Anda di halaman 1dari 6

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: MPU2422 PENGURUSAN GERKO


(PERSATUAN BULAN SABIT MERAH)

KOD SUBJEK: M P U 2 4 2 2

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

2 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2

3 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8

MISS NUR ZAWANI


UNTUK PERHATIAN(NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 1 1 / 0 5 / 2 0 2 3
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

……………………………………
(NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)
PENGENALAN

Makanan seimbang merupakan pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan


tubuh badan manusia. Makanan berkhasiat merupakan tabiat memilih makanan yang hendak
dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang
perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral pada kadar
yang betul. Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada
kecil lagi. Makanan seimbang harus mempunyai semua bahan makanan yang diperlukan oleh
tubuh untuk berfungsi dengan normal. Pengambilan makanan perlulah berkualiti dan diambil
dengan cara pemakanan yang betul dan bijak.

Makanan yang berkhasiat adalah memenuhi keperluan pemakanan harian, dan pada
masa yang sama menggelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbangkan
kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Amalan makan secara sihat juga
merupakan salah satu komponen penting dalam usaha bagi membendung peningkatan penyakit
merbahaya seperti diabetes, hipertensi dan lain-lain.

Kanak-kanak perlu mengambil jumlah kalori yang betul mengikut umur mereka serta
nutrien melalui piramid makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang
mencukupi untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum. Pemakanan yang baik
mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi. Ia juga membantu
menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan serta menguatkan sistem daya
ketahanan semula jadi tubuh badan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pengambilan
pemakanan seimbang anak-anak. Jika mereka tidak mendapat nutrien yang mencukupi dalam
tempoh ini, ia akan membantutkan tumbesaran dan perkembangan, lalu menyumbang kepada
kekurangan berat dan ketinggian. Namun, kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal pula
akan mengakibatkan lebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Pada masa ini, makanan ringan menjadi satu jenis makanan yang diminati oleh
masyarakat kita terutamanya kanak-kanak. Di sini saya akan menbincangkan berkaitan tajuk
bagaimana kanak-kanak terjebak dalam pengambilan makanan ringan.

Disamping itu, makanan ringan amat diminati oleh kanak-kanak kerana makanan
ringan diklasifikasikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan diminati oleh
kanak-kanak tanpa mengira masa. Makanan ringan terbahagi dari beberapa kategori antaranya
adalah keropok, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa juga sering
menyiarkan iklan yang berkaitan dengan isu makanan ringan yang menjadi kesukaan dalam
kalangan kanak-kanak di Malaysia. Sebenarnya ada banyak sebab yang membawa makanan
ringan ini menjadi sesuatu yang lumrah di negara kita terutamanya dalam kalangan kanak-
kanak.

Selain itu, punca yang mendorong kanak-kanak berjebak dalam pengambilan makanan
ringan disebabkan syarikat pengeluar makanan bijak merancang strategi pengiklanan produk
mereka itu bagi menarik perhatian kanak-kanak. Contohnya setiap iklan yang berkaitan
makanan ringan pasti melambangkan suasana yang ceria dan penuh rasa seronok yang mudah
difahami oleh kanak-kanak. Contoh yang lain juga adalah syarikat pengeluar menawarkan
pelbagai hadiah istimewa setiap kali makanan ringan keluaran syarikat mereka dibeli. Jadi,
makanan ringan sudah sebati bagi kanak-kanak kerana kemahiran syarikat pengeluar untuk
mempromosikan produk mereka dalam bentuk yang menarik dan lagi unik.

Oleh itu, kanak-kanak melihat makanan ringan sebagai sesuatu yang “cool” atau
menarik untuk dinikmati. Pada pandangan kanak-kanak, makanan ringan yang dinikmati itu
akan menjadikan diri mereka lebih dikenali lalu ditiru oleh rakan-rakan yang lainnya terutama
setelah melihat iklan tersebut. Makanan ringan telah dikatakan sebagai contoh kehidupan
moden yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak bergaya zaman globalisasi ini. Bayangkan,
tidak ada lagi kanak-kanak yang suka menikmati dodol, kuih tempatan atau karipap di kantin
kerana melihat makanan itu sudah ketinggalan zaman.
Seterusnya, penularan budaya makanan ringan ini turut dikaitkan dengan mudahnya
untuk memperoleh makanan sebegini. Kanak-kanak boleh membeli makanan ini di kedai runcit
dan kawasan kantin sekolah pada bila-bila masa pula terutama ketika masa rehat di sekolah.
Kanak-kanak mendapati keadaan sebegini memudahkan mereka untuk pergi membeli tanpa
sebarang halangan pula. Maka, makanan ringan ini terus menjadi-jadi kerana makanan ini
dijual di mana-mana pun.

