Anda di halaman 1dari 30

KONSEP IMARAH

ISLAM DAN SENI RUANG

CTU 283

Dr. Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil


ACIS, UiTM Kampus Seri Iskandar
Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat menjelaskan konsep imarah

Pelajar dapat menghuraikan prinsip pengurusan alam


bina Islam

Pelajar dapat menjelaskan nilai-nilai kerohanian dalam


alam bina
IMARAH

❖ Imarah dari sudut bahasa bermaksud memakmurkan, membangunkan, memajukan


dan menghidupkan
❖ Dari segi istilah, imarah adalah segala bentuk kegiatan manusia sebagai khalifah di
muka bumi yang berusaha membangunkan persekitarannya supaya sesuai untuk
didiami dan syariah Allah dapat dilaksanakan sepenuhnya
❖ Ayat al-Quran mengenai imarah:
ْ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ ُ ُ ْ َ َ َّ
ُ‫كأ‬
‫ن‬ ُ ‫س أول ِئ‬
ُ ‫اّلل فع‬
ُ ‫ّل‬ ُ ‫ش ِإ‬
ُ ‫اة ولمُ يخ‬
ُ ‫ت الزك‬
ُ ‫ام الصَل ُة وآ‬
ُ ‫اّلل واليو ِ ُم اْل ِخ ُر ُوأق‬
ُِ ‫ن ِب‬
ُ ‫ن آم‬
ُ ‫اّلل م‬
ُِ ‫اج ُد‬ ِ ‫ِإنما ُ يعم ُر م ْس‬
َ َ ُْ َ ُ َ
]18/‫ين [التوبة‬ُ ‫ن المهت ِد‬ ُ ‫يكونوُا ِم‬

“Hanyasanya mereka yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah


itu ialah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan
menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah ...”
IMARAH

Ibadah
Hamba
Rumah
Allah
Adam
Imarah
Khalifah
Rumah
Kediaman
❖Pengimarahan muka bumi (‫ )إعمار االرض‬adalah dengan menjaga agar tidak berlaku
kerosakan dan mewariskan kepada generasi akan datang sepertimana kita
menerimanya daripada generasi terdahulu
❖Ayat al-Quran mengenai kerosakan muka bumi (‫)فساد االرض‬:
َ ُ َْ ْ َََُ ُ َ َ َ َْ ْ َُ ُ َّ َْ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ‫َْر‬ ُ َ َْ َ َ َ
]41/‫ون [الروم‬
ُ ‫م ُير ِجع‬
ُ ‫ض ال ِذي ع ِملوُا لعله‬
ُ ‫م بع‬
ُ ‫ت أي ِدي الناسُ ِلي ِذيقه‬
ُ ‫ب والبح ُر ِبمُا كسب‬
ُ ‫ف ال‬
ُ ِ ِ ‫اد‬
ُ ‫ظه ُر الفس‬
“Telah muncul kerosakan (al-fasad) di daratan dan di lautan disebabkan oleh tangan-
tanngan manusia (kerja buat mereka) ...”
َ ْ ُ ْ ُّ ُ َ َ َ َّ ْ َْ َ َ َْ َْ ََ
]77/‫وّلُتبغُ الفسادُ ِ ِفُاْلرض ُِإنُاّللُّلُي ِحبُالمف ِس ِدينُُ[القصص‬
“... Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka
kepada mereka yang melakukan kerosakan.”

❖Inilah kekhuatiran yang disuarakan oleh Malaikan sebelum kejadian Nabi Adam AS
❖Dalam surah al-Kahfi, Raja Zulkarnain membina tembok untuk menghalang bangsa
Yakjuj dan Makjuj dari melakukan kerosakan di muka bumi
❖Larangan menebang pokok dan berburu binatang adalah antara larang ihram yang
tidak boleh dilakukan ketika di Tanah Haram
PRINSIP PENGURUSAN ALAM BINA ISLAM

Prinsip

Akidah Syariah Akhlak


AKIDAH

❖Akidah Islam dibina atas dasar iman (rukun Iman yang enam) dan tauhid
❖Tauhid dari segi bahasa daripada perkataan ‘wahid ’ iaitu ‘satu’ yang berasal
َ َّ َ
daripada kalimah ‫ وحد‬yang memberi maksud tunggal atau esa
❖Menurut Qamus al-Muhit tauhid bererti menjadikan sesuatu itu satu
❖Tauhid dari segi syarak pula ialah:
• Mengesakan Allah dengan ibadat serta meyakini keesaan tersebut pada nama,
sifat dan perbuatanNya. Iaitu menetapkan keesaan zat yang tidak menyamai segala
zat yang lain, tanpa melakukan penafian terhadap segala sifat-sifatNya.
❖Hiasan dalam seni bina Islam amat menitikberatkan prinsip Akidah apabila seniman
sedaya upaya mengelak unsur syirik dalam karyanya
❖Justeru penggunaan patung dan lukisan dielakkan dalam persekitaran sama ada di
ruang kediaman lebih-lebih lagi pada tempat ibadat seperti Masjid
“Setiap motif Arabes dengan
medium apa pun ialah Al-Ikhlas ialah
penegasan kebenaran surah yang
estetik bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah. Dia menerangkan
Pencipta yang transenden, asas-asas
yang esa dan mutlak”
Ismail al-Faruqi Tauhid

“Pengharaman menampilkan Islam sangat


makhluk bernyawa
berdasarkan prinsip Islam… sensitif
pengharaman yang tidak terhadap
dikenakan terhadap seni
secular, mendorong unsur syirik
seniman muslim
menghalakan daya
iaitu lawan
imaginasinya ke arah kepada
geometri, flora dan
ornament epigrafi” Tauhid
James Mitchell
MOTIF KESENIAN ISLAM
Lapan jenis Seni Khat yang masyhur di dunia Islam
Khat Thuluth, Farisi dan Nasakh yang menghiasi kubah di Masjid Oman, Aceh
Corak
geometri,
arabes dan
muqarnas di
kubah dan
dinding
Masjidil
Haram
Kubah dan mimbar di masjid
pertama dalam sejarah Islam
iaitu Masjid Quba’ yang dibina
pada tahun 622M/1H
SYARIAH

❖ Manusia mempunyai peraturan hidup ataupun undang-undang. Di dalam Islam,


peraturan hidup ini dinamakan syariah yang meliputi peraturan hidup individu,
masyarakat dan negara
❖ Dari sudut bahasa, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga
berkongsi kata dasar dengan perkataan syur‘at al-ma’ yang bererti tempat keluar air
yang digunakan untuk minuman. Ia juga diertikan sebagai ajaran agama atau manhaj
oleh sebahagian ulama
❖ Manakala dari sudut istilah pula, syariah bermaksud apa-apa aturan atau ketetapan
yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang terdiri daripada hukum-hakam dalam
al-Qur’an dan al-Sunnah, yang berkait dengan bidang aqidah dan perbuatan-perbuatan
mukalaf yang berbentuk hukum-hakam
❖ Pematuhan syariah dalam alam bina adalah pematuhan terhadap ketetapan dan hukum
Allah SWT serta perundangan yang digubal bagi kesejahteraan manusia sejagat. Ini
menyebabkan pembangunan alam bina akan lebih lestari serta mengambil kira
maslahat manusia dan alam
Syariah dalam
pengertian
yang khusus
boleh
dipecahkan
kepada empat
unsur utama
iaitu:
“Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwa‘,
Yaghuth, Ya‘uq dan Nasr.” (Surah Nuh, ayat 23)
Patung Yang
Dilarang
Patung Yang
Diharuskan
AKHLAK

