Anda di halaman 1dari 1

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIJRAH

Tanjung Karang, Selangor


01156594115 / 0112639 8003
www.rawatanalhijrah.com

ADAB – ADAB BERZIKIR

SEBELUM
1. Hendaklah TAUBAT NASUHA melalui perkataan, perbuatan dan keinginan.
2. Mandi dan berwudhu serta bersugi, serta mengenakan pakaian yang halal serta menutup
aurat dengan sempurna dan memakai wangian.
3. Diam dan duduk tenang iaitu dengan menyibukkan hatinya dengan Allah.
4. Duduk di tempat yang bersih dan jauh dari gangguan bunyi dan manusia lain.
5. Menghadap kiblat
6. Mengosongkan hatinya dari perkara dunia dan menyibukkan diri dengan merasakan
banyaknya dosa dan mengharapkan keampunan serta kasih sayang Allah swt.
7. Memahami lafaz – lafaz zikir serta menghayati dengan baik agar lebih memberi kesan dan
mengalir makna lafaz itu keseluruh jasad.
8. Sediakan sebekas atau se`jug` air mineral atau air coway / cuckoo.

SEMASA
1. Fokus sebaik mungkin semasa berzikir.
2. Gunakan TASBIH.
3. Hati fokus pada 3 perkara sahaja iaitu merasakan banyaknya dosa, memohon keampunan
dan mengharapkan redha serta kasih sayang Allah swt.
4. Sebaiknya kalimah – kalimah zikir itu dilafazkan sekadar pendengaran telinga sendiri.

SELEPAS
1. Berdiam diri sejenak dan pejamkan mata.
2. Atur pernafasan dengan cara menarik nafas dalam - dalam dan tahan kira-kira 17 saat dan
ketas sebelum menghembuskan perlahan – lahan.
3. Semasa menahan nafas, berdoa lah dari hati sahaja agar Allah terima 3 perkara yang kita
fokuskan tadi dan mengharapkan zikir kita diterima Allah swt.
4. Minumlah secawan air yang telah disediakan sebelum zikir tadi.

Anda mungkin juga menyukai