Lebih-lebih lagi, kita juga tidak boleh menafikan bahawa makanan ringan itu secara
relatifnya lebih murah berbanding makanan lain yang dikatakan lebih berkhasiat itu. Kadar
harga yang murah ini kerana makanan ini dihasilkan tanpa khasiat dan begitu mudah cara
penyediaannya berbanding dengan makanan lain yang berkualiti itu. Keadaan ini menyebabkan
kanak-kanak malah orang dewasa melihat makanan ringan ini sesuatu yang boleh dinikmati
sepanjang masa pula. Lama-kelamaan, mereka akan menjadi ketagih dengan makanan ringan
ini tanpa disedari pula.

Lain dari pada itu, ada pihak yang mengaitkan isu ini dengan kekurangan pengawasan
ibu bapa yang menjadikannya semakin meruncing itu. Banyak pihak melihat ibu bapa zaman
ini terlalu sibuk bekerja sehingga tidak berupaya untuk memantau aktiviti anak terutama
amalan pemakanan yang tidak sihat itu. Ibu bapa lebih suka melihat anak mereka gembira
menikmati makanan ringan ini daripada menegur golongan muda itu kerana sudah penat
bekerja atau tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluarga pula. Ketiadaan teguran ibu bapa
itu seolah-olah memberikan lampu hijau kepada anak untuk meneruskan amalan yang tidak
sihat ini dalam kehidupan mereka itu.

Natijahnya, makanan ringan sudah menjadi satu budaya baru dalam kehidupan generasi
moden Malaysia. Kita hendaklah mula berfikir tentang kemelut ini kerana sudah pasti kualiti
kesihatan kanak-kanak kita akan terjejas suatu masa nanti. Topik yang meliputi obesiti dan gigi
rosak sudah mula menjadi perbualan masyarakat kita ekoran menularnya amalan memakan
makanan ringan sebegini. Mungkin sudah sampai masanya, kerajaan lebih tegas dalam
memantau penjualan makanan ringan ini terutama di kawasan kantin sekolah dan tempat umum
yang lainnya.
KESIMPULAN

Secara menyeluruh, pengambilan makanan yang tidak seimbang atau tabiat pemakanan
yang tidak sihat seperti makanan ringan boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan
risiko pelbagai jenis penyakit. Akan tetapi perlu difahami, bahawa makanan bukanlah
merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan kemudaratan atau boleh mendatangkan
penyakit. Ini kerana penyakit mungkin boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor seperti
kuman, jangkitan dan tekanan emosi. Mengikut kadar kematian di seluruh negara yang sering
berlaku adalah disebabkan oleh penyakit kronik di kalangan masyarakat masa kini yang
berpunca daripada kandungan makanan itu sendiri. Contohnya, mempunyai kandungan lemak,
gula dan garam yang berlebihan dan bukannya dari aditif makanan apatah lagi apabila makanan
ini dimakan dengan tidak terkawal.

Sejajar dengan itu, seseorang individu seharusnya mengubah amalan pemakanan harian
dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan bermutu, seimbang dan sederhana,
mencukupi dan mempunyai kalori yang terkawal sesuai dengan diet yang diperlukan. Bukan
kerana mengikut aliran hidup masyarakat moden kini atau tuntutan nafsu semata-mata. Oleh
yang demikian, masyarakat terutamanya bagi ibu bapa perlulah teliti dalam hal-hal yang
berkaitan dengan makanan dan pemakanan agar makanan yang diambil tidak mendatangkan
kemudaratan pada anak-anak sama ada dari sudut fizikal dan mental.

Akibatnya, amalan pengambilan makanan segera telah menjadi budaya di kalangan


masyarakat di Malaysia dan sukar untuk dibendung. Justeru, usaha untuk menghalang
masyarakat daripada mengambil makanan segera atau makanan ringan dilihat sebagai satu
usaha yang tidak rasional serta sia-sia. Jadi, langkah-langkah yang terbaik bagi menangani isu
ini ialah dengan memberikan maklumat yang jelas, tepat dan terkini kepada pengguna melalui
platform sosial media mengenai kebaikan dan keburukan amalan pengambilan makanan segera
secara berinformasi dan berterusan. Dengan itu juga, pihak kerajaan haruslah mengadakan
kempen mengenai gaya hidup sihat bagi memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat di
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai