Anda di halaman 1dari 4

Pertarungan hang Tuah Dan Hang Jebat

Hang Jebat yang bangun daripada tidur setelah makan dan minum dalam istana, terdengar
bunyi suara orang bertempik sorak mengepung istana itu dan bunyi bising lembing perisai. Dia
menyangka raja datang lalu menghunus kerisnya.
Laksamana Hai, Si Jebat derhaka! Tiadakah setiamu pada tuanmu? Jika
engkau berani, marilah engkau turun bertikam dengan aku
sama seorang, kerana aku pun lamalah tiada berlikam.
Hang Jebat Rajalah rupanya yang datang ini (bersuara didalam hati) Cis!
Siapakah gerangan ilu yang berani mengganggu lenaku?
Laksamana Hai Si Jebat derhakal Sungguh engkau berani tiada
Berlawan. Marilah engkau turun dari istana ini bertikam
denganku.
Hang Jebat Oh... siapa pula yang dalang ni... Suaranya macam si
Tuah, ah..tak mungkin pula, Tuah sudah mati dibunuh
Bendahara (bersuara dalam hati)
Laksamana (Menjerit) Hai, Jebat segeralah kau turun!Jika engkau tiada
turun, sekarang istana jni ku naiki.
Cis, Si Jebat derhakal matilah engkau olehku.
Hang Jebat Siapa engkau yang datang hendak bertikam dengan
aku itu dan siapa namamu?
Laksamana Akulah Laksamana, baharu datang dan berguru di Hulu
Melaka.

Guruh berdentum bunyi bergegar


Ayam jaguh sedang bercabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung.
Hang Jebat Hai Laksamana, bahawa aku tiada takut akan engkau!
Ku dengar engkau sudah dibunuh oleh Bendahara
sebab itulah maka aku hairan.

Patah rotan tali bersilang


Batang meranti rimbun berjejal
Langkah pahlawan di lengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal.
Laksamana Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Di pertuan
membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh
oleh Bendahara di Hulu Melaka.
Hang Jebat Hai oranq kaya Laksamana, keranamu lah maka aku
menderhaka kepada raja! Jika aku tahu akan engkau
masih hidup, demiAllah dan RasulNya, tidak akan aku
berbuat demikian.
Selepas itu Hang Jebat makan santapan raja dan sirih lalu beliau membuka pintu dan
membenarkan Laksamana masuk,
Hang Jebat Silakan orang kaya naik, masuklah.

Laksamana Aku tiada mahu naik, kerana engkau hendak kenakan aku.
Bukalah pintu itu keduanya barulah aku naik.
Hang Jebat Silakan orang kaya naik, pintu sudah torbuka.

Laksamana Baiklah... Cis, Si Jebat! Mati engkau olehku.

Hang Jebat Nah..terima likaman ini...

Laksamana Cih, bukan laki-laki menikam mencuri

Hang Jebat (Sambil tertawa sinis bunyi lantang). Hai orang kaya,
aku geram melihat engkau berdiri-diri diatas tangga itu
tiada tertahan hatiku!
Berlakulah pertarungan antara Hang Jebat dan Laksamana tetapiseorang pun tidak terkena
tikaman kerana kedua-dua mereka sangat hebat. Orang ramai yang berada di situ cuba
meradak kaki Hang Jebat dari bawah islana

(Laksamana dan Hang Jebat melemparkan talam ke atas lantai dan terus bertarung).

Laksamana yang hampir terkena lembing orang yang berada di bawah istana menghalau
mereka.
Laksamana Hai segala kamu orang kita, pekerjaan apa ini? Baik kena pada
kaki Si Jebat, jika kena pada kakiku, sia-sialah pekerjaan
tuanku! Sekarang undurlah kamu sekalian.
Laksamana mengakui kehebalan Jebai bertarung. Dia juga memberitahu bahawa sekiranya
kesalahan Hang Jebat bukanlah penderhakaan maka dia tidak akan membunuhnya malah akan
melepaskannya. Setelah Hang Jebat mendengar kata-kala Laksamana itu, dia menangis.
Laksamana pun menangis kerana mengasihani Hang Jebat.
Hang Jebat Hai Laksamana, sungguh-sungguh rupanya engkau hendak
membunuh aku!
Laksamana Sungguh seperti katamu itu, pada hatiku pun demikianlah.
Sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada
engkau mati, barang tipunya dayaku pun ku perlepaskan iuga
engkau daripada mati.
Hang Jebat Aku pun berbuat begini kerana melihat engkau dibunuh oleh
Bendahara, tiada dengan dosanya. Sakit hatiku!
Orang yang menuduh tidak pula dibunuh, tetapi orang yang
tidak berdosa dibunuhnya kerana raja menghukum tanpa usul
periksa. sedang engkau banyak bakti dan jasamu kepada
Melaka.
Laksamana Sungquh seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja
ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu biarlah difikir
dengan habis-habis dahulu, seperti kata
orang orang tua :
Baik mati dengan nama yang baik,
jangan hidup dengan nama yang jahat, supaya masuk syurga
esoknya.

Hang Jebat Sebenarnyalah sepertikatamu itu, Apakan daya sudahlah


gerangan rupanya peranjian hamba mati dengan nama yang
jahat, tetapi Si Jebat tiada memberi air muka sahabatnya
binasa.

Adapun sekarang aku mempunyai seorang perempuan,


dayang Datuk Bendahara, Dang Baru namanya, sudah
mengandunq tujuh bulan. Jika anak lelaki dilahirkan, kau
jadikanlah dia sebagai jagaanmu dan namakan dia Nadim.
Sekiranya anak perempuan, terpulanglah kepada ibunya.

lnilah pesananku kepada tuan hamba.


Laksamana Baiklah...hamba berianji.
Berlaku pertarungan antara Jebat dan Laksamana. Keris Hang Jebat terkena talam dan
sebelum dia sempat menarik kerisnya keluar, Laksamana menikam dadanya hingga ke
belakang.
Hang Jebat Aduh...bisa sungguh tikaman kerismu Tuah!
Beginilah nasib dan pengorbananku terhadapmu, aku
mati keranamu Tuah... kerana kezaliman raja Melaka...
Aku akan terus mengamuk...wahai orang-orang
Melaka-.. tunggu..-aku akan amuk,..aku akan amuk,..
tunggu...
Pintu istana dibuka oleh orang ramai yang berada di luar. Hang Jebat cuba menikam
Laksamana letapi tidak terkenanya. Laksamana pun turun dari istana dan berjalan pulang ke
rumahnya sambil membersihkan kerisnya,

Anda mungkin juga menyukai