Anda di halaman 1dari 27

BAB 3

RAWATAN AIR

Suhana/DCC40152/MAC2023
2.1 RAWATAN AIR MENTAH

• Tujuan rawatan air mentah adalah untuk:


i. Menghapuskan pencemaran.
ii. Membunuh semua organisma terutama yang berpotensi membawa penyakit.
iii. Menghilangkan warna, rasa yang tidak enak dan bau.
iv. Menghapuskan gas-gas terlarut yang menyebabkan air tidak segar.
v. Menghilangkan sifat mengkarat air.
vi. Menyesuaikan dengan kegunaan domestik selain daripada tujuan untuk diminum
dan memasak seperti membasuh.

2.2.1 Teknik-teknik Rawatan Air

2.2.1.1 Kemasukan Air

• Melibatkan kaedah-kaedah fizikal seperti:


i. Penabiran (screening)
ii. Penyingkiran krisik (grit removal)
iii. Teknik-teknik fizik kimia di mana bahan pencemar ditukar secara kimia dan
disingkirkan secara fizikal.
• Air mentah dari sumber disalurkan ke loji melalui ‘loji mukasauk’ (intake) yang terdapat
dalam berbagai bentuk dan biasa ditempatkan berhampiran sumber air.
• Terdapat 2 jenis mukasauk iaitu:

Suhana/DCC40152/MAC2023
i. Mukasauk dengan bahagian sisi yang mempunyai saluran terbuka
o Ini supaya air dapat masuk pada halaju yang ditetapkan di man zarahan berat
dapat diperangkap semasa melalui takungan pam (pump sum).
ii. Muka sauk yang direka bentuk mempunyai saluran laluan yang menuju ke takungan
pam.
o Di sini mendapan ditahan pada bahagian hujung saluran laluan tersebut.
• Komponen: Pintu masuk, penabir, kebuk kersik (grit chamber), takungan pam (jika perlu)
dan pam air mentah.
• Terdapat dua jenis penabir iaitu:
i. Penabir kasar
o Untuk menabir bahan-bahan terapung yang besar seperti sampah-sarap dan
ranting-ranting kayu.
ii. Penabir halus
o Untuk menyingkirkan bahan-bahan terapung yang lebih kecil seperti
tumbuhan air, dedaun dan sebagainya.
o Ia juga dapat melindungi loji dari masalah kerosakan.
• Kerbuk kersik bertujuan untuk memendapkan bahan-bahan tak organik (kersik) secara
memperlahankan aliran air bagi mengurangkan kandungan tersebut memasuki takungan
pam.
• Pam air mentah digunakan untuk menyalurkan air ke loji pembersihan sekiranya aliran
berpam diperlukan
.
2.2.1.2 Pengudaraan
• Tujuan utama proses pengudaraan dalam rawatan air mentah adalah untuk:
i. Memasukkan oksigen dari atmosfera ke dalam air mentah bagi meningkatkan
kualitinya.
ii. Menghapuskan bau dan rasa tidak enak yang disebabkan oleh gas hidrogen sulfide
(𝐻2 S) dan algae.
iii. Menghilangkan sifat mudah karat yang disebabkan oleh karbon dioksida (𝐶𝑂2) dan
mengoksida ferum (Fe) dan mangan (Mn).

Suhana/DCC40152/MAC2023
• Kaedah-kaedah yang digunakan adalah seperti:
i. Pengudaraan percik

o Dilakukan dengan memancutkan air melalui muncung saluran bergaris


pusatdi antara 250-400 mm ke plat logam untuk menghasilkan percikan air.
o Sesuai digunakan untuk menhapuskan 𝐶𝑂2 dan Fe yang terdapat di dalam
air.
ii. Pengudaraan air terjun/apron

o Bergantung kepada keadaan bergelora yang dihasilkan oleh aliran turun


secara bercerun.
iii. Pengudaraan dulang
o Menggunakan beberapa dulang berlubang yang diatur bertingkat-tingkat.
o Saiz lubang meningkat dari atas ke bawah.
iv. Pengudaraan secara resapan udara
o Udara dibuihkan ke atas air di dalam tangki melalui paip berliang di dasar
tangki.
o Paling berkesan untuk memasukkan udara ke dalam air mentah disebabkan
buih udara mempunyai halaju menaik yang tetap.
o Kelebihan: kuantiti udara boleh diubahsuai mengikut keperluan.

2.2.1.3 Pengklorinan Awal


• Proses ini dilakukan jika keadaan air mentah benar-benar memerlukannya.
• Air yang banyak kandungan algae memerlukan pengklorinan awal bagi memusnahkan-
nya.
• Tujuan utama adalah untuk:
i. Mengoksida kandungan besi dan mangan di dalam air.
ii. Menghalang pembiakan algae yang boleh menyumbatkan komponen loji rawatan
seperti penuras dan pam.
• Keburukan: boleh menghasilkan kandungan THM yang tinggi dalam air terawat dan
bersifat karsinogen. Oleh itu, ia jarang dilakukan di Malaysia.

Suhana/DCC40152/MAC2023
2.2.1.4 Pemendapan Awal

Tangki Pemendapan

• Dilakukan hanya untuk air mentah yang mempunyai kandungan pepejal terampai yang
sangat tinggi dan mengakibatkan air menjadi terlalu keruh.
• Air mentah yang mempunyai kandungan pepejal terampainya di bawah 1000 mg/l tidak
memerlukan pemendapan awal.
• Sekiranya diperlukan, masa tahanan yang lazim digunakan ialah di antara 30 hingga 60
minit.

2.2.1.5 Pembauran Kimia


• Proses di mana bahan pengental dicampur secara menyeluruh dengan air mentah dan
sekaligus bertindakbalas menghasilkan flok.
• Selepas flok terbentuk, air mentah perlu dibatir secara perlahan-lahan supaya flok dapat
bersatu menjadi saiz yang lebih besar.
• Pembauran yang sempurna akan membolehkan flok menyerap, membendung serta
menyatukan jisim-jisim koloid dan pepejal halus terampai menjadi lebih besar.
• Peralatan atau kaedah yang digunakan adalah seperti:

i. Tangki beradang /baffle system, (kaedah tradisional)

o Terdapat 2 jenis tangki beradang iaitu adang secara menegak dan adang
secara mengufuk.
o Jarak di antara dinding adang adalah di dalam linkungan 600-1,000 mm,
sementara halaju aliran di antara 150-300 mm/s.
o Masa tahanan biasanya di antara 20-60 minit.

Suhana/DCC40152/MAC2023
ii. Pengayuh berputar (motor)

o Pengayuh boleh berputar sama ada di atas aci tegak atau mendatar.
o Masa tahanan di dalam tangki ialah di antara 20-45 minit.
o Luas permukaan pengayuh pula lebih kurang 20% daripada luas
permukaanya tangki.
o Halaju putaran pengayuh perlu berada di dalam linkungan 0.15-0.6 m/saat.
o Dapat menyingkirkan pepejal terampai sehingga menjadi 20 mg/l.
o Juga dapat menghapuskan bakteria sebanyak 65%.

iii. Pencampur kilat


o Berbentuk kipas dan dapat berputar dengan cepat. Dilakukan di dalam
kebuk percampuran.
o Masa tahanan dapat dikurangkan hanya kepada 20-60 saat.
iv. Pencampur plat penyimpang.
o Dilakukan secara meresapkan air melalui plat penyimpang.
o Air yang mengalir melalui lubang di bawah plat penyimpang akan bergelora
sebelum bercampur dengan bahan pengental.

2.2.1.6 Pengentalan dan Flokulasi

Gumpalan Flok
• Satu kaedah kimia untuk menstabilkan bahan-bahan koloid.
• Koloid yang terdapat di dalam air mentah terdiri dari jisim tanat liat dan bahan-bahan
organik halus.
• Ciri-ciri bahan koloid adalah seperti berikut:
o Mempunyai cas-cas negative.
o Tidak mudah mendap di bawah daya tarikan graviti.
o Tidak boleh disingkirkan secara penurasan semata-mata.
• Setelah air dibaurkan dengan bahan pengental secara perlahan-lahan pada dos tertentu,
tindak balas yang berlaku akan menghasilkan zarahan- mikroskopik lalu membentuk flok
yang boleh dienapkan.

Suhana/DCC40152/MAC2023
• Flok mempunyai ciri-ciri boleh memerangkap dan memisahkan bahan-bahan terampai
seperti koloid dengan cepat dari air.
• Bahan pengental yang mempunyai ion cas positif akan menarik dan mengikat bahan koloid
yang mempunyai ion cas negatif untuk membentuk flok yang neutral.
• Proses untuk menghasilkan flok ini dinamakan ‘proses flokulasi’.
• Tiga ciri-ciri utama bahan pengental:
i. Kation trivalen
o Koloid yang dicas adalah negatif. Oleh itu, kation diperlukan untuk
meneutralkan cas. Ia merupakan kation yang lebih efisien.
ii. Tak toksik
o Untuk menghasilkan air yang selamat diminum.
iii. Tidak boleh larut dalam linkungan pH neutral
o Boleh mendap di dalam larutan supaya ion tidak tertinggal di dalam air.
o Pemendapan dapat membantu proses penyingkiran koloid.

• Jenis-jenis bahan pengental adalah seperti berikut:

Aluminium Sulfat

i. Aluminum Sulfat atau Alum [𝐼𝐴2 (𝑆𝑂4 )₃]


o Bahan pengental yang paling kerap digunakan kerana harganya yang murah
dan berkesan.
o Hanya akan bertindak balas di dalam air jika ada kealkalian.
o Bahan alkali yang biasa digunakan seperti kalsium bikarbonat (Ca HCO₃),
kalsium hidroksida (Ca OH) atau natrium karbonat (Na CO₃).
o Semua tindak balas di atas akan membentuk flok aluminium hidroksida
[2AI(OH)₃].
o Dos alum yang digunakan adalah di dalam linkungan 15-50 mg/l
bergantung kepada kekeruhan air.

ii. Ferik Klorida (Fe CI₃) dan Ferik Sulfat [𝐹𝑒2 (𝑆𝑂)4 )₃]
o Bahan pengental ferik (klorida dan sulfat) merupakan ejen pengoksida yang
kuat.
o Oleh kerana sifat menghakis yang kuat, ia jarang digunakan.
o Ferik hidroksida [Fe (OH)₃] adalah flok yang dihasilkan.

Suhana/DCC40152/MAC2023
o Bahan pengental seperti alum (𝐴𝐼 3+ ) dan ferik (𝐹𝑒 3+ ) memenuhi ketiga-
tiga ciri di atas.
• Faktor-faktor yang menentukan dos bahan pengental:
i. Kekeruhan air
o Kekeruhan yang tinggi memerlukan lebih banyak pengental.
ii. Warna dalam air
o Untuk menyingkirkan warna di dalam air, flok berwarna perlu dibentuk
sebelum disingkirkan dan dituras.
o Flok yang dibentuk ini hendaklah mempunyai paras pH di bawah 6.5 bagi
kebanyakan air berwarna.
o Alum adalah bahan pengental yang berkesan untuk menyingkirkanwarna.
iii. Paras pH
o Pengawalan pH amat penting bagi mengekalkan ciri-ciri flok.
o Jika pH bagi flok aluminium hidroksida lebih rendah dari paras optimum,
flok yang tidak boleh larut akan terlarut dan menyebabkan ianya terlesap.
o Jika paras pHnya melebihi paras optimum, flok aluminium hidroksida akan
terion kepada aluminat di mana kedua-duanya mempunyai cas negatif dan
boleh larut dalam air.
o Paras pH optimum adalah di dalam julat 5.0-6.5.
o Untuk pengawalan paras pH yang baik, ianya perlu ditambah dengan soda
kaustik, kapur atau abu soda bagi menurun dan meningkatkan paras pHnya.
iv. Tempoh pemendapan atau masa tahanan.
v. Suhu air
o Jika suhu air rendah, tindak balas dan pembentukan flok menjadi lambat.
Oleh itu, dos bahan pengental perlu ditambah.
• Untuk menetukan dos optimum bahan pengental yang diperlukan bagi merawat air mentah
ialah dengan melakukan Ujian Balang (Jar Test).
o Ujian ini dilakukan sekali sehari dan setiap kali berlakunya perubahan kualiti air.
o Peralatan yang digunakan terdiri dari alat putaran yang mempunyai 6 rod pengaduk
pugak yang dilengkapi dengan ‘pengayuh berbilang pengaduk’ (multiple stirrer) di
hujung bahagian bawah dan boleh berputar pada kelajuan yang boleh diubah-ubah.
o Perhatian yang perlu dibuat bagi ujian ini adalah:
1) Bahan pengental yang digunakan dalam ujian ini mestilah sama dengan
yang digunakan di loji.
2) Dos bahan pengental dan pH yang diuji adalah di dalam julat yang biasa
digunakan di loji.
2.2.1.7 Pemendapan utama

• Bertujuan untuk mengumpulkan jisim flok dan mengenapkannya secara graviti atau apa-
apa cara lain.
• Flok biasanya mengandungi bahan terapung dan terampai 65-90% bakteria dan virus akan
tersingkir bersama-sama apabila flok terenap menjadi enapcemar.

Suhana/DCC40152/MAC2023
• Enapcemar yang dihasilkan perlu dirawat sebelum dilepaskan ke saliran permukaan.
• Faktor utama di dalam proses pemendapan ialah halaju aliran di mana ia perlu berada di
dalam julat 0.3-0.6 m/s supaya flok tidak pecah dan tidak mengenap jika halaju terlalu
tinggi dan terlalu perlahan.
• Proses pemendapan boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu:
i. Pemendapan biasa
o Bahan terampai akan mengenap ke bawah secara tarikan graviti tanpa
menggunakan bahan kimia.
ii. Pemendapan dengan menggunakan bahan kimia
o Bahan pengental digunakan untuk membentuk flok dan mengenap ke bawah.
o Satu kaedah konvensional yang digunakan secara meluas di Malaysia.
iii. Pemendapan dengan alat penjernih(clarifier)
o Tindak balas pengaduk mekanikal yang berputar secara perlahan menyebabkan
proses pengenapan berlaku sampai ke bawah.

• Jenis-jenis tangki pemendapan yang digunakan:


i. Tangki aliran mendatar
o Paling banyak digunakan, berbentuk segi empat dengan dasarnya sedikit
bercerun dan kedalamannya di antara 3-4 m.
o Air mentah yang telah mengalami proses pengentalan akan masuk melalui zon
masukan dan keluar melalui zon keluar.
o Nisbah saiz tangki ialah 1:3 (kedalaman : panjang).

ii. Tangki aliran jejari


o Berbentuk bulat (pelan) dan operasinya mirip seperti tangki aliran mendatar.

iii. Tangki aliran menaik


o Aliran air di dalam tangki adalah arah ke atas.
o Kecekapan pengenapan flok bergantung kepada jenis flok yang terbentuk,
halaju aliran menaik dan biasanya dihadkan di antara 1.5-4.5 m/j.
o Pengenapan akan terhasil jika flok mempunyai graviti tentu kurang dari 1.
o Sesuai digunakan di loji-loji olahan bersaiz kecil yang menerima kurang
daripada 45,000 m³/hari.

iv. Tangki aliran pilin


o Digunakan untuk mengolah air mentah yang mempunyai kandungan pepejal
terampai yang sangat tinggi.
o Berbentuk silinder bergaris pusat besar dengan kedalaman yang kecil.
o Air mentah yang telah mengalami proses pengentalan akan memasuki tangki
secara tangen di bahagian dasar tangki.
o Aliran pilin akan terbentuk mengelilingi tangki dan dalam arah menaik ke
empangan limpah, flok akan terenap.
o Masa tahanan di dalam tangki lebih kurang 4.25 jam.

Suhana/DCC40152/MAC2023
v. Tangki apungan udara terlarut (DAF).
o Sesuai untuk memendapkan zarahan kecil dan mempunyai ketumpatan yang
hamper sama dengan air.
o Prosesnya melibatkan pembauran agen apongan iaitu gelembung udara yang
halus bergabung dengan zarahan terampai dan memberikan daya apongan
untuk membawanya ke permukaan tangki dan ianya boleh dibuang sebagai
‘kekat atau buihan enapcemar’(scum).
o Apongan udara memerlukan pelepasan gelembung udara dari dasar tangki
dengan membekalkan udara kepada sebahagian daripada aliran air terawatt
sehingga menjadi tepu pada tekanan tinggi.
o Air dari tekanan tinggi dikembalikan ke aliran utama pada tekanan atmosfera,
lebihan udara akan keluar dari air dalm bentuk ‘buih halus’.
o Buih udara akan terlekat atau tersaring dalam zarahan terampai yang akan naik
ke permukaan tangki.

2.2.1.8 Penurasan

Kolam Penapisan
• Walaupun telah melalui proses pemendapan, air masih mengandungi bahan terampai atau
pepejal halus.
• Proses penurasan bukan sahaja memerangkap bahan-bahan terampai, tetapi ia juga dapat
menyingkirkan koloid, bahan berwarna dan bakteria yang lebih kecil dari ronga penuras.
• Penurasan adalah proses menyalurkan air melalui lapisan batu dan pasir atau butiran-
butiran lain.

• Pada amnya, empat proses berlaku semasa penurasan iaitu:


i. Penyaringan mekanikal:
o Pepejal terampai atau flok yang mempunyai saiz yang lebih besar dari rongga
penuras akan terperangkap dan tidak dapat melepasi turas.
o Berlaku di lapisan atas penuras.
o Zarahan yang terperangkap ini akan menjadi agen penyaring kepada zarahan
lain yang belum melepasi turas.
ii. Flokulasi dan pemendapan:
o Zarahan bersaiz lebih kecil dari rongga-rongga penuras akan terperangkap
melalui proses flokulasi dan pemendapan.
o Zarahan yang terperangkap ini akan memerangkap zarahan yang lain.
iii. Metabolisma biologi:

Suhana/DCC40152/MAC2023
o Pepejal terampai di dalam air membawa bersama mikroorganisma dan
bakteria.
o Mikroorganisma dan bakteria akan melekat kepada media turas. Oleh itu, ia
akan mereputkan bahan-bahan organik yang terdapat di dalm air yang melalui
media turas.
o Di permukaan atas turas akan terbentuk satu lapisan bahan organik yang telah
teroksida yang dipanggil ‘lapisan schmutzdecke’.
o Lapisan ini juga menjadi agen penyaring zarahan atau pepejal terampai.
iv. Tindakbalas elektrolit:
o Proses penyucian di dalam turas juga berlaku melalui penukaran sifat kimia
air.
o Mengikut teori pengionan, flok dan butiran pasir di dalam turas akan
menghasilkan cas-cas yang berlainan. Cas-cas yang bertentangan ini apabila
bercantum akan meneutralkan di antara satu sama lain.
o Peneutralan ini juga akan menukarkan sifat air menjadi lebih tulen.
• Lapisan turas biasanya terdiri dari lapisan pasir di bahagian atas dan batu kerikil di
bahagian bawah.
• Lapisan batu kerikil berfungsi sebagai penatang lapisan pasir di atasnya.
• Lapisan pasir dan batu kerikil perlu dibersihkan dari pencemaran supaya seragam dari segi
saiz dan sifat, keras serta tahan dari serangan bahan-bahan kimia.
• Terdapat tiga jenis turas iaitu:
i. Turas pasir perlahan(slow sand filter)
o Keluasan turas biasanya di antara 100-2000 m².
o Kedalaman air di atas permukaan pasir di dalam linkungan 1.7-1.8 m dan
lapisan pasir setebal 0.7-0.9 m.
o Lapisan batu kerikil setebal lebih kurang 0.25 m di atas dasar turas (filter bed).
o Saiz pasir biasanya lebih halus.
o Kadar penurasan ialah di antara 100-200 l/jam/m² luas permukan turas.
o Penyucian air berlaku di bahagian permukaan atas, oleh itu lapisan atas
‘schmutzdecke’ terbentuk dengan cepat.
o Bagi mencegah kehilangan turus yang akan memperlahankan kadar alir, turas
perlu dicuci apabila kehilangan turus melebihi 0.9 m. oleh itu, pencucian turas
kerap dilakukan dan ini memerlukan dua atau lebih turas bagi sebuah loji.
o Kebaikan: Keberkesanan rawatan dengan hampir kesemua (99%) zarahan dan
bakteria dapat disingkirkan.
o Kekurangan: Tidak berkesan untuk menuras air yang keruh, tidak mampu
menghapuskan warna dan memerlukan keluasan tanah yang banyak.
ii. Turas pasir graviti deras (rapid sand filter)
o Dapat mengatasi kelemahan kadar alir yang rendah pada turas pasir perlahan.
o Kadar alirnya lebih tinggi kerana menggunakan saiz pasir yang lebih besar.
o Disebabkan rongga-rongga yang terdapat di dalam lapisan pasir lebih besar, air
mentah terpaksa melalui proses flokulasi terlebih dahulu.

Suhana/DCC40152/MAC2023
o Bentuk turasnya sama seperti turas pasir perlahan, perbezaannya Cuma dari
segi saiz pasir, kedalaman air dan lapisan pasir serta kerikil.
o Kedalaman air di atas lapaisan pasir lebih kurang 2.0 m dan ketebalan pasir di
antara 0.45-0.75 m.
o Lapisan kerikil tidak diperlukan jika plat berliang digunakan.
o Kadar penurasannya ialah di antara 3000-6000 l/jam/m² luas permukaan turas.
Ini menunjukkan kadar penurasannya lebih tinggi dari turas pasir perlahan.
o Kebaikan: Mampu menuras air keruh dengan berkesan.
o Kekurangan: Kurang berkesan bagi menghapuskan bakteria iaitu lebih kurang
80-90% bakteria dapat disingkirkan. Ia juga kurang berkesan bagi
menghapuskan warna.
iii. Turas tekanan (pressure filter)
o Turas pasir graviti deras bertutup, dan dengan ini penurasan di bawah tekanan
dapat dilakukan.
o Operasinya sama seperti turas pasir graviti deras.
o Perbezaannya cuma proses flokulasi dijalankan di dalam tangki tertutup turas
tekanan, jika perlu.
o Kebaikan: Jika dibandingkan dengan turas yang lain, jika perlu, kadar alirnya
boleh diubahsuai. Kadar penurasannya lebih tinggi sehingga boleh mencapai
15000 l/jam/m² luas permukaan turas.
o Kekurangan: Kurang berkesan sama seperti kedua-dua turas di atas dari segi
kualiti air yang dihasilkan. Kos pembinaan dan penyenggarannya pun lebih
tinggi.

2.2.1.8(a) Pencucian Tangki

Penyucian Tangki Penapisan

• Dilakukan dengan kaedah ‘pencucian udara’ (air scour) dan ‘pembasuhan balik’ (back
washing) dengan menyalurkan air dan udara ke arah atas melalui dasar turas.
• Tujuannya adalah untuk membuang kotoran yang melekat di bahagian atas media turas
dalam masa-masa tertentu.
• Turas pasir graviti deras lebih cepat tersumbat disebabkan oleh beban hidraul yang lebih
tinggi dan pepejal tertusuk lebih dalam menembusi lapisan turas.
• Proses pencucian dilakukan dengan mambasuh-balik pada kadar 10 kali kadar penurasan
biasa.

Suhana/DCC40152/MAC2023
• Aliran air arah ke atas menyebabkan lapisan media turas mengembang dan melonggarkan
butiran-butiran pasir lalu mencuci kotoran pada butiran-butiran pasir tersebut.
• Apabila air basuhan-balik dimasukkan melalui dasar turas, lapisan pasir mula
mengembang dan berlakulah kehilangan turus.
• Apabila lapisan pasir mengembang lagi, kadar kehilangan turus akan menurun dan apabila
keseluruhan lapisan pasir menjadi longgar, kehilangan turus menjadi konstan.
• Pada takat ini, daya basuhan-balik ke arah atas akan menjadi sama dengan daya graviti ke
arah bawah zarahan lapisan pasir di dalam air.
• Peningkatan aliran basuhan-balik seterusnya akan meningkatkan pengembangan tetapi
tidak meningkatkan kehilangan turus.
• Pengembangan yang berlebihan akan menyebabkan butiran pasir akan terbawa bersama
oleh air basuhan-balik menyebabkan tindakan pencucian akan berkurangan dan
penggunaan air basuhan-balik akan meningkat.
• Injap-injap kawalan digunakan bagi mengawal aliran basuhan-balik supaya butiran pasir
tidak terbawa bersama oleh air basuhan-balik di permukaan.

2.2.2 Teknik-teknik Rawatan Air Tambahan

2.2.2.1 Pembuangan Besi dan Mangan

• Kandungan besi dan mangan yang tinggi dalam air mentah lazimnya berpunca dari bawah
tanah dan air permukaan yang berpunca dari empangan air yang berkeadaan anaerobik.
• Kepekatan yang melebihi 0.3 mg/l boleh menyebabkan masalah bau, rasa dan berwarna
merah yang boleh memberi kesan kepada cucian pakaian, peralatan memasak air panas dan
juga keladak dalam paip agihan.
• Besi dan mangan boleh disingkirkan melalui empat cara iaitu:
i. Proses pengudaraan di mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan.
ii. Mencampurkan dengan bahan kimia kalium permanganat (𝐾𝑀𝑛𝑂4) di mana ia
merupakan agen pengoksida yang kuat.
iii. Proses ‘manganese zeolit’ yang melibatkan penjerapan daripada lapisan pasir
berwarna hijau (pyrolusite) yang mempunyai salutan mangan dioksida semulajadi
yang boleh menyingkirkan besi dan mangan secara ‘penukaran ion’ (ion
exchange).
iv. Proses pengklorinasi.
• Besi (𝐹𝑒 3+ ) dan mangan( 𝑀𝑛2+ ) adalah bahan boleh larut tetapi apabila terdedah kepada
udara, ia akan berubah bentuk kepada bahan tak larut iaitu (𝐹𝑒 2+ ) dan ( 𝑀𝑛4+ ).
• Di antara lain, kadar pengoksidaannya bergantung kepada paras pH, kealkalian dan
kandungan bahan organik di dalam air

Suhana/DCC40152/MAC2023
2.2.2.2 Pelembutan Air
• Proses digunakan untuk melembutkan kekerasan air.
• Kekerasan air disebabkan oleh ion kalsium dan magnesium yang terdapat dalam air yang
bersentuhan dengan batu-batan asli.
• Kekerasan boleh menyebabkan perningkatan penggunaan sabun, alat pemanasan air dan
kerak (scale) di dalam paip.
• Ia tidak menjejaskan kesihatan. Walau bagaimanapun, ada statistik menunjukkan bahawa
air lembut boleh menyebabkan penyakit jantung.
• Di bawah paras 75 mg/l, air dianggap lembut. Tetapi pengguna boleh menerima julat
kekerasan di antara 150-500 mg/l.
• Lazimnya kekerasan ditentukan di dalam julat 60-120 mg/l, dan kekerasan melebihi 300
mg/l adalah dianggap tidak sesuai.
• Proses pelembutan boleh dilakukan dengan menambahkan kealkalian di mana kapur yang
digunakan akan mendap serta membentuk selaput di permukaan pili.
• Kaedah-kaedah yang digunakan ialah:

i. Pelembutan kapur
o Digunakan untuk menghapuskan kekerasan kalsium dan bentuk karbonat.
o Penggunaan kapur (CaO) boleh melembutkan air di samping dapat menyingkirkan besi
dan mangan serta mengurangkan pepejal terampai dan menambahkan kejernihan air.
o Sekiranya karbon dioksida ditambah selepas kapur, pH dapat diturunkan. Karbon
dioksida merupakan gas jernih yang tidak mempunyai warna yang dihasilkan dari
pembakaran arang batu, minyak dan gas.

ii. Pelembutan kapur-abu soda (lime-soda ash)


o Kaedah ini digunakan untuk semua bentuk kekerasan yang disebabkan oleh kalsiumdan
dilakukan dengan menambahkan abu soda atau natrium karbonat (Na CO₃).
o Kekerasan bukan karbonat seperti kalsium sulfat (Ca 𝐶𝑂4) akan ditukarkan kepada
kalsium karbonat (Ca CO₃) yang akan mendap.
o Di samping itu, pelembutan kapur-abu soda juga boleh mengurangkan kandungan
galian dalam air, menyingkirkan pepejal terampai, THM, besi dan mangan serta
mengurangkan jumlah bakteria dan warna.
o Walau bagaimanapun, ia akan menghasilkan enapcemar dengan banyak, memerlukan
pengendalian yang teliti jika paras pH tidak sesuai. Ia juga memberikan masalah kepada
media turas dan paip dalam sistem agihan air.

iii. Pelembutan kapur berlebihan


o Kaedah-kaedah lain lazimnya tidak berkesan untuk menghapuskan kekerasan yang
disebabkan oleh magnesium kerana magnesium bukan karbonat boleh larut dalam air.
o Kesan sampingan dari tindak balas akan berlakunya pembasmian kuman, oleh itu
proses pengklorinan tidak diperlukan.
o Untuk melembutkan kembali, proses ‘pengkarbonan’ (carbonation) perlu dilakukan
bagi menyingkirkan kapur berlebihan dan menurunkan paras pH.
Suhana/DCC40152/MAC2023
iv. Pelembutan soda-kapur berlebihan
o Kaedah ini digunakan untuk semua jenis kekerasan yang disebabkan oleh magnesium.
o Dilakukan dengan menambahkan abu soda atau natrium karbonat (Na𝐶𝑂3) untuk
menghasilkan isipadu enapcemar yang tinggi.
o Pemulihan semula kapur mungkin dilakukan dengan pengkalsinan enapcemar kalsium
karbonat (Ca𝐶𝑂3) dan tindak balas air.
o Dengan kaedah ini, kapur yang dihasilkan lebih banyak daripada yang diperlukan, oleh
itu lebihan kapur dijual tanpa menimbulkan masalah bagi membuang enapcemar.

2.2.2.3 Pembasmian Kuman


• Ia merupakan proses terpenting dalam rawatan air mentah dan juga proses terakhir.
• Air yang dihasilkan dari turas lazimnya tidak mengandungi pepejal terampai, bau atau
warna tetapi masih mengandungi mikroorganisma dan bakteria.

• Di antara kaedah pembasmian kuman yang dijalankan adalah seperti:


i. Penggunaan gas ozon
o Gas ozon merupakan agen pembasmi kuman dan pengoksida yang kuat.
o Pembentukan ozon dan oksigen adalah seperti berikut:

Formula = 𝟑𝑶𝟐 𝟐𝑶𝟑


= 𝑶𝟑 𝑶𝟐 + O

o Oksigen nasen (O) adalah agen pengoksida dan pembasmi kuman yang
berupaya mengoksida bahan-bahan organik dan menghapuskan bakteria.
o Ozon juga berupaya menghapuskan warna, rasa dan bau di dalam air.
o Ia tidak stabil, oleh itu tidak meninggalkan kesan di dalam air.
o Kekurangan: Tidak berkesan bagi menghapuskan bakteria yang masuk selepas
proses pembasmian kuman dan kos operasinya terlalu tinggi.

ii. Sinaran ultra-ungu


o Sinar tak ketara matahari yang mempunyai jarak gelombang 1,000-4,000 m.
o Ia juga dapat dihasilkan dengan mengalirkan elektrik melalui raksa di dalam
mentol kuartza.
o Sinar ini amat berkesan menghapuskan bakteria dan tidak meninggalkan
sebarang kesan.
o Kekurangan: Kos operasinya tinggi dan tidak berupaya menghapuskan bakteria
yang masuk kemudian.

iii. Penggunaan klorin


o Klorin terdapat dalam berbagai bentuk seperti tepung/serbuk, cecair atau gas.
o Walaupun dalam kepekatan yang kecil, klorin mampu menjadikan air selamat
untuk diminum.

Suhana/DCC40152/MAC2023
o Gas klorin dua setengah kali lebih berat dari udara akan bertukar warna kuning-
hijau apabila kepekatannya melebihi tahap bahaya.
o Manakala klorin dalam bentuk cecair mempunyai isipadu yang lebih besar
apabila terbebas ke atmosfera.
o Klorin basah boleh menghakis besi dan logam, manakala klorin kering pula
tidak menghakis logam pada suhu biasa tetapi ia mudah terbakar pada suhu
25°C.
o Pada amnya, klorin mempunyai bau yang kuat dan ianya merbahaya jika
dikesan pada kepekatan 3 ppm.
o Klorin dalam bentuk cecair dibekalkan dalam silinder. Ia akan dicampur dan
dikacau 10-15 minit serta mengambil masa 30-45 minit untuk menyerap ke
dalam air.
o Tindak balas klorin apabila bercampur dengan air adalah seperti berikut:

Formula = 𝐶𝐼2 + 𝐻2 O HOCI + HCI

o Asid hipokloros tidak stabil dan ia boleh mengurai menjadi ion hidrogen dan
ion hipoklorit seperti berikut:

Formula = HOCI 𝐻 + + 𝑂𝐶𝐼 −

o Klorin hanya akan bertindak balas dengan air jika paras pH melebihi 5.0.
o Penguraian asid hipokloros hanya akan berlaku jika paras pH melebihi 10.0.
o Di dalam julat pH di antara 5.0 hingga 10.0, kedua-dua ion hipoklorit dan asid
hipokloros akan terbentuk.
o Asid hipokloros merupakan agen pembasmi kuman yang paling berkesan iaitu
lebih kurang 80 kali lebih berkesan dari ion hipoklorit.
o Bagi membolehkan ianya lebih berkesan, paras pH air perlu berada dalam
linkungan di antara 6.5 hingga 7.0 supaya penguraian asid hipokloros dapat
diminimumkan.
o Ion hipoklorit akan bercantum dengan ion ammonia yang sedia ada di dalam air
untuk membentuk kloroamina-kloroamina berikut:

Formula= 𝑁𝐻3 + HOCI 𝑁𝐻2 𝐶𝐼 + 𝐻2 O


=𝑁𝐻2 𝐶𝐼 + HOCI 𝑁𝐻𝐶𝐼2 + 𝐻2 O
= 𝑁𝐻𝐶𝐼2 + HOCI 𝑁𝐶𝐼3 + 𝐻2 O

o Pembentukan kloroamina juga bergantung kepada paras pH air.


Monokloroamina terbentuk jika paras pH melebihi 7.5, dikloroamina terbentuk
jika paras pH air di antara 5.0 hingga 6.5 manakal nitrogen trikoloroamina
terbentuk jika paras pH di bawah 4.4.

Suhana/DCC40152/MAC2023
o Semua kloroamina adalah stabil dan berupaya membasmi kuman.
o Faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan klorin adalah seperti berikut:
1) Kekeruhan dan kepadatan bahan organik.
2) Penyerapan klorin oleh sebatian logam.
3) Penyerapan klorin oleh sebatian ammonia.
4) Paras pH.
5) Suhu air.
6) Masa sentuhan dengan air.
o Dos klorin tidak perlu terlalu banyak atau terlalu sedikit. Jika terlalu sedikit,
proses pembasmian kuman kurang berkesan. Jika terlalu banyak, akan
menimbulkan masalah rasa dan bau.
o Biasanya dos klorin berada di dalam julat 0.3 hingga 11.0 mg/l.

2.2.2.3 (a) Klorin Baki


• Terdapat dua jenis klorin baki iaitu:
i. Klorin baki bergabung’ (combined residual chlorine)
ii. Klorin baki bebas’ (free residual chlorine)
o Klorin baki bebas (HOCI dan OCI) adalah 25 kali lebih berkesan daripada
klorin baki bergabung (chloroamine NHᴣCI).
o Tidak menimbulkan bau.
o Terhasil selepas titik sela, oleh itu proses ini dipanggil sebagai ‘pengklorinan
titik sela’ (break point chlorination). Lihat rajah 2.3.
o Bagi memastikan air selamat untuk diminum, dos klorin baki bebas perlu
berada di antara 0.2-0.5 mg/l.
o Klorin baki bebas ditentukan dengan menggunakan ‘alat pembanding
Lovibond’ dan ‘pilin DPD’ atau ‘alat titrimetri DPD bebas’.
o Kehilangan baki klorin bebas adalah disebabkan oleh penggunaan sistem paip
hujung mati, paip pecah atau penggunaan sambungan bersilang.
o Dalam keadaan tertentu, baki klorin yang tinggi diperlukan untuk mengawal
bakteria besi.

Rajah 2.3: Pengklorinan titik sela


Suhana/DCC40152/MAC2023
2.2.2.3 (b) Pengklorinan Titik Sela (Break Point Chlorination)
• Apabila klorin bercampur dengan air, ia akan bertindak balas lalu membentuk asid
hipokloros yang akan mengurai menjadi ion-ion hidrogen dan hipoklorit, dan ini
bergantung kepada nilai pH.
• Ion hipoklorit pula akan bercampur dengan ion ammonia (sedia ada dalam air mentah)
untuk membentuk kloroamina-kloroamina (monokloroamina, dikloroamina dan nitrogen
trikoloroamina).
• Campuran kloroamina dan lebihan klorin yang bertindak balas disebut sebagai ‘baki
klorin’.
• Dengan bertambahnya dos klorin, lebihan klorin juga akan bertambah sehingga ke titik B
di dalam graf (Rajah 2.3).
• Selepas titik B, lebihan klorin akan mengoksida bahan-bahan organik yang ada.
• Pengoksidaan ini dapat menghapuskan bau dan rasa dalam air.
• Selepas titik B, lebihan klorin akan berkurang hingga ke titik C, iaitu ‘titik sela klorin’.

2.2.2.3 (c) Keperluan klorin


• Jumlah klorin yang diperlukan untuk mencapai titik sela.
• Perbezaan jumlah klorin yang dibancuh dalam air dan jumlah klorin baki bebas adalah
merupakan keperluan klorin.
• Jumlah klorin berubah-ubah mengikut kuantiti air terutama bagi air mentah permukaan
mengikut musim.
• Dalam penyediaan larutan, jika menggunakan larutan kalsium hipoklorit [Ca (𝑂𝐻)2 ] yang
mengandungi 49.6% klorin (mengikut berat), 2.52g Ca (𝑂𝐻)2 dalam 1 liter air suling akan
menjadikan 1.25 g/l klorin.
• Jika 0.2 ml larutan digunakan dalam 500 ml sampel air, kandungan klorin adalah 0.5 mg/l.
• Pada masa ini, klorin dalam bentuk gas digunakan dengan meluas kerana hampir 9% ianya
adalah tulin dan diperolehi dalam silinder berwarna oren.

2.2.2.4 Penyesuaian/Pelarasan pH
• pH atau kepekatan ion hidrogen ialah sukatan bagi menentukan keasidan atau kealkalian
air atau sesuatu cecair.
• Apabila sesuatu bahan dilarutkan di dalam air, ia akan membentuk ion hidrogen positif
(𝐻 + ) dan ion hidroksil negatif (𝑂𝐻 − ).
• Keasidan di dalam air disebabkan oleh kehadiran ion hidrogen (𝐻 + ) melebihi ion hidroksil
(𝑂𝐻 − ).
• Manakala kealkalian pula disebabkan oleh kehadiran ion hidroksil (𝑂𝐻 − ) melebihi ion
hidrogen (𝐻 + ).
• Tujuan penyesuaian/pelarasan pH adalah untuk:
i. Membentuk lapisan perlindungan di dalam paip-paip logam, bahan-bahan
pemyambungan paip (pipe fittings) dari logam dan sistem paip di dalam bangunan
bagi mencegah karatan.

Suhana/DCC40152/MAC2023
ii. Mencegah pelarutlesapan (leaching) kapur dan simen pada paip simen asbestos
(AC pipe) dan lapisan konkrit pada paip besi atau paip besi mulur (ductile iron
pipe).
• Penyesuaian/pelarasan ph dilakukan dengan mencampurkan kapur ke dalam air semasa
proses pembauran kimia.
• Bagi air tulen (pH neutral), kepekatan ion hidrogen (𝐻 + ) ialah 10−7 di mana ia
menunjukkan nilai pHnya adalah 7.0.
• Ia dikatakan berasid jika nilai pHnya kurang daripada 7.0 dan jika nilai pHnya 1.0, ia
dikatakan mempunyai sifat keasidan yang kuat.
• Manakala jika pHnya melebihi 7.0, air tersebut dikatakan beralkali, dan pHnya 14.0, ia
dikatakan mempunyai sifat kealkalian yang kuat.
• Air yang dibekalkan bagi kegunaan domestic biasanya mempunyai nilai pH di antara 7.0
hingga 8.5.
• Peralatan yang digunakan untuk mengukur atau menentukan paras pH ialah:
i. Meter pH atau proba pH.
ii. Kertas ujian pH.
iii. Permeteran warna (colorimetry).

Tangki Flouride

2.2 PENILAIAN KUALITI BAGI AIR MENTAH DAN AIR MINUM

2.3.1 Standard Kualiti Air Minuman


• Nilai standard air minuman negara kita adalah berpandukan kepada standard WHO, 1971.

Jadual 2.1 Nilai standard air minuman di Malaysia berdasarkan standard WHO 1971
Bil. Ciri-ciri Bahan yang dikehendaki Kepekatan Tertinggi
1. Jumlah pepejal (mg/l) 500
2. Warna, unit mengikut skala kobalt 5
3. Kekeruhan, NTU 5
4. Ferum (mg/l) 0.3
5. Arsenik (mg/l) 0.05
6. Mangan (mg/l) 0.1
7. Sianida (mg/l) 0.2

Suhana/DCC40152/MAC2023
8. Kuprum (mg/l) 1
9. Zink (mg/l) 5
10. Plumbum (mg/l) 0.05
11. Kalsium (mg/l) 75
12. Magnesium (mg/l) 50
13. Sulfat (mg/l) 200
14. Klorida (mg/l) 200
15. Fenol (mg/l) 0.001
16. Alkilbenzil Sulfonat (mg/l) 0.5
17. Sari karbon klorofom (mg/l) 0.2
18. Keliatan (mg/l) 200

2.3.2 Ujian Kualiti Air Minuman


• Tujuan utama ujian ialah:
i. Untuk memastikan semua air yang dibekalkan cukup jernih dan diklorin sepenuhnya.
ii. Untuk memastikan bahawa kualiti air mentah dan air terawat/bersih diperiksa oleh
pemeriksa bakteriologi setiap selang masa yang ditetapkan.
iii. Untuk memastikan bahawa punca atau potensi pencemaran diketahui.
• Di antara jenis-jenis ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

i. Ujian Klorin atau Baki Klorin dengan menjalankan ‘Pengklorinan Titik Sela’.
o Tujuan utama ujian adalah untuk mendapatkan bacaan klorin bebas dan klorin
bergabung dari sampel sumber air (sungai, tasik) dengan menggunakan kaedah
titratan atau menggunakan radas iaitu alat pembanding Lovibond.
o Klorin digunakan secara meluas sebagai bahan pembasmi kuman kerana ia sangat
berkesan pada kepekatan yang rendah dan juga meninggalkan baki dalam air jika
dos yang dikenakan mencukupi.
o Apabila gas klorin melarut dalam air, hidrolisis berlaku dengan serta merta untuk
membentuk asid hipokloros.
o Asid hipokloros kemudiannya mengion, terutama pada nilai pH yang tinggi.
o Jika 𝑁𝐻3 hadir dalam air, ia akan bertindak dengan klorin untuk membentuk
kloroamina-kloroamina.
o Klorin dalam bentuk ini dipanggil klorin bergabung (combined chlorine).
o Kloroamina adalah tidak stabil secara relatif dan dalam kehadiran klorin yang
berlebihan, mengurai akhirnya kepada 𝑁2 dan HCI.
o Tindak balas- tindak balas kimia ini menghasilkan fenomena ‘titik sela atau titik
pecah’
o Pada takat ini jika dos klorin ditambah, bau dan rasa pada air akan terhapus.
o Pembasmian kuman sepenuhnya terhasil.

Suhana/DCC40152/MAC2023
ii. Ujian Bakteria
o Ujian ini dijalankan bagi menilai kualiti air yang terdapat banyak parameter
mikrobiologi seperti bakteria, virus, protozoa, alga dan fungi.
o Walau bagaimanapun, penentuan bakteria merupakan kaedah yang paling lazim
sekali digunakan bagi menentukan paras pencemaran sesuatu air.
o Penyakit-penyakit seperti taun (cholera), demam kepialu (typhoid), najis berdarah
(bacillary dysentery) merupakan di antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria
yang biasanya merebak melalui air.
o Bakteria terdiri dari kumpulan-kumpulan tertentu yang mana bakteria koliform
merupakan kumpulan yang paling lazim.
o Bakteria koliform ini pula terdiri dari berbagai kumpulan seperti E.coli
(Escherichia coli) yang dihasilkan dari najis.
o Kehadiran bakteria dalam air (dari kumpulan koliform) merupakan suatu takat
penunjuk akan darjah pencemaran air tersebut.
o Terdapat beberapa kaedah penentuan bakteria atau kumpulan bakteria di dalam air,
di antaranya ialah:
1) Kaedah kiraan plat agar
• Biasa digunakan bagi menentukan sama ada bakteria hadir atau tidak di
dalam sesuatu sampel air.
• Walau bagaimanapun, ia tidak dapat membezakan kumpulan sesuatu
bakteria yang hadir.
2) Kaedah nombor paling mungkin (MPN)
• Merupakan kaedah biasa yang dilakukan bagi menentukan bilangan
koliform yang hadir di dalam sampel.
o Dalam ujikaji penentuan bakteria ini, bakteria dalam sampel perlu diberi suatu
persekitaran yang sesuai untuknya membiak dengan optimum.
o Ini termasuk bekalan nutrien yang mencukupi serta suhu yang sesuai.
o Spesis bakteria yang berlainan perlukan persekitaran yang berlainan.
o Oleh yang demikian, kita perlu mengetahui dahulu spesies apa yang ingin kita
tentukan supaya boleh kita bekalkan persekitaran yang sesuai dengannya.
o Contoh berikut menunjukkan persekitaran yang sesuai untuk bakteria-bakteria
berikut:
1) Bakteria koliform
▪ Media- McConkey broth atau Minerals Modified Glutamate
▪ Suhu- 2 hari pada 37°C
▪ Keputusan positif – Asid (pertukaran warna dari merah ke kuning) dengan
penghasilan gas.
2) Bakteria faecal streptococci
▪ Media – McConkey broth atau Minerals Modified Glutamate
▪ Suhu- 3 hari pada 37°C
▪ Keputusan positif – Asid (pertukaran warna dari merah ke kuning) sahaja.

Suhana/DCC40152/MAC2023
2.2.3 Mengira Dos Klorin
Contoh 1:
Klorin yang digunakan untuk merawat 20,000 m³/hari air dianggarkan sebanyak 8.0 kg/hari.
Klorin baki selepas 10 minit sentuhan adalah 0.2 mg/l. Kirakan dos klorin dalam mg/l dan
keperluan klorin di dalam air.

Penyelesaian:
Dos klorin = 8.0 kg/hari ×10³
20,000 m³/hari
= 0.4 mg/l

Keperluan klorin = 0.4 – 0.2


= 0.2 mg/l

Contoh 2:
Loji Pembersihan Air Sultan Idris II, Parit mempunyai 6 buah tangki pemendapan berbentuk
silinder (circular) yang dilengkapi dengan alat pembuangan enapcemar beroperasi untuk merawat
air mentah sebanyak 200 juta liter/hari. Jika kedalaman setiap tangki adalah 3 m dan masa
tahanannya 4 jam, kirakan dos alum (mg/l) yang diperlukan jika loji menggunakan sebanyak 400
tan setahun.

Penyelesaian:
Penggunaan alum setahun = 400 tan
= 400 × 10³ kg
= 400 × 10³ kg
365
= 1,096 kg

Kadar alir air mentah = 200 × 106 liter


Dos alum yang digunakan sehari = 1,096 × 10³ × 10³ mg
200× 106 liter
= 5.48 mg/l

Contoh 3:
Data-data berikut diperolehi dari sebuah loji rawatan air:
Kadar alir air mentah = 95,000 liter/jam
Kadar alir larutan alum =35 liter/jam
Kadar alir larutan klorin =20 liter/jam
Kepekatan alum =5%
Kepekatan klorin =0.5%

i. Kirakan dos-dos alum dan klorin yang dialirkan bagi setiap 500,000 liter air dalam unit
mg/l.

Suhana/DCC40152/MAC2023
ii. Kirakan juga kuantiti alum dan klorin yang diperlukan dalam sehari jika loji tersebut
beroperasi 24 jam sehari. (Anggap 1 liter = 4.5 kg)

Penyelesaian:
Kadar alir air mentah = 95,000 liter/jam
Masa diperlukan untuk mengalirkan 500,000 liter air =500,000
95,000 liter/jam
=5.263 jam

Larutan alum yang diperlukan bagi 500,000 liter =5.263 jam x 35 liter/jam
=184.21 liter

Kepekatan alum 5%, larutan alum yang diperlukan = 5% x 184.21 liter


= 9.211 liter

Berat alum yang diperlukan untuk 500,000 liter air =9.211 liter x 4.5 kg
=41.45 kg

Oleh itu, dos alum = 41.45 x 10³ x 10³ mg/l


500,000
=82.9 mg/l

Larutan klorin yang diperlukan bagi 500,000 liter air = 5.263 jam x 20 liter/jam
= 105.26 liter

Kepekatan klorin 0.5%, larutan klorin yang diperlukan =0.5% x 105.26 liter
=0.5263 liter

Berat klorin yang diperlukan untuk 500,000 liter air =0.5236 literx 4.5 kg
=2.36835 kg

Oleh itu, dos klorin = 2.36835 x 10³ x 10³ mg/l


500,000
=4.7 mg/l

Loji beroperasi 24 jam sehari. Untuk setiap 5.263 jam, loji memerlukan 41.45 kg alum dan 2.36835
kg klorin. Kuantiti bahan-bahan tersebut yang diperlukan bagi 24 jam adalah:

i. Alum = 24 x 41.45 kg = 189.02 kg


5.263
ii. Klorin = 24 x 2.36835 kg = 10.8 kg
5.263

Suhana/DCC40152/MAC2023
2.3 REKA BENTUK LOJI RAWATAN AIR

• Loji olahan air adalah komponen terpenting di keseluruhan proses bekalan air.
• Ia merupakan pusat kawalan kualiti bagi keseluruhan system.
• Reka bentuk loji yang baik mempunyai susun atur dan kemudahan yang boleh
beroperasi dengan lebih ekonomik dan mudah untuk disenggarakan.
• Reka bentuk yang tidak sempurna boleh menimbulkan masalah operasi dan
penyenggaraan dan menyebabkan kualiti dan kuantiti air akan terjejas.
• Ia juga akan menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian
dan boleh menyebabkan kerugian dalam bekalan air.

2.4.1 Lokasi Loji Rawatan Air

• Faktor-faktor utama yang diberi pertimbangan dalam menentukan lokasi loji rawatan air
adalah seperti berikut:
i. Faktor sekatan perancangan dan alam sekitar
o Faktor ini penting sekiranya loji terletak di dalam bandar dan kawasan yang
sudah atau sedang membangun.
o Lokasi mesti mengambil kira keperluan semasa dan masa hadapan, arah dan
kadar pertumbuhan kawasan bekalan dan kemungkinan berlakunya
kemerosotan kualiti sumber air di masa hadapan.
o Lokasi perlu disesuaikan dengan perubahan alam sekitar serta kawasan guna
tanah di sekeliling.
o Perlu merujuk kepada pelari struktur dan perbincangan perlu dibuat dengan
PBT dan JAS.

ii. Faktor reka bentuk loji


o Faktor ini penting dengan mengambil kira keperluan ruang semasa, pembinaan,
pembesaran masa hadapan, operasi dan keperluan alam sekitar.
o Kajian-kajian awal yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Keperluan semasa dan masa hadapan.
2) Proses rawatan yang digunakan.
3) Stor bagi menyimpan bahan-bahan kimia basah dan kering termasuk
laluan trak.
4) Kawasan pembuangan air sisa dan enapcemar.
5) Kawasan kolam/tangki simpanan air mentah dan air bersih.
6) Kawasan rumah pam air mentah dan air bersih.
7) Bekalan kuasa sama ada dari bekalan tempatan atau ‘set generator’
termasuk stor bahan api.
8) Loji kemasukan (intake) air sama ada berdekatan atau berjauhan dari
loji.
9) Rumah pekerja ada disediakan atau sebaliknya.

Suhana/DCC40152/MAC2023
iii. Faktor tapak
o Lokasi loji kemasukan dan kawasan bekalan.
1) Jika sumber air mentah dari sungai, tapak loji sebaik-baiknya dibina
berhampiran dengan loji kemasukan bagi menjimatkan jarak paip air
mentah, paip air pencucian dan enapcemar.
2) Ketinggian loji kemasukan perlu bersesuaian dengan keupayaan pam air
mentah jika ia digunakan.
3) Lokasi loji hendaklah dapat membekalkan air mentah secara terus
dengan kos pengepaman yang rendah kepada keluasan kawasan
keperluan.

2.4.3.2 Tangki Pemendapan


• Luas digunakan di loji-loji rawatan air adalah tangka aliran mendatar, berbentuk segiempat
dengan dasarnya sedikit bercerun dan kedalamannya di antara 3-4 m.
• Air mentah yang telah mengalami proses pengentalan akan masuk melalui zon masukan
dan keluar melalui zon keluar.
• Nisbah saiz tangki ialah 1:3 (kedalaman : panjang).
• Bagi tujuan reka bentuk, kriteria kadar alir limpah, V˳ (over-flow rate) perlu digunakan.
• Halaju zarahan mengenap, Vₛ bagi flok yang terbentuk dengan sempurna ialah +3 m/j.
Halaju aliran mendatar, 𝑉𝐻 tidak boleh melebihi 0.02 m/s.
• Masa tahanan, t₀ perlu berada di dalam julat 1-9 jam bergantung kepada kandungan pepejal
terampai.
• Masa tahanan >6 jam hanya digunakan bagi flok yang sukar mengenap.
• Reka bentuk tangki ini diasaskan kepada tiga pertimbangan berikut:
i. Zarahan dan halaju vektor diagihkan secara seragam pada keseluruhan keratan-
rentas tangki. Ini adalah peranan utama zon masukan.
ii. Air bergerak sebagai satu aliran perlahan di sepanjang tangki.
iii. Mana-mana zarahan yang mengenap di dasar tangki, ianya akan disingkirkan.
• Ciri-ciri zarahan mengenap biasa dikategorikan mengikut salah satu daripada tiga kelas
berikut:
i. Pemendapan Jenis 1: Zarahan yang akan mengenap secara berasingan pada suatu
halaju yang tetap. Ia mendap secara berasingan dan tidak memerangkap zarahan
lain semasa proses pemendapan berlaku. Contoh: pasir dan kerisik.
ii. Pemendapan Jenis 2: Zarahan menggumpal semasa proses pemendapan berlaku
dan saiznya berubah secara tetap. Oleh itu, halaju mengenap turun berubah.
Biasanya halaju mengenap akan meningkat.
iii. Pemendapan Jenis 3 atau Pemendapan Zon: Di dalam pemendapan zon, zarahan
berada pada kepekatan yang tinggi (melebihi 1000 mg/l) menyebabkan zarahan
cenderung untuk mengenap sebagai satu jisim lalu menghasilkan zon jernih dan
zon enapcemar yang baik.

Suhana/DCC40152/MAC2023
Rajah 2.5 Tangki pemendapan aliran mendatar

Contoh Pengiraan:

1. Tentukan keperluan alum, kapur dan polielektrolit sehari bagi merawat air mentah yang
mempunyai kadar alir sebanyak 200 liter/s berdasarkan keputusan Ujian Balang yang
menunjukkan bahawa dos optimum berlaku apabila 1 liter air mentah dibaurkan dengan 3
ml larutan alum (10 g/l), 1.8 ml larutan kapur (5 g/l) dan 0.2 mg/l bagi polielektrolit.

Penyelesaian:
Jumlah air mentah yang dirawat sehari =200 x 60 x 60 x 24
=17.28 x 106 liter/hari

Alum yang diperlukan bagi penyediaan 1 liter larutan = 3 liter x 10 x 1000 mg


1000 liter
=30 mg/l
Keperluan alum sehari =17.28 x 106 liter/hari x 30 mg/l
=518.4 kg/hari

Kapur yang diperlukan bagi penyediaan 1 liter larutan = 1.8 liter x 5 x 1000 mg
1000 liter
=9 mg /l
Keperluan kapur sehari =17.28 x 106 liter/hari x 9 mg/l
=155.52 kg/hari

Keperluan polielektrolit sehari =17.28 x 106 liter/hari x 0.2 mg/l


=3.46 kg/hari

Suhana/DCC40152/MAC2023
2. Bagi mendapatkan 0.5 mg/l klorin baki bebas, suatu dos klorin sebanyak 10 mg/l telah
digunakan bagi merawat 36,400 m³/hari air mentah. Kira keperluan klorin yang
diperlukan sehari.

Penyelesaian:
Klorin yang diperlukan sehari =36,400 m³/hari x 10 x 10³
10³ x 10³
=364 kg/hari
______________________________________________________________________________
Diagram Proses Rawatan Air

Suhana/DCC40152/MAC2023

Anda mungkin juga menyukai