Anda di halaman 1dari 2

Makan Ikut ‘Trend’ Atau Makan Untuk Sihat?

Tuan-tuan dan puan-puan,

Umum sedia maklum, pemakanan sihat dan seimbang


adalah salah satu amalan gaya hidup sihat.

Kini, kita melihat ‘trend’ mereka yang mudah terpengaruh


dengan benda-benda yang tular. Kalau dahulu, sewaktu mula-
mula demam ‘cheese’ melanda, semua orang ingin memasukkan
keju dalam menu mereka.
Justeru, kita melihat trend yang menggunakan resipi baharu
seperti pisang cheese, popia cheese, nasi lemak cheese dan
sebagainya. Pendek kata, banyak orang yang ingin menambah
keju dalam menu mereka dan kemudian ia akan tular dalam
sekelip mata dan pasti ramai yang akan mengikutinya.

Terkini, kita dipopularkan dengan ‘trend’ yang baharu walaupun


pada asalnya ia sudah lama wujud, iaitu minuman boba.
Popularitinya mula meningkat apabila timbulnya The Alley,
Tealive, Boba Milk Tea dan sebagainya.

Gelombang Korea Selatan bukan sahaja melalui pengaruh artis-


artis K-Pop malah melalui sajian makanan korea yang mula tular
dengan pembukaan banyak restoran-restoran seperti Myodong
Topokki, K-Fry, 4-Fingers, Sopoong dan lain-lain. Pemakanan
makanan pedas yang ibarat seperti membakar lidah dikatakan
sedap dan mula jadi kegilaan remaja Malaysia.

Banyak lagi ‘trend’ yang wujud. Ia tular disebabkan oleh ramai


pengguna dan juga pelanggan yang mencuba serta para peniaga
sendiri yang cuba mevariasikan strategi pemasarannya yang
tersendiri.

Namun, cuba duduk sejenak dan tanya kembali, anda makan


makanan yang tular tersebut untuk mengikut ‘trend’ atau kerana
apa?

Tahukah anda, apa yang anda makan itu mencerminkan


kesihatan dalaman anda. Mungkin anda tidak dapat mengaitkan
ia dengan situasi masa sekarang, namun cuba fikir bagaimana
kesihatan anda untuk sepuluh sehingga dua puluh tahun akan
datang.

Ayuh kita debatkan dan mencari solusi terbaik dan membuat


keputusan dalam pemilihan makanan yang berkhasiat sesuai
dengan gaya hidup dan kesihatan yang diinginkan.

Makan ikut “trend” atau makan untuk sihat?

Anda mungkin juga menyukai