Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

● Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 2 CENDEKIA bagi mata pelajaran BAHASA INGGERIS

● Saya dapati bahawa murid saya tidak dapat memberikan maksud sesetengah perkataan dengan tepat dalam Bahasa
Inggeris ketika aktiviti menulis ayat.

● Hal ini dapat ditunjukkan melalui (data – ) pentaksiran secara lisan dan pemerhatian melalui sesi soal jawab dan
latihan bertulis sewaktu sesi PdPc di dalam kelas.

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah menyebabkan berlakunya
perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang menyumbang kepada masalah )
dan fikirkan jalan penyelesaian.

● Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/ temu bual/analisis head
count/ analisis item ( sekurang-kurangnya daripada dua sumber data) dalam kelas semasa saya mengajar/berdasarkan
isu kekurangan perbendaharaan kata terutama kata kerja dalam Bahasa Inggeris.
● Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian menulis,

sesetengah murid didapati keliru dan tidak dapat menulis perkataan dengan tepat kerana mereka tidak tahu dan hafal

maksud perkataan berkenaan dalam Bahasa Inggeris terutama kata kerja. Sebagai contoh, ada sesetengah murid yang

tidak tahu maksud swim (berenang) dan sering lupa apabila disoal secara individu.

● Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka kurang menggunakan kamus ketika sesi PdPc dan

hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengetahui maksud perkataan tersebut. Selain itu, keadaan kamus sendiri

yang penuh dengan perkataan tanpa gambar sokongan menyebabkan murid – murid berkenaan tidak dapat

memahami sepenuhnya maksud perkataan tersebut apabila disoal.

● Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana tidak membiasakan murid-murid untuk menggunakan kamus

untuk mencari maksud perkataan tertentu. Saya juga kurang menggunakan ABM yang berkesan seperti kad imbas

untuk lebih membantu murid-murid mengingati maksud perkataan dengan lebih jelas dan tepat.

● Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran menulis
perkataan dalam Bahasa Inggeris terutama kata kerja (verb).

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan menghadapi kesukaran untuk membuat
ayat kerana mereka kekurangan perbendaharaan kata, sekaligus menyebabkan mereka sukar untuk memahami maksud
ayat dalam bahasa Inggeris kerana mereka tidak mengetahui akan maksud perkataan tersebut. Hal ini juga akan
mengakibatkan murid berkenaan hilang keyakinan untuk berinteraksi dan belajar Bahasa Inggeris dengan lebih
mendalam.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba untuk menyediakan sebuah buku khas untuk membantu murid
mengingati maksud perkataan dengan menggunakan gambar sebagai stimulus. Kaedah ini yang menggunakan konsep
“Pictionary” (kamus bergambar) akan membantu murid untuk menghafal maksud perkataan yang sering mereka tidak
ingat melalui bantuan gambar. Verb Pictionary ini juga akan direka secara fleksibel mengikut keperluan murid. Hal ini
bermaksud murid berkenaan akan menyenaraikan sendiri perkataan-perkataan yang murid tersebut tidak tahu
maksudnya dalam Bahasa Inggeris dan perkataan-perkataan tersebut mungkin berbeza dengan murid yang lain. Saya
akan menggunakan perkataan-perkataan tersebut dan menyediakan gambar sebagai stimulus bagi memastikan murid
dapat mengingati maksud dan ejaan perkataan tersebut dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai