Anda di halaman 1dari 6

Kod Kertas WTP – 201/P(1/5) Muka surat : 1 drpd 5

NO. DAN TAJUK MODUL 201 – PEMASANGAN KERANGKA PINTU DAN TINGKAP

1. PEMILIHAN KERANGKA DAN PEMASANGAN TAMBATAN

KELULI (FASTENER) PADA KERANGKA

2. PEMASANGAN KERANGKA PADA TEMBOK


NO. DAN PERNYATAAN
TUGASAN 3. MEMBINA BUKAAN PINTU DAN TINGKAP PADA TEMBOK
BATA

4. PEMASANGAN KOTAK BENTUK UNTUK AMBANG (LINTEL)

5. MENEMPATKAN AMBANG (LINTEL) DI ATAS KERANGKA


Kod Kertas WTP – 201/P(1/5) Muka surat : 2 drpd 5

TAJUK : PEMASANGAN KERANGKA PINTU DAN TINGKAP

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar supaya dapat
menerangkan fungsi pintu dan tingkap pada bangunan, melabel dan menyatakan bahagian –
bahagian pemidang pintu dan tingkap serta mengetahui persediaan yang perlu dilakukan
sebelum kerja – kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap dijalankan disamping mempelajari
tentang lukisan kerja akitek, penggunaan peralatan kerja – kerja pemasangan kerangka pintu dan
tingkap serta bahan, kelengkapan dalam kerja pemasangan kerangka pintu dan tingkap dan boleh
membuat kemasan pada bahagian lepaan.

PENERANGAN
Kod Kertas WTP – 201/P(1/5) Muka surat : 3 drpd 5

3.3. Langkah –langkah mendirikan perancah bermula dengan aktiviti berikut :

3.3.1. Menyediakan bahan-bahan Perancah :


Bahan-bahan untuk perancah boleh dipilih dari bahan berikut :
 Kayu.
 Tiub Keluli / kerangka tiub keluli.
 Buluh.
 Aluminium aloi.
Bagi pembinaan perancah bebas ini, bahan yang akan digunakan difokuskan kepada 2 jenis iaitu
tiub keluli dan kerangka tiub keluli yang tersedia dalam pelbagai bentuk komponen.
Penyediaan bahan-bahan perancah melibatkan komponen-komponen dan pepasang
penyambung. Oleh itu semua komponen perancah yang terlibat perlu dikenal pasti, ketahui dari
segi fungsi dan disediakan mengikut prosedur. Berikut adalah komponen-komponen perancah
yang perlu disediakan :

3.3.2. Komponen Kerangka Tiub Keluli

a) Rangka Utama (Main Frame)


Berbentuk U terbalik dengan ukuran lebar ;
762, 914, 1,219 dan tinggi 1,524, 1,700 & 1,930
mm.

b) Rangka Lintang ( Horizontal Frame)


Dipasang melintang antara dua rangka utama, bertujuan
memegang rangka utama dan menyokong papan
pelantar. Ukurannya seperti dalam jadual;
Kod Kertas WTP – 201/P(1/5) Muka surat : 4 drpd 5

c) Pampan Pelantar

d) Kekunci Lengan ( Arm Lock )


Dipasang pada dua rangka utama untuk memegang rangka
tersebut supaya tidak tercabut dari pin sambungan.

e) Rembat Palang ( Cross brace )


Dipasang antara rangka-rangka utama bagi menguatkan
pemasangan rangka utama dan mengukuhkan
kedudukannya.
Ukurannya pelbagai.diantaranya

Size ( A x B ) In mm
2,500 x 1,500
B
2,000 x 1,500
1,250 x 1,500
f) Pengalas
Dipasang pada kaki rangka untuk dipaku pada papan alas
tapak.
Dua jenis pengalas - Pengalas tetap
- Pengalas Bicu berlaras

g) Pin Sambungan
Dipasang kepada setiap sendi iaitu antara rangka-rangka
utama untuk menghubungkan rangka utama dengan
rangka utama yang lain supaya ketinggiannya dapat
ditingkatkan.
Kod Kertas WTP – 201/P(1/5) Muka surat : 5 drpd 5

h) Pengikat Tembok
Berfungsi sebagai pengikat antara perancah dan
bangunan. Ikatan dilakukan antara rangka utama dan
cangkuk pengikat yang memegang kemas pada bol
tambatan yang ditanam dalam tembok.Keadaan ini akan
menstabilkan peranca dan mengelakkannya dari runtuh.

3.3.3. Langkah-langkah pemasangan [ untuk amali ]

• Pakai pakaian keselamatan yang sesuai.


• Kenalpasti kawasan yang hendak dijalankan.
• Bersihkan kawasan kerja.
• Periksa peralatan kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik dan selamat.
• Bawa peralatan kelengkapan ke tempat pemasangan.
• Kumpulkan dan asingkan peralatan kelengkapan ditempat yang berdekatan supaya mudah
diambil untuk memudahkan kerja dijalankan.
• Pasang tanda amaran di kawasan kerja.
• Letak Base plate/papan alas jika keadaan lantai tidak bersimen.
• Letak Adjustble screw jack dengan jarak yang betul.
• Letak dan dirikan Frame.
• Pasangkan Cross Brace.
• Levelkan,paraskan dan tegakkan dengan menggunakan Spirit Level.
• Pasang Platform diatas frame.
• Pasangkan Jointer jika perlu level yang seterusnya.
• Ulang langkah sehingga sampai ke level yang dikehendaki.
• Periksa setiap hari sebelum memulakan kerja.

5. Persediaan Permukaan Lepaan Bahagian Atas [ Siling,rasuk lantai tingkat atas ]

5.1. Mengenalpasti Tempat Yang Akan Dilepa

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :


a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai
c. Lepaan bahagian atas / siling
Kod Kertas WTP – 201/P(1/5) Muka surat : 6 drpd 5

Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa


Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat
dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.

a. Permukaan bata
Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir
ataupun blok

b. Permukaan konkrit.
Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang
dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup
permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas
dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang
diadakan dengan sengaja.

Kaedah Lepaan

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin
lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh
dibahagikan kepada tiga lapisan.

Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk
lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepa
dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan
kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.

Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat
dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan
kemasan kerutu.

Anda mungkin juga menyukai