❖ Akhlak Islam mempunyai beberapa prinsip tertentu yang berbeza dengan akhlak
wad‘iyyah (ciptaan manusia). Prinsip-prinsip tersebut ialah kebaikannya bersifat
mutlak iaitu kebaikan murni yang baik untuk individu mahupun masyarakat, di
dalam segala persekitaran, keadaan, waktu dan tempat
❖ Seterusnya, kebaikannya bersifat menyeluruh. Kebaikan yang terkandung di dalam
akhlak Islam merupakan kebaikan untuk seluruh umat manusia bagi segala zaman
dan semua tempat
❖ Akhlak juga mempunyai beberapa ciri khas seperti rabbani, manusiawi, universal,
seimbang dan realistik
❖ Seseorang itu mestilah menjadi seorang muslim dari sudut akhlak dan bukan
sekadar muslim dari sudut akidah semata-mata
❖ Akhlak bertunjangkan akidah, oleh sebab itu ia tidak boleh dipisahkan dari
keimanan. Malah, seluruh ajaran dan didikan Islam juga bertemakan akhlak
Tanda seorang munafiq
itu ada tiga:

1. Apabila bercakap,
bohong !

2. Apabila berjanji,
mungkir !

3. Apabila diberi amanah,


khianat!

(Muttafaqun ‘alaih)
AKHLAK

❖ Sekiranya kebiasaan itu adalah baik mengikut ketetapan agama, maka yang akan
keluar dan diterjemahkan adalah sesuatu yang berdasarkan agama, tetapi
sebaliknya jika yang dibentuk itu sesuatu yang buruk pada pandangan agama, maka
itulah yang akan diterjemahkan dalam kehidupannya
❖ Inilah hakikat akhlak dalam Islam yang wajar difahami dalam alam bina. Sesuatu
yang perlu dibentuk dalam jiwa seseorang ialah sesuatu yang berasaskan agama
kemudian menjadi kebiasaan serta mampu diterjemahkan dalam pembangunan
alam bina Islam
❖ Seseorang yang telah dilatih dengan disiplin kebersihan tidak akan mudah
membuang sampah dari luar kenderaannya bahkan merasa sakit hati apabila
melihat perbuatan tersebut
❖ Sedangkan diajar dalam agama kebersihan itu separuh daripada iman namun
konsep bersuci dalam ibadat tidak dihayati di luar daripada ibadat
NILAI KEROHANIAN ALAM BINA

Imarah ‘Ubudiyyah Amanah


(Pembangunan) (Kehambaan) (Integriti)

Adil
Taat
(Meletakkan sesuatu pada
(Kepatuhan)
tempatnya)
NILAI KEROHANIAN ALAM BINA

Ihsan Ikram Musawah


(Kebaikan) (Kemuliaan) (Persamaan)

Syura Mas’uliyyah
(Perbincangan) (Tanggungjawab)
(Maralah angkatan itu)
hingga apabila mereka
sampai ke "Waadin-Naml",
berkatalah seekor semut:

"Wahai sekalian semut,


masuklah ke sarang
kamu masing-masing,
jangan Sulaiman dan
tenteranya memijak
serta membinasakan
kamu, sedang mereka
tidak menyedari".

Surah al-Naml, ayat 18


Nilai imarah : Nabi Sulaiman memelihara
kelestarian alam haiwan

Nilai ‘Ubudiyyah : Allah SWT memuji


perbuatan Nabi Sulaiman sebagai suatu
amal soleh

Nilai adil : Berikan hak setiap makhluk


Tuhan

Nilai ihsan : Tidak memijak kawanan


semut yang sedang berjalan

Nilai Mas’uliyyah : Bertanggungjawab


dalam memelihara alam sekitar
KESIMPULAN

Imarah adalah tugas manusia sebagai khalifah di atas


muka bumi. Menghayati prinsip Akidah, Syariah dan
Akhlak dalam pengurusan alam bina dapat
menghalang daripada berlaku kerosakan di atas muka
bumi. Menghayati nilai-nilai kerohanian dalam alam
bina dapat memelihara kelestarian dan hubungan
dengan alam semulajadi.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai