Anda di halaman 1dari 3

NAMA: SANTHINI A/P SIVAGURU

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN

[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:

Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

● Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 6 Cerdik bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

● Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul dan sentiasa
membuat kesalahan ejaan.
● Hal ini dapat ditunjukkan melalui (data – ) Pemerhatian daripada buku kerja murid

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.

Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

● Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid dan semakan latihan murid dalam kelas semasa saya
mengajar/berdasarkan isu permasalahan tidak dapat menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul dan tidak
dapat mengeja dengan betul.

● Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan Pentaksiran secara

Bertulis.

● Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak menguasai perkasa asas dalam tulisan seperti

menggunakan huruf besar apabila memulakan ayat dan mesti menulis titik pada akhir ayat.

● Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana saya tidak menegur pelajar pada awal tahun tentang

kesalahan mereka dan mereka mengulangi kesalahan yang sama sehingga kini.

● Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran menggunakan tanda baca dan
ejaan yang betul semasa menulis ayat.
Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan membuat kesalahan tanda baca dan
ejaan yang terus akan menurunkan prestasi pembelajaran mereka. Murid juga akan terlepas peluang untuk
mendapatkan markah kerana kesalahan tanda baca dan ejaan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan
mencuba untuk membuat modul sebagai latihan untuk penggunaan tanda baca yang betul dan ejaan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai