Anda di halaman 1dari 21

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

SEMESTER MEI 2023

HBIS3303_V2
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH I

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN 1
2-3
1.0 PENGENALAN

2.0 PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI GAMBAR YANG


DIBERIKAN 3-8

3.0 INFOGRAFIK ”ADAB BERTANYA DALAM ISLAM”


-
(dalam bentuk PDF)

4.0 LAPORAN REFLEKSI SEPANJANG MENYIAPKAN


TUGASAN 9-13

5.0 PENUTUP 13-14

6.0 RUJUKAN 15

BAHAGIAN II 16- 20

1
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Subjek adab dan akhlak Islamiah ini sangat penting bagi pelajar bakal guru dalam
melahirkan generasi rabbani iaitu generasi yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran,
tetapi mempunyai akhlak yang terpuji serta memiliki jati diri yang mantap. Semoga
dengan usaha ini dapat membentuk profesional yang berakhlak mulia. Sebagaimana yang
kita ketahui, Masyarakat Islam kini menghadapi dilema keruntuhan akhlak dan
kehilangan identiti sebagai seorang Muslim. Justeru, hanya pendidikan yang berteraskan
Islam mampu memulihkan masalah ini. (Asmawati Suhid, 2019)

Umum mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan guru terbaik yang


membangunkan umat manusia supaya mengamalkan ajaran Islam serta akhlak
Islamiyyah. Justeru, kaedah pdp yang digunakan Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas
dalam kaedah Pendidikan Islam masa kini. Walaupun demikian, Islam tidak pernah
meminggirkan teknologi dan perkembangan pendidikan terkini untuk menghasilkan
kaedah pendidikan terbaik berteraskan Rasulullah s.a.w. Dalam masyarakat yang dilanda
arus globanisasi, adab dan akhlak islamiah mampu menjadi pemangkin ke arah
membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang alim dan dai’e yang
profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan Islam.

Subjek Adab Dan Akhlak Islamiah ini bukan semata-mata subjek mata pelajaran
di sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga
bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang sempurna untuk
mendidik manusia bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Tujuannya ialah
melahirkan muslim yang soleh, yang dapat membangun diri, keluarga dan masyarakat ke
arah yang diredhai Allah.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar menganalisis secara kritis
penghayatan adab dan akhlak dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Tugasan

2
ini akan memfokoskan adab makan dan adab dengan orang yang lebih tua. Disamping itu
tugasan ini mengkehendaki pelajar menghasilkan Alat Bantu Mengajar (ABM) berbentuk
infografik yang menarik dan kreatif bagi topik “Adab bertanya dalam Islam”. Dan yang
terakhir sekali kami perlu melaporkan pengalaman penemuan dalam bentuk refleksi.
untuk menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini
dengan menggunakan teknik Kelebihan (Plus), Kelemahan (Minus) dan Menarik
(Interesting).

Saya mengharapkan tugasan saya ini menepati sebagaimana yang dikehendaki


oleh pensyarah. Selain dapat menyiapkan tugasan yang diberikan secara tidak langsung
proses ini memberi ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaat dan diamalkan dalam
kehidupan saya sebagai pendidik di Sekolah Rendah Agama..

2.0 PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI GAMBAR YANG DIBERIKAN

Berdasarkan situasi gambar tersebut kelihatan seorang kanak-kanak sedang mempelawa


makan seorang dewasa yang sedang berpuasa. Perkara ini adalah tidak beradab dan tidak
digalakkan dalam Islam. Islam sangat menitik beratkan adab makan dan adab dengan
orang yang lebih tua.

2.1 Antara sebab Islam menitik beratkan adab makan dan adab dengan orang yang
lebih tua ialah:

2.1.1 Tanda orang yang beriman.


Menghormati orang yang lebih tua adalah perintah dari Allah. Sebagai orang yang
beriman kita mistilah taat kepada perintah Allah agar menjaga adab dengan orang yang
lebih tua. Ini kerana antara elemen terpenting yang menjadi lambang keindahan ajaran
Islam ialah akhlak dan adab yang dipamerkan oleh penganutnya dalam kehidupan
seharian. Ajaran Islam amat menitikberatkan tentang keindahan akhlak bahkan antara
tujuan utama Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada umat manusia adalah untuk

3
menyempurnakan keindahan akhlak. Perkara tersebut bersandarkan sebuah hadis
daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak"
- (Riwayat Ahmad).

Dalam gambar tersebut kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang mempelawa


abangnya makan tembikai sedangkan dia tahu bahawa abangnya sedang berpuasa.
Perkara ini tidak harus terjadi jika kanak-kanak tersebut tahu etika sesama manusia
dengan menghormati orang yang sedang berpuasa lebih-lebih lagi orang yang lebih tua.
Perbuatan tersebut seolah-olah menggoda abangnya agar tidak meneruskan puasa jika
ingin makan tembikai. Perbuatan tersebut juga dianggap tidak beradab bukan sahaja
kepada orang yang lebih tua tetapi terhadap hukum yang Allah tetapkan. Sedangkan adab
itu adalah ciri-ciri orang yang beriman. (Asmawati Suhid, 2019)

2.1.2 Menghargai dan menghormati orang yang lebih tua.

Beradab dengan orang yang lebih tua merupakan salah satu cara untuk memberi
penghormatan dan penghargaan serta memandang penting apa yang terdapat dalam
sumber syariat Islam. Tingkahlaku yang sopan dan beradab dengan orang yang lebih tua
perlu disematkan pada setiap induvidu agar terciptanya kerukunan hidup dan keserasian
antara manusia sehingga wujudlah kehidupan yang saling menghargai dengan orang yang
lebih tua satu sama lain. Beradab dengan orang yang lebih tua juga membawa maksud
menghormati keberadaan, maruah dan martabat mereka. Banyak sekali ayat di dalam Al
Quran sebagai dasar hukum islam yang menyebutkan bahwa semua orang beriman dan
bertakwa harus beradab dengan orang tua. selain memerintahkan umat Islam untuk
senantiasa patuh untuk beribadah pada Allah, Al Quran juga menegaskan umatnya untuk
melaksanakan kewajibannya untuk berbakti dan beradab pada orang tua.

4
2.1.3 Untuk melahirkan ummah yang sihat jasmani dan rohani

Di dalam Al Quran banyak mengajar manusia tentang tabiat makan yang sihat dan
pemakanan yang baik. Panduan tersebut bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan
kesihatan jasmani manusia malah juga kesihatan rohani. Tumbesaran manusia mestilah
seimbang dengan antara rohani dan jasmani. Jika seseorang hanya tertumpu kepada
menekankan diet dan pemakanan tanpa menghiraukan pengabdian diri kepada Allah, juga
boleh mengakibatkan dirinya lemah kerana iman dan jiwa yang kosong. Namun
sebaliknya berlaku jika seseorang hanya sibuk menumpukan sepenuh perhatian kepada
ibadah dan menghambakan diri kepada Allah tetapi mengabaikan keperluan tubuh badan,
natijahnya juga sama iaitu menyebabkan mereka ditimpa sakit dan lemah yang membawa
kepada kesukaran untuk mentaati perintah Allah. Justeru, sudah termaktub dalam Al-
Quran untuk menyeimbangi kedua- dua ciri tersebut. Oleh itu kita digalakkan menjaga
bukan sahaja adab makan tetapi adab terhadap orang yang lebih tua agar dapat
melahirkan insan yang sihat rohani dan jasmani. (Mahmud Nashar, 2012)

2.1.4 Mewujudkan kasih sayang antara yang tua dan yang muda

Apabila kita menjaga adab pada orang yang lebih tua, akan memberikan kesan yang baik
kepada orang yang lebih tua dan juga orang yang lebih muda. Antaranya akan terjalin
suatu hubungan yang harmoni diantara kedua-dua belah pihak, sehingga keduanya dapat
merasa aman dan bahagia. Beradab pada orang yang lebih tua merupakan salah satu
pegangan hidup manusia, terutama untuk bagi masyarakat melayu di Malaysia. Baik laki-
laki maupun perempuan akhlak ini merupakan suatu kebiasaan yang baik, karana kita
seharusnya beradab pada orang yang lebih tua. Seringkali kita jumpa orang muda
melupakan hal ini. Ego dan emosi yang berlebihan didalam diri kita sebagai anak muda
selalu mengalahkan akal dan kasih sayang kita kepada orang lebih muda. Hal ini
membuat orang muda selalu terlepas bicara dengan orang tua. Maka, seharusnya kita
menjaga emosi kita dan selalu bersabar agar dapat menjaga perkataan serta ucapan kita
ketika bercakap dengan orang yang lebih tua agar mewujudkan kasih sayang antara kita.

5
Ajaran akhlak paling awal adalah pelajaran menjaga adab dan menghormati orang yang
lebih tua.Rasulullah bersabda, ”Bukanlah pengikutku, mereka yang tidak hormat pada
yang tua dan sayang pada yang kecil.”

2.1.5 Dikasihi Allah dan Rasulullah


Berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti menjaga adab makan dan beradab dengan
orang yang lebih tua adalah amalan yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah. Maka, kita
hendaklah sentiasa menjaga adab dan berbuat baik kepada siapapun di sekitar kita.
Memberi kehormaan dan keutamaan kepada orang yang lebih tua termasuk dalam
mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:

‫إَّن ِم ْن ِإ ْج اَل ِل اِهَّلل ِإ ْكَر اَم ِذ ي الَّش ْيَبِة اْلُمْس ِمِل‬

“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang


sudah tua” (HR Abu Daud No: 4203)

Rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik untuk diteladani akhlak baginda
sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 21 yang
bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan Hari
Akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak". Menghormati
orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Orang yang tidak mengasihi
anak-anak kecil dan menghormati orang tua adalah mereka tidak mengikuti sunah
Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda:

‫ِإَّن ِج ِرْب يَل َص ىَّل اُهَّلل َعَلْي ِه َو َس َمَّل َأَم َر يِن َأْن ُأَكَرِّب‬
“Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua” (HR. Ahmad
No:1555)

6
2.2 Nasihat kepada kanak-kanak mengenai adab makan.

Adab adalah kehalusan dan kebaikan budi pekerti. Kesopanan tidak hanya diterapkan
dalam pergaulan sahaja (WN Wan Ismail,2003). Makan dan minum juga memerlukan
peraturan dan kesopanan. Islam telah mengatur adab makan dan minum sesuai yang telah
dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Antara adab makan yang harus diamalkan oleh kita
semua dan harus di didik dari kecil adalah :

2.2.1 Basuh tangan sebelum makan


Membasuh tangan sebelum makan bukan sahaja sunnah dan adab, akan tetapi ia memberi
manfaat kepada kesihatan badan kita. Pada tangan kita kadang-kadang terdapat penyakit.
Jadi, kita sepatutnya janganlah memasukkan penyakit itu dari tangan kita ke dalam mulut
pula. Ia akan menyebabkan sakit tekak dan lain-lain. Cara untuk mengelak hal ini
berlaku, basuhlah tangan kita sebelum makan. Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW jika
beliau ingin tidur dalam keadaan junub, beliau berwuduk dahulu. Dan ketika beliau ingin
makan atau minum beliau mencuci kedua tangannya, baru setelah itu beliau makan atau
minum. (Riwayat Abu Daud dan Nasai)

2.2.2 Memuji Allah atas nikmat makanan


Kita hendaklah berterima kasih dengan Allah atas nikmat makanan yang telah Dia
kurniakan kepada kita. Dengan bersyukur Allah akan gandakan lagi nikmat untuk kita.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT meredhai seorang hamba yang
ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia
minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah. (Riwayat Muslim)
Setelah kita makan dan minum, bacalah lafaz Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang
telah memberikan kita nikmat ini.(Mahmud Nashar, 2012)

2.2.3 Jangan membazir


Islam sangat melarang para penganutnya daripada melakukan sesuatu yang berlebih-
lebihan termasuklah hal makan. Allah berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 31: Hai anak

7
Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan
minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang berlebih-lebihan. Ketika kita hendak makan, ambillah dalam kadar yang
sesuai untuk kita sahaja. Jangan terlalu yakin bahawa kita boleh menghabiskan
semuanya. Mungkin itu hanya nafsu kita ketika lapar. Apabila sudah makan nanti, kita
tidak mampu untuk habiskan pula.

2.2.4 Ambil makanan yang hampir


Ini merupakan saranan Rasulullah dalam hadis. Baginda bersabda: Bacalah bismillah,
makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu
(Riwayat Bukhari dan Muslim). Saranan ini terpakai ketika kita sedang makan beramai-
ramai dan dihidangkan pelbagai jenis lauk di hadapan kita. Maka, ambillah mana-mana
yang dekat dengan kita. Ini merupakan salah satu adab kita ketika makan.

2.2.5 Makan dengan tangan kanan


Rasulullah bersabda: Jika seseorang dari kalian makan maka makanlah dengan tangan
kanannya dan jika minum maka minumlah dengan tangan kanannya. Kerana syaitan
makan dan minum dengan tangan kirinya. (Riwayat Muslim) Menggunakan tangan kiri
untuk makan merupakan satu perbuatan yang diamalkan oleh syaitan. Kita tidak
digalakkan untuk melakukan sedemikian kerana nanti akan sama dengan syaitan. Kita
hendaklah menggunakan tangan kanan.

2.2.6 Jangan mencela makanan


Kalau kita tidak suka dengan suatu makanan yang sedang kita makan itu, janganlah
mencelanya. Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW tidak pernah mencela
makanan sama sekali. Apabila beliau menyukainya, maka beliau memakannya. Dan
apabila beliau tidak suka terhadapnya, maka beliau meninggalkannya. (Riwayat Bukhari
dan Muslim) Apabila kita suka dengan suatu makanan itu, makanlah dengan baik.
Namun, sekiranya kita tidak suka, eloklah kita tinggalkan sahaja. Jangan pula kita
mencelanya.

8
4.0 INFOGRAFIK ”ADAB BERTANYA DALAM ISLAM”
(dalam bentuk PDF)

4.0 LAPORAN REFLEKSI SEPANJANG MENYIAPKAN TUGASAN

Kekuatan (Strengths): Kelebihan atau kekuatan sebelum melakukan tugasan ini adalah
melalui dorongan daripada pensyarah serta keluarga saya.
Mereka memberi galakan dan dorongan yang penuh demi
menaikkan semangat untuk saya meneruskan pembelajaran
sambil bekerja. Oleh itu, saya berpeluang mengambil masa yang
ada ketika mempunyai kelapangan waktu di sekolah dengan
menyiapkan tugasan ini.

Kelebihan yang dimiliki oleh saya semasa menyiapkan tugasan


ini disebabkan faktor persekitaran organisasi dimana saya
bekerja sebagai salah seorang guru di Sekolah Rendah Agama.
Hal ini dapat membantu saya serba sedikit dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan. Terutamanya dalam proses perbincangan
yang hendak dikemukakan serta persediaan alat bantuan
mengajar (ABM). Malah, dengan pengalaman yang ada, saya
turut dapat menyelesaikan tugasan ini dengan merancang
perkara-perkara yang perlu saya sediakan dengan baik.

Manakala kekuatan selepas menyiapkan tugasan ini pula


menunjukkan bahawa saya berjaya mengikuti setiap arahan yang
diberikan dari segi format, isi kandungan yang hendak
disampaikan serta melakukan tugasan ini dengan kemas.

9
Kelemahan Antara kelemahan yang saya akui sebelum menyiapkan tugasan
(Weaknesses): ini adalah berkenaan masa. Memandangkan saya memegang
jawatan sebagai seorang guru. Ia membuatkan saya perlu
membahagikan masa dengan baik. Namun, ia bukanlah
penghalang dan alasan untuk tidak saya menyiapkan tugasan ini.
Saya cuba sedaya upaya membahagikan masa dengan baik antara
kehidupan seharian serta tugasan pembelajaran.

Manakala kelemahan semasa menyiapkan tugasan ini adalah


kekurangan idea untuk melakukan isi kandungan tugasan. Saya
menjadikan perkara ini sebagai satu kekurangan kerana saya
ingin menghasilkan tugasan ini dengan kualiti yang baik demi
mencapai objektif yang dikehendaki dalam tugasan yang
diberikan.

Saya juga mengalami cabaran dengan keadaan diri saya yang


sedang mengandung 8 bulan. Keadaan saya ini membuatkan diri
saya mudah penat untuk memberi tumpuan unuk menyiapkan
tugasan setelah seharian penat bekerja dan menguruskan rumah
tangga.

Semasa menyiapkan tugasan ini saya belajar untuk sabar dan


bertenang. Kerjasama dari keluarga terutamanya suami saya
sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya
saya nampak perkara ini sangat sukar disiapkan dan agak
mustahil bagi saya untuk menghantarnya pada masa yang
ditetapkan dan saya agak kecewa.

Walaupun pelbagai masalah melanda ianya menjadi menarik


untuk dikenang sebagai pahit manis perjuangan memiliki
segenggam ijazah dalam masa yang sama berkerja dan

10
menjalankan tanggungjawab seorang isteri dan ibu.

Akhir sekali, setelah menyiapkan tugasan ini, saya mengakui


bahawa kelemahan saya adalah tidak dapat menghantar tugasan
tepat pada waktu dan tarikh yang diberikan. Namun, saya akan
memperbaiki segala kelemahan saya ini untuk tugasan
pembelajaran seterusnya.
Peluang Peluang saya untuk baiki kelemahan sebelum menyiapkan
(Opportunities): tugasan adalah dengan mendisiplinkan diri dengan masa yang
ada. Sebagai contoh saya kini bergelar seorang guru, pelajar
malah seorang ibu kepada anak-anak saya. Oleh itu, saya
hendaklah membuat pembahagian tugasan berbentuk jadual agar
memudahkan saya mengikuti dateline yang perlu dilakukan
untuk sesuatu perkara yang sedang saya hadapi sekarang ini.

Semasa melakukan tugasan ini, saya mengambil peluang untuk


mencari dan meneliti pembacaan artikel, jurnal serta buku. Hal
ini kerana ia dapat membantu saya untuk menjana idea yang
bernas untuk dimasukkan sebagai sebuah penulisan. Malah,
sebagai seorang guru serta pelajar, ia dapat membantu saya untuk
memikirkan beberapa perkara secara kreatif agar dapat
menghasilkan karya yang baik sekaligus dapat membuatkan saya
celik akal untuk mengajar para pelajar secara profesional.

Manakala peluang setelah menyiapkan tugasan ini, saya ingin


mengambil peluang untuk menyiapkan tugasan dengan lebih
awal sebelum tarikh penyerahan tugasan. Hal ini amat berkait
rapat dengan situasi sebagai seorang pelajar serta guru. Ini juga
kerana, seorang guru dan pelajar hendaklah memiliki sikap yang
sentiasa patuh akan arahan majikan serta seorang pelajar
mestilah patuh akan arahan guru demi mencapai objektif

11
pembelajaran dengan baik. Malah, sekiranya seorang guru serta
seorang pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan lebih awal, ia
menunjukkan bahawa mereka mempunyai sikap yang sentiasa
berdisiplin dan peka akan masa-masa yang bakal tersisa.
Cabaran (Threats): Cabaran sebelum memulakan tugasan ini adalah terlalu banyak
memikirkan kebolehan dalam menyiapkan tugasan ini dengan
efektif. Hal ini kerana saya mengalami kekangan masa seperti
yang dinyatakan dalam kelemahan di atas. Saya beranggapan
bahawa gagal menyiapkan tugasan ini namun saya berjaya
mengatasinya melalui ihsan para pensyarah.

Sewaktu menyiapkan tugasan ini pula, saya tidak dapat


mengenalpasti perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Hal
ini kerana demi menghasilkan tugasan yang baik, kita hendaklah
melakukan proses pemetaan agar dapat melihat objektif-objektif
yang diperlukan dalam tugasan. Namun, saya berjaya
mengatasinya dengan melakukan proses pemetaan tersebut
dengan bentuk lakaran carta alir agar saya memperoleh idea-idea
yang bernas dalam tugasan ini.

Akhir sekali, setelah menyiapkan tugasan ini, saya mendapati


bahawa sebagai seorang guru serta pelajar, kita hendaklah
mempunyai sikap disiplin yang tinggi agar dapat menjalankan
tanggungjwab sebagai seorang pelajar serta guru yang berkesan.
Oleh itu, saya mengatasinya dengan melakukan tugasan ini
bersungguh-sungguh dan berdedikasi agar tidak melahirkan
seorang pelajar serta guru yang mengabaikan tanggungjawab.

5.0 PENUTUP

12
Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada
adab dan akhlak yang baik. Hal ini kerana agama Islam mengajar dan menunjukkan kita
bahawa agama itu sendiri adalah akhlak. Para guru yang berkecimpung dalam dunia
pendidikan hendaklah bersiap sedia dalam memainkan peranan yang jelas terhadap
pelajar mengenai adab dan akhlak. Malah pendidikan akhlak tidak dapat dipisahkan
daripada kurikulum Pendidikan Islam secara khususnya dan pengajaran Islam secara
umumnya. Di Malaysia, usaha memupuk dan mendidik nilai-nilai mulia telah berdekad-
dekad dilaksanakan menerusi sistem pendidikan dengan cara yang pelbagai dan berubah-
ubah. Pemupukan nilai-nilai mulia dilakukan secara langsung kepada pelajar-pelajar
Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bagi pelajar bukan Islam mereka
mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral.

Pendekatan Islam dalam pendidikan akhlak amat menekankan kepada penanaman


aqidah atau rohani. Ini kerana, aqidah merupakan teras Islam yang utama. Kepentingan
aqidah dalam Islam dapat dilihat menerusi nas-nas al-Quran dan Hadith yang banyak
mengaitkan pembentukan akhlak dengan aqidah atau iman. Namun, cabaran pendidikan
masa kini berkenaan isu keberkesanan dalam aspek penguasaan ilmu serta penghayatan
ilmu dalam adab dan akhlak. Para pendidik hendaklah mempunyai strategi yang baik
demi membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia dalam diri pelajar. Hal ini kerana
agama merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama, suatu
pendidikan akhlak itu tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat sementara yang
akhirnya membawa kepada kegagalan pendidikan akhlak. Tegasnya, pendidikan agama
dipercayai berupaya mempengaruhi cara pemikiran anak-anak khususnya remaja dan
seterusnya tingkah laku mereka. Oleh itu, pendidik hendaklah terarah untuk
mengamalkan nilai akhlak Islam dan mengelakkan diri daripada perbuatan buruk untuk
menjadikan diri sebagai role model kepada para pelajar.

Akhir sekali, dalam konteks dunia global yang kompetitif ini, menerusi
pendekatan Islam yang dilakukan secara holistik dan efektif, diyakini bahawa hasrat
untuk mempertingkatkan peradaban ummah dan membentuk keperibadian para pelajar
bermindakan kelas pertama dapat dilakukan. Sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt

13
dalam firman-Nya yang bermaksud “Jikalau sekiranya penduduk suatu negeri itu beriman
dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepadamereka berkah dari langit dan
bumi” (Surah al-A’raf, ayat 96). Amalan dan penghayatan nilai-nilai akhlak mulia serta
kekuatan rohani di kalangan kanak-kanak mahupun remaja khususnya pelajar perlu
dipertingkatkan dan dipastikan keberkesanannya. Sebagai rumusannya, sekiranya kita
ingin merealisasikan agenda nasional yang diberi perhatian kini, maka pendidikan
bersifat sepadu yang berpaksikan tauhid dan berlandaskan falsafah serta nilai Islam perlu
dipertingkatkan. Pendidikan akhlak yang berteraskan konsep Islam yang syumul juga
perlu diketengahkan agar dapat merealisasikan pelajar yang beradab dan berakhlak mulia.

RUJUKAN / REFERENSI

Al-Quran Al-Karim

Asmawati Suhid. (TT) Pengajaran Adab & Akhlak Islam dalam Membangunkan Modal
Insan, Jurnal Pengajian Umum.

Asmawati Suhid. (2019) Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Konsep Dan Amalan,
Utusan Publication

14
Mahmud Nashar (2012) Adab Makan & Minum Rasulullah s.a.w. : Pustaka Shuhada.

Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Sabri Mohamad. (2018)
Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam, FPI UKM

Siti Norlina, Mohd Nasir. (2004) Pemupukan Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu
Miskawayh, Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi
Malaysia.

Shaik Abdullah Hassan Mydin, Abdul Salam Muhamad Shukri, Mohd Abbas Abdul
Razak. (2020) Peranan Akhlak Dalam Kehidupan: Tinjauan Wacana Akhlak Islam,
International Islamic University Malaysia.

WN Wan Ismail. (2003) Definisi Akhlak, Universiti Malaya

BAHAGIAN II

1.

15
2.

16
3.

17
18
4.

19
5.

20

Anda mungkin juga menyukai