Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Pengkalan Berangan Kod Sekolah: TEA4015

1. Nama Guru SARAH SABILLAH BINTI IBRAHIM

JOM KENALI CERITA DARIPADA


2. Judul 114 SURAH AL QURAN 3. Bidang: AGAMA ISLAM

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Kisah daripada buku ini menceritakan kisah yang tersendiri dan menarik yang diambil
berdasarkan surah-surah yang terdapat dalam 30 juzuk Al Quran. Setiap muka surat dan helaian
buku ini menceritakan 1 surah yang membawa 1001 kisah dan pengajaran buat para pembaca.
Maka, 120 helaian muka surah dalam buku ini menceritakan tentang kisah 120 surah!. Dalam
banyak kisah yang dipaparkan, antara kisah surah yang amat menyentuh jiwa dan sanubari saya
sendiri ialah Kisah Dahsyatnya Hari Kiamat yang diceritakan dalam surah Al Haaqah dalam muka
surat 75. Di awal surah Al Haaqqah ini, Allah SWT telah mengingatkan azab yang menimpa
Kaum Ad, Tsamud serta kaum yang lain. Mereka dibinasakan keran mendustakan Allah SWT dan
hari kiamat. Diceritakan Allah dalam surah ini bahawa suasana pada hari kiamat sangat
mengerikan. Langit runtuh, gunung ganang hancur, semua yang bernyawa mati. Kemudian
semua manusia akan dibangkitkan semula dan berkumpul di Padang Mahsyar untuk dihisab.
Orang- orang yang beriman akan menerima kitab amalnya dengan tangan kanan. Mereka
dimasukkan ke dalam syurga dan hidup di dalamnya selama-lamanya dengan reda ALLAH SWT.
Sebaliknya orang yang kufur akan menerima ktab amalnya dengan kiri. Balasan ke atas mereka
ialah neraka jahannam selama-lamanya. Ketika itu, sesal tiada lagi guna.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai yang saya peroleh semasa membaca buku yang sarat dan penuh dengan pengajaran ialah
keinsafan terhadap kesalahan dan dosa-dosa pada diri, berbuat baik sesama insan kerana apa
yang ada di dunia ini hanyalah sementara sahaja serta bertaubat dengan segera jika melakukan
kesalahan dan dosa terhadap ALLAH dan manusia.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Mengajar saya untuk sentiasa membuat kebaikan terhadap rakan sekerja dan membantu rakan-
rakan lain yang berada dalam kesusahan terutamanya golongan yang kurang celik IT. Tidak
sombong dengan golongan yang berada di bawah seperti para pelajar, staf dan pekerja
kebersihan. Sentiasa bermanis muka dengan mereka apabila berselisih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SARAH SABILLAH BINTI IBRAHIM) (NORAIZA BINTI ZUBIR)

Anda mungkin juga menyukai