َي ُاة ْال ُق ُلوب … َو َخ ْي ل َن ْفس َك ع ْص َي ُانها‬ ُ ََْ
‫وترك‬
ِ ِ ِ ‫ر‬ ِ ِ

Melakukan dosa mematikan hati,


Kecanduannya boleh mewariskan hina-dina.

Meninggalkan dosa menghidupkan sanubari,


Yang terbaik bagi jiwamu ialah
menderhakainya.

[al-Tawbah karya ibn Abī al-Dunyā, no. 9]

74
Ibn ʿAbbās (w. 68H) berkata:
َ َ ٍّ َْ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ً ْ َ ْ ُ ُ َ َ
‫ش ت ْسل ْم‬ ‫ أ ِو اسكت عن‬،‫ قل خ ريا تغنم‬،‫يا ِلسان‬
“Hei lidah, katakan yang baik-baik sahaja,
pasti kamu untung, atau diam sahaja, pasti
kamu selamat”.

[al-Samt oleh ibn Abī al-Dunyā, no. 45]

75
Daripada Saʿīd bin al-Musayyib (w. 94H), beliau
berkata:

ََ ُ َ َ ً َ َ ْ َ ُ ْ ُ َ ُ ْ ُ َ ْ َّ َْ َ َ
‫ي َسنة َو َما نظ ْرت ِ يف قفا َر ُج ٍل ِ يف‬‫ما فاتت ِ ين التك ِب رية اْلوَل منذ خم ِس ر‬
ً َ َ ْ َ ُ ْ ُ َ َّ
‫ي َسنة‬ ‫الصَل ِة منذ خم ِس ر‬
“Saya tidak pernah terlepas takbiratul ihram sejak
50 tahun lalu dan saya tidak pernah tengok belakang
leher lelaki dalam solat sejak 50 tahun lalu”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ, jil. 2, hal.


163]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
‫للا‬ ِ

‫ ولم ينظر يف قفا رجل يف صالته‬،‫تكبية اإلحرام‬


‫هذا شأن السلف مع ر‬
‫ فكيف شأننا مع‬،‫ لمحافظته عىل الصف اْلول‬،‫طيلة هذه المدة‬
!‫التكبية؟‬
‫ر‬ ‫هذه‬
“Inilah keadaan salaf bersama takbiratul ihram.
Beliau tidak pernah lihat belakang leher lelaki dalam
solatnya sepanjang tempoh ini, kerana
konsistensinya berada di saf pertama. Bagaimana
pula keadaan kita bersama takbiratul ihram?!”

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 15]

76
Imam Malik bin Anas (w. 179H) berkata:
َ ُ َ َْ ََ ْ َْ ْ ُ ْ َْ
‫ أق َو ًاما ل ْم َيك ْن ل ُه ْم‬،‫ َي ْع ِ ين ال َم ِدينة‬،‫أد َركت ِب َه ِذ ِه ال َبلد ِة‬
ُ ْ َْ َ ْ َ َ َّ َ
‫ َوأد َركت ِب َه ِذ ِه‬،‫ ف َص َارت له ْم ُع ُيوب‬،‫اس‬ ‫ ف َع ُابوا الن‬،‫ُع ُيوب‬
َّ ُ ‫ َف َس َك ُتوا َع ْن ُع‬،‫ت َل ُه ْم ُع ُيوب‬ ْ َ َ ً َ َْ َ َْْ
،‫اس‬ ِ ‫الن‬ ‫وب‬ِ ‫ي‬ ‫البلد ِة أقواما كان‬
ُ ‫ت ُع ُي‬ْ َ َُ
‫وب ُه ْم‬ ‫فن ِسي‬
“Aku jumpa di bandar ini – iaitu Madinah –
sejumlah orang yang tiada aib sebelum itu,
namun disebabkan mereka mengaibkan
orang lain, mereka turut memiliki aib. Aku
juga jumpa di bandar ini sejumlah orang yang
memiliki aib, namun disebabkan mereka
tidak menceritakan aib orang lain, aib mereka
dilupakan”.

[al-Tadhkirah li al-Ḥumaydī, hal. 381]

77
Wakīʿ bin al-Jarrāḥ (w. 197H) berkata:
َ ْ َ َ ُ َ ُ َ َ ‫ َو َل ْو ُكش‬،‫ش إ َ َّل ف ُس َْ َية‬
ُ ‫َما َن ِع ْي‬
‫مر‬
ٍ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ف‬ ‫ش‬ِ ‫ك‬ ‫ل‬ ،‫اء‬ ‫ط‬ ‫الغ‬
ِ ‫ف‬ ِ ٍ ‫ِ ِي‬
‫َع ِظ ْي ٍم‬
“Kita hanya hidup dalam penutupan-Nya.
Kalaulah Dia menyingkap penutup [dosa] itu,
tersingkaplah benda yang besar”.

[al-Jarḥ wa al-Taʿdīl oleh ibn Abī Ḥātim, jil. 1,


hal. 223]

78
Seorang lelaki pernah membaca ayat ini di sisi
Yaḥyā bin Muʿādh:

ً َ ً َ َُ َ َُ
‫فقوَل له ق ْوَل ل ِّينا‬
“Kalian berdua (Mūsā dan Hārūn) katakanlah
kepadanya (Firaun) dengan perkataan yang
lembut” [Ṭā hā: 44]

Mendengar bacaan tersebut, Yaḥyā pun


menangis dan berkata:

ُ ‫ف ر ْف ُق َك ب َم ْن َي ُق‬
‫ول‬ َ ‫ َف َك ْي‬،‫ول َأ َنا ْاإل َل ُه‬
ُ ‫إ َلىه َه َذا ر ْف ُق َك ب َم ْن َي ُق‬
ِ ِ ِ ِ ِ َ ْ ‫َِ ْ ِ ي‬
ُ َ
!‫أنت ِاإلله؟‬
“Tuhanku, ini kelembutan-Mu terhadap
orang yang mengaku dirinya Tuhan, maka
bagaimana pula kelembutan-Mu terhadap
orang yang mengaku Engkaulah Tuhan?!
[Sudah tentulah lebih lagi!]”

[Tafsīr al-Baghawī, jil. 5, hal. 275]

79
Mujīb bin Mūsā al-Aṣbahānī (w. 201-210H)
menceritakan:

ُ َُْ َ ْ ْ َ َ َ َ‫َ ه‬ َّ َ ْ َ َ ُ ْ ُ
‫ فقلت‬،‫ فكان ُيك ِ ُي ال ُبك َاء‬،‫يل ُسف َيان الث ْو ِر ِّي ِإَل َمكة‬ ‫كنت ع ِد‬
َ َََ َ َ ُ ُّ َ ً ْ َ َ َ َ ُ َ ُ ‫َ ُ َ َ َ َ ْ ه‬
‫ فأخذ‬:‫وب؟ قال‬ ‫ بكاؤك هذا خوفا ِمن الذن‬،‫اَّلل‬ ِ ‫ يا أبا عب ِد‬:‫له‬
َ َ ْ َّ َ َ ِ ُ َ ْ َ ُ َُ َ َ َ َ ‫ودا م َن ْال َم ْح َمل ف َر‬
َ ً ُ
،‫ون أهون ع يىل ِمن هذا‬ ‫ِْ ي‬ ‫ن‬ ‫ذ‬ ‫ل‬ : ‫ال‬‫ق‬ ‫و‬ ‫ه‬
ِ ‫ب‬ ‫ىم‬ ِ ‫ع‬
َ ْ َّ ِ َ َ ْ ُ ِ ْ َ ُ َ َ ِّ َ َ
‫ول ِك ين أخاف أن أسلب التو ِحيد‬
“Aku pernah menunggang bersama Sufyān al-
Thawrī menuju ke Mekah. Beliau (Sufyān)
kerap menangis. Melihat keadaan tersebut,
aku pun bertanya kepadanya: “Wahai Abū
ʿAbd Allāh (Sufyān), kamu menangis ni sebab
bimbangkan dosa kah?” Beliau pun terus
mengambil seranting kayu di dalam sekedup
lalu melemparkannya, dan berkata:
“Sungguh, dosa-dosaku lebih ringan bagiku
berbanding ranting kayu ini, akan tetapi aku
bimbang tauhidku diragut””.

[Tārīkh Aṣbahān oleh Abū Nuʿaym, jil. 2, hal.


295]

80
Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-
ُ ‫ َحف َظ ُه‬berkata:
Badr ‫للا‬ ِ

‫ ولي كان أرباب‬،‫شء وأنفسه يف هذه الدنيا‬ ْ ‫التوحيد أغىل‬


َّ ‫ي‬
‫ فإن خوف أهل‬،‫كنوز الدنيا يخافون عليها الضياع والسلب‬
‫ ولي كان‬،‫التوحيد عىل توحيدهم أعظم من ذلك وأشد‬
َّ
‫ فإن‬،‫خوف أرباب الدنيا يعظم عندما يكي السلب والنهب‬
‫الفي والصوارف‬ َ ‫خوف أهل التوحيد يزداد عندما تكي‬
.‫ فاللهم سلم سلم‬،‫ وما أكيها يف هذا الزمان‬،‫والصواد‬
“Tauhid ialah benda yang paling berharga
dalam dunia ini. Jikalau orang-orang kaya di
dunia risau harta mereka hilang dan
dirompak, maka sesungguhnya kerisauan ahli
tauhid terhadap tauhid mereka itu lebih
dahsyat lagi. Jikalau kerisauan orang-orang
kaya di dunia menjadi lebih besar tatkala
banyaknya kes rompakan dan kecurian, maka
sesungguhnya kerisauan ahli tauhid menjadi
lebih besar tatkala banyaknya fitnah, perkara
yang memesongkan tauhid serta
menolaknya, dan betapa banyaknya semua
ini pada zaman sekarang. Ya Allāh,
selamatkanlah, selamatkanlah.”

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 18]

81
Ibn al-Jawzī (w. 597H) berkata:
ْ ْ َْ
‫فلينش العلم‬ ‫َومن أحب أال َينق ِطع عمله بعد َموته‬
“Sesiapa yang mahu amalannya tidak
terputus setelah kematiannya, hendaklah dia
sebarkan ilmu”.

[al-Tadhkirah fī al-Waʿẓ, hal. 55]

82
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
mendendangkan:

‫يحا‬ ً َ ُْ َ
َ ‫يحا ُم ْس َي‬ ‫ْ َ ْ َ ْ َ َْ َُْ َ ه‬
ِ َ َ َ ‫الل *** ِه ِإذا كَنت ِر‬ ‫ي زلق ِإَل‬ ‫اغت ِنم ركعت ر‬
ُّ ِ َ ْ َ َ َ َ َ
ْ ‫الن ْطق ف ْال َبا *** طل ف‬
َ‫اج َع ْل َمكان ُه ت ْسبيحا‬
ِ ِ ِ ‫ِ ِي‬ ‫و ِإذا ما هممت ِب‬

Dua rakaat mendekati Allāh, rebutlah ia,


jika kamu sedang berehat dengan selesa.

Pabila mulutmu hendak membuat dosa,


gantilah dengan tasbih mengkuduskan Dia.

[Iqtiḍāʾ al-ʿIlm al-ʿAmal oleh al-Khaṭīb al-


Baghdādī, no. 180]

83
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
mendendangkan:

َْ َ ‫اللسان *** َحريص عىل‬َ َّ َ ْ َ ْ


‫الم ْرء يف قت ِله‬ ‫احفظ لسانك إن‬
ْ ُ ُ
ُ ‫الفؤاد *** َدل‬ َ َّ
‫الرجال َعىل َعق ِل ِه‬
ِ ‫يل‬ ِ ِ ‫يد‬ ‫بر‬
ِ ‫اللسان‬ ‫ن‬ ‫وإ‬
ِ

Jagalah lidah, sesungguhnya lidah ini-


ingin membunuh orang yang memilikinya.

Lidah juga laluan bagi hati sanubari,


Jua menunjukkan orang lain bagaimana
akalnya.

[al-Waraqah oleh Muḥammad bin Dāwūd bin


al-Jarrāḥ, hal. 4]

84
Imam al-Ḥasan al-Baṣrī (w. 110H) berkata:
ْ ُّ ‫ه‬
‫ وال منعه إال‬،‫ما أعىط اَّلل أحدا شيئا من الدن َيا إال اختبارا‬
‫اختبارا‬
“Sama ada Allāh memberikan sesuatu kepada
seseorang ataupun tidak memberikannya,
masing-masing merupakan ujian”.

[Tārikh Baghdād oleh al-Khaṭīb al-Baghdādī,


no. 2665]

85
Imam ibn ʿUthaymīn (w. 1421H) berkata:

‫ليأتي عليك يوم تتمن أن يف صحيفتك تسبيحة أو‬


‫وللا ر‬
‫تكبية أو تهليلة‬
‫تحميدة أو ر‬
“Demi Allah, betul-betul akan datang kepada
kamu suatu hari yang kamu mengharapkan
buku catatan amal kamu itu ada tertulis
tasbih, atau tahmid, atau takbir, atau tahlil”.

[al-Liqāʾ al-Shahrī, jil. 41, hal. 27]

86
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
berkata:
َ ُ ْ ُ َ ْ َ َ ُ ُ َ َّ َ َ َ ُْ ْ ْ َ َ ْ َ
‫ أ ْو‬،‫ب ِعل ُمه‬‫ ِإما يموت فيذه‬:‫ىل ِبثالث ٍة‬ ‫من ب ِخل بال ِعل ِم ابت‬
َ ‫َ ْ َ ُ َ ْ َِ َّ ُ ُّ ْ ِ َ ي‬
‫ أو يت ِبع السلطان‬،‫ينساه‬
Sesiapa yang kedekut ilmu, dia akan diuji
dengan tiga perkara:

[1] Sama ada dia akan mati maka disebabkan


itu hilanglah ilmunya,
[2] Atau dia akan melupai ilmu tersebut,
[3] Atau dia akan menuruti [hawa nafsu]
pemerintah.

[Juzʾ min Aḥādīth Abī ʿUmar al-Sulamī, no.


1027]

87
Imam al-Ḥasan al-Baṣrī (w. 110H) berkata:

َ َ ْ َّ ْ ََ ‫ه‬ َ ْ ْ َّ
‫ِإن ال ُمؤ ِم َن أ ْح َس َن الظ َّن ِب َر ِّب ِه فأ ْح َس َن ال َع َم َل َو ِإن ال ُمن ِافق‬
ْ ََ ‫ه‬ َ
‫أ َس َاء الظ َّن فأ َس َاء ال َع َم َل‬
“Sesungguhnya orang yang beriman itu
berbaik sangka dengan Tuhannya lalu dia
berbuat amal soleh, sementara orang
munafik pula berburuk sangka dengan
Tuhannya lalu dia melakukan amal buruk”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ oleh Abū Nuʿaym, jil. 2, hal.


144]

88
ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz (w. 101H) berkata:
َ َ ُ ‫اس َل ْو َك ُانوا إ َذا َك ُ َي َع َل ْيه ْم َأ ْمر َت َر ُك‬
‫وه َما ق َام ِدين َوَل‬
َّ َّ
َ ‫الن‬ ‫ِإن‬
ِ ْ ِ ُْ
‫دن َيا‬
“Manusia ini, kalaulah mereka tinggalkan
setiap urusan mereka yang perlukan usaha,
maka agama dan dunia tidak akan tertegak”.

[Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ oleh


Abū Nuʿaym, jil. 4, hal. 88]

Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-


ُ ‫ َحف َظ ُه‬mengulas:
Badr ‫للا‬ ِ

‫كبية‬
‫ينبغ للمرء أن تكون طموحاته عالية وهمته ر‬ ‫ي‬ ‫ولذا‬
‫للتوان والكسل قوي الثقة باهلل يف أن يبلغه ما يرجو‬ ً
‫مجافيا‬
‫ي‬
ً‫ر‬
.‫وخيا مما يرجو‬
“Justeru seseorang itu sepatutnya tinggi
semangatnya, kukuh aspirasinya, tidak
berlengah dan bermalasan, serta kuat
kepercayaannya dengan Allāh bahawa Dia
akan mengurniakan kepadanya kebaikan yang
dia harap-harapkan”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 19]

89
Al-Fuḍayl bin ʿIyāḍ (w. 187H) berkata:
ً َُ َّ َ َ َّ َ ُ َ ُْ ْ ُ َّ
‫اس ِق َر َاءته َع َمَل‬
ُ ‫الن‬ ‫ فاتخذ‬، ‫ِإن َما أن ِز َل الق ْرآن ِل ُي ْع َم َل ِب ِه‬
“Sesungguhnya al-Qurʾān diturunkan untuk
diamalkan isi kandungannya, namun orang
ramai menjadikan pembacaannya sebagai
amalan”.

[Akhlāq Ahl al-Qurʾān oleh al-Ājurrī, no. 37]

90
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
pernah ditanya:

َ
‫حسن الخلق يف كلمة‬ ْ
‫اج َم ْع لنا‬
“Himpunkan kepada kami akhlak yang indah
dalam satu ayat”.

Beliau menjawab:

ُ
‫الغضب‬
ِ ‫ترك‬
“Meninggalkan kemarahan”.

[Jāmiʿ al-ʿUlūm wa al-Ḥikam oleh ibn Rajab,


jil.1, hal. 363]

91
Imam al-Ṭurṭūshī al-Mālikī (w. 520H) berkata:

‫تحسي صورتك‬
‫ر‬ ‫إنك إَل إصالح طبائعك أحوج منك إَل‬
“Sesungguhnya kamu lebih perlu
mencantikkan akhlak berbanding
mencantikkan rupa paras”.

[Sirāj al-Mulūk, hal. 73]

92
Imam ibn Taymiyyah (w. 728H) berkata:

َ ْ َ َّ ‫السارق َو‬ َْ َ َّ ُ َ
‫ َو ِآك ِل‬،‫ َوش ِار ِب الخ ْم ِر‬،‫ان‬
‫ِي‬ ‫الز‬ ِ ِ
َّ ‫ش م ْن‬
ِ ٌّ ‫ت ِارك الصَل ِة‬
َ ْ
‫ال َح ِشيش ِة‬
“Orang yang meninggalkan solat itu lebih keji
berbanding pencuri, penzina, kaki botol dan
mat ganja”.

[Majmūʿ al-Fatāwā, jil. 22, hal. 50]

93
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
berkata:

ّ ،‫تقصيا‬
‫ثم ال‬ ‫ر‬ ‫من أعظم المصائب للرجل أن يعلم من نفسه‬
‫يباَل وال يحزن عليه‬
‫ي‬
“Antara musibah terbesar yang melanda
seseorang ialah dia tahu bahawa dia culas
namun dia tidak peduli serta tidak sedih
kerana hal tersebut”.

[Shuʿab al-Īmān oleh al-Bayhaqī, no. 894]

94
Imam al-Ḥasan al-Baṣrī (w. 110H) berkata:

، ‫ال‬ َ ِّ ُ ُ ِّ َ ُ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ُ ْ َ ُ ُ ْ ُْ َ ُ َْ
ِ ‫ َل يخلفه ِ يف الرح‬، ‫ حيثما زال زال ِدينه معه‬، ‫ال ال َمؤ ِم ِن ِدينه‬ ِ ‫رأ َس ْ َم‬
ِّ ‫َوَل َيأت ِم ُن َعل ْي ِه‬
َ ‫الر َج‬
‫ال‬
“Modal orang yang beriman ialah agamanya. Jika hilang
modal tersebut, bermakna hilanglah agamanya. Dia
tidak meninggalkan modalnya itu ketika berpergian, dan
tidak juga mengamanahkannya kepada orang lain untuk
dijagakan”.

[al-Ibānah al-Kubrā oleh ibn Baṭṭah, no. 585]

ُ ‫ َحف َظ ُه ه‬mengulas:
Shaykh ʿAbd al-Razzāq al-Badr ‫اَّلل‬ ِ

َّ ‫من‬
‫ضيع رأس المال كيف يطمع يف الرب ح؛ فمن المحال بقاء الرب ح بال‬
‫ فإضاعته خشان وحشة وندامة وحفظه رب ح وسعادة يف الدنيا‬، ‫رأس مال‬
.‫وكثي من الخلق منشغل باْلرباح المتوهمة عن رأس المال‬
‫ ر‬،‫واْلخرة‬
“Sesiapa yang mensia-siakan modalnya, bagaimana
mungkin dia boleh dambakan keuntungan? Sebab
mustahil keuntungan akan kekal tanpa modal. Mensia-
siakan modal adalah perbuatan merugikan dan
menatijahkan penyesalan, manakala menjaga modal
pula adalah perbuatan menguntungkan dan
menatijahkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Malang
sekali, ramai orang mengabaikan modal mereka dan
fokus kepada keuntungan-keuntungan yang dikhayalkan
mereka”.

[al-Tuḥaf bi al-Maʾthūr ʿan al-Salaf, hal. 35]

95
Seorang lelaki pernah datang mengadu
berkenaan salah seorang anaknya kepada
ʿAbd Allāh bin al-Mubārak. Mendengar aduan
tersebut, ibn al-Mubārak bertanya:
ََ َ َْ َ ْ َ
‫يه؟‬
ِ ‫هل دعوت عل‬
“Kamu pernah doakan keburukan buatnya?”

Lelaki tersebut menjawab: “Ya, pernah”.

Ibn al-Mubārak berkata:

ُ َ ْ َ ْ َ َ َْ
‫أنت أفسدته‬
“Kamulah yang telah merosakkannya”.

[Iḥyāʾ ʿUlūm al-Dīn oleh al-Ghazālī, jil. 2, hal.


217]

96
Saʿīd bin al-ʿĀṣ (w. 58H) berkata:

َ ِّ َ ُ َ َ ً ًَ ْ َ َ َ َ ْ َّ َّ َ ُ َ
،‫ ِإن ال َمك ِار َم ل ْو كانت َس ْهلة َي ِس ر َية ل َس َابقك ْم ِإل ْي َها اللئ ُام‬،‫ن‬ ‫يا ب ي‬
َ‫ َو َرجا‬،‫ف َف ْض َل َها‬ َ َ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َّ ُ َ َ َ َّ َ َ
‫ول ِكنها ك ِري هة مرة َل يص ِْي عليها ِإَل من عر‬
َ
‫ث َو َاب َها‬
“Anakku, kalaulah akhlak-akhlak yang mulia
itu mudah lagi ringan, pasti orang-orang yang
hina sudah terlebih dahulu melakukannya,
akan tetapi akhlak-akhlak yang mulia itu
sebenarnya pahit lagi berat. Hanya orang
yang mengetahui kelebihannya dan
mengharapkan ganjaran pahalanya sahaja
yang mampu bersabar melakukannya”.

[Makārim al-Akhlāq oleh ibn Abī al-Dunya,


no. 52]

97
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
berkata:

َ ‫كان الرجل إذا رأى من أخيه َما يكره أمره ف‬


‫سي ونهاه يف‬ ‫ي‬
َ ‫سي فيؤجر ف‬
‫ فأما اليوم فإذا رأى أحد‬،‫سيه ويؤجر يف نهيه‬ َ
‫ي‬
‫سيه‬َ ‫من أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك‬
“Dahulu jika seseorang melihat saudaranya
melakukan sesuatu yang dia tidak suka, dia
akan memerintah dan melarang saudaranya
itu dalam keadaan tertutup (tidak secara
terang-terangan), justeru dia memperoleh
pahala atas penutupan dan pelarangan
tersebut. Berbeza pula keadaan hari ini,
apabila seseorang melihat saudaranya
melakukan sesuatu yang dia tidak suka, dia
akan memprovokasi saudaranya itu dan
membuka aibnya”.

[Rawḍat al-ʿUqalāʾ wa Nuzhat al-Fuḍalāʾ oleh


ibn Ḥibbān, hal. 197]

98
Al-Fuḍayl bin ʿIyāḍ (w. 187H) berkata:

،‫ي‬ ْ ‫ود ْال َع‬


ُ ُ ُ َ
‫م‬ ‫ج‬ ‫و‬ ، ‫ب‬ ‫ل‬
َْْ ُ َ ْ َ
‫ق‬ ‫ال‬ ‫ة‬‫و‬ ‫س‬ ‫ق‬ :‫اء‬
َ َّ
‫ق‬ ‫الش‬ ‫ة‬ ‫م‬َ ‫َخ ْم َسة م ْن َع ََل‬
ِ‫ر‬ َِ ْ ِ
ُ َ ِ ْ َّ َ َ ِ َ ْ ُ ‫َ ه‬
َ ُ ُ َ َ ْ ُّ
‫ وطول اْلم ِل‬،‫ والرغبة ِ يف الدنيا‬،‫و ِقلة الحي ِاء‬

“Lima ini termasuk tanda kesengsaraan:

[1] Hati yang keras.


[2] Tidak mampu menangis.
[3] Kurang malu.
[4] Mendambakan dunia.
[5] Panjang angan-angan”.

[al-Zuhd oleh ibn Abī al-Dunyā, no. 208]

99
Imam ʿAbd Allāh bin al-Mubārak (w. 181H)
berkata:
َ َ‫ََ َ ه‬ ُ َ ْ َ ْ َّ َ َ ْ َ ْ
‫اَّلل َعىل‬ ‫خ أن ال َم ْوت ال َي ْو َم ك َر َامة ِلك ِّل ُم ْس ِل ٍم ل ِ يق‬ ِ ‫اعلم أ‬
َ َ َ ْ َ ُ ْ َ ‫ُّ َّ َي َّ ه َ َّ َ ْ َ ُ َ َ َ ه‬
، ‫اَّلل نشكو وحشتنا‬ ِ ‫ فإَل‬، ‫اجعون‬ ‫السنة؛ فإنا َّلل وإنا إليه ر‬
‫َ َ ه‬ َ ْ َ ُ ُ َِ َ ْ َ ِ ْ َ ِ ‫َ َ َ ِ َ ِ ْ ْ ِ َ ِ ِ َِ ه‬
‫اَّلل‬
ِ َ ‫ و ِإَل‬، ‫ وظهور ال ِبد ِع‬، ‫ و ِقلة اْلعو ُ ِان‬، ‫وذهاب ِاإلخو ِان‬
ْ َ ْ
‫اب ال ُعل َم ِاء أه ِل‬ ‫ه‬
َ َ ْ
‫ذ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ة‬ َّ ‫يم َما َح َّل ب َهذه ْاْل‬
‫م‬ َ ‫َن ْش ُكو َعظ‬
ِ ِ ِ ِِ ِ ِ
َ ْ ُ ُ َ َّ ُّ
‫ور ال ِبد ِع‬
ِ ‫ وظه‬، ‫السن ِة‬
“Ketahuilah saudaraku, sesungguhnya
kematian hari ini merupakan kemuliaan bagi
setiap orang Islam yang berjumpa dengan
Allah di atas sunnah, kerana innā lillāhi wa
innā ilayhi rājiʿūn, kepada Allah lah kita
mengadu tentang keterpencilan kita,
kehilangan saudara-saudara kita, sedikitnya
pembantu-pembantu kita dan munculnya
bidaah-bidaah. Hanya kepada Allah kita
mengadu tentang besarnya perkara yang
menimpa umat ini, iaitu perginya para ulama
ahli sunnah dan datangnya bidaah-bidaah..”

[al-Bidaʿ wa al-Nahy ʿanhā oleh Muḥammad


bin Waḍḍāḥ al-Qurṭubī, no. 234]

100
Imam ibn Taymiyyah (w. 728H) berkata:

َُ َّ َ ْ َْ َ َ ‫اع ْال َق‬َ َ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ ْ


‫ات َوالتذ ِب َها َح َص َل له‬
ِ
َ ‫اْل ْب‬
‫ي‬ ‫و‬ ‫د‬
ِِ‫ائ‬ ‫ص‬ ‫القلب إذا تعود سم‬
‫آن‬ ُْْ َ َ ْ َ ُُ
ِ ‫نفور عن سم ِاع القر‬
“Hati sekiranya sudah terbiasa mendengar
dan menikmati lagu dan nyanyian, ia enggan
mendengar al-Quran”.

[Majmūʿ al-Fatāwā, jil. 11, hal. 532]

101
ʿUmar bin al-Khaṭṭāb (w. 23H) berkata:

ُ ‫ َك ُ َيت ُذ‬،‫وم ْن َك ُ َي َس َق ُطه‬


،‫نوبه‬ َ ،‫ َك ُ َي َس َق ُط ُه‬،‫كالمه‬
ُ ‫َم ْن َك ُ َي‬
‫النار أوَل به‬ُ ‫ كانت‬،‫ذنوبه‬ ُ ‫ومن َك ُ َيت‬َ
“Sesiapa yang banyak cakapnya, banyaklah
kesalahannya. Sesiapa yang banyak
kesalahannya, banyaklah dosanya. Sesiapa
yang banyak dosanya, neraka lebih layak
buatnya”.

[Jāmiʿ al-ʿUlūm wa al-Ḥikam, jil. 1, hal. 339]

102
[TAMAT SIRI 1]

Semoga Allah  menerima amal ini dan


memberikan manfaat melalui buku ini
kepada umat Islam, amin.

103

Anda mungkin juga menyukai