Anda di halaman 1dari 2

cabarannya adalah kekurangan golongan pendidik

punca kekurangan golongan pendidik ppki

1) terdapat guru yang tidak berminat dan tidak mempunyai latihan


langsung untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas.
- menurut beberapa kajian lepas, mendapati terdapat guru arus
perdana yang mengajar di dalam kelas MBK yang tidak
mempunyai pengetahuan atau pengalaman asas berkaitan
pendidikan khas serta kaedah pengendalian MBK. Hal ini akan
menyebabkan guru kelas atau mata pelajaran menghadapi
kesukaran untuk memahami keperluan MBK semasa PdP di
dalam kelas. Situasi ini akan menyukarkan proses PdP
- kebanyakan guru yang terlibat dalam pendidikan khas bimbang
kerana mereka kekurangan pengetahuan dan latihan tentang
pendidikan khas dan ini akan menyebabkan guru-guru tidak
mahu terlibat dengan pengajaran yang melibatkan golongan
MBK.

2) guru kelas aliran perdana biasa tidak memberi sokongan dan


kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid
berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif, terdapat
jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru
Pendidikan Khas, guru kelas aliran perdana menjauhkan diri dari
terlibat dengan program khas pemulihan, guru Pendidikan Khas
banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain
3) kehidupan sebagai seorang guru pendidikan khas sangat mencabar
kerana pelbagai karenah murid yang berbeza terpaksa mereka
hadapi.
- murid-murid ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap
untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan
sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai
disebabkan inginkan perhatian.
- Disebabkan kerenah yang pelbagai, guru perlu menggunakan
segala kepakaran mereka samaada memujuk, menyelesaikan
masalah dan sebagainya.
4) Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan
harapan yang tinggi terhadap guru untuk mengubah anak mereka.
- Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap masalah
pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak
mereka ke sekolah. Mereka akan mula mengharapkan
perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya
mendidik semasa murid di sekolah sahaja.
- Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam
menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka
mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini

Anda mungkin juga menyukai