Anda di halaman 1dari 7

2.

0 RANCANGAN SUMBER MANUSIA

2.1 Strategi Pengurusan Sumber Manusia

Kaedah pengurusan kakitangan perniagaan yang baik dan tugasan kerja yang tepat dan
berkesan sangat penting dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu, FC Laundry telah
mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut;

2.1.1 Menerapkan semangat bekerja di antara semua bahagian demi faedah perniagaan.
2.1.2 Memberi bimbingan dan latihan kepada pekerja supaya berupaya menunjukkan prestasi
kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
2.1.3 Menyediakan peluang secara bebas untuk berbincang dan menyalurkan pendapat serta
cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.

2.2 Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh FC Laundry merangkumi keseluruhan aspek


pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya, struktur organisasi
perniagaan dijelaskan melalui carta organisasi yang telah dibangunkan seperti ditunjukkan
pada bahagian sebelum ini. Perkara-perkara berikut memperincikan aspek struktur tersebut.

2.2.1 Fungsi Struktur Organisasi


Struktur organisasi yang dibangunkan oleh perniagaan ini mempunyai beberapa fungsi
penting. Antara fungsi utama struktur yang telah dibangunkan adalah seperti:
 Tanggung jawab yang jelas - Setiap pekerja mempunyai tugas dan
tanggungjawab masing-masing secara jelas. Hal ini bagi mengelakkan
berlakunya pertindihan tugas dan tanggung jawab yang dipikul mereka. Semua
keputusan yang dibuat menjadi cepat dan berkesan.
 Penyelarasan yang mudah – aliran komunikasi antara pengurus dengan pekerja
mudah diselaraskan. Dengan itu, dapat mengelakkan komunikasi yang lambat
terutama apabila berlakunya sebarang masalah kepada pelanggan dan
pembekal.
 Kawalan yang baik – pengurus dapat memantau dan mengawal pekerja
bawahannya dengan baik apabila merujuk kepada struktur yang telah sedia
ada.

1
2.2.2 Perjawatan, Tanggung Jawab dan Keperluan Personel
FC Laundry telah menetapkan beberapa jawatan dengan tanggungjawab utama kerja yang
terlibat dalam melicinkan lagi pengurusan perniagaan. Jawatan dan tanggungjawab tersebut
merangkumi tugas sebagai pengurus, sumber manusia, operasi, pemasaran dan juga
kewangan. Secara terperinci, tanggung jawab utama setiap tugas tersebut diterangkan seperti
jadual di bawah ini.

Jadual 2. 1: Jawatan, Tanggung Jawab Utama dan Kelulusan & Pengalaman


Perjawatan Tanggung Jawab Keperluan Personel
Pengurus 1. Mengawal selia organisasi dan Kelulusan Akademik:
perniagaan supaya berjalan dengan
(Riffqi Ariff) Diploma Perkhidmatan
lancar.
Hospitaliti (Kolej
Umur: 24 tahun
2. Memastikan semua pekerja syarikat Komuniti)
melaksanakan tanggung jawab
mengikut skop tugas yang diberikan.
Pengalaman Kerja:
3. Menjalankan mesyuarat secara
berkala bagi memastikan perniagaan o Penolong Operasi
berjalan dengan lancar dan berada Kilang DMR
dalam keadaan yang stabil. Herbs Sdn Bhd
(semasa)
Operasi 1. Membuat pembelian bekalan bahan
mentah dan merekod stok.
(Riffqi Ariff)
2. Mengendalikan aspek teknikal agar
Umur: 24 tahun
mesin sentiasa berada dalam
keadaan terbaik.
3. Mengawal perjalanan operasi
perniagaan agar berjalan lancar.
Sumber Manusia 1. Mengurus pengambilan pekerja Kelulusan Akademik:
mengikut keperluan tugas dan kerja.
(Yusniza Yusoff) Ijazah Sarjana Muda
2. Membangunkan pengetahuan Perakaunan (UUM).
Umur: 44 tahun
pekerja melalui kursus-kursus yang
berkaitan.
Pengalaman Kerja:
3. Mengendalikan hal ehwal berkaitan
gaji, saraan dan kebajikan pekerja. o Guru Perakaunan
(semasa)
Kewangan 1. Menyediakan Belanjawan Tahunan
perniagaan. o Akauntan,
(Yusniza Yusoff)
Kementerian
2. Menyediakan Laporan Kewangan
Umur: 44 tahun Kewangan
perniagaan.

2
3. Mengawal dan mengurus Malaysia
penggunaan sumber perniagaan. (terdahulu)

Pemasaran 1. Melakukan kajian pasaran bagi Kelulusan Akademik:


mengenalpasti kehendak pasaran.
(Dzulkarnain Ijazah Doktor Falsafah
Musa) 2. Membangunkan pelan pemasaran (UUM).
bagi setiap tahun.
Umur: 48 tahun
3. Bertanggungjawab untuk
Pengalaman Kerja:
membangun dan melaksanakan
strategi pemasaran. o Pensyarah
Perniagaan dan
Keusahawanan,
Politeknik
Malaysia
(semasa).

2.3 Gaji dan Ganjaran

Perniagaan FC Laundry menyediakan pakej gaji yang berpatutan sesuai dengan tugas dan
tanggung jawab yang dipikul para petugas yang berkaitan. Gaji dan ganjaran yang telah
ditetapkan adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 2. 2: Gaji dan Ganjaran


Jawatan Taraf Gaji Elaun KWSP SOCSO Jumlah
Jawatan (12%)
Pengurus Sepenuh RM1,500 RM200 RM180.00 RM27.15 RM1,907.15
masa
Sumber Separuh 0 RM500 0 0 RM500
Manusia masa
Operasi Sepenuh RM1,200 RM100 RM144.00 RM21.85 RM1,465.85
masa

Pemasaran Separuh 0 RM500 0 0 RM500


masa
3
Kewangan Separuh 0 RM500 0 0 RM500
masa
Jumlah (RM) RM2,700 RM1,800 RM324.00 RM49.00 RM4,873.00

Berdasarkan jadual di atas, pengiraan gaji dan ganjaran dibuat berdasarkan jawatan dan
tarafnya serta peranan tugas yang digabungkan bagi ketiga-tiga pekerja yang terbabit dengan
merujuk kepada carta organisasi perniagaan. Gaji diberi hanya kepada pekerja dengan taraf
jawatan tetap manakala jawatan dengan taraf separuh masa pula hanya diberi elaun tugas
sahaja. Seterusnya caruman majikan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula
adalah sebanyak 12% daripada jumlah gaji. Selain itu, caruman majikan bagi insuran
pekerjaan (SOCSO) pula adalah sebanyak RM27.15 bersesuaian dengan julat gaji pekerja
terbabit. Tiada potongan KWSP dan SOCSO dibuat untuk pekerja dengan jawatan separuh
masa.

2.4 Latihan dan Pembangunan

Latihan dan pembangunan sangat strategik dalam menyumbang kepada pencapaian matlamat
visi dan misi perniagaan. Keperluan kepada latihan dan pembangunan diri pekerja menjadi
penting rentetan daripada perubahan pantas dalam teknologi dan keperluan para pelanggan.
Latihan membolehkan pekerja memperoleh kemahiran baru dan mengasah kemahiran sedia
ada mereka dalam usaha meningkatkan produktiviti kerja selain dapat mengangkat diri
menjadi pemimpin atau pekerja yang lebih baik.

Bagi perniagaan ini, beberapa jenis latihan dan pembangunan diri pekerja diperlukan. Antara
kursus yang akan diikuti adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah ini.

Jadual 2. 3: Senarai Latihan dan Pembangunan


Bil Nama Kursus Pegawai Anjuran
Terlibat
1. Kursus Asas – Dobi Pengurus / Institut Keusahawanan Negara
Operasi (INSKEN)

2 Strategi Perniagaan Pintar – Pengurus / Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Usahawan dalam Operasi
Perkhidmatan

4
Latihan dan pembangunan diri kepada pekerja terlibat membabitkan sejumlah kos yang perlu
dibelanjakan. Namun begitu, impaknya kepada operasi perniagaan adalah sangat besar
walaupun secara subjektif. Dalam hal ini, dua kursus di atas perlu dihadiri demi
mengeoperasikan perniagaan FC Laundry secara berkesan.

2.5 Anggaran Belanja Organisasi dan Sumber Manusia

Terdapat tiga bentuk perbelanjaan yang terlibat meliputi belanja penubuhan, belanja peralatan
pejabat dan belanja pengurusan sumber manusia. Perincian bagi ketiga-tiga belanja tersebut
dirumuskan seperti tiga jadual yang disediakan secara berasingan di bawah ini.

2.5.1 Anggaran Belanja Penubuhan (Sekaligus)


Beberapa perbelanjaan awal perlu dibiayai dalam usaha memulakan perniagaan ini. Antara
perbelanjaan terbabit termasuklah kos daftar perniagaan, lesen dan permit di pihak berkuasa
tempatan (PBT), serta beberapa deposit yang berkaitan seperti utiliti dan kedai. Jadual di
bawah ini menyenaraikan perbelanjaan penubuhan terbabit dan kos yang terlibat.

Jadual 2. 4: Kos Belanja Penubuhan


Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM)
Daftar Perniagaan (SSM) RM60.00
Lesen Perniagaan (PBT) RM200.00
Permit Iklan (PBT) RM500.00
Deposit Utiliti (elektrik + air + wifi) RM2,000
Deposit Kedai RM1,500
Lain-lain RM250.00
Jumlah Belanja Penubuhan RM4,510.00

Pengurus perlu memastikan semua keperluan awal untuk penubuhan perniagaan dapat
diselesaikan. Urusan dengan pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
cawangan negeri Kedah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran
Kubang Pasu adalah berkaitan hal-ehwal perundangan perniagaan. Manakala urusan
berkaitan infrastruktur utiliti melibatkan elektrik (TNB), air (SADA) dan talian telefon dan
internet (TM). Akhir sekali, deposit kedai perlu diselesaikan dengan pemilik premis.

5
2.5.2 Anggaran Belanja Peralatan Pejabat (Tahunan)
Peralatan pejabat digunakan bagi tujuan khusus untuk pengurusan dan pentadbiran.
Perbelanjaan yang berkaitan adalah secara sekaligus dengan anggaran kos yang terlibat
seperti jadual yang disediakan tersebut.

Jadual 2. 5: Kos Belanja Peralatan Pejabat


Jenis Perbelanjaan Kuantiti Harga/Unit Jumlah
(Unit) (RM) (RM)
Kerusi & Meja 2 RM100.00 RM200.00
Alatulis 10 RM2.00 RM20.00
Fail & Peralatan 10 RM4.00 RM40.00
Almari Fail 1 RM100 RM100.00
Jumlah Belanja Pejabat RM360.00

2.5.3 Anggaran Belanja Latihan (Tahunan)


Beberapa latihan dan anggaran kos yang terlibat adalah seperti jadual berikut:

Jadual 2.6: Kos Belanja Latihan


Nama Kursus Kuantiti/RM Kos (RM)
Kursus Asas – Dobi (INSKEN) 1 x RM200.00 RM200.00
Strategi Perniagaan Pintar – Usahawan dalam 1 x RM100.00 RM100.00
Perkhidmatan (MARA)
Belanja Lain – Pengangkutan dan Makan Minum 2 x RM100 RM200.00
Jumlah (RM) RM500.00

2.5.4 Anggaran Belanja Gaji dan Ganjaran (Bulanan)


Bagi tujuan penggajian dan perlindungan pekerja, pihak FC Laundry menganggarkan
perbelanjaan bulanan bagi perjawatan yang terlibat adalah seperti jadual di bawah ini.

6
Jadual 2. 7: Kos Belanja Gaji dan Ganjaran
Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM)
 Gaji Pekerja RM2,700.00
 Elaun Pekerja RM1,800.00
 KWSP: Caruman majikan RM324.00
 PERKESO: Caruman majikan RM49.00
Jumlah Belanja Gaji dan Ganjaran RM4,873.00

2.6 Rumusan

Rancangan sumber manusia menjadi titik-tolak kepada permulaan pembentukan organisasi


perniagaan. Dalam rancangan ini, tumpuan akan diberikan dalam pembentukan struktur
organisasi dan perjawatan selanjutnya mengupayakan pembangunan modal insan. Pengekalan
sumber manusia melalui pengurangan pusing ganti pekerja sangat mustahak dalam
membangunkan tenaga manusia sesebuah organisasi. Maka adalah penting bagi sesebuah
organisasi berusaha membangunkan sumber manusia yang lestari demi kejayaan dalam
orientasi perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai