Anda di halaman 1dari 5

TEKS BM SYARAHAN 2022 (Aqilah)

“Ketika Barat berada di Zaman Kegelapan, perbezaan antara dunia Islam dan Barat
boleh dikiaskan seperti langit dan bumi.
Victor Robinson membuat perbandingan ini dalam The Story of Medicine (The New
Home Library, New York, 1943) dengan berkata, ‘Eropah bergelap pada waktu malam
sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu.
Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat mandi.
Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam
mereka setiap hari.
Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana di Eropah
dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam
indah.
Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di
Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah
Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova membina kutub khanah yang besar.’
Inilah buktinya bangsa yang suka membaca akan menjadi bangsa yang berjaya”

Bismillahirrahmanirrahim

Sapaan hangat saya menyambut keberadaan Tuan Pengerusi Majlis, segak bergaya dengan
seragamnya, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang amat cakna akan detak
detik waktunya, seterusnya para peserta yang saya hormati serta para hadirin sekalian yang saya
sayangi.

Dengan lafaz turun dari syurga, lafaz kasih sayang kita bersama, Assalamualaikum….

Ke pekan kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Ucapan bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Hadirin pendengar setia…

“Masyarakat membaca pemangkin ummah cemerlang”…..begitulah mauduk yang cukup besar akan
kita bincangkan bersama-sama.

Sebelum itu izinkan saya mendefinisikan mauduk kita pada pagi ini.

Masyarakat boleh di takrifkan sebagai golongan atau kumpulan manusia yang hidup bersama dalam
satu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu.

Membaca pula merujuk kamus dewan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 :143) mendefinisikan membaca sebagai satu tindakan
komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang
disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui penantaraan lambang-lambang bahasa.
Manakala ‘pemangkin ummah cemerlang ’ pula dapat saya simpulkan sebagai satu faktor yang
manjadikan umat atau sekelompok masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan diri
mengabung dan menggunakan keseluruhan potensi yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap
individu secara menyeluruh dan bersepadu ke jalan yang diredhai Allah.

Seawal Nabi Adam dicipta, saat itulah penerokaan ilmu bermula…dengan membaca segala petanda
kebesaran Yang Maha Esa…maka terbinalah ketamadunan manusia.

Jadi syarahan saya hari ini akan menyingkap peranan masyarakat membaca dalam melahirkan
ummah yang cemerlang.

Lantaran itu, 3 idea utama akan saya bawakan kepada anda untuk kita kupaskan satu-persatu.

Hadirin hadirat sekalian,

Idea pertama di bawah lembayung kata “UMMAH CEMERLANG ialah UMMAH BERINTELEKTUAL”

Apakah yang dimaksudkan dengan “intelektual” ? Intelektual adalah satu golongan cerdik
pandai,pintar dan cendekiawan.

Golongan ummah yang kita ingin lahirkan hari ini bukanlah sekadar ummah yang bermaklumat
tetapi ummah yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan boleh diperolehi
daripada proses dan amalan membaca.

Agama Islam amat menggalakkan dan menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama
kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibubapa bertanggungjawab menjaga amanah Allah
Subhanahu Wata'ala ini dengan sebaik-baiknya dengan memberikan anak-anak mereka pendidikan
yang sempurna dan seimbang iaitu duniawi dan ukhrawi bagi membentuk jati diri yang menetap dan
muslim yang sejati dan sebenar. Imam As-Syafiee Rahimatullah Taala telah berkata dalam wasiatnya:
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan membuat kamu cemerlang di
dunia dan di akhirat. Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada
Allah Subhanahu Wata'ala.

Sesungguhnya tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia akan berada di dalam kegelapan. Tanpa
ilmu, kehidupan manusia tidak akan maju dan tanpanya juga manusia tidak dapat membezakan
antara kebenaran dengan kebatilan. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah
ayat 269:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

‫ُيْؤ ِتى اْلِح ْك َم َة َم ن َي َش آُءۚ َو َم ن ُيْؤ َت اْلِح ْك َم َة َفَقْد ُأوِتَى َخ ْيًر ا َك ِثيًر اۗ َو َم ا َي َّذ َّك ُر ِإآَّل ُأ۟و ُلو۟ا اَأْلْلٰب ب‬

“Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesiapa yang diberikan
hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan
memahaminya.

Malangnya hari ini….umat Islam masih lagi jauh untuk berada di dalam tahap kecemerlangan yang
dimaksudkan.Kadar kemiskinan kalangan Negara-negara Islam masih tinggi.Kebanyakkan Negara
Islam dikategorikan dalam negara sedang membangun. Belum ada lagi Negara Islam yang mencapai
tahap Negara maju jika budaya membaca masih lagi rendah.

Kajian profil membaca rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada
2005 mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun.

Angka itu kemudian meningkat kepada 15 naskhah pada tahun 2014 …berdasarkan laporan kajian
interim… tabiat membaca rakyat Malaysia, masihlagi rendah jika dibandingkan dengan Negara
maju iaitu membaca 40 judul buku setahun !

Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbuktu kelahiran ramai tokoh
ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sina, Al _Khawarizmi, Al Razi, Al –Haitham , Al –Kindi, Ibnu Biruni
dan ramai lagi.

Idea kedua di bawah lembayung kata “UMMAH CEMERLANG ialah UMMAH BERJAYA ”

“Statistik terbaharu melalui NOP World Culture Score Index menunjukkan bahawa· India merupakan
negara yang paling banyak menghabiskan masa dengan membaca, iaitu melebihi 10 jam seminggu.
Diikuti dengan Thailand dan China yang rata-ratanya membaca selama 8 hingga 9 jam seminggu.
Realiti yang agak menyedihkan ialah Malaysia tidak termasuk dalam senarai NOP World Culture
Score Index, .atau lebih tepatnya budaya membaca di Malaysia tidak melebihi 3 jam seminggu.”

Mengapa jadi begini ? mengapa?

Bagaimana kita ingin melahirkan ummah yang berjaya?

Ummah yang Berjaya dapat dilahirkan daripada bangsa yang membaca….bangsa yang membaca kan
menjadikan teknologi berkuasa.

Berbalik kepada era moden, amalan membaca menjadi penanda aras utama kepada pencapaian luar
biasa beberapa ekonomi dunia khusunya bidang sains dan teknologi.

Kuasa ilmu telah mengangkat Negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan untuk terus bersaing
dalam pasaran teknologi moden.

Jepun terkenal dengan kekuatan membaca rakyatnya yang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar
hatta Amerika Syarikat .

Rakyat Jepun secara puratanya mampu membaca 120 buah buku setahun.

Sebut sahaja Toyota, Mazda , Mitshubitsi dan Honda…membuktikan bahawa teknologi automobil
Jepun terhasil daripada sikap bangsanya yang suka membaca.

Begitulah penunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana amalan membaca,teknologi berkuasa, bangsa
Berjaya !

Idea ketiga di bawah lembayung kata “UMMAH CEMERLANG ialah UMMAH BERWAWASAN ”

Ayat Quran yang pertama sekali diturunkan ialah ayat IQRA, membawa makna “BACALAH”…untuk
melahirkan ummah yang berwawasan, umat Islam mestilah rajin membaca dan mencari ilmu.
Realiti hari ni, menunjukkan umat Islam hanya membaca beberapa helai sahaja dalam setahun
sedangkan orang lain membaca ratusan dan ribuan helaian setahun.

Mantan Presiden Indonesia pernah menyebut “Jika kita ingin melihat masa depan sesebuah Negara,
maka lihatlah para pemuda-pemudinya “

Jika pemuda-pemudi hari ni malas membaca…bagaimana mampu kita melahirkan ummah cemerlang
dan berwawasan?

Ummah cemerlang adalah ummah yang berwawasan. Hasil pembacaan mampu melahirkan bangsa
yang berdaulat.

Mari kita menelusuri sirah tatkala Sultan Muhammad Al Fateh yang bijak…membaca kalimah-
kalimah ..mengkaji..meneliti kelemahan kaum muslim dan menyusun strategi .. dan akhirnya ketika
masih diusia remaja…baginda mampu menawan kota konstantinopel.

Bukan itu sahaja ..Sultan Al fateh menguasai dan fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Arab, Latin,
Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Sabda Rasulullah. “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya
adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik
pasukan.” (HR Ahmad bin Hanval Al Musnad).

Hadis ini yang mendorong Sultan Mehmed II berusaha keras menaklukkan Konstantinopel. Berbagai
metode dan strategi dilakukan meskipun tidak jarang menemui kegagalan. Pada 20 JamadilAwal 857
H bertepatan dengan 29 Mei 1453 M, Al Fatih beserta bala tentaranya berhasil menaklukkan
Konstantinopel

Sejak dari remaja lagi beliau telah menetapkan wawasan yang tinggi demi agama dan negara
tercinta. Hariini.. tepuk dada,,tanya hati…”apakah yang kita mampu sumbangkan kepada Negara
tercinta kita ? “

Tanam ubi dapat setalam,


Cerita hikayat jadi bingkisan,
Hampir sudah penghujung kalam,
Saya akhiri dengan sedikit ulasan.

Dengan berdirinya saya disini, saya tegaskan bahawa dalam membina ummah yang cemerlang..
dan seterusnya melahirkan sebuah Negara yang maju dan Berjaya…budaya membaca merupakan
tunjang dan pasaknya.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Saya berundur diri dahulu,
Jangan sampai kerinduan.

Salah silap harap diampun,sekian dari saya Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai