Anda di halaman 1dari 2

Makanan

Pada era globalisasi, masyarakat Asia mempunyai banyak pilihan jenis makanan dan
minuman. Makanan yang ditawarkan kepada masyarakat Asia adalah pelbagai. Ini
dapat dilihat melalui pilihan makanan yang ditawarkan di pasaran Asia sama ada di
pasar raya, restoran mahupun secara atas talian. Makanan barat adalah sangat
berpengaruh di seluruh dunia terutamanya masyarakat Asia. Ini kerana makanan
barat adalah sangat berbeza dengan makanan timur yang diamalkan oleh
masyarakat Asia. Oleh itu, mereka akan cenderung untuk mencuba makanan dari
barat.

Ramai yang berpendapat bahawa pengaruh globalisasi ke atas masyarakat adalah


negatif. Sebenarnya, globalisasi juga membawa kebaikan kepada masyarakat Asia.
Antara kesan positif yang dapat dilihat pada zaman kini adalah memberi peluang
pekerjaan kepada masyarakat Malaysia. Terdapat banyak restoran dari barat
terutamanya restoran makanan segera telah membuka banyak cawangan di negara-
negara Asia. Dengan tawaran pekerjaan tersebut, negara Asia akan mengalami
pengurangan kadar pengangguran secara tidak langsung gejala sosial dalam
kalangan belia juga dapat dikurangkan. Restoran yang bercawangan ini dapat
menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat Asia terutamanya pelajar
universiti yang menjadi pekerja sambilan kerana mereka ingin mendapatkan wang
sampingan. Mereka tidak akan berasa tertekan untuk belajar sambil bekerja kerana
dapat mengurus masa dengan baik. Ini kerana restoran makanan segera biasanya
mempunyai jadual kerja yang telah ditetapkan. Contoh restoran-restoran yang
memberi kelebihan ialah McDonald, KFC dan Burger King. Justeru itu, menyediakan
peluang pekerjaan kepada masyarakat Asia adalah kesan positif yang dipemgaruhi
oleh globalisasi barat.

Selain daripada kesan positif di atas, globalisasi barat juga dapat memperkenalkan
menu masakan barat kepada masyarakat Asia. Masyakarakat Asia dapat menikmati
makanan yang berbeza dari barat seperti spagetti, pizza, croissant dan burger.
Malah, masyarakat Asia juga boleh mengambil iltiham daripada makanan barat untuk
memperkenalkan makanan yang menggabungkan citarasa Asia dan barat. Misalnya,
Secret Recipe adalah sebuah syarikat yang telah membuka banyak cawangan
restoran di sekitar seluruh Malaysia. Secret Recipe menawarkan pelbagai jenis menu
makanan yang dapat memenuhi citarasa orang barat bukan sahaja masyarakat
tempatan. Ini kerana mereka menggabungkan makanan barat dan makanan Asia
supaya dapat dinikmati oleh orang ramai. Secret Recipe juga telah mendapat
pelbagai anugerah yang mana ia telah menunjukkan masyarakat Asia berpotensi
dalam bidang keusahawanan. Oleh hal yang demikian, memperkenalkan menu barat
kepada masyarakat Asia juga merupakan salah satu kesan positif pengaruh
globalisasi barat.

Bukan itu sahaja, makanan segera yang dimulakan oleh barat adalah praktikal dan
sesuai dengan keadaan masyarakat pada era globalisasi yang sibuk. Masyarakat
zaman moden kini jarang mempunyai masa untuk memasak kerana mereka
mempunya jadual yang sibuk. Hal ini demikian, mereka lebih menggemari membeli
makanan dari restoran makanan segera kerana dapat menjimatkan masa. Oleh
demikian, restoran makanan segera dapat membantu masyarakat Asia untuk
menjimatkan masa mereka dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai