Anda di halaman 1dari 2

Makanan ringan diklasifikasikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan dinikmati oleh

masyarakat pengguna tanpa mengira masa. Antara makanan ringan itu meliputi kategori kerepok, gula-
gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa sering menyiarkan bahan berita mengenai isu
makanan ringan ini yang menjadi kegilaan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Sebenarnya, ada
banyak sebab yang membawa makanan ringan ini menjadi sesuatu yang lumrah di negara ini terutama
dalam kalangan kanak-kanak.

Punca utama yang mendorong makanan ringan ini begitu menular dalam masyarakat kita kerana
syarikat pengeluar makanan ini begitu bijak merancang strategi pengiklanan produk mereka itu.
Bayangkan setiap iklan yang dikaitkan dengan makanan ringan ini pasti melambangkan suasana yang
ceria dan penuh rasa seronok yang mudah difahami oleh kanak-kanak kita. Ada juga syarikat yang
menawarkan hadiah istimewa setiap kali makanan ringan keluaran syarikat mereka ini dibeli oleh
pengguna. Jadi, makanan ringan sudah sebati dalam masyarakat kita kerana kemahiran syarikat
pengeluar untuk mempromosikan produk mereka dalam bentuk yang menarik lagi unik.

Selain itu, kanak-kanak melihat makanan ringan sebagai sesuatu yang “cool” atau menarik untuk
dinikmati. Pada pandangan mereka, makanan ringan yang dinikmati itu akan menjadikan diri mereka
lebih dikenali lalu ditiru oleh rakan-rakan yang lainnya terutama setelah melihat iklan produk tersebut.
Makanan ringan telah dikatakan sebagai contoh kehidupan moden yang bersesuaian dengan jiwa kanak-
kanak bergaya zaman globalisasi ini. Bayangkan, tidak ada lagi kanak-kanak yang suka menikmati dodol,
kuih tempatan atau karipap di kantin kerana melihat makanan itu sudah ketinggalan zaman.

Penularan budaya makanan ringan ini turut dikaitkan dengan mudahnya untuk memperoleh makanan
sebegini. Kanak-kanak boleh membeli makanan ini di kedai runcit dan kawasan kantin sekolah pada bila-
bila masa pula terutama ketika masa rehat di sekolah. Kanak-kanak mendapati keadaan sebegini
memudahkan mereka untuk pergi membeli tanpa sebarang halangan pula. Maka, makanan ringan ini
terus menjadi-jadi kerana makanan ini dijual di mana-mana pun.

Kita juga tidak boleh menafikan bahawa makanan ringan itu secara relatifnya lebih murah berbanding
makanan lain yang dikatakan lebih berkhasiat itu. Kadar harga yang murah ini kerana makanan ini
dihasilkan tanpa khasiat dan begitu mudah cara penyediaannya berbanding dengan makanan lain yang
berkualiti itu. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak malah orang dewasa melihat makanan ringan ini
sesuatu yang boleh dinikmati sepanjang masa pula. Lama-kelamaan, mereka akan menjadi ketagih
dengan makanan ringan ini tanpa disedari pula.
Malahan, ada pihak yang mengaitkan isu ini dengan kekurangan pengawasan ibu bapa yang
menjadikannya semakin meruncing itu. Banyak pihak melihat ibu bapa zaman ini terlalu sibuk bekerja
sehingga tidak berupaya untuk memantau aktiviti anak terutama amalan pemakanan yang tidak sihat
itu. Ibu bapa lebih suka melihat anak mereka gembira menikmati makanan ringan ini daripada menegur
golongan muda itu kerana sudah penat bekerja atau tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluarga
pula. Ketiadaan teguran ibu bapa itu seolah-olah memberikan lampu hijau kepada anak untuk
meneruskan amalan yang tidak sihat ini dalam kehidupan mereka itu.

Konklusinya, makanan ringan sudah menjadi satu budaya baru dalam kehidupan generasi moden
Malaysia. Kita hendaklah mula berfikir tentang kemelut ini kerana sudah pasti kualiti kesihatan kanak-
kanak kita akan terjejas suatu masa nanti. Topik yang meliputi obesiti dan gigi rosak sudah mula menjadi
perbualan masyarakat kita ekoran menularnya amalan memakan makanan ringan sebegini. Mungkin
sudah sampai masanya, kerajaan lebih tegas dalam memantau penjualan

Anda mungkin juga menyukai