Anda di halaman 1dari 2

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:

Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

● Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 4 Cendekia bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

● Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat menulis ayat Bahasa Inggeris dengan menggunakan kata kerja yang betul.

● Hal ini dapat ditunjukkan melalui (data – ) Pentaksiran secara lisan dan bertulis di dalam kelas, daripada temubual
dengan responden dan juga pemerhatian melalui hasil kerja murid di dalam buku tulis.
REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.

Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

● Hasil daripada pemerhatian daripada semakan latihan murid serta keputusan ujian dalam kelas semasa saya
mengajar, murid saya tidak dapat menulis ayat Bahasa Inggeris dengan menggunakan kata kerja yang tepat.

● Berikut contoh kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan di dalam kelas iaitu semasa latihan

menulis ayat dilakukan, murid menulis ayat seperti “ He play football at the park.”

● Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka kurang sedar antara konsep singular subject (orang

yang melakukan) perlu digabungkan dengan singular verb (perbuatan yang dilakukan perlu ditambah dengan “s/es”

jika subject adalah seorang) . Begitu juga dengan plural subject sepatutnya ditulis menggunakan plural verb (tidak

perlu ditambah “s/es” di hujung kata kerja). Murid juga keliru dengan konsep ini.

● Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana kurang memberi penekanan secara terus terhadap isu ini

semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

● Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat membina ayat Bahasa Inggeris dengan tepat kerana
penggunaan kata kerjanya yang kurang tepat.

Jika perkara ini tidak ditangani, murid akan mengalami masalah kurang keyakinan untuk menulis ayat dalam Bahasa
Inggeris berikutan kesalahan yang pernah dilakukan. Ia juga mungkin akan merencatkan minat murid untuk belajar
subjek Bahasa Inggeris pada masa akan datang apabila mereka merasakan bahawa Bahasa Inggeris adalah satu mata
pelajaran yang sukar. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba untuk memberi kesedaran kepada murid untuk
menulis ayat menggunakan teknik analogi Superman dari semasa ke semasa. Di samping itu juga, contoh-contoh
perenggan pendek yang mengandungi ayat-ayat yang mudah dan disusuli dengan gambar dan warna akan dipaparkan di
papan kenyataan kelas agar murid-murid dapat membaca contoh ayat serta membiasakan diri mereka dengan ayat
Bahasa Inggeris yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai