Anda di halaman 1dari 5

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 3 Brilliant bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat membina ayat tunggal dengan betul dan lengkap.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui (data – ) hasil tugasan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dalam aktiviti membina ayat. Terdapat juga murid yang membina ayat yang tidak lengkap.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid, semakan latihan murid serta keputusan ujiandalam kelas semasa
saya mengajar, saya dapati murid tidak dapat membina ayat tunggal dengan betul. Mereka juga tidak dapat
membina ayat yang lengkap kerana ayat yang dibina seakan-akan tergantung.
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian latihan yang saya

berikan, iaitu membina ayat tunggal berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak begitu jelas dalam memahami asas membina

ayat. Murid juga hilang minat dan tidak berkeyakinan setelah tidak dapat membina ayat yang betul dan lengkap

dan ada di antaranya tidak menghantar tugasan kerana tidak berjaya disiapkan.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana tidak memberi penekanan dan penerangan yang jelas

tentang asas membina ayat tunggal dan hanya lebih memberi penekanan kepada gambarajah dan frasa untuk

membina ayat.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat membina ayat tunggal dengan betul dan lengkap
Mohd Faisal bin Othman, SK Seri Melati, JB …………..1
kerana tidak menguasai asas membina ayat dan kemahiran membina ayat tunggal dengan baik.

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk, murid akan menghadapai masalah dalam membina
ayat yang betul dan lengkap. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana kemahiran membina
ayat ini adalah penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang menyumbang kepada markah yang banyak. Bagi
mengatasi masalah ini, saya akan mencuba mencari jalan penyelesaian dengan memfokuskan kepada kemahiran
membina ayat tunggal yang betul dan lengkap dan dalam masa yang sama dapat menarik minat murid, mudah dan
menyeronokkan.

MERANCANG
Mohd Faisal bin Othman, SK Seri Melati, JB …………..2
[Kitaran 1 (c)]

Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan penyelesaian (intervensi) . Apa yang penting
setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dijelaskan pelaksanaannya dengan terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan anlisis yang digunakan untuk menentukan
kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan data:Ujian, Rakaman, Soal selidik, Temu bual, Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti /yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

Objektif kajian :- Murid dapat membina ayat tunggal dengan betul dan tepat dengan menggunakan teknik SubPre untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal.

Murid dapat menguasai kemahiran membina ayat tunggal dengan betul.


Murid dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar.
Guru dapat menyampaikan kemahiran membina ayat tunggal dengan betul dan tepat pada murid
sejelasnya.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :i. Pemerhatian ii. Pemeriksaan Buku Latihan
iii. Ujian Pra
ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah perbandingan markah ujian pra sebelum dan
selepas yang akan dilaporkan dalam bentuk jadual, pemerhatian terhadap hasil tugasan murid serta temu bual dengan
murid.( contoh, peratus, bilangan atau lain-lain yang sesuai dan laporkan dalam dalam bentuk jadual, graf, atau lain-lain yang
sesuai)

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Ujian Pra dan Post (bertujuan melihat peningkatan kemahiran)

Langkah 1 : Memberi ujian pra membina ayat dengan keseluruhan 10 markah kepada murid.
Langkah 2 : Menjalankan intervensi dengan mengaplikasikan teknik SubPre dalam tempoh tiga bulan.
Langkah 3 : Memberikan ujian post kepada murid soalan yang sama seperti soalan ujian pra dan membuat
perbandingan markah yang diperolehi.

Aktiviti 2 : Pemerhatian (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat murid)


Langkah 1 : Membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di awal latihan dan pemerhatian prestasi ujian pra.
Langkah 2 : Membuat pemerhatian selepas intervensi dijalankan terhadap respon murid dan masa menjawab ujian post,
kemudian dibandingkan.

Aktiviti 3 : Temu Bual (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat murid)
Langkah 1 : Menemu bual murid secara bersemuka selepas mengenali murid sasaran.
Langkah 2 : Menemu bual murid sekali lagi selepas penggunaan Teknik SubPre dan perbandingan temu bual dilakukan.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]
Mohd Faisal bin Othman, SK Seri Melati, JB …………..3
Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut metodologi yang telah ditetapkan. Contoh
intervensi:Projek, Perbahasan, Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran baharu/( di sinilah keluarnya inovasi)
Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu bual, Dokumen, pemerhatian tingkah laku/situasi.
( CATATKAN :-i) siapa yang terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Ujian Pra dan Post (bertujuan melihat peningkatan kemahiran)

Langkah 1 : Memberi ujian pra membina ayat dengan keseluruhan 10 markah kepada murid.
Langkah 2 : Menjalankan intervensi dengan mengaplikasikan teknik SubPre dalam tempoh tiga bulan.
Langkah 3 : Memberikan ujian post kepada murid soalan yang sama seperti soalan ujian pra dan membuat
perbandingan markah yang diperolehi.

Aktiviti 2 : Pemerhatian (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat murid)

Langkah 1 : Membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di awal latihan dan pemerhatian prestasi ujian pra.
Langkah 2 : Membuat pemerhatian selepas intervensi dijalankan terhadap respon murid dan masa menjawab ujian post,
kemudian dibandingkan.

Aktiviti 3 : Temu Bual (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat murid)

Langkah 1 : Menemu bual murid secara bersemuka selepas mengenali murid sasaran.
Langkah 2 : Menemu bual murid sekali lagi selepas penggunaan Teknik SubPre dan perbandingan temu bual dilakukan.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalahyang hendak
diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas tindakan/intervensi dijalankan . Contoh: hasil
analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap (attitude), disiplin, motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran
sebelum dan selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)

Daripada ujian pra-post, kesemua murid sasaran berjaya mencapai peningkatan, malah keseluruhan murid mencatatkan
pencapaian 100%. Melalui pemerhatian dan temu bual pula, murid-murid mencatatkan perubahan kepada minat yang lebih
baik setelah memahami dengan jelas konsep asas pembinaan ayat. Daripada keseluruhan hasil dapatan ini, jelas
menunjukkan bahawa Teknik SubPre berjaya membantu guru dalam mencapai objektif terhadap murid yang menghadapi
masalah dalam membina ayat.

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas hati dan kajian tindakan
tamat dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa akan datang.
Objektif tercapai. Saya berjaya membantu pemikiran murid untuk membina ayat tunggal dengan betul menggunakan
Teknik SubPre. Murid yang terlibat juga menunjukkan perubahan kepada minat setelah memahami dengan jelas konsep
asas membina ayat. Hal ini membuatkan saya lebih bersemangat dan bermotivasi.
Tindakan selanjutnya terhadap hasil kajian saya ini adalah untuk berkongsi bersama-sama rakan guru yang lain agar
dapat membantu murid di kelas yang lain yang juga menghadapi masalah yang sama.

Jika objektif tidak tercapai, guru mencatakan refleksi mengapa objektif/ sasaran tidak tercapai dan
mencadangkan perancangan alternatif yang lebih praktikal dan ulang kembali proses refleksi di 2 (b) hingga selesai kitaran
untuk menentukan objektif yang asal/baharu tercapai.

Mohd Faisal bin Othman, SK Seri Melati, JB …………..4


MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan di K2(a).
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian.

MERANCANG
[Kitaran 2 (c)]

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 2 (d)]

Mohd Faisal bin Othman, SK Seri Melati, JB …………..5

Anda mungkin juga menyukai