Anda di halaman 1dari 9

HKT 204 – Kritikan Sastera, Media dan Budaya

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2021/2022

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN

Menurut Hayden White, Historisisme Baharu meyakini bahawa sejarah


mempunyai implikasi ideologi. Penulisan sejarah sangat kaya dengan unsur-unsur
interpretasi yang sukar dihapuskan dan unsur-unsur interpretasi itu wujud melalui
tiga cara iaitu estetik, epistemologikal dan etik (1992). Berdasarkan pernyataan di
atas, nilaikan unsur sejarah dan interpretasi yang menjadi latar dalam kisah hidup
Natrah sekitar tahun 1950-an di Singapura seperti yang tergambar dalam novel
Atas Nama Cinta (2007) karya Isa Kamari.

NAMA: FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI

NO. MATRIKS: 151025

NAMA PENYELIA: DR. NADIATUL SHAKINAH ABDUL RAHMAN

1
Isi Kandungan

No. Isi kandungan Muka Surat (m/s)


1. Pengenalan 3–4
2. Isi
 Isi 1 4–5
 Isi 2 5–6

 Isi 3 6–7

 Isi 4 7

3. Kesimpulan 8
4. Rujukan 9

2
1.0 Pengenalan

Menurut Hayden White (1992), Historisisme Baharu meyakini bahawa sejarah


mempunyai implikasi ideologi. Orientasi Historisisme Baru bersifat dekonstruktif,
manakala faktor-faktor luaran teks seperti budaya, sistem sosial, politik dan persekitaran
menjadi domain yang penting mendekonstruksikan keobjektifan sejarah itu, dan sebagai
hasilnya ia memantulkan kerelatifan sejarah dengan makna yang baharu. Menurut
Montrose pula, peranan teori Dekonstruksi dalam Historisisme Baru adalah sebagai alat
menganalisis ideologi seperti yang digunakan oleh Dekonstruksi untuk meruntuhkan
struktur binari yang menjadi pusat kepada pemikiran tradisional Barat (Montrose dim.
Suhaimi Abdul Aziz, 2000). Teori Historisime Baru menggagaskan rekonstruksi sejarah
dan menawarkan idea tentang konsep sejarah terkini (present history). Penulisan sejarah
sangat kaya dengan unsur-unsur interpretasi yang sukar dihapuskan dan wujud melalui
tiga cara iaitu estetik, epistemologikal dan etik. Estetik bermaksud keindahan sesebuah
karya sastera. Estetik ini berfokuskan mengenai rasa keindahan dalam sesebuahkarya
ciptaan manusia tidak kira apa saja bentuk seni tersebut. Epistemologikal membahaskan
secara mendalam dua isu besar dalam ilmu iaitu, sumber ilmu serta kebenaran dan
kesahihan sesuatu ilmu (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 2010). Walaupun idea teori lebih
mementingkan aspek dan teks sejarah, naumn analisis terhadap novel adalah untuk
mengenal pasti unsur sejarah dan interpretasi pengarang dalam memberikan gambaran
beliau untuk menulis karya Atas Nama Cinta ini.

2.0 Unsur sejarah dan interpretasi yang menjadi latar dalam kisah hidup Natrah
sekitar tahun 1950-an di Singapura seperti yang tergambar dalam novel Atas
Nama Cinta (2007) karya Isa Kamari.
2.1 Unsur sejarah dan interpretasi dalam isu perebutan hak penjagaan anak
antara Aminah dan ibu bapa kandung Natrah.
Unsur sejarah yang terdapat dalam novel ini adalah isu perebutan hak
penjagaan anak antara Aminah dan ibu bapa kandung Nadra. Penulis juga telah
menggunakan ketiga-tiga unsur interpretasi di dalam isu ini, iaitu estetika,
epistemologikal dan juga etik. Novel ini telah mengadaptasi menggunakan
unsur epistemologikal, di mana penulisnya telah menggunakan peristiwa
sejarah yang sebenar, iaitu peristiwa Natrah pada tahun 1950. Selain itu, penulis
juga telah menggunakan nama watak yang sama dengan peristiwa sebenar
seperti Natrah, Aminah dan Mansor Sebagai contoh,

3
“Perbicaraan hanya berlangsung selama dua puluh lima
minit. Ketua Hakim Murray Aynsley mengarahkan agar
Maria alias Nadra binte Maarof diserahkan kepada Konsulat
Belanda yang kemudiannya akan menyerahkannya kepada
ibu dan ayah kandungnya di Belanda.”
(Isa Kamari: 2006, 118)
Contoh di atas jelas menunjukkan perbicaraan yang diadakan isu perebutan hak
penjagaan anak yang berlaku antara watak Aminah dan juga ibu bapa kandung
Natrah iaitu, . Peristiwa sebenar juga berlaku di dunia nyata, iaitu kes perebutan
hak Natrah daripada Aminah dan ibu bapa kandungnya yang diletakkan ke
Mahkamah di Singapura. Bukan itu sahaja, penulis juga sekali gus telah
menunjukkan unsur etik mengenai isu ini. Hal ini demikian kerana, penulis
ingin menunjukkan pengadilan moral dalam isu penjagaan hak yang telah
merampas kebahagiaan watak utama novel ini dan juga tokoh yang sebenarnya,
iaitu Natrah. Unsur interpretasi seterusnya ialah unsur estetika, di mana penulis
telah menunjukkan keunikannya dalam karyanya dengan menulis tarikh di
setiap bab. Sebagai contoh,
“Sekitar April-Mei, 1950, Koloni
Singapura.”
(Isa Kamari:
2006,109)
Perkara ini amat unik dan jarang dilakukan oleh penulis lain. Perkara ini juga
memperlihatkan penulis sebagai seorang yang mementingkan ketepatan fakta
ketika menulis karya sejarah ini. Maka, ia merupakan satu nilai estetika yang
menarik di dalam novel ini. Oleh itu, jelaslah bahawa pengarang telah
menggunakan unsur sejarah dan interpretasi dalam isu hak penjagaan anak
dalam novel Atas Nama Cinta ini.
2.2 Unsur sejarah dan interpretasi dalam isu politik (rusuhan dan perbezaan
undang-undang)
Unsur sejarah dan interpretasi yang terdapat dalam isu politik ini adalah isu
rusuhan dan juga perbezaan undang-undang antara negara yang dijajah oleh
kuasa penjajah yang berbeza. Penulis novel ini juga telah menunjukkan unsur
interpretasi yang amat jelas, iaitu unsur epistemologikal. Isu politik di dalam
novel ini merupakan antara isu besar yang diketengahkan oleh Isa Kamari ini.
4
Isu politik yang pertama ialah peristiwa sejarah rusuhan Natrah di Singapura
pada tahun 1950. Peristiwa di dalam novel ini sememangnya diambil dari kisah
benar yang berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Rusuhan ini berlaku
akibat ketidakpuashatian kaum Melayu dan Muslim di atas ketidakadilan yang
berlaku kepada Natrah. Sebagai contoh,
“Kira-kira pada pukul 9.45 pagi terdengar sorakan kuat yang
terbit daripada perarakan yang sedang menuju ke bangunan
mahkamah dari arah St. Andrew Road dan Bras Basah Road...
Ada yang memanggul sepanduk dengan slogan yang mendesak
agar Maria dibebaskan .... Ada yang mengibar-ngibarkan
bendera hijau yang bercorak bulan sabit dan bintang.”
(Isa Kamari: 2006,252)
Contoh di atas jelas menunjukkan unsur epistemologikal yang digambarkan
oleh pengarang. Manipulasi daripada pihak media akhbar dan radio yang telah
meletakkan gambar Natrah seolah-olah dia dipaksa murtad dengan bersujud di
hadapan berhala Tuhan Kristian. Perkara ini mencetuskan isu sehingga
berlakunya rusuhan di mahkamah Singapura. Ramai yang meneyertai rusuhan
tersebut dan rusuhan ini juga telah menyebabkan 18 kematian dan 173 orang
lagi cedera. Singapura pula terpaksa meletakkan perintah berkurung selama 2
hari 2 malam akibat daripada rusuhan Natrah ini. Peristiwa ini juga jelas
menunjukkan unsur etik. Hal ini demikian kerana, penulis ingin menunjukkan
kaum Muslim yang bersatu padu untuk menegakkan dan mempertahankan
agama mereka. Dengan ini, jelas menunjukkan moral kaum Muslim di Tanah
Melayu dan Singapura pada waktu itu yang amat menjaga dan bangga akan
agama mereka dan akan melawan sesiapa sahaja yang mencela agama mereka.
Selain itu, isu politik yang terdapat dalam novel ini juga ialah isu perbezaan
undang-undang antara negara penjajah dan tipu helah penjajah demi
mendapatkan kepentingan mereka. Sebagai contoh,
“Para penguam menegaskan bahawa undang-undang
Belanda tidak membenarkan pengambilan Maria sebagai
anak angkat oleh Aminah. Perkahwinannya dengan
Mansoor juga tidak sah kerana umurnya masih di bawah
enam belas tahun. Maria perlu mendapatkan keizinan
daripada ayahnya Adrianus sebelum bernikah.”
5
(Isa Kamari, 2006: 163-164)
Petikan di atas jelas menunjukkan isu perbezaan undang-undang antara negara
penjajah. Hal ini demikian kerana, undang-undang British di Tanah Melayu dan
juga Undang-undang Belanda di Singapura amatlah berbeza. Pada mulanya,
Aminah telah memenangi kes ini pada percubaan pertama, namun, percubaan
kedua, peguam di Belanda telah mencari ‘loop hole’ dan berjaya mengambil
Nadra kembali. Hanya disebabkan Nadra telah berkahwin dengan Mansur di
Singapura ketika dia berumur 16 tahun. Undang-undang Belanda melarang
anak perempuan untuk berkahwin jika umur mereka tidak mencapai 18 tahun
dan selagi belum mencapai umur tersebut, mereka berada di bawah penjagaan
ayah kandung mereka. Perkara ini berbeza dengan undang-undang Islam yang
membenarkan anak perempuan berkahwin sekiranya mereka akil baligh. Oleh
itu, perkahwinan Nadra dengan Mansoor dianggap tidak sah di bawah Undang-
undang Belanda, walau pun mereka sudah bernikah mengikut cara Islam.
Penulis jelas menggunakan unsur epistemologikal dan unsur etik dalam
membicarakan hal ini. Untuk unsur estetika pula, pengarang telah meletakkan
sedikit puisi atau pantun dua kerat pada setiap permulaan bab untuk
menceritakan peristiwa di bab tersebut. Sebagai contoh,
“api mencari alasan suci
sebelum membakar berkubu diri”
(Isa Kamari, 2006: 235)
Contoh di atas menunjukkan nilai estetika yang ada pada diri pengarang. Pantun
atau puisi dua kerat ini amatlah indah dan kreatif kerana ia juga telah
menerangkan peristiwa yang berlaku pada setiap bab dengan ringkas dan padat
serta penuh dengan gaya bahasa yang indah. Justeru itu, jelaslah bahawa
terdapat unsur sejarah dan interpretasi yang ingin digambarkan oleh Isa Kamari
di dalam novel ini.
2.3 Unsur sejarah dan interpretasi dalam isu keagamaan (masalah sosial)
Unsur sejarah dan interpretasi yang terakhir dalam novel ini adalah mengenai
isu keagaamaan yang merangkumi masalah sosial yang berlaku di Malaysia dan
Singapura pada ketika itu. Hal ini demikian kerana, penulis telah menggunakan
unsur epistemologikal dalam mengetengahkan isu keagamaan ini yang berkait
rapat juga dengan isu masalah sosial di Tanah Melayu dan Singapura pada
waktu itu. Keagamaan telah menjadi isu yang paling besar di dalam novel ini,
6
sama seperti yang berlaku di dunia nyata. Perkara ini telah menyebabkan
berlakunya rusuhan di Singapura pada tahun 1950 akibat daripada satu keratan
akhbar Nadra itu sedang menghadap tuhan Kristian secara paksa. Sebagai
contoh,
“Cara keempat ialah dengan mengadakan perarakan... perarakan
pertama adalah seperti yang berikut seribu lima ratus gadis...
akan berarak ke biara The Good Shepherd di Thomson Road di
mana Nadra ditempatkan untuk memberikannya senaskhah al-
Quran, sehelai sejadah dan dua helai baju kurung...”
(Isa Kamari: 2006, 240)
Contoh di atas jelas menunjukkan unsur epistemologikal, di mana latar ini
menunjukkan rancangan untuk melakukan rusuhan yang diketuai oleh Karim
Ghani di Masjid Sultan. Mereka merancang untuk menghantar rusuhan kerana
mendengar rungutan mengenai barang-barang yang dihantar oleh Cik Aminah
tidak sampai ke tangan Nadra dan ini mencetuskan lagi amarah orang Islam.
Gambar Natrah sedang berdoa di hadapan patung Perawan Maria di sebuah
gereja berlutut dan beberapa tulisan 'menunjukkan' betapa gembiranya Natrah
dan 'lega' menjadi seorang Kristian semula, telah memecahkan banyak halangan
sensitif terhadap Islam dan telah menunjukkan bagaimana media asing
menyapu garam ke luka yang sudah menyakitkan. Ketidakpekaan media yang
menghina Islam menyebabkan kemarahan yang tidak pernah dilihat oleh
British, dari salah satu tanah kolonial mereka telah mengakibatkan rusuhan 12
Disember 1950. Perkara ini sekaligus telah mencetuskan amarah penduduk
Islam di Tanah Melayu dan juga Singapura. Maka, mereka telah bergadai harta
untuk pergi membuat rusuhan di Mahkamah Singapura untuk menunjukkan
sokongan mereka terhadap Nadra ini. Kes Nadra ini terlalu besar sehingga ada
‘Jawatankuasa Tindakan Nadra’ dibentuk untuk menyelesaikan kesnya. Isu ini
menunjukkan isu etik di mana masalah sosial yang menyebabkan moral orang
putih masuk campur hal orang Islam sehinggakan mengambil hak kemanusiaan
seseorang dan tidak menghormati agama lain. Oleh itu, jelaslah bahawa
terdapat unsur sejarah dan interpretasi yang digambarkan oleh pengarang dalam
novel Atas Nama Cinta ini.

7
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, novel ini sememangnya sarat dengan unsur sejarah dan interpretasi yang
bersesuaian dengan Historisme Baru. Hal ini demikian kerana, penulis, iaitu Isa Kamari
telah menggambarkan unsur intepretasi peristiwa sejarah yang baik dengan menggunakan
unsur estetika, epistemologikal dan juga etik. Novel ini jug telah memberikan gambaran
dan adaptasi yang baik mengenai peristiwa sebenar yang berlaku kepada Natrah sendiri
pada tahun 1950. Namun begitu, unsur interpretasi yang paling utama di dalam novel ini
ialah unsur epistemologikal. Hal ini demikian kerana, pengarang amat menfokuskan
kepada fakta yang sahih ketika menulis novel ini seperti tarikh yang sama, nama watak
yang hampir sama dan juga latar yang sama seperti yang berlaku di dunia nyata. Maka,
pada pandangan saya, novel ini berfokuskan kepada fakta sejarah yang tepat dalam
penulisan penulisan karya supaya novel ini dapat memberikan impak yang positif dan
memberikan ruang kepada pembaca untuk berfikir secara kritis serta memberi pengajaran
yang baik kepada pembaca.

8
4.0 Rujukan
1. Mohd Ali Radin. (2020). Muslim Burmat dan Historisisme Baru. Jurnal Melayu.
19(1), 161-166. Bahan diakses pada 28 Jun 2022, daripada
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1264.
2. Isa Kamari. 2006. Atas Nama Cinta. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings.
3. Reevany Bustami, & Ellisha Nasruddin (2008). “Empat Paradigma Penyelidikan
Konvensonal: Suatu Analisis Ontologikal dan Epistemologikal” kertas
dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Pembangunan Islam II: Kaedah
Penyelidikan Berteraskan Islam di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
4. Nurul Haziqah Abdul Halim. (2014, 2 Jun). The Natrah Riots United The Malays
To Uphold Islam. UKM News Article Online. Bahan diakses pada 1 Julai 2022,
daripada https://www.ukm.my/news/archive/tahun-2014/june-2014/the-natrah-
riots-united-the-malays-to-uphold-islam/.

Anda mungkin juga menyukai