Anda di halaman 1dari 6

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

LOGO SEKOLAH

SK TAMAN TAMPOI UTAMA

NAMA GURU :
ZAINI BINTI GHAZALI

TAJUK KAJIAN TINDAKAN :


Meningkatkan kemahiran membatang suku kata terbuka kv+kv
dikalangan murid kelas permata 2 menggunakan
kaedah belajar sambil bermain (didik hibur).

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..1


MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas permata 2 bagi mata pelajaran bahasa melayu

Saya dapati bahawa murid tidak dapat membunyikan suku kata dan membatang suku kata dengan betul. Saya
merancang menggunakan teknik didik hibur bagi membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui (data – ) aktiviti murid yang dijalankan pada bulan ogos 2023, sewaktu pdpc
dijalankan mereka tidak dapat membantangkan dan mengecam suku kata dengan betul. Oleh yang demikian
mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan
semula suku kata yang disebutkan.
REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid, ketika latihan bacaan suku kata dalam kelas semasa
saya mengajar, saya dapati murid tidak berjaya membatang suku kata kv+kv jika aktiviti yang dijalankan tidak
menarik minat mereka. Hal ini kerana mereka sangat suka bermain, kurang minat untuk belajar dan mudah lupa
dengan apa yang telah dipelajari.
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan berdasarkan aktiviti

yang dijalankan adalah kerana murid kurang berminat dengan aktiviti yang dijalankan serta cepat lupa dengan apa

yang dipelajari.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak dapat diberikan bimbingan secara rutin

memandang subjek bahasa melayu hanya diajar sebanyak 2 kali dalam seminggu. Mereka juga selalu cepat lupa

dengan apa yang telah dipelajari di dalam waktu yang sangat singkat.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana tidak dapat mencari teknik yang betul bagi membolehkan

murid dapat menguasai kemahiran membatang suku kata kv+kv dengan cepat .

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran membatang suku kata kv+kv
dengan cepat kerana murid mempunyai kemampuan intektual yang sangat rendah serta mengalami masalah cepat
lupa. Murid perlu diberikan aktiviti belajar sambil bermain agar mereka tidak merasa bahawa mereka sedang belajar
disamping itu juga dapat menarik minat mereka untuk mengikuti pembelajaran secara sukarela tanpa paksaan.

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..2


Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan menghadapi masalah di dalam
pembelajaran mata pelajaran yang lain juga memadangkan murid tidak boleh membaca. Murid juga akan terlepas
peluang untuk mendapatkan markah yang tinggi kerana kemahiran ini sangat penting untuk membolehkan murid
membaca dan memahami apa yang telah dipelajari. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba membimbing murid
membatang suku kata kv+kv sambil melakukan aktiviti permainan sambil mengeja dan membaca pada setiap hari
secara rutin sebelum memulakan pembelanjaran mata pelajaran yang lain juga.

MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]

Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan penyelesaian (intervensi) . Apa yang penting
setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dijelaskan pelaksanaannya dengan terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan anlisis yang digunakan untuk menentukan
kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan data:Ujian, Rakaman, Soal selidik, Temu bual, Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti /yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

Objektif kajian :-

akan dapat membatang suku kata terbuka kv+kv dengan pendekatan belajar sambil bermain bagi meningkatkan kemahiran
murid membatang suku kata terbuka kv+kv kerana bermain merupakan fitrah semulajadi kanak-kanak.

Murid akan terlibat secara aktif serta seronok bermain permainan dadu suku kata dan roda suku kata.
Murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus dengan membaling dadu dan menyentuh keyboard
laptop.
Guru dapat menarik minat murid untuk membatang suku kata kv+kv dengan mudah dan seronok.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :i pemerhatian dan latihan yang diberikan
kepada murid ii. Kuiz online
ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah pemerhatian ketika sesi pembelajaran dijalankan,
pemerhatian terhadap bacaan murid, hasil tugasan, sikap murid dan perbandingan markah kuiz membatang suku kata
kv+kv secara online.( contoh, peratus, bilangan atau lain-lain yang sesuai dan laporkan dalam dalam bentuk jadual, graf, atau
lain-lain yang sesuai)

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : Permainan dadu suku kata (bertujuan melihat perubahan sikap dan minat murid)

Langkah 1 : Membuat pemerhatian terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh murid.
Langkah 2 : Membuat pemerhatian selepas intervensi dijalankan terhadap respons murid dan tindakbalas murid.
.

Aktiviti 2 : Kuiz online (menarik minat murid untuk belajar dan meneroka perkara yang baru).

Langkah 1 : Memberi soalan kuiz online sebanyak 10 soalan kepada murid untuk dijawab melalui link sebagai kuiz.

Langkah 2 : Memberikan kuiz online soalan yang sama (tanpa diketahui murid) dan membuat perbandingan.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..3


MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut metodologi yang telah ditetapkan. Contoh
intervensi:Projek, Perbahasan, Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran baharu/( di sinilah keluarnya inovasi)
Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu bual, Dokumen, pemerhatian tingkah laku/situasi.
( CATATKAN :-i) siapa yang terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

1) Murid perlu bermain permainan ini secara berpasangan.


2) Murid bermain secara bergilir-gilir.
3) Murid yang mendapat giliran perlu melambung dadu kemudian melihat dan mengira pada dadu berapa bilangan
titik yamg tertera pada dadu (konsep matematik).
4) Murid perlu memilih suku kata yang berada bersebelahan dengan bilangan titik yang diperolehi tadi .

Aktiviti 1 : Membuat pemerhatian terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh murid.

Langkah 1 : Aktiviti permainan yang dijalankan pada awal pembelajaran menunujukkan murid masih lemah untuk
membatang suku kata terbuka kv+kv dan memerlukan bimbingan daripada guru.

Langkah 2 : Apabila aktiviti ini diulang beberapa kali telah menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran membatang
suku kata terbuka kv+kv dikalangan murid kelas permata 2.

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..4


1) Murid perlu bermain kuiz online roda suku kata secara individu mengikut giliran dengan menggunakan laptop guru.
2) Murid perlu putarkan roda suku kata, kemudian eja dan sebut perkataan yang berhenti pada pada anak panah. Jika
murid berjaya mengeja dan menyebut perkataan dengan betul bermakna murid berjaya mendapat satu markah.
3) Murid perlu bergilir-gilir memutarkan roda suku kata sehingga semua perkataan telah dieja dan disebut.
4) Pada diakhir permainan murid akan mengira jawapan yang betul.

Aktiviti 2 : Kuiz online (menarik minat murid untuk belajar menggunakan laptop)

Langkah 1 : Murid diberikan soalan kuiz sebanyak 10 soalan kemudian murid perlu menjawab melalui link yang telah
disediakan.

Langkah 2 : Murid akan diberikan soalan yang sama bagi melihat tahap penguasaan murid.

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalahyang hendak
diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas tindakan/intervensi dijalankan . Contoh: hasil
analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap (attitude), disiplin, motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran
sebelum dan selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..5


(Refleksi keseluruhan kajian)

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas hati dan kajian tindakan
tamat dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa akan datang.
objektif tercapai. Saya berjaya menarik minat murid untuk mengeluarkan suara bagi membatang suku kata terbuka
kv+kv dengan betul. Murid juga menunjukkan perubahan minat dan dapat membatang 5 perkatan kv+kv dengan betul.
Hal ini menjadikan saya lebih bermotivasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan di K2(a).
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian.

MERANCANG
[Kitaran 2 (c)]

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 2 (d)]

Rogayah binti Abdullah, SMK Sri Rahmat, JB …………..6

Anda mungkin juga menyukai